Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Skor Mentah

Dalam konteks pendidikan, data yang lebih relevan bagi guru ialah markah murid. Setelah
diperiksa skrip jawapan, markah-markah akan diberikan. Markah-markah tersebut disebut
markah mentah.

Markah mentah disebut juga skor mentah yang merupakan satu cirri skor yang belum disusun.

Min

Min ialah ukuran kecenderungan memusat yang paling kerap digunakan. Min diwakili dengan
symbol :

X́ =
∑X
N

di mana: X = min

∑ = hasil tambah

X = skor individu

N = bilangan calon

Min ialah purata sesuatu set data/skor, misalnya markah purata bagi set markah ujian mingguan.
Min mudah dikira, sekiranya bilangan data adalah kecil, tetapi agak susah dikira bagi data yang
banyak.

Pengiraan Mod

Mod ialahskor yang mempunyai kekerapan paling tinggi, misalnya markah yang pelajar paling
ramai memperolehinya. Mod mudah ditentukan sekiranya kita telah menyediakan taburan
kekerapan skor/markah asal terlebih dahulu.

∆1
M 0=L1 + ( )
∆ 1+ ∆ 2
i

Mod data tidak terkumpul


di mana: M 0 = mod
L1= had bawah sebenar bagi kelas mod
∆ 1= kekerapan kelas mod – kekerapan kelas sebelumnya
∆ 2= kekerapan kelas mod – kekerapan kelas selepasnya
i = saiz selang kelas

Pengiraan median

Median ialah skor tengah sesuatu set data/skor, misalnya markah tengah bagi set markah
ujian mingguan.Sekiranya sesuatu set data mempunyai dua (2) angka tengah, media data ini
ialahpurata kedua-dua data tengah tersebut. Median mudah ditentukan sekiranya kita telah
menyusun data daripada yang terendah hingga tertinggi atau sebaliknya.

N
M=
N +1
2 M =L+
( 2
−S ) i
d
f

Median data terkumpul Median data tidak terkumpul

Pengiraan Varians dan Sisihan Piawai

Varians (variance) ialah ukuran serakan yang mengambil kira semua data yang ada, berbeza
daripada julat yang bergantung kepada dua (2) ukuran sahaja, iaitu yang terendah dan tertinggi.
Varians agak sukar dikira sebab ia melibakan jumlah kuasa- dua (sum of square) bagi semua
ukuran, iaitu kita perlu menjumlahkan kuasa-dua perbezaan setiap ukuran daripada min
keseluruhan ukuran. Rumus untuk mengira varians ialah:
2

2=¿
∑ ( X − X́ ) ¿
N
S

2
di mana: ( X − X́ ) = sisihan skor
N = jumlah kekerapan / jumlah data

Langkah-langkah mancari varians


1. Mula-mula cari min bagi skor
2. Kira sisihan skor
3. Gandaduakan sisihan skor dan jumlahkannya
4. Bahagikan jawapan langkah tiga dengan N
Semakin besar nilai varians semakin luas sebaran taburan data

Sisihan piawai
Merupakan satu ukuran kebolehubahan yang paling baik. Ia tidak banyak berubah dari satu
sampel ke satu sampel yang lain. Sisihan piawai ialah punca kuasa dua varians. Rumus bagi
sisihan piawai ialah:

2 2

σ=
√ ∑ ( X− X́ )
N
σ=
√ ∑ f x2 − ∑ fx
N ( )N
sisihan piawai data tidak terkumpul sisihan piawai data terkumpul

Skor piawai

Skor piawai yang boleh membandingkan pencapaian seorang pelajar dengan pelajar-pelajar lain
dalam ujian yang sama disebut skor z. Skor z ialah skor piawai yang mempunyai min 0 dan
sisihan piawai 1.

X −X
z=
σ

di mana : X = skor mentah

X́ = min

σ = sisihan piawai

Skor t
Skor t ialah skor piawai yang mempunyai min 50 dan sisihan piawai 10. Skor z boleh ditukarkan
kepada skor t bagi bagi mengelakkan nilai z berada dalam titik perpuluhan.

t = 50 + 10z

z = skor piawai

You might also like