Khamis Karangan 12 Ogos 2021

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Khamis Karangan 12 Ogos 2021

Sambutan Hari Kemerdekaan di Sekolah


Pada 30 Ogos 2021 yang lalu, sekolah saya telah
mengadakan Sambutan Hari Kemerdekaan peringkat
sekolah. Sambutan ini bertempat di dewan sekolah.
Tujuan sambutan ini adalah untuk menyambut ulang tahun
kemerdekaan negara kita.
Sambutan yang gilang -gemilang itu telah dimulakan
pada pukul 8.30 pagi. Murid-murid beratur mengikut kelas
secara tertibnya di dalam dewan. Majlis dimulakan dengan
nyanyian lagu Negaraku dan juga lagu negeri. Kemudian,
tetamu kehormat, iaitu Yang Dipertua PIBG SJKC Imbi
telah menyempurnakan acara perasmian Sambutan Hari
Kemerdekaan tersebut.
Selain itu, Encik Yew Chin Lai, selaku Guru Besar
SJKC Imbi juga menyampaikan sepatah dua kata. Beliau
telah menasihati murid-murid supaya belajar dengan
bersungguh-sungguh supaya dapat berkhidmat kepada
negara pada masa kelak. Sambutan diikuti dengan bacaan
utusan daripada Perdana Menteri dan Kementerian
Pendidikan Malaysia.
Acara sambutan tersebut dimulakan dengan
persembahan nyanyian daripada pasukan koir sekolah.
Pasukan koir sekolah yang hebat telah menyanyikan lagu
patriotik, iaitu Jalur Gemilang dan Tanggal 31 dengan
bersemangat sekali. Kekaguman terpahat pada muka
murid-murid lain semasa menyaksikan persembahan yang
amat menarik sekali itu. Tepukan yang gemuruh telah
diberikan apabila persembahan tamat.
Selain itu, Pertandingan Kelas Paling Patriotik juga
diadakan sempena Sambutan Hari Kemerdekaan ini. Guru-
guru berkenaan akan menilai kelas-kelas untuk mencari
pemenangnya. Kelas 5K telah mendapat johan dalam
pertandingan ini kerana perhiasan di dalam kelas telah
dibuat dengan cantik dan menarik sekali.
Pada pukul 12.00 tengah hari, majlis bersurai. Murid-
murid pulang ke kelas masing-masing. Saya bersyukur
kerana dapat hidup di Malaysia kerana ia sebuah negara
yang aman dan damai.

You might also like