Mpu3313 - v2 (Health and Wellness 2)

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 17

BACHELOR OF NURSING SCIENCE WITH HONOURS

SEMESTER MEI / TAHUN 2020

MPU3313_V2

KESIHATAN DAN KESEJAHTERAAN 2

NO. MATRIKULASI : 830120145574001


NO. KAD PENGENALAN : 830120-14-5574
NO. TELEFON : 018-7878832
E-MEL : faudzlinaismail@oum.edu.my

PUSAT PEMBELAJARAN : MELAKA LEARNING


CENTRE

1
ISI KANDUNGAN

Tugasan 1 - Senario 1 ( a )

1.0 Pengenalan……………………………………………………..3-4

2.0 Faktor risiko………….………………………………………...4-5

2.1 Kepentingan pencegahan osteoporosis……………………5-6

3.0 Kesimpulan …………………………..………………………6

4.0 Rujukan………………………………………………………….7

Tugasan 1 - Senario 1 ( b )

1.0 Pengenalan……………………………………………………..8-9

2.0 Enam manfaat komprehensif yang boleh dialami oleh individu, keluarga dan

komuniti daripada mengamalkan gaya hidup sihat……………..9

2.1 Peningkatan kecekapan kardiovaskular dan salur darah…...9

2.2 Peningkatan tonus, kekuatan, fleksibiliti dan ketahanan otot…..9

2.3 Peningkatan kawalan kendiri, kecekapan kendiri dan harga diri…..10

2.4 Peningkatan pengurusan tekanan dan pandangan dalam kehidupan…10

2.5 Peningkatan hubungan interpersonal……………………....10

2.6 Penurunan kes mortaliti dan morbiditi akibat penyakit…...10-11

3.0 Kesimpulan…………………………………………………….11

4.0 Rujukan………………………………………………………...12

Tugasan 2

1.0 Jurnal refleksi…………………………………………………13-16

2.0 Rujukan………………………………………………..………17

2
TUGASAN 1
Senario 1 (a)

1.0 Pengenalan
Osteoporosis merupakan satu keadaan di mana hilangnya kepadatan tulang dan
menjadikan struktur tulang rapuh dan mudah patah. Sekiranya struktur tulang dilihat
di bawah mikoroskop ,tulang yang sihat kelihatan seperti sarang lebah. Liang-liang
kecil dan rongga pada tulang akan menjadi jauh lebih besar daripada tulang yang sihat
apabila osteoporosis berlaku. Tulang hilang kepadatannya dan kualiti tulang
berkurangan. Kepadatan tulang yang berkurangan akan menyebabkan tulang menjadi
rapuh dan cenderung mengalami kepatahan walaupun berlaku kemalangan yang kecil.
Menurut petikan yang dikeluarkan oleh International Osteoporosis Foundation (2017)
yang bertajuk “What is osteoporosis”, kejadian osteoporosis yang berlaku di seluruh
dunia adalah pada mereka yang berumur lebih daripada 50 tahun ke atas berisiko
mengalami kepatahan tulang akibat osteoporosis. Nisbah kejadian adalah 1 dari 3
wanita dan 1 dari 5 lelaki berisiko mengalami osteoporosis. Bahagian tulang yang
kerap terjejas akibat osteoporosis adalah tulang pergelangan, tulang spina dan tulang
pinggul. Azaiddin Akasah (2012) menyatakan dalam penulisannya kadar kepatahan
tulang pinggul di Malaysia pada tahun 1997 dianggarkan sebanyak 90 kes bagi setiap
100,000 penduduk. Ini melibatkan individu yang berusia 50 tahun ke atas dan ianya
lebih ketara bagi wanita yang lanjut usia.
Tulang yang kuat bergantung kepada ketumpatan tulang yang mengandungi tahap
kandungan kalsium dan fosforus serta lain-lain garam yang tinggi dan stabil.
Kekurangan kalsium dan fosforus menyebabkan tulang menjadi reput dan lemah.
Individu yang mengalami masalah hormon dan juga pengambilan steroid secara
berlebihan cenderung mengalami osteoporosis. Kadar pelupusan tulang meningkat
sebanyak 1 hingga 3 peratus setahun dan ianya berlaku secara berterusan selepas
wanita menopaus akibat daripada penurunan tahap hormon estrogen. Pelupusan tulang
bagi lelaki agak lambat berbanding wanita tetapi ia akan menjadi sama apabila umur
mencapai 65 tahun. Aktiviti seperti berenang, berlari membantu menguatkan tulang
dan boleh menghindarkan osteoporosis.
Ketumpatan tulang mencapai tahap matangnya apabila seorang individu berusia
lewat 20-an dan ia mula beransur menjadi lemah ketika usia mencecah 35 tahun.
Osteoporosis tidak mempunyai gejala yang begitu ketara pada peringkat awal

3
kejadiannya dan mengambil masa beberapa tahun untuk menunjukkan simptom
berlakunya osteoporosis. Sakit sendi, kesukaran untuk duduk dan berdiri lurus atau
kepatahan tulang yang berlaku tanpa sebarang hentakan merupakan tanda
osteoporosis berlaku. Apabila jisim tulang menjadi rendah,tulang-tulang di kawasan
yang dikenalpasti berlaku osteoporosis seperti pergelangan tangan, tulang pinggul,
tulang vertebra mudah untuk patah. Individu lanjut usia seperti warga emas yang
mengalami kepatahan tulang akan menyebabkan keadaan menjadi serius kerana
pertumbuhan tulang telah terhenti dan sukar untuk memperbaiki secara sendiri. Posisi
badan membongkok yang berlaku di kalangan warga emas merupakan gejala
osteoporosis.

2.0 Faktor risiko


Mengenal pasti faktor-faktor risiko adalah penting dalam mendiagnoskan
osteoporosis. Faktor risiko kejadian osteoporosis terbahagi kepada dua iaitu faktor
yang tidak boleh diubah dan juga faktor yang boleh diubah. Menurut American
College of Rheumatology, faktor yang tidak boleh diubah merangkumi faktor umur.
Risiko berlaku ostoeporosis apabila mencecah usia pertengahan 30-an dan
terutamanya selepas menopous. Apabila seorang individu bertambah usia, kerosakan
tulang berlaku adalah lebih cepat daripada yang dibina semula. Faktor jantina juga
antara penyumbang kepada berlakunya osteoporosis. Wanita berisiko lebih tinggi
mendapat osteoporosis berbanding lelaki disebabkan oleh penurunan hormon estrogen
yang berlaku selepas mengalami menopous. Golongan wanita berisiko apabila
mengalami menopous yang awal sebelum usia 45 tahun. Contohnya apabila perlu
menjalani pembedahan histerektomi iaitu pembuangan organ rahim terutama jika
melibatkan ovari sekali sebelum berusia 45 tahun. Ketidakseimbangan hormon
menyebabkan haid tidak datang dalam jangka masa yang lama iaitu lebih daripada 6
bulan yang disebabkan oleh senaman yang berlebihan atau makan secara berlebihan
hormon lelaki iaitu testosteron. Seperti yang kita tahu hormon estrogen yang ada pada
wanita dan testosteron pada lelaki adalah penting untuk menjadikan tulang kuat dan
berfungsi memproses mineral dalam tulang seperti kalsium. Justeru, kejadian penyakit
yang menjejaskan penghasilan hormon boleh menyebabkan osteoporosis tercetus
seperti hypertiroidsm iaitu keadaan di mana kelenjar tiroid yang sangat aktif.
Gangguan kelenjar adrenal dalam Sindrom Cushing iaitu penghasilan kortisol secara
berlebihan boleh menyebabkan osteoporosis. Kurang pengeluaran hormon seks iaitu

4
estrogen dan testosteron, gangguan di kelenjar pituitari serta penyakit diabetes
mellitus juga cenderung untuk menyebabkan osteoporosis berlaku. Sejarah keluarga
terdekat seperti ibu bapa yang menghidap osteoporosis juga boleh menjadi faktor
penyumbang kepada osteoporosis berlaku. Antara faktor-faktor risiko yang boleh
diubah seperti faktor pemakanan. Contohnya pengambilan makanan yang
mengandungi kalsium seperti produk tenusu serta mengurangkan pengambilan kafein
dan alkohol secara berlebihan. Tabiat merokok juga menyumbang kepada risiko
berlakunya osteoporosis. Faktor risiko yang lain juga termasuk gangguan penyerapan
seperti penyakit Crohn’s, penggunaan ubatan kortikosteroid pada dos yang tinggi bagi
jangka masa yang lama untuk rawatan kes asma dan artritis.

2.1 Kepentingan pencegahan osteoporosis


Mencegah itu lebih baik daripada merawat. Menurut Hatta Tarmizi (2012),
terdapat beberapa kaedah rawatan perubatan untuk mencegah osteoporosis seperti
terapi gantian hormon bagi membantu wanita yang bakal menopaus untuk
mengekalkan keupayaan tulang dan kurangkan risiko kepatahan tulang. Penggunaan
ubatan kumpulan bisfosfonat dapat mengekalkan keupayaan tulang dan
mengurangkan kadar kerapuhan tulang. Pengambilan kalsium dan vitamin D
tambahan berupaya mengelakkan risiko kepatahan tulang. Tabiat bersenam sekurang-
kurangnya 30 minit 3 kali seminggu membantu mempengaruhi kesihatan tulang.
Contoh senaman untuk kukuhkan tulang bagi mencegah osteoporosis seperti senaman
‘weight bearing’ dan senaman ‘resistance’. Senaman aerobik, lompat tali, jogging dan
melompat bintang baik untuk menguatkan tulang. Senaman yang lebih selamat dan
bersesuaian seperti berjalan perlahan, menaiki anak tangga 10 kali sehari adalah untuk
individu yang berusia. Mengamalkan pemakanan yang sihat seperti pengambilan
makanan berkalsium tinggi sekurang-kurangnya 1000mg sehari. Sumber kalsium
diperolehi daripada produk tenusu seperti yogurt, keju dan sayuran hijau.
Pengambilan vitamin D seperti ikan salmon, tuna dan sardin serta protein untuk
membantu dalam pembinaan tulang manakala fosforus yang diperolehi daripada
produk soya dan labu. Makanan yang mengandungi sodium berlebihan perlu
dielakkan kerana sodium yang berlebihan menyebabkan kehilangan kalsium daripada
badan melalui air kencing. Berusaha untuk berhenti merokok dan tidak mengambil
alkohol berupaya mengelakkan risiko osteoporosis. Bagi individu yang menghidap
osteoporosis, persekitaran yang selamat perlu dikekalkan bagi mengelakkan

5
kemalangan dan kecederaan. Mengenalpasti keadaan yang boleh menyebabkan jatuh
seperti lantai yang licin, alatan yang menghalang laluan. Mengekalkan tahap
penglihatan yang baik dan pendengaran juga membantu mengelakkan berlaku
kemalangan di rumah. Keberkesanan dalam pencegahan osteoporosis membolehkan
individu hidup dalam keadaan sihat dan sejahtera di mana aktiviti harian dapat
dilakukan dengan sempurna tanpa halangan. Amalan cara hidup yang sihat dapat
menjamin kesihatan yang bermutu serta terhindar dari pelbagai penyakit yang boleh
menjejaskan norma kehidupan seharian. Osteoporosis seringkali dikaitkan dengan
individu yang telah berusia. Namun di sebalik minda sedar kita osteoporosis berlaku
adalah disebabkan oleh amalan gaya hidup yang tidak sihat bermula dari usia muda.
Kesedaran yang tinggi dalam mengekalkan tahap kesihatan yang baik serta
mempunyai ilmu dalam bidang kesihatan amatlah penting untuk menjamin sebuah
kehidupan yang sihat dan sejahtera.

3.0 Kesimpulan
Justera, masyarakat memainkan peranan penting dalam menjaga kesihatan
terutama kesihatan tulang di samping ketersediaan pihak kesihatan menyediakan
khidmat pencegahan dan perawatan penyakit osteoporosis. Penglibatan masyarakat
dalam program yang dianjurkan oleh Persatuan Osteoporosis Malaysia sedikit
sebanyak memberi input dan kesedaran kepada masyarakat tentang pentingnya
menjaga dan memelihara kesihatan tulang dalam menjamin kesejahteraan hidup.
Sikap suka membaca bahan ilmiah yang berkaitan membantu dalam memberi idea-
idea baru yang efektif dalam menjalani kehidupan yang sihat dan sejahtera. Sikap
prihatin kepada golongan yang berisiko sedikit sebanyak dapat mengelakkan mereka
daripada derita osteoporosis. Pepatah inggeris ada menyatakan “an apple a day,will
keep the doctor away”.

6
4.0 Rujukan

National Osteoporosis Foundation. ( 2020 ). What is osteoporosis and what is causes


it ?. Dimuat turun daripada https://www.nof.org/patients/what-is-osteoporosis/

International Osteoporosis Foundation. ( 2017 ). What is osteoporosis ?. Dimuat turun


daripada https://www.iofbonehealth.org/what-is-osteoporosis#:~:text=
Osteoporosis%2C%20which%20literally%20means%20porous,until%20the%20
first%20fracture%20 occurs

Mohd Hatta Tarmizi. ( 2012, Mei 1 ). Tulang rapuh ( Osteoporosis ). Dimuat turun
daripada http://www.myhealth.gov.my/tulang-rapuh-osteoporosis/

Azaiddin Akashah. ( 2012, April 25 ). Osteoporosis. Dimuat turun daripada http://


www.myhealth.gov.my/osteoporosis-2/

MacGill, M. ( 2019, Julai 22 ). What to know about osteoporosis. Medical News


Today . Dimuat turun daripada https://www.medicalnewstoday.com.com/
articles/155646

7
TUGASAN 1
Senario 1 (b)

1.0 Pengenalan
Gaya hidup sihat boleh ditakrifkan sebagai satu amalan kehidupan yang
membawa impak positif kepada diri seseorang, keluarganya dan masyarakat. Antara
contoh kehidupan yang sihat ialah individu tersebut hidup dengan penuh ceria tanpa
mengalami sebarang masalah yang boleh menjejaskan kehidupannya untuk satu
tempoh tertentu. Sudah pasti dalam kehidupan era moden yang begitu banyak tekanan
ini,gaya hidup sihat menjadi satu matlamat yang perlu dicapai segera. Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (World Health Organization) mentakrifkan sihat sebagai satu
keadaan yang sempurna bukan hanya bebas dari sebarang penyakit malah sihat dari
segi fizikal dan mental serta hubungan sosial yang sejahtera. Manakala kesejahteraan
pula menurut Kamus Dewan Edisi Keempat didefinisikan sebagai aman dan makmur,
senang dan tenteram serta terpelihara daripada kesusahan dan gangguan.
Takrif dan pengistilahan kesihatan dan kesejahteraan seringkali digunakan tetapi
sedarkah kita dimana ianya mempunyai sedikit makna yang berbeza. Kesihatan lebih
cenderung kepada penakrifan yang berkait rapat dengan perubatan serta menjelaskan
keadaan fizikal dan mental seseorang sama ada mereka bebas dari sebarang penyakit
atau sebaliknya. Ia biasanya menanda araskan penyakit atau keabnormalan. Manakala
kesejahteraan pula diistilahkan sebagai proses keseluruhan mengekalkan keadaan
umum kesihatan yang baik. Kesejahteraan melibatkan keputusan secara sedar pada
individu, sedangkan kesihatan hanya menggambarkan keadaan seseorang. Ramai
yang terlupa dengan satu lagi aspek kesihatan yang tidak kurang pentingnya iaitu
pengurusan kesihatan minda, emosi dan kesejahteraan secara menyeluruh seiring
dengan penjagaan fizikal. Walaubagaimanapun dalam gabungan frasa kesihatan dan
kesejahteraan membawa pengertian konsep usaha bagi mendapatkan kesihatan
keseluruhan yang merangkumi komponen mental, fizikal, sosial dan emosi. Dalam
pelbagai konteks, istilah ini sering digunakan bagi bertujuan untuk menggalakkan
gaya hidup yang lebih baik kepada setiap keluarga. Justeru dalam usaha mengamalkan
gaya hidup sihat, setiap keluarga haruslah merancang dan bergerak bagi melakukan
aktiviti-aktiviti yang sihat dalam kehidupan seharian.
Penghayatan dan juga mengamalkan gaya hidup sihat memberi impak positif
serta enam manfaat komprehensif yang boleh dialami oleh individu, keluarga dan

8
komuniti dalam menjalani kehidupan seharian. Enam manfaat tersebut ialah
peningkatan kecekapan kardiovaskular dan salur darah, peningkatan tonus, kekuatan,
fleksibiliti dan ketahanan otot, peningkatan kawalan kendiri, kecekapan kendiri dan
harga diri, peningkatan pengurusan tekanan dan pandangan dalam kehidupan,
peningkatan hubungan interpersonal serta penurunan kes kematian dan morbiditi
akibat penyakit.

2.0 Enam manfaat komprehensif yang boleh dialami oleh individu, keluarga dan
komuniti daripada mengamalkan gaya hidup sihat

2.1 Peningkatan kecekapan kardiovaskular dan salur darah


Kecekapan kardiovaskular bermaksud kecekapan sistem peredaran dan
sistem pernafasan untuk membekalkan oksigen kepada otot secara berterusan
pada jangka masa yang panjang semasa melakukan aktiviti. Jantung yang sihat
akan membekalkan membekalkan oksigen yang cukup ke seluruh anggota badan.
Anggota badan yang menerima oksigen yang cukup membolehkan tubuh badan
berada dalam keadaan sihat dan cergas. Menurut Norkhalid (2011) dalam
penulisannya menyatakan banyak kelebihan yang diperolehi kesan daripada daya
tahan kardiovaskular yang optimum. Antaranya ialah memperbaiki peredaran
darah dan respiratori, mengurangkan risiko serangan jantung, mengekalkan
kestabilan metabolisma badan serta mengubah personaliti, konsep kendiri dan
kestabilan emosi individu.

2.2 Peningkatan tonus, kekuatan, fleksibiliti dan ketahanan otot


Peningkatan tonus adalah tahap kemampuan otot untuk berfungsi dan
berinteraksi dengan baik semasa melakukan aktiviti. Amalan gaya hidup sihat
memberi kekuatan otot serta mampu bertahan dalam melaksanakan aktiviti harian
mahu pun lasak. Fleksibiliti yang boleh diadaptasi oleh badan daripada aktiviti
tersebut membolehkan individu mampu menghadapi tekanan dan kepenatan.
Kelebihan ini membuatkan seseorang lebih maju dalam apa jua bidang yang
diceburi.

9
2.3 Peningkatan kawalan kendiri, kecekapan kendiri dan harga diri
Gambaran atau pandangan tentang diri sendiri yang merangkumi rupa paras,
kesihatan fizikal, kebolehan, kelemahan dan tingkah laku disebut konsep kendiri.
Individu serta komuniti yang sentiasa mengamalkan gaya hidup yang sihat
mempunyai keupayaan untuk mengawal diri dengan baik, bertanggungjawab
terhadap kesihatan diri, berkeyakinan dan secara tidak langsung meningkatkan
harga diri. Kebolehan masyarakat untuk berfikir secara positif memberi impak
yang besar dalam sesuatu keadaan secara tidak langsung mengekalkan sebuah
kehidupan yang sihat dan sejahtera.

2.4 Peningkatan pengurusan tekanan dan pandangan dalam kehidupan


Tekanan yang berterusan boleh menjejaskan kesihatan mental dan fizikal
sesorang. Menurut Hairul (2014), amalan gaya hidup sihat berupaya mengatasi
masalah tekanan mental. Individu dan masyarakat yang mengamalkan gaya hidup
sihat berupaya untuk berfikir secara positif dan menerima tekanan sebagai suatu
cabaran. Melakukan aktiviti riadah boleh mengalihkan perhatian dari tekanan
yang dihadapi. Sentiasa mengamalkan rehat dan tidur yang cukup. Mewujudkan
hubungan dengan individu yang positif yang sentiasa memberi pandangan yang
positif dalam menghadapi masalah dan secara tidak langsung dapat mewujudkan
keharmonian dan kesejahteraan dalam kehidupan.

2.5 Peningkatan hubungan interpersonal


Kesihatan yang baik akan memberi kesan positif terhadap hubungan
interpersonal. Ketrampilan dengan bentuk badan yang menarik hasil daripada
menjaga kesihatan sudah tentu akan menjadi daya penarik terhadap individu
tersebut dan sentiasa berasa yakin. Boleh berfikiran terbuka dan positif
menyumbang kepada kesejahteraan sosial. Pergaulan yang baik dalam komuniti
dengan tidak mengambil kira perbezaan umur sekaligus mewujudkan hubungan
yang harmoni dan penuh kasih sayang.

2.6 Penurunan kes mortaliti dan morbiditi akibat penyakit


Kesihatan fizikal dan mental yang optimum membolehkan sistem imuniti
badan berfungsi dengan baik. Justeru, ia dapat melindungi badan dari pelbagai

10
penyakit. Jantung yang sihat akan mengurangkan risiko penyakit tiga serangkai
iaitu diabetes, hipertensi dan sakit jantung. Imuniti yang tinggi juga akan
mempercepatkan proses penyembuhan dan mengurangkan kadar mortaliti dan
morbiditi. Amalan rehat dan tidur yang cukup iaitu antara enam hingga lapan jam
sehari untuk dewasa membolehkan tubuh kita membina sel-sel baru.

3.0 Kesimpulan
Kesimpulannya, amalan gaya hidup sihat perlu dipupuk sedari awal usia muda
supaya ianya menjadi suatu budaya dalam kehidupan seharian. Kehidupan yang sihat
dan sejahtera amatlah penting kepada semua lapisan masyarakat dalam usaha
meningkatkan mutu kesihatan yang optimum. Dengan berlandaskan disiplin serta ciri-
ciri manusia sihat yang diterapkan dalam diri setiap individu, gaya hidup yang sihat
akan mudah difahami dan dihayati dan secara tidak langsung dapat diamalkan.
Penghayatan amalan gaya hidup sihat yang baik membolehkan individu, keluarga dan
komuniti serta seluruh masyarakat di muka bumi peroleh manfaat seperti yang telah
dibincangkan. Di samping itu juga, amalan gaya hidup sihat menjadikan sebuah
kehidupan yang harmoni, kesihatan mental dapat ditingkatkan dan mengurangkan isu-
isu yang berpunca daripada masalah gangguan mental. Justeru, mencegah adalah lebih
baik daripada mengubati.

11
4.0 Rujukan

Dinie Hazmi Azli. ( 2019, September 22 ). Gaya hidup sihat. Dimuat turun daripada
https://ipghidupsihat.blogspot.com/2019/09/pengenalan-gaya-hidup-sihat.html

Wikipedia. ( 2013, Mac 7 ). Kesihatan. Dimuat turun daripada https://ms.wikipedia.


org/wiki/Kesihatan

Amran Hassan. , Fatimah Yusooff. ,Khadijah Alavi. ( 2012 ). Keluarga sihat


melahirkan komuniti sejahtera : Satu ulasan. Malaysia Journal of Society and
Space, 8(5), 51-63. http://journalarticle.ukm.my/5514/1/artikel5.pdf

Norkhalid Salimin. ( 2011, April 2 ). Daya tahan kardiovaskular. Dimuat turun


daripada http://pendidikanjasmanikesihatansainssukan.blogspot.com/2011/04/
daya-tahan-kardiovaskular.html

Hairul. ( 2014, Ogos 18 ). Pengurusan tekanan. Dimuat turun daripada https://


hairulkforcegmailcom.weebly.com/blog/pegurusan-tekanan

Dewan Bahasa dan Pustaka. ( 2017 ). Kamus Bahasa Melayu. Dimuat turun daripada
https://prpm.dbp.gov.my/cari1?keyword=sejahtera

12
TUGASAN 2

1.0 Jurnal refleksi


Apa itu refleksi? Refleksi adalah suatu proses untuk mengingatkan kembali apa
yang telah berlaku ,menyatakan pendapat dari sudut perspektif sendiri dan kesan yang
diperolehi sepanjang proses tersebut. Mempelajari subjek Kesihatan dan
Kesejahteraan 2 telah menyedarkan saya bahawa kesihatan bukan hanya kepada
fizikal semata-mata tetapi merangkumi aspek sihat dan bebas dari segi fizikal, emosi,
mental dan sosial. Walaupun saya berada di bidang kesihatan, kadangkala kesihatan
diri tidak dititikberatkan.
Isu penyakit kronik saban hari menghantui masyarakat kita. Pelbagai program
dan aktiviti dijalankan sama ada oleh kerajaan mahu pun badan-badan NGO demi
mencapai tahap kesihatan masyarakat yang optimum. Apa itu penyakit kronik?
Sebarang penyakit yang berlanjutan lebih dari tiga bulan serta mengganggu kehidupan
seharian dikenali sebagai penyakit kronik yang mana ia boleh dirawat tetapi tidak
boleh sembuh sepenuhnya. Penyakit kardiovaskular, diabetes mellitus, hipertensi,
asma dan penyakit mental antara contoh penyakit kronik.
Makanan merupakan sumber utama dalam menyumbangkan kepada sesuatu
penyakit. Dalam kelekaan kita menikmati kelazatan makanan, secara tidak sedar
penyakit mula bertandang jika kita gagal mengawal pemakanan. Tambahan kita
berada di fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), merentas negeri
dibenarkan pada musim perayaan sekaligus banyak aktiviti rumah terbuka bagi
meraikan keluarga dan sanak saudara. Kita sedia maklum pelbagai hidangan enak
disediakan ketika rumah terbuka. Juadah seperti kuah rendang, sambal ikan bilis, kuah
laksa dan lontong mengandungi kandungan garam dan lemak tepu yang tinggi. Maka,
kita perlu berhati-hati dalam menikmati makanan. Apatah lagi pada mereka yang telah
menghidap penyakit kronik tersebut. Justeru, kebolehan kita untuk mendalami ilmu
kesihatan dan pemakanan serta amalan gaya hidup sihat amatlah penting dalam usaha
meningkatkan kecekapan kardiovaskular dan salur darah.
Pengambilan makanan secara sihat dengan berpandukan kepada piramid makanan
membantu kita untuk merancang jenis makanan yang bersesuaian dan kuantitinya.
Pengambilan serat semulajadi seperti buah-buahan, sayuran dan bijirin oat dapat
menyerap kolesterol dan lemak di dalam badan. Mengurangkan pengambilan
makanan berkalori tinggi yang boleh menyebabkan obesiti. Ianya berkait rapat dengan

13
penyakit diabetes, hipertensi dan kardiovaskular. Pengambilan stevia sebagai pemanis
menggantikan gula sedikit sebanyak membantu mengurangkan gejala diabetes yang
tidak terkawal. Sebolehnya memasak dan makan di rumah membolehkan kita
mengawal kuantiti gula, garam dan yang paling penting ialah tidak menggunakan
perasa yang mengandungi monosodium glutamate berlebihan. Di samping
membolehkan kita makan secara sihat, keharmonian dalam keluarga dapat
diwujudkan serta menjimatkan wang. Mendapatkan nasihat pakar pemakanan juga
membantu kita merancang pengambilan makanan yang sihat mengikut kuantiti dan
keperluan.Tidak lupa juga minum air kosong 2 hingga 3 liter sehari bagi
mengelakkkan dehidrasi.
Selain daripada mengawal pemakanan dan makan secara sihat, melakukan aktiviti
fizikal juga boleh meningkatkan kecekapan kardiovaskular dan salur darah. Sistem
kardiovaskular dan salur darah yang baik membolehkan darah beroksigen disalurkan
ke organ-organ penting dan anggota badan. Kita disarankan melakukan aktiviti riadah
sekurang-kurangnya 30 minit, tiga kali seminggu. Antara aktiviti yang boleh
dilakukan adalah seperti berjalan pantas, berjogging, berbasikal dan senamrobik.
Kekangan masa dan bebanan kerja menyebabkan kita seringkali mengabaikan saranan
ini. Apa yang boleh kita lakukan ialah dengan mengaplikasikan riadah ditempat kerja
seperti meletakkan kenderaan jauh daripada pejabat dan berjalan kaki ke pejabat,
selesa menggunakan tangga daripada lif. Berusaha untuk mencapai kadar 10,000
langkah sehari seperti yang disarankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Perlu
diingatkan saluran darah yang tersekat boleh menyebabkan strok.
Dalam usaha kita mencegah isu penyakit kronik, secara tidak langsung
peningkatan tonus, kekuatan, fleksibiliti dan ketahanan diri dapat ditingkatkan. Tidak
hanya bergantung kepada senaman semata-mata,aktiviti kecergasan yang seperti
senaman regangan, senaman ‘resistance’ serta ‘weight bearing’ dapat membantu
menguatkan daya ketahanan otot dan melambatkan proses osteoporosis. Aktiviti
seperti tekan tubi, naik turun bangku boleh dilakukan. Selain dari meningkatkan
kekuatan daya tahan otot. Menyediakan jadual waktu bersenam dan mendisiplinkan
diri untuk mematuhinya membolehkan objektif kita tercapai. Bosan dengan aktiviti
yang sama? Kita boleh dapatkan khidmat nasihat daripada individu yang bertauliah.
Menjadikan media sosial sebagai sumber rujukan yang mana ia mempunyai pelbagai
teknik dan idea senaman yang efektif dan tidak membosankan. Sekiranya
berkemampuan, boleh juga menghadiri kelas yoga, gimnasium dan tidak kurang juga

14
mempunyai jurulatih yang bertauliah. Di samping itu juga kita dapat mengatasi
masalah obesiti dan memiliki berat badan yang ideal dan bentuk badan yang
menawan. Secara tidak langsung meningkatkan keyakinan diri sekaligus mencegah
penyakit-penyakit kronik. Tetapi perlu diingatkan juga, lakukan aktiviti secara
fleksibel dan tidak terlalu mendesak kerana bimbang akan menimbulkan
kemudaratan. Di samping menjaga kesihatan fizikal, aspek kesihatan mental,
sosial dan emosi juga perlu dititikberatkan. Mengamalkan gaya hidup sihat juga dapat
meningkatkan pengurusan tekanan dan pandangan dalam kehidupan. Pelbagai punca
boleh menyebabkan tekanan. Antaranya seperti masalah peribadi, kerja, keluarga.
Kita tidak boleh lari daripada tekanan dalam kehidupan. Tekanan yang berpanjangan
akan membuatkan kita berasa marah, kemurungan dan mudah jatuh sakit. Sentiasa
positif dalam apa jua keadaan, belajar untuk bertenang, luangkan masa bersama
keluarga, tidur dan rehat yang mencukupi serta beriadah boleh membantu
mengurangkan tekanan. Berfikiran positif yang tinggi membantu dalam mencari jalan
penyelesaian dengan mudah dan mengubah persepsi yang negatif dalam sesuatu
keadaan. Rehat dan tidur yang mencukupi membantu dalam mengurangkan tekanan
dan tenangkan minda. Bersikap prihatin terhadap terhadap masa rehat sendiri
mendidik kita lebih menghargai dan sayang akan diri sendiri. Secara tidak langsung
kita berpotensi untuk pulih dengan cepat dan mampu untuk berfikir dengan lebih baik
apabila berhadapan dengan tekanan dan lebih yakin serta bersedia berhadapan dengan
cabaran yang mana ia merupakan pengalaman memajukan diri.
Mempunyai perhubungan interpersonal yang baik adalah hasil daripada amalan
gaya hidup sihat yang pada asalnya untuk cegah penyakit-penyakit kronik. Sentiasa
bersikap terbuka dan positif memainkan peranan besar dalam sesuatu perhubungan.
Bertolak ansur dan sedia mendengar pendapat orang lain memudahkan kita untuk
bekerjasama dengan orang lain. Untuk meningkatkan hubungan interpersonal, kita
haruslah berani untuk berkomunikasi dengan individu lain yang keyakinan diri dan
berbeza dari segi umur, status, jawatan dan secara tidak langsung menyumbang
kepada kesejahteraan sosial. Pertukaran pendapat juga menjadikan perhubungan itu
lebih terbuka dan menjadikan kita lebih berpengetahuan.
Dengan mempraktikkan apa yang telah saya pelajari dalam subjek ini saya telah
berjaya menghadapi tekanan sepanjang saya bertugas sebagai petugas barisan
hadapan dan berhadapan dengan pesakit-pesakit positif COVID-19. Sentiasa positif
dan mengamalkan pemakanan sihat membolehkan saya kekal sihat dan sejahtera

15
sepanjang tempoh bertugas. Di samping memberi semangat kepada pesakit-pesakit
saya agar mereka terus tabah menghadapi dugaan.
Kesimpulannya, amalan gaya hidup sihat membolehkan kita mencegah penyakit-
penyakit kronik dan membantu mereka yang telah didiagnoskan dengan penyakit
kronik agar dapat menjalani kehidupan seharian dengan lebih selesa. Secara tidak
langsung kita dapat menurunkan kadar mortaliti dan morbiditi akibat penyakit. Fizikal
yang sihat dan mental adalah kesinambungan kehidupan yang sihat dan sejahtera.

2.0 Rujukan

16
Xuan, J. ( 2016, September 19 ). Refleksi kesihatan diri dan kecergasan. Dimuat
turun daripada http://joeyxuan97.blogspot.com/2016/09/refleksi-kesihatan-diri-
dan-kecergasan.html

Nadarajaw, T. ( 2012, Mac 26 ). Hidup dengan penyakit kronik. Dimuat turun


daripada http://www.myhealth.gov.my/hidup-dengan-penyakit-kronik/

Najmi Syahiran Mamat. ( 2020, April 17 ). Kenali 5 jenis penyakit membunuh rakyat
Malaysia dan bagaimana kita boleh hindari. Astro Awani. Dimuat turun daripada
http://www.astroawani.com/gaya-hidup/kenali-5-jenis-penyakit-membunuh-
rakyat-malaysia-dan-bagaimana-kita-boleh-hindari-237204

Anonimous. ( 2020, Jun 20 ). Makanan penyumbang utama penyakit. BH ONLINE .


Dimuat turun daripada https://www.bharian.com.my/wanita/sihat/2020/06/
702316/makanan-penyumbang-utama-penyakit

17

You might also like