Contoh Karangan THN 5

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Cara-cara menghormati Ibu bapa

Ibu bapa ialah insan yang sangat penting dalam kehidupan kita. Tanpa mereka kita tidak akan berpeluang merasa
nikmat kehidupan di muka bumi ini. Jasa bakti mereka yang telah melahir dan membesarkan kita amatlah bernilai.
Justeru sebagai seorang anak, kita perlulah sentiasa menghormati mereka.

Terdapat banyak cara yang boleh kita lakukan sebagai tanda menghormati mereka. Antaranya ialah dengan
menunjukkan kepatuhan dan ketaatan kepada mereka. Sebagai ibu bapa mereka akan menentukan apa yang terbaik
untuk anak-anak. Sudah semestinya setiap keputusan atau pilihan yang mereka lakukan adalah bertujuan untuk
kebaikan kita. Tidak ada mana-mana ibu bapa di dunia ini pun yang bertindak atau membuat keputusan yang boleh
merosakkan kehidupan anak-anak.

Kita juga boleh menunjukkan rasa hormat kepada mereka dengan cara mendengar nasihat dan menerima setiap
teguran daripada mereka dengan hati yang terbuka. Sebagai manusia biasa kita tidak mungkin lari daripada tersilap
langkah dan melakukan kesilapan. Nasihat dan teguran mereka bertujuan untuk memberi bimbingan dan panduan
demi kebaikan kita sendiri.

Di samping itu belajar bersungguh-sungguh dalam pelajaran juga merupakan satu cara yang boleh kita lakukan
sebagai tanda menghormati ibu bapa. Ibu bapa telah bersusah payah melahirkan kita, membesarkan dan memberi
pendidikan kepada kita. Mereka bermandi peluh untuk menyara dan membesarkan serta bersengkang mata menjaga
kita ketika kita sakit. Sebagai membalas jasa mereka, kita hendaklah belajar bersungguh-sungguh agar berjaya
mencapai cita-cita. Kejayaan dalam pelajaran pastinya akan membuatkan ibu bapa kita berasa bangga dan gembira.

Selain itu, membantu ibu bapa melakukan kerja-kerja rumah yang bersesuaian seperti mengemas rumah, mencuci
pinggan mangkuk selepas makan, membersihkan halaman rumah serta membantu menjaga adik juga adalah
merupakan satu lagi cara menunjukkan rasa hormat dan kasih sayang terhadap mereka. Bantuan kita dapat
meringankan beban tugas serta keletihan mereka bekerja seharian. Mereka tentunya berasa gembira dan bangga
mempunyai anak-anak yang ringan tulang.

Secara ringkasnya dapatlah dirumuskan bahawa terdapat banyak cara untuk menunjukkan rasa hormat kepada
kedua-dua ibu bapa kita. Menghormati dan membalas jasa ibu bapa merupakan tanggungjawab anak-anak dan ia juga
dituntut oleh agama. Hormati dan sayangilah ibu bapa sementara mereka masih ada.

Cara-Cara Menghormati Guru

Semasa kita berada di sekolah, gurulah yang menjaga dan mendidik kita. Guru seumpama ibu bapa kepada kita
sepanjang masa kita berada di sekolah. Kerana peranan yang sebegini besar maka guru amat perlu dihormati
sepanjang masa.

Pelbagai cara boleh kita lakukan untuk menghormati guru. Salah satu caranya adalah dengan mengucapkan salam
ketika kita bertemu dengan guru. Seorang guru akan merasa senang hati apabila murid-murid mengucapkan salam dan
mendoakan kesejahteraanya.

Seterusnya, sikap tekun belajar dan mendengar dengan teliti setiap ajaran guru ketika berada di dalam kelas juga
merupakan satu cara untuk menghormati guru. Guru akan berasa bahagia dan dihargai apabila kita mendengar dengan
teliti ketika mereka mengajar. Guru kita pasti akan mengajar kita dengan penuh kesungguhan.
Selain itu, kita juga boleh menghormati guru dengan cara bersikap sopan santun dan berbudi bahasa ketika
bercakap dan bertanyakan soalan kepada guru. Murid yang berbudi bahasa dan bersopan santun juga akan lebih
disayangi oleh guru. Sekiranya kita bersikap biadap ketika bercakap dan bertanyakan soalan kepada guru, sudah pasti
akan membuatkan guru berasa terhina dan tidak dihormati. Oleh yang demikian kita hendaklah menjaga kelakuan kita
ketika bercakap dengan guru.

Di samping itu, jika kita melakukan kesilapan atau terlupa menyiapkan tugasan yang diberi oleh guru, kita hedaklah
memohon maaf. Sebagaimana di rumah, sekiranya kita tersilap maka kita meminta maaf daripada ibu bapa kita.
Demikian juga ketika berada di sekolah. Murid yang meminta maaf dan mengakui kesilapan yang dilakukan akan
membuatkan guru berasa senang hati dan berasa lebih dihargai dan dihormati.

Kesimpulannya, banyak cara yang boleh kita lakukan untuk menghormati guru. Oleh yang demikian kita
hendaklah sentiasa menghormati guru-guru kita kerana mereka telah menjalankan tanggungjawab mereka mendidik
kita.

Cara-Cara Menjaga Kesihatan

Semua orang perlu menjaga kesihatan mereka sendiri supaya mereka dalam keadaan yang sihat dalam hidup mereka.
Ada banyak cara untuk memastikan kesihatan seseorang itu dalam keadaan baik.

Cara yang lagi mudah ialah seseorang itu perlu menjaga kebersihan diri. Aktiviti mandi dan memakai pakaian
yang bersih serta memastikan kawasan sekeliling rumah bersih merupakan langkah yang paling praktikal untuk
dilakukan oleh sesiapa sahaja.

Selain itu, pemakanan yang seimbang amat penting terutama makanan yang berzat. Makanan segera perlulah
dijauhkan tetapi air hendaklah diambil dalam kuantiti yang banyak dalam sehari untuk menjamin kesihatan yang baik.

Malah, aktiviti bersenam juga mampu mengekalkan kadar kesihatan yang baik. Senaman memastikan peluh
dikeluarkan bersama-sama toksik badan yang mampu memberikan seseorang itu tahap imunisasi yang tinggi terhadap
sebarang serangan penyakit.

Seseorang itu juga perlulah bertemu dengan doktor mengikut jadual berkala. Pemeriksaan yang berjadual
sebegini mampu mengesan penyakit ketika di peringkat awal lalu mudah menyembuhkannya dan nasihat doktor
hendaklah dipatuhi selalu.

Kesimpulannya, menjaga kesihatan merupakan satu tanggung jawab yang harus dilaksanakan dengan penuh
amanah. Kesihatan yang baik bukan sahaja menijmatkan kos perubatan seseorang itu tetapi memberikan satu
kehidupan yang penuh ceria kepada diri dan keluarga.
Pentingnya Berjimat Cermat Ketika Berbelanja

Amalan berjimat-cermat harus dipupuk sejak dari kecil lagi. Berjimat-cermat bermaksud menggunakan apa yang kita
miliki untuk perkara-perkara yang perlu sahaja tanpa pembaziran.

Banyak faedahnya apabila kita berjimat-cermat. Antara faedahnya ialah kita boleh menyimpan atau menabung
wang untuk tujuan yang lebih penting. Wang itu nanti boleh digunakan untuk perkara yang lebih berfaedah seperti
membeli buku-buku latihan dan sebagainya lagi.

Selain itu, sikap berjimat-cermat akan menyebabkan seseorang sentiasa berfikir panjang sebelum membeli sesuatu
barangan. Sikap seperti ini boleh mengurangkan kesilapan membeli sesuatu barangan yang kurang perlu sehingga
akhirnya barangan tersebut terbuang begitu sahaja. Ini tentu merugikan kita.

Berjimat-cermat juga mengelakkan seseorang daripada terjebak dengan masalah hutang. Orang yang berbelanja
dengan boros biasanya tidak berfikir panjang untuk berbelanja sehingga mereka sanggup berhutang. Ini menyebabkan
mereka terjerat dengan masalah hutang hingga menyusahkan diri mereka sendiri.

Berjimat-cermat juga bermakna kita dapat memanfaatkan masa dengan sebaik mungkin. Sebagai contoh, mengisi
masa lapang dengan bersukan akan menjadikan tubuh kita sihat dan cergas. Ini dapat mengelakkan kita daripada
selalu berulang-alik ke klinik atau hospital akibat daripada masalah kesihatan. Hal yang demikian tentu akan
membazirkan masa dan wang untuk mendapatkan rawatan.

Di samping itu, amalan berjimat-cermat juga menjadikan seseorang itu berdisplin tinggi. Mereka sentiasa
mengambil berat tentang penjimatan dan kecermatan. Misalnya, mereka akan sentiasa menutup kembali barangan
elektrik seperti kipas, pendingin hawa dan sebagainya selepas digunakan. Ini akan mengelakkan mereka daripada
membayar bil elektrik yang tinggi.

Kesimpulannya, kita perlu sentiasa berusaha bagi memastikan amalan berjimat-cermat menjadi budaya hidup kita.
Amalan ini pasti akan menguntungkan kita serta mengelakkan kita ditimpa pelbagai masalah.

You might also like