Karangan Respon Terbuka PT3

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KARANGAN RESPON TERBUKA PT3:

Langkah memupuk perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Rangka Karangan
1. Pendahuluan : Kepentingan perpaduan

2. Isi :
i) Penggunaan Bahasa Kebangsaan
ii) Peranan Ibu Bapa
iii) Aktiviti Bermasyarakat

3. Penutup : Rumus isi/Cadangan/Pendapat.

Jawapan Karangan:

Isu-isu yang berkaitan dengan perpaduan kaum tak lekang di bibir


masyarakat dewasa ini. Oleh  kerana rakyat Malaysia terdiri daripada pelbagai
kaum, maka perpaduan kaum amatlah mustahak untuk memastikan keamanan
negara. Isu perpaduan kaum ini wajar dijadikan agenda perdana daiam setiap dasar
yang dilaksanakan oleh kerajaan.

Cara paling penting ialah penggunaan Bahasa kebangsaan. Hal ini demikian,
penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara satu kaum
dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga. Sebagai
contohnya, bahasa melayu digunakan semasa berkomunikasi dengan kaum lain.
Jelaslah, langkah ini mempercepatkan lagi perpaduan dan rasa harmoni antara
kaum di negara ini.

Kedua, peranan ibu bapa memupuk semangat hidup bermasyarakat tanpa


mengira warna kulit, budaya, kepercayaan dan agama. Hal ini demikian, Mereka
perlu mendidik anak-anak agar rnengamalkan semangat kejiranan sejak kecil lagi
kerana jika hendak melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Misalnya, semasa
meraikan perayaan kaum dan agama, ibu bapa sewajarnya rnengamalkan sikap
bertukar makanan dan ziarah menziarahi dalam kalangan penduduk setempat
Dengan ini, perpaduan kaum dapat dipupuk dan dilestarikan.
Ketiga, perpaduan kaum juga dapat dipupuk melalui aktiviti bermasyarakat.
Hal ini demikian, dapat memupuk semangat kerjasama dan saling membantu antara
satu sama lain dengan menghapuskan sikap mementingkan diri yang tertanam di
dalam jiwa masyarakat kini. Sebagai contohnya, aktiviti gotong royong yang
memerlukan sumbangan setiap pihak untuk menjayakan aktiviti tersebut supaya
perpaduan secara maksimum dapat dilahirkan. Pendek kata, aktiviti kemasyarakatan
dapat menjadi wadah yang terbaik bagi memupuk semangat perpaduan yang perlu
ada dalam diri setiap rakyat seiring dengan hasrat negara untuk mewujudkan
masyarakat yang bersatu padu walaupun berlainan bangsa mahupun agama.

Intihanya, peranan semua pihak dalam mewujudkan perpaduan kaum


amatlah dihargai dan dialu-aIukarn. Oleh itu, rakyat mestilah sentiasa berfikiran
positif dan rasional dalam menyokong usaha kerajaan untuk memupuk perpaduan.
Dengan kerjasarna daripada semua pihak,  pasti perpaduan kaum dapat dipelihara
dan rakyat dapat hidup dalarn keadaan yang aman dan harmoni Akhir kata, bersatu
kita teguh. bercerai kita roboh.

You might also like