Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

JAWAPAN

SOALAN 4
Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang membangun dan mempunyai hasrat untuk
kependudukan yang tinggi. Terdapat beberapa dasar kependudukan yang telah dilaksanakan
oleh Malaysia bagi mencapai tahap pertumbuhan penduduk. Malaysia mempunyai maltamat
untuk mencapai pertumbuhan penduduk yang tinggi. Namun, terdapat beberapa cabaran
utama dalam kependudukan di Malaysia. Antaranya, penurunan kadar kesuburan,
penguncupan penduduk, mencapai status negara tua, proses penuaaan, penguncupan tenaga
buruh, produktiviti dan masalah intervensi.

Penurunan kadar kesuburan akan mempengaruhi kependudukan di Malaysia.


Sekiranya, kadar kesuburan terus menurun akan menyukarkan untuk mencapai matlamat
untuk meningkatkan pertumbuhan penduduk di Malaysia. Malaysia antara negara ASEAN
yang yang mempunyai tahap kesuburan yang rendah selepas Singapura dan Thailand. Oleh
itu, untuk mencapai tahap pertumbuhan yang tinggi, Malaysia perlu melaksanakan strategi
kekeluargaan dan dorongan yang dapat membantu meningkatkan tahap kesuburan penduduk
di Malaysia. Berdasarkan statistik kadar kesuburan penduduk di Malaysia dari tahaun 1980
hingga 2016 menunjukkan penurunan. Penurunan kadar kesuburan saban tahun telah
menjejaskan strategi Malaysia untuk mencapai pertumbuhan penduduk yang meningkat. Bagi
mencapai status negara yang mempunyai penduduk yang banyak, kerajaan perlu terlebih
dahulu mengatasi isu kesuburan dalam kalangan penduduk Malaysia.

Berdasarkan statistik dijangkakan Malaysia mengalami penguncupan penduduk


menjelang tahun 2072. Penguncupan penduduk merupakan cabaran utama dalam dasar
kependudukan negara. Sekiranya, masalah penguncupan penduduk tidak dikenal pasti lebih
awal dan tidak melaksanakan strategi untuk mencapai negara yang mempunyai pertumbuhan
penduduk yang tinggi. Pertambahan penduduk juga sinonomi dengan pertumbuhan ekonomi.
Sekiranya pertambahan penduduk dapat membantu meningkatkan ekonomi, ini membuktikan
bahawa pertambahan penduduk mempunyai guna tenaga yang tinggi.

Perubahan status negara ke negara Tua juga merupakan cabaran utama dalam
kependudukan negara. Berdasarkan laporan tahunan 2017 Jabatan Perangkaan Malaysia
menunjukkan dalam tempoh 12 tahun akan datang dijangkakan Malaysia mengalami
pertambahan peratusan warga emas daripada 10% kepada 15%. Pertambahan peratusan
warga emas di Malaysia antara terpantas berbanding negara lain seperti Korea Selatan,
Thailand, Singapura dan Jepun. Apabila negara mencapai status negara tua dengan pantas
sudah pasti akan menyukarkan untuk mencapai pertumbuhan penduduk yang tinggi. Proses
penuaan yang pesat juga akan menjadi cabaran kepada Malaysia sekiranya pendapatan negara
tidak mencukupi. Kekurangan pendapatn negara akan mempengaruhi proses kependudukan
negara. Sekiranya, Malaysia ingin menjadi negara tua perlu memastikan negara mencapai
pendapatan yang tinggi bagi menampung segala kos-kos rawatan dan lain-lain kos.

Penguncupan dalam tenaga buruh negara akan mempengauruhi kependudukan negara.


Pengurangan penduduk kumpulan umur bekerja memaksa negara untuk bergantung pada
tenaga kerja asing bagi mengatasi kekurangan buruh tempatan. Situasi ini menyebabkan
negara sukar untuk mencapai dasar kependudukan negara. Bagi memastikan negara berada
pada keadaan yang terkawal dalam penguncucpan tenaga buruh. Malaysia perlu
meminimumkan ketidaksepadan antara kemahirann yang dimiliki pekerja yang dilakukan
oleh penduduk negara seperti mewujudkan lebih banyak sekolah-sekolah kemahiran. Namun,
cabaran sebenar adalah persepsi masyarakat terhadap sekolah kemahiran di mana mereke
menganggap bahawa sekolah kemahiran tidak mempunyai tahap akademik yang tingggi.

Akhir sekali, isi berkaitan dengan intervensi. Intervensi adalah untuk menghentikan
penuruan kadar kesuburan. Intervensi perlu dihentikan bagi memastikan kadar kesuburan
terus menurun. Kita sedia maklum bahawa penurunan kadar kesuburan akan menyukarkan
kadar pertumbuhan penduduk yang pesat. Oleh itu, intervensi perlu diatasi dengan cekap dan
efisien. Sekiranya kadar kesuburan penduduk berjaua untuk ditingkatkan ataupun dikekalkan
pada tahap 2.0 sudah pasti dapat membantu untuk meningkatkan pertumbuhan penduduk.
Pertumbuhan penduduk akan dijangka mengalami pertumbuhan yang positif apabila kadar
kesuburan berada pada tahap 2.0 ataupun lebih tinggi. Intervensi juga dapat melambatkan
proses penuaan negara setesusnya membantu meningkatkan kadar kesuburan dan
peningkatkan pertumbuhan penduduk.

Dasar kependudukan negara adalah untuk mencapai pertumbuhan negara dengan


pesat. Pertambahan penduduk sememangnya memberikan kesan baik kepada pembangunan
negara. Namun, pertambahan penduduk perlulah memberikan impak positif berbanding
negatif kepada negara. Oleh itu, aspek guna tenaga dan produktiviti mempunyai hubungan
terhadap pertambahan penduduk. Pertambahan penduduk perlu memastikan guna tenaga
dicapai dengan cekap dan produktiviti yang tinggi.

You might also like