Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Salah satu sumber undang-undang Malaysia adalah duluan kehakiman.

Terangkan

maksud duluan kehakiman. Bincangkan beberapa kelebihan dan kekurangan duluan

kehakiman.

Duluan kehakiman merujuk kepada mengikut apa yang telah diputuskan. Perkataan stare

decisis et non quieta movere adalah satu perkataan undang-undang dalam bahasa Latin, yang

digunakan dalam common law untuk menerangkan tanggapan bahawa keputusan mahkamah

yang dahulu mesti diterima sebagai mengikat menurut undang-undang kes.

Duluan Kehakiman merupakan kehakiman yang pernah dibuat oleh mahkamah yang

lebih tinggi (seperti Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Persekutuan) dan yang terdahulu akan

dijadikan contoh dan perpaduan bagi kes-kes yang serupa pada waktu hadapan. Jika sesuatu

kes yang hendak diputuskan Mahkamah Tinggi boleh membuat keputusan duluan secara

sendiri untuk kes berkenaan. Doktrin boleh digunakan mengikut kesesuaian kes dan tidak

boleh bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Doktrin Duluan Kehakiman

mengandungi dua komponen utama iaitu keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi

atau Mahkamah Persekutuan tidak boleh dibatalkan oleh Mahkamah Rendah. Keputusan

yang telah dibuat oleh Mahkamah Tinggi atau Mahkamah Persekutuan tidak boleh dibatalkan

kecuali mempunyai alasan kukuh untuk berbuat demikian.

You might also like