PDPR Tahun 3

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

1. Ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.

2. Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.

Contoh : Lelaki gemuk itu \ sedang menembak burung.

Subjek = Lelaki gemuk itu

Predikat = sedang menembak burung.

Ayat Tunggal

 Ayat tunggal ialah ayat terbentuk daripada satu klausa, iaitu ayat yang terdiri
daripada satu subjek dan satu predikat.
 Ayat dasar juga adalah ayat tunggal, tetapi bukan semua ayat tunggal dapat dianggap
sebagai ayat dasar.
 Ayat dasar merupakan ayat tunggal jenis ayat penyata dalam ragam ayat aktif.
 Ayat ini juga dikenali sebagai ayat mudah atau ayat selapis.
 Contoh : Lelaki itu /sedang menembak burung.
Subjek = Lelaki itu

Predikat = sedang menembak burung .

 Ayat-ayat berikut ialah contoh ayat-ayat tunggal


(subjek ditebalkan. Selainnya ialah predikat).

Ibu negara Malaysia Kuala Lumpur.


Gunung Kinabalu gunung tertinggi di Asia Tenggara.
Di dalam almari tali leher ayah.(pasif)
Nama encik siapa?
Berapakah keuntungan kita hari ini?

 Telah dinyatakan bahawa ayat tunggal terdiri daripada satu subjek dan satu predikat.
 Subjek ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja dan frasa adjektif.
 Begitu juga dengan predikat ayat tunggal boleh terdiri daripada frasa nama, frasa
kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama
Latihan 1

Bina ayat tunggal berdasarkan perkataan.

mencuci cermin

Puan Zaleha dengan menggunakan air sabun dan kain lap.

menggunakan semula

Encik Ismail botol plastik.

menjual semula

tidak menggunakan

beg plastik.
Latihan 2

Bina ayat majmuk berdasarkan ayat tunggal yang diberikan.

1. (a) Bioplastik mudah diperolehi. (dan)

(b) Bioplastik mesra alam.

Bioplastik mudah diperolehi dan mesra alam.

2. (a) Bioplastik sangat sesuai. ( kerana )

(b) Bioplastik tidak mencemarkan alam.

3. (a) Bioplastik mudah terurai . ( tetapi )

(b) Plastik biasa sukar terurai.

4. (a) Bioplastik mudah dilupuskan (serta)

(b) Bioplastik boleh menjadi baja.

5. (a) Sebagai pengguna pilihan kita ialah bioplastik .( untuk)

(b) Bioplastik melestarikan alam.


6. (a) Penggunaan bioplastik digalakkan. ( supaya )

(b) Alam tidak tercemar.

Latihan 3

b) Cerakinkan setiap ayat majmuk di bawa kepada dua ayat tunggal.

Contoh:
i) Setiap orang mengharapkan kebahagiaan dan kesejahateraan.

Setiap orang mengharapkan kebahagiaan.

Setiap orang mengharapkan kesejahteraan.

ii) Penonton perlawanan bola sepak terkejut apabila mendengar letupan yang kuat.

iii) Ibu bapa pelajar boleh menemui pihak pentadbiran sekolah jika menghadapi masalah

_
Latihan 4:

SambUNgkan ayat-ayat tUNggal di bawah ini dengan menggUNakan

kata pengHUBUNg yang sesUAi sUPaya menjadi satU ayat yang sempURNa.

kerana ketika supaya atau lalu

Contoh :

Adi hendak mandi.

Badan Adi berasa

segar.

Adi hendak mandi supaya badan Adi berasa segar.

Orang tua itu sedang tidur.

Dapur gas orang tua itu meletup.

...............................................................................................................................

Rosmah hendak makan.

Perut Rosmah terasa lapar.

....................................................................................................................................

Ibu membuka almarinya.

Ibu mengeluarkan sepasang baju kurung berwarna jingga.

....................................................................................................................................
Mereka hendak berkelah di

East Coast? Mereka hendak

berkelah di Changi?

................................................................................................................................................

You might also like