Forum 1

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

 

 Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, organisasi didefinisikan sebagai kesatuan yang
terdiri daripada beberapa bahagian dalam sesuatu penubuhan untuk tujuan
tertentu. Organisasi juga membawa maksud  kesatuan yg terdiri drpd bahagian-bahagian
dalam sesuatu pertubuhan untuk tujuan-tujuan tertentu.Sebagai seseorang pemimpin yang
bijaksana gaya kepimpinan amat penting dalam sesuatu organisasi.Antara gaya-gaya
kepimpinan ialah Autokratik,Demokrasi,Laissez-Faire dan Kontingensi.

Gaya kepimpinan yang pertama ialah daya kepimpinan Autokrat.Kepimpinan autokrat


adalah daya kepimpinan yang dicirikan oleh kawalan individu atas semua keputusan dan
sedikit input dari anggota kumpulan dan juga dikenali sebagai kepemimpinan
autorutarian.Pemimpin autokrat berkuasa mutlak untuk membuat pilihan menyikut penilaian
ataupun kehendak mereka sahaja tanya menerima nasihat daripada orang lain.Kepimpinan
Autokrat memberi faedah dalam beberapa situasi ataupun keadaan yang memerlukan
kepimpinan yang kuat untuk menyelesaikan perkara dengan cepat dan cekap.Apabila
seseorang ketua itu sangat berpengetahuan dalam kumpulannya maka autoktratik
membawa kesan yang positif dalam segala keputusan.Sebagai contoh,sekiranya
sekumpulan rakan sekerja atau ahli kumpulan yang tidak mempunyai sifat kepimpinan yang
baik namun terjadilah organisasi tersebut tidak dapat melaksanakan tugasan mereka
dengan baik.Maka,seorang pemimpin yang kuat amat memerlukan dengan menggunakan
gaya autokratik untuk mengetuai kumpulan tersebut supaya dapat mengagihkan tugasan
kepada ahli kumpulan masing-masing agar tugasan dapat diselesaikan dengan lancar dalam
masa yang tertentu. Disebaliknya,kepimpinan autokrat juga membawa kesan yang negatif
iaitu orang yang menyalahgunakan gaya kepimpinan ini akan menyebabkan ketidakpuas
hati ahli kumpulan lain kerana mera tidak berpeluang untuk memberikan pandang mereka
terhadap sesuatu tugasan.Jadi,kepimpinan autokrat ini haruslah diteliti supaya dapat
melaksanakan kerja dengan lebih berkesan.Contohnya,pengetua hanya boleh
menggunakan daya kepimpinan ini untuk membuat keputusan untuk melantik jawatan
kepada guru-guru semasa waktu kecemasan tanpa menerima pandangan daripada orang
lain.

https://ms.reoveme.com/kepimpinan-autokrat/

Gaya kepimpinan yang seterusnya ialah gaya dalah sejenis gaya kepimpinan di mana
ahli-ahli kumpulan mengambil peranan yang lebih parti dalam proses membuat
keputusan yang dikenali sebagai kepimpinan partisipatif.Dalam gaya ini,semua orang
diberi peluang untuk melibatkan diri dalam perbincangan idea dengan memberi
pandangan sendiri ataupun menukar idea masing-masing.Pemimpin demokratik dapat
memberi inspirasi kepada ahli kumpulannya kerana ahli kumpulan merasa mereka
dipandang berat kerana mereka berpeluang meluahkan suara semasa melaksanakan
tugasan.Jadi melalui gaya ini digalakkan untuk berkongsi pemikiran meeka supaya
dapat mencari idea yang lebih baik dan jalan penyelesaian yang lebih kreatif terhadap
masalah yang timbul.Selain itu,ahli kumpulan dapat merasa untuk lebih terlibat dalam
tugasan mereka pandangan mereka diterima dan ini akan menyebabkan mereka lebih
cenderung untuk mengambil berat tentang pelaksanan tugasan.Malahan,daya ini juga
mempunyai keburukannya iaitu dalam sesetengah kes ahli kumpunlan tidak mempunyai
pengetahuaan yang secukupnya yang diperlukan untuk memberikan sumbangan
kepada projek tersebut. .Sebagai contoh, mengikut cara kepimpinan demokrasi  di
sekolah, kedua-dua pihak iaitu guru dan pelajar juga terlibat dalam perancangan dan
membuat keputusan tentang perlaksanaan kurikulum ataupun sesuatu
mesyuarat.Jadi,melalui cara ini warga sekolah akan lebih sanggup untuk sanggup untuk
memberi kerjasama dalam meyelesaikan tugasan mereka.Selain itu, pengetua yang
sentiasa bersiap sedia untuk menerima pandangan dan idea daripada ibu bapa semasa
majlis agung PIBG di sekolah serta idea-idea dari para gurudalam melaksanakan
program-program sekolah seperti Hari Sukan,Hari Guru dan Hari Kantin.
https://ms.reoveme.com/apakah-kepimpinan-demokratik/

Seterusnya ialah gaya kepimpinan Laissez-faire iaitu pemimpin beralih dan membolehkan
ahli kumpulan membuat keputusan sepenuhnya yang dikenali sebagai kepemimpinan
delegasi.Dalam gaya ini,ketua memberi kebebasan penuh bagi pengikutnya untuk membuat
keputusan berdasarkan panduan yang sangat sedikit yang diberikan oleh ketua mereka.
Orang bawahan diberi kebebasan untuk membuat keputusan dan bertindak selagi tidak
melepasi garis lingkungan kerja mereka.Terdapat berapa tokoh yang terkenal telah
menggunakan gaya ini dalam pasukan mereka.Sebagai contoh,Steve Jobs telah
memberikan arahan menyikut apa yang dia tetapkan kepada pasukannya dengan
meninggalkan mereka ke peranti mereka sendiri untuk mengetahui cara memenuhi
kehendaknya.Gaya ini mempunyai keburukkan iaitu kekurangan kesedaran peranan setiap
ahli dalam kumpulan.Oleh itu,mereka berkemungkinan besar tidak pasti dengan peranan
mereka serta apa yang harus dilaksanankan oleh mereka dalam tugasan mereka.Malahan,
Sesetengah pemimpin mungkin mengambil kesempatan daripada gaya ini sebagai cara
untuk mengelakkan tanggungjawab peribadi terhadap kegagalan kumpulan. Apabila
matlamat tidak dipenuhi, pemimpin kemudian dapat menyalahkan anggota pasukan kerana
tidak menyelesaikan tugas atau memenuhi harapan.Selain itu, pemimpin hanya memberi
komen terhadap aktiviti yang dilakukan oleh orang bawahan tanpa menilai dan membuat
susun atur.Dalam sistem sekolah,gaya ini tidak digalakkan untuk dilaksanakan kerana
sekiranya pengetua memberi kuasa kepada semua guru untuk menjalankan tugasan mereka
menyikut kehendak mereka mestilah banyak masalah timbul pada masa depan.Jadi jelaskan
bahawa gaya kepimpinan Laissez-faire ini tidak sesuai diamalkan dalam sistem pentadbiran
sekolah kerana perkara ini bukan sahaja akan menyebabkan prestasi sekolah terjejas malah
akan mempengaruhi para pelajar sekiranya guru’guru di sekolah hanya membuat tugasan
mereka dengan sikap acu tak acu kerana kelonggaan yang diberikan oleh pengetua.

https://ms.reoveme.com/apakah-kepimpinan-laissez-faire/

Gaya kepimpinan yang terakhirnya ialah gaya kepimpinan kontegensi yang memusatkan
perhatiannya pada hukum situasi.Presthus dan Mary Parker menyatakan bahawa teori
mengatakan bahawa gaya kepimpinan adalah berdasarkan situasi iaitu situasi yang berbeza
ditangani dengan gaya kepimpinan yang tersendiri. Dalam gaya kepimpinan ini, kepimpinan
seseorang pemimpin berdasarkan kepada orientasi pada hubungan dan yang berorientasi
kepada tugas. Gaya kepimpinan ini bersifat memberi ganjaran dan hukuman. Kontingensi ini
juga tiada cara khusus yang sama dalam semua keadaan untuk memimpin  dan mentadbir
organisasi sekolah. Pengetua memberi kebebasan kepada para guru untuk membuat
tugasan mereka menyikut situasi .Sebagai contoh,guru di sekolah disarankan untuk
menggunakan gaya kepimpinan kontigensi ini apabila waktu PDP dalam bilik darjah dengan
memberi tugasan kepada pelajarnya secara individual ataupun berkumpulan mengikut
kesesuaian tugasan tersebut.Malahan,pengetua di sekolah juga bolehlah menggunakan
pengaruh gaya ini untuk melantikan tugasan kepada para guru mengikut kemampuan
seseorang guru tersebut.

Kesimpulannya,gaya kepimpinan amat penting dalam sesebuah organisasi ataupun


kumpulan dengan mempunyai gaya yang paling sesuai dengan organisasi tersebut.Hai ini
kerana tanpa mempunyai seorang pemimpin yang mempunyai sifat kepimpinan yang baik
tentulah sesuatu organisasi tersebut tidak dapat menjalankan tugasan mereka dengan baik.

You might also like