Professional Documents
Culture Documents
Kuliah 2. Proses Pentaksiran Dalam Kaunseling
Kuliah 2. Proses Pentaksiran Dalam Kaunseling
Kuliah 2. Proses Pentaksiran Dalam Kaunseling
2. PROSES
PENTAKSIRAN
DALAM
KAUNSELING:
TEORI
PENTAKSIRAN:
o Teori ini telah diasaslan oleh Frank Parson, tokoh yang terkenal di Sivic Service
House. Beliau amat berminat mengkaji anak-anak muda lepasan sekolah. Pada
tahun 1905 hingga 1906, Parsons telah menubuhkan Bread Winner's Institute.
Melalui pertubuhan inilah beliau mula memperkembang bimbingan vokasional
dengan menganjurkan beberapa program. Antaranya, beliau telah menulis prinsip
asas tentang program dalam bukunya Choosing a Vocation yang merupakan asas
dan menjadi inti pati kepada teori Tret dan Faktor.
o Teori Tret dan Faktor juga dikenali sebagai Minnesota Point of View. Panggilan
ini muncul kerana kerja-kerja awal yang dilakukan oleh Edmund G. Williamson
serta rakan-rakannya di Universiti Minnesota (Weinrach 1979).
Teori TRET dan Faktor
o Teori ini merupakan satu pendekatan yang berasaskan jangkaan terhadap penilaian
bakat dan sikap individu serta keperluan-keperluan dalam sesuatu pekerjaan.
o Parson mencadangkan bahawa pemilihan kerjaya yang baik perlu melibatkan tiga
perkara, iaitu kefahaman yang jelas tentang diri, pengetahuan tentang
pekerjaan-pekerjaan dan taakulan tepat tentang hubungan antara kedua-dua
kumpulan fakta tersebut (Weinrach 1979).
o Oleh sebab pemikrannya yang terkehadapan inilah maka Parson dikenali sebagai
bapa pergerakan bimbingan kerjaya.
o Para pengamal dan pengikut pendekatan Tret dan Faktor telah membentuk
dan mengemukakan definisi tret dan penjelasan tentang isu pemilihan
kerjaya dan pertukaran kerja dengan begitu memuaskan. Namun
kadangkala definisi dan penjelasan tersebut tidak dipersetujui sepenuhnya.
Ini disebabkan mereka gagal untuk mempertimbangkan dan secara
memadai mendefinisi pemboleh ubah-pemboleh ubah yang memberi
kesan kepada proses membuat pemilihan kerjaya dan hubungan tentang
sebab dan akibat di kalangan tret dan pemboleh ubah lain seperti gender
taraf pendidikan dan status sosioekonomi.
Teori TRET dan Faktor
o Ahli-ahli psikologi vokasional yang berpegang kepada teori Tret dan
Faktor mecadangkan sedikit kebebasan tentang pemilihan kerjaya tetapi
menyarankan bahawa faktor-faktor biologi, geografi dan sosiologi
memberi kesan kepada proses pemilihan kerjaya. Hubungan-hubungan
tentang faktor-faktor ini perlu dibuat dan dinyatakan secara yang lebih
eksplisit supaya proses pemilihan kerjaya dapat difahami dengan lebih
jelas.
o Ahli-ahli teori Tret dan Faktor juga perlu membentuk usul-usul tentang
korelasi antara tret yang wujud dengan pemilihan kerjaya. Contohnya
apakah pertalian antara nilai-nilai, keperluan-keperluan, sikap dan minat
apabila faktor-faktor ini beroperasi untuk mempengaruhi pemilihan
kerjaya?
Teori TRET dan Faktor
o Teori Tret dan Faktor mendapat skor dan pengiktirafan yang tinggi dalam aspek
parsimony. Berkaitan dengan aspek ini konsep-konsep utamanya dinyatakan
dengan ringkas dan idea-idea dilustrasikan secara yang mudah dan jelas. Teori ini
juga telah merangsang ratusan penyelidikan dalam bidang tret, menghasilkan
rasional untuk analisis pekerjaan dan telah menjadi asas pembentukan dokumen
seperti Dictionary of Occupational Titles (DOT) di samping memberikan asas
kepada banyak penyelidikan berkaitan dengan pencapaian kerja.
o Teori Tret dan Faktor juga telah menghasilkan skala, inventori dan ujian-ujian
psikologi yang tidak terbilang banyaknya yang digunakan oleh para kaunselor
kerjaya. Walau bagaimanapun, memandangkan alat-alat ukuran yang digunakan
untuk mengukur sesuatu kadangkala mendiskriminasi golongan minoriti dan
wanita, maka kebolehgunaannya adalah terhad.
o Model Tret dan Faktor juga telah diintegrasikan dalam teori-teori ke dalam
teori-teori lain seperti teori Super, Roe dan Holland (Brown dalam Brown &
Brook 1984).

Kepentingan Mengetahui Teori Kerjaya Dalam Pentaksiran
Sesuatu Alat Ujian