Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PENGAJIAN LUAR KAMPUS

PUSAT PENDIDIKAN PROFESSIONAL DAN LANJUTAN (PACE)

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

TAJUK :

UNDANG-UNDANG DALAM KOMUNIKASI

SCCA2083

NAMA PENSYARAH :

NAMA PELAJAR :
Soalan 1

Apakah isu-isu yang sering berlaku berkaitan hakcipta di Malaysia? Bagaimanakah cara
undang-undang hakcipta menangani masalah atau isu berkaitan dengan hakcipta di
Malaysia?

Jawapan 1

Isu-isu yang sering berlaku berkaitan hakcipta di Malaysia ialah mengenai hakcipta sebagai
contoh di mana Pencil Pictures And Record Sdn Bhd telah menyaman sebuah portal e-
dagang yang menjual hasil karya milik mereka iaitu filem “Ada Apa Dengan Dosa”dengan
harga RM 0.80 sahaja kepada pelanggan dalam portal tersebut. Syarikat e-dagang tersebut
telah melanggar hak cipta milik Pencil And Record Sdn Bhd dengan mengedar dan menjual
filem tersebut serta telah menyebabkan pengguna lain turut melakukan perkara yang sama
kepada masyarakat awam tanpa kebenaran milik syarikat beliau. Antara isu lain yang
berkaitan ialah Kes Siti Khadijah Apparel Sdn Bhd memfailkan saman terhadap Ariani Textile
di mana Ariani textile telah meniru rekaan telekung daripada Siti Khadijah dan diberi nama
Ariani X WOW Telekung Aleesya. Intipati daripada kes ini mengambil kira karya grafik,
hakcipta, keaslian dan pelanggaran hakcipta. Jika dilihat daripada persamaan produk yang
dikeluarkan oleh Ariani Textile ianya mempunai persamaan yang ketara pada rekabentuk
dan corak dibahagian kepala telekung, ukuran pada saiz muka dan dagu telekung,
kedudukan tali telekung, jenis bahan pada bahagian dagu serta renda bagi pelapik getah.
Kesalahan yang ketara bilamana Ariani Textile menjual dan mengiklankan tudung itu
diprogram iklan TVCJ Wow Shop. Mahkamah pada waktu tersebut mendapati terdapat
usaha yang cukup “sufficient effort” untuk menjelaskan keaslian sesuatu karya ataupun
dikenali sebagai “originality” dan akhirnya Siti Khadijah telah berjaya dalam kes tuntutan
ganti rugi tersebut. Jelas sekali bahawa dewasa ini isu berkenaan cetak rompak menjadi
semakin tidak terkawal samada filem tempatan mahupun luar negara dan antara kesan yang
dapat dilihat ialah bila mana ianya mudah di dapati di ruangan siber seperti di platform
youtube, website yang boleh memuat turun filem dan juga lagu-lagu dengan mudah
kadangkala filem tersebut belum lagi ditayangkan di pawagam. Hal ini membawa kepada
mencuri hasil karya orang lain untuk menjadi tontonan serta halwa telinga melalui lagu
kepada umum. Di negara Malaysia contohnya, undang-undang berkaitan hak cipta
terkandung dalam Akta Hakcipta 1987 di mana hakcipta akan diberikan secara automatic
kepada mana-mana individu yang menghasilkan sesuatu karya menurut undang hakcipta.
Kerajaan melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) bertanggungjawab bagi
memantau berkaitan undang-undang dan akta yangberkaitan dengan harta intelek. Bagi
seseorang pencipta karya, mereka dinasihatkan agar memberitahu kepada Perbadanan
Harta Intelek Malaysia (MyIPO) berhubung karya yang dicipta untuk memudahkan proses
pembuktian bagi karya terbabit adalah karya mereka sendiri selaras dengan seksyen 26A
akta Hakcipta 1987.Fungsi MyIPO sebagai badan yang melakukan pemantauan berkenaan
perlaksanaan undang-undang berkaitan hakcipta selain memberi nasihat dalam semakan
semula dan mengemaskini perundangan berkaitan hakcipta. Sebagai contoh isu berkaitan
syarikat Siti Khadijah dan Ariani Textile di mana usahawan perlu melindungi harta intelek
mereka agar hak mereka lebih terjamin sebagai pemilik produk seterusnya bagi memastikan
tiada pihak kedua mahupun ketiga yang mencuri idea serta produk mereka sewenang-
wenangnya.

(447 patah perkataan)

Soalan 2

Sejauh manakah keberkesanan

You might also like