Kajian Kes

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 12

NAMA 

              :    NOR HAYATI BINTI OMAR


NO MATRIK    :    D20071029822
KUMPULAN     :    B
TAJUK               :    MEREKA BENTUK KAJIAN KES

AHLI KUMPULAN :

1 ) SITI ROSZANA BINTI RAHAMAT                 ( D20072031066 )


2 ) NORHARTINI BT CHE DERAMAN               ( D20072031139 )
3 ) ROBAIZURA BINTI RAMLI                            ( D20071029816 )
4 ) NOR HAYATI BT OMAR                                  ( D20071029822 )

1.0  Pendahuluan
 
1.1 Definisi
 
Menurut Yin (1994), mentakrifkan kajian kes sebagai penyelidikan empirik yang menyelidiki
fenomena kontemporari di dalam konteks kehidupan nyata, serta batas-batas antara fenomena
dan konteks tidak jelas kelihatan. Yin (1993) pula mengatakan bahawa pendekatan kajian kes
boleh digunakan secara kaedah kualitatif dan kuantitatif. Namun, secara ringkas kajian kes
menunjukkan mengapa mereka lebih sering menggunakan secara kualitatif. Menurut Stake
(2000), kajian kes boleh membuktikan secara tidak terhad dalam menambah untuk memahami,
memperluaskan pengalaman dan meningkatkan keyakinan tentang sesuatu subjek.
 
Kajian kes merupakan salah satu daripada cabang utama dalam bidang penyelidikan
ilmiah. Penyelidik dalam bidang pendidikan khususnya lebih banyak menumpukan perhatian
kajian kepada pelajar, guru, pentadbir, kakitangan termasuklah kakitangan pusat sumber,
pembantu makmal dan kakitangan sokongan di sesebuah sekolah. Kajian kes selalunya akan
lebih tertumpu kepada individu atau kumpulan dalam sebuah sekolah, dua buah sekolah atau tiga
buah sekolah dalam sesuatu kawasan.
 
Kajian kes adalah reka bentuk kajian yang paling sesuai digunakan oleh seseorang
penyelidik. Melalui kajian kes, maklumat yang amat teliti, kaya dan mendalam dikumpul untuk
menjawab persoalan kajian. Selain itu, kajian kes juga memfokus kepada penghuraian yang
holistic atau menyeluruh dan memberikan penjelasan kepada sesuatu peristiwa yang berlaku
secara mendalam (Yin, 1994).
 
Kebiasaannya, kajian kes ini boleh menjawab soalan ‘bila’, ‘bagaimana’ dan ‘mengapa’.
Kajian kes terdiri daripada dua jenis iaitu penerokaan (explanatory) dan diskriptif (descriptive).
Kajian ini boleh dilakukan terhadap seorang individu, beberapa orang individu, kumpulan atau
beberapa kumpulan dalam sesuatu organisasi seperti sekolah. Sebagai contoh, kajian terhadap
seorang pelajar yang bermasalah dan pelajar yang cerdik dalam pembelajaran boleh dilaksanakan
berdasarkan penerokaan dan deskriptif. Hal ini demikian kerana kaedah kajian kes memerlukan
maklumat yang terperinci dan mendalam bagi seseorang penyelidik.
 
Menurut Chua (2006), alat kajian yang sesuai diperlukan untuk memperoleh maklumat
yang berkenaan. Alat kajian yang biasanya digunakan adalah soal selidik, temu bual,
pemerhatian dan penelitian dokumen. Selain itu, penyelidik juga boleh menggunakan dokumen
personal seperti diari, memo, surat, fotografi, rakaman dan sebagainya. Soal selidik digunakan
untuk mengetahui persepsi responden mengenai sesuatu fenomena. Ujian digunakan untuk
mengukur pencapaian responden misalnya soalan-soalan ujian atau ujian penentuan tingkah laku.
Temu bual yang digunakan adalah temu bual separa berstruktur dan terbuka supaya kesemua
maklumat yang diperlukan dapat disampaikan kepada penyelidik. Begitu juga dengan
pemerhatian yang dijalankan adalah pemerhatian turut serta dan pemerhatian tidak turut serta.
 
Penelitian dokumen juga boleh digunakan sekiranya diperlukan untuk menyokong soal
selidik, temu bual atau pemerhatian yang telah dijalankan. Penyelidik tidak perlu menggunakan
kesemua alat kajian yang diberikan tetapi memilih alat kajian yang sesuai untuk menjawab
persoalan kajian. Walau bagaimanapun, untuk meningkatkan kesahan dan kebolehpercayaan
kajian kes yang dijalankan, kaedah ‘triangulasi’ boleh digunakan. Kajian dilakukan ke atas tiga
aspek iaitu masa, ruang dan pemerhati. Misalnya pemerhatian dilakukan pada masa yang
berlainan, tempat yang berbeza dan dilakukan oleh beberapa orang pemerhati (Chua, 2006).
                                                                                   
Selain itu, ‘triangulasi’ juga boleh menggunakan tiga alat kajian yang berlainan untuk
mendapatkan data yang sama. Seorang penyelidik kajian kes yang menggunakan alat temu bual
harus mempunyai kemahiran menyoal yang baik seperti kurang bercakap tetapi lebih banyak
mendengar, menyoal apa bila tidak faham, menyoal soalan terbuka, tidak menyampuk ketika
responden sedang seronok bercerita, memastikan responden sentiasa fokus kepada soalan yang
ditanya, tidak menilai apa yang disampaikan dan berdebat dengan mereka (Gay & Airasian,
2000).
 
Antara aspek lain yang perlu dititikberatkan adalah penyelidik juga harus mempunyai
kemahiran untuk merangsang responden untuk bercerita secara selesa tanpa ragu-ragu. Kesemua
perbualan harus direkodkan dengan menggunakan alat perakam audio. Tujuannya adalah supaya
tidak ada maklumat yang tercicir dan mudah ditranskripsikan untuk dianalisis. Sebelum
dianalisiskan temu bual berkenaan perlu mendapat pengesahan daripada responden untuk tujuan
kesahan alat kajian yang digunakan.
 
Terdapat dua jenis pemerhatian yang menjadi pilihan kepada penyelidik kajian kes untuk
digunakan supaya boleh menjawab persoalan kajian. Semasa pemerhatian, adalah digalakkan
penyelidik terlibat secara langsung dalam aktiviti yang dijalankan. Dengan menggunakan
pemerhatian ini penyelidik mempunyai pengalaman menjalankan aktiviti dan berinteraksi
dengan responden dalam kajian yang dijalankankan. Walau bagaimanapun kelemahannya ialah
kesukaran penyelidik untuk membuat catatan nota lapangan pemerhatian. Manakala pemerhatian
tidak turut serta penyelidik hanya melakukan pemerhatian kepada keseluruhan aktiviti yang
dijalankan. Kedua-dua pemerhatian dilakukan dalam situasi sebenar dan secara holistik (Gay &
Airasian, 2000).
 
Rakaman pemerhatian boleh menggunakan alat perakam audio dan video untuk merakam
perbualan dan tingkah laku yang diperhatikan. Penyelidik akan mencatat tingkah laku, perbualan,
keadaan tempat, interaksi guru-pelajar, interaksi pelajar-pelajar dan perkara-perkara yang
diperlukan dalam kajian. Penyelidik boleh meminta bantuan penyelidik lain untuk mencatat
pemerhatian yang dijalankan untuk tujuan pengesahan sekiranya perlu. Alat kajian yang terakhir,
iaitu penelitian dokumen boleh digunakan untuk mendapatkan data sokongan. Penelitian
dokumen boleh menggunakan senarai semak atau mendapatkan tema-tema yang diperlukan.
Analisis menggunakan frekuensi dan peratus boleh digunakan.
 
 
2.0 Bilakah kajian kes sesuai digunakan    
 
Kajian kes sesuai digunakan apabila ada cerita atau peristiwa yang unik atau menarik untuk
diberitahu. Kajian kes sering digunakan untuk menyediakan konteks untuk data lain (seperti data
keputusan), menawarkan gambaran yang lebih lengkap tentang apa yang berlaku dalam sesuatu
program dan mengapa ia terjadi. Kajian kes adalah pilihan terbaik untuk digunakan bila
persoalan ‘bagaimana’ atau ‘kenapa’ diajukan mengenai satu set aktiviti yang sementara, yang
mana pengkaji tiada kawalan.
 
3.0 Kelebihan dan Keterbatasan Kajian Kes
 
Kelebihan utama dengan mengunakan kajian kes adalah bahawa ia mempunyai lebih banyak
maklumat terperinci dari apa yang terdapat melalui kaedah-kaedah lain. Kajian kes juga
membolehkan seseorang untuk mempersembahkan data yang dikumpul daripada beberapa
kaedah (contohnya, kajian, wawancara, ulasan dokumen, dan observasi) untuk memberikan
cerita yang lengkap. Ada beberapa batasan dan kelemahannya seperti berikut :
 
i)        Kepanjangan (Can Be Lengthy) :
 
Hal ini disebabkan kerana mereka memberikan maklumat terperinci mengenai kes dalam bentuk
naratif, mungkin sukar untuk menahan minat pembaca jika ianya terlalu panjang. Dalam
penulisan kajian kes, perkara yang perlu dititikberatkan adalah menyediakan maklumat yang
banyak dengan cara yang mudah.
 
ii)       Kebimbangan bahawa kurangnya kesimpulan dalam kajian kes (Concern that case studies
lack rigor) :
 
Kajian kes telah dilihat kurang ketat dalam penilaian dan bidang penyelidikan daripada kajian
atau kaedah-kaedah yang lain. Dalam hal ini, kajian kes merangkumi fakta bahawa kajian
kualitatif secara umum masih dianggap tidak saintifik oleh sebahagian orang dan dalam
kebanyakan kes, kajian kes penyelidik kurang sistematik dalam pengumpulan data atau
membiarkan bias dalam penemuan mereka. Dalam menjalankan dan menulis kajian kes, semua
yang terlibat perlu menggunakan kaedah yang sistematik dalam pengumpulan data dan
mengambil langkah-langkah untuk memastikan kesahihan dan  kebolehpercayaan dalam kajian
ini.

 
iii)     Tidak dapat digeneralisasikan (Not generalizable) :
 
Kajian kes adalah sukar untuk generalisasi dari satu kes kepada kes yang lain. Tetapi kajian kes
juga boleh terdedah kepada overgeneralization, iaitu ianya berasal dari pemilihan beberapa
contoh dan andaian tanpa bukti bahawa mereka adalah khas atau wakil dari penduduk. Yin,
seorang penyelidik dan penganalisis terkemuka, menyarankan kajian kes untuk digeneralisasikan
melalui penemuan teori-teori dari hasil eksperimen untuk teori.
 
4.0 Kepentingan Mereka Bentuk Kajian Kes
 
Secara dasarnya kajian kes dijalankan untuk mengutip maklumat secara sistematik dan sebagai
satu langkah ke arah menyelesaikan sesuatu masalah tertentu. Kepentingan kajian juga boleh
dilihat dari dua sudut iaitu sumbangan dapatan kajian yang akan diperolehi kepada pertambahan
ilmu pengetahuan atau teori. Ia juga mempunyai kepentingan kepada pihak-pihak tertentu iaitu
lebih kepada aspek mengaplikasikan  keputusan yang akan diperolehi kepada individu yang
terlibat dalam kajian, institusi dan agensi yang berkaitan serta penyelidik akan datang. Kajian kes
juga berperanan untuk meningkatkan kefahaman teori-teori yang sedia ada atau menghasilkan
teori-teori baru dengan tidak mengambil kira aplikasi hasil kajian. Selain itu, hasil kajian dapat
digunakan untuk menyelesaikan masalah harian.
 
Kajian kes juga dibuat untuk mengelakkan kekeliruan tentang sesuatu permasalahan yang
berlaku. Tujuannya juga mungkin untuk menguji sesuatu hipotesis atau untuk menyelesaikan
satu set masalah. Dalam konteks yang sama ia berperanan untuk mencari prinsip-prinsip umum
atau mentafsir tingkah laku yang boleh digunakan untuk menjelas, meramal atau mengawal
peristiwa dalam keadaan tertentu. Sesuatu kajian akan menghasilkan keputusan yang berkualiti
sekiranya ia mengambil langkah-langkah yang sewajarnya. Sehubungan dengan itu, kepentingan
kajian sesuatu kes atau masalah juga adalah berkait dengan norma yang memandu seseorang
untuk membuat pilihan, bertingkah laku dan berhubung dengan orang lain. Secara tidak langsung
ia dapat mengaitkan dengan etika seseorang individu atau prosedur bagaimana hendak
menyelesaikan sesuatu isu atau perkara yang dibangkitkan.
 
Kajian harus mempunyai nilai sumbangan kepada penambahan ilmu dan boleh digunakan
untuk kepentingan organisasi dan perkhidmatan. Contohnya ia boleh digunakan untuk pelbagai
isu, termasuk penilaian program latihan, prestasi organisasi, reka bentuk dan pelaksanaan projek,
analisis dasar, serta hubungan antara sektor yang berbeza antara organisasi. Ahli-ahli politik 
menyatakan bahawa mereka menggubal polisi berasaskan kajian manakala bagi ahli-ahli
perniagaan pula ia memaparkan hasil kajian untuk meyakinkan para pengguna tentang produk
yang mereka jual. Seterusnya ialah ia merupakan salah satu cara seseorang manusia atau
penyelidik mencari kebenaran dan ketepatan untuk menyelesaikan sesuatu kes atau masalah yang
banyak dihadapi oleh kelompok masyarakat.

 
Di samping itu, kajian kes di jalankan disebabkan oleh satu penyiasatan yang luas dan
teliti terhadap semua bukti yang diperoleh  berkaitan dengan masalah sehingga seseorang itu
sampai kepada penyelesaian masalah tersebut. Ekoran daripada masalah itu, sesuatu penjelasan
dapat diketahui bahawa seseorang yang melakukan kajian semestinya berusaha menemukan
kesimpulan atau rumusan tentang pelbagai pengertian yang saling berkaitan dengan fenomena
yang diselidiki. Daripada pengertian mengenai hubungan itu dapat pula menghasilkan ramalan
atau kawalan terhadap fenomena yang diselidiki. Ia juga boleh mengolah data bagi meramal
kejadian-kejadian yang akan berlaku dan ia memerlukan beberapa perkara asas seperti teori,
masalah, rangka kerja, data, alat bantu dan sebagainya.
 
5.0 Jenis Reka Bentuk Kajian Kes
                                             
      Kajian Historikal
 
Kajian historikal ini dikenali juga sebagai kajian sejarah. Tujuan kajian ini dijalankan adalah
untuk membina semula masa silam secara sistematik dan objektif dengan cara mengumpul,
menilai, menguji kebenaran, menggabung kenyataan dan seterusnya membuat kesimpulan yang
boleh dipertahankan.
 
Contoh :
 
-         Untuk menguji hipotesis sama ada Francis Bacon adalah pengarang sebenar buku “hasil
– hasil kerja William Shakespeare”.
 
      Kajian Deskriptif
 
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk memberi penerangan yang sistematik mengenai fakta dan
ciri-ciri sesuatu populasi atau bidang yang diminati secara fakta dan tepat.
 
Contoh :
 
-         Satu tinjauan pendapat umum untuk menilai sikap pengundi terhadap pilihanraya.
-         Satu kajian tinjauan mengenai keperluan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di
sektor korporat.
-         Satu laporan mengenai keputusan peperiksaan PMR di seluruh negara oleh KMP.
 
      Kajian Perkembangan
 
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menyiasat corak dan rentetan – rentetan pertumbuhan atau
perubahan-perubahan sebagai fungsi masa.
 
Contoh :
 
-         Kajian longitudinal - sampel yang sama, kajian dalam jangkamasa yang panjang.
-         Kajian cross – sectional - sampel yang berlainan umur, buat kajian pada masa yang
sama.
-         Kajian Trend - corak perubahan masa lepas untuk meramal corak atau keadaan di masa
akan datang.
 
       Kajian Kes Dan Lapangan
 
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mencari secara intensif mengenai latar belakang status
masa kini dan interaksi persekitaran suatu unit.
 
Contoh :
 
-         Kajian mengenai kejadian kes histeria di sebuah sekolah asrama penuh.
-         Kajian lapangan oleh ahli antropologi mengenai budaya hidup org asli Senoi.
 
      Kajian Kolerasi
 
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk menyiasat setakat mana variasi dalam satu faktor seimbang
dengan variasi-variasi dalam satu atau lebih faktor lain berasaskan pekali korelasi.
 
Contoh :
 
-         Kajian mengenai hubungan antara konsep kendiri dengan pencapaian akademik.
-         Kajian mengenai hubungan antara tahap kebimbangan dengan bilangan degupan jantung.
 
      Kajian Tindakan
 
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk membentuk kemahiran baru atau kaedah baru dalam
menyelesaikan masalah dengan aplikasi terus dalam bilik darjah atau setting lain.
 
Contoh :
 
-         Program latihan kemahiran lanjutan menolong kaunselor terlatih supaya bekerja lebih
berkesan dengan kanak-kanak.
-         Untuk membentuk program khusus dalam mencegah kemalangan dalam kursus
memandu.
 
      Kajian Komparatif  ( Sebab-Akibat )
 
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengkaji perkaitan-perkaitan yang mungkin antara sebab
dan akibat dengan cara memerhati beberapa kesan yang wujud serta menyemak semula data-data
sedia ada bagi mencari faktor-faktor sebab - akibat.
 Contoh :
 
-        Mengkaji faktor-faktor yang mencirikan individu-individu sebagai berisiko tinggi untuk
mengidap sakit jantung dengan menggunakan data-data dari sebuah syarikat insurans.
 
      Kajian Eksperimental Kuasi
 
Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengagak keadaan dan menentukan kebenaran kajian yang
tidak membenarkan kawalan atau manipulasi semua variabel yang sepatutnya. Penyelidik mesti
benar-benar faham apakah tolak ansur berkaitan kesahan dalaman atau luaran yang boleh
diterima.
 
Contoh :
 
-         Menyiasat keberkesanan program pemberian susu percuma kepada pelajar sekolah
rendah.
-         Mengkaji keberkesanan tiga kaedah pengajaran bahasa ke atas pencapaian dalam mata
pelajaran bahasa.
              
6.0 Cara Merekabentuk Kajian Kes
 
Terdapat beberapa proses-proses untuk melakukan kajian kes. Kajian kes adalah proses umum
yang sama dilakukan yang terdiri daripada beberapa langkah seperti merancang, mengumpul
data, menganalisis data dan menyebarkan penemuan. Setiap langkah ini akan diterangkan dengan
terperinci seperti berikut :
 
1. Merancang  (plan)
Dalam langkah yang pertama ini kita mestilah membuat perancangan iaitu mengenalpasti  siapa
yang terlibat. Seterusnya, mengeluarkan idea yang bagus tentang topik kajian kes yang ingin
dikaji, mengingati jenis kes dan berfikir mengapa sesuatu kes yang ingin dikaji itu unik atau
penting. Selepas itu, kenalpasti juga maklumat  yang diperlukan dan dari siapa maklumat itu
perlu didapati. Selain itu, antara aspek yang perlu dilihat adalah potensi maklumat tersebut iaitu
dari mana datangnya sumber malumat tersebut serta elemen–elemen kajian kes.
 
Sebolehnya, kenalpasti juga mana-mana dokumen yang  perlu diperiksa serta senaraikan
siapakah yang ingin ditemubual atau dibuat kajian dan juga menentukan sampel jika perlu. Perlu
dipastikan kajian akan mengikuti piawaian serta standard antarabangsa dan etika penyelidikan
kebangsaaan termasuk juga dilihat oleh jawatankuasa kajian etika. Untuk maklumat yang lebih
lanjut bolehlah lihat di International Ethical Guidelines for Biomedical Research Involving
Human Subjects, iaitu terdapat di laman web
http://www.coms.ch/frame_guidlines_nov_2002.htm.
 
 
2.      Mengembangkan alat ( develop instrument )
Langkah yang kedua adalah mengembangkan alat iaitu mengembangkan kajian dan protokol
wawancara iaitu peraturan yang memandu kepada pentadbiran dan pelaksanaan wawancara atau
soal selidik tersebut. Lebih mudah, ini adalah penggunaan yang perlu diikuti untuk memastikan
keberkesanan dan tahap konsistensi wawancara atau kajian yang dilakukan. Selain itu, ia juga
dapat meningkatkan kebolehpercayaan penemuan tersebut. Berikut adalah petunjuk yang perlu
dimasukkan ke dalam langkah kajian iaitu :
 
        Apa yang harus dikatakan untuk ditemubual semasa membuat wawancara atau
soal selidik
        Apa yang harus dikatakan untuk memulakan wawancara atau soal selidik,
termasuk memastikan kebenaran maklumat daripada responden.
        Apa yang harus dikatakan kepada responden dalam membuat kesimpulan untuk
sesuatu wawancara.
        Apa yang harus dilakukan sewaktu wawancara (contohnya membuat nota
rakaman dan sebagainya.)
        Apa yang harus dilakukan setelah mewawancara. (contoh : isi nota, semak
rakaman untuk kejelasan, meringkaskan maklumat masing–masing dan
sebagainya)
Langkah seterusnya adalah mengembangkan wawancara atau kajian yang mengandungi
senarai soalan atau masalah yang akan dieksplorasi dan juga termasuk kenenaran
maklumat daripada responden. Sekiranya tidak difahami, terjemahkan panduan ke dalam
bahasa tempatan atau terjemahan uji.
  
3.      Mengenalpasti data (train data collector)
Langkah yang ketiga ialah mengenalpasti dan mengumpul data. Berikut disenaraikan
beberapa langkah untuk membuat pengumpulan data yang betul. Yang pertama, pastikan
staf, peserta program atau pewawancara professional mungkin terlibat dalam pengumpul
data. Latihan harus merangkumi perkara-perkara berikut iaitu :
        Tinjauan teknik pengumpulan data
        Tinjauan menyeluruh item pengumpulan data dan instrument
        Amalan dalam penggunaan instrument.
        Kemahiran – buat latihan pada wawancara dan komunikasi interpersonal.
        Perbincangan isu – isu etika. 
4.      Mengumpul data (collect data)
Langkah yang keempat dalam proses merekabentuk kajian adalah mengumpulkan data
dan dokumen yang relevan. Selepas itu, mengaturkan temubual atau soal selidik dengan
siapa yang terlibat di mana pastikan anda menjelaskan tujuan mengapa responden telah
dipilih dan dalam tempoh yang diharapkan. Seterusnya,
cari maklumat kelulusan setiap responden masing-masing yang didokumentasikan secara
bertulis atau lisan. Tujuan dari wawancara itu adalah untuk menerangkan mengapa
responden telah dipilih, apakah dan bagaimana maklumat akan dirahsiakan  serta
penggunaan nota taker/tape recorder. Semua ini dilakukan dengan kebenaran daripada
responden. Jika responden bersetuju, maka lakukan temubual, wawancara atau soal
selidik tersebut.
 
5.      Analisis data (analyze data )
 
Langkah yang kelima adalah menganalisis data iaitu meninjau semua dokumen–
dokumen yang releven yang iaitu melihat semua apa yang telah ditemubual atau di
wawancara. Kita boleh menganalisis data yang telah diperoleh sepanjang temubual yang
telah dijalankan.
 
6.      Sebarkan penemuan (Disseminate Findings )
Langkah yang terakhir dalam proses merekabentuk kajian kes adalah menulis laporan
iaitu melihat apa unsur dari kajian kes. Seterusnya meminta maklum balas daripada orang
yang terdapat di sekeliling kita dan membuat semakan. Yang terakhir adalah sebarkan
maklumat atau kajian yang telah siap dianalisis.
         
 Contoh Kajian Kes

Kajian kes 1

Kedatangan pengetua baru memberikan peluang yang baik kepada Cikgu Bherita. Sebagai guru
DG6 di sekolah menengah , Cikgu Bherita sebenarnya berasa terancam (tekanan dilihat secar
positif) berada di Sekolah menengah kerana ada ura-ura kerajaan untuk memindahkan guru DG 6
ke sekolah rendah. Untuk menyambung pelajaran, Cikgu Bherita merasakan dirinya tidak
berupaya lagi.

Cikgu Bherita memegang jawatan Ketua Guru Disiplin sejak dua tahun lepas . Masalah utama di
sekolah ialah masalah disiplin pelajar. Pelajar sesuka hati datang lewat malahan minum kopi di
kedai di luar kelas. Misi utama pengetua yang baru datang ialah menyelesaikan masalah disiplin
pelajar yang telah menjadi bualan umum baik di kalangan masyarakat sekeliling mahupun di
peringkat daerah dan jabatan.

Kelebihan Cikgu Bherita ialah keupayaannya mengingati dan menceritakan semula sesuatu
kesalahan disiplin pelajar . Sebarang kes disiplin pelajar dapat diterangkan dan dijelaskan kepada
pengetua dengan baik dan lancar. Oleh itu keputusan hukuman merotan, menggantung dan
membuang pelajar dibuat dengan senang. Pelajar dan ibu bapa sendiri tidak dapat
mengemukakan sebarang kelemahan dan kesalahan yang mungkin ada pada Ketua Guru
Disiplin. Nama Cikgu Bherita sering disebut dalam mesyuarat dan pengetua mengucapkan
berbanyak-banyak terima kasih kepadanya.

Selain itu sebarang permohonan kewangan untuk aktiviti pengawas sentiasa diluluskan. Malahan
Cikgu Bherita digunakan oleh guru-guru lain untuk menyampaikan sesuatu masalah atau
permohonan kepada pengetua . Tambahan pula Cikgu Bherita sentiasa ada masa untuk selalu
berada di pejabat dan sering kelihatan berbincang dengan pengetua. Prestasi Cikgu Bherita
semakin meningkat.

Sebahagian daripada kes di atas menjelaskan hubungan yang baik antara Cikgu Bherita dengan
pengetua mencerahkan lagi peningkatan prestasi. Kemahiran Cikgu Bherita dalam
berkomunikasi, mengingat dan menjelaskan sesuatu kes amat mengkagumkan pengetua. Seorang
pelajar yang berhadapan dengan kes ponteng kelas misalnya, dapat ditambah dengan kesalahan-
kesalahan lain hingga pelajar itu boleh digantung atau dibuang sekolah.
‘Penilaian’ yang diberikan oleh pengetua kepadanya seperti meluluskan setiap permohonan
kewangan untuk menjalankan aktiviti sentiasa diluluskan. Apa juga aktiviti hendak dijalankan
seperti mengadakan lawatan atau perkhemahan sentiasa diluluskan dengan mudah. Ini diikuti
dengan penilaian prestasi SSB melintang.

Namun begitu hubungan yang intim antara pengetua dengan Cikgu Bherita membuahkan
kekecohan. Setiap kejadian yng berlaku di kalangan guru akan diketahui dengan oleh pengetua.
Oleh yang demikian, Cikgu Bherita dituduh cepat ‘menyampai’ . Guru-guru akan lebih berhati-
hati sekiranya ada pengintip terutama sekali jika ada Cikgu Bherita. Malahan pengawas–
pengawas menjadi sumber Cikgu Bherita mengorek maklumat. Boleh dikatakan Cikgu Bherita
dapat mengetahui semua perkara kecil dan remeh, rungutan dan bantahan guru dan pelajar.

Dalam kes Cikgu Bherita ini, timbul beberapa persoalan :

 Puashati Cikgu Bherita menjadi ketidakpuashatian pihak yang lain.


 Guru yang menjadikan Cikgu Bherita sebaga neraca timbangan dan perbandingan,
pastinya dia tidak akan puas hati.
 Ketidakpuashatian guru-guru semakin meningkat apabila Cikgu Bherita bertindak suka
‘menyampai’ keburukan dan kelemahan guru-guru lain. Contohnya kelas bising semasa
Cikgu Amnah, akan disampaikan kepada pengetua. Sungguhpun perkara itu betul dan
benar, tetapi akhirnya ia akan ‘ meletup ’. Cikgu Amnah yang dituduh gagal mengawal
kelas berang dan enggan mengajar kelas yang ‘hujung-hujung ‘ lagi.
 Penilaian prestasi yang dibuat oleh pengetua sebenarnya amat berkait dengan kumpulan
‘think tank’ yang dibentuk. Sebagai pengetua perempuan , keakraban guru-guru lelaki ke
bilik pengetua perempuan, tentulah terhad ( barangkali ). Guru lelaki juga mungkin
enggan menyatakan apa yang berlaku di dalam kelas seperti pelajar tidak membuat
latihan yang diberi. Ini berkaitan dengan ego lelaki. Sedangkan guru-guru perempuan
mudah menyampaikan segala masalah. Apatah lagi pengetua suka guru-guru berbincang
dengannya. Pengetua mahukan maklumat sebanyak-banyaknya dan pemberi maklumat
terbanyak ,bernilai dan lengkap itu hanya diperolehi daripada Cikgu Bherita.
Kajian Kes 2 :
 
Setahun sebelum ini, syarikat percetakan CopyMatch telah menghadapi kerugian kewangan yang
terlampau dan telah mengambil keputusan bahawa mereka perlu untuk menstruktur semula
organisasi terbabit. Jualan mereka mewakili hampir keseluruhan pendapatan melalui bonus
galakan dan oleh itu, mereka cuba untuk memaksimakan kedua-dua jumlah pelanggan mereka
dan jualan bagi seorang pelanggan. Namun selalunya hal ini dimaksudkan bahawa mereka telah
mengambil tempahan yang sangat khusus dan dalam skala yang kecil yang memerlukan masa
untuk dilakukan, dan oleh itu ianya menjadi tidak produktif dan amat berharga untuk
dihapuskan. Semestinya hal ini adalah perkara kecil yang sangat dititikberatkan terhadap “wakil”
jualan sejak mereka memaksimakan saiz pendapatan mereka sendiri.
 
Sebagai sebahagian daripada penstrukturan semula, tenaga kerja telah dibahagikan kepada lima
kumpulan, yang mana setiap satunya mengandungi kombinasi yang berbeza terhadap perwakilan
jualan, pengurus produksi, penyelia produksi dan pekerja percetakan. Melalui kumpulan-
kumpulan kerjasama ini, ianya telah dicadangkan bahawa wakil jualan akan lebih diperngaruhi
dan diberitahu oleh mereak yang lebih berpengetahuan tentang kitaran penghasilan. Syarikat
menginginkan untuk mengawasi kesan pengorganisasian semula dan memulakan satu projek
penyelidikan, berdasarkan satu kajian kes ini.  Pembolehubah bersandar (hasil) daripada
pengorganisasian semula telah diramalkan seperti berikut:
 
        Lebih tempahan akan dipenuhkan terhadap masa yang tertentu.

        Anggaran kepuasan pelanggan akan bertambah dan rungutan daripada pelanggan akan
berkurangan.

        Pengurusan percetakan berskala besar akan ditanggung.

        Tahap kepuasan hati para pekerja akan meningkat.


Penyelidikan bagi kajian ini telah mengukur kesan bagi setiap jenis kumpulan (pembolehubah
tidak bersandar yang tidak sama banyak) untuk mencari sama ada struktur baru adalah lebih
efektif daripada yang lama, yang mana gabungan para pekerja mempunyai kesan yang amat
bagus ke atas hasilnya.
 
Kajian Kes 3 :
 
Satu skala besar kawasan perniagaan dibina pada satu tapak lapangan hijau pada satu saiz
sederhana bandaraya. Kesan daripada tindakan pembangunan sepanjang masa , jadi satu siri-
masa analisis adalah sesuai di sini. Seperti biasa, kita bermula dengan satu kedudukan teori atau
usul, dalam kes ini, kawasan perniagaan tersebut akan memberi kesan ke atas bandar dan tempat
yang berdekatan dalam beberapa cara.  Pertama, ia akan meningkatkan kadar kemajuan
pertengahan bandar- bandar, tempat yang berdekatan akan  penuhi dengan pelbagai kedai dan
gudang, diikuti, pada masa itu juga dengan perubahan corak-corak bandar kediaman -  keluarga-
keluarga yang pendapatan lebih tinggi akan berpindah meninggalkan pinggir kota.
 
Yang keduanya, kemerosotan bandar bertambah dengan meningkatnya kadar jenayah di kawasan
tersebut. Yang terakhir pula adalah aliran trafik akan berubah dengan kesesakan baru iaitu
‘blackspots' dan muncul jalan-jalan bercabang untuk ke kawasan tersebut. Data yang dipungut
pada tiap-tiap tahun, lebih lima tahun melalui pemerhatian, rekod-rekod kerajaan tempatan dan
statistik jenayah.
 
 8.0 Kesimpulan
 
Dapatlah disimpulkan di sini bahawa kajian kes digunakan untuk pelbagai perkara yang
dianalisis dan dibuat kajian contohnya seperti menilai hubungan antara individu, menilai prestasi
organisasi, menilai prestasi pasukan-pasukan atau jabatan-jabatan dan pelaksanaan projek.
Kebiasaannya, kajian kes biasa bersifat deduktif, iaitu permulaan daripada satu theoretical
premise atau pendirian.
 
Kajian kes digunakan apabila tiada peluang untuk mengawal atau memanipulasi
pembolehubah-pembolehubah yang berlaku dalam sesuatu perkara. Tetapi boleh juga dikatakan
kajian kes apabila terdapat satu kecenderungan dalam penjelasan-penjelasan dan situasi-situasi
analisis atau peristiwa-peristiwa. Selain itu, sekiranya terdapat prosedur-prosedur yang tidak
berapa jelas untuk penyelidikan ujikaji, penyelidikan kajian kes harus melibatkan pembangunan
satu hipotesis awal atau set soalan-soalan, dan reka bentuk alat-alat kajian itu, protokol-protokol
dan prosedur-prosedur lapangan.
 
Kajian kes juga melibatkan unit-unit tunggal atau analisis berganda  iaitu individu-
individu, jabatan-jabatan, benda-benda, sistem-sistem dan sebagainya dalam kombinasi dengan
corak kes tunggal atau berganda. Dalam kajian kes, penyelidik-penyelidik harus mengumpul
pelbagai sumber bukti yang harus mengembangkan menjadi satu rangkaian bukti,
menghubungkan soalan-soalan penyelidikan, data, analisis dan laporan kajian kes.
 
Selain itu, data untuk kajian kes selalunya diperolehi daripada pelbagai sumber termasuk
dokumentasi, arkib, temuduga-temuduga secara langsung atau pemerhatian. Kesahan dalaman
dalam kajian kes dikuatkan lagi dengan corak pemadanan, pembinaan  penjelasan dan siri masa
analisis. Kebolehpercayaan diperkuatkan oleh berbagai replikasi sama atau kes-kes yang sama.
 
Oleh itu, terdapat banyak perkara yang perlu dititikberatkan semasa melakukan kajian kes
yang merangkumi beberapa proses seperti merancang, mengembangkan alat, mengenalpasti data,
mengumpul data, menganalisis data serta menyebarkan data. Kesemua proses ini perlu dilakukan
mengikut langkah yang teratur agar proses penyelidikan dapat berjalan secara teratur dan
sistematik.
 
Walaupun terdapat kelebihan dalam melakukan kajian kes seperti sesuatu peristiwa dapat
diceritakan dengan lebih terperinci namun terdapat juga beberapa batasan dan kekangan yang
wujud dalam melaksanakan kajian kes. Maka, setiap penyelidik mestilah tahu menggunakan dan
mengaplikasikan kaedah yang sistematik agar setiap proses dan reka bentuk kajian kes dapat
dijalankan dengan lancar.

You might also like