Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

TUGASAN INDIVIDU

KPP 3014
PEMBELAJARAN DAN PERKEMBANGAN PELAJAR
2020/2021

TAJUK ARTIKEL

MASALAH KECELARUAN TINGKAH LAKU: MASALAH PONTENG


SEKOLAH
ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA HALAMAN

1.0 Pengenalan 1

2.0 Ulasan Penulisan 1

3.0 Objektif Kajian 2-4

4.0 Kepentingan 4

5.0 Implikasi 4

6.0 Rumusan 5

Bibliografi 6
1

1.0 Pengenalan

Jurnal ini telah ditulis oleh Lukman Hakim Mohamad Amin, Muhamad Redha Abdul
Hafiz, Muhamad Nazirul Asyraf Kamarulzalis, Abdul Hadi Ibrahim, Nursyuhada
Mohd Taib, Nur Haziqah Ramlan dan Mohd Razimi Husin. Tajuk jurnal ini ialah
Masalah Kecelaruan Tingkah Laku: Masalah Ponteng Sekolah. Mereka merupakan
pelajar fakulti Pembangunan Manusia daripada Universiti Pendidikan Sultan Idris
(UPSI). Nama jurnal artikel ini ialah International Journal of Humanities,
Management and Social Science, diterbitkan pada tahun 2019, halaman artikel ini
adalah 51-64.

2.0 Ulasan Penulisan

Jurnal ini mengisahkan tentang perkara yang berkaitan masalah kecelaruan tingkah
laku yang dialami oleh pelajar sekolah. Jurnal ini ditulis adalah untuk melaporkan
hasil kajian yang dibuat penulis tentang punca pelajar ponteng. Seterusnya
dilaksanakan untuk mengetahui cara-cara mengatasi masalah ponteng dan
mendedahkan kesan yang akan diterima akibat daripada gejala ponteng. Penulis telah
menjalankan temu bual bersama seorang guru di sebuah sekolah iaitu SMK Sila
Bukan, Lahad Datu, Sabah. Penulis juga mengkaji peningkatan gejala ponteng
sekolah mengikut negeri-negeri di Malaysia. Anggaran bilangan yang disenaraikan
diambil daripada Kajian Kesihatan dan Morbiditi Negara. Perbandingan dua tahun
iaitu tahun 2012 dan 2017 dilakukan oleh penulis.

Dalam jurnal ini, penulis menggunakan nama-nama tokoh seperti tokoh yang
mengembangkan teori Bronfenbrenner, Urie Bronfenbrenner yang menjelaskan
bahawa perkembangan kanak-kanak adalah sebagai hasil interaksi antara alam
persekitaran dengan kanak-kanak tersebut. George Peter Murdock, ahli antologi pula
memberi takrifan keluarga iaitu satu kelompok sosial yang tinggal di bawah satu
bumbung, mempunyai kerjasama dalam kegiatan ekonomi dan menambah zuriat.

Penulis berpendapat bahawa setiap pihak perlu memainkan peranan dalam menangani
masalah tingkah laku kerana masalah tingkah laku berlaku disebabkan oleh banyak
faktor iaitu faktor guru, sikap pelajar, rakan sebaya dan ibu bapa. Menurut kajian
lepas, ibu bapa merupakan faktor utama yang mempengaruhi tingkah laku pelajar.
Saya menyokong pernyataan penulis bahawa faktor masalah tingkah laku tidak
2

sewajarnya dituding kepada pelajar itu sahaja kerana semua pihak sewajarnya
memainkan peranan masing-masing dalam menangani masalah kecelaruan tingkah
laku terutamanya masalah ponteng sekolah. Hal ini bertepatan dengan dapatan kajian
artikel ini, iaitu hasil temu bual yang telah dijalankan. Menurut penulis, faktor ibu
bapa ialah faktor yang utama sekali dalam mengawal anak-anak mereka

3.0 Objektif Kajian

i. Mengenalpasti faktor-faktor masalah ponteng sekolah

ii. Menjelaskan kesan masalah ponteng sekolah

iii. Menghuraikan pendekatan masalah pelajar ponteng sekolah

3.1 Faktor-faktor Masalah Ponteng Sekolah

Jurnal ini mendedahkan bahawa penyampaian guru yang tidak jelas akan
menyebabkan segelintir pelajar tidak dapat menerima apa yang disampaikan dengan
baik. Isu ini menarik kerana masih ada guru yang tidak mengetahui kebaikan
penyampaian yang jelas dan berkesan. Penyampaian yang tidak berkesan akan
menyebabkan pelajar-pelajar tersebut tidak berminat untuk belajar kemudian akan
ponteng kelas dan yang paling parah, mereka ponteng sekolah kerana tidak berminat
ke sekolah. Menurut Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd. Aziz
Abd. Shukor, Ramlah Jantan, Roslinda Mustapha & Hazalizah Hamzah, sekolah yang
tidak menekankan mutu pembelajaran berkualiti akan mendorong pelajar terjebak
dengan tingkah laku yang tidak sihat tersebut. Tegaslah bahawa peranan guru juga
penting untuk mengelakkan masalah tingkah laku pelajar.

Jurnal ini menarik kerana menjelaskan bahawa pelajar yang terlibat dengan masalah
tingkah laku ini kebiasaannya mempunyai masalah dengan keluarga seperti
kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada ibu bapa dan keluarga. Masalah
tingkah berlaku apabila pelajar dirinya tidak disayangi oleh keluarga dan membuat
keputusan untuk melakukan masalah seperti ponteng sekolah. Jelaslah bahawa
masalah tingkah laku bukanlah berpunca daripada seratus peratus.
3

Seterusnya, jurnal ini bagus dan menarik kerana penulis menghuraikan tentang
pengaruh rakan yang mendorong pelajar mencuba aktiviti-aktiviti yang tidak biasa
dilakukan. Pelajar yang tertekan lebih suka bersendirian dan mengambil keputusan
untuk lari dari suasana sekolah ataupun bergiat dengan perkara-perkara yang tidak
berfaedah

3.2 Kesan Masalah Ponteng Sekolah

Pelajar yang terlibat dengan gejala ponteng akan berhadapan dengan masalah
keciciran. Sikap kurang memberi tumpuan di dalam kelas akan menyebabkan pelajar
tidak berminat untuk belajar seterusnya mengambil keputusan untuk ponteng kelas
atau ponteng sekolah. Pelajar-pelajar yang melakukan masalah tingkah laku ini akan
tercicir dalam pembelajaran terutamanya jika mereka ponteng kelas atau sekolah. Di
samping itu, pembelajaran pelajar juga akan merosot. Pelajar yang bermasalah bukan
sahaja tercicir dalam kelas malah pembelajaran mereka juga akan turut merosot.

Selain itu, timbulnya gejala sosial yang kurang baik. Gejala sosial adalah masalah
yang melibatkan pergaulan atau perihal masyarakat. Gejala sosial yang kurang baik di
sekolah akan menjejaskan nama baik sekolah. Sekiranya diabaikan, gejala sosial yang
tidak baik ini akan berleluasa kemudian akan menjejaskan pembangunan negara.

3.3 Pendekatan Masalah Pelajar Ponteng Sekolah

Jurnal ini menjelaskan beberapa pendekatan yang dapat dilakukan oleh pihak sekolah
ialah penyediaan bahan bantu mengajar yang menarik. Pengulis berpendapat bahawa
penggunaan alat bantu mengajar yang sesuai juga dapat menarik minat pelajar dan
penggunaannya juga akan lebih memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran
kerana penggunaan medium ini lebih berfungsi berbanding menggunakan kaedah
“talk and chalk”, kerana murid lebih suka sekiranya pengajaran menggunakan
kepelbagaian warna. Sebagai contoh bahan bantu mengajar yang menarik ialah
penggunaan aplikasi Powtoon.
Selain itu, ibu bapa memainkan peranan dalam mendidik anak-anak supaya tidak
melakukan masalah tingkah laku. Ibu bapa mestilah sentiasa mengambil berat tentang
anak-anak agar mereka tidak merasa dipinggirkan. Perhatian yang baik dapat
membendung masalah tingkah laku daripada berlaku dalam diri pelajar. Menurut
Khalim Zainal, ibu bapa perlu memberi perhatian terhadap anak kerana suasana dan
4

persekitaran rumah sangat mempengaruhi jiwa anak-anak. Selain itu, penerapan


agama yang sempurna akan membentuk peri laku yang baik dalam diri anak-anak.
Sahsiah yang baik datangnya daripada penerapan agama yang sempurna. Mereka
yang mempunyai sahsiah yang sempurna sudah pasti tidak akan melakukan masalah
ponteng sekolah.

4.0 Kepentingan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui punca-punca pelajar yang mempunyai masalah
tingkah laku ponteng sekolah. Masalah tingkah laku pelajar adalah perlu
dititikberatkan dan tidak boleh dipandang remeh. Kajian ini dilakukan
memandangkan banyak kepentingan yang akan didapati hasil daripada penemuannya.
Antara kepentingan yang diperoleh adalah:-

1) Kepentingan kajian kepada pihak sekolah, semoga dapat membantu


mengetahui faktor-faktor masalah ponteng sekolah. Kajian ini juga memperlihatkan
pendekatan tingkah laku pelajar. Oleh yang demikian, pihak sekolah boleh
melaksanakan beberapa usaha dalam memperbaiki tingkah laku para pelajar.

2) Kepentingan kajian kepada para pelajar, semoga kajian ini diharapkan dapat
membantu pelajar-pelajar dalam mengawal dan mengubah tingkah laku menjadi lebih
baik. Faktor individu adalah salah satu faktor masalah tingkah laku yang diperlihatkan
dalam kajian ini. Selain itu, kepentingan kepada pelajar dari segi pendidikan.
Pengurusan tingkah laku dapat membantu pelajar mengikuti pengajaran dan
pembelajaran.

3) Kepentingan kajian kepada ibu bapa, semoga dapatan kajian mengenai


pendekatan masalah pelajar ponteng sekolah boleh dijadikan panduan kepada ibu
bapa agar dapat menggunakan pendekatan tersebut dalam membantu membendung
masalah ponteng sekolah serta mengubah tingkah laku pelajar.

5.0 Implikasi Kajian

Jurnal ini boleh dijadikan rujukan dan dikongsi bersama terutamanya kepada guru, ibu
bapa dan pelajar. Jurnal ini menunjukkan betapa pentingnya tindakan dan usaha
menangani masalah ponteng sekolah. Kajian ini juga mendatangkan implikasi kepada
pelajar-pelajar, ibu bapa serta para guru. Antara implikasinya ialah;
5

a)Guru lebih kreatif dan inovatif merancang serta menyediakan bahan bantu
mengajar yang menarik.

b)Menarik minat pelajar untuk berada di dalam kelas dan belajar.

c)Ibu bapa bijak memantau aktiviti serta membahagi masa bersama anak-anak

d)Pelajar bijak menggunakan masa dan memilih kawan yang mempunyai tingkah
laku yang baik.

6.0 Rumusan

Maka jelaslah bahawa masalah tingkah laku bukanlah disebabkan oleh pelajar itu
sendiri semata-mata. Semua pihak memainkan peranan penting dalam membendung
masalah tingkah laku kerana penyebab masalah tingkah laku juga berlaku disebabkan
orang lain di sekeliling pelajar.

Kesimpulannya, jurnal ini memberi pengetahuan baru dan membuka mata saya
tentang masalah kecelaruan tingkah laku. menjelaskan bahawa semua faktor ponteng
sekolah adalah berkait antara satu sama lain dan menyumbang kepada pelajar
melakukan salah laku ponteng sekolah. Penulisan kritis ini membantu saya untuk
menganalisis sesuatu jurnal kemudian membuat penulisan mengikut kefahaman saya
sendiri. Pada masa akan datang, saya berharap saya dapat menambahbaik teknik
mengulas saya.
6

Bibliografi

Arsaythamby Veloo & Ng Chooi Kim. (2014). Jenis Amaran dan Faktor Ponteng
Sekolah dalam Kalangan Pelajar Sekolah Menengah di Sabah. Asia Pacific
Journal of Educators and Education,29, 125-139. Diperoleh daripada
https://core.ac.uk/download/pdf/83543633.pdf
Lukman Hakim Mohamad Amin, Muhamad Redha Abdul Hafiz, Muhamad Nazirul
Asyraf Kamarulzalis, Abdul Hadi Ibrahim, Nursyuhada Mohd Taib, Nur Haziqah
Ramlan & Mohd Razimi Husin. (2019). Masalah Kecelaruan Tingkah Laku:
Masalah Ponteng Sekolah. International Journal of Humanities, Management
and Social Science, 2(1), 51-64. Diperoleh daripada
http://lamintang.org/journal/index.php/ij-humass/article/view/22

Suppiah Nachiappan, Kamarulzaman Kamaruddin, Abd. Aziz Abd. Shukor, Ramlah


Jantan, Roslinda mustapha & Hazalizah Hamzah. (2012). Pembelajaran dan
Perkembangan. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd

Zainal, K. (2008). Memahami tingkah laku remaja bermasalah dari perspektif teori
tingkah laku, humanistik, psikoanalitik & tret personaliti. Jurnal Pengajian
Umum, 9(4), 43-56.Diperoleh daripada http://journalarticle.ukm.my/1189/1/1.pdf

You might also like