MODUL BERFOKUS SPM 2019 SET 1 - Tatabahasa

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 2

Soalan 3 : Pengetahuan dan Kemahiran Bahasa

[30 markah]

Jawab semua soalan

(a) Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa
anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh
menggugurkan imbuhan, menukar imbuhan atau menggunakan perkataan itu
sebagai peribahasa atau nama khas.

(i) Terharu
(ii) Teruja
(iii) Terkesima
(iv) Tersengih
(v) Terlanjur
(vi) Terlajak
[6 markah]

(b) Tukarkan ayat cakap pindah di bawah kepada ayat cakap ajuk tanpa mengubah
maksud asalnya.

(i) Roslan bertanyakan pendapat Suhaila tentang kelebihan membaca buku-


buku berunsur sejarah.

(ii) Puan Rusilah berpesan kepada anak gadisnya agar menjaga tutur kata dan
tingkah laku ketika berada di tempat orang.

(iii) Pengawal keselamatan itu melarang Mazlan berdiri dalam garisan kuning
sewaktu menunggu ketibaan komuter.
[6 markah]

(c) Dalam setiap ayat di bawah ini, terdapat satu kesalahan ejaan dan satu
kesalahan dari segi imbuhan. Senaraikan dan betulkan kesalahan-kesalahan itu.
Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan lebih daripada satu kesalahan
ejaan dan satu kesalahan dari segi imbuhan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu
semula.

(i) Baucer diskaun akan diberikan kepada para pelanggan yang membelanja
melebihi RM 100 di pusat beli-belah itu.

(ii) Pegawai- pegawai penguatkuasa sering mengadakan pantauan harga


barangan di pasaran setiap kali menjelang musim perayaan.

(iii) Ceramah itu diakhirkan dengan sessi soal jawab antara para peserta
dengan penceramah terkenal tersebut.

[6 markah]
(d) Dalam setiap ayat di bawah , terdapat satu kesalahan penggunaan kata
atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Senaraikan dan betulkan
kesalahan-kesalahan itu. Bagi setiap ayat, anda tidak boleh menyenaraikan
lebih daripada satu kesalahan penggunaan kata atau istilah dan satu
kesalahan tatabahasa. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.

(i) Pegawai Jawatankuasa Aset Sekolah memaklumkan yang semua


kerusi dan meja yang rosak akan diluputkan atau dihapus kira pada
minggu hadapan.

(ii) MARA ialah sinonim kepada perkataan Majlis Amanah Rakyat


yang penubuhannya ialah untuk membangunkan ekonomi
masyarakat peribumi.

(iii) Semua pengunjung yang menonton persembahan muzikal teater


kanak a a S a Sa b a a a
barisan pelakon yang berjaya menjiwai watak masing-masing.

[6 markah]

(e) Tulis ayat berdasarkan setiap peribahasa di bawah ini supaya jelas
menunjukkan maksud dan penggunaannya.

(i) Anak dagang


(ii) Bagai lebah menghimpun madu
(iii) Hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah
[6 markah]

You might also like