Latihan Topik 2: Hubungan Diplomatik Set 1 Bahagian A

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 5

LATIHAN TOPIK 2 : HUBUNGAN DIPLOMATIK

SET 1
BAHAGIAN A

 Hubungan secara terus dengan negara-negara tertentu.


 Hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan.

1. Pernyataan di atas merujuk kepada


A. Bilateral dan Multilateral
B. Proaktif dan Dinamik
C. Pragmatik dan Proaktif
D. Multilateral dan Pragmatik

2. Pada asasnya, dasar luar Malaysia mempunyai tiga kriteria, iaitu


I. Dasar itu mestilah dasar yang proaktif dan pragmatik
II. Dasar itu mestilah dasar yang boleh dipercayai
III. Dasar itu mestilah dasar yang menyedarkan
IV. Dasar itu mestilah dasar yang konsisten dan koheren
A. I, II, dan III
B. I, III, dan IV
C. II, III, dan IV
D. I, II, dan IV

Faktor Huraian
X Kedudukan Geografi I Malaysia meneruskan hubungan
dengan British dan lain-lain
kerajaan Komanwel seperti
Australia dan New Zealand
Y Agama Islam II Menarik minat kuasa-kuasa luar
untuk menegakkan pengaruh
Z Bekas Jajahan British III Malaysia menyertai Pertubuhan
Persidangan Islam serta menyokong
projek-projek tertentu seperti Bank
Pembangunan Islam

3. Pilih padanan yang betul antara faktor dan huraian.

X Y Z
A I III II
B II III I
C II 1 III
D III II 1
4.
 Malaysia juga memberikan sokongan terhadap Orde Baru
Ekonomi Antarabangsa dan kegiatan-kegiatan Negara-Negara 77
untuk mencapai keadilan dalam sistem perdagangan yang selama
ini memihak kepada negara maju sahaja.

Pernyataan di atas merujuk kepada faktor penentuan dasar luar iaitu


A. Kepentingan Nasional
B. Dasar Berkecuali
C. Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu
D. Kedudukan Geografi

5. Padanan yang manakah betul tentang faktor dasar luar dan huraiannya.
Faktor Huraian
A Agama Islam Malaysia meneruskan hubungan dengan British adalah
anggota Komanwel seperti Australia dan New Zealand.
B Kedudukan Malaysia telah memainkan peranan aktif dan
Geografi memberikan sumbangan yang bermakna.
C Kepentingan Malaysia bergantung kepada perdagangan antarabangsa
Nasional memandangkan ekonomi Malaysia adalah
berorientasikan eksport.
D Piagam Bangsa- Menarik minat kuasa-kuasa luar untuk menegakkan
Bangsa Bersatu pengaruh.

6. Prinsip dasar luar Malaysia adalah menyelesaikan sebarang masalah menerusi


rundingan. Yang manakah prinsip dasar luar Malaysia?
A. Pendekatan berbaik-baik dengan negara lain
B. Mewujudkan keamanan sejagat melalui kerjasama antarabangsa
C. Menjamin keselamatan rakyat dan negara
D. Menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi

 Hubungan dengan organisasi Barat, diplomasi dengan Barat, dan


perkembangan dicorak mengikut Model Barat
 Tanah Melayu memerlukan pasaran Barat kerana menggeksport
bahan mentah ke Barat

7. Pernyataan di atas merujuk kepada


A. Pro-Barat dan Pro-Komanwel
B. Anti Komunis
C. Kerjasama Serantau
D. Anti-Aparteid
8. Malaysia menyokong Dasar Berkecuali dapat dibuktikan melalui
A. Bentuk perniagaan bebas berubah menjadi campuran
B. Mengadakan hubungan diplomatik dengan negara komunis seperti Hanoi,
Korea Utara, dan Jerman Timur
C. Merapatkan hubungan dengan negara-negara Islam
D. Pelaburan asing dihalang selaras dengan Dasar Ekonomi Baru

9. Dasar luar Malaysia pada era pemerintahan Tun Hussein Onn dipengaruhi oleh
I. Mengadakan hubungan baik dengan semua negara tanpa mengira ideologi
II. Penekanan lebih tegas ke atas kebebasan, kekecualian, dan kedudukan yang
sama dengan negara kuasa-kuasa besar
III. Penyertaan tegas dalam isu keganasan, kekerasan, dan pergaduhan ekonomi
antarabangsa
IV. Malaysia mempereratkan hubungan diplomatik dengan China
A. I dan II
B. I dan III
C. II dan IV
D. III dan IV

10. Yang manakah benar berkaitan dengan era pemerintahan Tun Mahathir Mohammad
A. Malaysia menjadi ahli Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NAM) pada
1970.
B. Menekankan keperluan Malaysia sebagai sebuah negara merdeka untuk bebas
daripada penguasaan Barat.
C. Menolak segala doktrin komunis yang tidak sesuai tetapi masih mengekalkan
hubungan diplomatik dengan negara-negara komunis.
D. Penyertaan cergas dalam perbahasan isu keganasan, kekerasan, dan
pergaduhan ekonomi antarabangsa.

11. Malaysia dalam menghadapi pertikaian dengan Singapura adalah


A. Perkongsian pintar untuk kesejahteraan bersama global
B. Kegiatan menambak pantai yang dijalankan oleh Singapura di Selat Tebrau
menjejaskan sumber rezeki nelayan Johor
C. Menyuarakan isu alam sekitar dan masalah ini tanggungjawab bersama
D. Melahirkan kerjasama teknikal dan perdagangan

12. Yang manakah keadaan di mana Malaysia berani mengkritik isu-isu semasa.
A. Pengisytiharan Antartika sebagai warisan bersama
B. Fokus Ekonomi Asia Timur (EAEC)
C. Penyatuan Negara-Negara Islam dan OIC
D. Menyokong tindakan rakyat Palestin yang ditindas oleh pihak Zionis Israel.
13. Berikut adalah inisiatif dasar luar semasa era pemerintahan Tun Abdullah Ahmad
Badawi kecuali
A. Pandangan Malaysia disampaikan dengan lebih jelas
B. Keteguhan sebagai lanjutan dinamik kepada dasar sedia ada
C. Meneruskan usaha membantu menyelesaikan krisis di peringkat antarabangsa
D. Tindak balas pragmatik dalam menyahut cabaran geopolitik dan ekonomi
semasa

14. Berikut merupakan era kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib kecuali
A. Hubungan dengan China dan India terus diperkukuhkan dari aspek hubungan
perdagangan dan pertukaran teknologi
B. Malaysia bersama dengan ASEAN memberi perhatian kepada isu keganasan
antarabangsa dan serantau, isu ekonomi, dan isu belia
C. Distrukturkan berdasarkan kerangka bilateral, serantau, dan multilateral
D. Meningkatkan lagi hubungan dengan China dan Rusia dalam pelbagai bidang
termasuk pendidikan

 Menjamin keselamatan rakyat dan negara


 Menangani perkembangan dan cabaran politik, ekonomi,
keselamatan, dan sosial di pentas dunia

15. Pernyataan di atas merujuk kepada


A. Langkah Malaysia melaksanakan dasar luar
B. Objektif dasar luar Malaysia
C. Kepentingan dasar luar Malaysia
D. Prinsip dasar luar Malaysia
CADANGAN JAWAPAN
SET 1
1. A 2. C 3. B 4. C 5. C
6. A 7. A 8. B 9. C 10. D
11. B 12. D 13. C 14. A 15. C

You might also like