Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

SEKOLAH KEBANGSAAN TEMOH

35350 TEMOH
PERAK DARUL RIDZUAN

KERTAS KERJA

KEM BESTARI SOLAT

ANJURAN:
PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

TARIKH :
2 JULAI 2019 / 28 SYAWAL 1440H
(SELASA)

TEMPAT :
SEKOLAH KEBANGSAAN TEMOH
A) PENDAHULUAN
Program Kem Bestari Solat merupakan satu bentuk aktiviti ko-kurikulum bagi murid tahun 1,2,3,4,5
dan 6. Tujuan pelaksanaannya ialah untuk menerap aspek solat di kalangan. Pelaksanaan solat seawal
umur 7 - 9 tahun adalah bertepatan dengan ajaran al-Quran dan al-Sunnah dan di peringkat usia 10
tahun adalah sebagai latihan ke arah memantapkan lagi pelaksanaan ibadah di kalangan murid-murid..

B) OBJEKTIF
1. Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat yang betul berdasarkan rukun dan syarat-
syarat yang telah ditetapkan
2. Murid dapat melaksanakan semua perbuatan serta bacaan dalam solat dengan betul dan lancar
3. Murid tahu mengambil wudhuk menggunakan air di dalam botol serta belajar erti menjimatkan air.
4. Menanam sikap tanggungjawab untuk melaksanakan solat fadhu sebagai ibadat yang wajib dalam
kehidupan harian
5. Memberi pendedahan kepada murid tentang cara solat yang sempurna sama ada solat secara
bersendirian ataupun berjemaah

C) KUMPULAN SASARAN

i. Tahun 1 ( 19 orang )
ii. Tahun 2 ( 21 orang )
iii. Tahun 3 ( 16 orang )
iv. Tahun 4 ( 18 orang )
v. Tahun 5 ( 17 orang )
vi. Tahun 6 ( 20 orang )

D) KEWANGAN
1. KERAJAAN
2. PIBG
Seperti di Lampiran 1

E) JAWATANKUASA PELAKSANA KEM BESTARI SOLAT 2019


Seperti di Lampiran 2

F) TENTATIF PROGRAM
Seperti di Lampiran 3
G) PENUTUP

Model Bestari Solat merupakan sebahagian daripada pengajaran modul j-QAF yang wajib
dilaksanakan kepada semua murid tahun 1 hingga 6 yang beragama Islam. Pihak pentadbiran sekolah
bertanggungjawab dalam menggerakkan kem ini supaya impak akhirnya dapat dicapai bersama.
Sesungguhnya solat merupakan antara aspek terpenting di dalam pelaksanaan Fardhu Ain supaya
murid-murid dapat menerapkan amalan solat dengan berkesan dan berterusan, seterusnya mendidik
diri menjadi insan berdisiplin dan taat kepada Tuhan.

Adalah diharapkan pelaksanaan kem ini akan memberi kesan kepada murid-murid dalam
meningkatkan kemahiran, kesungguhan dan rasa tanggungjawab untuk melaksanakan aspek Fardhu
Ain yang diperintahkan oleh Allah S.W.T.

Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………….................. ................................................
(AHMAD FAIZAL B. ABDULLAH HALIM) (MOHD SHAH B. MD NOR)
Setiausaha Penolong Kanan Ko-Kurikulun

Disahkan oleh,

.........................................
(MARINA BT MASDAR)
Guru Besar
LAMPIRAN 1

ANGGARAN PERBELANJAAN
KEM BESTARI SOLAT 2019

BIL PERKARA KOS

1 BAHAN MENTAH (MAKAN)

Nasi lemak : (RM1.00 x 110) RM110.00


Air Sirap + kuih : (0.50 x 110) RM 55.00

Sumber :
Kerajaan (Bestari Solat) = RM110.00
PIBG = RM105.50

2 Bahan-bahan habis guna RM 50.00

Sumber :
PIBG

JUMLAH KESELURUHAN RM 215.00


LAMPIRAN 2

JAWATANKUASA PELAKSANA
KEM BESTARI SOLAT 2019

Pengerusi : Pn. Marina Bt. Masdar ( Guru Besar )

Timb. Pengerusi 1 : En. Mohd Shah B. Md Nor ( PK Kokurikulum )

Timb. Pengerusi 2 : En. Azhar B. Idris (PK Pentadbiran)

Timb. Pengerusi 3 : En. Khairuddin B. Mohd Jali ( PK Hal Ehwal Murid )

Penyelaras : Pn. Noor Huda Bt Hj Zakaria


Setiausaha : En. Ahmad Faizal B. Abdullah Halim
AJK : En. Zairul Anuwar B. Jamriy

FASILITATOR

1. Pn. Noor Huda Bt Hj Zakaria


2. En. Ahmad Faizal B. Abdullah Halim
3. En. Zairul Anuwar B. Jamriy
4. Pn. Aini Afida Bt Mat Diah
5. Pn. Maizan Bt Yaacob
6. Pn. Aminah Tun Faizah Bt Yeop Ibrahim
7. Pn. Asimah Bt Mohd Kamal
8. Pn. Roslina Bt Bujal
9. Pn. Nor Khaliza Bt Mustafa
10. Pn. Noor Maiza Bt Mazlan
11. En. Mohd Faizul B. Ali
12. Pn. Nur Athirah Bt Shafie
LAMPIRAN 3

TENTATIF KEM BESTARI SOLAT 2019

TARIKH : 30 APRIL 2018 HARI :SELASA

MASA AKTIVITI

10.40 pagi – 11.00 pagi PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT PROGRAM


Makan pagi – Nasi Lemak + Air Sirap + Kuih
11.00 pagi – 11.30 pagi TAYANGAN VIDEO

11.30 pagi – 12.20 tengahari LDK 1 KBS


Wudhu’ serta amali - Tahap 1

Amali Wudhu’ Menggunakan Botol - Tahap 2

12.20 tengahari – 1.10 LDK 2 KBS


petang Niat Solat Fardhu dan Bacaan surah Al-Fatihah - Tahap
1

Rukun Solat dan Doa Qunut - Tahap 2

1.10 petang – 2.00 petang LDK 3 KBS


Bacaan Iftitah, Bacaan Rukuk, Iktidal, Sujud, Duduk
Antara 2 Sujud - Tahap 1

Al-Fatihah, Tahiyat Awal dan Akhir - Tahap 2

2.00 petang – 2.30 petang Amali Solat Zohor

2.30 petang Tamat

You might also like