Andaikata Soalan Sejarah Islam STPM

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 15

Andaikata Soalan STPM Sejarah (940/2) 2019

SULIT* 2

Jawab tiga soalan sahaja.

1. Agama Wathani merupakan agama peninggalan nenek moyang masyarakat Arab Jahiliah suatu ketika
dahulu.Huraikan.

2. Bincangkan cara pemilihan Khalifah pada zaman Khulafa al-Rasyidin.

3. Nilaikan sumbangan Ibn Majid dalam bidang penerokaan

4. Bincangkan ciri-ciri senibina Islam kerajaan Moghul di India pada abad ke-17 Masihi.

5. Sejauhmanakah persaingan kuasa-kuasa Barat menjadi sebab utama penjajahan Barat di wilayah
Turki Uthmaniyyah pada abad ke-19 Masihi.

6. Kerajaan Turki Uthmaniyyah telah memperkenalkan Tanzimat untuk mengembalikan zaman


kegemilangannya.

SULIT*
Andaikata Soalan STPM Sejarah (940/2) 2019

SKEMA JAWAPAN
Andaikata Soalan STPM Sejarah (940/2) 2019

1. Agama Wathani merupakan agama peninggalan nenek moyang masyarakat Arab Jahiliah
suatu ketika dahulu.Huraikan.

Pendahuluan

Kepercayaan merujuk kepada pegangan atau keyakinan terhadap kewujudan kuasa ghaib yang
mampu memberi perlindungan atau manfaat kepada seluruh kehidupan manusia. Pada zaman
Jahiliyah atau sebelum kedatangan Islam, masyarakat Arab Jahiliyah mengamalkan dua jenis
kepercayaan iaitu kepercayaan agama dan adat. Kepercayaan agama dikaitkan dengan unsur
suci, upacara-upacara keagamaan, penyembahan dan mempunyai Tuhan masing-masing.
Kepercayaan adat pula merupakan kepercayaan tahyul dan tradisi lama masyarakat yang diwarisi
sejak turun temurun daripada nenek moyang mereka.
Masyarakat arab Jahiliyah mempunyai dua bentuk kepercayaan iaitu kepercayaan agama Samawi
(Langit) yang diturun Allah melalui nabi-nabi tertentu dan mempunyai kitab dan agama Ardhi
(agama ciptaan) yang direka sendiri oleh manusia.

Agama Wathani atau Penyembahan Berhala

Diamalkan majoriti masyarakat Arab. Mereka menyembah pelbagai patung pelbagai saiz
daripada kayu, batu dan tepung. Mereka jadikan berhala-berhala ini sebagai pengantara
mendekatkan diri dengan tuhan. Berhala-berhala ini dikatakan mampu memberikan manfaat dan
mudarat.
Antara jenis berhala yang terkenal ialah al-Latta, al-Manat, al-Uzza dan Hubal. Di Makkah
ketika itu terdapat 360 berhala yang diletakkan sekitar Kaabah. Berhala-berhala ini dimiliki
setiap kabilah misalnya suku Kinanah memiliki berhala Saad yang terletak di tepi pantai Jeddah.
Suku Maznah memiliki berhala Nuhum dan suku Hawazin memiliki berhala Zulkhalasah.

Agama Hanif

Agama peninggalan nabi Allah Ibrahim a.s dan anaknya nabi Ismail a.s. Ia diturunkan di kota
Makkah dan penganutnya di gelar Hunafa. Tidak disertakan kitab tetapi Suhuf. Penekanan
agama ini kepada mengesakan Tuhan yang satu. Agama ini mengambil kaedah aT-Thahannuth
iaitu amalan-amalan kegamaan menurut peraturannya. Antara amalannya bersembayang,
berpuasa dan tawaf mengelilingi kaabah.
Agama ini mengalami proses penyelewengan dari sumber asalnya setelah sekian lama kewafatan
nabi Ibrahim a.s dan nabi Ismail a.s. Zaman ini dicampur adukkan dengan penyembahan berhala
sehingga terdapat segelintir sahaja yang mengekalkan agama asalnya seperti Waraqah Bin
Naufal, Usman Bin Huarith, Abdullah bin Jahsy, Zaid Bin Amru dan Umayyah Abis Salt.

Agama Nasrani

Disebut juga agama Masihi dan diturunkan di Baitul Muqaddis melalui nabi Isa a.s. melalui kitab
Injil. Ia berkembang di Najran, Ghassan dan di kalangan kabilah Arab Bani Taghlib, Bani
Qadaah dan Bani Rabiah.
Andaikata Soalan STPM Sejarah (940/2) 2019

Terdapat tiga mashab iaitu Ya’kubiah di Mesir dan Habsyah, Nasturiah di Hirah dan Farsi dan
Malkani di Maghribi dan Andalusia. Tidak popular dikalangan masyarakat arab kerana
persaingan sengit diantara mazhab terlalu spiritual sehingga sukar difahami.

Agama Yahudi
Diturunkan di Palestin melalui nabi Musa a.s berserta kitab Taurat. Diamalkan di Madinah,
Taima, Khaibar dan Yaman. Juga terdapat dikalangan Kabilah Badwi Kinanah, Bani Namir,
Bani al-Harith dan Bani Kandah.

Agama Majusi.

Agama penyembahan alam persekitaraan khususnya matahari dan api. Agama ini agak lama dan
kabur. Para pendetanya wajib menyembah matahari sebanyak 4 kali sehari termasuk menyembah
bulan, air dan api.
Tuhan mereka dua iaitu Tuhan baik (Cahaya) dan Tuhan jahat (gelita). Agama ini mengizinkan
perkahwinan antara ibu dengan anak atau adik dengan kakak sendiri.

Agama Penyembahan Cakerawala.

Mereka percaya bahawa cakerawala di langit adalah sumber segala tenaga dan kekuatan.
Penganutnya terdapat di Utara dan Selatan Tanah Arab. Mereka beranggapan bahawa matahari
sebangsa dengan malaikat, bulan dan bintang bergantung kepada belas kasihan matahari sebagai
Tuhan lelaki dan bulan sebagai Tuhan perempuan.

Kepercayaan Aninisme

Mempercayai bahawa setiap objek disekeliling manusia mempunyai kuasa tertentu yang boleh
mempengaruhi kehidupan manusia. Kepercayaan ini diamalkan oleh masyarakat Badwi. Mereka
menyembah objek-objek ganjil seperti pokok-pokok, batu-batu besar, Wadi, kawasan bekas
memerah susu kambing dan sebagainya.
Objek sembahan mereka adalah objek-objek mati dan bukan ciptaan manusia.

Kesimpulan
Sebelum kedatangan Islam masyarakat Arab mengamalkan kepercayaan polytheisme. Namun,
selepas kedatangan Islam khususnya zaman Rasulullah, ajaran Islam berjaya menghapuskan
kejahilan tersebut dan mengarahkan masyarakat Arab kepada meyakini akidah Tauhid iaitu
mengesakan Allah.
Agama berhala dapat ditamatkan. Bagaimanapun agama-agama lain masih di amalkan seperti
agama Yahudi dan Nasrani atas sifat keterbukaan dan kebebasan beragama. Antara penekanan
dalam ajaran Islam yang di bawa oleh Rasululah ialah aspek Akidah, Akhlak, Ibadah dan
Syariah.
Andaikata Soalan STPM Sejarah (940/2) 2019

2. Bincangkan cara pemilihan Khalifah pada zaman Khulafa al-Rasyidin.

Pendahuluan

Khalifah ialah institusi yang bertanggungjawab dalam pengurusan pentadbira dan pemerintahan
Negara dan umat Islam selepas wafatnya Nabi Muhammad s.a.w. Mahmood Mohd. Taib an-
Najmi dalam Sejarah Tamadun Islam menyatakan, khalifah ialah satu jawatan menggantikan
Nabi Muhammad s.a.w. selepas baginda wafat untuk memerintah dan mentadbir Negara dan
umat Islam.
MahayudinHj. YahyadalamTamadun Islam menyatakan khalifah berasal daripada perkataan
khulafa yang membawa maksud pengganti, iaitu pengganti Nabi Muhammad s.a.w. Khalifah
ialah satu gelaran yang diberikan kepada sesiapa yang menjadi ketua (imam atau imamah)
negara Islam menggantikan Nabi Muhammad s.a.w. dalam pengurusan pemerintahan dan
pentadbiran.

Isi-isi penting

1. Perundingan beramai-ramai

Cara ini dilakukan dengan mengadakan perundingan dan persetujuan tanpa ditetapkan
calon terlebih dahulu. Sebelum Nabi Muhammad s.a.w. wafat, baginda tidak meninggalkan
sebarang wasiat atau pesanan kepada sesiapa untuk dicalonkan sebagai khalifah (pengganti).
Untuk menentukan siapakah yang akan dilantik menjadi khalifah, umat Islam yang diwakili oleh
kaum Muhajirin dan Ansar telah berhimpun di Dewan Bani Saadah untuk berbincang dan
melantik khalifah pertama.
Untuk mengelakkan sebarang permasalahan dalam kalangan kamu Muhajirin dan Ansar,
Saidina Abu Bakar al-Siddiq mencalonkan Saidina Umar al-Khattab mewakili golongan
Muhajirin dan Abu Ubaidah mewakili Ansar untuk dipilih sebagai khalifah. Saidina Umar al-
Khattab menarik diri daripada pencalonan dan diikuti oleh Abu Ubaidah.
Sebaliknya, Saidina Umar al-Khattab mencalonkan Saidina Abu Bakar al-Siddiq sebagai
khalifah dan disokong oleh Abu Ubaidah. Cadangan tersebut disokong oleh umat Islam dan
Saidina Abu Bakar al-Siddiq dibaiahkan dalam musyawarah/syura sebagai khalifah pertama
memerintah Negara dan umat Islam menggantikan Nabi Muhammad s.a.w.

1. Mengusul seseorang calon

Apabila seseorang khalifah baharu hendak dipilih, namanya diusul atau dicalonkan oleh
khalifah sebelumnya terlebih dahulu sebelum musyawarah dalam majlis Syura dan dibaiahkan
oleh umat Islam. Nama khalifah itu akan diputuskan dalam majlis Syura. Contohnya, pelantikan
Khalifah Umar al-Khattab sebagai khalifah kedua dalam khulafa al- Rasyidin.
Semasa Khalifah Abu Bakar al-Siddiq tengah gering, umat Islam berusaha pulih daripada
masalah kemunculan nabi-nabi palsu dan golongan murtad. Untuk mengelakkan masalah dalam
negeri berlaku kembali, Khalifah Abu Bakar al-Siddiq mencalonkan Saidina Umar al-Khattab
untuk dipilih sebagai khalifah menggantinya memerintah Negara dan umat Islam.
Andaikata Soalan STPM Sejarah (940/2) 2019

Pencalonan itu dipersetujui oleh para sahabat dan umat Islam. Setelah wafatnya Khalifah
Abu Bakar al-Siddiq pada tahun 644Masihi, pencalonan Saidina Umar al-Khattab dibawa ke
Majlis Syura. Melalui musyawarah, para sahabat dan ahli lembaga Majlis Syura, plantikan
Saidina Umar al-Khattab dipersetujui oleh para sahabat dan menerima baiah daripada umat Islam
tanpa bantahan.

3. Mengusul sekumpulan calon

Khalifah terdahulu akan mengusulkan beberapa orang calon dalam kalangan para sahabat
untuk dipilih salah seorang daripada mereka sebagai khalifah seterusnya. Cara ini berlaku dalam
pemilihan Saidina Uthman bin Affan sebagai khalifah menggantikan Khalifah Umar al-Khattab.
Khalifah Umar al-Khattab yang sedang tenat kerana ditikam oleh seorang keturunan hamba dari
Parsi telah mengemukakan nama enam orang calon, iaitu Saidina Uthman bin Affan, Saidina Ali
bin Abu Talib, Abdul Rahman bin Auf, Talhah bin Ubaidillah, Zuber al-Awwam, dan Saad bin
Abu Waqas. Manakala puteranya, Abdullah bin Umar al-Khattab tidak dicalonkan sebagai
khalifah. Pemilihan dan musyawarah diadakan di rumah Saidatina Aishah bin Abu Bakar al-
Siddiq.
Tiga hari selepas wafatnya Khalifah Umar al-Khattab (644 Masihi), satu majlis diadakan
untuk memilih pengganti khalifah. Musyawarah tersebut dipengerusikan oleh Abdul Rahman bin
Auf yang menarik diri sebagai calon khalifah. Serentak dengan itu, Zuber al-Awwam, Saad bin
Abu Waqas, dan Talhah bin Ubaidillah menarik diri daripada pencalonan jawatan khalifah.
Pemilihan diadakan antara Saidina Ali bin Abu Talib dan Saidina Uthman bin Affan. Dalam
pemilihan tersebut, Saidina Uthman bin Affan mendapat kelebihan undi. Dengan ini, Saidina
Uthman bin Affan dibaiahkan sebagai menggantikan Khalifah Umar al-Khattab sebagai khalifah
ketiga dalam Khalifah al-Rasyidin memerintah negara dan umat Islam berpusat di Madinah (644-
656 Masihi).

4. Penyusulan oleh sekumpulan masyarakat

Masyarakat Islam telah mengusul dan mencadangkan keturunannya menjadi khalifah


seterusnya memerintah negara dan umat Islam berpusat di Madinah. Cara tersebut berlaku
semasa pelantikan Saidina Ali bin Abu Talib dilantik sebagai khalifah seterus memerintah
Negara selepas kewafatan Khalifah Uthman bin Affan pada tahun 656 masihi. Apabila wafatnya
Khalifah Uthman bin Affan berlaku pergolakan dalam kalangan umat Islam untuk menentukan
siapakah khalifah yang akan menggantikannya.
Pada masa tersebut, Madinah dikuasai oleh pemberontak. Penduduk Mesir mencadangkan
Saidina Ali bin Abu Talib dilantik sebagai khalifah, penduduk Basrah mencadangkan Talhah bin
Ubaidillah sebagai khalifah, dan penduduk Kufah mencadangkan Zuber al-Awwam sebagai
khalifah.
Oleh kerana terdapat tiga orang calon untuk jawatan khalifah, maka pemilihan dan
musyawarah diadakan untuk menentukan siapakah antara tiga orang calon tersebut yang akan
dipilih oleh umat Islam sebagai khalifah berikutnya. Keputusan pemilihan dalam musyawarah
tersebut, Saidina Ali bin Abu Talib dibaiahkan sebagai khalifah yang keempat.
Andaikata Soalan STPM Sejarah (940/2) 2019

Penutup

Pelantikan khalifah-khalifah dalam Khulafa al-Rasyidin berlaku secara demokrasi. Pemilihan


dilakukan oleh umat Islam dalam majlis yang dikenali sebagai Majlis Syura yang ahli-ahlinya
terdiri daripada para sahabat Nabi Muhammad s.a.w. dan ketua-ketua kaum.
Andaikata Soalan STPM Sejarah (940/2) 2019

3. Nilaikan sumbangan Ibn Majid dalam bidang penerokaan

Pendahuluan

Nama penuh beliau ialah Shihab al-Din Ahmad bin majid al-Nadji. Beliau dilahirkan di Julphar
(Oman) dan merupakan pelayar Arab termuka pada abad ke-15 M. Datuk dan bapanya mahir
dalam bidang pelayaran dan menjadi guru ilmu pelayaran serta arif dengan Laut Merah.
Ibn Majid digelar “Singa Laut” kerana kemahirannya berlayar di Lautan Hindi.

Isi-isi Penting:

1. Ibn Majid dianggap tokoh Islam terawal yang menulis tentang ilmu Kelautan.Buku beliau
yang paling ialah al-Fawaid fi usul ilmi al-Baha wa al-Qawaid (kaedah dan faedah ilmu
laut).Buku bertarikh 1490 M.Ini dihasilkan dalam bentuk prosa dan mengandungi 12 bab.

2. Buku in mengandungi teori dan praktikal yang diperlukan oleh pemandu kapal laut di Laut
Merah,dan Lautan China.Beliau telah menulis maklumat tentang kedalaman laut,kawasan
pantai,batu karang,pulau pelabuhan,angin,dan semua data yang diperlukan oleh pemandu kapal.

3.Di dalam buku ini, Ibn Majid menulis tentang permulaan pelayaran, jarum magnet,dan angin
monson yang sesuai bagi melakukan pelayaran mengikut perkiraan orang parsi.

4. Ibn Majid menghasilkan Hawiyat al-ikhtisar fi Usul ‘Ilm Al-Bihar’ berkaitan tanda
hampirnya barat,ilmu bintang,ilmu astronomi.

5. Hasil karya Ibn Majid dalam bidang pelayaran berjumlah 25 buah dan diiktiraf sebagai buku
penting dalam bidang astronomi dan geografi nautika pada Zaman Renaissans dan
sebelumnya.Keadaan ini membuktikan bahawa umat Islam telah mencapai kemajuan tinggi
dalam bidang nautika dan pelayaran sehingga abad ke-15 M.

6. Ibn Majid menjadi jurupandu kepada Vasco da Gama yang belayar dari Malindi (pantai
timur Afrika) hingga ke Kalikat, India. Orang Portugis menggelarnya sebagai Malemo
Canaqua. Dengan bantuannya, ekspedisi tersebut berjaya mengharungi Lautan Hindi dengan
mudah. Namun, semasa pasukan tersebut balik semula ke Malindi tanpa bantuan Ibn Majid,
mereka memerlukan masa berbulan-bulan untuk tiba sehingga mengalami kebuluran

Penutup

Ibn Majid telah memberikan sumbangan yang besar dalam ilmu penjelajahan dan
penerokaan.Sumbangan Ibn Majid dalam ilmu pelayaran telah dimanfaatkan sepenuhnya oleh
masyarakat Barat untuk menjelajah dan meneroka dunia Timur.
Andaikata Soalan STPM Sejarah (940/2) 2019

4. Bincangkan ciri-ciri senibina Islam kerajaan Moghul di India pada abad ke-17 Masihi.

Pendahuluan

Seni bina merupakan salah satu kegiatan seni yang digalakkan oleh agama islam disebabkan sifat
agama islam yang menyukai sesuatu yang indah. Islam bertapak di India sejak abad ke-10 M.
Kerajaan Islam pertama di India diasaskan oleh Sultan Mahmud Ghaznawi (997-1030 M ) yang
berketurunan Turki diikuti Sultan Mahmud Ghori (1175-1206 M). India seterusnya diperintah
oleh kesultanan Delhi (1206-1526 M )
Walaupun terjadinya pertembungan budaya antara Islam dan budaya tradisional India, segala
bentuk budaya tempatan tetap diterima dengan mudah oleh Islam. Maharaja Akbar dan Maharaja
Syah Jahan merupakan pemerintah yang aktif dalam menyumbang kepada perkembangan
kesenian khususnya seni bina Islam di India.

Isi-isi penting

1. Pembinaan istana dan masjid dalam sebuah kompleks

yang mengandungi pelbagai kemudahan. contohnya, kompleks Fatehpur Sikri, iaitu sebuah
Bandar yang didirikan oleh akbar pada pertengahan abad ke-16 M.
kompleks ini mengandungi istana, pentadbiran dan perbendaharaan, bangunan sekolah, kawasan
permainan, masjid, gerbang, tempat persinggahan musafir, dewan, rumah-rumah pekerja,
hospital dan bilik rekod. begitu juga dengan kubu Kota Agra yang mengandungi pelbagai
kemudahan termasuk masjid dan istana.

2. Bahan-bahan binaan untuk membina masjid dan monumen lain menggunakan bahan-
bahan seni bina Hindi

terutamanya bekas pembinaan candi-candi hindu. Misalnya terdapat tiang-tiang masjid yang
dibina msih menunjukkan ukiran-ukiran unsur hindu secara jelas. hal ini terjadi kerana bahan-
bahan binaan yang digunakan diambil daripada peninggalan bangunan-bangunan candi.
contohnya, masjid tertua delhi, masjid qutubbudin. Gapura (pintu gerbang) pada dinding
bahagian depan yang berhadapan dengan dinding yang mengarah ke kiblat masih mempamerkan
ciri-ciri bangunan ala-india.
Dari segi bahan binaan pula, kebanyakannya mahal dan bermutu tinggi. Bumbung, kubah dan
menara Taj Mahal diperbuat daripada marmar putih serta seni mozek yang indah. sebanyak 43
jenis batu permata termasuk berlian, jed, Kristal, topaz dan nilam telah digunakan untuk
menghasilkan bangunan yang diiktiraf salah satu daripada tujuh keajaiban dunia

3. Bentuk-bentuk binaan lebih memperlihatkan penonjolan ciri-ciri tempatan.

Sejak kerajaan Monghul memerintah, seni bina islam di india banyak menerapkan ciri-ciri dan
gaya seni Parsi. selain minat yang mendalam dalam bidang seni,pemerintah-pemerintah monghul
pernah diasuh oleh ahli-ahli seni dari parsi. Maharaja Akbar pernah diasuh oleh dua orang
pelukis terkenal parsi, iaitu mir sayyid ali dan abd al-samad. kedua-dua pelukis ini kemudiannya
dilantik menjadi pelukis istana.
Andaikata Soalan STPM Sejarah (940/2) 2019

4. Seni bina Islam juga mempunyai menara yang tinggi.

menara Qutubminar misalnya mencecah 70 meter tinggi dan terdiri daripada lima tingkat.
selain itu, terdapat empat menara yang mempunyai ketinggian lebih kurang 46 meter menghiasi
setiap penjuru Taj Mahal.

5. Bentuk binaan masjid di India umumnya menyerupai bentuk masjid lapangan


yang dilengkapi dengan Gapura yang dihiasi indah dengan motif-mitif arab.Misalnya Taj Mahal
merupakan bangunan yang didirikan di hujung sebuah taman yang luas dengan pintu masuk
berbentuk lengkung yang menawan.

6. Kebanyakan corak hiasan seni bina Islam di India berunsurkan jambangan bunga atau
geometri

Kebanyakan corak hiasan seni bina Islam di India mencerminkan simbolik antara alam sekitar
dan tanda-tanda keagungan Tuhan yang dibentuk berdasarkan jambangan bunga dan bentuk
geometri.

7. Monumen lain yang terdapat pada kekuasaan kerajaan Moghul ialah kubur atau tempat
pemakaman raja-raja dan kaum kerabatnya.

Bangunan yang didirikan tersebut diturap dengan bahan-bahan merah yang kekal lama.
kebiasaannya bangunan berkenaan dilengkapi dengan menara yang didirikan secara khusus serta
berdiri secara bersendirian, iaitu terpisah dari bangunan yang menjadi induknya.

Penutup

Seni bina di india dipengaruhi oleh seni bina Parsi. Selain Andalusia, india juga sehingga kini
menjadi sebutan kerana meninggalkan kesan yang cukup membanggakan dalam aspek seni bina.
Ini membuktikan bahawa betapa besarnya jiwa dan kemahiran umat Islam pada masa lampau.
Andaikata Soalan STPM Sejarah (940/2) 2019

5. Sejauhmanakah persaingan kuasa-kuasa Barat menjadi sebab utama penjajahan Barat di


wilayah Turki Uthmaniyyah pada abad ke-19 Masihi.

Pendahuluan

Sejak akhir abad ke-15 M, bangsa eropah melancarkan gerakan peluasan kuasa barat secara
besar-besaran melalui bidang perdagangan, kebudayaan, politik, pemindahan dan penempatan
rakyat mereka sendiri di tanah-tanah baharu sehinggakan pada akhir abad ke-20, seluruh dunia
berada di bawah cengkaman pengaruh barat. Bangsa Portugis, Sepanyol, Britain, Belanda dan
Perancis sanggup mengharungi lautan luas belayar dari eropah barat bagi menemui kawasan
baharu dan menakluki kawasan yang dirancang terlebih awal.
Dari segi sejarah, kerajaan Turki Uthmaniyah diasaskan oleh Uthman Ertughrul pada tahun
1280. Kerajaan Turki Uthmaniyah merupakan sebuah empayar Islam terbesar yang memerintah
lebih 600 tahun.

Isi-isi penting

1. Persaingan kuasa-kuasa Barat

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kuasa-kuasa barat seperti Britain, Perancis, Rusia,
Jerman dan Austria-Hungary ingin menguasai wilayah-wilayah yang berada dalam empayar
Turki Uthmaniyah.
Akar umbi ancaman terhadap empayar Turki Uthmaniyah yang kemudiannya membawa
keruntuhan empayar ini berpunca daripada persaingan kuasa-kuasa barat yang berlumba-lumba
ingin memusnahkan kedaulatan empayar Turki Uthmaniyah.
Kuasa-kuasa barat bersaing sengit antara satu sama lain untuk merebut bahagian dan keuntungan
daripada wilayah-wilayah yang dikuasai mereka. Bagi mereka, semakin luas wilayah yang
dikuasai, semakin tinggi sanjungan yang diperolehi kuasa-kuasa barat itu. Keluasan tanah
jajahan juga melambangkan kekuatan dan kekayaan kuasa barat tersebut.
Perancis telah lama berminat untuk menguasai wilayah-wilayah di bawah empayar Turki
Uthmaniyah. Pada tahun 1830, Perancis bertindak menawan Algeria. Kemudian, Tunisia
dikuasai Perancis pada tahun 1881 dengan alasan untuk melindungi Algeria puak kabilah Tunisia
yang menetap di sempadan.
Rusia berperang dengan kerajaan Turki Uthmaniyah pada tahun 1877-1878. Peperangan ini
berpunca daripada keazaman Rusia untuk mendapatkan semula wilayah-wilayahnya yang
terlepas dalam Perang Crimea (1854-1856). Rusia berjaya menewaskan Turki Uthmaniyah
dalam peperangan (1877-1878) ini.
Dalam Perjanjian Berlin (1878), Britain menyokong kerajaan Turki Uthmaniyah. Ketika itu,
kerajaan Turki Uthmaniyah memerlukan sokongan Britain untuk menentang Rusia. Namun
sokongan yang diberi bukanlah percuma. Britain mahukan Cyprus. Hal ini menyebabkan Cyprus
berada di bawah dua kuasa. Dari sudut kedaulatan, Cyprus berada di bawah kerajaan Turki
Uthmaniyah tetapi dari segi kuasa pemerintahan, Britain menguasainya sungguhpun Cyprus
disewa daripada kerajaan Turki Uthmaniyah.
Andaikata Soalan STPM Sejarah (940/2) 2019

Britain kemudiannya menguasai Mesir, Teluk Arab dan membuat perjanjian dengan Syeikh
Mubarak al-Sabah pada tahun 1899 yang antara lain isi perjanjiannya ialah bandar Kuwait atau
sebarang tanah lain tidak boleh disewa kepada kuasa lain tanpa pengetahuan dan kebenaran
Britain. Pihak British juga membuat membuat perjanjian dengan penguasa wilayah di
Hadhramaut, Bahrain dan Muscat (Oman).

2. Revolusi Perindustrian

Kepesatan sektor perindustrian yang berlaku di eropah pada abad ke-18 menyebabkan kuasa-
kuasa barat tidak ada pilihan selain melaksanakan dasar peluasan kuasa bagi memenuhi
kehendak Revolusi Perindustrian. Pada zaman Revolusi Perindustrian, sesebuah negara tidak lagi
bergantung kepada hasil keluaran perindustrian seperti makanan dalam tin, alat-alat elektrik dan
kereta. Perubahan yang berlaku ini merupakan satu transformasi yang memperlihatkan
sesetengah kawasan pertanian menjadi kawasan perindustrian.
Penciptaan jentera atau enjin berkuasa wap merupakan salah satu perkembangan penting dalam
proses perindustrian di peringkat awal. Sejak awal, kilang-kilang besi bergantung kepada
penggunaan kayu arang untuk melebur besi tersebut.
Menjelang abad ke-18, bekalan kayu khususnya di Britain berkurangan. Para usahawan telah
menggunakan arang batu sebagai gantian. Dalam proses penggalian arang batu, timbul masalah
takungan air di dalam lubang yang digali. Masalah ini dapat diatasi apabila Thomas Newcomen
mencipta enjin berkuasa wap pada tahun 1702.
Enjin berkuasa wap digunakan secara meluas di lombong-lombong arang batu. Oleh yang
demikian, arang batu dapat dihasilkan dengan banyak lagi. Rekaan ini menguntungkan
pengusaha besi yang memerlukan banyak arang batu.
Perkembangan Revolusi Perindustrian disemarakkan lagi dengan kemajuan bidang
pengangkutan.sistem pengangkutan bukan sahaja melibatkan pengedaran bahan mentah dan
barangan siap dalam negara tetapi juga menjana urusan eksport dan import.
Penciptaan lokomotif enjin berkuasa oleh George Stephenson pada awal abad ke-19 memberi
kesan yang hebat. Selain itu, sistem pengangkutan di laut dipertingkat iaitu kapal menggunakan
enjin berkuasa wap direka bagi menggantikan kapal layar.
Rekaan kapal laut menggunakan enjin berkuasa wap telah dapat membantu kuasa-kuasa eropah
mengharungi lautan untuk meluaskan kuasa dan mewujudkan pusat perdagangan di seberang
laut. Dengan itu perdagangan dalam negeri dapat diperluas ke serata dunia.
Penggunaan kapal berkuasa wap bukan sahaja membolehkan muatan yang banyak tetapi juga
mempercepat tempoh perjalanan ke sesuatu destinasi dan dapat memberi arahan kepada
pegawai-pegawai mereka dengan lebih cepat dan berkesan di mana-mana wilayah turki
Uthmaniyah.

3. Bahan Mentah Petroleum

Kerajaan Uthmaniyah kaya dengan sumber ekonomi terutamanya petroleum. Keadaan ini
mendorong kuasa-kuasa barat berusaha dengan pelbagai cara untuk mendapatkan hak
keistimewaan mencari gali hasil bumi umat Islam ini walaupun dengan tipu muslihat.
Duta Britain datang sekali lagi meminta kebenaran untuk menggali punca air perigi di wilayah
Syria dan Hijaz kononnya untuk menyelesaikan masalah kekurangan bekalan air di sana. Tujuan
mereka sebenarnya untuk mencari telaga minyak.
Andaikata Soalan STPM Sejarah (940/2) 2019

4. Agama
Oleh kerana empayar Turki Uthmaniyah dipimpin oleh orang Islam, faktor agama turut
mendorong kuasa-kuasa barat menghapuskan empayar Islam ini.
Selain itu, pihak barat juga memperjuangkan modenisme dalam kalangan masyarakat yang
berada di bawah empayar Turki Uthmaniyah. Golongan yang berselindung di sebalik alasan
kajian ilmiah ini telah berusaha untuk membina imej kebaikan dan kemajuan tamadun barat
sambil menyemai kekeliruan dan cuba memburuk-burukkan atau memfitnah Islam sebagai
agama yang mundur, anti-kemajuan dan tidak berperikemanusiaan.

5. Menyebarkan Falsafah dan Pemikiran Barat

Melalui dasar pendidikan dan sistem komunikasi yang diperkenalkan di tanah jajahan masing-
masing, kuasa-kuasa barat berjaya menyebarkan nilai-nilai (falsafah hidup)nbarat ke dalam
masyarakat peribumi yang mereka jajah itu.
British menyemai falsafah hidup di Mesir setelah menguasai Mesir pada tahun 1881. Peranan
British menguasai pemikiran rakayt Mesir menjadi mudah kerana telah dilakukan oleh Napoleon
Bonaparte semasa menakluki Mesir pada tahun 1798. Falsafah Perancis yang menekankan
kedaulatan dan ketaatan kepada negara telah diterapkan kepada golongan elit di Mesir.
Pihak barat memuji sesiapa sahaja yang menerima konsep hidup moden denagn jolokan seperti
orang yang maju, berpengetahuan, progresif dan sebagainya. Hal ini dapat dilihat dengan
tanggapan mereka terhadap tokoh-tokoh sekular (modenis) Turki seperti Mustafa Kamal Ataturk,
Midhat Pasha, Zia Gokalp dan sebagainya.

Penutup :
Tujuan sebenar negara-negara eropah berusaha keras untuk memotong dan mengerat tubuh Turki
Uthmaniyah yang digelar mereka sebagai “Orang Sakit Eropah” adalah untuk membuat bahagian
masing-masing daripada wilayah dan harta empayar Turki Uthmaniyah.
Andaikata Soalan STPM Sejarah (940/2) 2019

6. Kerajaan Turki Uthmaniyyah telah memperkenalkan Tanzimat untuk mengembalikan


zaman kegemilangannya.

Pendahuluan

Dari segi sejarah perkataan tanzimat membawa pengertian satu gerakan pembaharuan atau
reformasi, khususnya yang dilaksanakan oleh kerajaan uthmaniyah antara tahun 1839-1876
Pelaksanaan tanzimat oleh kerajaan uthmaniyah boleh dilihat melalui implementasi piagam hatt-I
sharif gulhane (1839) dan juga piagam hatt- humayun (1856)

Isi-isi penting

a) Dasar Tanzimat

Tanzimat tidak berlaku secara mendadak, sebaliknya merupakan kesinambungan daripada usaha-
usaha pembaharuan yang dilakukan oleh sultan salim III (1789-1807) dan sultan Mahmud II
(1808-183). Namun begitu berbeza pada pembaharuan pada zaman awal yang dilaksanakan
dalam skop yang lebih luas dan meninggalkan kesan yang mendalam pada masyarakat turki
khasnya dan umat islam amnya
Dasar pembaharuan tanzimat bertujuan menyelamatkan kerajaan uthmaniyah daripada
kelemahan sistem pemerintahan dan pentadbiran dan memberi focus kepada masalah rakyat yang
beragama kristian supaya mereka tidak mencari naungan dan perlindungan daripada Negara atau
kuasa luar. Pada era tanzimat tekanan daripada kuasa luar yang berterusan khususnya oleh
Britian merupakan antara factor utama pelaksanaan pembaharuan kerajaan uthmaniyah, sama
ada dari aspek pentadbiran dalaman mahu pun perundangan
Kuasa eropah terbabit amat mengambil berat tentang nasib dan kedudukan golongan minorit
kristian dalam kerajaan uthmaniyah yang selama ini dianggap sebagai masyarakat kelas kedua.
mereka akhirnya Berjaya memperoleh persamaan hak sebagaimana yang dinikmati oleh majority
orang islam. Sultan Mahmud II merasakan pembaharuan yang perlu dilakukan adalah
memodenkan bidang ketenteraan kerajaan uthmaniyah dan menghapuskan tentera janissary.

b) Hatt-I sharif gulhane

Piagam hatt-sharif gulhane yang dilancarkan pada tahun 1839, memberikan hak yang sama
kepada semua warganegara walaupun berlainan agama, menekankan keharmonian masyarakat ,
harta benda dan kehormatan warganegara
Aspek undang-undang seperti meclis-i ahkam-iadliye dinaikkan bidang kuasanya . selain
kodifikasi undang-undang yang berlandaskan syariat islam ,undang-undang sivil yang diambil
dari barat turut dimasukkan
Jaminan yang diberikan dalam piagam ini ialah pertama, keselamatan nyawa, kehormatan dan
harta benda. Seseorang yang dituduh akan diadili mengikut syariat islam dan hukuman tidak
akan dijatuhkan kecuali selepas perbicaraan. Pelanggaran terhadap kehormatan seseorang juga
tidak dibolehkan. Hak milik terhadap harta dijamin dan tiap-tiap orang mempunyai kebebasan
terhadap harta yang dimilikinya
Andaikata Soalan STPM Sejarah (940/2) 2019

c) Hatt-humayun

Diperkenalkan pada tahun 1856. segala jaminan yang ditentukan dalam hatt-I sharif gulhane dan
yang bersesuaian dengan dasar tanzimat disahkan dalam hatt I – humayun. Kandungan hatt-I
humayun mengesahkan segala segala janji yang dibuat melalui hatt-I sharif gulhane.
Sekiranya terdapat sebarang bentuk diskriminasi degan sebab agama, bangsa dan bahasa, ia akan
dihapuskan

Kesimpulan

Tanzimat merujuk kepada era pembaharuan dan reformasi yang dilaksanakan oleh kerajaan
uthmaniyah untuk mengembalikan segala kegemilangannya. Dua dasar penting dalam tanzimat
ialah hatti-I humayun.
Pembahruan yang dilaksanakan menerima pengaruh barat, terutamanya dalam memberikan hak
dan kesaksamaan kepada setiap rakyat kerajaan uthmaniyah.

You might also like