Andaikata Soalan Sejarah Islam STPM

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 16

Andaikata Soalan STPM Sejarah (940/2) 2019

SULIT* 2

Jawab tiga soalan sahaja.

1. Bincangkan pentadbiran pusat & wilayah pada zaman Khulafa’ Rasyidin.

2. Terangkan hubungan diplomatik yang berlaku pada zaman Nabi SAW dan Khulafa al-Rasyidin.

3. Huraikan faktor yang mendorong kepada perkembangan intelektual pada zaman Umaiyyah

4. Nilaikan sumbangan Al-Khawarizmi dalam bidang matematik.

5. Bincangkan faktor yang membawa kepada kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah pada awal abad

ke-20 Masihi.

6. Galurkan penglibatan khalifah Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama.


Andaikata Soalan STPM Sejarah (940/2) 2019

SKEMA JAWAPAN
Andaikata Soalan STPM Sejarah (940/2) 2019

1. Bincangkan pentadbiran pusat & wilayah pada zaman Khulafa’ Rasyidin.

Pendahuluan

Kerajaan khulafah’ al-Rasyidin terbentuk secara rasmi pada tahun 632 apabila Abu Bakar al-
Siddiq dipilih sebagai umat Islam Khalifah yang pertama,malah Kerajaan ini juga diperintah oleh
empat orang sahabatNabi Muhammad s.a.w iaitu Khalifah Abu Bakar al-Siddiq, Khalifah Umar
bin al-Khattab, Khalifah Uthman bin Affan dan Khalifah Ali bin Talib. Dengan ini, gelaran
Khulafa’ al-Rasyidin digunakan kerana mereka akan meneruskan dasar kepimpinan Nabi
Muhammad s.a.w.
Pada zaman Nabi Muhammad s.a.w, Madinah kekal menjadi pusat pemerintahan dan
pentadbiran. Namun,Masjid Nabawi menjadi tumpuan lokasi perbincangan dan penggubalan
dasar pemerintahan dan pentadbiran.

Isi-isi penting:

Pemerintahan dan pentadbiran pusat

1. Khalifah merupakan pemerintah tertinggi dalam kerajaan Islam, namun kekuasaannya


tidak bersifat mutlak tetapi sebaliknya sesuatu dasar yang diputuskan melalui kaedah syura,
iaitu keputusan yang dibuat berdasarkan suara majoriti. Semasa zaman pemerintahan Khalifah
Umar bin al-Khattab, Majlis Syura ditubuhkan secara rasmi dan berfungsi secara formal dan
setiap ahli-ahli atau anggota syura dilantik daripada kalangan para sahabat yang berpengalaman
dan berperanan sebagai badan penasihat khalifah.

2. Selain berperanan sebagai ketua eksekutif dan perundangan, malah khalifah juga
merupakan panglima tertinggi dalam pentadbiran. Pada peringkat pusat, ibu pejabat
baitulmal telah didirikan bagi mengendalikan pentadbiran berkaitan dengan segala sumber
pendapatan dan perbelanjaan negara.Selain itu, loparan kewangan daripada tanah jajahan akan
dihantar melalui gabenor setiap wilayah kepada khalifah setiap tahun.

3. Selain daripada itu, Pemerintahan dan pentadbiran pusat bertanggungjawab


mengendalikan segala bentuk Hal-ewal politik,ekonomi dan sosial kerajaan-kerajaan kecil
(kerajaan wilayah) yang bernaung dibawahnya. Antara, zaman pemerintahan dan kerajaan
pusat ialah Zaman Pemerintahan Khulafa’ al-Rasyidin berpusat di madinah, Bani Umayyah
berpusat di Damsyik, Bani Abbasiyah berpusat diBaghdad, dan akhir sekali zaman pemerintahan
Bani Uthmaniyah yang berpusat di Turki.
Andaikata Soalan STPM Sejarah (940/2) 2019

4. kerajaan pusat merancang dan melaksanakan segala bentuk pemerintahan dan


pentadbiran untuk kemajuan kerajaan wilayah. Pemerintah tertinggi kerajaan pusat ialah
khalifah yang dipilih secara bergilir-gilir mengikut polisi dan kaedah tertentu atau secara
musyawarah. Struktur pemerintahan dan pentadbiran khalifah-khalifah mengikut apa yang telah
dilakukan oleh Nabi Muhammad s.a.w serta berdasarkan al-Quran(wahyu) dan mengikut
sunnah(hadis). Kerajaan pusat bertanggungjawab dalam semua aspek pemerintahan kepada
kerajaan wilayah seperti membekalkan perbelanjaan yang tidak mencukupi, menjaga keamanan,
membawa kemajuan dan kesejahteran dan sebagainya. Malah, kerajaan pusat pula berhak
meminta bantuan kewangan dan ketenteraan daripada kerajaan wilayah.

5. Selain daripada itu, Pemerintah kerajaan wilayah bertanggungjawab untuk membantu


kerajaan pusat dalam semua perkara seperti pungutan cukai, bantuan ketenteraan untuk
menentang musuh, menjaga keselamatan dan sebagainya.Tetapi karajaan wilayah harus
mematuhi segala arahan daripada kerajaan pusat. Dalam pada itu, Kemajuan dan pembangunan
kerajaan wilayah tertakluk kepada peranan pemerintah kerajaan pusat.Tindakan akan dikenakan
ke atas kerajaan wilayah yang tidak mematuhi arahan kerajaan pusat, sebagai contoh, memecat
gabenor dan pegawai kerajaan.

Penutup
Sistem pemerintahan dan pentadbiran pusat dan wilayah telah dipraktikkan pada zaman Khulafa’
al-Rasyidin yang telah dikemaskinikan daipada apa yang pernah diamalkan pada zaman Nabi
Muhammad s.a.w.
Struktur pemerintahan dan pentadbiran pusat dan wilayah kian sistematik apabila khalifah Umar
bin al-Khattab menerajui pemerintahan negara Islam.
Andaikata Soalan STPM Sejarah (940/2) 2019

2. Terangkan hubungan diplomatik yang berlaku pada zaman Nabi SAW dan Khulafa al-
Rasyidin.

Pendahuluan

Negara Islam Madinah terbentuk sebaik sahaja Nabi Muhammad SAW berhijrah berikutan
tentangan daripada kaum Quraisy Makkah dan jemputan daripada penduduk Madinah sendiri,
khususnya kaum Aus dan kaum Khazraj agar menyelesaikan masalah dalaman yang dihadapi
oleh mereka.
Berikutan penubuhan Negara Islam Madinah, Nabi Muhammad SAW berusaha menjalinkan
hubungan dengan negara-negara lain mengantaran utusan diplomatic dan dakwah, baik dalam
atau luar Semenanjung Tanah Arab.

Isi-isi Penting:

1. Hubungan diplomatik terawal yang dijalinkan oleh Nabi Muhammad SAW sebenarnya telah
berlaku sejak baginda di Makkah lagi. Umpamanya, baginda pernah mengarahkan agar orang-
orang islam berhijrah ke Habsyah kerana baginda mendapati Raja Najasyi merupakan pemerinta
yang adil. Baginda merealisasikan hasrat tersebut dengan menghantar Ja’afar bin Abi Talib
mengetuai utusan dan ternyata orang-orang islam telah dilindungi daripada Quraisy Makkah
pada masa tersebut.

2. Kesan daripada peristiwa hijrah, baginda kini menjadi pemimpin tertinggi negara islam.
Sehubungan dengan itu, baginda telah menghantar utusan-utusan sama ada dalam dan luar
Semenanjung Tanah Arab yang secara tidak langsung dapat memperkenalkan dan menyearkan
agama islam di negara-negara berkenaan. Selain itu, baginda juga telah mengirim utusan-utusan
ke negara seperti Bahrain, Oman, Yaman, Mesir, Ghassan, Byzantine dan Parsi bagi menjayakan
misi dakwah dan politik.

3. Nabi Muhammad SAW telah mengutus surat kepada raja-raja dan ketua-ketua negara asing
untuk menyeru mereka memeluk islam. Surat-surat ini dibawa oleh wakil-wakil baginda ke
negar-negara yang bersikap pro islam ataupun anti islam. Antara utusan yang dihantar ialah
Amru bin Umayyah al-Damri ke Habsyah, Dihyah bin Khalifah al-Kalbi ke Byzantine, Abdullah
bin Hudhafah al-Sahmi menemui Kisra (Maharaja Parsi) dan Hatib bin Abi Balta’ah menemui
pemimpin Mesir, iaitu al-Muqawqis. Menurut sejarah, para utusan yang dihantar telah diberi
layanan yang baik oleh ketua-ketua negara dan raja-raja berkenaan. Ini membuktikan utusan
yang dihantar menggunakan cara-cara diplomasi yang sangat halus dan berkesan. Tujuan Nabi
Muhammad SAW menghantar utusan ke luar juga adalah untuk menunjukkan bahawa orang
islam pada ketika itu sudah mempunyai kedudukan yang kukuh dan dihormati.
Andaikata Soalan STPM Sejarah (940/2) 2019

4. Kemuncak kepada wujudnya hubungan diplomatik ialah pada tahun 9 H , iaitu selepas
kejayaan Nabi Muhammad SAW membuka kota Makkah. Tahun ini dikenali sebagai Tahun
Perutusan ( Am al-Wufud) kerana ramaidalam kalangan suku Arab yang dating atau menghantar
utusan kepada baginda untuk memeluk islam atau menyatakan taat setia mereka kepada kerajaan
islam pimpinan baginda.

5. Dasar-dasar Nabi Muhammad SAW ini diteruskan oleh para sahabat pada zaman
Kulafah al-Rasyidindan responnya melalui hubungan diplomatik ada yang menganut agama
islam, sanggup membayarjizyah dan ada juga yang mengamalkan sikap anti islam sebagaimana
Byzentine dan Parsi hingga memaksa negara islam menggunakan senjata untuk
memmpertahankan kedaulatannya

6. Khalifah Abu Bakar al-Siddiq berjaya mempertahankan kerajaan islam di Madinah


daripada ancaman kuasa-kuasa tersebut, iaitu kerajaan Parsi disebelah timur dan kerajaan
Rom Timur atau Byzantine di sebelah barat yang kerap kali mengancam kerajaan islam di
Madinah. Ketika kewafatan rasulullah beliau menghantar Usamah bin Zaid ke Syam untuk
melindungi umat islam daripada ancaman Rom.

7. Perlantikan Khalid bin al-Walid untuk mengetuai 40 ribu tentera oleh Kalifah Abu Bakar al-
Siddiq. Beliauberjaya memimpin angkatan tersebut dalam peperang an Ajnadi pada tahun
13 Hijrah (634 Masihi)menewaskan tentera Byzantine dan menguasai kawasan timur dan
Utara Palestin.kerajaan islam Madinah terus menyebarkan sayap perhubungan dengan
negara-negara luar sama ada secara diplomatik atau penguasaan keatas negara-negara yang
enggan menjalinkan kerjasama.

8. Khalifah Umar bin Al-Khattab menjalinkan hubungan perdamaian dengan kerajaan


Baitulmuqaddis ekoran kebimbangan penduduk Baitulmuqaddis terhadap gereja agung
mereka akan dimusnahkan oleh orang islam. Petempuran tentera islam dalam Perang
Yarmuk menyaksikan tentera islam yang berjumlah 40 000 orang berjaya menumpaskan
tentera Byzantine yang berjumlah 120 000. Kejayaan ini mengakhiri pemerintahan Byzantine
di selatan Asia Kecil.

9. Semasa pemerintahan Khalifah Umar, empayar islam berkembang dengan pesat. Bliau
menawan Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi daripada Empayar Parsi sekaligus
berjaya menamatkan hayat Empayar Parsi. Beliau juga menawan Mesir, Palestin, Syam,
Afrika Utara, dan Armenia daripada Byzantine (Rom Timur).
Andaikata Soalan STPM Sejarah (940/2) 2019

Penutup

hubungan diplomatik amat perlu dijalinkan oleh mana-mana kerajaan kerana secar tidak
langsung rakan diplomatik akan mengiktirafkan negara yang baharu dibentuk ini.
malah melalui hubungan yang dijalinkan ini sumber pendapatan negara kian meningkat
diperoleh daripada sumber zakat, jizyah, ghanimah dan sebagainya.
Andaikata Soalan STPM Sejarah (940/2) 2019

3. Huraikan faktor yang mendorong kepada perkembangan intelektual pada zaman

Umaiyyah

Pendahuluan

Pada zaman pemerintahan Bani Umayyah, terdapat banyak kemajuan yang telah disumbangkan
menjadi tapak tamadun Islam yang telah diasaskan Nabi Muhammad s.a.w dan pemerintahan
Khulafa ar-Rasyidin.
Kemajuan yang telah disumbangkan oleh kerajaan Bani Umayyah termasuklah bidang
pendidikan.

Isi-isi penting :

1. Perkembangan kerajaan Bani Umayyah

Khalifah-khalifah Bani Umayyah melakukan perluasan kuasa untuk meluaskan syiar Islam dan
seterusnya mengembangkan pendidikan Islam Contohnya, khalifah Muawiyah bin Abu Sufyan
(661-681M) telah Berjaya menakluk Rom, Bukharan, Samarkhand, Sind, Kabur, Khyber,
Afghanistan, Tiensan (Siankiang, China) dan Afrika Utara seperti Tripoli.

2. Perkembangan ilmu pengetahuan

Khalifah-khalifah Bani Umayyah memainkan peranan penting dalam perkembangan ilmu


pengetahuan. Mereka sendiri berminat tentang pencarian ilmu pengetahuan. Al-Mas’udi
menyatakan bahawa Khalifah Muawiyah akan membaca sepertiga malam untuk mempelajari
cerita-cerita bangsa Arab, dan peperangan serta cerita-cerita bangsa asing.
Usaha perkembangan ilmu dapat dilihat apabila Khalifah al-Walid menjadikan Bandar Khufah
sebagai pusat perkembangan ilmu. Masjid dan sekolah dibina dengan menekankan pengajaran
ilmu al-Quran, hadis, bahasa, geografi, sains, matematik, perubatan dan sebagainya. Ketika
inilah lahir bebrapa imam terkemuka seperti Imam Abdul Malik di Hijaz dan Imam Hanifa di
Iraq.

3. Perkembangan masyarakat Islam

Perluasan kuasa turut membawa perkembangan masyarakat Islam. Mereka bukan lagi terdiri
daripada orang Arab, tetapi berkembang meliputi bangsa Eropah, India dan China. Oleh itu,
perkembangan ini membawa kepada keperluan pendidikan Islam.
Selain itu, terdapat faktor lain yang turut menyumbang kepada perkembangan pendidikan pada
zaman pemerintahan Bani Umayyah, iaitu :
Andaikata Soalan STPM Sejarah (940/2) 2019

4. Gerakan agama

Memainkan peranan penting dalam menyebarkan ilmu agama.


Berlaku dengan luasnya pada zaman Khalifah Umar bin Abdul Aziz. Para ulama bersemangat
melihat Islam gemilang di persada dunia telah memperkembangkan ilmu keagamaan.

5. Gerakan falsafah

Kemunculan ilmu falsafah sebagai satu bidang ilmu yang banyak menggunakan akal untuk
berhujah. Diwujudkan untuk melawan fahaman Yahudi dan Nasrani yang telah meresap ke
dalam masyarakat pada zaman pemerintahan Bani Umayyah.
Cendikiawan Islam telah menggunakan ilmu falsafah bagi menyampaikan hujah yang lengkap
dan mantap serta bukti yang kukuh.

6. Gerakan sejarah

Perkembangan ini sejajar dengan perkembangan ilmu keagamaan seperti ilmu al-hadis, sejarah
Islam dan lain-lain.
Perkembgan ini penting dalam menyediakanputera-putera khalifah memahami ilmu
ketatanegaraan, sistem pemerintahan dan pentadbiran bagi mentadbir Negara.

Penutup

Kemajuan pendidikan yang dicapai pada zaman Bani Umayyah ialah dari segi penambahan
institusi pendidikan dan perkembangan ilmu sains, ilmu perubatan, ilmu falsafah, ilmu sejarah,
ilmu geografi, ilmu bahasa dan sastera, qira’at (cara-cara membaca al-Quran), ilmu tafsir, hadis
dan lain-lain.
Andaikata Soalan STPM Sejarah (940/2) 2019

4. Nilaikan sumbangan Al-Khawarizmi dalam bidang matematik.

Pendahuluan :

Nama sebenar al-khawarizmi ialah Abu Abd Allah Muhammad Ibn Musa al-khwarizmi . Di
kenali sebagai al-Khwarizmi , al-Cowarizmi , al-Ahawizmi , al-Karismi , al-Goritmi dan al-
Gorismi . Dilahirkan pada tahun 780 M dan meninggal dunia pada tahun 850 M . Beliau juga
merupakan seorang yang berpengetahuan luas dalam bidang falsafah , logik , aritmetik , geometri
, muzik , kejuruteraan , sejarah islam dan kimia .
Beliau juga dinobatkan sebagai Ahli Falak Diraja atas sumbangan dan kajian beliau . Beliau
lebih dikenali sebagai sebagai al-Khwarizmi dalam kalangan ahli sains dan merupakan seorang
yang ahli sains islam yang terulung dalam bidang matematik .

Isi-isi penting :

1. Kepakarannya dalam matematik diiktiraf oleh Khalifah Abbasiyah

Khalifah Harun al-Rashid telah melantik beliau sebagai pakar matematik dan ahli akademi
matematik di Baitul Hikmah .
Beliau dilantik sebagai Pengarah Arkib Buku di perpustakaan istana khalifah oleh khalifah al-
Ma’mun . Malah , Baginda juga sering ke Baitul Hikmah untuk menemui ilmuwan di sana ,
termasuk al-khwarizmi .

2. Memperkenalkan sistem nombor

Menggunakan simbol-simbol tertentu yang mewakili nilai-nilai tertentu


Merupakan orang pertama yang memperkenalkan angka sifar (kosong) dalam ilmu matematik.
Melalui penggunaan angka sifar , akan terbitkan nombor yang mencapai infiniti .

3. Pengenalan sistem angka yang sistematik

Membolehkan operasi pengiraan matematik diperluaskan meliputi operasi kuasa , log , kosinus
dan sebagainya. Malah , membolehkan ilmu sains dan teknologi berkembang dengan lebih pesat
Angka yang diperkenalkan oleh al-Khwarizmi dipinjam oleh bahasa-bahasa Eropah dengan
sebutan CIFRE, CHIFFRE dan ZERO .

4. Pengenalan sistem al-Jabar (Algebra)

Memperkenalkan jurusan aritmetik, iaitu al-Jabar. Melalui kaedah ini , penggunaan simbol yang
mewakili nombor , nilai atau pemboleh ubah membolehkan banyak masalah pengiraan dapat
diselesaikan .
-Buku yang memperkenalkan kaedah aritmetik al-Jabar ini turut diterjemahkan ke bahasa latin
dan menjadi rujukan di university-universiti di Eropah mulai abad ke-12 hingga abad ke-16 M .
Andaikata Soalan STPM Sejarah (940/2) 2019

5. Pengenalan istilah baharu

Istilah-istilah baharu tentang ilmu matematik diperkenalkan dan digunakan sehingga kini ,iaitu
pemboleh ubah , pemboleh ubah kuasa dua dan pemalar.
Dalam kitab tersebut mengandungi bab-bab yang meliputi pelbagai topic seperti pengiraan darab
, campur tolak dan bahagi, persamaan , timbangan dan ukuran , keluasan bulatan dan segi tiga
dan isi padu piramid dn kon .

6. Pengiraan pembahagian harta pusaka

Menghasilkan al-Kitab al-Mukhtasar Fi Hisab al-Jabr wa al-Muqabalah.


Ilmu yang diperkenalkan dapat membantu mengatasi masalah pengiraan yang lebih rumit dan
kompleks yang tidak dihuraikan dalam al-Quran dan hadis dan ianya tidak bertentangan dengan
kedua-duanya .

Penutup :

Sesungguhnya kewibawaan al-Khwarizmi dalam bidang matematik terbukti bukan sahaja beliau
disanjung oleh umat islam , bahkan karyanya telah diguna pakai oleh sarjana-sarjana barat .
Apa yang lebih menarik lagi ialah kepakaran beliau dalam bidang ini turut sama digunakan
dalam kajiannya dalam bidang astronomi dan geografi .
Andaikata Soalan STPM Sejarah (940/2) 2019

5. Bincangkan faktor yang membawa kepada kejatuhan Kerajaan Turki Uthmaniyyah pada

awal abad ke-20 Masihi.

Pendahuluan

Kerjasama antara kerajaan Eropah dengan Rusia untuk menguasai wilayah-wilayah kerajaan
Uthmaniyah dapat dilihat pada zaman kemorosotannya Kelemahan kerajaan Uthmaniyah juga
menyebabkan wujud wilayah-wilayah yg menuntut kuasa autonomi dan kemerdekaan
Austria dan Rusia berminat dengan isu-isu yang berlaku di Balkan dan menguasai pantai
Mediteranean. Britain dan Perancis yg mewakili kuasa Eropah juga turut menyimpan cita-cita
untuk menguasai kawasan tersebut.

Isi-isi Penting:

a) Konflik Uthmaniyah-Eropah

Penglibatan Perancis dan Britain dalam Perang Crimea pada tahhun 1850-an, membuktikan
kebimbangan mereka terhadap pengaruh Rusia. Austria Berjaya menguasai Bosnia dgn sokongan
daripada Rusia. Manakala Serbia pula membentuk pakatan dengan Bulgaria pada 13 Mac 1912
bagi menghalang monopoli olh Austria. Pakatan Greek-Montenegro dan Bulgaria pula
diwujudkan pada 29 Mei 1912.Pada bulan Oktober 1912 , Montenegro menandatangani
perjanjian dgn Serbia dan Bulgaria dan bersedia utk berperang
Bagi pihak kerajaan Uthmaniyah, mereka tepaksa berhadapan dgn percaturan politik daripada
jiran-jirannya di Balkan. Perang Uthmaniyah-Itali memberi kesan kpd wilayah kekusaan
kerajaan Uthmaniyah.sejak bulan Oktober 1909,Itali dan Rusia membuat persepakatan bahawa
Itali akan menguasai Tripoli dan kapal perang Rusia mendapat laluan ke Selat Dardanelles. Pada
29 September 1911,Itali melancarkan perang ke atas kerajaan Uthmaniyah. Perjanjian Lausanne
yg ditandatangani pda 18 Oktober 1912, menyaksikan wilayah Tripoli dan Cyrenaica diserahkan
kepada Itali. Manakala Pulau Dodecanese hanya diserahkan kepada kerajaan Uthmaniyah setelah
keadaan menjadi damai. Itali terus menguasai pulau Dodecanese sehingga Perang Dunia
Pertama.
Peperangan Uthmaniyah-Itali juga membawa kesan kepada wilayah di Semenanjung Balkan spt
Serbia, Bulgaria, Montenegro dan Greek yg berada di bawah kekuasaan kerajaan Uthmaniyah.
Wilayah-wilayah tersebut mengambil peluang membentuk gabungan utk mengadakan
revolusi,menentang kerajaan Uthmaniyah yg kemudiannya membawa kpd konflik peperangan di
Balkan

b) Perang Balkan

Perang Balkan Pertama meletus apabila pasukan tentera Montenegro bergerak masuk ke Utara
Albania dan Novia Pazar pd 8 Oktober 1912. Montenegro menuntut kuasa autonomi ke atas
wilayah Eropah, persempadanan wilayah brdasarkan etnik,melantik gabenor masyarakat
Kristian,majlis pentadbiran daerah,pendidikan secara percuma.
Andaikata Soalan STPM Sejarah (940/2) 2019

Kerajaan Uthmaniyah tidak menerima permohonan tersebut. ini memberi kesan yg hebat kpd
mereka terutama apabila Greek-Montenegro Berjaya menawan Pulau Aegean dan menyekat
laluan ke Anatolia dgn menguasai Rumelia. Bulgaria pula memberi peluang kpd Greek-
Montenegro dan Serbia memasuki Istanbul dan menguasai Macedonia dan Edirne
Siri kedua Perang Balkan ini menyaksikan kekalahan kerajaan Uthmaniyah.Albania mendapat
kemerdekaan dan memberi sokongan pada Itali utk berkuasa di Adriatik. Seruan ke arah
perpaduan dan kesamarataan yg dilaungkan olh pemimpin Turki Muda slps Revolusi 1908.
membawa kesan kpd kerajaan Uthmaniyah
Kerajaan Uthmaniyah bimbang sekiranya berlaku konflik yg besar tlh membuat perjanjian
perdmaian terlebih dahulu dgn Albania pada bln September 1912 dan Itali pada bln Oktober
1912. Itali tdk hanya mndapat wilayah Tripoli dan Cyrenaica,bahkan memanipulasi isu perang di
Balkan utk mndapatkan Pulau Dodecaness
Pentadbiran Turki Muda realitinya tidak bersedia tk berperang walaupun sering menumpaskan
kebangkitan yg berlaku di Balkan. Kebangkitan kali ini amat kuat utk dihadapi olh kerajaan
Uthmaniyah.wilayah-wilayah di Balkan mula bangkit utk menuntut kemerdekaan
Faktor menyebabkan kekalahan kerajaan Uthmaniyah ialah kelemahan pentadbiran Turki Muda
utk menangani kemelut di Balkan dan kelemahan strategi ketenteraan. Perjanjian London yg
ditandatangani pada 30 mei 1913, memaksa kerajaan Uthmaniyah melepaskan Bulgaria, Serbia,
Greek dan Mentenegro.
Peperangan di Balkan dianggap olh kebanyakan umat Islam sebagai Perang Salib yg dilancarkan
oleh masyarakat Kristian Eropah terhadap saudara mereka disana

Kesimpulan

Konflik uthmaniyah- Eropah melibatkan percaturan antara kerajaan Uthmaniyah dan kuasa
Eropah di rantau Balkan yg menuntut kuasa autonomi. Siri perang Balkan menyebabkan
kerajaan Uthmaniyah berusaha untuk mempertahankan wilayah kekuasaanya
Perjanjian London yg ditandatangani pada 1913,memaksa kerajaan Uthmaniyah melepaskan
Bulgaria,Serbia,Greek dan Montenegro berikutan kekalahan dalam perang balkan
Andaikata Soalan STPM Sejarah (940/2) 2019

6. Galurkan penglibatan khalifah Uthmaniyyah dalam Perang Dunia Pertama.

Pendahuluan

Perang dunia Pertama (1914-1918) berlaku di antara dua pihak iaitu Jerman, Austria-Hungary
dan Turki Uthmaniyah yang di kenali sebagai Triple Alliance (Perikatan Tiga Kuasa) dengan
Rusia, Britain serta Perancis yang di kenali sebagai Triple Entente (Pakatan Tiga Kuasa) yang
kemudiannya di sertai Itali pada tahun 1907
Meletus di sebabkan oleh persaingan dalam bidang politik dan ekonomi antara perikatan negara-
negara di Eropah.Pada 28 Jun 1914, pejuang kebangsaan Serbia telah membunuh waris takhta
kerajaan Austria-Hungary, iaitu Archduke Franz Ferdinand di Sarajevo, ibu negeri Serbia.
Peristiwa ini menjadi sebab serta merta meletusnya The Great War atau Perang Dunia Pertama
dan membawa kuasa-kuasa besar di Eropah melibatkan diri dalam kancah Perang Dunia
Pertama.
Semasa meletus Perang Dunia Pertama, Turki Uthmaniyah di perintah oleh Sultan Abdul Hamid
ll. Namun, kuasa sebenar kerajaan Turki Uthmaniyah di pegang oleh tiga serangkai pemimpin
Turki Muda, iaitu Enver Pasha (Menteri Peperangan), Said Halim Pasha (Perdana Menteri) dan
Tal’at Pasha (Menteri Dalam Negeri)

Isi-Isi Penting

Penglibatan Turki Uthmaniyah dalam Perang Dunia Pertama

1. Perebutan dalam kalangan kuasa-kuasa Eropah untuk menguasai Bosnia-Herzegovina,


bekas wilayah Turki Uthmaniyah di Eropah bermula sejak abad ke-19 lagi. kuasa-kuasa
Eropah khususnya Rusia berhasrat untuk menguasai bumi Turki Uthmaniyah.Rusia menghasut
orang Serb di Bosnia-Herzegovina supaya memberontak terhadap pemerintahan Turki
Uthmaniyah.Rusia juga membantu Serbia menentang Turki Uthmaniyah pada tahun 1878.
Dengan bantuan Britain, empayar Turki Uthmaniyah masih bertahan daripada tekanan Rusia.
Namun, apabila Britain mula berbaik dengan Rusia pada tahun 1907 dan sebelum itu Britain
berbaik dengan Perancis pada tahun 1904 menyebabkan keselamatan Turki Uthmaniyah mula
tergugat. Kemudian, ketiga-tiga kuasa Eropah itu berpakat untuk menguasai empayar Turki
Uthmaniah dan meruntuhkan pemerintahan Khalifah Turki. Keruntuhan empayar Turki
Uthmaniyah yang menjadi penaung kepada umat Islam sejagat akan memudahkan kuasa-kuasa
Eropah itu menguasai dunia.

2. Menjelang Perang Dunia Pertama, Turki Uthmaniyah memihak kepada Jerman.


Perbincangan diadakan antara pemimpin Turki Uthmaniyah iaitu Enver Pasha (Menteri
Peperangan) dan Said Halim Pasha(Perdana Menteri) dengan Wangenhaim, iaitu Duta Jerman
dan Pallavicini, duta Austria-Hungary di Istanbul pada 22 Julai 1914. Kedua-dua pemimpin
Turki Uthmaniyah ini menandatangani perjanjian dengan Jerman pada 2 Ogos 1914 dengan
menyatakan persetujuan untuk menyokong Jerman dalam Perang Dunia Petama sekiranya
Jerman memberikan bantuan dalam krisis Austria dan Serbia.Perjanjian ini di hadiri oleh Said
Halim Pasha,Enver Pasha,Tal’at Pasha(Menteri Dalam Negeri) serta Halil Bey(Ketua Parlimen).
Sebab utama Turki Uthmaniyah menyebelahi Jerman adalah kerana bimbang dengan
Andaikata Soalan STPM Sejarah (940/2) 2019

rancangan Rusia yang ingin menguasai wilayah-wilayah Turki Uthmaniyah di kawasan


Balkan. Lagipun Jerman tidak di anggap oleh Turki Uthmaniyah sebagai kuasa imperialis
seperti Britain,Perancis, dan Rusia yang menjajah negara umat Islam.Kaiser Wilhelm ll(Jerman)
menonjolkan imejnya sebagai pembela umat Islam. Kaiser Jerman cuba memujuk orang Islam
bahawa mereka akan membantu perjuangan umat Islam dalam menentang penjajahan di Afrika
Utara dan percubaan kuasa asing menduduki kawasan-kawasan yang masih berada di bawah
penguasaan orang Islam.Dengan bersekutu bersama Jerman dan Austria,Turki Uthmaniyah
berharap empayarnya dapat di pertahankan.

3. Apabila perang meletus antara Jerman dan Britain, dua buah kapal Jerman, iaitu
Goeben danBreslau di serang oleh tentera laut British dari Laut Mediteranean ke Selat
Dardanellas. Enver Pasha membenarkan dua buah kapal tersebut berada di perairan Turki
Uthmaniyah pada 11 Ogos 1914. Bagi melindungi perkara tersebut,dua buah kapal ini di beli
oleh Turki Uthmaniyah yang kemudiannya di daftarkan dengan nama Yavuz Sultan Selim dan
Midili. Admiral Jerman iaitu Wilhelm Souchon turut di pakaikan dengan pakaian seragam
tentera Turki Uthmaniyah. Tindakan Turki Uthmaniyah tersebut menyebabkan Rusia dan
Eropah memprotes kerana tindakan itu mencabar dasar berkecuali. Apabila kapal-kapal
Turki Uthmaniyah menyerang Rusia pada bulan Oktober, Rusia dan sekutunya bertindak
menyerang balas dengan mengisytiharkan perang pada 5 November 1914.Kerajaan Turki
Uthmaniyah kemudiannya mengisytiharkan perang jihad ke atas tiga kuasa besar iaitu
Britain,Rusia dan Perancis. Pengisytiharan perang oleh Britain memaksa Turki mengeluarkan
fatwa yang dikenali sebagai Jihad-i-Ekhbar Fard-I-Aenon pada 11 November 1914. Fatwa
tersebut di tandatangani oleh Sheikh al-Islam, Khayri Effendi.

4. Semasa Perang Dunia Pertama, Enver Pasha selaku Menteri Pertahanan Turki telah
menggunakan slogan Pan-Islamisme (Perpaduan Islam Sejagat) bagi mencabar pihak
Berikat.Namun, strategi ini gagal memperoleh sokongan umat Islam kecuali di Libya dan Mesir.
Mesir dan Libya telah mengupah pasukan tentera asing yang besar bagi membantu tentera Turki
Uthmaniyah. Walau bagaimanapun, penentangan mereka dapat di patahkan oleh Britain. Pada
tahun 1916, sebahagian daripada orang Arab yang di ketuai oleh Sharif Husayn ibn Ali, Gabenor
Turki Uthmaniyah di Makkah telah mengisytiharkan perang terhadap empayar Turki
Uthmaniyah. Sharif Husayn bertindak demikian kerana pihak British berjanji untuk membantu
beliau mendirikan sebuah negara Arab yang merdeka di wilayah Arab yang akan di rampas
daripada Turki Uthmaniyah. Ketika berlakunya peperangan, Britain telah mengadakan rundingan
sulit dengan banyak pihak terutama di Timur Tengah .Sebelum perang meletus,wakil British di
Kaherah telah menghubungi Abdullah,anak kepada Sharif Husayn yang berketurunan Bani
Hasyim.Abdullah menemui Lord Kitchener untuk mengetahui bentuk bantuan yang akan di
berikan oleh Britain sekiranya mereka bangkit memberontak menentang empayar Turki
Uthmaniyah.

5. Pihak berkuasa Turki Uthmaniyah menghubungi Sharif Husayn ibn Ali memaklumkan
pengkhianatan British dan mencadangkan agar memutuskan hubungan dengan kuasa tersebut
dan kembali kepada sistem Khalifah Islam. Namun begitu, Sharif Husayn ibn Ali menghubungi
British memohon penjelasan,malangnya penerangan yang di berikan oleh British agak kabur.
Apabila perang meletus,Sharif Husayn ibn Ali enggan memberikan bantuan kepada Turki
Andaikata Soalan STPM Sejarah (940/2) 2019

Uthmaniyah. Kemudian, Turki Uthmaniyah menyekat kemasukan jemaah haji dan pedagang ke
Hijaz menyebabkan sumber pendapatan Sharif Husayn ibn Ali terjejas.

6. Tekanan daripada Turki Uthmaniyah ini membuatkan Sharif Husayn bergantung


kepada British bagi mendapatkan bekalan makanan. Tiga minggu sebelum Sharif Husayn
merasakan bahawa beliau telah menunaikan tanggugjawabnya dengan memulakan
pemberontakan dalam kalangan orang Arab, pihak British tidak menunaikan janji mereka
sebaliknya telah merancang Perjanjiaan Sykes-Picot(16 Mei 1916). Menurut beberapa perjanjian
sulit yang di buat oleh Kuasa Bersekutu semasa perang, seluruh willayah Turki Uthmaniyah
termasuk wilayah yang di diami oleh bangsa Arab akan di bahagi-bahagikan antara mereka.
Persetujuan Sykes-Picot yang di tandatangani antara British dengan Perancis membahagikan
Timur Tengah kepada zon-zon yang akan di letakkan di bawah pengaruh mereka. Menerusi
persetujuan ini, Perancis mempunyai autorirti di Utara Iraq, Syria dan Lubnan manakala British
di Iraq, Transjordan, Haifa dan Acre. Palestin di letakkan di bawah international
administration.Keputusan yang di buat dalam persetujuan ini turut di bincangkan dengan Rusia
sebagai sekutu dalam perang. Pada peringkat awal, Rusia bersetuju dengan perjanjian ini, namun
menolaknya berikutan tercetusnya Revolusi Bolshevik pada tahun 1917. Rusia kemudiannya
mendedahkan kandunganPerjanjian Sykes-Picot dan beberapa dokumen rahsia lain yang
menimbulkan kemarahan dalam kalangan orang Arab yang mengetahui hal ini.

Penutup
Dengan menghasut gabenor-gabenor Turki Uthmaniyah di kawasan-kawasan tertentu dan
penduduk tempatan yang anti-kerajaan di samping sokongan kuat pihak Berikat menyebabkan
kerajaan Turki Uthmaniyah tewas dalam Perang Dunia Pertama ini.

You might also like