Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

3.

0 METODOLOGI KAJIAN

3.1 PESERTA DAN PROSEDUR

Data untuk kajian ini telah dikumpulkan dalam kalangan pelajar Universiti Malaysia
Terengganu (UMT). Sebelum pengedaran soal selidik dan pengumpulan data daripada
peserta, menerima kebenaran terlebih dahulu daripada Pensyarah SOC3500 STATISTIK
DAN ANALISIS DATA iaitu DR. YULITA, Ph.D Faculty of Business, Economics and
Social Development, Universiti Malaysia Terengganu (UMT). Semua pelajar atau peserta
telah mengambil bahagian dalam kajian ini secara sukarela. Kemudian, pengumpulan data
soal selidik telah dijalankan melalui platform atas talian dimana kami menggunakan ‘Google
Form’ supaya memudahkan kerja peserta dan juga pengkaji. Segala data yang diterima dan
dikumpulkan daripada peserta adalah sulit dan kegunaan untuk kajian ini sahaja.

Selain itu, 173 pelajar atau responden telah melibat secara sukarela dalam kajian ini
atau menjawab soal selidik yang telah diedar melalui platform media sosial. Tetapi secara
keseluruhnya, disebabkan pembersihan data atau kelurkan outlier terdapat 171 responden
akhir sahaja iaitu 80.7% (138 individu) adalah perempuan dan yang selebihnya sebanyak
19.3% (33 individu) adalah lelaki dengan umur mereka didominasi oleh 61.4% (105 individu)
dalam kalangan 22-23 Tahun diikuti dengan 19.3% (33 individu) adalah dalam kalangan 20-
21 Tahun, 15.8% (27 individu) 18-19 Tahun, dan 3.5% (6 individu) 24 Tahun dan Ke Atas.
Di samping itu, tahun pengajian mereka telah didominasi oleh 67.8% adalah pelajar Tahun 2
diikuti oleh 15.8% pelajar Tahun 1, 8.8% pelajar Tahun 3, dan yang selebihnya 7.6% pelajar
dari Tahun 4. Sebilangan pelajar atau responden adalah dari Ijazah Sarjana Muda iaitu 51.5%
(88 individu) diikuti oleh STPM/ Matrikulasi/ Diploma (34.5%), SPM (10.5%), Sarjana
(1.8%) dan lain-lain Pendidikan terakhir (1.8%). Seterusnya, kebanyakan pelajar atau
responden terdiri daripada etnik Melayu (77.2%) diikuti oleh India (11.1%), Lain-lain etnik
(6.4%), dan Cina (5.3%) dan mereka didominasi oleh agama Islam (78.4%) diikuti oleh
agama Hindu (10.5%), agama Kristian (7.0%), dan yang selebihnya agama Buddha (4.1%).

3.2 ALAT PENGUKURAN

Soalan-soalan soal selidik untuk kajian ini terdiri daripada 2 bahagian iaitu Bahagian
A dan Bahagian B. Bahagian A memfokuskan kepada demografi responden yang
merangkumi Jantina, Umur, Tahun pengajian, Pendapatan keluarga, Etnik dan Agama.
Manakala bahagian B merangkumi beberapa instrumen untuk mendapatkan data objektif
utama kajian. Kajian yang melibatkan tingkah laku pemakanan sering mengunakan kaedah
DBEQ yang diperkenalkan oleh Van strien (1986). DBEQ adalah instrumen penilaian
tingkah laku pemakanan yang mempunyai tiga isntrumen penting iaitu emosi (emotional
eating), faktor luaran (external induced eating dan tingkah laku pemakanan (Restrained
eating). Instrumen pertama iaitu emosi merangkumi 13 soalan. Manakala instrumen kedua
iaitu faktor luara merangkumi 10 soalan dan instrumen ketiga iaitu tingkah laku pemakanan
merangkumi 10 soalan. Oleh itu , dalam kajian ini akan mengunakan pendekatan DBEQ
untuk mendapatkan data dalam bahagian B.

3.2 ANALISIS STRATEGI/ ANALISIS DATA

Dalam kajian ini telah menggunakan statistik inferensi iaitu melibatkan membuat
kesimpulan yang tepat dapat daripada analisis statistik yang telah dilakukan dengan
menggunakan statistik deskriptif. Oleh itu, data responden yang diperolehi melalui google
form akan dianalisis mengunakan perisian IBM Statistical Programme and Service Solution
(SPSS) Statistic version 20. Sebelum meneruskan analisis untuk menguji Hipotesis telah
mengikut beberapa hukum dimana pengkaji telah pindahkan semua data iaitu seramai 150
responden daripada Microsoft Excel ke dalam IBM SPSS dan telah membuat pemeriksaan
data. Kemudian telah melakukan ujian normaliti (normality test) untuk memastikan data yang
diperolehi adalah tepat. Selain itu, ujian kebolehpercayaan (reliability) dilakukakan untuk
memastikan bahawa setiap instrumen mempunyai hubungan. Setiap item yang digunakan
juga akan dilakukan pengujian kebolehpercayaan bagi memastikan item-item tersebut
mempunyai hubungan antara satu sama lain. Akhir sekali, kajian ini mengunakan kaedah
analisis Bivariat mengunakan korelasi Pearson dan analisis multivariate regrasi linear.

You might also like