Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 7

KOLEJ TEKNIKAL YAYASAN SABAH

TUGASAN 1 (5%)
SEMESTER 1 SESI 2021/2022
KOD KURSUS : DTE2352

NAMA KURSUS : KAWALAN MOTOR ELEKTRIK

TARIKH EDAR : 13 SEPTEMBER 2021


TARIKH
: 20 SEPTEMBER 2021 (1 MINGGU)
DIHANTAR/TEMPOH
NAMA PENSYARAH : SITI FARIDA BINTI PILLAK

MAKLUMAT PELAJAR:

BIL NAMA NO. MATRIK PROGRAM


1 Mohd Azuan Bin Ali Kys192dte0001 DTE

MARKAH MARKAH PEROLEHAN


KRITERIA PENILAIAN
DIPERUNTUKKAN PELAJAR
MUKA DEPAN 5
ISI KANDUNGAN MENGIKUTI 5
PIAWAIAN ARAS TAKSONOMI
PENGENALAN 10
ISI DAN HURAIAN 50
PENUTUP/KESIMPULAN 10
RUJUKAN 5
FORMAT 10
PATUH MASA HANTAR 5
100
100
JUMLAH MARKAH
5
5
Konsep Asas Kawalan Motor

Sesebuah motor yang beroperasi dengan baik boleh digerakkan dengan laju
atau perlahan, ke hadapan atau ke belakang serta boleh dihentikan iaitu dengan
cara mengadakan sistem kawalan motor. Ianya satu set alat yang boleh memberikan
satu kawalan penuh kepada sesebuah motor untuk berkendali. Malahan jika sebuah
motor arus ulang-alik dapat dihidupkan  dari satu bekalan yang mempunyai voltan
penuh, ianya akan megakibatkan satu pergerakan arus biasa yang tinggi diantara 2
hingga 6 kali ganda daripada kendalian yang biasa. Perkara ini dapat disimpulkan
adalah kerana ianya dibina untuk menerima ketahanan daripada kejutan semasa
proses menghidupkannya . Kehidupan seharian waktu ini banyak mengunakan motor
yang digunakan untuk mengerakkan ataupun memutarkan sesuatu peralatan elektrik
au ataupun at. Sebagai contoh peralatan yang mengunakan motor adalah seperti
berikut ;
I) Kipas Angin
II) Mesin Basuh
III) Mixer cement

Kelajuan dan arah putaran sesuatu motor itu bergantung kepada


penggunaannya kepada sesuatu tempat yang sesuai. Putaran bagi arah yang
berbeza seperti kehadapan dan kebelakang amat diperlukan bagi jentera-jentera
berat seperti kren untuk mengangkat barang sama ada ke depan atau ke belakang. 
Bagi motor yang berukuran besar, ianya tidak boleh dihidupkan secara
membekalkan terus dengan bekalan kerana arus permulaan motor amatlah tinggi.
Oleh yang demikian,motor-motor besar tersebut mestilah dipasangkan dengan alat-
alat kawalan yang sesuai bagi mengelakkan bahaya arus permulaan yang tinggi.
Diantara jenis kawalan yang biasa digunakan ialah, kawalan terus pada talian
(D.O.L.), kawalan mara-songsang,kawalan turutan, kawalan auto pengubah dan
kawalan bintang-delta.
Kawalan Dari Segi Elektrik

Kawalan yang membawa maksud kepada satu larasan ataupun arahan bagi
mesin-mesin elektrik. Apabila disebut mengenai litar kawalan motor elektrik, ianya
akan menjurus kepada satu arahan ataupun tatakerja sesuatu motor ataupun mesin
bagi dihidupkan, dimatikan, kehadapan, kebelakang dan kelajuan yang berbeza
dberikan kepada peranti tersebut. Sesuatu kerja yang diberikan arahan ataupun
kerja seperti berikut, secara tidak rasminya ianya akan dipanggil sebagai alat-alat
kawalan.

Bagi sesebuah kawalan motor ataupun mesin, ianya mempunyai jenis-jenis yang
berbeza mengikut setiap arahan dan kerja yang dilakukan. Ini akan dibahagikan
kepada tiga jenis bahagian kawalan iaitu;

I) Kawalan manual
II) Kawalan Secara Manual-Automatic
III) Kawalan Automatic
Penghidup Motor

Penghidup motor adalah bertujuan untuk mengurangkan dan


menghadkan arus mula kepada satu nilai yang kecil dan selamat.Mengelakkan
motor hidup semula dengan sendiri setelah berlaku gangguan bekalan atau
susutan voltan. Pengendalian motor tersebut dapat dilakukan dengan selamat
dan secara kawalan jauh. Perlindungan motor tersebut adalah lebih berkesan
dengan mengadakan alat alat perlindungan dan alat kawalan didalam sistem
penghidup motor. Terdapat LIMA jenis penghidup motor AC dan DC;
1) Penghidup Talian Terus.
Digunakan untuk motor berukuran dari ½ K.K hingga 3 K.K
( 0.37 KW hingga  2.2 KW ) Biasanya digunakan untuk beban
seperti penghawa dingin, penghembus udara, pemampat udara
dan sebagainya.
2) Penghidup Talian Terus Mara Songsang.
Digunakan untuk motor berukuran dari ½ K.K hingga 3 K.K
( 0.37 KW hingga 2.2 KW ) Biasanya digunakan untuk beban yang
memerlukan kendalian ke depan dan ke belakang  seperti sistem
lif, kren, conveyor dan elevator.
3) Penghidup Bintang Delta.
Digunakan untuk motor 3 fasa sahaja dari 3 KK. Hingga 10
K.K ( 2.2 KW hingga 7.46 KW ) jenis sangrar tupai. Tujuan utama
penghidup ini ialah untuk mengurangkan arus permulaan( 1.3
hingga 2.6 kali ganda arus kendalian ) ketika motor dihidupkan.
4) Penghidup Pengubah Auto.
Penghidup jenis ini digunakan untuk motor dari 10 K.K
hingga 25 K.K (7.46 KW hingga11.19 KW ) jenis sangkar tupai
Penghidup ini digunakan apabila pelarasan daya kilas permulaan
bagi motor tiga fasa yang membawa beban yang berlainan.
5) Penghidup Rintangan Rotor.
Penghidup ini digunakan untuk motor rotor berlilitan tiga
fasa bermula dari 25 K.K dan ke atas. Daya kilas dan arus
permulaan ialah dibawah 2.5 kali ganda..
Kawalan Motor

Sistem kawalan motor terbahagi kepada tiga iaitu Kawalan Manual, Kawalan
Separa Auto dan Kawalan Automatik. Antara ketiga- tiga sistem kawalan ini masing-
masing mempunyai kelebihan dan kekurangan.

1. Kawalan Manual
Kawalan jenis ini biasanya dikendalikan oleh operator pengendali, dimana
pengguna menngunakan kaki dan tangan sebagai hubungan permulaan bagi
mengoperasikan system kawalan. Dalam system kawalan jenis ini tiada penggunaan
geganti beban lampau didgunakan dan hanya digunakan untuk menghidupkan dan
menghentikan kawalan motor yang bersaiz kecil Contohnya mesin gerudi tangan
mesin pencanai dan sebagainya.

2. Kawalan Separa Auto


Kawalan jenis ini pada permulaan untuk mengghidup motor adalah dengan
bantuan operatu iaitu kawalan secara manual. Pada peringkat seterusnya alat-alat
sesentuh elektromagnet akan menyambung fungsi untuk memebekalkan bekalan
bagi menghidup motor.

3. Kawalan Automatic.
Merupakan kawal yang berkendali secara automatic sepenuhnya tanpa
pengawasan pengguna. Kawalan jenis ini banyak digunakan sekarang ini dan
banyak kelebihan serta membantu dalam pengurusan masa dan kerja lebih
sistematik dan teratur.
Pelindung Motor

Perkara-perkara yang perlu dipertimbangkan sewaktu membuat pemilihan


sesuatu jenis kabel, jenis dan kadaran alat perlindungan bagi motor ialah, saiz kabel
itu mampu membawa arus yang diperlukan oleh sesuatu beban tanpa memanaskan
kabel , susut voltan tidak melebihi 4% voltan bekalan,  penebat kabel yang akan
dipilih itu bersesuaian dengan keadaan sekeliling tempat kabel itu hendak dipasang.
Setiap penebat mempunyai suhu  maksimun  yang ia mampu bertahan, misalnya
kabel p.v.k sesuai untuk suhu 0º C hingga 65º C. Suhu yang lebih atau kurang
daripada julat ini  akan menyebabkan kabel p.v.k rosak, dan kabel yang digunakan
tidak mahal bagi menjimatkan perbelanjaan.
Selain itu, Pemeriksaan penglihatan perlu dilakukan untuk mempastikan
bahawa keseluruhan pemasangan itu dijalankan mengikut peraturan-peraturan MS
IEC, ST dan lain-lain peraturan dan mempastikan bahawa tiada kerosakan zahir
pada alat-alat pemasangan atau yang disambung kepadanya. Seterusnya membuat
pengujian yang digunakan untuk dijalankan pengujian ke atas litar motor iaitu,
Jangka Ohm (Ohm meter)/Jangka pelbagai (Multi meter) Digunakan untuk
melakukan pengujian keterusan dan kekutuban, Alat penguij Rintangan Penebatan
( Insulation Resistance Tester) Digunakan untuk melakukan pengujian rintangan
rintangan  penebatan dan Lampu penguji digunakan untuk ujian kekutuban dan
keterusan bagi penghidup dalam keadaan litar hidup.
Rujukan
http://electricaltechnologyblog.blogspot.com/2010/03/kawalan-motor.html
https://latih.hrdcorp.gov.my/course/kursus-kawalan-motor-elektrik-1fasa-3fasa-2/
https://www.slideshare.net/LemonSour/bab-2-fungsi-kawalan-motor

You might also like