Professional Documents
Culture Documents
Skrip Majlis Penyampaian Hadiah PSV 2021
Skrip Majlis Penyampaian Hadiah PSV 2021
Skrip Majlis Penyampaian Hadiah PSV 2021
Rania :
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Pemanis kata selamat datang
Awal Bismillah pembuka bicara
Qistina :
Tetak buluh kajang sepuluh
Laksana dititing kias sebarat
Angkat tangan jari sepuluh
Doa dipohon biar selamat
Hadirin yang dihormati, bagi memberkati majlis pada petang ini, majlis ingin
menjemput saudara Muhammad Afi Izz dari 3 Teguh
untuk bacaan doa.
Marilah sama-sama menadah tangan mengangkat doa agar majlis kita yang ceria
pada petang ini diberkati dan berjalan lancar. Majlis mempersilakan.
Rania :
Amin amin ya rabbal alamin.
Terima kasih atas bacaan doa itu tadi.
Terbang di awan burung jentayu,
Kerana penat gugur ke bumi,
Tampillah tuan kami merayu,
Bersama amanat bekalan kami.
Qistina :
Terima kasih Cikgu Sugimin atas ucapan yang disampaikan.
Bagi memeriahkan majlis pada pagi ini, kami membawakan anda suatu
persembahan yang cukup istimewa. Mempersembahkan kepada anda buat julung
kalinya adik Sahishnu Raul dengan alunan muzik indahnya yg bertajuk
______________________.
Ayuh sama-sama dengarkan.
Seterusnya, majlis sekali lagi menjemput Cikgu Sugimin untuk naik ke pentas bagi
menyampaikan hadiah kepada para peserta yang berjaya meraih kejayaan.
Dijemput adik;
1. Dhiya Iman Arissa binti Md Rizal (3 Teguh)
2. Aniqah Husna binti Yusman (3 Tabah)
3. Nur Dayana Damia binti Khairul Anuwar (1 Tabah) X
4. Affan Fayyad binti Mustafah (4 Tabah)
5. Shaheera Ezzaty binti Saifulnizam (5 Teguh)
6. Fatin Mardhiah binti Nor Akbar (6 Teguh) X
7. Seterusnya, dijemput sekali lagi, adik Dhiya Iman Arissa binti Md Rizal (3
Teguh) naik ke pentas. Beliau telah memenangi tempat ketiga peringkat Daerah
Johor Bahru. Tahniah diucapkan.
Rania:
Hadirin sekalian, jangan gusar jangan bimbang. Giliran anda akan tiba.
Seterusnya, tibalah masa yang dinanti-nantikan semua. Dipersilakan pemenang bagi
Pertandingan Mereka Cipta Poster Digital Merdeka Malaysia Prihatin naik ke
pentas.
Dijemput adik:
1. HARITH HAFIDH BIN RAFIZAN ( 1TEKAD)
2. NUR RIANA ERISSA ( 1 TAKWA)
3. DIAN NUR ADELIA BT AHMAD FARIS (1 TABAH)
4. IRFAN DANIAL (1 TEGUH)
5. ZARIN SOFIA BINTI MUHAMMAD TAUFIQ (2 TEKAD)
6. AMMAR FUDHAIL (2 TAKWA)
7. NURUL AUNI BINTI SHAHRUL AZHAN (2 TEKUN)
8. NURQASEH ZULAIKHA BT MOHAMMAD SHAHRIN (2
TEKAD)
9. DEWI DINARA BINTI MIZEN (2 TAKWA)
10. PUTERI NUR ALIANATASYA BINTI RAZALI (2 TEKAD)
11. MUHAMMAD SYAHRIYAR BIN SYAMSUL BAHARIN (2
TEKAD)
12. KASEH DHIA' KAISARA BINTI ZULKIFLI (3TEGUH)
13. KALIQ ASRAF BIN NOORMAN (3TAKWA)
14. MUHAMMAD KHAIRUL AIMAN BIN MOHD SAIFUDIN
(3TEKUN)
15. NUR AINA ATHIRAH BINTI MD FAUZI (3 TEGUH)
16. MUHAMMAD ANIQ AFIF BIN MOHD IDILL SHAH. 3 TEKAD
Qistina :
Majlis telahpun sampai ke kemuncaknya. Dengan ini, majlis sekali lagi menjemput
Cikgu Sugimin diiringi oleh Cikgu Dahlia selaku Ketua Panitia PSV SKTNP 2021
naik ke pentas utk menyampaikan cenderamata kepada juri yang mengadili
pertandingan serta cenderamata khas kepada tetamu jemputan hari ini. Majlis
mempersilakan.
Rania:
Terima kasih..
Dengan berakhirnya penyampaian hadiah itu tadi, maka selesailah sudah majlis
ringkas kita pada petang ini. Pihak sekolah berharap agar murid-murid SKTNP1
sentiasa positif menyahut cabaran dalam pertandingan yang akan dianjurkan pada
masa akan datang.