Tenggara. Manakala Islam pula sebagai al – Din ialah agama suci yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. 2.0 UNSUR ISLAM DALAM KEBUDAYAAN DAN TAMDUN MELAYU Tamadun melayu telah muncul di Alam Melayu sebelum kedatangan Islam. Begitu juga dengan beberapa kerajaan yang wujud sebelum kedatangan Islam seperti Funan, Angkor selain kerajaan Melayu meritim seperti Langkasuka (Patani) (2-14M), Srivijaya (Palembang) (670- 1025M), Lembah Bujang (Kedah) (abad ke-7M), dan Kuala Selising (Perak) dan Majapahit (1292M). Kerajaan – kerajaan ini menjadi pengasas kepada negara – negara kota, yang membentuk Tamadun Melayu Islam kemudiannya. Hubungan antara Melayu dan Islam terlalu rapat hingga sukar untuk dipisahkan. Malahan, dalam konteks Malaysia, Islam itu sering disinonimkan dengan Melayu, seolah – olah Melayu ialah Islam, Islam ialah Melayu. Sehubungan dengan ini, perlembagaan Persekutuan dalam perkara 160 fasal 2 menjelaskan bahawa “Melayu” itu sebagai “seorang yang menganut agama Islam, lazimnya bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat dan resam Melayu”. Alam Melayu merangkumi wilayah selatan Thailand , selatan Filipina, Malaysia, Indonesia, Brunei, dan Singapura. Kedudukan alam Melayu sebagai satu kawasan yang strategik telah menarik minat pelbagai kuasa besar. Tamadun Melayu telah melalui beberapa fasa perkembangan sejarah iaitu fasa pertama ialah fasa kedatangan dan pertapakan masyarakat yang dikenali sebagai Melayu. Fasa yang kedua ialah fasa orang Melayu menerima pengaruh Hindu – Buddha dalam agama dan kebudayaan. Seterusnya fasa orang Melayu menerima Islam. Fasa seterusnya ialah fasa penjajahan dan akhirnya fasa kewujudan negara merdeka. Kedatangan dan perkembangan Islam telah memberikan impak yang cukup besar kepada alam Melayu sehingga mengubah masyarakatnya menjadi bertamadun. Perubahan ini layak disebut sebagai ‘Melayu Baru’ melibatkan perubahan dalaman dan rupa bentuk luaran. Perubahan ini boleh diistilahkan sebagai perubahan jiwa dan rupa masyarakat Melayu. Perubahan jiwa ini berpunca daripada perubahan dalaman, iaitu daripada kepercayaan animism, hindu – Buddha, dan yang bersifat khayalan kepada kepercayaan akidah tauhid terhadap Tuhan yang selaras dengan akal rasional dan dalil nyata. Perubahan dalaman yang tunduk kepada ajaran Tuhan ini memanifestasikan rupa bentuk luaran, iaitu kepada ajaran Islam. Umpamanya, dari segi makan makanan yang tidak menitik beratkan soal halal dan haram sewaktu pengaruh animisme kepada makan makanan yang halal dan disebut nama Allahsetelah datangnya Islam. Begitulah juga perubahan dalaman telah memberikan rupa luaran kepada masyarakat Melayu dalam aspek ekonomi, politik, social, dan lain – lain. Mengikut kajian, Islam mulai mencapai kuasa politik dan penduduk beramai – ramai memeluk agama Islamppada kurun ke – 13 masehi. Melaka pada ketika itu ketika itu ialah pusat perdagangan yang terpenting di Asia Tenggara juga tidak sunyi daripada dikunjungi oleh pedagang dari negara Islam khususnya pedagang Arab. Catatan sejarah membuktikan bahawa dalam masa yang singkat sahaja kerajaan Melayu dan Jawa- Hindu di seluruh alam Melayu jatuh satu persatu dan diganti oleh kerajaan Islam. Amalan dan fahaman agama sebelumnya dikikis daripada pemikiran dan tingkah laku masyarakat Melayu untuk diganti dengan keimanan dan kesucian Islam. Masyarakat Melayu seterusnya membentuk peribadinya sendiri malahan, corak kebudayaan dan hasil kesusasteraan juga dibersihkan daripada kesan jahiliyah, animisme, Hindu, dan Buddha. Pengaruh agama baru ini boleh dilihat dakam semua aspek kehidupan umat Melayu, sama ada dari segi sosial, politik, ekonomi, kabudayaan dan kesenian. 2.1 ASPEK SOSIAL Sistem sosial Islam mengadungi peraturan dan nilai-nilai murni yang lengkap dan sesuai untuk semua orang pada bila – bila masa. Pengaruh sosial Islam telah mengikis pengaruh sosial Hindu. Namun, semangat daripada ajaran Hindu itu masih ada kesan dan pengaruhnya. Islam menganjurkan hubungan kekeluargaan yang harmoni dan nilai persamaan taraf sesama manusia. Selepas kedatangan pengaruh tamadun Islam, masyarakat Melayu yang dahulunya mengamalkan sistem kasta berdasarkan ajaran Hindu telah menghapuskan sistem tersebut dan menolak perhambaan sesame manusia. Islam mengajar manusia menghayati hidup secara sama rata dan adil. Walaupun Islam telah bertapak di alam Melayu, tetapi masyarakat Melayu tetap mengamalkan adat resam nenek moyang tetapi masih berada dalam landasan Islam. Beberapa upacara rites de passage gabungan unsur agama dan adat diadakan hamper setiap tahap dalam kitaran hidup. Malahan, sebelum seseorang dilahirkan lagi, pelbagai pantang larang diikuti. Ibu yang mengandung malah bapa pun, dikehendaki supaya tidak melakukan sebarang perbuatan keji dan buruk. Dengan berbuat demikian,dibimbangi anak yang bakal dilahirkan sedikit sebanyak akan mewarisi perangai buruk kedua – dua ibu bapanya yang dilakukan semasa ibu mengandung. Semasa dalam kandungan, ibu bapa disarankan melakukan perkara – perkara yang baik termasuk tidak meninggalakan suruhan agama. Sebaik sahaja bayi dilahirkan, bapa atau datuk akan mengazankan jika bayi tersebut lelaki atau mengiqamahkan jika bayi tersebut perempuan. Amalan ini bertujuan untuk memperdengarkan buat pertama kali kepada bayi seruan azan dan kalimah syahadah serta meniupkan roh dan semangat Islam kepada bayi tersebut. Selain itu, beberapa upacara yang diamalkan oleh masyarakat Melayu memperlihatkan pengaruh tamadun Islam khasnya amalan yang melibatkan peringkat kelahiran hingga remaja. Antara upacara tersebut ialah acara mencukur rambut, menjejak tanah, berendoi, membelah mulut, berkhatan, dan berkahatam al – Quran, marhaban, berzanji, dan membaca doa selamat. Hampir semua acara yang disebut diatas disertakan dengan amalan yang memperlihatkan gabungan unsur adat dan Islam. Jelaslah disini bahawa Islam datang di alam melayu bukan sebagai penghapus tetapi memperbaiki elemen dimensi baharu kerana islam tidak membatasi adat selagi tidak bercanggah dengan syriat. 2.2 ASPEK EKONOMI Masyarakat melayu di Nusantara kebanyakannya terdiri daripada petani dan nelayan. Pekerjaan adalah bercucuk tanam dan mencari rezeki di laut. Menurut Zuhaimy Ismail, ekonomi umat Islam di Tanah Melayu sejak dahulu tertumpu dalam bidang pertanian dan perdagangan. Ini terbukti dengan kemajuan sesuatu kawasan penduduk Melayu adalah berteraskan perdagangan dan aktiviti ini terus dimajukan setelah kedatangan Islam. Salah satu cara Islam berkembang adalah melalui perdagangan kerana umat islam yang datang ke tanah melayu adalah terdiri daripada padagang. Oleh itu, perdagangan dan perniagaan dalam kalangan masyarakat melayu bukanlah sesuatu yang asing. Beberapa aspek perubahan yang dibawa oleh Islam di alam melayu ialah baitulmal dibentuk sebagai badan menguruskan kewangan negara. Terbentuknya satu sistem kewangan di bawah pentadbiran yang dinamakan Baitulmal. Badan ini telah menjadi pusat kewangan bagi orang – orang Islam. Semua hasil kutipan sama ada dalam bentuk cukai atau sebagainya disimpan di Baitulmal. Selain itu, islam juga menggalakkan umatnya hidup saling membantu bagi mengelakkan kemelaratan hidup. Islam juga memerintahkan umatnya supaya membayar zakat, menggalakkan sedekah, wakaf dan sebagainya. Semua ini bertujuan untuk menggalakkan orang islam saling menbantu antara satu sama lain. Cara ini akhirnya akan mewujudkan semangat persaudaraan yang lebih erat di kalangan orang Islam. 2.3 ASPEK POLITIK DAN PEMERINTAHAN Kedatangan Islam telah memberi perubahan terhadap sistem politik. Contohnya, agama Islam telah diisytiharkan sebagai agama rasmi di Melaka. Sehubungan itu, beberapa institusi Islam didirikan bagi membantu mengukuhkan sistem pentadbiran berasaskan Islam. Antara institusi yang didirikan adalah Jabatan Agama Islam dan Syariah. Selain itu kitab Undang- undang Laut dan Hukum Kanun Melaka dihasilkan untuk panduan masyarakat. Beberapa jawatan seperti kadi, imam dan sebagainya diwujudkan bagi melaksanakan peraturan- peraturan yang ditetapkan. Setelah Islam datang dan tersebar di seluruh Nusantara, sistem politik dan pentadbiran masyarakat Melayu telah berubah dan dipadankan dengan ajaran Islam. Gelaran raja bertukar kepada sultan dan disamakan dengan khalifah seperti yang diperkenalkan dalam sistem politik Islam. Dengan kedatangan Islam juga, terdapat suatu unsur kekuasaan rakyat dalam menentukan penubuhan sistem beraja. Rakyat boleh mengubah perjanjian jika syarat-syarat dilanggar oleh raja. Keadaan ini bertentangan dengan asas penubuhan yang disarankan oleh Tajus-Salatin dan Bustanus Salatin yang menekankan fardhu bagi penubuhan sistem beraja sebagai kurniaan Tuhan kepada manusia dan merupakan suatu pekerjaan yang hanya dapat ditanggung oleh orang yang terpilih sebagai pewaris kedudukan khalifah. Konsep dewaraja bertukar kepada konsep sultan. Ia merupakan suatu gelaran kepada orang yang diamanahkan mentadbir sesebuah negeri dan pada masa yang sarna berperanan sebagai khalifah Allah SWT di bumi. Kepatuhan dan ketaatan pada sultan adalah kepatuhan yang bersyarat, bukan kepatuhan mutlak seperti konsep dewaraja. Dari segi pentadbiran, kerajaan Melayu Melaka ditadbir oleh seorang sultan yang mempunyai kuasa penuh dalam urusan pentadbiran negara. Sultan juga berperanan sebagai ketua dalam agama Islam dan ketua negara. Sultan juga bertanggungjawab mempastikan pentadbiran dapat dijalankan dengan baik dan berkesan. Buktinya, di zaman pemerintahan Melayu Melaka, kerajaan amat maju dan stabil. Antara langkahlangkah yang diambil untuk menjadikan Melaka makmur, aman dan stabil termasuklah melantik Penghulu Bendahara bagi memastikan kelicinan perbelanjaan negara, pengutipan cukai berjadual, perbelanjaan juga perlu berhemah. Selain itu, Sultan juga melantik bendahara menjadi penasihat utama kepada sultan. Seterusnya melantik Temenggung sebagai Ketua Pasukan Keselamatan. Melantik Laksamana sebagai Ketua Angkatan Tentera. Melantik para pembesar membantu sultan dalam pentadbiran dan yang terakhir melantik Syahbandar menguruskan pentadbiran pelabuhan dan perdagangan asing. Menurut sejarah, Kerajaan Melaka telah menyediakan tapak yang subur bagi perkembangan Islam di Tanah Melayu. Bukti- bukti sejarah menjelaskan bahawa Islam bertapak di Tanah Melayu seawal kurun ke-9M dan selewat-Iewatnya pada kurun ke-15M. Islam telah bertapak di Kelantan, Terengganu dan Kedah sebelum terbentuknya Kerajaan Melaka. Keagungan Melaka mula terserlah apabila ia mengamalkan dasar luar yang pragmatik iaitu dasar berbaik- baik dengan kuasa besar asing pada ketika itu seperti Siam, Majapahit dan China. Dasar ini mampu menstabilkan politik Melaka serta memberi peluang kepada perkembangan ekonomi dan pentadbirannya. 2.4 ASPEK BAHASA DAN KESUSATERAAN Bahasa Melayu telah menerima pengaruh ajaran Islam bermula abad ke-14 Masihi dan berkembang sehingga akhir abad ke-18 Masihi. Pada awal abad ke- 14 kedudukan agama Islam semakin teguh dan penyebarannya semakin meluas di Asia Tenggara. Bukti keteguhan kedudukan agama Islam di daerah ini dapat dilihat daripada kewujudan penggunaan tulisan Jawi oleh orang-orang Melayu ketika itu. Pada era kerajaan Melayu Melaka (1400-1511M) misalnya, bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca bagi lapan puluh empat bahasa yang dituturkan oleh masyarakat Melaka ketika itu. Tahap perkembangan bahasa Melayu daripada bahasa Melayu klasik kepada bahasa yang mempunyai nilai peradaban yang tinggi berlaku pada dua zaman iaitu zaman peralihan (abad ke-19M) dan zaman moden (abad ke-20M). Tulisan Arab mulai diperkenalkan setelah kedatangan Islam. Dari segi bahasa perubahan besar berlaku apabila masyarakat Melayu menyesuaikan perkataan Arab kepada bahasa Melayu. Perubahan ini dipermudahkan setelah tulisan Arab diubahsuai dan dikenali sebagai tulisan Jawi. Melalui sistem tulisan ini bahasa Melayu dapat memainkan peranan lebih penting apabila digunakan untuk menulis kitab-kitab agama, hikayat- hikayat, undang-undang dan pentadbiran. Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa pengantar persuratan dan juga sebagai alat penyebaran dan penyampaian agama Islam di seluruh Alam Melayu. Tulisan jawi telah digunakan oleh bahasa Melayu semasa permulaan kedatangan Islam. Antara faktor yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar penyebaran, penyampaian persuratan Islam di Alam Melayu ialah sifat dalaman bahasa Melayu dan juga peranan yang dimainkan oleh wilayah dan daerah Melayu di Sumatera dan di Semenanjung Tanah Melayu dalam penyebaran agama Islam ke seluruh kepulauan Melayu. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar agama Islam telah menaikkan taraf, kecekapan dan kewibawaannya. Antara sumbangan terbesar Islam kepada masyarakat di Alam Melayu adalah pengaruhnya terhadap perkembangan bahasa Melayu. Sebagai bahasa komunikasi di Tanah Melayu, bahasa Melayu merupakan aspek terawal menerima pengaruh Islam. Pemindahan ilmu berupa ajaran Islam daripada al-Quran dan al-Hadith yang kedua- duanya dalam bahasa Arab berlaku dalam gerakan dakwah secara langsung yang dijalankan oleh pendakwah- pendakwah dari negara Arab, India dan China. Pemindahan ilmu dari bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu telah menyebabkan berlakunya perkembangan keilmuan yang pesat di Alam Melayu. Kedatangan Islam mengangkat martabat bahasa Melayu ke arah mengungkapkan sesuatu yang bersifat ilmiah dan saintifik sehingga mencapai taraf lingua franca yang digunakan secara meluas di Alam Melayu. Terdapat penggunaan kata dari bahasa Arab yang dipinjam dan digunapakai dalam bahasa Melayu. Kedatangan agama Islam juga telah membawa perubahan yang besar terhadap warisan kesusasteraan Melayu. Banyak hasil kesusasteraan Melayu ditulis seperti Hikayat Nabi Muhammad SAW, Hikayat Para Nabi dan Rasul, Hikayat Para Sahabat, Hikayat Para Pahlawan Islam dan Hikayat Ahli-ahli Sufi dan Orang- orang Yang Salih. Manakala puisi terkenal yang dipengaruhi oleh sastera Islam contohnya ialah Syair Perahu, Syair Burung Pingai oleh Hamzah Fansuri dan Syair Makrifat oleh Abdul Rauf Fansuri. Melalui tulisan jawi, agarna Islam telah dapat diperkembangkan. Bahasa dan kesusasteraan Melayu juga berkembang melalui tulisan jawi. Dalam pada itu bahasa Melayu itu telah diperkayakan dengan kata- kata pinjaman serta istilah daripada bahasa Arab. Perkembangan ini dapat dilihat bukan sahaja dalarn kitab serta karya sastera semasa pada zaman selepas itu, malah buku-buku Sejarah juga mempunyai tajuk asal dalam bahasa Arab seperti Sulalatus Salatin, Tuhfat al-Nafis, Bustanus-Salatin dan lain-lain lagi. Kedatangan Islam ke Alam Melayu selain membawa perubahan dari sudut akidah, ia juga membawa perubahan dari sudut kesusasteraan. Kesusasteraan Melayu bukan sahaja mengalami perubahan dari aspek pendokumentasian, malah turut mengalami perubahan dari aspek tema, bentuk, genre malah matlamat sastera itu sendiri. Para sasterawan menghasilkan karya-karya yang sangat luas bidangnya bukan sahaja bercorak fiksyen, tetapi turut meliputi cabang- cabang ilmu fekah, ilmu tasawwur, ilmu kalam, falsafah dan sebagainya. Pelbagai hasil kesusasteraan telah dipengaruhi oleh ajaran Islam yang bertemakan sejarah Islam atau ajaran Islam itu sendiri. Antara contoh sastera prasa ialah Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Bulan Berbelah, Hikayat Nabi Bercukur dan Hikayat Nabi Mikraj. 3.0 KESIMPULAN Islam memberi pengaruh yang besar kepada masyarakat dan tamadun Melayu. Proses penyerapan Islam ini berlaku secara berperingkat-peringkat di kalangan masyarakat Melayu yang bermula daripada golongan istana, pembesar sehinggalah kepada rakyat biasa. Proses Islamisasi ini menjadikan masyarakat Melayu akhirnya dapat menerima ajaran Islam dengan baik. Ini kerana keistimewaan ajaran Islam yang sederhana dan tiada paksaan. Kedatangan Islam bukan sahaja mengubah pegangan hidup masyarakat Melayu, malah telah membentuk cara hidup baru dalam amalan seharian masyarakat. Amalanamalan Islam yang berunsur tahyul dan khurafat telah ditinggalkan secara beransuransur oleh masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu juga telah berubah daripada masyarakat yang buta huruf kepada masyarakat yang mengamalkan tradisi keilmuan. Contohnya galakan daripada golongan pemerintah telah menjadikan Melaka suatu ketika dulu sebagai pusat pembudayaan ilmu. Dengan berlakunya penyebaran agama Islam ini agama Islam dijadikan sebagai teras dalam pembinaan tradisi budaya Melayu. Orang-orang Melayu yang menganut agama Islam menyedari dan memahami nilai-nilai yang telah ditetapkan oleh Islam dan berusaha menyesuaikan warisan tradisi budaya dan kehendak- kehendak Islam. Mereka menekankan usaha memupuk nilai-nilai Islam sebagaimana yang dikehendaki dari satu generasi kepada generasi seterusnya. Malah, institusi-institusi sosial dan agama dalam masyarakat memainkan peranan penting dalam usaha memupuk dan mempertahankan nilai-nilai sosial dan agama yang mereka bina. BIBILIOGRAFI Ahmad Faris ABD Jalal, Tulisan Jawi, Sejarah, Seni dan Warisan, Lembaga Muzium Negeri Pahang, 2005 Chew Hong Peng, Bahasa Melayu Titian Ilmu Jilid 2, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian (Kementerian Perpaduan Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia), 2008. Ghazali Darusalam, Sumbangan Sarjana dalam Tamadun Islam, UTUSAN PUBLICATION & DISTRIBUTORS SDN BHD, 2001. Mohd Fadzil bin Tajuid, Salasiah bt Zainuddin, Norashikin bt Khasim, Ruslan bin Abdull Raffar, Yahya bin Abu Bakar, KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT, DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, 2008. Prof. Dr. H. Boedi Abdullah, Peradaban Pemikiran Ekonomi Islam, PUSTAKA SETIA Bandung, 2010. Zulkiflee Haron, Ramli Awang, Mohd Nasir Ripin, Siti Norlina Muhamad, Farahwahida Mohd Yusof, Tamadun Islam dan Tamadun Asia, UTM PRESS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, 2011
Melayu, Kepulauan Melayu,
Nusantara ataupun Asia Tenggara. Manakala Islam pula sebagai al – Din ialah agama suci yang dibawa oleh Nabi Muhammad S.A.W. 2.0 UNSUR ISLAM DALAM KEBUDAYAAN DAN TAMDUN MELAYU Tamadun melayu telah muncul di Alam Melayu sebelum kedatangan Islam. Begitu juga dengan beberapa kerajaan yang wujud sebelum kedatangan Islam seperti Funan, Angkor selain kerajaan Melayu meritim seperti Langkasuka (Patani) (2-14M), Srivijaya (Palembang) (670- 1025M), Lembah Bujang (Kedah) (abad ke-7M), dan Kuala Selising (Perak) dan Majapahit (1292M). Kerajaan – kerajaan ini menjadi pengasas kepada negara – negara kota, yang membentuk Tamadun Melayu Islam kemudiannya. Hubungan antara Melayu dan Islam terlalu rapat hingga sukar untuk dipisahkan. Malahan, dalam konteks Malaysia, Islam itu sering disinonimkan dengan Melayu, seolah – olah Melayu ialah Islam, Islam ialah Melayu. Sehubungan dengan ini, perlembagaan Persekutuan dalam perkara 160 fasal 2 menjelaskan bahawa “Melayu” itu sebagai “seorang yang menganut agama Islam, lazimnya bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat dan resam Melayu”. Alam Melayu merangkumi wilayah selatan Thailand , selatan Filipina, Malaysia, Indonesia, Brunei, dan Singapura. Kedudukan alam Melayu sebagai satu kawasan yang strategik telah menarik minat pelbagai kuasa besar. Tamadun Melayu telah melalui beberapa fasa perkembangan sejarah iaitu fasa pertama ialah fasa kedatangan dan pertapakan masyarakat yang dikenali sebagai Melayu. Fasa yang kedua ialah fasa orang Melayu menerima pengaruh Hindu – Buddha dalam agama dan kebudayaan. Seterusnya fasa orang Melayu menerima Islam. Fasa seterusnya ialah fasa penjajahan dan akhirnya fasa kewujudan negara merdeka. Kedatangan dan perkembangan Islam telah memberikan impak yang cukup besar kepada alam Melayu sehingga mengubah masyarakatnya menjadi bertamadun. Perubahan ini layak disebut sebagai ‘Melayu Baru’ melibatkan perubahan dalaman dan rupa bentuk luaran. Perubahan ini boleh diistilahkan sebagai perubahan jiwa dan rupa masyarakat Melayu. Perubahan jiwa ini berpunca daripada perubahan dalaman, iaitu daripada kepercayaan animism, hindu – Buddha, dan yang bersifat khayalan kepada kepercayaan akidah tauhid terhadap Tuhan yang selaras dengan akal rasional dan dalil nyata. Perubahan dalaman yang tunduk kepada ajaran Tuhan ini memanifestasikan rupa bentuk luaran, iaitu kepada ajaran Islam. Umpamanya, dari segi makan makanan yang tidak menitik beratkan soal halal dan haram sewaktu pengaruh animisme kepada makan makanan yang halal dan disebut nama Allahsetelah datangnya Islam. Begitulah juga perubahan dalaman telah memberikan rupa luaran kepada masyarakat Melayu dalam aspek ekonomi, politik, social, dan lain – lain. Mengikut kajian, Islam mulai mencapai kuasa politik dan penduduk beramai – ramai memeluk agama Islamppada kurun ke – 13 masehi. Melaka pada ketika itu ketika itu ialah pusat perdagangan yang terpenting di Asia Tenggara juga tidak sunyi daripada dikunjungi oleh pedagang dari negara Islam khususnya pedagang Arab. Catatan sejarah membuktikan bahawa dalam masa yang singkat sahaja kerajaan Melayu dan Jawa- Hindu di seluruh alam Melayu jatuh satu persatu dan diganti oleh kerajaan Islam. Amalan dan fahaman agama sebelumnya dikikis daripada pemikiran dan tingkah laku masyarakat Melayu untuk diganti dengan keimanan dan kesucian Islam. Masyarakat Melayu seterusnya membentuk peribadinya sendiri malahan, corak kebudayaan dan hasil kesusasteraan juga dibersihkan daripada kesan jahiliyah, animisme, Hindu, dan Buddha. Pengaruh agama baru ini boleh dilihat dakam semua aspek kehidupan umat Melayu, sama ada dari segi sosial, politik, ekonomi, kabudayaan dan kesenian. 2.1 ASPEK SOSIAL Sistem sosial Islam mengadungi peraturan dan nilai-nilai murni yang lengkap dan sesuai untuk semua orang pada bila – bila masa. Pengaruh sosial Islam telah mengikis pengaruh sosial Hindu. Namun, semangat daripada ajaran Hindu itu masih ada kesan dan pengaruhnya. Islam menganjurkan hubungan kekeluargaan yang harmoni dan nilai persamaan taraf sesama manusia. Selepas kedatangan pengaruh tamadun Islam, masyarakat Melayu yang dahulunya mengamalkan sistem kasta berdasarkan ajaran Hindu telah menghapuskan sistem tersebut dan menolak perhambaan sesame manusia. Islam mengajar manusia menghayati hidup secara sama rata dan adil. Walaupun Islam telah bertapak di alam Melayu, tetapi masyarakat Melayu tetap mengamalkan adat resam nenek moyang tetapi masih berada dalam landasan Islam. Beberapa upacara rites de passage gabungan unsur agama dan adat diadakan hamper setiap tahap dalam kitaran hidup. Malahan, sebelum seseorang dilahirkan lagi, pelbagai pantang larang diikuti. Ibu yang mengandung malah bapa pun, dikehendaki supaya tidak melakukan sebarang perbuatan keji dan buruk. Dengan berbuat demikian,dibimbangi anak yang bakal dilahirkan sedikit sebanyak akan mewarisi perangai buruk kedua – dua ibu bapanya yang dilakukan semasa ibu mengandung. Semasa dalam kandungan, ibu bapa disarankan melakukan perkara – perkara yang baik termasuk tidak meninggalakan suruhan agama. Sebaik sahaja bayi dilahirkan, bapa atau datuk akan mengazankan jika bayi tersebut lelaki atau mengiqamahkan jika bayi tersebut perempuan. Amalan ini bertujuan untuk memperdengarkan buat pertama kali kepada bayi seruan azan dan kalimah syahadah serta meniupkan roh dan semangat Islam kepada bayi tersebut. Selain itu, beberapa upacara yang diamalkan oleh masyarakat Melayu memperlihatkan pengaruh tamadun Islam khasnya amalan yang melibatkan peringkat kelahiran hingga remaja. Antara upacara tersebut ialah acara mencukur rambut, menjejak tanah, berendoi, membelah mulut, berkhatan, dan berkahatam al – Quran, marhaban, berzanji, dan membaca doa selamat. Hampir semua acara yang disebut diatas disertakan dengan amalan yang memperlihatkan gabungan unsur adat dan Islam. Jelaslah disini bahawa Islam datang di alam melayu bukan sebagai penghapus tetapi memperbaiki elemen dimensi baharu kerana islam tidak membatasi adat selagi tidak bercanggah dengan syriat. 2.2 ASPEK EKONOMI Masyarakat melayu di Nusantara kebanyakannya terdiri daripada petani dan nelayan. Pekerjaan adalah bercucuk tanam dan mencari rezeki di laut. Menurut Zuhaimy Ismail, ekonomi umat Islam di Tanah Melayu sejak dahulu tertumpu dalam bidang pertanian dan perdagangan. Ini terbukti dengan kemajuan sesuatu kawasan penduduk Melayu adalah berteraskan perdagangan dan aktiviti ini terus dimajukan setelah kedatangan Islam. Salah satu cara Islam berkembang adalah melalui perdagangan kerana umat islam yang datang ke tanah melayu adalah terdiri daripada padagang. Oleh itu, perdagangan dan perniagaan dalam kalangan masyarakat melayu bukanlah sesuatu yang asing. Beberapa aspek perubahan yang dibawa oleh Islam di alam melayu ialah baitulmal dibentuk sebagai badan menguruskan kewangan negara. Terbentuknya satu sistem kewangan di bawah pentadbiran yang dinamakan Baitulmal. Badan ini telah menjadi pusat kewangan bagi orang – orang Islam. Semua hasil kutipan sama ada dalam bentuk cukai atau sebagainya disimpan di Baitulmal. Selain itu, islam juga menggalakkan umatnya hidup saling membantu bagi mengelakkan kemelaratan hidup. Islam juga memerintahkan umatnya supaya membayar zakat, menggalakkan sedekah, wakaf dan sebagainya. Semua ini bertujuan untuk menggalakkan orang islam saling menbantu antara satu sama lain. Cara ini akhirnya akan mewujudkan semangat persaudaraan yang lebih erat di kalangan orang Islam. 2.3 ASPEK POLITIK DAN PEMERINTAHAN Kedatangan Islam telah memberi perubahan terhadap sistem politik. Contohnya, agama Islam telah diisytiharkan sebagai agama rasmi di Melaka. Sehubungan itu, beberapa institusi Islam didirikan bagi membantu mengukuhkan sistem pentadbiran berasaskan Islam. Antara institusi yang didirikan adalah Jabatan Agama Islam dan Syariah. Selain itu kitab Undang- undang Laut dan Hukum Kanun Melaka dihasilkan untuk panduan masyarakat. Beberapa jawatan seperti kadi, imam dan sebagainya diwujudkan bagi melaksanakan peraturan- peraturan yang ditetapkan. Setelah Islam datang dan tersebar di seluruh Nusantara, sistem politik dan pentadbiran masyarakat Melayu telah berubah dan dipadankan dengan ajaran Islam. Gelaran raja bertukar kepada sultan dan disamakan dengan khalifah seperti yang diperkenalkan dalam sistem politik Islam. Dengan kedatangan Islam juga, terdapat suatu unsur kekuasaan rakyat dalam menentukan penubuhan sistem beraja. Rakyat boleh mengubah perjanjian jika syarat-syarat dilanggar oleh raja. Keadaan ini bertentangan dengan asas penubuhan yang disarankan oleh Tajus-Salatin dan Bustanus Salatin yang menekankan fardhu bagi penubuhan sistem beraja sebagai kurniaan Tuhan kepada manusia dan merupakan suatu pekerjaan yang hanya dapat ditanggung oleh orang yang terpilih sebagai pewaris kedudukan khalifah. Konsep dewaraja bertukar kepada konsep sultan. Ia merupakan suatu gelaran kepada orang yang diamanahkan mentadbir sesebuah negeri dan pada masa yang sarna berperanan sebagai khalifah Allah SWT di bumi. Kepatuhan dan ketaatan pada sultan adalah kepatuhan yang bersyarat, bukan kepatuhan mutlak seperti konsep dewaraja. Dari segi pentadbiran, kerajaan Melayu Melaka ditadbir oleh seorang sultan yang mempunyai kuasa penuh dalam urusan pentadbiran negara. Sultan juga berperanan sebagai ketua dalam agama Islam dan ketua negara. Sultan juga bertanggungjawab mempastikan pentadbiran dapat dijalankan dengan baik dan berkesan. Buktinya, di zaman pemerintahan Melayu Melaka, kerajaan amat maju dan stabil. Antara langkahlangkah yang diambil untuk menjadikan Melaka makmur, aman dan stabil termasuklah melantik Penghulu Bendahara bagi memastikan kelicinan perbelanjaan negara, pengutipan cukai berjadual, perbelanjaan juga perlu berhemah. Selain itu, Sultan juga melantik bendahara menjadi penasihat utama kepada sultan. Seterusnya melantik Temenggung sebagai Ketua Pasukan Keselamatan. Melantik Laksamana sebagai Ketua Angkatan Tentera. Melantik para pembesar membantu sultan dalam pentadbiran dan yang terakhir melantik Syahbandar menguruskan pentadbiran pelabuhan dan perdagangan asing. Menurut sejarah, Kerajaan Melaka telah menyediakan tapak yang subur bagi perkembangan Islam di Tanah Melayu. Bukti- bukti sejarah menjelaskan bahawa Islam bertapak di Tanah Melayu seawal kurun ke-9M dan selewat-Iewatnya pada kurun ke-15M. Islam telah bertapak di Kelantan, Terengganu dan Kedah sebelum terbentuknya Kerajaan Melaka. Keagungan Melaka mula terserlah apabila ia mengamalkan dasar luar yang pragmatik iaitu dasar berbaik- baik dengan kuasa besar asing pada ketika itu seperti Siam, Majapahit dan China. Dasar ini mampu menstabilkan politik Melaka serta memberi peluang kepada perkembangan ekonomi dan pentadbirannya. 2.4 ASPEK BAHASA DAN KESUSATERAAN Bahasa Melayu telah menerima pengaruh ajaran Islam bermula abad ke-14 Masihi dan berkembang sehingga akhir abad ke-18 Masihi. Pada awal abad ke- 14 kedudukan agama Islam semakin teguh dan penyebarannya semakin meluas di Asia Tenggara. Bukti keteguhan kedudukan agama Islam di daerah ini dapat dilihat daripada kewujudan penggunaan tulisan Jawi oleh orang-orang Melayu ketika itu. Pada era kerajaan Melayu Melaka (1400-1511M) misalnya, bahasa Melayu menjadi bahasa lingua franca bagi lapan puluh empat bahasa yang dituturkan oleh masyarakat Melaka ketika itu. Tahap perkembangan bahasa Melayu daripada bahasa Melayu klasik kepada bahasa yang mempunyai nilai peradaban yang tinggi berlaku pada dua zaman iaitu zaman peralihan (abad ke-19M) dan zaman moden (abad ke-20M). Tulisan Arab mulai diperkenalkan setelah kedatangan Islam. Dari segi bahasa perubahan besar berlaku apabila masyarakat Melayu menyesuaikan perkataan Arab kepada bahasa Melayu. Perubahan ini dipermudahkan setelah tulisan Arab diubahsuai dan dikenali sebagai tulisan Jawi. Melalui sistem tulisan ini bahasa Melayu dapat memainkan peranan lebih penting apabila digunakan untuk menulis kitab-kitab agama, hikayat- hikayat, undang-undang dan pentadbiran. Bahasa Melayu telah dipilih sebagai bahasa pengantar persuratan dan juga sebagai alat penyebaran dan penyampaian agama Islam di seluruh Alam Melayu. Tulisan jawi telah digunakan oleh bahasa Melayu semasa permulaan kedatangan Islam. Antara faktor yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar penyebaran, penyampaian persuratan Islam di Alam Melayu ialah sifat dalaman bahasa Melayu dan juga peranan yang dimainkan oleh wilayah dan daerah Melayu di Sumatera dan di Semenanjung Tanah Melayu dalam penyebaran agama Islam ke seluruh kepulauan Melayu. Penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar agama Islam telah menaikkan taraf, kecekapan dan kewibawaannya. Antara sumbangan terbesar Islam kepada masyarakat di Alam Melayu adalah pengaruhnya terhadap perkembangan bahasa Melayu. Sebagai bahasa komunikasi di Tanah Melayu, bahasa Melayu merupakan aspek terawal menerima pengaruh Islam. Pemindahan ilmu berupa ajaran Islam daripada al-Quran dan al-Hadith yang kedua- duanya dalam bahasa Arab berlaku dalam gerakan dakwah secara langsung yang dijalankan oleh pendakwah- pendakwah dari negara Arab, India dan China. Pemindahan ilmu dari bahasa Arab ke dalam bahasa Melayu telah menyebabkan berlakunya perkembangan keilmuan yang pesat di Alam Melayu. Kedatangan Islam mengangkat martabat bahasa Melayu ke arah mengungkapkan sesuatu yang bersifat ilmiah dan saintifik sehingga mencapai taraf lingua franca yang digunakan secara meluas di Alam Melayu. Terdapat penggunaan kata dari bahasa Arab yang dipinjam dan digunapakai dalam bahasa Melayu. Kedatangan agama Islam juga telah membawa perubahan yang besar terhadap warisan kesusasteraan Melayu. Banyak hasil kesusasteraan Melayu ditulis seperti Hikayat Nabi Muhammad SAW, Hikayat Para Nabi dan Rasul, Hikayat Para Sahabat, Hikayat Para Pahlawan Islam dan Hikayat Ahli-ahli Sufi dan Orang- orang Yang Salih. Manakala puisi terkenal yang dipengaruhi oleh sastera Islam contohnya ialah Syair Perahu, Syair Burung Pingai oleh Hamzah Fansuri dan Syair Makrifat oleh Abdul Rauf Fansuri. Melalui tulisan jawi, agarna Islam telah dapat diperkembangkan. Bahasa dan kesusasteraan Melayu juga berkembang melalui tulisan jawi. Dalam pada itu bahasa Melayu itu telah diperkayakan dengan kata- kata pinjaman serta istilah daripada bahasa Arab. Perkembangan ini dapat dilihat bukan sahaja dalarn kitab serta karya sastera semasa pada zaman selepas itu, malah buku-buku Sejarah juga mempunyai tajuk asal dalam bahasa Arab seperti Sulalatus Salatin, Tuhfat al-Nafis, Bustanus-Salatin dan lain-lain lagi. Kedatangan Islam ke Alam Melayu selain membawa perubahan dari sudut akidah, ia juga membawa perubahan dari sudut kesusasteraan. Kesusasteraan Melayu bukan sahaja mengalami perubahan dari aspek pendokumentasian, malah turut mengalami perubahan dari aspek tema, bentuk, genre malah matlamat sastera itu sendiri. Para sasterawan menghasilkan karya-karya yang sangat luas bidangnya bukan sahaja bercorak fiksyen, tetapi turut meliputi cabang- cabang ilmu fekah, ilmu tasawwur, ilmu kalam, falsafah dan sebagainya. Pelbagai hasil kesusasteraan telah dipengaruhi oleh ajaran Islam yang bertemakan sejarah Islam atau ajaran Islam itu sendiri. Antara contoh sastera prasa ialah Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Bulan Berbelah, Hikayat Nabi Bercukur dan Hikayat Nabi Mikraj. 3.0 KESIMPULAN Islam memberi pengaruh yang besar kepada masyarakat dan tamadun Melayu. Proses penyerapan Islam ini berlaku secara berperingkat-peringkat di kalangan masyarakat Melayu yang bermula daripada golongan istana, pembesar sehinggalah kepada rakyat biasa. Proses Islamisasi ini menjadikan masyarakat Melayu akhirnya dapat menerima ajaran Islam dengan baik. Ini kerana keistimewaan ajaran Islam yang sederhana dan tiada paksaan. Kedatangan Islam bukan sahaja mengubah pegangan hidup masyarakat Melayu, malah telah membentuk cara hidup baru dalam amalan seharian masyarakat. Amalanamalan Islam yang berunsur tahyul dan khurafat telah ditinggalkan secara beransuransur oleh masyarakat Melayu. Masyarakat Melayu juga telah berubah daripada masyarakat yang buta huruf kepada masyarakat yang mengamalkan tradisi keilmuan. Contohnya galakan daripada golongan pemerintah telah menjadikan Melaka suatu ketika dulu sebagai pusat pembudayaan ilmu. Dengan berlakunya penyebaran agama Islam ini agama Islam dijadikan sebagai teras dalam pembinaan tradisi budaya Melayu. Orang-orang Melayu yang menganut agama Islam menyedari dan memahami nilai-nilai yang telah ditetapkan oleh Islam dan berusaha menyesuaikan warisan tradisi budaya dan kehendak- kehendak Islam. Mereka menekankan usaha memupuk nilai-nilai Islam sebagaimana yang dikehendaki dari satu generasi kepada generasi seterusnya. Malah, institusi-institusi sosial dan agama dalam masyarakat memainkan peranan penting dalam usaha memupuk dan mempertahankan nilai-nilai sosial dan agama yang mereka bina. BIBILIOGRAFI Ahmad Faris ABD Jalal, Tulisan Jawi, Sejarah, Seni dan Warisan, Lembaga Muzium Negeri Pahang, 2005 Chew Hong Peng, Bahasa Melayu Titian Ilmu Jilid 2, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian (Kementerian Perpaduan Kebudayaan Kesenian dan Warisan Malaysia), 2008. Ghazali Darusalam, Sumbangan Sarjana dalam Tamadun Islam, UTUSAN PUBLICATION & DISTRIBUTORS SDN BHD, 2001. Mohd Fadzil bin Tajuid, Salasiah bt Zainuddin, Norashikin bt Khasim, Ruslan bin Abdull Raffar, Yahya bin Abu Bakar, KAMUS DEWAN EDISI KEEMPAT, DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA, 2008. Prof. Dr. H. Boedi Abdullah, Peradaban Pemikiran Ekonomi Islam, PUSTAKA SETIA Bandung, 2010. Zulkiflee Haron, Ramli Awang, Mohd Nasir Ripin, Siti Norlina Muhamad, Farahwahida Mohd Yusof, Tamadun Islam dan Tamadun Asia, UTM PRESS UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, 2011