Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

AL-QURAN

FIRMAN Allah SWT: "Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal yang baik) untuk
mendapat keampunan daripada Tuhan kamu, dan mendapat syurga yang bidangnya
seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang beriman kepada
Allah dan Rasul-rasul-Nya; yang demikian ialah limpah kurnia Allah, diberikan-Nya
kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah sememangnya mempunyai limpah
kurnia yang besar." (Surah Al-Hadid, ayat 21)

Allah SWT membawa satu pendekatan motivasi dan semangat kepada hamba-Nya
iaitu pendekatan berlumba-lumba untuk mengerjakan amalan kebaikan bagi
mendapat keampunan dan balasan syurga.

Sunnah
Rasulullah SAW menjelaskan, kebaikan perlu direbut dan diusahakan dengan
bersungguh-sungguh. Sabda Rasulullah SAW: "Tidak boleh hasad kecuali pada dua
perkara, iaitu terhadap seseorang yang Allah anugerahkan harta, lalu dia gunakan
harta itu pada jalan kebenaran, dan terhadap seseorang yang dianugerahkan ilmu,
lalu dia amalkan ilmu itu serta diajarkannya kepada manusia lain." (Riwayat Bukhari
dan Muslim).

Contoh kebajikan
 Mendermakan sebahagian rezeki kepada rumah anak yatim.
 Memelihara alam sekitar
 Menjaga kedua-dua ibu bapa ketika mereka sudah tua.
 Meolong rakan dengan pekerjaan mereka

Peranan AL-Quran dalam melaksanakan kebajikan


 Al-quran menyatakan mengapakah pentingnya umat islam harus melakukan
kebajikan.
 Al-Quran bmenjadi Al Mau’izah kepada umat islam agar sentiasa melakukan
kebaikan.
 Al-Quran menyatakan kebajikan ialah sebahagian tuntutan yang pelu
dilakukan di dalam kehidupan.
Peranan Sunnah dalam melaksanakan kebajikan
 Menerangkan bentuk-bentuk kebajikan yang boleh dilakasanakan.
 Menerangkan secara lebih mendalam mengapakah kebajikan menjadi suatu
tuntutan.

You might also like