BAB 2 - Jabatan & Fungsi

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 13

Bab 2 - Organisasi Pendidikan Sains

BAB 2

JABATAN DI KEMENTERIAN PELAJARAN YANG


BERKAITAN DENGAN PENDIDIKAN SAINS

Pewujudan struktur organisasi di peringkat kementerian, jabatan pelajaran negeri, pejabat


pelajaran daerah dan sekolah seharusnya berupaya menghasilkan sinergi untuk
mempertingkatkan pelaksanaan pendidikan sains yang cekap dan berkesan. Setiap jabatan
mempunyai fungsi, peranan dan tanggungjawab secara khusus. Justeru, warga
Kementerian Pelajaran, sama ada yang berada di upstream mahupun downstream,
hendaklah termaklum akan fungsi dan peranan jabatan-jabatan berkenaan agar mereka
tidak tersalah arah dalam urusan tugas masing-masing.

Bab ini menyenaraikan fungsi, peranan dan tanggungjawab jabatan-jabatan di bawah


Kementerian Pelajaran, meliputi bahagian kementerian, jabatan pelajaran negeri, pejabat
pelajaran daerah dan sekolah, yang berkaitan dengan pendidikan sains di negara ini.

2.1 Fungsi Bahagian-Bahagian Kementerian Pelajaran

2.1.1 Bahagian Pembangunan Kurikulum

i. Menggubal dan membangunkan kurikulum mata pelajaran sains.

ii. Menyebar dan melaksanakan kurikulum mata pelajaran sains.

iii. Mengesan dan memantau pelaksanaan kurikulum mata pelajaran sains.

iii. Menyediakan bahan sokongan kurikulum mata pelajaran sains.

v. Menjalankan penilaian untuk pembangunan kurikulum mata pelajaran


sains.

iv. Menyediakan spesifikasi peralatan dan bahan sains berdasarkan


kurikulum mata pelajaran sains.

vii. Menjalankan pemantauan dan bimbingan dalam pengajaran dan


pembelajaran sains serta kerja amali.

viii. Menjalankan pemantauan peralatan dan bahan sains yang dibekalkan ke


sekolah.

2.1.2 Bahagian Pendidikan Guru

i. Menyediakan dasar latihan pendidikan keguruan, perancangan


pendidikan keguruan dan unjuran keperluan ambilan calon guru termasuk
calon guru sains.

ii. Mengurus pengambilan dan penempatan calon guru sains di IPG.

10 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS


Bab 2 - Organisasi Pendidikan Sains

iii. Merancang, mereka bentuk, melaksana, dan memantau pelaksanaan


kurikulum latihan guru sains.
iv. Merancang, melaksana, dan memantau pelaksanaan praktikum guru
pelatih sains.

v. Merancang dan menyokong pelaksanaan program dan projek pendidikan


sains.

vi. Melatih guru tentang kemahiran merancang, melaksanakan amali dan


mengendalikan peralatan dan bahan sains yang digunakan dalam amali.

vii. Melatih guru tentang pedagogical content knowledge untuk pengajaran


dan pembelajaran sains yang berkesan.

viii. Melatih guru aspek pengurusan, keceriaan dan keselamatan makmal


sains.

2.1.3 Bahagian Buku Teks

i. Mengurus hal-hal dasar dan pemerolehan buku teks sains.

ii. Mengurus pelaksanaan Skim Pinjaman Buku Teks (SPBT) dan keperluan
pasaran terbuka bagi buku teks sains.

iii. Mengurus program penyelidikan dan pembangunan buku teks sains.

iv. Menyebar dan melaksanakan penggunaan buku teks mata pelajaran


sains secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran serta amali.

2.1.4 Lembaga Peperiksaan

i. Menggubal dasar pengujian dan pengukuran pendidikan berasaskan


Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat kurikulum mata pelajaran
sains.

ii. Menggubal alat pengujian dan pengukuran, kaedah pentadbirannya,


bentuk pelaporannya dan kaedah pemarkahan menilai murid berdasarkan
kurikulum mata pelajaran sains.

iii. Menyediakan rubrik untuk mentaksir kompetensi murid dalam kemahiran


saintifik, kemahiran berfikir, sikap saintifik dan nilai murni.

iv. Menjalankan pemantauan pelaksanaan Penilaian Kerja Amali (PEKA) di


sekolah.

v. Menjalankan pentaksiran dari segi konten dan kemahiran tentang mata


pelajaran sains dalam peperiksaan umum.

2.1.5 Majlis Peperiksaan Malaysia

i. Menyediakan peraturan dan skema peperiksaan STPM bagi mata


pelajaran Fizik, Kimia, dan Biologi.

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│11


Bab 2 - Organisasi Pendidikan Sains

ii. Mengkaji, mengemaskinikan, dan menggubal sukatan pelajaran


peperiksaan STPM bagi mata pelajaran Fizik, Kimia, dan Biologi.

iii. Menggubal dan menyediakan kertas soalan dan bahan peperiksaan


STPM bagi mata pelajaran Fizik, Kimia, dan Biologi.

iv. Menyediakan rubrik untuk mentaksir kompetensi pelajar Tingkatan 6


dalam kemahiran saintifik melalui amali yang dijalankan.

v. Menyediakan cadangan amali yang menggalakkan murid mempelajari


sains dengan mengaplikasikan kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.

vi. Menyediakan spesifikasi bahan dan peralatan sains untuk mata pelajaran
Fizik, Kimia, Biologi Tingkatan 6.

vii. Menjalankan pemantauan pelaksanaan amali untuk mata pelajaran Fizik,


Kimia dan Biologi Tingkatan 6.

viii. Menjalankan pemantauan peralatan dan bahan sains yang dibekalkan ke


sekolah.

ix. Menjalankan pemantauan tentang pengurusan dan keselamatan makmal


sains Tingkatan 6.

2.1.6 Jemaah Nazir dan Jaminan Kualiti

i. Melakukan penaziran sekurang-kurangnya sekali dalam selang tempoh 5


tahun untuk mengupayakan sekolah mencapai kecemerlangan dan
standard kualiti pendidikan sains yang tinggi.

ii. Memantau dan membimbing sekolah menghayati Falsafah Pendidikan


Kebangsaan dan melaksanakan dasar pendidikan sains negara.

iii. Melakukan penaksiran dan penilaian kualiti pengajaran guru dan


pengurusan sekolah secara adil, saksama dan profesional.

iv. Menjalankan pemantauan dan bimbingan tentang pelaksanaan kerja


amali dalam pengajaran dan pembelajaran sains dan PEKA.

v. Menjalankan pemantauan dan bimbingan terhadap peralatan dan bahan


sains yang dihantar ke sekolah.

vi. Menjalankan pemantauan dan bimbingan tentang pengurusan dan


keselamatan makmal dan bilik sains.

2.1.7 Bahagian Teknologi Pendidikan

i. Merancang, menyediakan dan menerbitkan bahan pengajaran dan


pembelajaran sains dalam pelbagai media.

12 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS


Bab 2 - Organisasi Pendidikan Sains

ii. Menyebarkan bahan pengajaran dan pembelajaran sains yang diterbitkan


melalui media cetak dan media elektronik.
iii. Memantau, menilai dan mengkaji keberkesanan penggunaan teknologi
pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran sains.

iv. Memberi khidmat kepakaran dan nasihat bagi menggalakkan penggunaan


teknologi pendidikan dalam pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran
sains.

v. Menerbitkan bahan best practices dalam pelaksanaan amali sains.

vi. Menerbitkan bahan tentang pengurusan dan keselamatan makmal sains.

vi. Menerbitkan bahan tentang teknik pengendalian bahan dan peralatan


sains yang betul semasa menjalankan amali sains.

viii. Memantau dan memberi bimbingan penggunaan bahan-bahan yang


diterbitkan.

2.1.8 Bahagian Pengurusan Sekolah Harian

i. Merancang, menyelaras dan memantau program-program berkaitan hal


ehwal persekolahan dalam semua aspek terutama sains dan teknologi ke
arah meningkatkan kualiti pengurusan pelaksanaan Dasar Pendidikan
Kebangsaan.

ii. Melaksanakan dasar dan mengurus hal ehwal guru sains dalam aspek
keperluan guru, penempatan guru dan pertukaran guru.

iii. Melaksanakan dasar, merancang, menyelaras dan mengurus hal ehwal


murid dalam aspek pembangunan murid, perkembangan personaliti murid
dan kebajikan murid.

iv. Menguruskan latihan untuk pembantu makmal sains.

v. Menguruskan program star rating, bagi makmal dan bilik sains dan
menyediakan instrumen penilaian.

vi. Mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas dan Surat Siaran berkenaan


pengajaran dan pembelajaran sains.

vii. Mengumpulkan data daripada JPN untuk pembekalan dan penggantian


bahan dan peralatan sains.

viii. Mengeluarkan Surat Pekeliling Ikhtisas dan Surat Siaran berkenaan


pengajaran dan pembelajaran sains.

ix. Menjalankan pemantauan bahan dan peralatan sains yang dihantar ke


sekolah.

x. Menjalankan pemantauan tentang pengurusan dan keselamatan makmal


dan bilik sains.

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│13


Bab 2 - Organisasi Pendidikan Sains

2.1.9 Bahagian Pendidikan Teknik dan Vokasional

i. Melaksanakan program pendidikan Teknikal dan Vokasional selari


dengan pendidikan sains yang sentiasa relevan dengan keperluan industri
dan negara.

ii. Mempastikan bekalan staf sentiasa mencukupi dan sesuai dengan


keperluan institusi pendidikan Teknikal dan Vokasional.

iii. Mempastikan kemudahan fizikal (makmal-makmal sains) bagi institusi


pendidikan Teknikal dan Vokasional sentiasa mencukupi, lengkap dan
selesa serta mengikut piawaian yang ditetapkan oleh pihak agensi pusat.

iv. Menguruskan latihan untuk pembantu makmal sains.

v. Menguruskan program star rating, bagi makmal sains.

vi. Mengumpulkan data daripada JPN untuk pembekalan dan penggantian


bahan dan peralatan sains.

vii. Menjalankan pemantauan pelaksanaan kerja amali dalam pengajaran dan


pembelajaran sains.

viii. Menjalankan pemantauan terhadap bahan dan peralatan sains yang


dihantar ke sekolah.

ix. Menjalankan pemantauan dan bimbingan tentang pengurusan dan


keselamatan makmal sains.

2.1.10 Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh/ Kluster

i. Memastikan cadangan-cadangan berkaitan pendidikan sains dalam


Pembangunan Pendidikan (2001-2010) dapat dilaksanakan dengan lebih
berkesan.

ii. Menyediakan garis panduan serta kriteria bagi mewujudkan sekolah-


sekolah yang selaras dengan matlamat Wawasan 2020.

iii. Meningkatkan tahap kemudahan fizikal (makmal sains) dan prasarana


sekolah bagi mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang
kondusif.

iv. Menempatkan guru sains yang memenuhi keperluan negeri dari segi
opsyen dan bilangan.

v. Meningkatkan keyakinan diri murid dalam bidang akademik, afektif,


psikomotor, saintifik dan emosi melalui pelbagai program dan
pertandingan.

vi. Menguruskan latihan untuk pembantu makmal sains.

14 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS


Bab 2 - Organisasi Pendidikan Sains

vii. Menguruskan program star rating bagi makmal sains.

viii. Mengumpulkan data daripada JPN untuk pembekalan dan penggantian


bahan dan peralatan sains.

ix. Menjalankan pemantauan bahan dan peralatan sains yang dihantar ke


sekolah.

x. Menjalankan pemantauan pelaksanaan amali dalam pengajaran dan


pembelajaran sains.

xi. Menjalankan pemantauan tentang pengurusan dan keselamatan makmal


sains.

2.1.11 Bahagian Pendidikan Islam

i. Memastikan murid SMKA mengikuti aliran Sains Tulen atau Sains


Teknologi.

ii. Merancang keperluan kelas dan guru, mengurus perolehan dan


penyelenggaraan prasarana sekolah termasuk makmal-makmal sains.

iii. Meningkatkan dasar 60:40 kepada 70:30 dalam kalangan murid SMKA
dalam usaha menghasilkan generasi saintifik dan teknokrat kebangsaan.

iv. Melaksana pemantauan, penyeliaan pengurusan dan pentadbiran semua


bidang termasuk Bidang Sains dan Matematik di sekolah.

v. Menguruskan latihan untuk pembantu makmal sains.

vi. Menguruskan program star rating bagi makmal sains.

vii. Mengumpulkan data daripada JPN untuk pembekalan dan penggantian


bahan dan peralatan sains.

viii. Menjalankan pemantauan bahan dan peralatan sains yang dihantar ke


sekolah.

ix. Menjalankan pemantauan pelaksanaan amali dalam pengajaran dan


pembelajaran sains.

x. Menjalankan pemantauan dan bimbingan tentang pengurusan dan


keselamatan makmal sains.

2.1.12 Bahagian Pendidikan Khas

i. Memastikan semua dasar, program dan aktiviti yang


dipertanggungjawabkan kepada Bahagian Pendidikan Khas dilaksanakan
bertepatan dengan dasar dan Falsafah Pendidikan Khas.

ii. Menyediakan pendidikan sains yang sesuai dan relevan kepada setiap
murid dengan keperluan khas.

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│15


Bab 2 - Organisasi Pendidikan Sains

iii. Menyediakan peluang untuk mengembangkan bakat dan potensi murid


dalam bidang sains dengan keperluan khas.

iv. Menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran sains yang mencukupi


dan terkini.

v. Menguruskan latihan untuk pembantu makmal dan bilik sains.

vi. Menguruskan program star rating, bagi makmal dan bilik sains.

vii. Mengumpulkan data daripada JPN untuk pembekalan dan penggantian


bahan dan peralatan sains.

viii. Menjalankan pemantauan pelaksanaan kerja amali dalam pengajaran dan


pembelajaran sains.

ix. Menjalankan pemantauan terhadap bahan dan peralatan sains yang


dihantar ke sekolah.

x. Menjalankan pemantauan dan bimbingan tentang pengurusan dan


keselamatan makmal sains.

2.1.13 Bahagian Kewangan

i. Menyelaras, mengurus dan mengawal Anggaran Belanja Mengurus


Tahunan Kementerian Pelajaran Malaysia termasuk bidang sains di
peringkat negeri dan kementerian.

ii. Memastikan Anggaran Belanja Mengurus termasuk bidang sains disedia


dan diagih mengikut keperluan aktiviti/ program.

iii. Memastikan agihan peruntukan termasuk bidang sains dibelanja secara


optimum dan berhemah.

iv. Menerima dan memproses permohonan pembelian bahan dan peralatan


sains yang berharga lebih daripada RM10,000.00 daripada sekolah.

v. Memantau perbelanjaan kewangan yang diperuntukan untuk kegunaan


dalam pengajaran dan pembelajaran sains seperti PCG.

vi. Mengkaji dan membuat semakan semula peruntukan kewangan untuk


kegunaan dalam pengajaran dan pembelajaran sains seperti PCG dari
masa ke masa.

16 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS


Bab 2 - Organisasi Pendidikan Sains

2.1.14 Bahagian Pembangunan

i. Menguruskan pelaksanaan projek-projek pembangunan pendidikan


(makmal sains) dengan cekap dan sempurna berdasarkan kepada
peruntukan dan projek-projek yang diluluskan oleh kerajaan.

ii. Merancang, memproses, mengawal peruntukan pembangunan,


melaksanakan serta memantau kemajuan projek serta mengurus
keperluan bekalan Kementerian Pelajaran Malaysia.

iii. Membina makmal dan bilik sains mengikut norma yang ditetapkan.

iv. Membina makmal dan bilik sains mengikut spesifikasi yang ditetapkan
dan aspek keselamatan.

v. Menaik taraf makmal dan bilik sains yang sedia ada jika ada permohonan
dan keperluan.

vi. Memantau keadaan bangunan makmal dan bilik sains terutamanya dari
aspek keselamatan dari masa ke masa.

2.1.15 Bahagian Perolehan dan Pengurusan Aset

i. Merancang dan mengurus program/ aktiviti perolehan bekalan makmal


dan perkhidmatan selaras dengan kurikulum mata pelajaran sains.

ii. Menyediakan bekalan bahan dan peralatan makmal yang mencukupi dan
berkualiti bagi memenuhi keperluan pendidikan sains.

iii. Memantau dan menilai program/ aktiviti perolehan bekalan makmal dan
perkhidmatan, penyelenggaraan prasarana dan aset.

iv. Membuat pembekalan peralatan dan bahan sains ke sekolah baru.

v. Menguruskan permohonan pelupusan dan hapus kira peralatan dan


bahan sains.

vi. Menguruskan penggantian peralatan dan bahan sains yang telah


dilupuskan dan dihapus kira.

vii. Menawarkan kontrak kepada syarikat yang berjaya dalam tender


membekalkan peralatan dan bahan sains.

vii. Memantau pembekalan bahan dan peralatan sains ke sekolah.

2.1.16 Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

i. Memastikan Kementerian Pelajaran Malaysia mempunyai struktur


organisasi yang mantap dengan bilangan personel, termasuk bagi bidang
sains, di tahap optimum untuk mencapai objektifnya melalui pewujudan/
pengisian jawatan mengikut keperluan/ norma yang ditetapkan.

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│17


Bab 2 - Organisasi Pendidikan Sains

ii. Memastikan Kementerian Pelajaran Malaysia mempunyai personel yang


kompeten, berdisiplin dan bermotivasi melalui pengurusan sumber
manusia yang cekap dan berkesan.

iii. Membuat pengambilan pembantu makmal dengan menentukan kelulusan


yang sesuai.

iv. Membuat pengagihan dan penempatan pembantu makmal mengikut


keperluan sekolah di setiap negeri.

2.1.17 Bahagian Perancangan Penyelidikan Dan Dasar Pendidikan

i. Merancang dan menyelaras brif piawai sekolah dan institusi pendidikan.

ii. Merancang, menyelaras, memantau dan menilai perancangan dan dasar


pendidikan kebangsaan termasuk program-program pendidikan sains.

iii. Menentukan kadar PCG bagi setiap mata pelajaran sains.

iv. Menentukan norma bilangan makmal dan bilik sains dengan bilangan
murid.

v. Membuat pemantauan tentang penggunaan PCG di sekolah.

2.1.18 Institut Aminuddin Baki

i. Menyediakan program latihan dalam bidang pengurusan dan kepimpinan


pendidikan yang berkualiti.

ii. Memupuk budaya kerja yang profesional menerusi pengamal profesional


latihan dan pembangunan (master trainer) kepimpinan dan pengurusan
pendidikan.

iii. Membentuk sinergi jalinan perkongsian ilmu, kemahiran dan pengalaman


di kalangan warga IAB yang boleh menyumbangkan ke arah
pembangunan dan pembaharuan organisasi pendidikan yang berprestasi
tinggi.

iv. Pembentukan budaya pembelajaran berterusan melalui mengwujudkan


iklim tempat kerja yang boleh menjadi pemangkin ke arah peningkatan
ketrampilan individu, pembelajaran kolaborasi, amalan terbaik,
perkongsian misi dan visi, serta aplikasi pendekatan sistem untuk
penambahbaikan berterusan dan berfikiran terbuka memberikan idea,
pandangan serta teguran bagi kemajuan organisasi dan Negara.

v. Memberi pendedahan terhadap Pengetua, Guru Besar dan pentadbir


sekolah tentang hasrat pendidikan sains khususnya dalam pelaksanaan
amali dan kepentingan makmal dan bilik sains.

vi. Mendedahkan kepada pentadbir sekolah tentang perbelanjaan PCG


secara efektif dan efieien untuk pelaksanaan amali.

18 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS


Bab 2 - Organisasi Pendidikan Sains

vii. Melatih pentadbir sekolah aspek pengurusan dan keselamatan makmal


dan bilik sains.

2.2 Fungsi Jabatan Pelajaran Negeri Berkaitan Pendidikan Sains

i. Merancang, mengurus dan melaksanakan dasar-dasar pendidikan sains yang


telah ditetapkan oleh kerajaan.

ii. Merancang, menyelaras dan mengurus strategi pelaksanaan semua mata


pelajaran sains di peringkat sekolah rendah dan sekolah menengah.

iii. Merancang, menyelia, memantau, mengesan dan membuat pengesahan


pelaksanaan aktiviti-aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan
kurikulum mata pelajaran sains di sekolah.

iv. Membimbing dan memberikan panduan kepada guru-guru berkaitan urusan


pengajaran dan pembelajaran serta pengurusan kurikulum mata pelajaran sains
di sekolah.

v. Merancang, menyelaras, mengurus dan menganalisis data dan maklumat


berkaitan pelaksanaan program mata pelajaran sains untuk tindakan susulan
bagi tujuan penambahbaikan.

vi. Unit Pembangunan dan Perolehan di Jabatan Pelajaran Negeri adalah


bertanggungjawab menyediakan senarai sekolah yang baru dibina dan sekolah
yang mempunyai bilik makmal yang baru untuk dihantar ke Bahagian
Pembangunan dan Perolehan Aset (BPPA).

vii. Menguruskan latihan untuk pembantu makmal sains.

viii. Menguruskan program star rating bagi makmal sains.

ix. Mengumpulkan data untuk pembekalan dan penggantian bahan dan peralatan
sains.

x. Menjalankan pemantauan bahan dan peralatan sains yang dihantar ke sekolah.

xi. Menjalankan pemantauan pelaksanaan amali dalam pengajaran dan


pembelajaran sains.

xii. Menjalankan pemantauan tentang pengurusan dan keselamatan makmal sains.

xiii. Merancang dan melaksanakan tindakan susulan yang sesuai dan efektif untuk
peningkatan dan penambahbaikan berdasarkan dapatan pemantauan.

2.3 Fungsi Pejabat Pelajaran Daerah Berkaitan Pendidikan Sains

i. Melaksana pemantauan instruksional dalam pengajaran dan pembelajaran sains


di sekolah, pemantauan program-program KPM seperti Dasar 60:40, dasar

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│19


Bab 2 - Organisasi Pendidikan Sains

PPSMI, Protim M3 dan Probim M3 dan pemantauan kolaboratif pengurusan


makmal sains sekolah menengah dan sekolah rendah.

ii. Menganjurkan kursus-kursus pemantapan pengurusan makmal sains kepada


Ketua Bidang Sains dan Matematik, guru-guru sains dan kakitangan makmal
sains.

iii. Melaksana kajian soal selidik kekerapan membuat eksperimen sains dalam
setahun bagi setiap sekolah dalam daerah.

iv. Membudayakan kajian tindakan bagi semua mata pelajaran sains dalam daerah.

v. Membudayakan program inovasi sains dan teknologi dengan penglibatkan guru


sains dan kakitangan makmal sains.

vi. Menguruskan latihan untuk pembantu makmal sains.

vii. Menguruskan program star rating bagi makmal sains.

viii. Mengumpulkan data daripada JPN untuk pembekalan dan penggantian bahan
dan peralatan sains.

ix. Menjalankan pemantauan bahan dan peralatan sains yang dihantar ke sekolah.

x. Menjalankan pemantauan pelaksanaan amali dalam pengajaran dan


pembelajaran.

xi. Menjalankan pemantauan tentang pengurusan dan keselamatan makmal sains.

xii. Merancang dan melaksanakan tindakan susulan yang sesuai dan efektif untuk
peningkatan dan penambahbaikan berdasarkan dapatan pemantauan.

2.4 Peranan dan tanggungjawab Pengetua/ Guru Besar Berkaitan Pendidikan


Sains

2.4.1 Organisasi Jabatan Sains

i. Mengelolakan Jabatan Sains dengan cara yang berkesan bagi mencapai


tujuan.

ii. Menggalakkan penyertaan guru sains di dalam segala aktiviti


perancangan dan pengelolaan serta pelaksanaan ke arah mempertingkat
taraf pengajaran dan pembelajaran sains di sekolah.

2.4.2 Pengurusan Tenaga Pengajar

i. Melantik guru dalam beberapa bidang tugas berasaskan kepada


kebolehan, minat, kelayakan dan sebagainya.

ii. Mengelolakan program perkembangan staf dalam bidang sains.

20 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS


Bab 2 - Organisasi Pendidikan Sains

iii. Memberi nasihat kepada guru suipaya menghasilkan kerja yang


berkesan.

iv. Menyelesaikan masalah kerja guru.

v. Menyelaraskan rancangan pengajaran guru.

vi. Menyemak buku rancangan mengajar guru.

vii. Memberi nasihat dan bimbingan kepada guru baru/sementara dengan


kerjasama guru kanan sains.

2.4.3 Pengurusan Kakitangan Makmal

i. Menyediakan senarai tugas kerja yang jelas, lengkap dan sistematis bagi
kakitangan makmal dengan kerjasama Guru Kanan Sains.

ii. Mengawasi dan meniliti kerja-kerja kakitangan makmal dengan kerjasama


Guru Kanan Sains.

iii. Mengadakan perjumpaan/mesyuarat dengan kakitangan makmal.

iv. Memberitahu JPN mengenai kekosongan jawatan kakitangan makmal.

2.4.4 Pengurusan Kurikulum Sains

i. Mengetahui bahan/ sumber yang boleh membantu pelaksanaan kurikulum


sains.

ii. Merancang dan menentukan pelaksanaan kurikulum sains berasaskan


Peraturan Kursus Pengajian Sekolah seperti jadual waktu, guru dan
kelas.

iii. Meniliti dan menilai kerja murid.

iv. Merancang dan menyelaraskan proses penilaian melalui ujian dan


peperiksaan.

v. Mengetahui dan mengikuti perkembangan aktiviti-aktiviti panitiasains


dengan tujuan memberikan bimbingan ikhtisas.

vi. Menguatkuasakan pekeliling-pekeliling dari JPN dan KPM, berhubung


dengan keselamatan makmal.

2.4.5 Pengurusan Ko-kurikulum Sains

i. Mengetahui bahan-bahan sumber yang boleh membantu pelaksanaan


Ko-kurikulum sains.

ii. Merancang dan menentukan pelaksanaan ko-kurikulum sains.

iii. Meneliti dan menilai program ko-kurikulum sains.

PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS│21


Bab 2 - Organisasi Pendidikan Sains

iv. Meneliti dan mengawas perkembangan kegiatan ko-kurikulum sains.

v. Menguatkuasakan pekeliling-pekeliling dari JPN dan KPM, berhubung


dengan kegiatan ko-kurikulum sains.

2.4.6 Pengurusan Bekalan, Peralatan dan Kemudahan Makmal

i. Mengetahui keadaan bekalan dan peralatan sains di sekolah.

ii. Melengkapkan makmal-makmal dengan bekalan dan peralatan yang


berpatutan.

iii. Membahagikan wang peruntukan sains secara adil bagi setiap mata
pelajaran sains.

iv. Menyediakan anggaran perbelanjaan tahunan berdasarkan keperluan dan


kedudukan kewangan.

v. Menggalakkan perhubungan yang berkesan dalam kalangan murid.

2.4.7 Pengurusan Perhubungan Guru-Pelajar

i. Menyelenggarakan rekod murid serta meniliti laporan berkala guru


mengenai kemajuan murid.

ii. Membantu guru mengurus masalah pembelajaran murid dan


menggalakkan tindakan diambil berasaskan kepada sebab dan musabab
dan bukan simptom.

iii. Menggalakkan perhubungan yang berkesan di antara murid dengan


murid.

2.4.8 Perhubungan dengan JPN/ PPD

i. Mengetahui dan menggunakan saluran-saluran yang ada di JPN untuk


membuat permintaan, aduan atau mendapatkan penjelasan.

ii. Mengeksploitasikan perkhidmatan yang ada di JPN untuk membantu


melaksanakan program, projek dan sebagainya dengan tujuan untuk
memajukan pelaksanaan kurikulum sains.

2.4.9 Pengurusan Perhubungan Awam

i. Menggunakan PIBG/ masyarakat setempat bagi membantu


menyelesaikan masalah sekolah.

ii. Mengadakan sistem perhubungan yang berkesan di antara sekolah dan


pihak ibubapa berkaitan dengan pelajar.

22 │PANDUAN PENGURUSAN & KESELAMATAN MAKMAL SAINS

You might also like