Pembangunan Negara

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Pembangunan merupakan suatu proses yang penting untuk menghasilkan kemajuan kepada

rakyat dan negara. Namun demikian, kepesatan pembangunan tidak dapat lari daripada ketirisan
nilai mulia kemanusiaan. Jelaskan.

Pembangunan merupakan suatu proses yang penting untuk menghasilkan kemajuan kepada
rakyat dan negara. Namun demikian, kepesatan pembangunan tidak dapat lari daripada ketirisan
nilai mulia kemanusiaan.

Pembangunan merupakan suatu proses yang penting untuk menghasilkan kemajuan kepada
rakyat dan negara kerana dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara. Hal ini dikatakan
demikian kerana pembinaan kemudahan infrastruktur yang moden dan lengkap seperti lebuh raya,
landasan kereta api dan juga pelabuhan dapat meningkatkan lagi pengeluaran dan eksport negara.
Pelaburan asing akan turut meningkat dengan pembangunan-pembangunan kawasan perindustrian
yang dilengkapi dengan sistem perhubungan dan juga infrastruktur yang moden, seperti Siberjaya,
Kawasan Perindustrian Shah Alam, dan juga Batu Berendam di Melaka dapat meningkatkan lagi
pertumbuhan ekonomi perindustrian negara.

Pembangunan merupakan suatu proses yang penting untuk menghasilkan kemajuan kepada
rakyat dan negara kerana dapat meningkatkan imej negara. Pembangunan infrastruktur yang
moden, seperti Jabatan Pulau Pinang, Menara Berkembar Petronas, dan Lebuhraya Utara Selatan
meletakkan negara kita sebagai negara yang moden dan maju. Masyarakat tempatan akan berasa
bangga dan masyarakat antarabangsa akan memandang tinggi akan keupayaan negara. Misalnya,
pembinaan Jabatan Pulau Pinang sebagai jambatan yang keempat terpanjang di Asia Tenggara telah
meningkatkan imej negara dari pembangunan fizikal.

Pembangunan merupakan suatu proses yang penting untuk menghasilkan kemajuan kepada
rakyat dan negara kerana dapat meningkatkan peluang pekerjaan. Hal ini dikatakan demikian kerana
pembinaan kemudahan infrastruktur yang moden dan lengkap seperti lebuh raya, landasan kereta
api dan juga pelabuhan memerlukan tenaga buruh yang banyak. Pembinaan kilang juga memerlukan
buruh binaan, juruteknik, dan lain-lain. Sebagai contohnya, kewujudan taman perindustrian, seperti
Taman Perindustrian Puchong di seluruh negara telah membekalkan pelbagai peluang pekerjaan
kepada penduduk setempat.

Kepesatan pembangunan tidak dapat lari daripada ketirisan nilai mulia kemanusiaan kerana
akan menjejaskan alam sekitar. Hal ini dikatakan demikian kerana pembangunan fizikal akan
mengorbankan alam sekitar. Pembinaan bangunan dan rumah akan memusnahkan flora dan fauna.
Penambakan laut akan menjejaskan hidupan marin. Sebagai contohnya, kerja-kerja penambakan
laut di Melaka telah memberi impak yang buruk kepada hidupan-hidupan akuatik. Hal ini juga telah
menjejaskan pendapatan para nelayan di perairan Selat Melaka.
Kepesatan pembangunan tidak dapat lari daripada ketirisan nilai mulia kemanusiaan kerana
akan meningkatkan kadar jenayah negara. Hal ini dikatakan demikian kerana pembangunan ekonomi
negara akan menyebabkan inflasi. Sebagai contohnya, rakyat tidak dapat menampung kehidupan
terutamanya di bandar-bandar metropolitan, seperti Kuala Lumpur, terutamanya bagi keluarga-
keluarga yang mempunyai anak-anak kecil. Mereka akan meragut ataupun mencuri bagi tujuan
mendapatkan wang dan menyara keluarga. Hal ini akan menjejaskan keselamatan rakyat dan rakyat.

Kesimpulannya, pembangunan membawa pelbagai kebaikan kepada rakyat dan negara


namun tetap perlu dikawal.

You might also like