Professional Documents
Culture Documents
PJJ Perancangan Akademik MIS
PJJ Perancangan Akademik MIS
PJJ Perancangan Akademik MIS
PERANCANGAN AKADEMIK
BPIN 3053
SISTEM MAKLUMAT PENGURUSAN
SEMESTER OKTOBER 2020/2021
1
BPIN 3053 Sistem Maklumat Pengurusan PACE-UUM
SINOPSIS KURSUS
Kursus ini adalah ditawarkan khusus untuk pelajar Pengajian Jarak Jauh sebagai kursus teras
program BBA. Kursus ini akan memperkenalkan dan menjelaskan konsep asas sistem maklumat
sebagai platform untuk memahami sistem maklumat secara keseluruhannya. Oleh yang
demikian, kursus ini memberikan kefahaman kepada para pelajar tentang perkara seperti konsep
konsep sistem maklumat pengurusan , konsep asas sistem maklumat dan aplikasinya, penggunaan
sistem maklumat dan kesan penggunaan sistem maklumat terhadap peningkatan kecekapan dan
keberkesanan pengurusan perniagaan.
Pelajar akan didedahkan kepada dua belas topik utama. Antaranya ialah konsep maklumat, sistem
maklumat berasaskan komputer (CBIS), teknologi komputer (perkakasan dan perisian), pengurusan data
dan maklumat, komunikasi data, sistem pemprosesan transaksi, sistem maklumat pengurusan, sistem
sokongan pemutusan, sistem pintar, pembangunan sistem dan sebagainya.
OBJEKTIF KURSUS
Kursus ini dikendalikan secara pembelajaran kendiri di mana pelajar akan dibekalkan dengan modul
khusus sebagai rujukan utama. Modul ini juga dilengkapkan dengan soalan penilaian kendiri sebagai
tambahan kepada nota utama. Bagi memperolehi pemahaman yang berkesan, pelajar dinasihatkan untuk
membaca rujukan lain. Pelajar juga dinasihatkan untuk membuat nota ringkas bagi setiap pelajaran dan
cuba menjawab soalan-soalan peperiksaan tahun-tahun lepas. Cara ini akan dapat menolong pelajar
untuk memahami dengan lebih jelas satu-satu pelajaran serta dapat meningkatkan kemahiran pelajar
dalam mengaplikasikan prinsip-prinsip sistem maklumat pengurusan yang dipelajari.
Di samping pembelajaran kendiri melalui modul khusus yang dibekalkan, empat sesi perjumpaan antara
pelajar dengan tenaga pengajar telah diatur dan jadual perjumpaan telah ditetapkan. Di dalam setiap
pertemuan yang telah dijadualkan, penumpuan akan lebih diberikan kepada sesi perbincangan dan soal
2
BPIN 3053 Sistem Maklumat Pengurusan PACE-UUM
jawab. Maka dengan itu, pelajar dinasihatkan untuk membuat beberapa persediaan berikut sebelum hadir
ke setiap sesi perjumpaan:
i) Membaca terlebih dahulu topik-topik yang telah ditetapkan untuk setiap sesi pertemuan.
ii) Membuat rujukan tambahan tentang isu-isu semasa yang berkaitan dengan pembelajaran ( misalnya
rencana akhbar atau majalah) yang boleh dibincangkan di dalam kelas.
iii) Memberi kerjasama dan bersedia untuk melibatkan diri dalam sesi perbincangan yang
dikendalikan.
Jadual sesi pertemuan disertakan dalam bahagian seterusnya. Walau bagaimanapun, adalah diingatkan
bahawa jadual tersebut tertakluk kepada pindaan. Oleh itu, pelajar diminta sentiasa berhubung dengan
UPJJ-UUM dan penyelia pusat untuk mendapatkan maklumat terkini.
PENILAIAN KURSUS
Penilaian akan dilakukan berdasarkan tugasan, peperiksaan pertengahan semester dan peperiksaan akhir.
Ketiga-tiga komponen ini akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam bahagian seterusnya. Agihan
markah adalah seperti berikut:
RUJUKAN UTAMA
Modul BPIN 3053 Sistem Maklumat Pengurusan. Unit PACE, Universiti Utara Malaysia: Sintok.
RUJUKAN TAMBAHAN
Sousa & Oz (2015). Management Information Systems. 7th Edition. Cengage Learning.
Haag, S. Cummin& McCubbery, D.J. (2005). Management information system for the information Age.
6th ed. New York: McGrawHill.
McLeod, R, Jr and Schell, G.P, (2004).Management Information Systems. 9th edition. USA: Pearson
Prentice Hall
Oz,E. (2002). Management Information Systems. 3th edition . USA: Thompson Learning
Laudon, KC dan Laudon, K.P, (2002). Management Information Systems: Managing the digital firm. 7th
edition . USA: Prentice Hall
3
BPIN 3053 Sistem Maklumat Pengurusan PACE-UUM
PANDUAN BELAJAR
Kursus BPIN 3053 Sistem Maklumat Pengurusan merupakan satu bidang ilmu yang menjelaskan
mengenai konsep, prinsip dan aplikasi sistem maklumat pengurusan dalam konteks pengurusan organisasi
terutamanya untuk melaksanakan fungsi pengurusan.
Pelajar boleh menggunakan objektif pembelajaran pada awal setiap pelajaran sebagai panduan untuk
mengikuti kandungan perbincangan sesuatu pelajaran. Objektif ini juga boleh dijadikan sebagai kayu
pengukur terhadap tahap pemahaman pelajar di akhir sesuatu pelajaran. Khususnya, pelajar harus
bertanya kepada diri sendiri sama ada beliau sudah mengetahui dan memahami setiap objektif yang
tertulis. Sekiranya pelajar mendapati bahawa beliau kurang faham atau gagal mencapai objektif-objektif
tersebut, maka, pelajar perlu membaca semula pelajaran tersebut dan tandakan para ataupun ayat yang
tidak difahami. Pelajar boleh mengajukan sebarang pertanyaan yang ada kepada pensyarah semasa sesi
pertemuan yang diadakan setiap bulan. Selain itu, pelajar juga digalakkan untuk berbincang dengan
rakan-rakan sekursus untuk mendapatkan pemahaman yang lebih; di samping berkongsi pendapat.
Pelajar juga disarankan untuk berusaha menjawab setiap Soalan Penilaian Kendiri (SPK) yang disediakan
dalam modul. Adalah penting untuk pelajar menjawab soalan-soalan tersebut SEBELUM membaca
jawapannya di belakang setiap pelajaran. Ini adalah kerana dengan berbuat demikian, pelajar boleh
mengetahui dengan lebih pasti mengenai tahap kefahaman dan pengetahuannya terhadap sesuatu
pelajaran. Khususnya, sekiranya jawapannya adalah sama (dari segi fakta) dengan jawapan yang tersedia,
maka beliau dikatakan telah memahami sesuatu pelajaran. Jika sebaliknya, maka pelajar harus
mengulang baca pelajaran tersebut sehingga beliau dapat menguasai dengan sepenuhnya. Harus diingat
dalam kursus ini anda harus mengingati banyak konsep, prinsip dan aplikasi yang berkaitan. Anda tidak
seharusnya banyak menghafal namun untuk memudahkan anda mengingatinya anda harus memahami
konsep dan prinsip MIS dan diikuti dengan tindakan membuat nota atau catatan ringkas.
Di samping itu, tugasan yang diberikan harus mendapat perhatian yang serius daripada pelajar. Pelajar
harus mempunyai iltizam untuk menghasilkan kerja tugasan yang baik dan berkualiti. Oleh yang
sedemikian, tugasan yang dibuat hendaklah merujuk kepada buku-buku teks tambahan yang telah
dinyatakan dan juga mana-mana artikel dalam jurnal sistem maklumat, jurnal MIS, jurnal perniagaan dan
sebagainya yang berkaitan. Tugasan yang hanya merujuk kepada modul sahaja tidak akan mendapat
keputusan yang cemerlang. Ini adalah kerana tugasan bukan sahaja boleh membantu memudahkan proses
pembelajaran dan persediaan untuk menghadapi peperiksaan tetapi ia juga akan menyumbangkan kepada
gred akhir pelajar untuk kursus ini.
Akhir kata, pelajar adalah diingatkan bahawa persediaan awal sebelum menghadiri perjumpaan/kuliah
dan komitmen pelajar terhadap kursus ini amat penting. Hanya dengan persediaan awal dan komitinen
yang tinggi daripada pelajar sahaja keputusan yang cemerlang akan dapat dikecapi pelajar.
4
BPIN 3053 Sistem Maklumat Pengurusan PACE-UUM
Pertemuan 3 4 jam
Bab 9 dan Bab 10
KUIZ 3 (10%)
Pembentangan (5%)