Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Nama : TEE HUI YIN Kumpulan : 3

Tajuk : Isu cara membantu situasi pembelajaran online

CARA

KPM menjalankan pelbagai kursus bagi menyediakan guru dengan kemahiran


menggunakan pelantar pembelajaran digital serta membina bahan pengajaran.
Perkembangan yang positif ini juga dapat dilihat apabila ramai guru mampu menyediakan
bahan pembelajaran digital mereka sendiri untuk digunakan murid dan dikongsi dengan
rakan guru lain. Dalam PKP ini, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mengeluarkan
panduan pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran (PdP) semasa PKP bermula 1 April
2020 yang merangkumi pembelajaran secara atas talian menggunakan Google Classroom
supaya pelajar tidak ketinggalan dalam pendidikan. Beberapa buah universiti turut
memulakan kuliah dan pembelajaran secara atas talian. Contohnya di Universiti Teknologi
Malaysia (UTM), pembelajaran secara atas talian telah bermula 1 April 2020 supaya pelajar
tidak ketinggalan dalam pembelajaran khususnya pelajar yang perlu bergraduan.

Pelaksanaan pembelajaran atas talian ini memerlukan pelajar membina kemahiran


pembelajaran sepanjang hayat. Pelajar tidak boleh lagi menggunakan set pemikiran dahulu
iaitu menunggu cikgu atau pensyarah untuk bercakap atau berkuliah baharu mula belajar.
Pelajar perlu menentukan apakah yang perlu dipelajari, mencari bahan yang telah guru atau
pensyarah letak di platform pembelajaran maya seperti Google Classroom dan e-learning
universiti, kemudian menyusun masa sendiri untuk meneliti bahan tersebut kemudian
menyelesaikannya. Pelajar perlu belajar menyusun masa dan keutamaan, bahan mana
yang perlu dipelajari dan diselesaikan terlebih dahulu, yang mana kemudian.

Cara lain ialah pensyarah haruslah bersedia dengan bahan mengajar sebelum
melaksanakan pembelajaran dalam talian. Mereka perlukan sedikit masa untuk
menyediakannya. Selain tu pensyarah juga harus meningkatkan kemahiran dalam teknologi
maklumat, pegagogi dan penilaian dalam talian. Bagaimanapun, pembelajaran dalam talian
masih boleh dilakukan melalui cara lain, antaranya melalui rakaman video yang boleh
dihantar kepada pelajar melalui WhatsApp atau telegram. Ini juga masih boleh dilaksanakan
(pengajaran melalui video) sekiranya pembelajaran dalam talian tidak boleh dilaksanakan
kepada pelajar disebabkan jaringan internet yang bermasalah.

CABARAN

Apabila dilakukan pembelajaran secara atas talian, pelajar tidak lagi boleh
bergantung kepada pensyarah semata-mata sebagai sumber ilmu. Pelajar perlu membuka
minda untuk meneliti bahan pembelajaran lain di atas talian, bukan nota dan kuliah
pensyarah semata-mata. Pencarian bahan pembelajaran yang sahih dan betul juga
merupakan salah satu kemahiran pembelajaran sepanjang hayat yang perlu dibina. Ini boleh
termasuk nota atau buku elektronik dari universiti terkemuka, video dan platform
pembelajaran terbuka seperti Massive Open Online Courses (MOOC) yang percuma.
Sememangnya bukan senang untuk membina kemahiran pembelajaran sepanjang hayat ini.
Namun dengan COVID-19 dan PKP ini, kita diberi peluang untuk mengasah kemahiran ini
yang amat penting untuk kekal bermandiri pada abad ini. Bak kata pepatah, kalau tidak
dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Sekiranya kita ingin memperoleh kemahiran
pembelajaran sepanjang hayat dan kemahiran abad ke-21 yang lain seperti kemahiran
penyelesaian masalah dan membuat keputusan, bekerjasama dalam satu pasukan,
menguruskan emosi, literasi ICT dan sebagainya, usaha untuk belajar perlu dilaburkan.
Maka, terpulanglah kepada ibu bapa dan pelajar untuk menentukan. Inilah masanya untuk
berubah.

Tidak semua pelajar ada capaian internet yang baik di kediaman masing-masing
khususnya di kampung dan pedalaman. Jadi pembelajaran dalam talian secara terus seperti
aplikasi zoom mungkin pilihan kedua. Seterusnya, pilihan yang baik ialah dalam talian yang
bukan 'real time' seperti menggunakan Google Classroom, Telegram dan sebagainya,”
katanya, sambil menambah, jika melihat keadaan semasa, Malaysia belum bersedia
sepenuhnya menggunakan kaedah pembelajaran dalam talian berikutan kekurangan
prasarana, internet terutama di luar bandar.

Secara fizikal, masalah kemudahan seperti internet dan pemilikan peranti elektronik
seperti komputer untuk setiap murid perlu diatasi terlebih dahulu. Namun begitu, e-
pembelajaran juga memberi cabaran yang baharu kepada pendidik dan pelajar. Cabaran
kepada pendidik adalah untuk menyediakan ruang e-pembelajaran bagi menjayakan
transformasi pengalaman pembelajaran dari persekitaran sebenar kepada persekitaran
pembelajaran secara maya. Cabaran kepada murid pula, mereka harus lebih berdisiplin dan
bersedia untuk belajar secara kendiri, perlu lebih bertanggungjawab terhadap pengalaman
pembelajaran mereka sendiri. Keseluruhannya, murid perlu menghadiri program secara
konsisten, beri tumpuan semasa belajar dan memberi komitmen sepenuhnya. Jika murid
sendiri tidak komited, maka e-pembelajaran akan gagal meningkatkan kualiti pembelajaran
murid itu sendiri.

You might also like