Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

KEMAHIRAN MEMBACA

1.0  PENGENALAN
Kemahiran membaca merupakan proses yang dinamik tetapi kompleks. Kemahiran ini
meliputi keupayaan membaca dengan pantas, memahami fakta, kebolehan mengingati fakta serta
membuat interpretasi secara bijak dan analitis. Menguasai kebolehan membaca bukanlah satu
kerja yang mudah kerana ia hanya dapat dijayakan dengan adanya proses pengajaran dan
pembelajaran secara formal. Membaca merupakan percantuman beberapa proses yang kompleks,
iaitu proses mengamati, mengingat, mendengar, dan membezakan bunyi-bunyi dengan tepat dan
jelas, menyebut lambang-lambang huruf yang mewakili bunyi-bunyi tertentu, menggabungkan
bunyi-bunyi untuk membentuk perkataan dan memindahkan lambang-lambang yang dibacanya
itu kepada system kognitif untuk diterjemahkan dan difahamkan (smith, 1978).
Deboer dan Dallman berpendapat membaca melibatkan dua faktor, iaitu pemahaman dan
interpretasi idea yang dilambangkan melalui penulisan. Gibson pula menegaskan membaca
bermakna bertindak balas terhadap simbol-simbol grafik, mentafsir simbol-simbol grafik kepada
pertuturan dan mendapatkan makna daripada bahan-bahan bercetak.

2.0  DEFINISI KEMAHIRAN MEMBACA

Membaca bermaksud memindahkan tulisan kepada suara. Selain itu, membaca juga
didefinisikan sebagai bukan memindahkan tulisan kepada suara sahaja bahkan menangkap
makna dan memahami apa yang dibaca. Seseorang murid yang boleh memindahkan tulisan
kepada suara, walau bagaimana lancar sekalipun, jika tidak memahami perkara yang disuarakan
maka murid itu tidak dikira sebagai pandai membaca. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa
membaca ialah menyuarakan tulisan , mengambil isi dan fikiran yang tertulis dan memahamkan
kandungannya.
Membaca juga merupakan satu proses mengubah simbol-simbol grafik iaitu tulisan
kepada konsep-konsep intelektual dan proses ini memerlukan daya mental. Membaca adalah
terjemahan daripada bentuk tulisan kepada satu bentuk bahasa yang membolehkan pembaca
menimbulkan makna daripada bentuk tulisan berkenaan. Membaca melibatkan kebolehan
mengenal lambang-lambang dan menterjemah lambang-lambang itu semula kepada bunyi bahasa
dan memahami makna atau tanggapan yang disampaikan oleh tulisan itu. Oleh itu, untuk
membaca seseorang mestilah mengenal dan menyebut lambang-lambang bertulis dan juga mesti
mempunyai satu tanggapan bagi memudahkan fahamannya. Membaca merupakan satu cara
untuk memahami pola-pola bahasa daripada bentuknya yang bertulis. Tambahan pula, Membaca
melibatkan proses mekanikal iaitu membunyikan huruf-huruf yang dicetak dan menjawab
beberapa soalan yang berkaitan dengan tajuk yang dibaca dan melibatkan proses pemikiran yang
konstruktif.

Oleh itu, membaca boleh ditakrifkan sebagai satu perlakuan mendapatkan maklumat melalui
lambang-lambang bertulis atau bercetak. Aktiviti membaca melibatkan dua proses, iaitu
Menterjemahkan lambang bertulis atau bercetak kepada bunyi bahasa dan Mendapatkan
maklumat atau makna daripada bunyi-bunyi bahasa yang disuarakan itu. Membaca juga boleh
dimaksudkan sebagai menyuarakan tulisan, mengambil isi dan fikiran yang tertulis dan
memahamkan kandungannya. Mengajar membaca bererti mengajar murid memindahkan tulisaan
kepada suara serta melatih mereka memahami apa yang terkandung dalam bacaan itu.

3.0  KONSEP KEMAHIRAN MEMBACA

You might also like