Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

SEKOLAH KEBANGSAAN JALAN PEGOH

LORONG PEGOH 4, TAMAN PENGKALAN JAYA, KOD SEKOLAH : ABA2051


TEL. SEK : 05-3214701
31650 IPOH, PERAK DARUL RIDZUAN. NO.FAX : 05-3220982

“1MALAYSIA : RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN”

DASAR KURIKULUM SEKOLAH


1.0. LATAR BELAKANG
    
Kurikulum adalah ’core business’ bagi setiap guru dan murid-murid yang belajar di sekolah ini.
Penetapan dasar ini mengambil kira kehendak, keperluan dan matlamat Kementerian Pelajaran
Malaysia, aspirasi Jabatan Pelajaran Negeri Perak, Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara serta
matlamat, hala tuju dan piagam pelanggan sekolah ini dan sebagai garis panduan kepada warga
Sekolah Kebangsaan Jalan Pegoh, Ipoh dalam memberi khidmat yang berkualiti kepada semua
murid yang merupakan pelanggan.Dan adalah menjadi tanggungjawab semua guru untuk
mematuhi dasar-dasar yang telah ditetapkan tanpa krompomi.

2.0. OBJEKTIF

Penetapan dasar ini dilakukan bertujuan ;


2.1. Menjadi garis panduan yang jelas kepada setiap warga sekolah.
2.2. Memantapkan pengurusan kurikulum peringkat sekolah.
2.3. Memenuhi standard kualiti pengurusan akademik Kementerian Pelajaran Malaysia,
Jabatan Pelajaran Negeri Perak dan Pejabat Pelajaran Daerah Kinta Utara.

3.0 DASAR

3.1. Dasar Kurikulum Sekolah sepanjang masa mestilah selari dengan arus perdana sistem
dan dasar pendidikan kebangsaan
3.2. Kurikulum yang dilaksanakan mestilah mematuhi kehendak Kementerian
Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Perak dan Pejabat Pelajaran Daerah Kinta
Utara.
3.3. Semua guru mesti dan bertanggungjawab mendapat maklumat terkini dalam pelbagai
cara yang sah dan beretika mengenai pendidikan dan kurikulum semasa untuk
mempastikan guru berada di dalam arus dan kehendak sistem pendidikan semasa agar
dapat memberi khidmat kepada setiap murid selaras dengan hak mereka sebagai
pelanggan.
3.4. Pada sepanjang masa, program-program akademik diutamakan. Ini bermakna sekiranya
program akademik bertembung dengan program lain, laluan untuk program
akademik hendaklah diberikan keutamaan.

4.0 MESYUARAT

1
4.1. Jawatankuasa Kurikulum akan bermesyuarat minimum 4 kali setahun mengikut standard
piawaian Kementerian Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Perak dan Pejabat
Pelajaran Daerah Kinta Utara.
4.2. Isi kandungan mesyuarat mengikut garis panduan yang diberikan.
4.3. Mesyuarat Panitia - minimum 4 kali setahun dan minit mesyuarat hendaklah siap
dan diedarkan kepada semua ahli dalam tempoh 14 hari bekerja dan difailkan ke dalam
fail panitia masing-masing.
4.4. Surat Panggilan Mesyuarat diedarkan kepada semua guru minima 2 hari sebelum tarikh
mesyuarat dijalankan.
4.5. Kehadiran bagi setiap mesyuarat adalah wajib kecuali dengan pelepasan dan kebenaran
guru besar sahaja.

5.0 SISTEM FAIL

5.1. Jenis fail diselaraskan kepada “hard file” bersais 2 inci.


5.2. Nama fail hendaklah dilabel secara melintang pada tetulang fail dan
nombor rujukan fail hendaklah dilabel pada kulit hadapan fail dibucu atas sebelah kanan
dan nombor rujukan fail hendaklah selaras dengan nombor dari buku daftar fail sekolah.
5.3. Fail Jawatankuasa Kurikulum diurus dan disimpan oleh Penolong Kanan
Pentadbiran selaku Timbalan Pengerusi Kurikulum Sekolah.
5.4. Semua fail panitia diletakkan di bilik Penolong Kanan Pentadbiran, ketua panitia hanya
menyimpan salinan fail sebagai “desk copy”
5.5. Setiap panitia mempunyai 2 fail sebagaimana berikut ;
 Fail 1 - Pengurusan : Isikandungan fail ( Indeks, carta organisasi, profil
jawatankuasa (cetak dari Emis) takwim panitia, kewangan dan
perancangan perbelanjaan, surat-surat pekeliling, surat panggilan mesyuarat, minit
mesyuarat, instrumen pencerapan guru, instrumen pencerapan murid, program
peningkatan mata pelajaran, pelan perancangan strategik, taktikal dan operasi,
laporan program  peningkatan mata pelajaran.
 Fail 2 - Sukatan Pelajaran terkini, Huraian Sukatan Pelajaran, modul atau
bahan edaran kursus yang dibekalkan.

6.0 MATA PELAJARAN YANG DILULUSKAN

6.1. Kurikulum KSSR : 


       Modul Teras Asas    : Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik,
Pendidikan Islam, Pendidikan Moral, Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan,
Sejarah, Reka Bentuk dan Teknologi TMK.
Modul Teras Tema  : Dunia Seni Visual, Dunia Sains dan Teknologi dan Dunia Muzik.
Modul Elektif            : Bahasa Arab.
6.2. Kurikulum KBSR :
       Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains, Pendidikan Islam,
Pendidikan Moral, Bahasa Arab Kominikasi, Pendidikan Muzik, Pendidikan Jasmani,
Pendidikan Kesihatan, Pendidikan Seni, Kemahiran Hidup, Kajian Tempatan, Sivik
dan Kewarganegaraan.
6.3. Perhimpunan Rasmi (Isnin) adalah bukan mata pelajaran ajar. Kehadiran
semua guru semasa perhimpunan rasmi adalah wajib sehingga perhimpunan selesai
kecuali atas kebenaran guru besar.

7.0. SUKATAN PELAJARAN, RANCANGAN TAHUNAN DAN RANCANGAN


PELAJARAN HARIAN SERTA PENGURUSAN BUKU PERSEDIAAN MENGAJAR

2
7.1. Sukatan Pelajaran Terkini yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia hendaklah diperoleh dan disimpan dalam fail panitia dan oleh setiap guru.
7.2. Semua Rancangan Tahunan hendaklah disiapkan/lengkapkan tidak
lewat dari 31 Januari tahun berkenaan.
7.3. Rancangan Tahunan hendaklah disahkan oleh Guru Besar.
7.4. Rancangan Pelajaran Harian mengandungi 5 perkara asas;
      7.4.1. Tajuk/Tema
7.4.2. Standard Kandungan
7.4.3. Standard Pembelajaran
      7.4.4. Objektif
     7.4.5. Aktiviti
     7.4.6. Pengisian Kurikulum/EMK
      7.4.7. Refleksi
7.5. Buku Rekod Mengajar dihantar setiap hari Jumaat pada setiap minggu
tanpa gagal.
7.6. Semua guru mesti membawa buku rekod persediaan mengajar,
rancangan tahunan dan sukatan pelajaran setiap kali masuk ke kelas untuk tujuan
pengajaran dan pembelajaran.
7.7. Rancangan Pengajaran Harian hendaklah disediakan walaupun guru
menghadiri kursus, perancangan yang disediakan akan djalankan oleh
guru yang diarahan mengganti bagi kelas dan mata pelajaran
tersebut.                                               
7.8. Menghabiskan Sukatan ;
       7.8.1. Sekurang-kurangnya 3 minggu sebelum peperiksaan akhir tahun
bagi tahun semasa.
7.8.2. Tahun 6, minggu pertama bulan Ogos bagi tahun semasa.
7.9. Pendidikan Khas/LINUS - kaedah pengajaran hendaklah kepada student
centered / berpusatkan murid berdasarkan keperluan murid khas itu sendiri.

8.0. JADUAL WAKTU

8.1. Jumlah waktu setiap mata pelajaran mengikut ketetapan Akta


Pendidikan yang berkuatkuasa semasa.
8.2. Tambahan waktu setiap mata pelajaran dibolehkan mengikut keperluan
sekolah dengan persetujuan mesyuarat kurikulum dan dilaksanakan diluar jadual waktu
rasmi.
8.3. Dasar pengagihan mata pelajaran – keutamaan kepada guru opsyen
dan kepakaran guru.
8.4. Jumlah waktu pengajaran maksima guru ialah 30 waktu seminggu tidak
termasuk perhimpunan dan bergantung kepada pengisian waran layak
bagi tahun semasa.

9.0 TENAGA PENGAJAR

9.1. Semua guru diberikan tugas mengajar mengikut keutamaan seperti berikut :-
 Opsyen pengkhususan mereka.
 Pengetahuan dan kepakaran.
 Pengalaman bertugas.

3
9.2. Semua guru diberikan tugas mengajar tidak lebih dari 3 mata pelajaran berikut :-
 Mata pelajaran opsyen Dua mata pelajaran elektif
9.3. Semua guru diberikan peluang mengikuti pelbagai program dan aktiviti bertujuan
mempertingkatkan tahap :-
 Kelayakan akademik dan ikhtisas
 Pengetahuan
 Pengalaman
 Kemahiran
9.4. Semua guru dibenar dan digalak melaksanakan apajua pendekatan proses pengajaran &
pembelajaran yang boleh meningkatkan :-
 Minat pelajar
 Pencapaian pelajar
9.5. Semua guru digalakkan mencipta inovasi-inovasi dalam proses pengajaran dan
pembelajaran melalui :-
 Idea-idea individu
 Idea-idea rakan sejawat atau kumpulan-kumpulan lain.

10. PENEMPATAN PELAJAR

10.1 Semua murid diwajibkan mempelajari semua mata pelajaran yang ditawarkan di sekolah.
10.2 Semua pelajar akan ditempatkan ke kelas seperti berikut :-
 Kelas pertama bagi pelajar yang mempunyai potensi yang tinggi menghasilkan
kecemerlangan, berdasarkan pencapaian Penilaian Akhir Tahun sebelumnya.
 Kelas-kelas berikutnya bagi menempatkan pelajar secara seimbang yang mempunyai
tahap potensi baik, sederhana dan kritikal.
 Namun demikian kes-kes berkaitan perbezaan pengambilan mata pelajaran Moral dan
Agama juga diambil kira.
10.3 Semua pelajar Tahun 6 yang terlibat dengan Peperiksaan Awam ditempatkan ke kelas
mengikut criteria :-
 Kelas Projek Kecemerlangan bagi pelajar yang cemerlang dan potensi cemerlang.
( Ke arah Pencapaian Kualiti )
 Kelas Projek Sumbangan bagi pelajar yang berprestasi baik dan sederhana. ( Ke arah
Pencapaian Kuantiti )
 Kelas Projek Harapan bagi pelajar yang berprestasi lemah dan kritikal. ( Dipulihkan
untuk membantu pencapaian kuantiti )
10.4 Semua pelajar yang baru bertukar masuk dari sekolah lain akan ditempatkan ke kelas
berdasarkan kriteria berikut :-
 Pencapaian akademiknya
 Keseimbangan jantina dalam sesuatu kelas
 Keseimbangan jumlah pelajar dalam sesuatu kelas

11. PENEMPATAN GURU DISESUATU KELAS

11.1 Pentadbir sekolah berhak mengaturkan senarai tugas mengajar bagi setiap guru
berdasarkan kriteria berikut :-
 Keperluan strategi sekolah
 Kepakaran yang dimiliki setiap guru
 Pengalaman mengajar setiap guru
4
 Minat atau permintaan seseorang guru

12. GURU GANTI

12.1. Mana-mana guru yang CRK/ berkursus perlu merekod dan memaklumkan kepada Guru
Besar, Penolong Kanan Pentadbiran atau Ketua Pembantu Tadbir serta mencatat pada
papan notis dan Buku Pergerakan Staf.
12.2. Guru yang dipanggil berkursus dengan surat panggilan diterima awal digalakkan menjual
waktu kepada guru-guru lain dengan membuat tawaran.
12.3. Mencari pengganti terlebih dahulu.
12.4. Menyediakan bahan untuk pengajaran guru ganti.
12.5. Menggantikan Pelajaran yang tertingggal pada masa lain.
12.6. Penyediaan Guru Ganti disediakan dan direkod oleh Penyelaras Jadual Waktu.

13. WAKTU PERSEKOLAHAN


        
           Isnin-Khamis 07.20 pagi - 01.30 petang /2.30petang.
           Jumaat        07.20 pagi - 12.00 tengahari.  
* Waktu boleh berubah mengikut keperluan atau situasi semasa dan akta /
pekeliling ikhtisas yang berkuatkuasa semasa.

14. PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN

14.1 Bagi Sistem KBSR 4 kali peperiksaan yang diselaraskan kertas soalan dan
jadualnya oleh Majlis Guru Besar.
14.2  Bagi murid di tahun 6 semua murid adalah berhak dan layak menduduki
UPSR mengikut jadual dan kertas soalan yang ditetapkan oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia.
14.3  Bagi Sistem KSSR kaedah Pentaksiran PBS KSSR dijalankan sepenuhnya
tanpa gagal dengan menggunakan instrumen dan borang-borang yang
dikhususkan bagi setiap mata pelajaran dan tahap murid itu sendiri. Instrumen, band
eviden dan showcase eviden hendaklah difailkan ke dalam fail yang dikhususkan.

14.4. Format Peperiksaan


14.4.1 Murid dalam Sistem KBSR, JSU disediakan untuk menentukan
aras soalan.
14.4.2 Masa mengikut Kertas Sebenar Peperiksaan Awam.
14.4.3 Format - mengikut format soalan kertas peperiksaan awam.
14.4.4   Semua pengendalian mengikut Standard Peperiksaan Sebenar.

14.5. Jadual Pengawasan


14.5.1.  Disediakan oleh Penolong Kanan Pentadbiran & Setiausaha
Peperiksaan Dalaman.
14.5.2. Jadual pengawasan mengikut jadual peribadi.
14.5.3.  Masa adalah mengikut keperluan peperiksaan awam.

14.6. Rekod Markah


14.6.1. Markah peperiksaan direkodkan ke dalam Buku Persediaan
Mengajar.

5
14.6.2. Markah peperiksaan dimasukkan ke dalam Sistem SAPS secara
atas talian mengikut tarikh yang ditentukan oleh Kementerian
Pelajaran Malaysia, Jabatan Pelajaran Negeri Perak atau Pejabat Pelajaran
Daerah Kinta Utara.
14.6.3  Slip keputusan atau Buku Rekod PKSR dilengkapkan dan
diserahkan kepada semua ibubapa murid bagi Peperiksaan
            PKSR 1 dan PKSR 2.

14.7. Syarat Lulus


14.7.1  Penetapan gred atau skor adalah sebagaimana berikut ;
          A: 80-100    B: 60-79    C:40-59    D:20-39    E:0-19

14.8. Jadual Spesifikasi Ujian


14.8.1. Semua penyedia soalan ujian / peperiksaan penggal diminta
menyediakan JSU mengikut tahap kesukaran yang logik untuk
para murid cemerlang.
14.8.2. JSU yang disediakan akan dijadikan asas dalam penilaian pada
ujian berikutnya.

14.8.3. Bagi soalan objektif - analisis Item mesti disediakan setiap kali
selepas ujian / peperiksaan.
14.8.4. Semua soalan mesti disahkan oleh Ketua Panitia / Guru Kanan
Atau Penolong Kanan Pentadbiran sebelum dicetak.

14.9. Post Mortem Untuk Peperiksaan


14.9.1. Post Mortem secara bertulis disediakan oleh Ketua Panitia
setiap kali keputusan Peperiksaan PKSR 1 dan  2 dan Percubaan
UPSR.
14.9.2. Kekuatan dan kelemahan hendaklah dikenal pasti secara individu.
14.9.3. Setiap guru ada fail murid cemerlang dan murid kritikal untuk
diambil tindakan sewajarnya.
14.9.4. Maklumat terperinci murid berkenaan perlu disalurkan kepada PK1,
HEM dan Guru Bimbingan Sekolah.

14.10. Pentaksiran Berasaskan Sekolah


14.10.1.Semua Ketua Panitia perlu memastikan perlaksanaan PBS
mengikut tempoh yang ditetapkan.
14.10.2.Mana-mana murid yang berpindah perlu dipastikan fail PBS
dibawa bersama untuk mengelak masalah di sekolah baru
murid berkenaan.
14.10.3.Dokumentasi berkaitan PBS hendaklah difailkan ke dalam fail
berkaitan serta boleh dikemukakan dengan serta merta apabila
diminta oleh pencerap dalaman atau dari JPN, PPD dan Jemaah
Nazir untuk tujuan pencerapan dan pemantauan tanpa gagal. 
14.10.4.Isi kandungan fail berkaitan PBS adalah sebagaimana format dan
tatacara pengurusan yang telah ditetapkan oleh Lembaga
Peperiksaan Malaysia yang telah didedahkan kepada semua guru
melalui kursus anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Perak dan Pejabat
Pelajaran Daerah Kinta Utara serta melalui kursus dalaman anjuran
sekolah. Format atau tatacara pengendalian fail PBS

6
adalah  sebagaimana yang telah didedahkan oleh Guru Besar (Format tersebut
boleh dimuat turun dari menu muat turun "Rupa & Isi Fail PBS).

15. PEMANTAUAN

15.1. Pengajaran dan Pembelajaran


15.2. Pengajaran dan Pembelajaran Guru/ murid di bilik darjah akan dicerap 2
kali dalam setahun secara rasmi.
15.3. Guru-guru akan dicerap oleh Guru Besar dan  Penolong-penolong Kanan.
15.4. Jadual Induk pencerapan akan dikeluarkan setiap tahun.
15.5. Guru dinasihat berbincang untuk menetapkan tarikh dan masa yang
sesuai untuk dicerap.
15.6. Ketua-ketua Panitia juga digalakkan mencerap guru-guru di bawah
panita masing-masing.
15.7. Semua Penolong Kanan dan Guru Kanan akan dicerap oleh Guru Besar.

16. Pengurusan Panitia

16.1. Pengurusan Panitia diletakkan sepenuhnya di bawah pengawasan Ketua


Panitia Mata pelajaran berkenaan.
16.2. Penolong kanan akan menyelia semua panitia 2 kali setahun.
16.3. Semua Fail Pengurusan Panitia akan disemak dari masa ke semasa dan
diletakkan di bilik Penolong Kanan Pentadbiran.
16.4. Semua panitia perlu membuat Pelan Perancangan Strategik, Pelan
Taktikal dan Pelan Operasi.
16.5. Semua Panitia mesti menentukan sasaran tahunan berdasarkan TOV, ETR
Kohort tertentu. Ini termasuk mengambil kira OTI dan headcount murid.
16.6. Ketua Panitia bertanggungjawab menyediakan Anggaran Belanjawan
Tahunan bagi tahun berikutnya.
16.7. Ketua Panitia perlu memastikan panitia di bawah mereka
membelanjakan peruntukan PCG secara berkesan dan mematuhi
peraturan kewangan.

17. Bilik-bilik Khas

17.1. Semua bilik khas mesti diurus dengan sempurna oleh guru yang
bertanggungjawab berdasarkan Buku Panduan Pengurusan Sekolah.
17.2. Penyeliaan adalah seperti berikut ;
 Surau
 Bengkel Kemahiran Hidup
 Bilik Sains
 Stor Audio
 Bilik PSS
 Bilik SPBT
 Bilik Peralatan Pendidikan Jasmani
 Bilik Pemulihan Khas / LINUS
 Bilik Bimbingan
17.3. Rekod penggunaan dan peraturan penggunaan serta jawatankuasa
mesti disediakan.
17.4. Arahan keselamatan, peraturan dan prosedur penggunaan perlu
7
dipaparkan dengan jelas bagi setiap bilik khas.
17.5. Bilik-bilik khas hendaklah sentiasa berada di dalam keadaan yang
kondusif, selamat dan sesuai sebagai fungsi bagi setiap bilik khas itu
sendiri.

18. Jawatankuasa Pemantauan

18.1.    Guru Besar.


18.2.    Penolong Kanan Pentadbiran.
18.3.    Penolong Kanan HEM.
18.4.    Penolong Kanan Ko Kurikulum.
18.5. Semua Ketua Panatia/Pengerusi Jawatankuasa

19. Penyeliaan Buku Latihan Murid

19.1.    Tugasan murid akan dicerap oleh pihak pengurusan 2 kali setahun
bagi memastikan penyemakan dilakukan secara konstruktif.
19.2.    Semua guru akan menyerahkan secara rawak 10 buah buku dari setiap
kelas yang diajar untuk semakan jawatankuasa.

20. Penetapan Dasar & Kuantiti Latihan Murid

20.1.    Minima 2 komponen berfokus penulisan seminggu bagi mata pelajaran


bahasa.
20.2.    Minima 20 latihan pelbagai format seminggu bagi aspek tatabahasa
bagi mata pelajaran bahasa.
20.3.    Minima 10 latihan peningkatan kosa kata bagi mata pelajaran bahasa
seminggu.
20.4.    Minima 4 latihan berbentuk kajiselidik / inferens / rumusan bagi mata
pelajaran Sains dalam seminggu.
20.5.    Minima 2 projek sains berkumpulan dan 2 projek sains individu yang
bersesuaian dengan tajuk / unit semasa yang sedang diajar dalam 1 semester.
20.6.    Minima 20 soalan objektif seminggu bagi mata pelajaran Sains.
20.7.    Minima 20 soalan objektif seminggu bagi mata pelajaran Matematik.
20.8.    Minima 20 soalan penyelesaian masalah seminggu bagi mata
pelajaran Matematik.
20.9.    Minima 20 soalan seminggu bagi Pendidikan Islam merangkum komponen 
 asuhan tilawah (huruf hijayyah tunggal pelbagai baris, tanda)
 ulum as-syariah (akidah, ibadah, sirah)
 adab dan akhlak islamiah
  jawi
20.10. Minima 5 soalan pemahaman format subjektif dan 10 soalan pelbagai
format bagi mata pelajaran Kajian Tempatan, Sivik dan Moral dalam seminggu.
20.11.  Minima 2 penghasilan folio bagi 1 tahun untuk mata pelajaran Kajian
Tempatan, Sivik dan Moral.
20.12.  Minima 10 latihan seminggu pelbagai format bagi mata pelajaran
Kemahiran Hidup merangkumi aspek peralatan, urus niaga, pengurusan dan teori.
8
20.13.  Minima 2 projek kumpulan dan 2 projek individu 1 tahun bagi mata
pelajaran Kemahiran Hidup dan dipamerkan.
20.14. Minima 1 hasilan terbaik individu bagi setiap komponen dalam
Pendidikan Seni dan Dunia Seni Visual sepanjang 1 bulan difailkan atau
dipamerkan.
20.15. Minima 10 latihan teori pelbagai format soalan bagi mata pelajaran
Pendidikan Muzik dan Dunia Muzik dalam seminggu.
20.16.  Lembaran kerja murid samada helaian yang dibuat sendiri atau
menggunakan buku kerja melalui tatacara yang dibenarkan sebagai
eviden bagi setiap unit kemahiran yang menunjukkan pencapaian band oleh murid bagi
setiap matapelajaran dalam sistem KSSR hendaklah difailkan dalam Fail Portfolio
Perkembangan Murid dan dalam Fail
Portfolio Showcase untuk pencapaian yang terbaik bagi tujuan pencerapan.
20.17.  Semua Penolong Kanan akan mencerap 10 buah buku, 10 buah Fail
Portfolio Perkembangan Murid dan Fail Portfolio Showcase bagi setiap
kelas.
20.18. Rekod Penyeliaan Buku Kerja Murid, Latihan Murid, Fail Portfolio
Perkembangan Murid dan Fail Portfolio Showcase hendaklah diserahkan
kepada Penolong Kanan Pentadbiran.
20.19. Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran akan memastikan tindak
susul dibuat oleh Guru Mata pelajaran dan Ketua Panitia Mata pelajaran.

21. ANGGARAN PERBELANJAAN TAHUNAN PANITIA

21.1.  Dasar perbelanjaan dan perolehan akan ditentukan semasa Mesyuarat


Kewangan Sekolah.
21.2.   Setiap Panitia dikehendaki menyediakan anggaran perbelanjaan
tahun berikutnya dengan mengemukakan cadangan pembelian buku dan peralatan bantu
mengajar kepada Penolong Kanan Pentadbiran seminggu sebelum cuti akhir tahun
persekolahan semasa.
21.3.   Dasar perolehan, penggunaan, penyelenggaraan dan verifikasi tahunan
mesti mengikut  Arahan Perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa.
21.4.   10 % peruntukan untuk tahun berkenaan perlu direzab untuk pembelian
ABM bagi kegunaan awal tahun.
21.5.   Bajet hendaklah berdasarkan peruntukan wang kerajaan dan wang
suwa yang diturunkan.

22. BUKU TEKS, PUSAT SUMBER SEKOLAH DAN BAHAN BACAAN

22.1. Buku teks yang dibekalkan dimaksimumkan penggunaannya.


22.2.   Keselamatan dan keadaan buku teks hendaklah diselia 2 kali setahun.
22.3.   PSS hanya dibenarkan penggunaannya pada waktu P & P bagi mata
pelajaran Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Arab bagi
Program NILAM.
22.4.   Bagi mata pelajaran selain dari bahasa dibenarkan masuk ke PSS dengan
tujuan pengajaran berfokus dan rujukan sekiranya telah dirancang di
dalam Buku Persediaan Mengajar dan Bilik PSS telah ditempah terlebih dahulu.
22.5.   Kebenaran khas diberi waktu ketiadaan guru, guru ganti dibenarkan
membawa murid ke PSS untuk mencari maklumat atau menonton video

9
berkaitan pembelajaran tetapi hendaklah secara terancang dan terkawal.
22.6.   Program NILAM Pusat Sumber akan diselia sepenuhnya oleh Guru-guru
bahasa.
22.7.   Penyemakan buku NILAM murid dilakukan 2 kali setahun oleh Guru
bahasa.
22.8.   Jadual Penyemakan akan dikeluarkan oleh Guru Media atau Penyelaras
PSS.
22.9.   Buku-buku rujukan percuma (Naskah Guru) hendaklah dijadikan aset
panitia.

23. PROGRAM PENINGKATAN AKADEMIK

23.1. Semua program utama yang berlangsung dalam P & P dibuat


berdasarkan keperluan panitia.
23.2.   Dasar Kurikulum menyokong penuh semua program peningkatan
akademik yang bertunjang ke arah kecemerlangan murid.
23.3.   Jawatankuasa Kecemerlangan akademik adalah nadi membantu
semua Panitia dalam merancang dan melaksana program akademik.
23.4.    Panitia diminta mengemukakan kertas cadangan yang relevan untuk
program akademik panitia berkenaan.
23.5.   Penglibatan semua penolong-penolong kanan dan Guru Bimbingan
adalah wajib bagi penyelarasan Program Akademik.

24. PERKEMBANGAN STAF

24.1. Kursus Dalaman


24.1.1. Semua guru yang menghadiri kursus mesti memberikan taklimat
ringkas Kepada Guru Besar dan Penolong Kanan Pentadbiran
apabila pulang berkursus menggunakan format minit curai.
24.1.2. Kursus dalaman akan dianjurkan oleh guru berkenaan mengikut
keperluan dan budi bicara Guru Besar dan Penolong Kanan
apabila dirasakan perlu atau atas arahan penganjur kursus.
24.1.3. Bahan edaran kursus adalah aset sekolah guru menyimpan salinan
untuk keperluan sendiri dan guru lain.

24.2. Kursus Perkembangan Staf / Konsultasi


24.2.1. Dirancang mengikut permintaan guru berdasarkan keperluan
kursus dalam LNPT guru.
24.2.2. Lawatan ke sekolah yang cemerlang diadakan dalam kumpulan
yang kecil untuk mendapatkan maklumat dan perkongsian pintar.
24.2.3. Lawatan boleh diadakan oleh panitia.

24.3. Bahan-bahan Ilmiah Kursus


24.3.1. Diperbanyak untuk keperluan guru lain.
24.3.2. Disimpan untuk rujukan panitia

25. KAJIAN TINDAKAN

10
25.1. Semua Panitia mata pelajaran disarankan membuat satu kajian tindakan
setiap tahun.
25.2. Kajian tindakan yang berkualiti akan dihantar ke jabatan untuk
penyertaan sekolah.

26. DASAR PENGGUNAAN KERTAS UNTUK P& P DAN PEPERIKSAAN

26.1.   Guru-guru dinasihatkan mengamalkan dasar penjimatan dengan


menggunakan Font Century Gothic 10 bagi Tahap 1 dan Times New
Roman 10 bagi Tahap 2 dan set-up kertas left & right 0.5 dan top & bottom pada 0.5
26.2.   Percetakan lembaran kerja dan kertas soalan menggunakan mesin
fotostat yang disewa.

27. TARGET PEPERIKSAAN AWAM DAN DALAMAN

27.1.  Peperiksaan dalaman – semua murid lulus setiap mata pelajaran.


27.2.    UPSR - Kuantiti Lulus Keseluruhan 90%, Kualiti Lulus Cemerlang Keseluruhan
30%

28. PENYERTAAN PERTANDINGAN LUAR AKADEMIK

28.1. Meningkatkan penyertaan dalam pertandingan berbentuk akademik di


peringkat Daerah, Negeri dan Kebangsaan.
28.2.  Guru-guru dan murid juga digalakkan mengambil bahagian dalam
pertandingan yang dianjurkan oleh agensi-agensi luar ke arah memartabatkan nama
sekolah.

29. PENENTUAN DAN PERUBAHAN DASAR KURIKULUM

29.1.   Penentuan dasar yang ditetapkan tidak akan berubah sehingga berlaku
keperluan pendidikan negara .
29.2.   Perubahan boleh dilakukan dari semasa ke semasa mengikut keputusan
pentadbir melalui mesyuarat pengurusan dan mesyuarat kurikulum.

11

You might also like