Liqa'1 Usrah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

TUGASAN LIQA’ 1

BIODATA PENSYARAH

Nama diberi ialah Ustaz Ahmad Syafiq bin Mat Razali. Beliau merupakan seorang Pengetua Bahagian
Pengurusan Kediaman Pelajar di Kolej Universiti Islam Selangor. Beliau juga merupakan seorang
pensyarah di Fakulti Pendidikan merangkap Timbalan Dekan Pembangunan Mahasiswa dan Alumni.
Beliau berasal dari negeri Kelantan.

RINGKASAN LIQA 1

Pada liqa pertama ini saya akan meringkaskan ceramah yg berkisahkan tentang 7 orang pemuda
ashabul kahfi yang disampaikan oleh Ustaz Ahmad Syafiq Bin Mat Razali. Surah Al Kahfi ini kita
disunatkan membacanya pada hari khamis malam jumaat iaitu ketika masuknya azan maghrib maka
disitu bermulanya pahala sunat untuk kita baca surah ini. Antara fadilat yg kita dapat ialah Allah swt
akan menyinari kita diantara jumaat ini sehingga jumaat minggu hadapan. Banyak antara kita yg
menghafal kisah ini kerana kisah ini ada kelebihan tersendiri. Kisah ini adalah kisah sahih kerana ia
disebut di dalam Al Quran dan Al Quran itu sifatnya mutawattir. Walau bagaiamananpun Al Quran
tidak cerita dengan terperinci misalnya nama ,umur dan sebagainya kerana Al Quran ini
mengutamakan pengajaran . Kisah ashabul kahfi merupakan suatu kisah benar mengenai 7 orang
pemuda yang tertidur di dalam sebuah gua. Di dalam Al Quran, dari ayat 9 hingga 26; surah Al Kahfi,
diceritakan kisah beberapa orang pemuda beriman yang telah melarikan diri ke sebuah gua dan
bagaimana Allah tidurkan mereka selama 309 tahun. Jika difikir secara logik akal, maka kisah dan
cerita tentang ashabul kahfi termasuk suatu kejadian pelik, luar biasa dan menakjubkan. Tiada
manusia yang dapat menjelaskan bagaimana ada orang yang boleh tidur sehingga ratusan tahun
tanpa makan dan minum. Namun bagi orang yang beriman dan meyakini Allah bahawa tiada yang
mustahil jika allah mengkehendakinya demikian. Allah berfirman di dalam surah Al Kahfi ayat 9 yg
bermaksud “adakah kamu menyangka (wahai muhammad), bahawa kisah ‘ashabul kahfi’ (penghuni
gua) dan ‘ar-raqiim’ termasuk antara tanda-tanda kekuasaan kami yang menakjubkan?”. Kisah ini
memberikan kesedaran kepada kita tentang kebenaran kekuasan Allah yang perlu kita percaya.

You might also like