Ujian BM Kertas 1 Tahun 6

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

SEKOLAH KEBANGSAAN NANGA MENJUAU, LUBOK ANTU

YBB 2125

PENIALAIAN SETARA STANDARD (PSS) 2021


BAHASA MELAYU (011 PEMAHAMAN)
NOVEMBER 2021
1 JAM 15 MINIT

BAHASA MELAYU TAHUN 6


PEMAHAMAN

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

Untuk Kegunaan Pemeriksa


No. Soalan Markah
ARAHAN KEPADA CALON : Bahagian A
Bahagian B
1. Kertas soalan ini mengandungi dua bahagian. Bahagian A dan Bahagian B 21
22 (a)
2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan dalam kedua-dua bahagian ini. (b)
3. Tiap-tiap soalan dalam Bahagian A diikuti oleh tiga atau empat pilihan jawapan, iaitu 23
A, B, C dan D. Bagi setiap soalan, pilih satu jawapan jawapan sahaja. Hitamkan 24 (a)
jawapan kamu pada kertas jawapan objektif yang disediakan. (b)
4. Jika kamu hendak menukar jawapan, padamkan tanda yang telah dibuat. Kemudian (c)
hitamkan jawapan yang baharu. (d)
25 (a)
(b)
(c)
(d)

Jumlah
50
SULIT 011

BAHAGIAN A
[20 MARKAH]

Soalan 1 hingga 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. “Nani, mengapakah ______________ tidak hadir ke sekolah semalam?” tanya Cikgu


Larry kepada anak muridnya.
A dia
B awak
C mereka
D engkau

2. “__________ mohon berangkat dahulu, tuanku,” sembah Laksamana Hang


Tuah di hadapan Sultan Mahmud.
A Beta
B Hamba
C Patik
D Tuan hamba

3. Kakak sedang __________________ jari telunjuk adik yang terkena duri untuk
mengeluarkan duri tersebut.
A memicit
B menekan
C menyuntik
D menyentap
SULIT 011

Soalan 4 berdasarkan gambar di bawah

4. Walaupun usia Karina masih muda, namun dia mahir _______________ biola.
A memetik
B menggosok
C menggesel
D menggesek

5. Puan Norma makan dua ____________ durian dan dua ____________ petai.
A pangsa....gugus
B biji....pangsa
C ulas....papan
D tangkai....bakul

6. Mak Cik Sarah menjual ______________ segar yang boleh dimakan sebagai ulam.

A kayu-kayan
B sayur-mayur
C rempah-ratus
D rumput-rampai

7. Nakhoda itu mengarahkan anak-anak kapalnya ___________ sauh yang berat itu di
muara sungai.

A. menghulurkan
B. melontarkan
C. meletakkan
SULIT 011
D. melabuhkan
Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

8. Penduduk yang tinggal di ______________ sungai itu terpaksa meninggalkan cara


hidup tradisi mereka apabila diminta berpindah ke penempatan yang baru.
A. tepi
B. penjuru
C. hujung
D. dalam

9. Kelvin menerima surat __________ abang sulungnya ________ minggu lepas.


A daripada ......di
B dari ....... di
C dari .........pada
D daripada .......... pada

10. Sofea dan keluarganya bercadang untuk _____________ ke luar negara semasa cuti
tahun baharu nanti.
A. makan angin
B. makan hati
C. makan budi
D. makan suap

11. Walaupun hidup _____________, Mak Cik Senah tidak pernah menyusahkan sesiapa.
A. sebatang kara
B. kera sumbang
C. setahun jagung
D. sehelai sepinggang
SULIT 011

Soalan 12
Pilih perkataan berlawan bagi perkataan yang bergaris.

12. Rahman kelihatan tenang sewaktu pembedahan ke atas bapanya dijalankan.


A kacau
B bosan
C gelisah
D runsing

Soalan 13
Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberi.

13. Puan Marina meleteri Farah yang suka keluar pada waktu malam.
A Puan Marina suka keluar pada waktu malam untuk meleteri Farah.
B Pada waktu malam, Farah suka meleteri Puan Marina yang suka keluar.
C Farah dileteri Puan Marina kerana dia suka keluar pada waktu malam.
D Farah dileteri Puan Marina pada waktu malam kerana dia suka keluar.

14. Guru penolong kanan memberitahu bahawa sambutan Hari Kokurikulum yang akan
diadakan pada minggu depan terbuka kepada pasukan unit beruniform.
A. “Mana-mana pasukan unit beruniform yang berminat menyertai Hari
Kokurikulum bolehlah mendaftar sekarang,” kata guru penolong kanan.
B. “Saya memberi peluang kepada mana-mana pasukan unit beruniform untuk
menyertai sambutan Hari Kokurikulum pada minggu depan,” jelas guru
penolong kanan.
C. “Semua pasukan unit beruniform perlulah menyertai sambutan Hari
kokurikulum yang akan diadakan pada minggu depan,” kata beliau.
D. “Sambutan Hari kokurikulum ini adalah terbuka kapada ibu bapa ahli-ahli unit
beruniform,” ujar beliau.

SULIT 011

15. Pilih ayat tanya yang sesuai bagi ayat di bawah.


Benar, Harunlah yang menconteng tandas itu.
A Benarkah Harun yang menconteng dinding tandas itu?
B Siapakah yang menconteng dinding tandas itu?
C Mengapakah Harun menconteng dinding tandas itu?
D Bagaimanakah Harun menconteng dinding tandas itu?

16. I. Lampu-lampu neon bergantungan di restoran makanan laut yang baru


dibuka itu.
II Jam-jam tangan buatan negara Swiss itu sangat berkualiti dan harganya
juga mahal.
III Orang ramai diminta memikirkan cara yang berkesan untuk menangani
gejala sosial.
IV Berapa daerah di negeri Perlis akan terlibat dengan catuan bekalan air
mulai hari ini.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

SULIT 011

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Aku dan adik berasa sangat gembira kerana pada cuti sekolah sempena Tahun Baru
Cina baru-baru ini, ayah telah membawa kami melancong. Destinasi kami pada kali ini
adalah ke Melaka Bandaraya Bersejarah. Aku amat terpesona melihat panorama indah
sepanjang perjalanan kami menuju ke sana.
Lokasi pertama yang kami kunjungi ialah Bandar Hilir. Kami telah melawat St. Paul
dan Muzium Samudera. Aku dan adik sempat membeli cenderamata di sebuah emporium
untuk dihadiahkan kepada rakan-rakan.
Pengalaman manis buatku adalah ketika menaiki bot menyusuri Sungai Melaka.
Sungai ini dulunya terbiar tetapi sudah dibaik pulih dan diperindah dengan landskap yang
menarik sehingga berjaya menggamit ramai pelancong termasuk dari luar negara. Mengikut
catatan sejarah, sungai ini menjadi laluan kapal saudagar-saudagar yang berdagang di
Melaka. Banyak artifak yang telah ditemui di sungai ini dan sebahagiannya disimpan di
muzium untuk tatapan orang ramai. Di sepanjang sungai, kami melihat rumah-rumah
penduduk kampung yang dicat dan dihias dengan cantik. Ayah kelihatan begitu asyik berbual
dengan beberapa orang pelancong dari Eropah.
Pada sebelah petangnya, aku berpeluang melihat haiwan-haiwan yang hampir
terancam di Zoo Melaka. Aku dan adik memberanikan diri bergambar dengan seekor anak
harimau untuk dijadikan kenangan. Kami juga melawat ke Taman Buaya yang terletak
berhampiran dengan Zoo Melaka. Pelbagai spesies buaya yang dibela dan dipamerkan di
taman tersebut.
Lawatan kami seterusnya ialah Taman Mini Malaysia yang menempatkan rumah
tradisional daripada tiga belas buah negeri di Malaysia. Rumah-rumah itu dihiasi dengan
pelbagai hasil kraf tangan yang menggambarkan budaya di setiap negeri. Kunjungan kami ke
Melaka amat menyeronokkan dan aku merakamkan pelbagai kenangan untuk diceritakan
kepada kawan-kawan.

17. Tempat yang julung kali dilawati oleh penulis ialah


A Taman Mini Malaysia
B Zoo Melaka
SULIT C Sungai Melaka 011
D Muzium Samudera

18. Haiwan-haiwan yang hampir pupus ialah


A ayam hutan
B orang utan
C kucing
D harimau

19. Pernyataan berikut adalah tidak benar mengenai petikan di atas


A Penulis dan adiknya bergambar dengan haiwan liar
B Penulis suka berkongsi pengalaman dengan rakan-rakan
C Penulis dan keluarganya telah melawat ke Muzium Melaka
D Sungai Melaka pernah menjadi laluan kapal-kapal pedagang

20. Rangkai kata terpesona melihat panorama indah dalam petikan bermaksud
A teruja melihat pemandangan yang cantik
B terpukau menyaksikan pemandangan yang cantik
C terkedu melihat pemandangan yang mempesona
D tergamam menyaksikan pemandangan yang mempesona

SULIT 011

BAHAGIAN B
[30 markah]
Soalan 21
Garis kata hubung yang terdapat dalam petikan di bawah.
Sudah hampir sebulan hujan tidak turun, cuaca sangat panas. Murai berasa sangat dahaga.
Murai terbang dari suatu tempat ke suatu tempat untuk mencari air. Setelah sekian lama
mundar-mandir, akhirnya murai ternampak sebuah tempayan kecil yang berisi air. Murai
terbang rendah lalu hinggap di sebelah tempayan itu. Murai cuba mengais tempayan itu
supaya dekat dengannya. Tiba-tiba, tempayan itu pecah dan airnya meresap ke dalam pasir.
Tampaknya, rezeki yang sudah di depan mata itu bukan untuk murai. Murai berasa sangat
sedih.
[4 markah]

Soalan 22
a) Tukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah bagi ayat di bawah
“Faizul, tolong saya ikat layang-layang ini,” pinta Aiman.
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
[2 markah]

b. Nyatakan peribahasa yang sesuai berdasarkan gambar di bawah.

______________________________________________________________________
[2 markah]

Soalan 23
Tulis betul atau salah bagi penggunaan kata bergaris dalam ayat-ayat di bawah.
i) Pada petang kelmarin, rumah Encik Wazir telah (_______________)
SULIT dilarikan pencuri. 011
ii) Adik saya telah mengoyakkan lukisan yang saya lukis. (_______________)
iii) Anita berasa bangga kerana dapat beristerikan (_______________)
seorang ahli perniagaan.
iv) Encik Fadil menjadi pencatat masa dalam acara (_______________)
balapan.
v) Datuk menjemput rakan-rakannya datang ke rumah (_______________)
pada petang ini.
vi) Kakak menggunakan serbuk pencuci yang mahal untuk (_______________)
mengotorkan bajunya.
[6 markah]

Soalan 24
Teliti jadual di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Nama Murid Markah Nama Murid Markah


Azman Bin Ramli 62 Nandini 79
Boh Su Chan 77 Ong Lee Jing 86
Chew Mei San 51 Ariana Binti Azmi 90
Cindy Law 69 Robert Owen 15
Douglas Lim 73 Omar Mansur 71
Faizal Bin Tahir 13 Salleh Bin Amin 67
Gan Su Yi 47 Yong Kai Hin 35
Havinder Kaur 81 Sam Man Sam 78
Patrick Sam 23 Yap Teoh Lai 98
Mohan Al Muthu 74 Emanuel Bato 56
A 80-100 B 65-79 C 50-64 D 40- 49 E 0-39
Markah Ujian Pertengahan Semester Tahun 6

a. _________________________________ mendapat markah paling tinggi.


[1 markah]
b. i-___________ orang murid cemerlang dalam ujian tersebut.
ii- __________orang murid mendapat gred B.
[2 markah]
c. Pada pendapat kamu, bilakah jadual ini dibuat?
______________________________________________________________________
[2 markah]
d. Jika anda merupakan salah seorang murid yang mendapat markah yang terendah, apakah
yang akan anda lakukan untuk memperbaiki keadaan itu? Berikan pendapat anda.
______________________________________________________________________
______________________________________________________________________
SULIT_______________________________________________________________________ 011
[3 markah]
Soalan 25
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.
Tahun ini genaplah enam tahun umur adikku, Irfan. Seperti murid prasekolah yang
lain, Irfan sudah mula belajar menulis, membaca dan mengira. Irfan sangat rajin dan
bersungguh-sungguh semasa belajar. Sebagai abang, aku sering memberikan bimbingan dan
tunjuk ajar kepadanya.
Daripada pemerhatianku, pencapaian Irfan dalam pelajaran masih sederhana. Namun
begitu, ada keistimewaan yang begitu terserlah pada dirinya. Irfan sangat pandai melukis.
Bakatnya sangat istimewa.
Bagiku Irfan sangat hebat. Dalam usia semuda itu dia mampu menghasilkan lukisan
yang bukan calang-calang orang mampu melukisnya. Ayah dan ibu juga sedar akan hal ini.
Mereka berusaha untuk menggilap bakat Irfan. Irfan sering dihantar untuk menyertai
pertandingan melukis. Irfan juga dimasukkan ke kelas lukisan bagi meningkatkan
kemahirannya.

a. Irfan mempunyai bakat istimewa dalam bidang ___________________________

[1 markah]
b. Nyatakan usaha ibu bapa Irfan untuk menggilap bakat Irfan?
________________________________________________________________________

________________________________________________________________________

[2 markah]
c Padankan pernyataan di bawah berdasarkan petikan. Satu daripadanya telah
ditunjukkan sebagai contoh.

Irfan sangat pandai melukis dan hasil lukisannnya sangat


mengagumkan.

Oleh sebab Irfan suka melukis maka pelajarannya sangat lemah.


betul

Abang Irfan sering memberikan sumbangan kepada Irfan.


salah
SULIT 011
Ayah dan ibu berusaha untuk menggilap bakat Irfan dan sering
menghantar Irfan menyertai pertandingan melukis. [2 markah]

d. Pada pendapat anda, adakah Irfan akan berjaya dalam bidang lukisan ? Mengapa?
[3 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

You might also like