Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

𝑷𝑬𝑹𝑨𝑻𝑼𝑹𝑨𝑵 𝑷𝑬𝑹𝑻𝑨𝑵𝑫𝑰𝑵𝑮𝑨𝑵 𝑬-𝑺𝑷𝑶𝑹𝑻𝑺 (𝑴𝑶𝑩𝑰𝑳𝑬 𝑳𝑬𝑮𝑬𝑵𝑫𝑺)

𝟏.𝟎 𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆-𝐔𝐍𝐃𝐀𝐍𝐆 𝐏𝐄𝐑𝐌𝐀𝐈𝐍𝐀𝐍


1.1 Pertandingan ini dijalankan mengikut syarat-syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh Jawatankuasa
E-sport SMK Bukit Jana.

𝟮.𝟬 𝗞𝗘𝗟𝗔𝗬𝗔𝗞𝗔𝗡 𝗣𝗘𝗠𝗔𝗜𝗡


2.1 Hanya pelajar yang masih berstatus pelajar sekolah sahaja yang layak menyertai kejohanan ini.

𝟑.𝟎 𝐏𝐄𝐍𝐃𝐀𝐅𝐓𝐀𝐑𝐀𝐍
3.1 Acara yang dipertandingkan adalah berpasukan.
3.2 Setiap pasukan perlu mendaftar 6 orang peserta & termasuk seorang
(1) pemain simpanan melalui google form yang disediakan pihak penganjur.

𝟒.𝟎 𝐆𝐀𝐌𝐄 𝐒𝐄𝐓𝐓𝐈𝐍𝐆


4.1 Custom mode: Draft pick
4.2 Skin : On
4.3 Tiada had account level
4.4 13 Tahun – 17 Tahun

𝟓.𝟎 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐓𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍


5.1 Setiap pasukan terdiri daripada 6 orang ahli termasuk seorang simpanan. Setiap ahli perlu didaftarkan
oleh Leader sahaja.
5.2 Format perlawanan adalah secara BEST OF 3 (KALAH SINGKIR).
5.3 Pengurus perlu mengisi Borang Pendaftar seperti Nama Pasukan, ID Leader, ID ahli dan No telefon.
Pastikan segala maklumat yang diberikan adalah benar dan lengkap.
5.4 Setiap pasukan perlu hadirkan diri 30 minit awal sebelum pertandingan bermula. Sekiranya lewat 10
minit, pasukan akan dikira kalah tanpa bertanding.
5.5 Setiap pasukan akan diwakili 5 orang peserta 1 pemain simpanan.
5.6 Setiap pasukan hendaklah memastikan kestabilan internet masing-masing, dan juga bateri yang
mencukupi.
5.7 Sekiranya pemain terkeluar daripada game kerana masalah peribadi/disconnected, pihak juri tidak
akan membuat rematch.
5.8 Peserta TIDAK DIBENARKAN menukar apa-apa info selepas pendaftaran terutama IN GAME
NAME(IGN)/ID PEMAIN. Sekiranya IGN/ID yang didaftarkan tidak boleh digunakan, pasukan tersebut
perlu bermain TANPA peserta tersebut dan menggunakan pemain simpanan (sekiranya ada)
5.9 Hanya pengurus dan ketua pasukan sahaja dibenarkan di dalam group telegram.
5.10 Dilarang spam/chatting di dalam group tersebut.
5.11 Dilarang sebarkan link group kepada pihak tidak berkenaan.

𝟔.𝟎 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐓𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 (𝐒𝐄𝐁𝐄𝐋𝐔𝐌 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍)


6.1 Ketua pasukan yang berada di atas Bracket akan create game dan invite ketua pasukan lawan.
6.2 Link (pautan) untuk melihat bracket akan diberikan di dalam group telegram.
6.2 Selepas kedua-dua ketua pasukan menyertai ruang permainan, setiap ketua harus mengajak ahli
masing-masing untuk turut serta.
6.3 Setelah kedua-dua pihak mengenalpasti identiti masing- masing, pertandingan akan dimulakan.

𝟕.𝟎 𝐏𝐄𝐑𝐀𝐓𝐔𝐑𝐀𝐍 𝐏𝐄𝐑𝐓𝐀𝐍𝐃𝐈𝐍𝐆𝐀𝐍 (𝐒𝐄𝐋𝐄𝐏𝐀𝐒 𝐏𝐄𝐑𝐋𝐀𝐖𝐀𝐍𝐀𝐍)


7.1 Selepas permainan habis, Leader team yang menang perlu menghantarkan screenshot keputusan di
dalam group telegram.
𝟖.𝟎 𝐏𝐄𝐑𝐊𝐀𝐑𝐀 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐃𝐈𝐋𝐀𝐑𝐀𝐍𝐆 :
8.1 Dilarang menghina/mengganggu pihak lawan melalui voice chat / chat perkataan yang keji. Jika
berlaku, pihak juri akan mengeluarkan team tersebut secara serta merta.
8.2 Dilarang menggunakan alat pihak ketiga/hack semasa pertandingan sedang dijalankan. Jika berlaku,
pihak juri akan mengeluarkan team tersebut secara serta merta.

𝟗.𝟎 𝐇𝐀𝐋-𝐇𝐀𝐋 𝐘𝐀𝐍𝐆 𝐓𝐈𝐃𝐀𝐊 𝐃𝐈𝐍𝐘𝐀𝐓𝐀𝐊𝐀𝐍


9.1 Peraturan-peraturan diatas hendaklah dipatuhi melainkan ada dinyatakan berlainan dalam peraturan
permainan tertentu.
9.2 Semua perkara yang tidak dinyatakan dalam Peraturan ini akan diputuskan oleh Jawatankuasa
Pengelola Pertandingan yang berkenaan dan keputusannya adalah muktamad.

You might also like