Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

TEKS PENGACARA MAJLIS

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL  

1. Bismillah...
2. Alhamdulillahi robbil ‘aalamiin. Wassolaatu wassalaamu ‘alaa asyrafil anbiyaai wal mursaliin,
wa ‘alaaalihi wasohbihi ajma’in.
a. Robbishrohli, Sodri, Wayassir Amri Wahlul Uqdatan Minlisani Yafqohu Qauli.
b. Robbi Yassir Wala Tuassir Ya Karim..Robbi Tammim Bikhoir
3. Assalamualaikum WBT

i. Yang Berusaha Pn Hjh Zabedah binti Hj Mohd Nor


Pengerusi LKPIM caw Seremban
----------------------------------------------------------------------------------
ii. Yang Dihormati

----------------------------------------------------------------------------------
iii. Yang Dihormati

----------------------------------------------------------------------------------
Yang bahagia
Alfadhil Ustaz MOHD ELYAS B. ISMAIL
Selaku penceramah jemputan
----------------------------------------------------------------------------------
Yang bahagia
Alfadhil Ustaz KHAIRUL ASRAF B. MOHD KUDUS
Imam Masjid Negeri
----------------------------------------------------------------------------------
AJK2 LKPIM
----------------------------------------------------------------------------------
Serta para hadirin.. yg d rahmati Allah sekalian.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah
kurniaNya jua maka kita diberikan kelapangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan
yg baik, untuk kita sama-sama berkumpul di Dewan Solat Masjid Negeri, Seremban bagi
menjayakan satu majlis ilmu, meraikan Sambutan Maulidur Rasul tahun 1439 hijrah yang
dianjurkan oleh LKPIM caw Seremban.
Sambutan Maulidur Rasul ini diadakan bagi menyuburkan rasa cinta dan kasih kepada Junjungan
Rasulullah SAW dan menzahirkan syiar Islam,

DOA

Bagi memberkati majlis kita pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya menjemput Alfadhil
Ustaz KHAIRUL ASRAF B. MOHD KUDUS, Imam Masjid Negeri untuk memimpin bacaan doa.
Dengan segala hormatnya dipersilakan.

Amin amin amin Ya Rabbal alamin


Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz KHAIRUL ASRAF B. MOHD KUDUS atas pimpinan
bacaan doa itu tadi. Semoga dengan bacaan doa oleh beliau , majlis kita akan mendapat keberkatan daripada
Yang Maha Esa.
SELAWAT KE ATAS NABI

Hadirin sekalian,
Majlis pada pagi ini akan diserikan lagi dengan alunan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW
yg akan dipimpin oleh yg bahagia Ustaz Mohd Elias Ismail dan Ustaz Khairul Asraf B. Mohd
Kudus. Untuk itu, diminta para hadirin berdiri agar dapat berselawat bersama-sama…
dipersilakan..

Terima kasih diucapkan kepada para hadirin atas alunan selawat itu tadi.

Ucapan Pengerusi LKPIM caw Seremban

Bagi meneruskan lagi majlis pada pagi ini, majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Pn.
Hjh Zabedah Bt Hj Mohd Nor, Pengerusi LKPIM caw Seremban untuk menyampaikan sepatah
dua kata.
Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

Majlis mengucapkan t/ kasih kepada Pn. Hjh Zabedah Bt Hj Mohd Nor atas ucapan beliau sebentar tadi.

CERAMAH MAULIDUR RASUL

Seterusnya pengisian Majlis ilmu ini diteruskan dgn ceramah Maulidur Rasul oleh penceramah
jemputan, yg dihormati Alfadhil Ustaz MOHD ELYAS B. ISMAIL dgn tajuk ceramahnya :

“YA RASULULLAH…PERINGATAN MU, TERBUKTI KINI…”


Sebelum itu,saya akan membacakan sedikit biodata penceramah kita pada hari ini

Alfadhil Ustaz MOHD ELYAS B. ISMAIL merupakan seorang penceramah yang tidak asing lagi yg
sering kita lihat wajahnya memberi ceramah di kaca TV sama ada TV1, TV3, TV Hijrah dan TV9.

Dgn segala hurmatnya dipersilakan…

Demikian tadi satu ceramah yang amat berinformasi dan bermakna buat kita. Terima kasih diucapkan kpd
Ustaz MOHD ELYAS B. ISMAIL atas kesudian memberikan ceramah kpd warga Seremban.

PENYAMPAIAN CENDERAHATI

Seterusnya…penyampaian cenderahati tanda penghargaan dan terima kasih kpd penceramah jemputan.
Dijemput pn. Hjh zabedah pengerusi lkpim caw Seremban tampil ke depan utk menyampaikan
cenderahati kpd :-

i. Alfadhil Ustaz MOHD ELYAS B. ISMAIL, penceramah jemputan


ii. Alfadhil Ustaz KHAIRUL ASRAF B. MOHD KUDUS, imam MNegeri
iii.
iv.

PENUTUP
Majlis kita sampai di penghujungnya. Pihak majlis mohon mengambil sedikit kesempatan untuk
menyampaikan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam
menjayakan majlis ini. Pada kesempatan ini juga pihak majlis memohon kemaafan andai ada
tersilap kata tersalah bahasa sepanjang majlis ini berlansung. Yang baik itu drp Allah SWT dan
dan yg buruk itu adalah kelemahan di pihak kami sendiri.

Sekian, wabillahitaufikwalhidayah wasalamualaikum w.b.t

JAMUAN

Majlis menjemput ustaz2 ke kemah di bawah bagi menikmati jamuan.

Manakala para hadirin dipersilakan mengambil bungkusan makan di bawah.

You might also like