Kerja Kursus Sejarah Tingkatan Dua

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Pengenalan

Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat(SMKJE) telah diberi nama oleh Kementerian
Pendidikan Malaysia kerana lokasi sekolah ini terletak di Jalan 4/10, Fasa 4 Tambahan, 43650
Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan dan didirikan di atas sebuah tapak seluas 9.3 ekar.
Pembinaan sekolah ini bermula pada tahun 2002 dan mula beroperasi sepenuhnya pada 6
Februari 2003.

Terdapat lima bangunan iaitu Seri Putra, Seri Pujangga, Seri Prisma, Seri Palma dan Kafe Sri
Bayu yang terdiri daripada beberapa bilik khas dan laluan-laluan akademik. Sekolah juga telah
menerima sebuah bas untuk kegunaan pihak sekolah dan kemudahan kepada para pelajar bagi
menjalankan aktiviti di luar kawasan sekolah.

Sekolah ini bertaraf ‘Sekolah Kawalan’ setelah memperoleh kelulusan Pejabat Pendidikan
Daerah Hulu Langat kerana pengambilan murid untuk menuntut di sekolah ini terhad kepada
murid cemerlang UPSR dengan mendapat keputusan 5A atau sekurang-kurangnya 4A1B. Status
sekolah ini kemudiannya bertukar kepada’Sekolah Rancangan Khas’(SRK) bermula pada tahun
2005. Keistimewaan SMKJE ialah sekolah ini merupakan satu-satunya SRK sepenuhnya di
negeri Selangor berbanding sekolah-sekolah lain yang hanya berstatus ‘Kelas Rancangan
Khas’(KRK) sahaja. Justeru, tidak hairanlah apabila sekolah ini kerap mendapat perhatian dan
sering dikunjungi pelawat dari luar daerah, negeri mahupun pelawat dari luar Negara untuk
meninjau keistimewaan dan pencapaian sekolah ini.

SMKJE telah dicalonkan menjadi Sekolah Kluster oleh Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada
Julai 2009, sekolah ini telah mengadakan perasmian ‘ Ke Arah Sekolah Kluster’ seiring dengan
visi dan misi yang telah diperbaharui.

Pada mulanya, sekolah ini hanya dibuka untuk satu sesi sahaja. Pembelajarannya bermula pada
pukul 7.30 pagi hingga 1.50 petang. Pada tahun 2008, sekolah ini mula dibuka secara dua sesi.
Pada tahun 2010 pula, sesi pembelajaran bermula 7.30 pagi dan berakhir jam 1.40 petang bagi
setiap hari Isnin dan Selasa, 1.05 petang setiap Rabu dan 12.30 petang pada hari Jumaat. Bagi
sesi petang, sesi pembelajaran bermula jam 1.10 petang hingga jam 6.45 petang. Sekolah ini
pada mulanya hanya menawarkan Aliran sains Tulen bagi Tingkatan 4 dan 5. Bermula tahun
2008, sekolah ini mula menawarkan mata pelajaran Prinsip Perakaunan dan Lukisan
Kejuruteraan. Sekolah ini ialah sekolah harian yang tidak menyediakan asrama.

Pengetua sulung SMKJE, Datin Hajah Ramlah binti Abdul Rahman yang mula bertugas pada 1
Mei 2003 telah bersara pada 5 Jun 2007. Kekosongan jawatan telah diisi oleh Puan Hajah
Kamariah binti Abdul Rahman pada 16 Jun 2007 hingga 20 Februari 2008. Kini, SMKJE
diterajuk oleh Puan Hajah Noorizan binti Mohemmed yang mula bertugas pada 23 Februari 2009
hingga kini.

Pada awal penubuhan, sekolah ini mempunyai bilangan guru seramai 25 orang dan kini telah
meningkat seramai 80 lebih orang. Pada awal 2003, bilangan murid yang terdiri daripada
pelbagai kaum ialah seramai 143 orang. Kini, bilangan murid telah mencecah 1400 orang.
OBJEKTIF KAJIAN

 Mengenali dan memahami sejarah penubuhan sekolah, pentadbiran serta kejayaan-


kejayaan yang berkaitan dengan sekolah.
 Menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod, dan menganalisis maklumat
mengenai sekolah saya.
 Melahirkan semangat cinta, semangat cinta akan sekolah, bangga dengan kejayaan yang
telah dicapai dan berharap sekolah akan terus gemilang.
 Mengenali dan menghargai sumbangan seluruh warga sekolah ini bertungkus-lumus
membina imej dan menaikkan nama sekolah di peringkat kebangsaan.
 Mengamalkan nilai murni yang diwarisi bersama warga sekolah yang lain.

KAEDAH KAJIAN

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul dan memperoleh maklumat yang
diperlukan dalam kajian ini. Kaedah yang telah digunakan ialah:

a) Lawatan dan pemerhatian

Kaedah ini digunakan untuk mengenal pasti sikap serta budaya yang menjadi amalan pelajar di
sekolah ini. Selain itu, kaedah pemerhatian ini juga digunakan untuk mendapatkan maklumat
keadaan persekitaran sekolah dan kemudahan-kemudahan yang terdapat di sekolah.

b) Temu ramah

Kaedah temu ramah ialah Puan Hajah Noorizan binti Mohammed, Pengetua Sekolah
Menengah Kebangsaan Jalan Empat. Puan Nurul Aini Chan bt. Abdullah, Penolong Kanan, dan
Puan Jahani bt. Kafi, Penolong Kanan Hem.

c) Rujukan

Kaedah rujukan digunakan di pusat sumber sekolah untuk mengumpul maklumat berkaitan
sejarah penubuhan sekolah, kakitangan akademik serta kejayaan sekolah. Selain itu, kaedah
rujukan turut digunakan untuk merujuk kepada majalah sekolah BITARA untuk mendapatkan
maklumat berkaitan maklumat berkaitan dengan kajian ini.

d) Analisis Laporan Akademik

Kaedah analisis digunakan untuk mendapatkan maklumat mengenai keputusan peperiksaa


Penilaian Menengah Rendah (PMR) dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Anugerah sekolah

 Anugerah Surau (dalam Bangunan terbaik di Peringkat Daerah Hulu Langat).

 Anugerah Lima Bintang SPBT Peringkat Negeri Selangor.

 Anugerah PMR Cemerlang (kategori Luar Bandar) Negeri Selangor.

 Anugerah Emas Program Bersepadu Sekolah Sihat Daerah Hulu Langat

 Anugerah Kualiti Peperiksaan Pendidikan Islam kategori PMR dan SPM Sekolah
Menengah Kebangsaan Harian Negeri Selangor.

 Anugerah Kualiti Pengurusan Musolla Kategori Sekolah Menengah Peringkat


Kebangsaan.
Pencapaian akademik

Keputusan PMR

ANALISIS PMR 2009

PENCAPAIAN PELAJAR MENGIKUT JUMLAH A

PENCAPAIAN BIL %
9A/8A 161 68.5
7A 7 3.0
7A1B 37 15.7
6A 9 3.8
5A 7 3.0
4A 5 2.1
3A 3 1.3
2A 3 1.3
1A 2 0.9
Tiada A 1 0.4
JUMLAH 235 100

Sebanyak 161 orang calon PMR 2009 telah berjaya mendapat semua A dalam peperiksaan
tersebut manakala sebanyak 7 orang telah berjaya mendapat 7A.Peratus calon yang mendapat 7A
1B dan 6A ialah 19.5 peratus. Bilangan calon yang mendapat 5A ialah 7 orang.5 orang calon
mendapat 4A manakala bilangan calon yang mendapat 3A dan 2A adalah sama iaitu 3 orang.
Sebanyak 0.9 peratus telah diperoleh untuk pelajar yang mendapat 1A dan 0.4 peratus untuk
pelajar yang tidak memperoleh A dalam peperiksaan PMR 2009.
Penghargaan

Saya ingin merakamkan penghargaan dan jutaan terima kasih kepada mereka yang telah
membantu saya menjalankan kerja khusus ini. Bantuan, dorongan, dan tunjuk ajar mereka telah
membolehkan saya menjalankan kerja khusus ini dengan jayanya.

 Pengetua

Sekalung budi kepada pengetua sekolah, iaitu Pn. Noorizan Bt. Mohammed kerana telah
memberikan kebenaran kepada saya untuk melakukan Kerja Khusus Sejarah Pencapaian
Sekolah.

 Guru

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada guru sejarah saya, Pn. Ruhayu Arsat kerana
telah memberi tunjuk ajar dan sokongan kepada saya sepanjang saya menjalankan kerja khusus
ini. Tanpa tunjuk ajar dan sokongan cikgu, pasti saya tidak mampu untuk menyiapkan kerja
khusus ini.

 Ibu dan Bapa saya

Saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada ibu dan ayah saya, Juliza binti Mohd. Johar
dan Adzhar bin Mhd. Din kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang
saya menjalankan kerja khusus ini.

 Rakan sepasukan

Terima kasih yang tidak terhingga juga buat rakan sepasukan saya iaitu, Azmiera Azwa, Siti
Aisyah, Nur Athirah dan Anis Farahanie kerana membantu saya dalam menyiapkan kerja khusus
ini.
Keputusan SPM

ANALISIS SPM 2009

CALON CEMERLANG SPM 2009

PENCAPAIAN BILANGAN
12A 1
11A 2
10A 17
9A 19

Pencapaian Calon Cemerlang SPM 2009


12A
3% 11A
5%

9A
49%
10A
44%

Pencapaian yang paling cemerlang iaitu 12A dimiliki oleh 1 orang iaitu 2 % sahaja manakala
bilangan calon SPM 2009 yang mendapat 11A ialah 2 orang. Selain itu, jumlah calon yang
mendapat keputusan 10A ialah seramai 17 orang. Sebanyak 49 % berjaya mendapat 9A dalam
peperiksaan SPM 2009.
PERANCANGAN

Guru PK akademik, Puan Nurul Aini Chan binti Abdullah dan guru-guru panitia pelajaran di
SMK Jalan 4 membuat beberapa perancangan untuk pelajar-pelajar bagi meningkatkan prestasi
mereka dalam bidang akademik. Antara perancangannya ialah

 Program puncak jaya

Kelas tambahan pada musim cuti sekolah bagi tingkatan 3 dan 5.

 Kelas Pemulihan bagi tingkatan 1,2 dan 4

Memulihkan pelajar-pelajar yang mendapat markah rendah dalam subjek-subjek PMR dan SPM.

 Majlis temu mesra

Membincangkan masalah pelajar bersama ibu bapa

 Program teknik Menjawab Soalan PMR

Memberi teknik menjawab yang mudah difahami bagi pelajar tingkatan 3

 Program pecutan PMR

Memberi latih tubi atau latihan kepada pelajar tingkatan 3 berdasarkan soalan-soalan sebenar
PMR tahun-tahun sebelumnya.

 Gerak gempur SPM

Ujian untuk menguji kefahaman pelajar tingkatan 5 sebelum SPM.


Essei-Tokoh PMR 2009-Zulihasdi Zulkifli

Pada tahun 2009, Zulihasdi Zulkifli telah mendapat semua ‘A’ dalam PMR dan telah
dinobatkan sebagai Tokoh PMR 2009.Beliau berasa sangat gembira apabila mendapat 9A
(Semua A) dalam PMR. Perkara yang lebih menggembirakan beliau adalah apabila berita
tentang SMKJE diinobatkan sebgai Sekolah Menengah Harian Terbaik di Malaysia.

Sebagai persiapan untuk PMR, beliau telah menetapkan keazaman sejak tingkatan satu lagi.
Bagi beliau, jika seseorang itu menumpukan perhatian di dalam kelas, dengar kata guru dan
membuat kerja rumah,maka usaha itu sudah mencukupi untuk menjamin keputusan yang
cemerlang. Beliau juga menasihati kita agar meminta cikgu halalkan ilmu yang diberta serta
memohon maaf kepada ibu bapa agar mendapat keberkatan ilmu.

Beliau mempunyai 4 kunci kejayaan yang boleh dikongsi bersama iaitu niat, usaha, doa dan
tawakal. Setiap hari, beliau berniat bahawa beliau menuntut ilmu untuk membangunkan umat
islam dan sentiasa ingat kepada Allah. Beliau berkata apabila seseorang ingat kepada Allah,
tentu Tuhan yang Maha Berkuasa akan membantu dalam ingatan dan pemahaman dalam sesuatu
ilmu.

Akhir sekali, beliau juga menyatakan bahawa beliau amat berterima kasih guru-guru yang
begitu berdedikasi serta rakan-rakan beliau yang menyokong dan membantu beliau sama ada
secara langsung dan tidak langsung.
Penutup

Setelah saya menyiapkan kerja khusus ini, saya dapat mengetahui sekolah saya dengan lebih
mendalam.Selain itu, saya dapat menguasai kemhiran mencari, mengumpul, merekod, dan
menganalisis maklumat mengenai sekolah. Melalui kajian ini juga saya dapat melahirkan
semangat cinta akan sekolah, bangga dengan kejayaan yang telah dicapai dan berharap sekolah
akan terus gemilang. Di samping itu, saya akan lebih megenali dan menghargai sumbangan
seluruh warga sekolah ini yang bertungkus-lumus membina imej dan menaikkan nama sekolah di
peringkat kebangsaan.

Setelah banyak usaha-usaha yang telah dilakukan oleh pihak pentadbiran sekolah serta
kejayaan yang dicapai oleh sekolah, guru-guru dan pelajar-pelajar, maka sekolah dinobatkan
sebagai ‘Sekolah Berprestasi Tinggi’(SBT) pada Februari 2011.Segala usaha dan penat leluh
mereka telah membuahkan hasil.
Lampiran
Pencapaian Koakademik

Sekolah Kebangsaan Jalan Empat telah menyertai beberapa aktiviti yang berunsurkan pelajaran
dari 2003 hingga sekarang. Antara aktiviti yang disertai ialah

 Choral Speaking

 Australian Math Competition

 Pertandingan Way with Words

 Secondary School Problem Competition

 Berpidato

 Perbahasan

 Spell it Right Challenge

 Program OSH in School

You might also like