Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 20

021028-08-0800

PENGENALAN

Ekonomi ditakrifkan sebagai domain sosial yang menekankan amalan, wacana dan dan

ungkapan bahan dikaitkan dengan pengeluaran, perniagaan dan pengurusan sumber.Ejen

ekonomi pula boleh menjadi individu, perniagaan , pertubuhan atau kerajaan. i Salah satu ejen

ekonomi iaitu perniagaan bermaksud sebuah bentuk organisasi yang sah dan diiktiraf untuk

menyediakan barangan atau perkhidmatan atau kedua-duanya kepada pelanggan. Terdapat

beberapa contoh perniagaan seperti perniagaan pusat membeli-belah, perniagaan peruncitan,

perniagaan restoran dan sebagainya.

Restoran ialah sebuah pertubuhan yang menghidangkan makanan dan minuman telah

disiap untuk dipesan dan dimakan atau minum di sana. Istilah ini meliputi kepelbagaian tempat

dan kelainan cara masakan. Konsep restoran ini wujud sejak zaman purba untuk kemanusiaan.

walaupun cara pembayaran, hidangan berkhidmat , perhatian, atmosfera dan kualiti

perkhidmatan berbeza. Kedai makan ini juga dibuka kepada bukan penginap. Kedai makan

dikembangkan pada abad ke-13 di Hangchow , sebuah pusat kebudayaan, politik dan

perekonomiaan semasa Wangsa Sung di China. Dalam ekonomi kedai makan ialah hujung

rantaian bekalan dalam industri perkhidmatan makanan. Kedai-kedai makan atau Restoran ini

juga diberikan undang-undang yang berat untuk memastikan kebersihan dan keselamatan. ii

1
021028-08-0800

Biasannya, kedai makan ini dibahagi kepada beberapa jenis kedai. Contohnya, kedai

milikan tunggal, kedai perkongsian dan lain-lain. Kedai milikan tunggal atau Enterprise

merupakan perniagaan yang dimiliki oleh seorang pemilik di bawah Akta Pendaftaran

Perniagaan 1956.iii Tempoh untuk daftar perniagaan ini hanya 1 jam sahaja di kaunter SSM.

Perniagaan perkongsian pula sama tetapi ia memiliki lebih 1 orang dan tidak lebih 20 orang

pemilik. Perniagaan ini dibawah Akta Perkongsian 1961. Keuntungan syarikat ini dibahagi

mengikut modal dan kerja Bersama ahli masyarakat. Begitu juga dengan kerugian syarikat perlu

dikongsi Bersama.iv

Bandar Tapah merupakan bandar yang kecil dalam daerah Batang Padang, negeri Perak.

Nama bandar ini diambil dari seekor ikan air iaitu Ikan Tapah. Orang tempatan pula mempunyai

fahaman sendiri iaitu nama bandar ini diambil dari loghat Melayu-Perak yang bermaksud tidak

mengapa.v Terdapat banyak kedai makanan ada di Tapah. Contohnya, Restoran Anjung Ria,

Restoran Shamli Bistro, Restoran Sundara Villas dan sebagainya. vi Dalam kajian ini, pengkaji

telah mengkaji tentang perkembangan perusahaan Restoran Anjung Ria dari tahun 1980 hinggan

2015.

SEJARAH ASAL USUL PERNIAGAAN

Konsep perniagaan berdasarkan K.Berten ialah rangkaian kegiatan yang terdiri daripada

tukar-menukar, jual beli, pengeluaran, pemasaran, bekerja dan interaksi dengan manusia lain
vii
dengan maksud untuk memperolehi keuntungan Berdasarkan Gunardi Endro 1999 pula

perniagaan ialah aktiviti yang cakupannya sangat luas. Ia meliputi aktiviti galian atau pertanian

2
021028-08-0800

dari bumi, memproses bahan-bahan mentah, membuat pelbagai barangan, mengedarkan

barangan, menyediakan perkhidmatan, menjual dan membeli barang perniagaan, ataupun aktiviti

yang berkaitan dengan suatu pekerjaan yang bertujuan untuk memperolehi hasil.viii

Berdasarkan Ahmad Munawir menjelaskan, perniagaan merupakan suatu kegiatan usaha

individu yang terorganisasi untuk menghasilkan keuntungan dengan menjual barang dagangan

atau menjual perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan dalam memenuhi keperluan

masyarakat. Daripada luasnya makna perniagaan ini maka ianya dapat juga diertikan sebagai

keseluruhan usaha yang meliputi pertanian, produksi, pembangunan, pengedaran, pengangkutan,

komunikasi, usaha tenaga dan pemerintahan yang bergerak dalam bidang yang menghasilkan

dana, memasarkan barangan dan perkhidmatan kepada pengguna.ix

Berdasarkan Sonny Keraf istilah “perniagaan”yang dimaksud ialah suatu urusan atau

kegiatan dagang, industri atau kewangan yang dihubungkan dengan pengeluaran dan pertukaran

barangan atau perkhidmatan dengan menempatkan wang dari para enterpreneur dalam risiko

tertentu dengan usaha tertentu dengan motif untuk memperolehi keuntungan. Selain itu,

perniagaan juga boleh berupa kegiatan manusia yang berkaitan pengeluaran, menjual dan

membeli barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi keperluan masyarakat.x

3
021028-08-0800

SEJARAH AWAL PEMBUKAAN RESTORAN ANJUNG RIA, TAPAH

Restoran Anjung Ria ini merupakan kedai milikan tunggal dan nama pemilik sekarang ialah

Encik Muhammad Asni Bin Salleh. Pada permulaannya, restoran ini dibuka oleh abangnya iaitu

Encik Muhammad Asnani Bin Salleh. Pada masa itu, restoran anjung Ria ini dikenali sebagai

Restoran Tapah. Encik Muhammad Asni Bin Salleh selalu menolong abangnya di kedai. Selepas

beberapa tahun,iaitu semasa Encik Muhammad Asni berusuia 35 tahun ,abang belau iaitu Encik

Muhammad Asnani ingin membuka kedai baru. Beliau ingin menjual Restoran Tapah dan Encik

Muhammad Asni mempunyai keninginan untuk membeli kedai abangnya. Oleh itu, Encik Asni

bin Salleh telah membeli Restoran tapah.xi

Selepas itu, Encik Muhammad Asni bin Salleh telah menukar nama restoran kepada

Restoran Anjung Ria sebab ia membawa maksud menjemput orang ramai ke restoran . Nama itu

juga unik dan boleh diingati oleh orang lain dengan mudah. Beliau juga membuat segala kerja di

restoran. Beliau mencuci pinggan, memasak, menjaga kaunter dan sebagainya. xii Ini kerana

beliau mempunyai pengalaman semasa menolong abang di kedai dari usia 18 tahun. Sekarang

Muhammad Asni Bin Salleh memegang restoran ini lebih dari 20 tahun.

Salah satu faktor memilih perniagaan ini ialah beliau ada pengalaman dan lokasi kedai

tersebut sangat strategik iaitu depan stesen bas. Lokasi ini sesuai untuk perniagaan restoran atau

kedai Makanan sebab boleh menarik orang ramai yang turun dari bas ataupun tunggu lama untuk

bas ke restoranxiii. Pada tahun 2013, Muhammad Asni bin Salleh juga mengahadiri Kursus

Latihan Pengendali Makanan yang bertempat di Dewan CME Hospital Tapah. xiv Ini telah

4
021028-08-0800

memberi banyak manfaat kepada beliau untuk mengurus restoran dengan lebih baik. Lesen

perniagaan pula menjadi senang sebab tukar nama abang kepada nama beliau. Walaupun ia

mengambil tempoh selama seminggu. xv

Para pembekal barangan pula menjadi sedikit susah. Hal ini kerana, pembekal- pembekal

barang yang lama tetap membekal barang ke restoran abang yang baru. Oleh itu, Encik

Muhammad Asni telah mencari pembekal barang yang lain. Selepas beberapa minggu kemudian,

dengan pertolongan abang, beliau mendapati pembekal barang seperti barang-barang dapur,

masakan, bahan-bahan memask dan sebagainya untuk harga yang berpatutan. Setelah semua

selesai beliau ingin untuk memulakan restoran dengan memberi makanan percuma kepada

pelangaan yang datang ke restoran dari pukul 8-10 pagi selama seminngu. Ini juga merupakan

salah satu teknik beliau untuk menarik perhatian pelanggan.xvi

SEJARAH PERKEMBANGAN RESTORAN ANJUNG RIA

Pada permulaannya, Encik Muhammad Asni memulakan restoran dengan modal yang

abang diberi tetapi kini beliau mempunyai modal yang besar dengan usaha sendiri. Lokasi kedai

pula sama tetapi terdapat peningkatan dalam kerusi meja dan juga beliau membuat

pengubahsuain untuk menarik lebih pelanggan. Dulu, beliau hanya ada lebih kurang 1-2 meja

makanan tetapi sekarang beliau mempunyai 7-8 meja makanan.xvii

5
021028-08-0800

Beliau juga tidak ada pekerja yang ramai pada masa itu tetapi sekarang terdapat 6 pekerja

bekerja di restoran beliau. Salah seorang pekerja ialah Encik Muhammad Mansor bin Abu

Hassan yang bekerja dari tahun 2009 sehingga sekarang. Pekerja tersebut berkata bahawa ada

peningkatan dalam gaji berbanding dengan sebelum ini. Mula-mula beliau memberi gaji kepada

pekerja sebanyak RM 500-600 sahaja tetapi sekarang RM 900 dan ada juga beliau memberi

bonus jika ada banyak jualan ataupun pada musim-musim perayaan.xviii

Dulu, beliau menjual roti canai sahaja tetapi sekarang ada pelbagai jenis makanan.

Contohnya, mee goreng, nasi goreng, ayam tandoori, dan lain-lain. Makanan juga berasa sangat

sedap berbanding dengan dulu kata pelanggan yang pergi ke restoran tersebut dari tahun 2010.xix

Walau bagaimana pun permintaan untuk roti canai masih tinngi. Restoran Anjung Ria

merupakan popular untuk roti canai yang sangat sedap di Tapah. Setiap hari pukul 5 pagi, beliau

sendiri akan mula buat roti canai dan sebelum pukul 9 semua akan habis. Oleh itu, beliau mula

buat roti hingga 3 petang. xx

Terdapat juga peningkatan dalam keuntungan berbanding dengan tahun 1980. Dulu,

beliau tidak dapat sambutan yang baik oleh pelanggan tetapi dari tahun 2010 beliau boleh

melihat keutungan yang lumayan. Contohnya, dulu beliau tidak mampu membayar sewa kedai

yang RM 700 tetapi sekarang boleh membayar sewa kedai yang RM 3000. xxiBeliau juga telah

menukar banyak menukar papan tanda. Mula-mula nama restoran beliau ialah Restoran Tapah

yang dinamakan oleh abang tetapi beberapa tahun kemudian beliau menukar nama restoran

6
021028-08-0800

kepada Restoran Anjung Ria. Masa itu beliau telah guna papan tanda yang besar yang

berwarna biru supaya menarik perhatian pelanggan. xxii

Beliau juga telah memasang perangkap minyak di dapur pada tahun 2015.xxiii Fungsinya

adalah untuk sebagai penyaring lemak yang terbuat dari stainless steel dan merupakan alat

perangkap atau alat penyaring minyak, dan lemak dari hasil cucian piring. Alat ini akan

membantu untuk memisahkan minyak dari air, sehingga minyak dan lemak tidak menggumpal

atau membeku di paip pembuangan yang akan membuat piap tersumbat.xxiv

Pada tahun 2014, terdapat pemeriksaan dari pihak-pihak berkuasa Majlis Daerah Tapah

dan beliau mendapat sijil penarafan kebersihan premis makanan.Encik Muhammad Asni telah

memberi keutamaan kepada kebersihan restoran.xxv Ini merupakan salah satu sikap yang didapati

daripada ibu beliau. Ibu beliau selalu mementingkan kebersihan di rumah. Dari sini, pengakaji

boleh menyimpul bahawa Encik Muhammad Asni Bin Saleh menjaga restoran seperti rumah

beliau. xxvi

FAKTOR PERKEMBAGAN RESTORAN ANJUNG RIA

Terdapat beberapa faktor yang membantu dalam perkembangan Restoran Anjung Ria.

Antaranya ialah Restoran Anjung Ria mempunyai permintaan yang tinggi untuk Roti Canai.

Beliau mula membuat roti canai dari pukul 5 pagi hingga 3 petangxxvii. Hal ini kerana orang ramai

yang terdiri daripada pelbagai kaum suka membeli roti canai di Restoran Anjung Ria. Roti canai

7
021028-08-0800

di restoran beliau ialah sedap dan harga juga berpatutan. Beberapa pelajar sekolah Smk Hamid

Khan, Smk Buyong Adil juga membeli roti canai di restoran anjung ria. Oleh itu, pada pukul 6-7

pagi restoran beliau akan dikelilingi oleh pelajar-pelajar sekolah.xxviii

Selain itu, kurang persaingan juga salah satu faktor perkembangan Restoran Anjung Ria.

Hal ini kerana, tiada restoran lain yang buka pada pukul 5 pagi di Tapah dan juga restoran

tersebut terletak di lokasi yang strategik yang dikelilingi oleh Bank dan pejabat-pejabat lain.

Encik Muhammad juga mempunyai motivasi diri yang tinggi. Beliau tidak mudah berputus asa

walaupun menghadapi pelbagai dugaan. Pengalaman beliau semasa menolong abang juga

membantu beliau untuk mengembangkan restoran.

HALANGAN DAN CABARAN

Perniagaan restoran bukan senang. Seseorang pemilik itu perlu menghadapi pelbagai

cabaran dan halangan. Contohnya, cabaran kewangan, cabaran emosi, cabaran persaingan

,cabaran sistem dan pelbagainya.xxix Terdapat juga beberapa cabaran yang dihadapi oleh Encik

Muhammad Asni bin Saleh apabila mula restoran anjung ria. Antaranya ialah cabaran kewangan.

Beliau bukan seorang yang datang daripada keluarga yang kaya. Beliau sendiri memohon

pinjaman di bank untuk memulakan restoran. Mula-mula beliau sukar untuk membayar sewa

kedai sebanyak RM700. Sebab pada masa itu, keuntungan bukan banyak sangat.xxx Pada tahun

2015, beliau juga telah menghadapi sebuah masalah yang besar dan perlu duit sebanyak RM

5000 lebih untuk menyambung semula perniagaan beliau. Pada masa itu, beliau mendapat

pertolongan daripada rakan-rakan yang baik hatixxxi.Selepas itu, beliau telah melengkapkan diri

8
021028-08-0800

sendiri dengan ilmu kewangan.Contohnya, beliau telah memisahkan kewangan perniagaan dan

kewangan peribadi.

Selain itu, cabaran kedua yang dihadapi olehEncik Muhammad Asni bin Saleh ialah

cabaran emosi. Pada tahun 2015, beliau menghadapi pelbagai masalah seperti kerugian, dan tiada

pelanggan dimana memberi kesan yang besar secara emosi. Ini menyebabkan beliau untuk

menghilang semangat dan tiada motivasi untuk meneruskan perniagaan. Walau bagaimanapun,

dengan sokongan ahli keluarga dan juga rakan-rakan beliau telah mengubah emosi tersebut.

Selepas itu, beliau menjadi seorang yang sangat bersikap positif dan tidak mudah putus asa.
xxxii
Pada suatu hari, terdapat pelanggan yang tidak puas hati dengan makanan dan mula membuat

masalah. Dalam situasi ini, beliau pandai mengendalikan emosi. Beliau bercakap dengan sopan

menganttikan makanan yang baru kepada pelanggan tersebut. Sebab inilah ramai pelanggan mula

pergi ke restoran anjung ria sebab beliau hormat dan bersopan dengan pelanggan.xxxiii

Seterusnya, beliau juga menghadapi cabaran persaingan. Hal ini kerana masa beliau mula

restoran, di sebelah kiri dan sebelah kanan penuh dengan restoran-restoran lain. Ini menjadi

sukar untuk menarik pelanggan ke restoran beliau. Terdapat beberapa restoran yang sebelah

menggunakan teknik-teknik kotor seperti menyebarkan berita palsu tentang restoran beliau. Ini

mengurangkan pelanggan di restoran Anjung Ria. Walau bagaimanapun, beliau tidak berputus

asa dan cuba untuk menjalinkan hubungan dengan pemilik restoran yang lain. Beliau mula untuk

menghantar roti canai ke restoran-restoran yang lain. Dengan ini, imej restoran meningkat

semula dan ramai pelangaan turut pergi ke Restoran Anjung Ria.xxxiv

9
021028-08-0800

Beliau telah menghadapi kesemua cabaran ini dengan berani dan kini perniagaan beliau

telah berjalan dengan lancer. Apabila ada masalah-masalah yang kecil beliau akan

menyelesaikan masalah tersebut dengan senang sebab ada pengalaman yang luas. Dulu beliau

sukar untuk bayar sewa kedai sebanyak RM 700 tetapi sekarang beliau dapat membayar sewa

kedai yang RM 3000.xxxv Bukan itu sahaja, beliau juga banyak menolong pekerja. Contohnya,

memberi kenderaan sendiri untuk guna dan juga menyediakan tempat tinggal kepada pekerja

yang susah.xxxvi

HARAPAN KEJAYAAN PADA MASA HADAPAN

Encik Muhammad Asni bin Saleh mempunyai keluarga yang sangat menyokong dan

membantu beliau dalam perniagaan. Beliau bersukur untuk mendapat ahli keluarga yang sangat

penyayang.xxxvii Sekarang beliau berusia 55 tahun dan lagi 5 tahun sahaja beliau akan meneruskan

restoran anjung ria. Selepas itu beliau ingin memberi tanggungjawab tersebut kepada anak lelaki

iaitu Encik Muhammad Najmi bin Muhammad Asni untuk mewarisi perniagaan tersebut. xxxviii

Encik Muhammad Asni bin Saleh pula ingin membuat perjalanan ke luar negara dengan isteri,
xxxix
terutamanya ke Makkah. Beliau juga harap pembangunan yang terus djalankan di Tapah

akan membantu beliau untuk mendapat banyak pelanggan.

KESIMPULAN

Kesimpulannya, kajian terhadap sejarah perkembangan perusahaan Restoran Anjung Ria

dari tahun 1980 hingga 2015 di Tapah telah memeberi pengkaji banyak maklumat dan sumber

10
021028-08-0800

yang penting. Kajian yang dijalankan kira-kira selama 2 bulan ini telah memberi pelbagai

pegalaman baru dan menarik kepada pengkaji, Kajian ini telah mengerakkan pengkaji untuk

menambah ilmu pengetahuan tentang perniagaan bagi mendapatkan bahan untuk keperluan kerja

kursus ini.

Melalui kajian ini juga pengkaji menyedari betapa sukar untuk menjalankan suatu

perniagaan dan cara sesorang yang berniaga menghadapi halangan tersebut. Pengkaji juga

mempelajari beberapa nilai yang baik, Contohnya, tidak mudah berputus asa dan sentiasa

percaya diri sendir. Pengkaji juga telah mengamalkan nilai-nilai tersebut untuk menyiapkan kerja

kursus ini.Pengkaji juga tahu perkembangan Restoran Anjung Ria dari tahun 1980 hingga 2015

dan juga harapan-harapan masa hadapan pemilik Restoran Anjung Ria.

BIBLIOGRAFI

- Ahmad Warson Munawwir. Kamus al-Munawwir. Yogyakarta: PP Krapyak,

1984

-Gunardi Endro. Redifinisi Perniagaan: Suatu Penggalian Etika Keutamaan, 1999

-K. Berten. Pengantar Etika Perniagaan. Yogyakarta: Kanisius, 2002

-Keraf, Sonny. Etika Bisnis, Tuntutan dan Relevansinya. Yogyakarta: Kanisius,

1998

- Kamus.tokopedia.com/i/ilmu-ekonomi/ (2009)
11
021028-08-0800

SOALAN TEMUBUAL

Encik Morgan ( penduduk tapah selama 40 tahun)

Soalan temubual: 1) Apakah nama encik?

2) Berapa lama encik tinggal di Tapah?

3)Pada pendapat encik, bagaimanakah bandar ini dinamakan Tapah?

Encik Gopal ( Penduduk tapah selama 50 tahun)

Soalan temubual: 1) Apakah nama encik?

2) Berapa lamakah encik berada di Tapah?

3) Boleh encik menyenaraikan beberapa restoran yang berada di Tapah?

Encik Muhammad Najmi bin Muhammad Asni( Anak pemilik Restoran Anjung Ria)

Soalan temubual: 1) Apakah nama encik?

2) Boleh saya tahu bagaimana ayah memulakan perniagaan restoran ini?

3) Bagaimana ayah mendapat lessen perniagaan?

4) Apakah teknik awal yang digunakan oleh ayah supaya menarik lebih

pelanggan?

5) Boleh encik memberitahu perkembangan restoran dari segi lokasi dan ruang?

6) Dari pukul berapa sampai pukul berapa ayah akan membuat roti canai?

7) Berapa sewa kedai dulu dan sekarang?

12
021028-08-0800

Encik Muhammad Mansor( pekerja Restoran Anjung Ria dari tahun 2009)

Soalan temubual: 1) Apakah nama encik?

2) Berapa lamakah encik kerja di restoran ini ?

3) Berapakahgaji encik dulu dan sekarang?

4) Adakah encik mendapat bonus?

5) Bagaimankah cara melayan pelanggan oleh Encik Muhammad Asni?

Encik Fikri( Penduduk Tapah selama 45 tahun)

Soalan temubual: 1) Apakah nama encik?

2) Berapa lama encik tinggal di bandar tapah?

3) Adakah encik biasa pergi ke Restoran Anjung Ria?

4) Bagaimanakah rasa makanan di Restoran Anjung Ria?

Encik Muhammad Asni Bin Saleh( Pemilik Restoran Anjung Ria)

Soalan temubual: 1) Apakah nama encik?

2) Berapa lamakah encik menjalankan perniagaan restoran ini?

3) Boleh encik ceritakan tentang sejarah pembukaan Restoran Anjunng Ria?

4) Adakah encik mengubahsuai Restoran Anjung Ria?

5) Apakah encik menghadapi masalah atau cabaran semasa memulakan

perniagaan ini ?

13
021028-08-0800

6) Boleh encik mengkongsikan cara menghadapi halangan tersebut?

7) Apakah harapan encik pada masa hadapan?

SUMBER-SUMBER

14
021028-08-0800

( Encik Mohammad Asni iaitu pemilik Restoran Anjung Ria telah memasak)

( Sijil pengesahan bagi memasang perangkap minyak pada tahun 2015)

15
021028-08-0800

( Sijil penarafan kebersihan premis makanan pada tahun 2014)

16
021028-08-0800

(Stesen bas depan Restoran Anjung ria yang menjadi salah satu tarikan pelanggan)

17
021028-08-0800

( papan tanda restoran anjung ria )

18
021028-08-0800

NOTA HUJUNG

19
i
Laman web (ms.wikipedia.org › wiki › Perniagaan)
ii
Ibid (liandewi18.wordpress.com › sejarah-singkat)
iii
Ibid (openlibrary.org › Akta_Pendaftaran_Perniagaan_1956)
iv
Ibid (www.cikgusila.com › 2008 › 01)
v
Temu bual(Encik Morgan, Penduduk Tapah, pada 20 Julai pukul 2 petang melalui aplikasi whatsapp)
vi
Ibid( Encik Gopal, Penduduk Tapah , pada 20 Julai pukul 2 petang melalui aplikasi whatsapp)
vii
K. Berten, 2002. Pengantar Etika Perniagaan. Yogyakarta: Kanisius
viii
Gunardi Endro. 1999. Redifinisi Perniagaan: Suatu Penggalian Etika Keutamaan
Aristoteles. Jakarta: Pustaka Binaman Pressindo.
ix
Ahmad Warson Munawwir. 1984. Kamus al-Munawwir. Yogyakarta: PP Krapyak.
x
Keraf, Sonny. 1998. Etika Bisnis, Tuntutan dan Relevansinya. Yogyakarta : Kanisius
xi
Temubual (Encik Muhammad Najmi bin Muhammad Asni, melalui aplikasi Whatsapp, pada 18 julai pukul 3 petang)
xii
Gambar Encik Muhammad Asni Bin saleh telah memasak (1999)pada bahagian sumber
xiii
Pemandangan stesen bas dari Restoran Anjung Ria( pada bahagian sumber)
xiv
Sijil kehadiran kursus
xv
Temu Bual( Encik Muhammad Najmi bin Muhammad Asni, melalui aplikasi Whatsapp, pada 18 Julai pukul 3 petang)
xvi
Ibid
xvii
Ibid
xviii
Ibid( Encik Muhammad Mansor, Pekerja restoran Anjung Ria , melalui aplikasi Whatsapp, pada 19 Julai pukul 3 petang)
xix
Ibid( Encik Fikri, Penduduk Tapah, pada 20 Julai pukul 2 petang melalui Whatsapp)
xx
Ibid ( Encik Muhammad Najmi bin Muhammad Saleh, melalui aplikasi Whatsapp , pada 18 Julai pukul 3 petang)
xxi
Ibid
xxii
Gambar papan tanda(pada bahagian sumber)
xxiii
Sijil pengesahan memasang perangakap minyak(pada bahagian sumber)
xxiv
greasetrapmalaysia.blogspot.com
xxv
Sijil penarafan kebersihan premis makanan(pada bahagian sumber)
xxvi
Temubual ( Encik Muhammad Asni bin Saleh, melalui aplikasi Whatsapp, pada 18 Julai pukul 5 petang)
xxvii
Ibid
xxviii
Ibid (Cik Darshini, pelajar sekolah SMK Buyong Adil, melalui aplikasi Whatsapp, pada 22 Julai pukul 11 pagi)
xxix
Laman web(pejuanghartanah.com › 5-)
xxx
Temubual ( Encik Muhammad Asni bin Saleh, melalui aplikasi Whatsapp, pada 18 Julai pukul 5 petang)
xxxi
Ibid
xxxii
Ibid
xxxiii
Ibid( Encik Muhammad Mansor, Pekerja restoran Anjung Ria , melalui aplikasi Whatsapp, pada 19 Julai pukul 3 petang)
xxxiv
Temubual ( Encik Muhammad Asni bin Saleh, melalui aplikasi Whatsapp, pada 18 Julai pukul 5 petang)
xxxv
Ibid
xxxvi
Ibid( Encik Muhammad Mansor, Pekerja restoran Anjung Ria , melalui aplikasi Whatsapp, pada 19 Julai pukul 3 petang)
xxxvii
Temubual ( Encik Muhammad Asni bin Saleh, melalui aplikasi Whatsapp, pada 18 Julai pukul 5 petang)
xxxviii
Ibid
xxxix
Ibid

You might also like