GLOSARIAP015

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 19

Pengurusan Perniagaan (AN015)

Glosari Bab 1 (PERNIAGAAN & PERSEKITARAN)

Bil Konsep Keterangan

1 Barang Niaga Produk fizikal (unit) yang dapat dilihat, dipegang dan disentuh secara fizikal.

Nilai atau manfaat yang diperolehi hasil daripada perolehan, pemilikan atau penggunaan
2 Faedah
sesuatu barangan atau perkhidmatan

3 Input Sumber-sumber pengeluaran yang digunakan dalam proses pengeluaran.

Aktiviti menawarkan hasil pengeluaran/output kepada pembeli bagi tujuan mendapat


4 Jualan
keuntungan dan memberi kepuasan.

5 Kehendak Sesuatu perkara yang menjadikan hidup manusia lebih selesa.

6 Kemandirian Usaha perniagaan untuk terus wujud dan kekal di dalam pasaran.

Sesuatu yang mesti dipenuhi oleh setiap manusia untuk terus hidup dan wujud secara
7 Keperluan
semulajadi.
Keupayaan sesuatu barangan atau perkhidmatan untuk memenuhi kehendak dan keinginan
8 Kepuasan
manusia.

9 Keuntungan Hasil daripada jualan barangan dan perkhidmatan setelah ditolak kos-kos yang terlibat.

Bidang kajian berkaitan wang yang melibatkan aktiviti menguruskan kewangan individu,
10 Kewangan pertubuhan-pertubuhan perniagaan atau bukan perniagaan, pertubuhan kerajaan dan bukan
kerajaan dan setiap entiti yang terbabit dengan wang.

11 Koperasi Entiti perniagaan yang ditubuhkan secara sukarela untuk menjaga kebajikan ahli.

12 Milikan Tunggal Perniagaan yang dimiliki dan dikawal oleh hanya seorang individu.

13 Output Hasil yang diperolehi daripada proses pengeluaran.

Individu yang menyumbangkan kemahiran untuk melaksanakan aktiviti syarikat dan mendapat
14 Pekerja
upah sebagai ganjaran.

15 Pelabur Pemilik yang menyumbangkan modal dalam perniagaan bagi mendapatkan keuntungan.

Satu sistem aktiviti perniagaan yang dibentuk untuk merancang dan melaksanakan konsep
16 Pemasaran
produk, penentuan harga, promosi dan pengedaran sesuatu produk.

17 Pembekal Pihak yang menawarkan segala keperluan kepada sesebuah perniagaan.

18 Pembiaya Pihak yang mengeluarkan dan membiayai modal sesebuah perniagaan.

Proses menukarkan sumber-sumber pengeluaran kepada barangan siap atau barangan separa
19 Pengeluaran
siap.

20 Pengguna Pengguna adalah individu yang membeli dan menggunakan sesuatu produk.

Produk yang tidak dapat dilihat, dipegang dan disentuh secara fizikal tetapi boleh dirasai
21 Perkhidmatan
apabila menggunakannya.

mfn/kmk/pp/an015
Pengurusan Perniagaan (AN015)
Glosari Bab 1 (PERNIAGAAN & PERSEKITARAN)

Bil Konsep Keterangan

Pembentukan perniagaan oleh gabungan 2 atau lebih individu dengan tujuan untuk mendapat
22 Perkongsian
keuntungan.
Aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan dengan menggunakan wang atau alatan lain bagi
23 Perniagaan memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan pada harga, masa dan tempat yang sesuai bagi
mendapatkan keuntungan, faedah dan kepuasan.

24 Pertumbuhan Usaha perniagaan untuk memastikan perniagaan yang diusahakan berkembang operasinya.

Perniagaan lain yang mengeluarkan produk yang sama atau hampir sama di dalam industri
25 Pesaing
yang sama.
Pihak yang terbabit dalam pengurusan syarikat yang bertanggungjawab menyelaraskan dan
26 Pihak Pengurusan
mengawal kerja yang dilakukan oleh orang bawahan untuk mencapai matlamat tertentu.
Proses Transformasi/
27 Proses Pengeluaran/ Proses menukarkan input kepada output.
Proses Tambah Nilai
Staf yang menawarkan bakat, pengetahuan, kemahiran dan pengalaman kepada sesebuah
28 Sumber Manusia
organisasi.
Perniagaan yang dibentuk melalui sumbangan modal individu-individu dalam bentuk saham
29 Syarikat
biasa.
Komitmen syarikat untuk memberi perhatian kepada keperluan/kebajikan awam disamping
30 Tanggungjawab Sosial
aktiviti utama yang bermatlamatkan keuntungan.

mfn/kmk/pp/an015
Pengurusan Perniagaan (AN015)
Glosari Bab 2 (PENGENALAN PENGURUSAN)

Bil Konsep Keterangan


Kemahiran Kebolehan untuk memimpin, memotivasi, mengurus konflik dan mempengaruhi individu dengan
1
Kemanusiaan memahami perasaan, tingkah laku dan sikap individu lain.
Kemahiran Kemampuan untuk melihat organisasi secara keseluruhan dan mengintegrasikan hubungan antara
2
Konseptual bahagian-bahagian dalam organisasi.
Kemahiran
3 Kebolehan untuk mengaplikasikan kaedah, prosedur dan teknik dalam bidang tertentu.
Teknikal
Proses di mana pengurus cuba mempengaruhi gelagat pekerja agar mereka dapat melaksanakan
4 Memimpin
tugas yang diberikan dengan efektif dan efisien untuk mencapai matlamat organisasi.
Proses di mana pengurus memantau prestasi semasa dan mengambil tindakan pembaikan untuk
5 Mengawal
memastikan hasil akhir kerja tercapai seperti yang dijangkakan.
Proses di mana pengurus menyusun dan mengagihkan sumber-sumber organisasi untuk
6 Mengorganisasi
melaksanakan tugas yang telah ditetapkan agar dapat mencapai matlamat organisasi.
Proses di mana pengurus menentukan matlamat yang ingin dicapai dan menentukan tindakan
7 Merancang yang paling sesuai untuk diambil di semua peringkat organisasi demi mencapai matlamat
organisasi.
Gabungan dua atau lebih orang yang bekerja secara sistematik dan berstruktur untuk mencapai
8 Organisasi
matlamat organisasi.

9 Pengurus Atasan Pihak yang bertanggungjawab ke atas pengurusan sesuatu organisasi secara menyeluruh.

Pengurus
10 Pihak yang bertanggungjawab secara langsung ke atas pengeluaran produk dan perkhidmatan.
Bawahan
Pengurus Pihak yang bertanggungjawab melaksanakan segala keputusan yang dibuat oleh pengurusan
11
Pertengahan atasan.
Pengurusan ialah pencapaian matlamat organisasi secara efektif dan efisien melalui proses
12 Pengurusan
merancang, mengorganisasi, memimpin dan mengawal sumber-sumber organisasi.

13 Peranan Satu set gelagat yang berkaitan dan bersesuaian dengan jawatan yang disandang.

mfn/kmk/pp/an015
Pengurusan Perniagaan (AN015)
Glosari Bab 3 (PERANCANGAN)

Bil Konsep Keterangan

Satu bentuk perancangan yang memperuntukkan sumber kewangan untuk pelaksanaan


1 Belanjawan
sesuatu aktiviti, projek atau program bagi sesuatu tempoh tertentu.
Jadual yang menunjukkan susunan langkah-langkah/aktiviti di dalam suatu projek dan
2 Carta GANTT
masa yang diperuntukkan bagi menyelesaikan setiap langkah/aktiviti tersebut
Rajah yang menggunakan garisan bagi mewakili turutan aktiviti-aktiviti dan masa yang
3 Carta PERT
diperuntukkan di dalam menyiapkan sesuatu projek

4 Misi Tujuan utama sesebuah organisasi ditubuhkan.

5 Objektif Sasaran atau hasil akhir yang cuba/dijangka dapat dicapai oleh sesebuah organisasi

6 Objektif Jabatan Objektif sesuatu jabatan yang ditetapkan berdasarkan objektif organisasi

7 Objektif Organisasi Objektif keseluruhan firma yang dipertanggungjawabkan kepada pengurusan atasan.

8 Objektif Unit Objektif bagi unit-unit kecil di dalam jabatan.

Proses di mana pengurus menentukan matlamat yang ingin dicapai dan menentukan
9 Perancangan (Merancang) tindakan yang paling sesuai untuk diambil di semua peringkat organisasi demi mencapai
matlamat organisasi.
Perancangan Operasian
Perancangan terperinci berkaitan aktiviti rutin harian bagi satu-satu unit kerja atau
10 (Perancangan Jangka
individu.
Pendek)
Perancangan Strategik
Perancangan menyeluruh yang menjadi garis panduan bagi mencapai matlamat
11 (Perancangan Jangka
organisasi.
Panjang)
Perancangan Taktikal
12 (Perancangan Jangka Perancangan yang direkabentuk bagi melaksanakan perancangan strategik.
Sederhana)

13 SMART-Boleh dicapai Matlamat mestilah mencabar tetapi boleh dicapai.

14 SMART-Boleh diukur Objektif perlu dinyatakan dalam bentuk kuantitatif.

15 SMART-Ganjaran Objektif perlu dikaitkan dengan ganjaran sebagai faktor pendorong kepada pelaksana.

16 SMART-Spesifik Objektif yang ditetapkan mestilah khusus (mendalam) dan jelas.

17 SMART-Tempoh masa Objektif yang ditetapkan mesti mempunyai had masa bila ia perlu dicapai.

Analisis yang digunakan untuk mengkaji hubungan antara jualan (hasil) dengan kos
18 Titik Pulang Modal untuk menentukan titik di mana jumlah jualan akan menyamai jumlah kos iaitu titik
pulang modal.

19 Visi Satu pernyataan yang menyeluruh tentang penubuhan sesebuah organisasi.

mfn/kmk/pp/an015
Pengurusan Perniagaan (AN015)
Glosari Bab 4 (PENGORGANISASIAN)

Bil Konsep Keterangan

Hak untuk membuat keputusan dan mengambil tindakan untuk menjalankan sesuatu
1 Autoriti
kerja
Hak yang dimiliki oleh pengurus untuk mengarah dan mengawal aktiviti staf
2 Autoriti Lini
bawahannya.
Pengurus yang dilantik hanya sebagai sokongan kepada fungsi lini dan tidak diberikan
3 Autoriti Staf
kuasa untuk mengarah orang lain melalui rantaian arahan.
Autoriti yang diagihkan secara penurunan kuasa daripada pengurus kepada subordinat
4 Delegasi Tugas
di dalam sesebuah organisasi.
Merujuk kepada bilangan staf bawahan yang melapor terus kepada seorang
5 Jangkauan Kawalan
ketua/pengurus.

6 Jangkauan Kawalan Luas Bilangan staf yang diletakkan dibawah kawalan pengurus/ ketua adalah ramai.

7 Jangkauan Kawalan Sempit Bilangan staf yang diletakkan dibawah seorang pengurus adalah sedikit.

Setiap pekerja di dalam sesebuah organisasi hanya melapor kepada seorang ketua
8 Kesatuan Arahan
sahaja.
Semua objektif jabatan, bahagian dan individu mengarah kepada objektif organisasi
9 Kesatuan Objektif
yang sama.
Organisasi yang dibentuk berdasarkan struktur peranan yang dikelolakan secara formal
10 Organisasi Formal mengikut tingkat autoriti yang telah ditetapkan di dalam sesebuah syarikat atau
pertubuhan.
Organisasi yang menunjukkan hubungan tidak rasmi yang wujud daripada interaksi
11 Organisasi Tidak Formal
antara pekerja di dalam organisasi rasmi.

12 Pemencaran Proses membuat keputusan diagihkan ke semua peringkat organisasi.

Autoriti dan keputusan tertumpu pada peringkat atasan dan hanya sedikit sahaja
13 Pemusatan
autoriti membuat keputusan diberi kepada peringkat bawahan.
Penumpuan dalam melakukan sejenis pekerjaan atau aktiviti tertentu mengikut
14 Pengkhususan Kerja
kemahiran seseorang.
Proses di mana pengurus menyusun dan mengagihkan sumber-sumber organisasi untuk
Pengorganisasian
15 melaksanakan tugas yang telah ditetapkan agar dapat mencapai matlamat organisasi
(Mengorganisasi)
dengan cekap dan berkesan.

16 Prinsip Pengorganisasian Garis panduan yang digunakan untuk melaksanakan tugas pengorganisasian.

17 Rantaian Arahan Garisan autoriti yang menunjukkan hubungan langsung antara ketua dengan pekerja.

Merupakan satu bentuk penjabatanan yang tugas atau aktiviti dikelompokkan


18 Struktur Divisional
berdasarkan persamaan dalam produk, perkhidmatan atau pasaran.

19 Struktur Fungsian Merupakan pengelompokan aktiviti atau tugas berdasarkan fungsi asas organisasi.

20 Struktur Matrik Merupakan gabungan antara struktur divisional dan struktur fungsian.

Suatu sistem atau jaringan formal tentang perkaitan dan perhubungan antara tugas dan
21 Struktur Organisasi
aktiviti yang berlainan.

mfn/kmk/pp/an015
Pengurusan Perniagaan (AN015)
Glosari Bab 5 (KEPIMPINAN & MOTIVASI)

Bil Konsep Keterangan

1 Autokratik Gaya kepimpinan di mana pembuatan keputusan dibuat oleh seorang ketua sahaja.

Gaya kepimpinan yang melibatkan subordinat dalam proses membuat keputusan tetapi
2 Demokratik
keputusan akhir dibuat oleh pengurus.
Faktor yang berkaitan dengan pekerjaan yang boleh memberikan motivasi dan
3 Faktor Motivasi
kepuasan kepada pekerja.
Faktor yang apabila mencukupi di tempat kerja akan mententeram dan menyenangkan
4 Faktor Penjagaan
pekerja.

5 Ganjaran Balasan yang diingini oleh pekerja terhadap usaha dan kerja yang dilakukan.

Pendekatan yang digunakan oleh seseorang pemimpin untuk mempengaruhi


6 Gaya kepimpinan
subordinatnya.
Gaya kepimpinan di mana tindakan pengurus perlu berpandukan al-Quran dan al-
7 Islamik
Sunnah serta Syura.
Keperluan yang melibatkan manusia menggunakan bakat dan potensi yang ada pada
8 Keperluan Aktualisasi Diri
dirinya untuk mencapai apa yang dihajati.
Berhubung dengan keperluan untuk mendapat penghargaan diri, penghormatan dan
9 Keperluan Esteem
status yang diiktiraf oleh pihak lain.

10 Keperluan Fisiologi Berhubung dengan keperluan asas manusia untuk terus hidup.

Keperluan untuk mengelakkan diri daripada perkara-perkara yang boleh mencederakan


11 Keperluan Keselamatan
atau menjejaskan masa depannya.
Keperluan untuk berhubung dengan orang lain dan diterima oleh kumpulan atau
12 Keperluan Sosial
masyarakat.
Suatu proses di mana pemimpin akan cuba mempengaruhi perlakuan pekerjanya bagi
13 Kepimpinan
melaksanakan sesuatu tugas untuk mencapai matlamat kerja bagi unit dan organisasi.
Program pengurusan bagi meningkatkan produktiviti dengan mewujudkan suasana kerja
14 Kualiti Suasana Kerja
yang lebih baik bagi tingkatkan motivasi pekerja.
Gaya kepimpinan di mana pengurus memberi kebebasan kepada subordinat untuk
15 Laissez-faire
membuat keputusan dan bertindak.
Proses psikologi yang merangsang dan mengarahkan tindakan manusia secara
16 Motivasi
berterusan untuk mencapai matlamat.
Individu yang mengarah, mengkoordinasi dan memotivasikan pekerja melaksanakan
17 Pemimpin
kerja
Proses menetapkan objektif secara bersama di antara pengurus dan pekerja bagi
18 Penetapan Matlamat
memastikan matlamat dicapai dalam tempoh yang munasabah.
Kaedah mendorong pekerja dengan mengembangkan tanggungjawab mereka bagi
19 Pengkayaan Kerja
memberi cabaran dan kepuasan kerja.

20 Pengupayaan Penurunan kuasa kepada subordinat untuk membuat keputusan.

Kombinasi beberapa tugas yang menggunakan kemahiran yang sama untuk membentuk
21 Perluasan Kerja
kerja baru.

mfn/kmk/pp/an015
Pengurusan Perniagaan (AN015)
Glosari Bab 5 (KEPIMPINAN & MOTIVASI)

Bil Konsep Keterangan

Pekerja dipindahkan ke bahagian-bahagian lain dalam organisasi secara sistematik


22 Pusingan Kerja
mengikut tempoh tertentu.
Aktiviti pengurus menggabungjalinkan tugas bagi membentuk kerja yang dapat
23 Rekabentuk Kerja
dilaksanakan dengan baik oleh pekerja.
Teori yang mempercayai bahawa manusia secara semulajadinya adalah malas dan tidak
24 Teori X
memberi kerjasama.
Teori yang mempercayai bahawa manusia secara semulajadinya rajin, berdaya maju dan
25 Teori Y
bermotivasi.
Teori yang menumpukan kepada meningkatkan kesetiaan pekerja terhadap syarikat
26 Teori Z
dengan menyediakan pekerjaan untuk sepanjang hayat.

mfn/kmk/pp/an015
Pengurusan Perniagaan (AN015)
Glosari Bab 6 (KAWALAN)

Bil Konsep Keterangan

Satu bentuk perancangan yang memperuntukkan sumber kewangan untuk pelaksanaan sesuatu
1 Belanjawan
aktiviti, projek atau program bagi sesuatu tempoh tertentu.

Jadual yang menunjukkan susunan langkah-langkah/aktiviti di dalam suatu projek dan masa
2 Carta GANTT
yang diperuntukkan bagi menyelesaikan setiap langkah/aktiviti tersebut.

Rajah yang menggunakan garisan bagi mewakili turutan aktiviti-aktiviti dan masa yang
3 Carta PERT
diperuntukkan di dalam menyiapkan sesuatu projek

4 Input Sumber-sumber pengeluaran yang digunakan dalam proses pengeluaran.

Proses memantau prestasi dan mengambil tindakan untuk memastikan hasil tercapai seperti
5 Kawalan
yang dijangkakan.

Kawalan yang dibuat terhadap input untuk memastikan input yang digunakan semasa proses
6 Kawalan Awalan
transformasi telah memenuhi standard (piawaian) tertentu.

7 Kawalan Semasa Kawalan yang dilakukan semasa (serentak) proses tranformasi input kepada output berlaku.

8 Kawalan Selepas Kawalan terhadap output yang dihasilkan.

9 Output Hasil yang diperolehi daripada proses pengeluaran.

Langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk mengawal melibatkan penetapan piawai,


10 Proses Kawalan mengukur prestasi sebenar, membuat perbandingan antara prestasi dan piawai dan melakukan
tindakan pembaikan supaya objektif yang dirancang tercapai.
Analisis yang digunakan untuk mengkaji hubungan antara jualan (hasil) dengan kos untuk
11 Titik Pulang Modal
menentukan titik di mana jumlah jualan akan menyamai jumlah kos iaitu titik pulang modal.

mfn/kmk/pp/an015
Pengurusan Perniagaan (AN015)
Glosari Bab 7 (PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)

Bil Konsep Keterangan


Teknik untuk mengumpul dan menganalisis maklumat berkenaan kerja, tugas dan
1 Analisis Kerja tanggungjawab serta kemahiran, pengetahuan dan keupayaan yang diperlukan untuk
melaksanakan sesuatu kerja.
Kaedah pemilihan di mana calon yang berminat akan mengisi borang permohonan
2 Borang Permohonan
kerja.

Penilai menggunakan teknik penerangan dan perkataan tertentu untuk menggambarkan


3 Esei
prestasi pekerja yang dinilai dengan betul dan tepat.

Balasan/imbuhan yang diberikan kepada pekerja hasil daripada pelaksanaan tugas atau
4 Ganjaran
perkhidmatan yang diberikan kepada organisasi.

Dokumen formal yang menerangkan tentang kerja, tugas dan tanggungjawab yang perlu
5 Huraian Kerja
dilaksanakan oleh seseorang penjawat.

Kaedah pengrekrutan di mana maklumat tentang jawatan kosong dihebahkan melalui


6 Kaedah Terbuka
papan buletin atau surat pekeliling / memo organisasi.

Kaedah pengrekrutan di mana pengurus akan memutuskan pekerja mana yang perlu
7 Kaedah Tertutup
dinaikkan pangkat setelah mengambil kira pandangan dari penyelia yang berkaitan.

Program keselamatan pekerja adalah bertujuan mewujudkan tahap kepuasan serta


8 Keselamatan Pekerja
motivasi yang tinggi di kalangan pekerja.

Program penjagaan kesihatan pekerja bertujuan melindungi pekerja daripada gangguan


9 Kesihatan Pekerja
emosi dan penyakit fizikal yang disebabkan oleh kerja dan persekitaran kerja.
Usaha organisasi untuk meningkatkan kemahiran dan pengetahuan pekerja serta
10 Latihan membina sikap positif terhadap kerja selaras dengan perkembangan semasa dalam
bidang pekerjaan tertentu.

11 Latihan Di Luar Kerja Program atihan yang dijalankan di luar waktu dan tempat bertugas pekerja.

12 Latihan Semasa Kerja Program latihan yang dijalankan semasa pekerja sedang bekerja.

Program latihan di mana pekerja baru dibimbing oleh pekerja lama dalam waktu bekerja
13 Mentor
dengan berkongsi pendapat, kemahiran dan kepakaran di antara mereka.

Proses memperkenalkan, menyesuaikan dan membudayakan pekerja baru dengan


14 Orientasi
suasana pekerjaan dalam organisasi.

Program ini dijalankan bagi meningkatkan kemahiran konseptual, analitikal dan


15 Pembangunan Pengurusan
penyelesaian masalah di kalangan pekerja khususnya kakitangan pengurusan.

Proses mengenalpasti dan menarik minat calon yang berkelayakan untuk mengisi
16 Pengrekrutan
jawatan kosong dalam organisasi.

Program pembangunan dan pentadbiran sumber manusia untuk meningkatkan prestasi


17 Pengurusan Sumber Manusia
dan kualiti di samping memenuhi keperluan dan kepuasan mereka.

18 Penilaian Prestasi Satu proses yang sistematik bagi menilai pencapaian pekerja dalam melakukan kerjanya.

mfn/kmk/pp/an015
Pengurusan Perniagaan (AN015)
Glosari Bab 7 (PENGURUSAN SUMBER MANUSIA)

Bil Konsep Keterangan

Perancangan Sumber Aktiviti menganalisa situasi pekerjaan sekarang dan masa depan serta membentuk
19
Manusia strategi untuk memenuhi keperluan sumber manusia bagi organisasi.

Perbandingan prestasi antara seorang pekerja dengan pekerja yang lain melalui kaedah
20 Perbandingan Pekerja
pemeringkatan (ranking)

Perhubungan di antara majikan, pekerja, pihak kerajaan, kesatuan sekerja dan pihak
21 Perhubungan Industri
mahkamah yang bertujuan mewujudkan hubungan yang harmoni.
Program yang perlu dilalui oleh calon dalam masa yang telah ditetapkan dengan
22 Program Perantisan mempelajari dan melakukan tugas-tugas yang telah ditentukan sebelum diterima
sebagai pekerja bertaraf.
Proses mengambil pekerja yang terbaik daripada sejumlah calon–calon yang memohon
23 Proses Pemilihan
sesuatu pekerjaan.

Latihan kepada pekerja melalui pemindahan secara sistematik dari satu bahagian ke
24 Pusingan Kerja
bahagian yang lain.

Aktiviti menganggar bilangan dan jenis tenaga buruh yang diperlukan oleh organisasi
25 Ramalan Sumber Manusia
pada masa akan datang.

Tapisan awal ke atas borang permohonan bagi memilih calon yang memenuhi syarat
26 Saringan
untuk di pilih ke proses seterusnya.

27 Skala Perkadaran Satu skala yang dibentuk untuk menilai prestasi pekerja.

Dokumen formal yang menerangkan tentang kelayakan yang perlu dimiliki oleh
28 Spesifikasi Kerja
seseorang individu untuk melakukan sesuatu kerja dengan berkesan.

29 Sumber Dalaman Tawaran pekerjaan disasarkan kepada pekerja sedia ada di dalam organisasi itu sendiri.

30 Sumber Luaran Tawaran pekerjaan disasarkan kepada pihak dari luar organisasi.

Satu proses pertukaran maklumat antara pihak organisasi yang menjalankan


31 Temuduga
pengambilan dengan calon yang layak.

Ujian dilakukan untuk memilih pemohon yang benar-benar mempunyai pengetahuan,


32 Ujian
kebolehan dan keupayaan untuk memegang jawatan yang ditawarkan.

mfn/kmk/pp/an015
Pengurusan Perniagaan (AN015)
Glosari Bab 8 (PENGELUARAN)

Bil Konsep Keterangan


Proses di mana bahan mentah dipecahkan dan di asingkan (daripada elemen yang tidak
1 Analitik berguna) kepada komponen tertentu untuk menjadi barang siap yang berguna dan
boleh dijual.
Barang atau bahan-bahan yang disimpan oleh organisasi untuk digunakan pada masa
2 Inventori
hadapan.

Satu siri standard yang direka untuk melindungi isu-isu berkenaan alam sekitar bagi
3 ISO 14000
organisasi di pasaran antarabangsa.

Satu standard bertulis yang menetap dan menerangkan tentang elemen-elemen asas
4 ISO 9000 yang perlu ada dalam sistem kualiti bagi memastikan produk atau perkhidmatan yang
diberikan oleh sesebuah organisasi.

Sistem kawalan yang menguruskan penerimaan, penyimpanan, pengendalian dan


5 Kawalan Inventori pengiraan bahan mentah, kerja dalam proses dan inventori barang siap untuk
memastikan pengaliran kerja diselenggara dengan baik.

Satu proses memeriksa produk yang dihasilkan bagi memastikan kualiti produk
6 Kawalan Kualiti
menepati standard atau piawaian yang ditetapkan.

Kuantiti Pesanan Ekonomik Teknik pengurusan inventori untuk menentukan kuantiti pesanan optimum yang
7
(EOQ) meminimumkan jumlah kos inventori syarikat.

Kaedah pengeluaran barang di dalam kumpulan-kumpulan atau lot-lot tertentu


8 Pengeluaran Kelompok
mengikut spesifikasi pelanggan.

Kaedah pengeluaran secara besar-besaran untuk menghasilkan barangan yang


9 Pengeluaran Massa
sama/seragam.
Kaedah pengeluaran yang beroperasi 24 jam berterusan tanpa henti dan mengeluarkan
10 Pengeluaran Selanjar
satu jenis produk dalam volum yang tinggi.
Satu proses pengurusan kualiti yang berorientasikan pelanggan, penambahbaikan
Pengurusan Kualiti Secara
11 secara berterusan, penglibatan semua orang, setiap bahagian dan proses dalam
Menyeluruh (TQM)
organisasi serta penyelesaian masalah secara berpasukan.

Pengurusan operasi yang melibatkan perancangan, penyusunan, penstafan, pengarahan


12 Pengurusan Pengeluaran dan pengawalan segala aktiviti berkaitan dengan penghasilan barangan dan
perkhidmatan melalui satu proses transformasi input kepada output yang lebih bernilai.

Proses untuk menggangarkan jangka masa yang diperlukan untuk menyiapkan sesuatu
13 Penjadualan Pengeluaran
aktiviti.
Penyusunan semua peralatan dan mesin serta aktiviti pengeluaran mengikut urutan
14 Penyusunan Produk
proses pengeluaran.

Penyusunan aktiviti pengeluaran dengan mengumpulkan manusia dan alatan yang sama
15 Penyusunan Proses
fungsinya di satu tempat.

Kaedah mengumpulkan aktiviti pengeluaran seperti sumber manusia, bahan mentah


16 Penyusunan Tetap
dan peralatan di lokasi di mana pengeluaran hendak dibuat.

17 Perancangan Lokasi Tapak Proses memilih lokasi tapak operasi yang strategik dan miminimumkan kos.

18 Perancangan Reka Bentuk Proses merancang dan menyusun rekabentuk/susunatur dalaman sesebuah kilang.

Proses memasang/mencantum beberapa komponen siap atau separuh siap menjadi


19 Percantuman
satu produk lain.

mfn/kmk/pp/an015
Pengurusan Perniagaan (AN015)
Glosari Bab 8 (PENGELUARAN)

Bil Konsep Keterangan


Proses pengeluaran di mana beberapa bahan mentah digabungkan untuk menghasilkan
20 Sintetik
barang siap.
Sistem Tepat Pada Waktu Kaedah pengeluaran yang mengumpulkan semua bahan dan bahagian yang diperlukan
21
(JIT) pada setiap tahap pengeluaran tepat pada masa yang diperlukan.

22 Transformasi Proses menukarkan bahan mentah kepada barang siap, bahagian atau komponen.

mfn/kmk/pp/an015
Pengurusan Perniagaan (AN015)
Glosari Bab 9 (PEMASARAN)

Bil Konsep Keterangan

Satu set nilai, persepsi, kehendak dan gelagat yang dipelajari oleh seseorang dari keluarga
1 Budaya
dan institusi-institusi lain.

2 Data Primer Data yang diperoleh secara terus dari responden.

3 Data Sekunder Data yang diperoleh melalui bahan cetak, majalah, buku, internet.

Tingkah laku yang ditunjukkan pengguna dalam proses pembelian, penggunaan dan
4 Gelagat Pengguna
pelupusan barang yang dibeli.

5 Harga Nilai yang diletakkan ke atas sesuatu barangan ataupun servis yang dijual.

Susunan kedudukan pengguna dalam hierarki masyarakat berdasarkan tingkat


6 Kelas Sosial
pendapatan, jenis pekerjaan, latar belakang pendidikan dan kekayaan yang dimiliki.
Pihak yang dijadikan sebagai rujukan oleh seseorang dalam membentuk sikap atau
7 Kumpulan Rujukan
kelakuannya dalam membuat keputusan pembelian.

8 Motivasi Diri Dorongan yang menyebabkan seseorang bertindak untuk memenuhi sesuatu keperluan

Kombinasi 4 komponen asas merangkumi produk, penentuan harga, promosi dan


9 Paduan Pemasaran pengedaran bagi menentukan strategi pemasaran yang akan digunakan oleh sesebuah
organisasi.
Individu atau organisasi yang mempunyai minat, kuasa beli dan kesanggupan untuk
10 Pasaran
membeli sesuatu produk yang boleh memenuhi keperluan dan kehendak mereka

11 Pasaran Industri Pengguna industri yang membeli produk untuk digunakan dalam proses pengeluaran.

Pasaran yang merupakan kumpulan pembeli yang besar (sekolah, hospital, universiti) dan
12 Pasaran Institusi
tidak bermotifkan keuntungan.
Pasaran yang melibatkan pembelian oleh kerajaan pusat dan kerajaan negeri untuk
13 Pasaran Kerajaan
kegunaan operasi harian.
Pasaran Penjualan Pengguna industri yang menjadi perantara (pemborong atau peruncit) yang membeli dan
14
Semula menjual semula kepada pembeli lain.
Satu pasaran yang ingin ditumpukanoleh sesebuah firma yang mengeluarkan sesuatu
15 Pasaran Sasar
produk.

16 Pelanggan Individu yang berusaha untuk mendapatkan sesuatu barang @ perkhidmatan.

Satu sistem aktiviti perniagaan yang dibentuk untuk merancang dan melaksanakan konsep
produk, penentuan harga, promosi dan pengedaran produk untuk menggalakkan berlaku
17 Pemasaran
pertukaran yang dapat memenuhi keperluan pengguna dan pada masa yang sama
mencapai objektif organisasi.
Syarikat menawarkan produknya kepada semua segmen dengan menggunakan campuran
18 Pemasaran Tak Terbeza
pemasaran yang sama.

19 Pemasaran Terbeza Firma menawarkan produk dan campuran pemasaran yang berbeza untuk setiap segmen.

Firma akan menumpukan campuran pemasarannya kepada satu segmen sahaja daripada
20 Pemasaran Tertumpu
keseluruhan pasaran.

mfn/kmk/pp/an015
Pengurusan Perniagaan (AN015)
Glosari Bab 9 (PEMASARAN)

Bil Konsep Keterangan

Usaha meletakan imej produk yang jelas, baik dan berbeza dalam minda pengguna
21 Pemposisian Pasaran
berbanding produk pesaing.
Perubahan yang berlaku ke atas kelakuan seseorang hasil daripada pengalaman yang
22 Pengalaman
dilalui.
Proses memindahkan produk dari pusat pengeluaran kepada pengguna di lokasi dan pada
23 Pengedaran
masa yang dikehendaki.

24 Pengguna Pengguna adalah individu yang membeli dan menggunakan sesuatu produk.

Individu yang membeli produk atau perkhidmatan untuk kegunaan peribadi atau ahli
25 Pengguna Akhir
keluarga mereka.
Organisasi yang membeli produk untuk tujuan operasi syarikat atau dijual kepada pengguna
26 Pengguna Industri
akhir.
Proses menilai daya tarikan setiap segmen pasaran yang telah dikenal pasti dan memilih
27 Penyasaran Pasaran
satu atau lebih segmen yang hendak dimasuki.
Proses pengumpulan, perekodan, penganalisisan dan pelaporan data secara sistematik
28 Penyelidikan Pemasaran mengenai sesuatu isu syarikat yang berkaitan dengan aktiviti pemasaran barangan,
perkhidmatan, tempat, insan dan idea.
Kemahuan atau kesediaan seseorang untuk memiliki/membeli sesuatu barang atau
29 Permintaan
perkhidmatan yang disertai dengan kemampuan untuk memilikinya.
Individu memperoleh, memilih, mengelola dan mentafsir maklumat ke dalam bentuk yang
30 Persepsi
lebih bermakna.
Ciri-ciri psikologi yang menonjol pada diri seseorang dan seterusnya mewujudkan tindak
31 Personaliti
balas konsisten dan berterusan terhadap persekitaran.
Tindakan untuk memperoleh objek yang diingini daripada pihak lain dengan menawarkan
32 Pertukaran
sesuatu sebagai balasan.
Apa sahaja yang ditawarkan di pasaran untuk perhatian, perolehan, kegunaan atau belian
33 Produk
bagi memenuhi keperluan dan kehendak manusia.
Bentuk-bentuk komunikasi yang digunakan untuk memberitahu, mengingatkan dan juga
34 Promosi
memujuk pengguna mengenai sesuatu produk yang dikeluarkan oleh sesebuah syarikat
Pembahagian pasaran yang besar (pelbagai) kepada pasaran yang kecil berdasarkan
35 Segmentasi Pasaran
keperluan, ciri dan kriteria yang sama.

36 Tahap Kesetiaan Nilai yang dipegang seseorang mengenai sesuatu benda atau perkara.

Pertukaran barangan antara dua pihak sama ada pertukaran wang dengan produk atau
37 Urusniaga
pertukaran antara barang dengan barangan lain (sistem barter).

mfn/kmk/pp/an015
Pengurusan Perniagaan (AN015)
Glosari Bab 10 (PRODUK)

Bil Konsep Keterangan

Bilangan produk yang dikumpulkan bersama dan dibezakan mengikut jenis-


1 Barisan Produk
jenisnya.
Nama, istilah, tanda, perkataan, simbol atau rekabentuk atau kombinasi
2 Jenama (Penjenamaan) daripadanya yang digunakan untuk memperkenalkan dan membezakan
keluaran/perkhidmatan sesebuah firma.

3 Jenama Generik Produk yang tidak mempunyai jenama.

4 Jenama Pengedar Jenama yang diberikan oleh peruncit atau pemborong.

5 Jenama Pengeluar Penjenamaan mengikut pengeluar yang mengeluarkan keluaran.

Bilangan versi atau sub-kumpulan yang ditawarkan oleh setiap produk berbeza di
6 Kedalaman
dalam barisan produk.
Bilangan barisan produk yang berbeza yang dihasilkan oleh pengeluar untuk
7 Kelebaran Produk
ditawarkan kepada pengguna.

8 Kepanjangan Produk Jumlah item produk yang dikeluarkan oleh syarikat

Tahap perkaitan hubungan di antara semua barisan produk dari segi penggunaan,
9 Ketekalan
pengeluaran dan pengedaran.
Sejarah hidup/kitaran hayat sesuatu produk sejak produk itu diperkenalkan di
10 Kitar Hayat Produk
pasaran sehingga ianya ditarik keluar dari pasaran.
Ciri luaran pembungkusan yang merangkumi maklumat bercetak yang terdapat
11 Label (Pelabelan)
pada produk/pembungkusan.
Campuran produk iaitu semua barisan dan item produk yang ditawarkan oleh
12 Paduan Produk
sesebuah syarikat
Aktiviti mencipta dan menghasilkan sesuatu bekas atau pembungkus sesuatu
13 Pembungkusan
produk.
Pembungkusan Pembungkusan yang diperlukan untuk menyimpan, mengenalpasti dan
14
Penghantaran menghantar produk kepada pembeli.
Bekas utama yang membungkus produk untuk melindungi keselamatan dan kualiti
15 Pembungkusan Primer
produk.

16 Pembungkusan Sekunder Pembungkusan yang membungkus bekas untuk menjadikan produk lebih menarik.

Produk merupakan apa sahaja yang ditawarkan kepada pasaran untuk perhatian,
17 Produk pemilikan atau penggunaan yang boleh memuaskan kehendak dan keperluan
pembeli.

18 Produk Asasi Produk yang dibeli berulang kali kerana kerap digunakan.

19 Produk Beli Belah Produk yang jarang dibeli atau dibeli sekali sekala.

20 Produk Gerak Hati Produk yang dibeli tanpa perancangan awal.

Produk yang dibeli untuk diproses semula atau digunakan dalam aktiviti
21 Produk Industri
perniagaan.

mfn/kmk/pp/an015
Pengurusan Perniagaan (AN015)
Glosari Bab 10 (PRODUK)

Bil Konsep Keterangan

Produk yang mempunyai ciri-ciri yg unik, yang disukai oleh pengguna dari segi
22 Produk Istimewa
jenama, gaya atau jenisnya.

23 Produk Kecemasan Produk yang dibeli apabila keperluan mendesak.

Ciri- ciri yang digabungkan untuk membolehkan pembeli memanfaatkan produk


24 Produk Ketara
teras.

25 Produk Mudah Beli Produk yang selalu dibeli oleh pengguna.

26 Produk Sampingan Faedah-faedah tambahan yang diinginkan oleh pengguna .

27 Produk Teras Semua faedah utama yang ingin didapati daripada pembelian sesuatu produk.

Produk yang tidak diketahui oleh pengguna atau pengguna tahu tetapi tidak terfikir
28 Produk Tidak Dicari
untuk membelinya.

mfn/kmk/pp/an015
Pengurusan Perniagaan (AN015)
Glosari Bab 11 (HARGA)

Bil Konsep Keterangan

Pengurangan harga yang ditawarkan kepada saluran pengedaran seperti peruncit @


1 Diskaun Fungsi
pemborong.

2 Diskaun Kuantiti Pengurangan harga jika pembelian dibuat dalam kuantiti yang besar.

3 Diskaun Musim Pengurangan harga mengikut musim.

4 Diskaun Tunai Pengurangan harga apabila membayar secara tunai atau tepat pada masanya.

Sejumlah wang yang dikenakan untuk sesuatu barangan atau perkhidmatan yang
5 Harga
diberikan.

6 Harga Berasaskan Nilai Penetapan harga produk berdasarkan persepsi pembeli terhadap nilai produk tersebut

7 Harga Berasaskan Persaingan Penetapan harga produk berdasarkan harga produk pesaing.

Harga Berasaskan Titik


8 Kaedah penetapan harga yang membolehkan firma mendapat pulang modal.
Pulang Modal

9 Harga Diskaun Harga tawaran yang lebih rendah dari harga asal.

10 Harga Ganjil Strategi harga bagi menunjukkan harga produk itu lebih murah.

11 Harga Genap Strategi harga untuk menggambarkan imej yang ekslusif kepada produk.

Strategi meletakkan harga permulaan yang rendah untuk menembusi pasaran yang
12 Harga Penembusan
lebih luas.
Harga dikenakan berdasarkan kepakaran dan pengalaman dalam perkhidmatan yang
13 Harga Profesional
diberikan.
Strategi harga yang menggalakkan pengguna untuk membeli berdasarkan emosi dan
14 Harga Psikologi
bukan secara rasional.
Strategi meletakkan harga permulaan yang tinggi dan kemudian menarah (menurunkan)
15 Harga Tarahan
harga tersebut sedikit demi sedikit.
Harga sesuatu produk ditentukan dengan menambah margin keuntungan yang
16 Harga Tokokan Kos
dikehendaki ke atas kos pengeluaran produk tersebut.
Harga yang dipersetujui di antara penjual dan pembeli untuk tujuan pemindahan hak
17 Nilai Pertukaran
milik.

mfn/kmk/pp/an015
Pengurusan Perniagaan (AN015)
Glosari Bab 12 (PROMOSI)

Bil Konsep Keterangan

1 Diskaun Jualan Harga tawaran yang lebih rendah dari harga asal.

2 Hadiah Satu barangan percuma yang diberikan apabila membeli sesuatu produk

Persembahan peribadi oleh tenaga jualan firma bertujuan untuk membuat jualan serta
3 Jualan Peribadi
membina hubungan pelanggan.
Keratan kertas dari surat khabar, majalah yang memberikan sesuatu penjimatan kepada
4 Kupon
pengguna.
Gabungan alat-alat pengiklanan, jualan peribadi, promosi jualan dan perhubungan awam
5 Paduan Promosi
yang digunakan oleh syarikat dalam melaksanakan objektif pengiklanan dan pemasaran.
Komunikasi secara langsung dengan pengguna yang telah disasarkan untuk memperolehi
6 Pemasaran Langsung
respon segera.
Suatu bentuk komunikasi yang bukan peribadi dan berbayar ditujukan kepada pihak-pihak
7 Pengiklanan
tertentu melalui media cetak atau elektronik.

Suatu bentuk komunikasi yang bukan peribadi dan berbayar ditujukan kepada pihak-pihak
8 Pengiklanan Institusi tertentu melalui media massa iaitu bercetak atau elektronik untuk meningkatkan imej
sesebuah institusi dan produknya.
Suatu bentuk komunikasi yang bukan peribadi dan berbayar ditujukan kepada pihak-pihak
9 Pengiklanan Produk tertentu melalui media cetak atau elektronik untuk meningkatkan permintaan sesuatu
produk.

10 Perhubungan Awam Komunikasi yang dibentuk bagi membina hubungan baik dengan pelbagai pihak.

Barangan yang ditawarkan secara percuma atau harga rendah sebagai insentif untuk
11 Premium
membeli.
Aktiviti-aktiviti yang memberitahu kebaikan produk dan memujuk pelanggan sasaran untuk
12 Promosi
membelinya.

13 Promosi Jualan Penawaran insentif jangka pendek untuk menggalakkan pembelian atau jualan produk.

Kupon dalam bentuk pengurangan harga jualan yang diberi kepada pembeli yang
14 Rebat
menunjukkan bukti pembelian sesuatu produk untuk menggalakkan pembelian.
Pek percubaan yang diedarkan kepada pengguna semasa jualan pengenalan sesuatu
15 Sampel
produk bagi menarik pengguna membeli selepas mencuba.
Aktiviti promosi yang dilakukan oleh pengeluar secara besar-besaran dengan memfokuskan
16 Strategi Tarik
kepada pengguna akhir untuk menghasilkan permintaan yang tinggi.

Aktiviti promosi yang dilakukan oleh pengeluar dengan menggunakan ahli saluran
17 Strategi Tolak
pengedaran sendiri sebagai pengedar untuk mempromosikan produk kepada pengguna.

mfn/kmk/pp/an015
Pengurusan Perniagaan (AN015)
Glosari Bab 13 (PENGEDARAN)

Bil Konsep Keterangan

Kaedah yang digunakan oleh pihak pengeluar untuk mengagihkan barangan kepada
1 Kaedah Pengedaran
pengguna akhir menggunakan saluran pengedaran yang ada.
Orang atau firma yang membeli barang daripada pengeluar dan menjualkannnya
2 Pemborong
semula kepada peruncit dan pengguna industri.
Proses memindahkan barangan di pusat pengeluaran kepada pengguna di lokasi dan
3 Pengedaran
masa yang dikehendaki oleh mereka.
Pengeluar memberi hak pengedaran secara eksklusif (terpilih) kepada
4 Pengedaran Eksklusif
penjual/pengantara pemasaran di sesebuah outlet atau di sesuatu kawasan.

5 Pengedaran Intensif Pengedaran yang merangkumi liputan yang paling luas dan maksima.

6 Pengedaran Langsung Saluran pengedaran yang tidak mempunyai sebarang perantara atau orang tengah.

Saluran pengedaran yang mempunyai 2 tahap orang tengah iaitu pemborong dan
7 Pengedaran Pemborongan
peruncit.

8 Pengedaran Peruncitan Saluran pengedaran yang mempunyai satu tahap orang tengah (peruncit).

Pengeluar mengehadkan pengedaran produk kepada beberapa perantara pemasaran di


9 Pengedaran Selektif
sesuatu lokasi atau kawasan.

10 Pengguna Individu yang membeli dan menggunakan sesuatu produk.

Orang yang membeli barang daripada pengeluar atau pemborong dalam kuantiti yang
11 Peruncit
kecil dan menjualkannnya kepada pengguna akhir.

mfn/kmk/pp/an015

You might also like