Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Ruj.

Kami : SMKTPi 700-2/1/5( )


Tarikh : 19 SEPTEMBER 2021
Kepada:

Ibu Bapa / Penjaga Utama Murid-Murid yang Berumur 16 dan 17 Tahun


SMK Tanjong Puteri

Tuan/puan,

PEMBERITAHUAN PROGRAM VAKSINASI MURID BERUMUR 16 DAN 17 TAHUN 2021

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Program Suntikan Vaksin Covid -19 kepada murid-
murid yang berumur 16 dan 17 tahun akan diadakan seperti ketetapan berikut :

Bil Tarikh / Hari Masa Sekolah / Kelas Bilangan Murid


21 September 2021 8.30 -9.30 Pagi 4 Akaun 25
Selasa 4 Ekonomi 29
4 Geografi 28
4 Pertanian 25
4 PSV 1 25

9.30-10.30 Pagi 4 PSV 2 26


4 STEM 26
4 TERAS 1 21
4 TERAS 2 21
3 E dan 3F 6

10.30 - 11.30 Pagi 5 Akaun 27


5 Ekonomi 32
5 Geografi 24
5 Pertanian 25
5 PSV 1 24

11.30-12.30 T/Hari 5 PSV 2 28


5 STEM 26
5 TERAS 1 24
5 TERAS 2 24

3. Sehubungan dengan itu, murid dikehendaki hadir ke sekolah dan ditemani oleh
seorang waris sahaja, sama ada ibu atau bapa atau penjaga utama untuk menerima
suntikan vaksin. Waris tersebut ialah orang yang telah mengisi dan menandatangani
borang persetujuan Suntikan Vaksin Covid -19. Sila patuhi jadual di atas bagi
mengelakkan kesesakan semasa hadir untuk menerima suntikan..

4. Sekiranya ibu bapa atau penjaga utama tidak dapat hadir menemani murid, ibu atau
bapa atau penjaga utama, perlu mengisi surat perwakilan kepada individu yang menemani
murid menerima suntikan vaksin Covid-19.
5. Berikut ialah dokumen yang perlu dibawa oleh murid untuk menerima suntikan vaksin
a) 2 salinan Borong Persetujuan Waris
b) Kad Pengenalan Murid
c) Surat Perwakilan jika tidak ditemani oleh ibu bapa atau penjaga utama
d) Borang untuk murid Comorbid (untuk murid berpenyakit Kronik dan Obesiti sahaja)

6. Bagi memastikan keselamatan dan kelancaran program, semua yang hadir ke Pusat
Pemberian Vaksin (PPV) SMK Tanjong Puteri perlu mematuhi, Prosedur Operasi Standard
(SOP) Pelan Pemulihan Negara Fasa 1 yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara
(MKN).
7. Sekiranya murid/waris positif covid, bergejala, sedang menjalani kuarantin,
kuarantin kendiri dan menjadi kontak rapat kepada pesakit Covid, tidak dibenarkan
hadir ke sekolah semasa program vaksinasi ini.
8. Sebarang kemusyikilan, sila berhubung dengan Pn. Ariza Binti Aki Penolong Kanan HEM
di talian 019-4236724

Sekian, Terima Kasih.

“PRIHATIN RAKYAT : DARURAT MEMERANGI COVID-19”


“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”
“PENDIDIKAN CEMERLANG KEDAH TERBILANG”

Saya yang menjalankan amanah,

........................................................
(MOHD FADHLEE BIN ABDULLAH)
Pengetua,
SMK Tanjong Puteri,
09300 Kuala Ketil Kedah.

You might also like