Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 61

POTENSI WAKAF SUKUK DI MALAYSIA DAN

PERUNDANGAN

NUR AINNA MARYAM BINTI NOR AZMAN

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


POTENSI WAKAF SUKUK DI MALAYSIA DAN PERUNDANGAN

NUR AINNA MARYAM BINTI NOR AZMAN

KERTAS PROJEK YANG DIKEMUKAKAN UNTUK MEMENUHI IJAZAH SARJANA


MUDA UNDANG-UNDANG DENGAN KEPUJIAN

FAKULTI UNDANG-UNDANG

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

BANGI

2019
iii

PENGAKUAN

Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang tiap-tiap
satunya telah saya jelaskan sumbernya.

30 Mei 2019 NUR AINNA MARYAM BINTI NOR AZMAN

A157211
iv

PENGHARGAAN

Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izinNya saya berjaya untuk menyempurnakan
kertas projek pada kali ini walaupun terdapat pelbagai masalah yang dihadapi. Saya ingin
mengucapkan jutaan terima kasih dan penghargaan buat penyelia kertas projek saya iaitu Dr.
Asma Hakimah binti Ab Halim yang banyak membantu dan membimbing saya dalam
menyelesaikan kertas projek ini. Saya amat berterima kasih kepada Dr. Asma Hakimah yang
selama ini banyak memberi idea, nasihat, cadangan, bahan rujukan serta membantu saya
membetulkan segala kesalahan yang dilakukan sepanjang proses menyiapkan kertas projek ini.
Tidak lupa juga kepada ketiga-tiga Jawatankuasa Kertas Projek iaitu Prof. Madya Dr. Rasyikah
binti Md. Khalid dan Prof. Madya Dr. Wan Siti Adibah binti Wan Dahalan dengan banyak
membantu menguatkan lagi kefahaman tentang cara-cara membuat kertas projek dengan
format yang betul.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih buat ibu bapa saya, Nor Azman bin Mohd
Nor dan Rosmawati binti Mat Yusoff yang sentiasa memberi sokongan dan dorongan yang jitu
daripada pelbagai aspek untuk saya bersemangat dalam menyiapkan kajian ini. Tanpa
dorongan dan nasihat mereka, mustahil untuk saya menyiapkan kajian ini dengan sempurna.
Seterusnya, ucapan terima kasih ditujukan kepada rakan-rakan yang banyak berkongsi idea
serta kritikan membina sepanjang tempoh saya menyiapkan kertas projek ini khususnya kepada
Wan Muhammad Firdaus bin Wan Dasuki, Siti Fatimah Zahra binti Saidi serta Nur Afiqah
binti Zainol kerana sudi membantu dalam proses penjilidan kertas projek ini. Tidak lupa juga
kepada sahabat-sahat Universiti Tenologi Mara (UiTM) kerana sudi berkongsi masa dan ilmu
pengetahuan dan cadangan yang diperlukan semasa menyiapkan kertas kerja ini.

Akhir sekali, jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah membantu secara
langsung mahupun tidak langsung. Segala bantuan dan bimbingan amat dihargai.
v

ABSTRAK

Institusi wakaf berperanan dalam menyediakan kemudahan bagi memenuhi tuntutan dan
keperluan dan kepentingan masyarakat. Lantaran itu, amalan wakaf menganjurkan nilai
pembangunan dan pelaburan yang bersifat holistik dan lestari yang hasilnya dapat dinikmati
dan dituai secara berterusan bukan sahaja di dunia, bahkan hingga akhirat. Namun begitu,
usaha ke arah melestarikan amalan wakaf di Malaysia, terganggu disebabkan oleh isu
pendanaan yang timbul, menyebabkan beberapa projek pembangunan wakaf terbengkalai.
Oleh itu, pemegang amanah tunggal aset wakaf iaitu Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) perlu
bertindak proaktif dan bersikap terbuka dalam menangani isu ini. Selari dengan pembangunan
kewangan Islam Malaysia di mata dunia, pelbagai instrumen pasaran modal Islam
diperkenalkan dan sukuk dijadikan pilihan sebagai jawapan kepada tanda tanya dalam kajian
ini. Oleh itu, kajian ini akan mengenalpasti apakah cabaran yang akan dihadapi daripada aspek
perundangan jika wakaf sukuk diadaptasi di Malaysia. Seterusnya, kajian ini akan menganalisis
sejauh mana potensi wakaf sukuk dapat diteruskan di Malaysia berdasarkan kepada model-
model negara yang telah menggunakan instrumen sukuk sebagai sumber pendanaan dalam
projek pembangunan amalan wakaf. Kesannya, penggunaan instrumen sukuk dalam pendanaan
bukanlah sesuatu yang mustahil untuk dilakukan, bahkan negara mampu menjana ekonomi
dengan pembangunan projek wakaf di Malaysia.
vi

ABSTRACT

Waqf institution plays the role in providing the facilities to meet the demands and needs of the
public interests. From the practise, it promotes the value of the investment and sustainable
development, so the result of it can be enjoyed continuously not only in the dunia’ even
hereafter. However, In Malaysia, the efforts to preserve the waqf practices disrupted due to the
funding issue raised which it contributes to some waqf development project were abandoned.
So that, Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) as a sole trutee or the nazir of each waqf asset
should be pro-active and creative in tackle to this issue. With the development of the Islamic
Finance in Malaysia at the eyes of world, there are many instruments of funding was introduced
and sukuk is the answer of this study. Thus, this study will determine what is the main obstacle
in terms of legal aspect if Malaysia adopt waqf sukuk. Besides, this study will investigate the
possibility of using sukuk to finance the development of waqf project based on the model
countries on how sukuk has been implemented in financing waqf assets, namely Arab Saudi
and Singapore. As a result of financing waqf assets using sukuk is possible to be adopted in
Malaysia, even it will help the country to generate the economy by the development of waqf
project.
vii

KANDUNGAN

PENGAKUAN ii
PENGHARGAAN iii
ABSTRAK iv
ABSTRACT v
KANDUNGAN vi
SENARAI JADUAL viii
SENARAI ILUSTRASI ix
SENARAI SINGKATAN x
SENARAI STATUT xi

BAB I PENDAHULUAN HALAMAN


1.1 Pengenalan 1
1.2 Pernyataan Masalah 4
1.3 Objektif Kajian 6
1.4 Persoalan Kajian 6
1.5 Metodologi Kajian 7
1.5.1 Kajian Perundangan Tulen. 7
1.5.2 Teknik Pengumpulan Data 7
1.6 Kepentingan Kajian 8
1.7 Kajian Kepustakaan 9
1.8 Susunan Bab 12

BAB II KONSEP WAKAF SUKUK MENURUT


PERSPEKTIF FIQH
2.1 Pengenalan 14
2.2 Pengertian Wakaf 14
2.3 Pengertian Sukuk 17
viii

2.4 Bidangkuasa Wakaf dan Sukuk 19

2.4.1 Perundangan Sukuk di Malaysia 19


2.4.2 Perundangan Wakaf di Malaysia 20
2.4.2.1 Hukum Syarak 20
2.4.2.2 Enakmen Pentadbiran MAIN 21
2.4.2.3 Kaedah dalam Enakmen Wakaf Negeri 23
2.5 Cabaran dari Perspektif Undang-Undang 25

BAB III PROSPEK PEMAKAIAN WAKAF SUKUK DAN


PERUNDANGAN DI MALAYSIA
3.1 Pengenalan 29
3.2 Perlaksanaan Pembangunan Wakaf Sukuk Negara Contoh 29
3.2.1 Negara Singapura 30
3.2.2 Negara Arab Saudi 33
3.3 Cadangan Perlaksanaan Pembangunan Wakaf Sukuk di
Malaysia 35

BAB IV RUMUSAN DAN CADANGAN


4.1 Pengenalan 39
4.2 Cadangan dan Saranan 41
4.2.1 Undang-Undang dalam Mengawalselia aset Waqaf
dan Sukuk Perlu Jelas 41
4.2.2 Undang-Undang Negeri Perlu Menyediakan Fleksibiliti
ke Arah Melestarikan Wakaf di Malaysia 42
4.3 Kesimpulan 43

RUJUKAN 44
ix

SENARAI JADUAL

No. Jadual Halaman

Jadual 2.4.2.2 Peruntukan Mengenai Wakaf dalam Undang-Undang 22


Negeri.
x

SENARAI ILUSTRASI

No. Rajah Halaman

Rajah 2.4.2 Evolusi Undang-Undang Pengurusan Wakaf di Malaysia 20

Rajah 3.2.1 Penerbitan Sukuk Musyarakah untuk Projek Pembiayaan 32


Pembangunan Semula di Bencoolen, Singapura.

Rajah 3.3 Cadangan Perlaksanaan Pembangunan Wakaf Sukuk di 37


Malaysia
xi

SENARAI SINGKATAN

AAOFI Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions

AMLA Akta Pentadbiran Hukum Islam

B.O.T Build, operate and transfer

IFSB Lembaga Perkhidmatan Kewangan/ Islamic Financial Services Board

JAIS Jabatan Agama Islam Selangor

JAWHAR Jabatan Wakaf dan Haji

MAIN Majlis Agama Islam Negeri

MPSSC Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia

MUIS Majlis Ugama Islam Singapura

RMK10 Rancangan Malaysia Kesepuluh

RMK9 Rancangan Malaysia Kesembilan

SAC Shariah Advisory Council

SC Suruhanjaya Sekuriti/ Securities Commission of Malaysia


xii

SENARAI STATUT

Akta Bank Negara 2009


Akta Pemegang Amanah 1949
Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah Persekutuan) 1993
Akta Perindustrian Sekuriti 1993
Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu (Kelantan) 1994
Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah 2004
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Perak) 2004
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Perak) 2004
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003
Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu) 1422 H
Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008
Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Negeri Pahang) 1991
Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Ugama Islam (Negeri Perlis) 2006
Ordinan Majlis Islam Sarawak 2001 (Chap. 41)
Perlembagaan Persekutuan

Singapura
Akta Pentadbiran Hukum Islam
1

PENDAHULUAN

BAB I

1.1. PENGENALAN

Islam merupakan agama yang mencakupi seluruh kehidupan manusia dan menitikberatkan soal
kesejahteraan ummah secara menyeluruh. Dalam pensyariatan agama Islam juga terdapat
syiar-syiar atau maqasid syariah yang mengandungi hikmah setiap pensyariatan. Salah satu
daripada maqasid shariah yang perlu dilindungi dan difahami oleh orang Islam adalah
pemeliharaan terhadap harta atau hifzul mal. Perkara ini bukan sekadar melindungi harta untuk
diri sendiri, namun kebajikan atau hak kepada orang lain juga perlu diambil kira. Contohnya,
Islam menggalakkan umatnya yang berkemampuan membantu golongan yang kurang bernasib
baik seperti fakir, miskin, mereka yang berlainan upaya atau individu yang memerlukan
bantuan melalui sumbangan zakat, wakaf dan seumpamanya. Melalui kegiatan tersebut, ia
bukan sahaja dapat membantu meringankan beban penderitaan dan kesusahan dalam
masyarakat malah dapat menjana ekonomi negara.

Amalan wakaf sebenarnya sudah lama dipraktikkan, akan tetapi stigma atau pemahaman
masyarakat terhadap wakaf itu sendiri adalah tidak jelas dan terhad. Antara persepsi
masyarakat adalah, wakaf ialah menyerahkan atau mendirikan sesuatu ‘benda’ untuk tujuan
tertentu1, contohnya mendirikan masjid untuk kegunaan orang awam, menyerahkan sebidang

1
Md Nurdin Ngadimon, Pembangunan Wakaf: Pendanaan melalui Sukuk Sustainable, Kertas ini
dibentangkan di Muzakarah Ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan Di Malaysia Kali Ke- 11, anjuran
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), di Dewan Persidangan Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia
(BNM), pada 12/11/2015, hlm, 7.
2

tanah untuk tanah perkuburan dan sebagainya. Kesannya, harta yang diwakafkan itu belum
dapat membangun secara optimum dan tidak diurus secara profesional. Walhal, amalan wakaf
dapat dibahagikan kepada dua iaitu; wakaf khas dan wakaf am2. Wakaf khas dapat ditafsirkan
berdasarkan misalan di atas yang mana bertujuan untuk tujuan tertentu awam seperti masjid,
sekolah, tempat rehat dan sebagainya. Wakaf am pula, pewakaf mewakafkan harta untuk tujuan
kebajikan Islam semata-mata tanpa ditentukan tujuan yang khusus. Wakaf am lebih fleksibel
serta merangkumi peranan yang lebih luas dan dapat memberi manfaat kepada benefisiari
dalam memenuhi keperluan kehidupan dan ekonomi berbanding wakaf khas. Selain dari itu,
aset wakaf bukan sahaja terdiri daripada satu ‘jelmaan’ yang berbentuk fizikal, namun ia juga
terdiri daripada ‘sesuatu’ yang boleh menjana pendapatan seperti kompleks komersial, hotel,
bahkan turut menyediakan peluang pekerjaan kepada anggota masyarakat3.

Ketika dahulu, amalan dan pengurusan wakaf dilakukan berdasarkan pengalaman individu
tertentu dimana pewakaf mewakafkan aset itu sendiri kepada mutawalli seperti imam, ketua
kampung, jawatankuasa kampung dan sebagainya. Pewakaf akan menyatakan hasratnya secara
lisan disaksikan beberapa individu lain yang beragama Islam. Justeru terdapat beberapa
kelemahan disebabkan oleh ketiadaan rekod bertulis atau rekod yang sistematik dalam sistem
pengurusan wakaf. Akibatnya, setelah kematian pewakaf dan saksi-saksi yang terlibat
disebabkan oleh ketiadaan status pemilikan aset wakaf, aset tersebut menjadi tuntutan waris.
Maka, fungsi aset wakaf tersebut akan terhenti setakat hayat pewakaf sahaja. Inisiatif ini telah
mewujudkan mekanisme pengurusan aset wakaf lebih efisen dan cekap berbanding pengurusan
secara tradisional. instrument

Dalam melestarikan aset wakaf, terdapat tiga kaedah yang digunakan iaitu pertama, melalui
4
penyewaan aset wakaf yang sedia ada; di mana nazir (MAIN) akan menyewa aset wakaf

2
Muhammad Akram Khan, An Introduction to Islamic Economics, Islamic Research Institute Press,
Pakistan, 1994, hlm. 82.
3
Magda Ismail Abdel Mohsin, Revitalization of Waqf Administration and Family Waqf Law, US-China
Law Revie, Bil. 7, 2010, hlm. 1. 


4
Hanya nazir sahaja yang boleh menyewakan asset wakaf penyewa, namus berdasarkan Ibn al- ‘Ābidīn, qadi atau
pemerintah juga layak memberi sewa wakaf. Lihat Ibn al-’Ābidīn, Muhammad Amīn al-Syamīr Ibn al-’Ābidīn,
Hāsyīyah Raddu al- Mukhtār ‘alā al-Dār al-Mukhtār, Syarh Tanwīr al-Absār fī qh mazhab al-Imām Abī Hanīfah
al-Nu’mān, Maktabah Mustafa al-Bābī, Misr, 2nd edn., 1966, iv. Hlm 374.
3

tersebut kepada penyewa dan hasil daripada kadar sewaan semasa5 tersebut dapat disalurkan
kepada mawquf ‘alayh atau membangunkan harta wakaf yang lain6. Kedua, melakukan aktiviti
penternakan dan pertanian di atas tanah wakaf; pihak nazir akan memastikan wujudnya pasaran
untuk jualan untuk mengelakkan berlakunya kerugian modal yang telah digunakan7. Ketiga
adalah, membina bangunan tanah yang komersial di atas tanah wakaf; nazir seharusnya menilai
potensi terhadap sesebuah tanah wakaf supaya tanah tersebut dapat diproduktifkan8.
Berdasarkan keterangan di atas, aset wakaf perlu diproduktifkan untuk menambahkan lagi
pendanaan supaya ianya sentiasa mencukupi. Kekurangan dana menyebabkan banyak projek-
projek tergendala serta tidak dapat dimajukan.

Oleh hal demikian, pendanaan aset wakaf boleh dibuat melalui sukuk. Ia merupakan
salah satu instrumen kewangan dalam pasaran modal islam9 di mana ia distrukturkan mengikut
prinsip shariah yang ditentukan oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti
Malaysia. Matlamat utama pendanaan projek wakaf ini adalah untuk memaksimumkan
penggunaan harta wakaf agar aset tersebut tidak menjadi aset terbiar dan cara yang relevan
untuk menanganinya adalah pembangunan aset tersebut haruslah dirancang secara teliti dan
sistematik dalam mengurangkan risiko terhadap pembangunan tersebut. Oleh itu, skop kertas
kajian ini akan memperincikan apakah konsep asas amalan wakaf di Malaysia. Seterusnya
mengenalpasti aspek perundangan yang mengawal selia pengurusan aset wakaf dan instrument
sukuk serta bagaimanakah integrasi dua perkara ini boleh dijalankan di Malaysia berdasarkan
kepada model-model negara yang terpilih.

5
Ibrahīm Mūsa ‘Abī Bakr al-Tarābilusī al-Hanafī, al-Is’āf fī Ahkām al-Awqāf, 65.
6
Hydzulkifli Hashim Omar & Asmak Ab Rahman, Aplikasi Sukuk dalam Usaha Melestarikan Wakaf
Aset Wakaf: Pengalaman Pemegang Amanah Wakaf Terpilih, Jurnal Shariah, jil. 21, bil. 2, 2013, hlm. 93. Lihat
juga Mansūr Ibn Idrīs Ibn Yūnus al-Buhūtī, Kasyāf al-Qinā’ ‘Ala Matni al-‘Iqnā’, al-Matba’ah al-‘Amarah al-
Syarqīyah, Misr, 1st edn., 1901, hlm 456; Ibrahīm Ibn Mūsa Ibn Abī Bakr Ibn al-Syiekh ‘Alī al-Tarābalasī, al-
Is’āf fī Ahkām al-Awqāf , Maktabah al-Thaqāfah al-Dīniyah, Misr, al- Qāhirah, 2005, hlm 65.
7
Hydzulkifli Hashim Omar & Asmak Ab Rahman, Aplikasi Sukuk dalam Usaha Melestarikan Wakaf
Aset Wakaf: Pengalaman Pemegang Amanah Wakaf Terpilih (2012) 21(2), Jurnal Shariah, hlm. 94.
8
Hydzulkifli Hashim Omar & Asmak Ab Rahman, Aplikasi Sukuk dalam Usaha Melestarikan Wakaf
Aset Wakaf: Pengalaman Pemegang Amanah Wakaf Terpilih (2012) 21(2), Jurnal Shariah, hlm. 94.

9
Andersen. A, Asia/Pasific Capital Markets A Vision of Change, The Economist Intelligence Unit, Duke
Street, London, United Kigdom, 1993, pg 53.
4

1.2. PERNYATAAN MASALAH

Sejarah ketamadunan Islam membuktikan bahawa wakaf merupakan enjin penggerak utama
terhadap sosioekonomi sesebuah negara yang berperanan penting sebagai sektor ketiga yang
meringankan beban kerajaan dalam membiayai kebajikan masyarakat. Peranan wakaf juga
tidak sekadar dilihat sebagai sebuah institusi filantropi yang mengharapkan sumbangan dan
derma daripada orang ramai. Wakaf seharusnya mempunyai keupayaan menjana pendanaan
kendiri (self-sustained nancing) yang amat diperlukan bagi memastikan kelestarian institusi
wakaf yang mampu berdiri tanpa bergantung pada mana-mana sumber dana yang lain10.

Oleh itu, umat Islam harus bertindak secara kreatif dan inovatif bagi
mentransformasikan peranan wakaf menerusi kaedah pembangunan dan pelaburan yang
efisyen bagi membolehkan aset wakaf menjana pendapatan kendiri secara berterusan. Walau
bagaimanapun, permasalahan utama, realitinya di Malaysia, sehingga hari ini masih terdapat
banyak harta wakaf yang belum dimajukan secara dinamik dan terbengkalai berikutan
ketiadaan sumber dana yang tidak11 mencukupi untuk membangunkan aset wakaf yang terbiar
dan terpendam.

Aspek pendanaan memainkan peranan penting dalam usaha melestarikan aset wakat
terutama melibatkan pembangunan hartanah. Pada 2015, kerajaan persekutuan yang dahulu
telah meluluskan peruntukan sebanyak RM256.4 juta menerusi Rancangan Malaysia
kesembilan (RMK9) dan Rancangan Malaysia kesepuluh (RMK10) bagi pembangunan projek
wakaf di seluruh Malaysia12. Namun begitu, jumlah tersebut masih tidak mencukupi bagi
menampung kos pembangunan wakaf yang besar di Malaysia.

Selain daripada permasalahan pendanaan wakaf, kepelbagaian bidangkuasa menjadi


satu titik utama perbahasan yang mana ianya merupakan satu halangan terhadap pemakaian
wakaf sukuk. Hal ini dapat dilihat di dalam peruntukan perlembagaan persekutuan Perkara
74(2) Hal Perkara Undang-Undang Persekutuan dan Negeri dibaca bersama Jadual Kesembilan

10
Rumusan dan Resolusi Seminar Waqaf Antarabangsa 2014. Hotel Istana Kuala Lumpur, 7-10
Disember 2014
11
Abu Bakar Manat, ‘Isu-Isu Semasa Berhubung Pembangunan Tanah Wakaf’ (2007) 15 Jurnal
Pengurusan Jawhar, hlm. 57.
12
Mohd Ashrof Zaki Yaakob, ‘Berwakaf Patut Dijadikan Budaya Hidup’ Berita Harian, 8 Mei 2019.
https://www.bharian.com.my/rencana/agama/2019/05/561431/berwakaf-patut-dijadikan-budaya-hidup (23 May
2019)
5

Senarai II, memperuntukan bahawa wakaf merupakan di bawah bidangkuasa Majlis Agama
Negeri (MAIN) manakala sukuk pula di bawah bidang kuasa persekutuan di bawah kategori
aspek kewangan. Walaupun hal ehwal berkaitan wakaf merupakan bidangkuasa negeri,
kerajaan pusat juga telah mewujudkan mekanisme di peringkat persekutuan bagi membantu
melicinkan pengurusan wakaf di Malaysia. Kerajaan pusat telah mengambil inisiatif dengan
menubuhkan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji (JAWHAR) yang berada di bawah portfolio
Jabatan Perdana Menteri. JAWHAR yang diisytiharkan penubuhannya pada 27 Mac 200413
bertujuan untuk memperkasakan antara lain pembangunan wakaf secara menyeluruh demi
kesejahteraan ummah. Kewujudan dua mekanisme di peringkat negeri dan kerajaan pusat
merupakan satu langkah positif dalam merancang dan membangun wakaf untuk
menaiktarafkan kebajikan ummah secara umum. Oleh yang demikian, kesepakatan dalam
menentukan bidangkuasa terhadap pemakaian wakaf sukuk adalah sangat penting dan perlu
diteliti terhadap pengawalseliaan wakaf sukuk terutama dari sudut perundangaan.

Pada masa yang sama, aset wakaf setiap negeri akan ditadbir urus oleh Majlis Agama
Islam Negeri (MAIN) di mana enakmen atau undang-undang yang dikawalselia adalah berbeza
berdasarkan peruntukan negeri masing-masing. Contohnya, beberapa negeri seperti Melaka,
Selangor dan Negeri Sembilan telah mewujudkan sebuah enakmen khusus untuk mentadbir
harta wakaf di negeri mereka14. Walau bagaimanapun, negeri-negeri lain seperti Kedah, Sabah,
Sarawak dan lain-lain hanya memperuntukan undang-undang mengenai wakaf dalam undang-
undang pentadbiran Islam secara umum mengikut negeri masing-masing15. Selain itu
kepelbagaian enakmen mewujudkan tafsiran yang berbeza seperti definisi wakaf itu sendiri.
Oleh itu, kesepakatan dalam keseragaman enakmen negeri aka dibincangkan dalam kertas
kajian ini.

13
JAWHAR telah diisytihar oleh mantan perdana Menteri, Y.A Bhg Tun Abdullah Badawi dan dilancarkan secara
rasmi pada 8 Oktober 2004 oleh Y.B Dato’ Seri Dr. Abdullah Md Zin iaitu mantan Menteri di Jabatan
Perdana Menteri. jawhar/(23/10/2015). Sila rujuk http://www.jawhar.gov.my
14
Undang-undang Wakaf di Melaka ialah Enakmen Wakaf (Negeri Melaka) 2005, bagi Selangor ialah Enakmen
Wakaf (Negeri Selangor) 1999 dan di Negeri Sembilan pula ialah Enakmen Wakaf (Negeri Sembilan) 2005.

15
Contohnya, undang-undang berkaitan wakaf di Negeri Kedah di peruntukan di bawah seksyen 52 dan 53,
Enakmen Pentadbiran Undang-undang Islam (Kedah Darul Aman) 2008. Di negeri Sabah, undang-undang wakaf
diperuntukan di bawah seksyen 45, 48, 49 dan 52 Enakmen Pentadbiran undang-undang Islam 1992.
6

1.3. OBJEKTIF KAJIAN

Secara lebih khusus, kajian ini mempunyai objektif-objektif yang ingin dicapai seperti berikut;

1. Untuk mengenalpasti konsep sukuk wakaf.

2. Untuk menganalisis prospek pemakaian wakaf sukuk dan perundangan di Malaysia.

3. Untuk memberi cadangan tentang penambahbaikan dalam perundangan berkaitan


dengan wakaf sukuk.

1.4. PERSOALAN KAJIAN

1. Apakah permasalahan pemakaian wakaf sukuk di Malaysia?

2. Bagaimanakan wakaf sukuk boleh diaplikasikan sebagai instrument wakaf di Malaysia?

3. Apakah perundangan yang digunapakai dalam mengawalselia aset wakaf melalui aplikasi
sukuk?

4. Apakah jenis-jenis asas kontrak yang terlibat berdasarkan standard piawaian syariah
terhadap wakaf sukuk? 


5. Apakah perbezaan pemakaian wakaf sukuk di negara lain seperti Arab Saudi dan
Singapura?

6. Bagaimanakah isu-isu ini boleh ditangani? 


1.5. METODOLOGI KAJIAN

1.5.1. KAJIAN PERUNDANGAN TULEN


7

Dalam kertas kajian ini, pengkaji akan akan mengkaji amalan wakaf di Malaysia
secara keseluruhan dan dari penggunaan perundangan yang mana
mempengaruhi operasi dan tadbir urus wakaf sendiri. Disebabkan undang-
undang pentadbiran hal ehwal wakaf berbeza setiap negeri, menimbulkan
kekeliruan masyarakat contohnya tafsiran wakaf itu sendiri. Pada masa yang
sama, adakah penubuhan JAWHAR di Peringkat Pentadbiran adalah campur
tangan bidangkuasa persekutuan terhadap perkara wakaf itu sendiri. Elemen
yang penting dalam kajian ini adalah sekiranya sukuk dan wakaf mampu
diintegrasikan, adakah bidangkuasa persekutuan dan negeri akan diintegrasikan
juga, melihat kepada wakaf dan sukuk berada di bawah bidangkuasa yang
berbeza.

1.5.2. TEKNIK PENGUMPULAN DATA

a) Kajian perpustakaan
Kaedah jenis ini memainkan peranan penting sebagai kaedah utama
dalam menjalankan sesuatu kajian. Kajian ini adalah berdasarkan rujukan
terhadap buku-buku ilmiah di perpustakaan, jurnal, artikel dan sebagainya.
Ianya merupakan satu kaedah yang dipercayai dalam memberikan suatu
sumber atau data yang tepat dan sahih.

Pengunaan kaedah kajian perpustakaan dilakukan terhadap usaha yang


perlu dilakukan untuk melestarikan wakaf sukuk dan membincangkan
pengalaman negara dua buah negara sebagai model kepada kertas kajian ini
iaitu Arab Saudi dan Singapura dengan merujuk bahan-bahan yang
diterbitkan.

b) Temu bual
8

Temu bual responden ini melibatkan perbualan antara penyelidik dengan


subjek kajian bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang releven.
Melalui temu bual, data diperolehi daripada pemerhatian dapat diperkukuh
dan diperlengkapkan. Ia dimaksudkan sebagai trigulasi bertujuan untuk
mengesah data atau maklumat yang diperolehi. Temubual yang dijalankan
adalah terhadap Johor Corporation Berhad (JCorp) untuk mendapatkan
maklumat mengenai cara pengurusan asset dan saham-saham syarikat yang
telah diwakafkan serta peranan sebagai mutawalli.

1.6. KEPENTINGAN KAJIAN

Kajian ini penting kerana diharapkan dapat mengenalpasti isu-isu yang menyebabkan
pendanaan projek wakaf tidak mencukupi akibat daripada pengurusan wakaf tidak dinamik dan
tidak sistematik, prospek pelaksanaan, cabaran dan juga penambahbaikan dalam
pelaksanaannya di Malaysia. Hal ini demikian kerana kajian dan analisis yang lepas banyak
tertumpu kepada perbandingan amalan wakaf sukuk secara menyeluruh, tidak tertumpu kepada
pengurusan yang digunapakai di Malaysia sedangkan perkara ini adalah penting untuk
dijadikan garis panduan terhadap kaedah pengagihan dana kepada pihak-pihak yang terlibat.
Pada masa yang sama, ada juga kajian yang memfokuskan kepada pengalaman pemegang
amanah dari negara-negara lain terhadap melestarikan wakaf sukuk antaranya negara Arab
Saudi dan Singapura. Sehingga kini, tiada kajian dan analisis yang cukup komprehensif dalam
mengkaji pengurusan pendanaan projek wakaf sukuk di Malaysia.

Kajian ini juga penting untuk menyumbang kepada korpus ilmu pengetahuan dengan
membantu masyarakat untuk mempromosikan peri pentingnya tanggungjawab sosial yang
dizahirkan dalam amalan wakaf sukuk. Hal ini kerana kefahaman masyarakat berkenaan
dengan konsep wakaf sukuk adalah sangat kabur melihatkan kepada amalan wakaf tradisional
menjadi pilihan mereka, walaupun aset tersebut tidak ‘melahirkan’ keuntungan untuk tujuan
yang lain. Secara tidak langsung, amalan wakaf tidak akan berkembang bahkan memberi kesan
terhadap negara dan masyarakat disebabkan oleh pendanaan berkurang. Hasil kajian ini juga
akan membantu pihak-pihak yang terlibat dalam menambahbaik pentadbiran dan pengurusan
serta memperbaiki kelemahan bagi melestarikan projek wakaf sukuk di Malaysia berlandaskan
syariah sepenuhnya.
9

Akhir sekali, kajian ini diharapkan dapat menyumbang kepada bidang dan disiplin ilmu
kewangan Islam. Hal ini kerana, seperti yang telah dijelaskan di atas, belum ada kajian lepas
yang memfokuskan kepada sistem pentadbiran dan pengurusan terhadap projek wakaf sukuk
di Malaysia secara mendalam. Kebanyakannya hanya membincangkan tentang konsep wakaf
sukuk menyeluruh di Malaysia. Implikasinya, dari sudut sosial dan ekonomi, pengurusan yang
sistematik dalam melestarikan wakaf sukuk dilihat mempunyai peluang yang cerah dan besar
dalam menjana ekonomi masyarakat terutama kepada penerbit pelabur, pemegang amanah dan
pihak-pihak yang terlibat. Oleh itu, dapat disimpulkan bahawa kajian ini mampu memberi
impak dalam memberi pengetahuan kepada masyarakat supaya melestarikan waked melalui
aplikasi sukuk.

1.7. KAJIAN PERPUSTAKAAN

Dalam kertas kajian ini, dalam penulisan Dr. Md Nurdin Ngadimon, melihat kepada
kesepakatan mentakrifkan wakaf adalah berdasarkan konsep al-habs yang ianya hampir sama
dengan pengertian syarak iaitu menahan suatu harta supaya hanya boleh di gunakan untuk
mendapatkan manfaatnya sahaja dengan mengekalkan zatnya.16 Pada masa yang, penulis
sangat menekankan bahawa setiap aset wakaf perlu dibangunkan dan diusahakan supaya hasil
daripada aset itu dapat dimanfatkan kepada beneficiary dalam memenuhi keperluan kehidupan
dan ekonomi.17 Walaupun pelbagai produk pasaran modal Islam diperkenalkan dan berpotensi
bagi kegunaan pembangunan dan pengurusan wakaf beliau memfokuskan kepada bagaimana
sukuk dapat digunakan sebagai pendanaan pembangunan wakaf.

Perkara ini juga dipersetujui oleh Asmak Abd Rahman18 dalam penulisannya dimana,
Konsep al habs dalam amalan wakaf dapat diperjelaskan dimana setiap aset wakaf ditahan
daripada segala urusan jual beli, wasiat, hibah dan seangkatan dengannya ke jalan Allah. Pada
masa yang sama, aset wakaf dilarang dibiar usang tanpa sebarang pembangunan dan

16
Md Nurdin Ngadimon, Pembangunan Wakaf: Pendanaan melalui Sukuk Sustainable, Kertas ini
dibentangkan di Muzakarah Ahli Majlis Penasihat Syariah Institusi Kewangan Di Malaysia Kali Ke- 11, anjuran
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), di Dewan Persidangan Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia
(BNM), pada 12/11/2015, hlm, 3.
17
Md Nurdin Ngadimon, Pembangunan Wakaf: Pendanaan melalui Sukuk Sustainable, 2015, hlm. 7.
18
Hydzulkifli Hashim Omar & Asmak Ab Rahman ‘Aplikasi Sukuk dalam Usaha Melestarikan Wakaf
Aset Wakaf: Pengalaman Pemegang Amanah Wakaf Terpilih’ (2013) 21(2) Jurnal Shariah, hlm. 97.
10

pembangunan ini dapat meningkatkan pendanaan wakaf negara. Hal ini boleh menimbulkan
tanda tanya, adakah keuntungan yang diperoleh daripada aset wakaf juga ditahan kepada
pemberi wakaf tersebut? sekiranya ya, bagaimana perkongsian itu diagihkan? Persoalan ini
menjadi titik persoalan utama terhadap kajian kertas ini.

Oleh itu, Sesebuah institusi wakaf yang kekurangan dana boleh menjadikan pasaran
modal Islam sebagai sumber utama untuk mendapatkan dana pembangunan terhadap aset
wakaf. Dengan adanya instrumen sukuk, ianya boleh digunakan sebagai salah satu alternatif
pembiayaan kepada institusi wakaf untuk melestarikan serta memartabatkan aset wakaf yang
terbiar, hal ini dapat dirujuk dalam penulisan Hydzulkifli Hashim Omar dan Asmak Ab
Rahman19

Dalam penulisan yang sama, analisis dibuat terhadap pemakaian wakaf sukuk terhadap
dua buah negara yang dijadikan model utama pemakaian wakaf sukuk, iaitu Singapura dan
Arab Saudi. Analisis itu juga mengandungi kontrak asas yang terpakai dalam projek wakaf
sukuk tersebut. Pada masa yang sama, penulis membuat satu flow chart untuk memberi
gambaran terhadap bagaimana wakaf sukuk dijalankan dan bagaimana pembahagian
keuntungan diagihkan kepada pihak yang terlibat berasaskan kepada kontrak-kontrak asas
yang digunakan.

Di Arab Saudi contohnya, pembangunan Menara Zam Zam, Mekah di atas tanah wakaf
merupakan salah satu projek wakaf sukuk yang terbesar. Projek ini dikawal selia oleh
Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah dan Nasihat20. Pembangunan terhadap harta
wakaf secara komersil ini telah dilaksanakan di atas sebidang tanah wakaf kepunyaan Raja
Abdul Aziz dengan menggunakan kaedah B.O.T (build, operate and transfer). Tanah wakaf
tersebut akan dibangunkan dengan pembinaan 4 buah menara, sebuah pusat membeli belah dan
sebuah hotel bertaraf 5 bintang (dikenali sebagai burūj ZamZam). Menara hotel ZamZam
setinggi 33 tingkat telah dibina di atas sebidang tanah wakaf berukuran 91,326 kaki persegi
serta mampu menempatkan 1400 buah kediaman21. Ianya telah dipecahkan kepada beberapa

19
Hydzulkifli Hashim Omar & Asmak Ab Rahman ‘Aplikasi Sukuk dalam Usaha Melestarikan Wakaf
Aset Wakaf: Pengalaman Pemegang Amanah Wakaf Terpilih’ (2013) 21(2) Jurnal Shariah, hlm. 97.
20
Saudi Arabia Government Ministries. http://www.the-saudi.net/directory/sag.htm, 24 September 2018.
21
Zamzam Tower. http://www.zamzamtower.com , 12 September 2018.
11

kategori seperti king suite, prince suite, super suite dan comfort studios untuk tujuan
penyewaan secara harian ataupun mingguan.

Institusi wakaf Arab Saudi telah memberi pajakan tanah wakaf Sultan Abdul Aziz kepada
syarikat Binladin Group untuk tempoh 28 tahun agar dibangunkan dengan menggunakan
konsep build-operate-transfer (B.O.T). Syarikat Binladin Group telah meminta kerjasama
Munshaat Real Estate Project22 untuk membiayai keseluruhan kos pembinaan hotel (ZamZam
Tower) yang bernilai USD 390 Juta. Oleh itu, Munshaat Real Estate Project akan menerbitkan
23
sukuk al-intifā’ (time share basis bond) yang bernilai USD 390 juta kepada pelabur untuk
mendapatkan modal pembinaan terhadap hotel tersebut.

Sukuk al-intifā’ ( ‫ )ﺻﻜﻮك ا ﻧﺘﻔﺎع‬tersebut dijual bersandarkan kepada hak penggunaan


manfaat (usufruct) bangunan yang bakal diserahkan pada masa hadapan kepada pelabur untuk
tempoh 24 tahun. Pelabur mempunyai hak penggunaan manfaat bangunan tersebut serta boleh
menyewakan kembali (sub-lease) kepada penyewa lain dalam tempoh masa 24 tahun. Kadar
sewaan yang bakal dikenakan oleh pelabur adalah berbeza bergantung kepada musim
mengerjakan ibadah haji dan umrah di Kota Mekah. Setelah bangunan tersebut mencapai
tempoh 28 tahun (tarikh penyerahan kembali kesemua aset wakaf kepada institusi wakaf Arab
Saudi), Munshaat Real Estate Project akan menyerahkan kesemua hak pemilikan bangunan
tersebut kepada institusi wakaf Arab Saudi melalui syarikat Binladin Group. Penerangan
terhadap struktur pembiayaan pembangunan menara hotel Zamzam menggunakan sukuk al-
intifā’ adalah seperti di bawah berikut. Namun begitu, analisa tersebut tidak menerangkan
bagaimana projek wakaf sukuk berlangsung di Malaysia dan sejauh manakah pemakaiannya
di Malaysia. Oleh itu kertas kajian ini akan memfokuskan kepada pembangunan wakaf sukuk
di Malaysia.

Berdasarkan penelitian penulisan Dr Muhd Nurdin Ngadimon, memperlihatkan


mengenai pengurusan dan pembangunan wakaf di Malaysia dan pada masa yang sama,

22
Munshaat Real Estate Projects Co. (K.S.C.C) telah ditubuhkan pada 8 April 2003 di negara Kuwait. Syarikat
tersebut mempunyai modal berbayar sebanyak Kuwait Dinar 32.2 Million. Di antara aktiviti utama syarikat
termasuk pelaburan hartanah, memajukan serta menguruskan dana yang terdapat secara domestik (negara Kuwait)
atau secara global. lihat. http://www.munshaat.com/en/projects.asp, 24 September 2018.
23
Sukuk al-Intifā’ terbahagi kepada empat jenis yang utama seperti sijil pemilikan hak manfaat untuk aset yang
sedia ada, sijil pemilikan hak manfaat terhadap aset yang bakal diperolehi, sijil pemilikan hak manfaat terhadap
perkhidmatan melalui penyediaan perkhidmatan yang telah ditentukan dan yang terakhir ialah sijil pemilikan hak
manfaat terhadap perkhidmatan yang bakal diperolehi. Rujuk. Fuad Hamed al-Homoud, “Sokouk al-Intifa’a
Islamic Money Market Instrument”, (Kertas Kerja The International Islamic Financial Markets, Kingdom of
Baharain, 16 Mei 2005).
12

menyenaraikan cabaran-cabaran isu pengurusan wakaf di Malaysia juga. Antara cabaran yang
besar dalam membangunkan wakaf adalah pendanaan yang tidak mencukupi seterusnya
banyak projek wakaf terbengkalai. Seterusnya beliau memperincikan apakah sebenarnya
konsep sukuk dan dalam kertas kajiannya beliau mengatakan sukuk adalah solusi terbaik bagi
meningkatkan pendanaan wakaf negara.

1.8 SUSUNAN BAB

1.8.1 Bab 1: Pendahuluan

Bab ini menjurus kepada pengenalan ringkas kajian yang bertujuan memberikan skop,
hala tuju dan pendekatan yang digunakan dalam kajian. Antara perkara yang dinyatakan adalah
pengenalan, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan kajian, metodologi kajian,
kepentingan kajian, kajian kepustakaan, organisasi penulisan dan jadual kerja supaya
perjalanan kajian ini mudah difahami.

1.8.2 Bab 2: Konsep Wakaf Sukuk dan Pemakaian

Bab ini akan mendalami konsep wakaf sukuk menurut perspektif fiqh serta pandangan yang
disepakati oleh para ulama kontemporari. Definisi, hukum dan pensyariatan, falsafah
pelaksanaan, prospek pemakaian wakaf sukuk serta perundangan yang dikawalselia akan
dibincangkan. Melalui bab ini juga, pengetahuan asas berkenaan dengan wakaf sukuk akan
dijelaskan supaya pembaca mendapat gambaran awal sekaligus memudahkan lagi pembacaan
bagi bab-bab seterusnya.
13

1.8.3 Bab 3: Permasalahan terhadap Pemakaian Wakaf Sukuk di Malaysia

Bab ini akan memperlihatkan sejauh mana pemakaian wakaf sukuk boleh dijalankan di
Malaysia. Selain itu, mengenal pasti beberapa cabaran dalam aspek yang perlu diselesaikan
bagi memastikan perjalanan wakaf sukuk boleh diteruskan berdasarkan undang-undang di
Malaysia. Kemudian, menghubungkan pemakaian wakaf sukuk dengan tiga negara yang
terpilih iaitu Arab Saudi dan Singapura sebagai model terhadap pemakaian wakaf sukuk di
Malaysia mengikut standard dan kesesuaian terutama dalam penstrukturan sukuk itu sendiri.

1.8.4 Bab 4: Rumusan dan Cadangan

Bab ini akan memberikan pandangan pengkaji terhadap isu yang timbul dan memberikan
cadangan penambahbaikan serta membuat kesimpulan secara keseluruhannya.
14

BAB II

KONSEP WAKAF SUKUK MENURUT PERSPEKTIF FIQH

2.1 PENGENALAN

Bab ini akan mengenalisis konsep wakaf sukuk menurut perspektif fiqh serta pandangan yang
disepakati oleh para ulama kontemporari. Definisi pelbagai aspek, falsafah pelaksanaan,
prospek pemakaian wakaf sukuk serta perundangan yang mengawalselia akan dibincangkan.
Isu serta permasalahan yang berbangkit daripada transaksi ini juga akan dikenalpasti bagi
menganalisis projek instrument ini dalam transaksi pasaran.

2.2 PENGERTIAN WAKAF

Dari sudut Bahasa, perkataan ‘wakaf’ berasal daripada Bahasa Arab iaitu waqafa yang

bermaksud berhenti ( ‫) اﻟﺤﺒﺲ‬, menahan ( ‫ ) اﻟﻤﻨﻊ‬menegah ( ‫) اﻟﺴﻜﻦ‬24 yang mana ketiga-tiga


makna tersebut bergantung kepada tujuan ayat yang digunakan. Ulama fiqah sepakat

mentakrifkan wakaf menggunakan konsep al-habs iaitu penahanan, larangan25 ( ‫ )اﻟﻤﻦء‬serta

( ‫ ) اﻟﺘﺴﺒﯿﻞ‬menyalurkan pada jalan Allah. Berdasarkan hadis Raulullah SAW:

‫ﺣﺒﺲ اأﻟﺼﻞ وﺳﺒﻞ اﻟﺜﻤﺮة‬


Maksud: “Wakafkanlah tanah itu dan berilah hasil buahnya sebagai sedekah”

24
Ibn Manzur, Muhammad Ibn Mukarram , Lisan al-‘Arab, j. 9. Dar Sadr , Beirut, 1990, hlm 359.
25
Shams al-Din al-Sarakhsi, Al-Mabsut. Jilid 12. Dar al-Ma‘rifah, Beirut, 1986, hlm 27.
15

Definisi berdasarkan istilah pula bermaksud, menahan sesuatu harta seseorang untuk
dimanfatkan kepada orang lain. Harta yang diwakafkan mestilah dalam keadaan baik, kekal
dan tujuan melakukan wakaf adalah untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T dan memberi
kebajikan kepada orang lain.26 Manakala, menurut Muhammad ‘Arfah al-Dusuqi pula
menjelaskan bahawa wakaf adalah pemberian sesuatu harta yang dimiliki untuk memanfaatkan
kepada orang yang dengan satu akad dalam jangka masa tertentu, sesuai dengan kehendak
pewakaf.27 Menurut Ibn Qudamah dari ulama Mazhab Hanbali menyatakan bahawa wakaf
adalah menahan yang asal dan memberikan hasilnya.28

Merujuk kepada penulisan Jabatan Wakaf dan Haji (JAWHAR), wakaf dapat dilihat
sebagai instrumen untuk menahan sesuatu aset atau harta daripada segala transaksi29 disamping
mengekalkan sumber fizikalnya30. Contohnya, seorang pewakaf mewakafkan sebidang tanah
miliknya untuk pembinaan masjid. Apabila tanah tersebut didaftarkan sebagai tanah wakaf,
pewakaf tidak lagi mempunyai hak ke atas harta wakaf tersebut. 31 Tujuan amalan wakaf ini
ialah untuk kebaikan Islam. Oleh itu, segala amalan yang menyumbangkan kebaikan kepada
manusia mahupun haiwan dana lam sekitar juga termasuk di dalam kategori wakaf.32

Tafsiran wakaf mengikut perspektif undang-undang adalah berbeza menurut Negeri


masing-masing. Hal ini kerana pengurusan aset wakaf dikelolai oleh Majlis Agama Islam
Negeri sepertimana yang telah diperuntukan dalam Perkara 74(2) Perlembagaan Persekutuan

26
Asmak Ab Rahman, ‘Peranan Wakaf dalam Pembangunan Ekonomi Umat Islam dan Aplikasinya di
Malaysia’ (2009) 17(1), Shariah Journal, hlm. 115.
27
Ibn Qudamah, Abu Muhammad ‘Abd Allah bin Ahmad al-Mughni, (1972) 6(4) Dar al-Kutub al-
‘Arabi, Beirut, hlm 185.
28
Asmak Ab Rahman, ‘Peranan Wakaf dalam Pembangunan Ekonomi Umat Islam dan Aplikasinya di
Malaysia’ (2009) 17(1) Shariah Journal, hlm. 115.
29
Urusan jual beli, pewarisan, hibah dan juga wasiat.
30
Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR), Manual Pengurusan Tanah Wakaf, Jabatan Perdana
Menteri Putrajaya, 1st Edn, Longman Group Limited, London, 2006, hlm 3.
31
Al-Khatib al-Syarbini op. cit.,1997, hlm 485
32
Abdul Haseeb Ansari, Parveen Jamal dan Umar A. Oseni, ‘Sustainable Development: Islamic
Dimension with Special Reference to Conservation of the Environment’ (2012) 6(5) Advances in Natural and
Applied Sciences, hlm. 607. 

16

di baca bersama Jadual Kesemembilan, Senarai II.33 Beberapa Negeri seperti Melaka, Selangor
dan Negeri Sembilan telah mewujudkan sebuah enakmen yang khusus dalam mentadbir
34
pengurusan harta wakaf. Berdasarkan seksyen 2 Enakmen Wakaf (Negeri Melaka) 2005,
“wakaf” ialah sesuatu aset yang boleh dimanfaatkatkan tujuan kebajikan sama ada sebagai
wakaf am atau wakaf khas menurut Hukum Syarak tetapi tidak termasuk amanah sebagaimana
yang ditakrifkan di bawah Akta Pemegang Amanah 1949. Selain itu, Enakmen Wakaf ( Negeri
Sembilan) 2005 mentakrifkan wakaf 35 dalam tiga dimensi, iaitu;

a) menyerahkah aset yang berbentuk fizikal,

b) menyerahkan manfaat, faedah atau keuntungan daripada harta tersebut, atau

c) memberikan kepakaran atau perkhidmatan dan mempunyai persamaan dengan


tafsiran dalam Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) 1990.

Berdasarkan kepada akta-akta diatas, walaupun tafsiran secara tersiratnya berbeza


terhadap perkataan wakaf itu sendiri, namun begitu konsep dan objektif secara syaraknya
adalah sama. Hal ini dapat dilihat melalui elemen-elemen wakaf iaitu; terdapat penyerahan hak
milik sesuatu harta, yang mana harta itu mestilah wujud dan bernilai untuk dimanfaatkan
kepada orang ramai. Magda (2004) menggariskan 4 objektif penubuhan wakaf, iaitu sebagai
suatu wadah kepada pewakaf untuk mendapatkan ganjaran yang berterusan; memenuhi
keperluan benefisari; menyediakan peluang pekerjaan kepada orang awam; dan memastikan
harta wakaf kekal.36 Oleh itu, dengan kepelbagaian tafsiran di dalam Akta negeri-negeri, tidak
menjadikan amalan wakaf yang diamalkan setiap negeri itu berbeza, melainkan dari segi
pentadbiran aset wakaf semata-mata.

Walaupun terdapat pelbagai tafsiran konsep wakaf diuatarakan, kejayaan tadbir urus
sesuatu amalan wakaf bergantung kuat kepada pembangunannya. Sekiranya, pembangunan

33
Jadual Sembilan, Senarai II merujuk kepada bidangkuasa negeri. Oleh itu, pengurusan wakaf adalah dibwah
bidangkuasa negeri masing-masing.
34
Undang-Undang Wakaf di Melaka ialah Enakmen Wakaf (Negeri Melaka) 2005, bagi Selangor ialah Enakmen
Wakaf (Negeri Selangor) 1990 dan di Negeri Sembilan pula ialah Enakmen Wakaf ( Negeri Sembilan) 2005.
35
Seksyen 2 Enakmen Wakaf ( Negeri Sembilan) 2005.
36
Magda Ismail, “What We Can Do with Waqf Properties”. Kertas kerja Roundtable Discusssion
Development Waqf Properties in Malysia. Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, Kuala Lumpur, 21 Januari
2014. 

17

tidak dapat dilaksanakan37 disebabkan oleh isu pendanaan yang tidak mencukupi boleh
menimbulkan tanda tanya, sama ada harta tersebut menepati konsep wakaf yang sebenar kerana
dikhuatiri harta tersebut sekadar kekal dari sudut ain dan fizikalnya sahaja tetapi masih belum
menjana hasil untuk dimanfaatkan oleh benefisiari wakaf. Situasi ini bukan sahaja menafikan
hasrat pewakaf untuk mendapat ganjaran pahala yang berterusan, bahkan meletakkan harta
wakaf dalam status beku sehingga boleh membawa kepada pembaziran dan kemudaratan dari
sudut ekonomi yang merugikan umat Islam. Sehubungan itu, kajian ini memperlihatkan usaha
kearah pembangusan aset wakaf adalah melalui penggunaan instrument sukuk adalah sangat
sesuai dan berkesan dalan menjana dana wakaf.

2.3. Pengertian Sukuk

Sukuk merupakan salah satu instrumen pasaran modal yang dikeluarkan oleh sesuatu kerajaan
atau badan korporat untuk tujuan pendanaan bagi pembiayaan projek atau dikenali sebagai
bond. 38 Perkataan sukuk berasal daripada perkataan arab iaitu sakka bermaksud suatu ikatan
39
dengan harta. Kata jamaknya adalah sakka berasal bermaksud merupakan sebuah buku
penulisan yang tertera padanya perihal harta yang tertangguh. Sukuk juga turut membawa
maksud sebuah penulisan yang tertera suatu perjanjian dengan jualan atau gadaian atau yang
seakannya. 40 Penulisan ini boleh ditafsiran sebagai dokumen atau sijil. 41

Menurut Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions


(AAOIFI) dalam Standard Shariah perkara 17(2), sukuk merujuk kepada produk pelaburan
dan dapat didefinasikan sebagai sijil bernilai sama yang mewakili pemilikan terhadap aset
ketara, nilai manfaat dan perkhidmatan (jasa) yang tidak boleh dibahagikan atau pemilikan
terhadap aset tertentu sesuatu projek atau pemilikan terhadap sesuatu aktiviti pelaburan yang

37
Seperti bilangan dan kuantiti harta wakaf yang masih banyak dan belum dimajukan.
38
Guideline on Sukuk, 2.01 (definition), hlm 5.
39
Al-Mu’jam al-Wasīt, 2nd edn, 1983, hlm 544.
40
Muhammad ‘Amārah, Qāmus al-Mustalahāt al-Iqtisādīyah fī al-Hadārah al- Islāmīyah, , Dār al-
Syurūq, Madīnah al-Nasr, Misr, 1st edn., 1993, hlm 332; Lihat ‘Alī Ibn Muhammad al-Jum’ah, Mu’jam al-
Mustalahāt al-Iqtisādīyah wa al-Islāmīyyah, hlm 326.
41
Dzubaiah bt Zainal Abidin, Sukuk “Asset-Based” Berbanding Sukuk “Asset-Backed”: Kes
Kemungkiran Sukuk, Prosiding Perkem VIII, jil 2, Pusat Pengajian Ekonomi Fakulti Ekonou dan Pengurusan,
Universiti Kebangsaan Malaysia, 2013, hlm 575.
18

khusus. Oleh itu, sukuk bukanlah saham am bukan juga bon .42 Menurut AAOIFI, sukuk juga
dirujuk sebagai, “Islamic Bond” di mana sukuk adalah sijil amanah “asset-backed” yang
membuktikan pemilikan aset atau manfaat (pendapatan atau hasil). Walau bagaimanapun,
sukuk mestilah mematuhi perundangan Islam dan prinsip pelaburannya yang melarang
pembayaran faedah. Selain itu, Lembaga Perkhidmatan Kewangan Islam atau Islamic
Financial Services Board (IFSB) dalam standards kecukupuan modal (Capital Adequacy
Requirements for Sukuk), mereka mendefinisikan sukuk sebagai sijil yang mewakili pemegang
pemilikan berkadar pada bahagian yang tidak boleh dipisahkan dengan sesuatu aset pendasar
di mana pemegang itu menganggap semua hak dan obligasi kepada aset.

Menurut Suruhanjaya Sekuriti (Securities Commission of Malaysia - SC) pula , sukuk


adalah sijil atau dokumen yang membuktikan pemilikan pro-rata ke atas sesuatu aset pendasar
dan sak (bentuk tunggal sukuk) bebas diniagakan pada kadar par, premium atau diskaun.
Menurut SClagi43 , sukuk adalah sijil bernilai sama yang mewakili pemilikan yang tidak boleh
dibahagikan atau pelaburan dalam sesuatu aset , mengikut prinsip dan konsep Shariah dan
disahkan oleh Badan Penasihat Shariah.

Seterusnya, Di Indonesia, pendefinisian ini dilihat selari apabila fatwa Dewan Syariah
Nasional No. 32/DSN- MUI/IX/2002 tentang obligasi syariah, menjelaskan bahawa obligasi
syariah adalah suatu surat berharga jangka panjang berdasarkan prinsip syariah yang
dikeluarkan oleh penerbit kepada para pelabur (pemegang sukuk) yang mewajibkan penerbit
untuk membayar pendapatan kepada pelabur-pelabur dalam bentuk pendapatan atau ahsil serta
membayar balik dana pelaburan setelah tamat tempoh matang.

Salah satu instrumen kewangan syariah yang telah banyak diterbitkan baik oleh syarikat
korporat mahupun negara adalah sukuk. Di beberapa negara, sukuk telah menjadi instrumen
pembiayaan anggaran negara yang penting. Pada saat ini, beberapa negara telah menjadi
penerbit sukuk, misalnya Malaysia, Bahrain, Brunei Darussalam, United Emirate Arab, Qatar,
Pakistan, dan Jerman. Hal ini disebabkan oleh sukuk merupakan instrumen pasaran modal yang
sangat efektif dan dapat menarik perhatian pelabur kerana berpotensi untuk penjanaan modal

42

 Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institutions (AAOIFI), http://www.aaoifi.com

43
Dzubaiah bt Zainal Abidin, Sukuk “Asset-Based” Berbanding Sukuk “Asset-Backed”: Kes
Kemungkiran Sukuk, Prosiding Perkem VIII, jil 2, Pusat Pengajian Ekonomi Fakulti Ekonou dan Pengurusan,
Universiti Kebangsaan Malaysia, 20013, hlm 575.
19

jumlah yang besar dan menjadi penjana kepada keperluan modal untuk pembangunan,
penyelenggaraan, pelaburan baru dan sebagai alat untuk perwakafan dalam kategori wakaf.44
Contoh projek terbaru yang menggunapakai sukuk ialah projek MRT yang bermula pada tahun
2010 yang melibatkan 16 fasa.

Selain itu, sukuk menggabungkan sumber atau dana dari pelabur yang bertujuan untuk
memberikan keuntungan kepada pelabur tersebut dan pada masa yang sama memenuhi
keperluan kewangan penerbit. Pada masa yang sama, ia membolehkan bank-bank
menguruskan kecairan dan lembaran imbangannya dengan lebih efektif dan menawarkan
pelaburan alternatif yang patuh Shariah dengan pulangan yang tetap serta menawarkan kepada
pelabur pilihan risiko dan tahap kematangan yang pelbagai.

2.4. Bidangkuasa Wakaf dan Sukuk.

2.4.1 Perundangan Sukuk di Malaysia

Pasaran modal pada amnya ialah tempat untuk alat-alat kewangan seperti saham syarikat dan
bon diniagakan. Bagi memastikan perjalanan pasaran modal dan hak-hak peserta pasaran
terpelihara, sebuah badan pengawal pasaran modal diwujudkan. Penyeliaan tersebut amat perlu
bagi mengawal sebarang aktiviti pemalsuan dan meningkatkan perlindungan terhadap
kepentingan pelabur. 45

Dalam hal ini memperlihatkan secara jelas, sukuk adalah satu instrumen pasaran modal
yang mana ianya dibawah bidangkuasa Persekutuan berdasarkan Jadual Kesembilan, Senarai
I di bawah aspek kewangan. Sukuk di Malaysia di bawah pengawalseliaan Suruhanjaya
Sekuriti (Securities Commission- SC) dan diruskan oleh bank-bank melalui Akta Bank Negara.
. Dalam memastikan sukuk di Malaysia adalah patuh shariah, SC telah menyediakan
“Guidelines on Sukuk” yang disemak pada Disember 2012 dan efektif pada 28 Disember
2012. Di Malaysia, SC adalah sebuah badan pengawal selia tunggal bagi pasaran modal negara
yang ditubuhkan pada 1 Mac 1993 di bawah Akta Perindustrian Sekuriti 1993. Ia merupakan
badan statutori biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasa.

44
Md Nurdin Ngadimon, Pembangunan Wakaf: Pendanna melalui Sukuk Sustainable and Responsible
Investment (SRI), 2015, hlm 13.
45
Securities Commission, Capital Market Development in Malaysia: History & Perspectives, Kuala
Lumpur: Securities Commission, 2004, hlm. 46.
20

Selain itu, Majis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (Shariah Advisory
Council- SAC) dilantik dengan tujuan untuk meningkatkan lagi efisiensi dan daya saing sukuk
Malaysia di pasaran global.

2.4.2 Perundangan Pengurusan Wakaf di Malaysia.

Pengurusan wakaf di Malaysia adalah di bawah bidangkuasa negeri. Oleh yang demikian,
terdapat tiga jenis undang-undang yang relevan sebagai rujukan dalam membicarakan aspek
wakaf ini. Undang-undang tersebut adalah: hukum syarak Enakmen Pentadbiran Majlis Agama
Islam Negeri dan enakmen wakaf negeri. 46

kaedah dalam
Hukum syarak Enakmen
Enakmen Wakaf
Pentadbiran MAIN Negeri

Rajah 2.4.2 : Evolusi Undang-Undang Pengurusan Wakaf di Malaysia

2.4.2.1 Hukum Syarak

Sebelum enakmen pentadbiran agama Isam diluluskan di Negeri-Negeri Tanah


Melayu, hukum-hukum syariah yang melibatkan aktiviti orang Islam seperti wakaf akan
bersandarkan kepada Al-Quran47 dan Hadis. Undang-undang substantif berhubung dengan
wakaf terkandung dalam hukum syarak. Hukum syarak ditakrifkan dalam Enakmen
Pentadbiran Agama Islam Negeri sebagai hukum syarak mengikut mazhab Shafii atau
mengikut mana-mana satu mazhab Hanafi, Maliki atau Hambali. Contohnya, dalam hal

46
Sharifah Zubaidah Syed Abdul Kadir, Kerangka Undang-Undang Pengurusan Wakaf di Malaysia: Ke
Arah Keseragaan Undang-undang, 2016, hlm 103
47
Antara ayat al-Quran yang berkaitan dengan wakaf ialah firman Allah dalam Surah Ali ‘Imran ayat 92 yang
bermaksud: “Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai (hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna)
sebelum kamu mendermakan sebahagian daripada apa-apa yang kamu sayangi...” Tafsir Pimpinan Ar-Rahman
Kepada Pengertian Al-Qur’an, Darulfikir, Kuala Lumpur, 1998. Rujukan lanjut perbincangan fikah mengenai
wakaf boleh didapati daripada Wahbah al-Zuhaili, Fiqh dan Perundangan Islam. Jilid VIII. Diterjemahkan oleh
Syed Ahmad Syed Hussain et. al. Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur, 2011
21

pentadbiran harta wakaf berdasarkan hukum syarak terutamanya masjid, surau, tanah
perkuburan dan sekolah agama akan ditadbir urus oleh ketua agama seperi imam dan kadi. 48

Dalam konteks wakaf, ia merangkumi banyak perkara seperti takrif wakaf, rukun
wakaf, iaitu sighah, waqif, mawquf alaih dan mawquf, istibdal wakaf, kuasa dan
tanggungjawab muttawali, dan sebagainya. Walaupun sudah ada peruntukan mengenai wakaf
dalam Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri, peruntukan ini tidak bersifat menyeluruh
dan menyentuh secara umum tentang kuasa MAIN sebagai pemegang amanah tunggal terhadap
harta wakaf di dalam negeri, peletakan harta wakaf, sekatan terhadap wakaf khas dan sekatan
terhadap pecahan harta yang boleh diwakafkan. Sekiranya, timbul sebarang pertelingkahan
yang mana melibatkan persoalan hukum syarak yang belum diputuskan atau tidak
diperuntukan mana-mana enakmen, MAIN mestilah merujuk Jawatankuasan Perundangan
Hukum Syarak 49 untuk tujuan membuat keputusan. Melalui proses tersebut, keputusan yang
dibuat oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri berlandaskan hukum syarak yang mana ianya bersifat
dinamik dan boleh digunapakai melalui proses ijtihad para fuqaha dalam mengistinbatkan
hukum mengenai pembangunan wakaf.

Oleh itu, dapat dijelaskan bahawa Jawatankuasa Fatwa dalam Negeri merupakan satu
Institusi yang berperanan dalam pengistinbatan hukum syarak dan ianya harus dikekalkan bagi
memastikan undang-undang wakaf di Malaysia selaras dengan undang-undang Islam.
Kesannya, mana-mana peruntukan dalam enakmen didapati berlawanan dengan hukum syarak,
peruntukan tersebut hendaklah terbatal setakat mana yang berlawanan. 50

48
Untuk maklumat lanjut mengenai sejarah wakaf di Tanah Melayu dan kesan penjajahan British terhadap
pentadbiran wakaf, sila rujuk Razali Othman, Institusi Wakaf Sejarah dan Amalan Masa Kini. Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur, 2013 hlm. 97-104. 


49
Contohnya seksyen 34(1) Enakmen Pentadbiran Perundangan Islam (Negeri Selangor) 1984. Enakmen ini
dimansuhkan pada tahun 2003 oleh Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 (En.1/ 2003) dan
seksyen 46. Enakmen ini menubuhkan Jawankuasa Fatwa yang terdiri daripada Mufti, Timbalan Mufti, Penasihat
Undang-Undang Negeri, Dua orang anggota Majlis, seorang pegawai JAIS yang mahir dalam hukum syarak yang
dilantik oleh Majlis, dua hingga tujuh orang yang dilantik oleh Majlis dan seorang pegawai daripada Jabatan Mufti
yang 

50
Lihat seksyen 46 Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) 1999. Walaupun secara umumnya, setiap peruntukan
dalam enakmen negeri menyentuh wakaf digubal berdasarkan hukum syarak. 

22

2.4.2.2 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Negeri dan Enakmen Wakaf Negeri

Sepertimana sudah dijelaskan, pengurusan aset wakaf adalah di bawah bidangkuasa Negeri
sepertimana diperuntukan dalam Perlembagaan Persekutuan Perkara 74(2), di baca bersama
Jadual Kesembilan, Senarai II. Pengurusan aset wakaf akan dikawalselia oleh Majlis Agama
Islam Negeri (MAIN) atau enakmen Undang-undang Islam di setiap negeri. Empat buah negeri
yang menggubal enakmen waqaf negeri ialah Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Perak.
Perak mewartakan Peraturan Kawalan Wakaf pada tahun 1959, manakala Johor pula
melaksanakan kaedah wakafnya melalui Kaedah-kaedah Wakaf Johor 1983.

Negeri Enakmen Seksyen

Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Ugama Islam (Negeri


Perlis ss63-68
Perlis) 2006

Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Kedah Darul


Kedah ss51-58
Aman) 2008

Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang)


Penang ss89-95
2004

Perak Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Perak) 2004 ss78-84

Wilayah Akta Pentadbiran Udang-undang Islam (Wilayah Persekutuan)


ss61-68
Persekutuan 1993 (Akta 505)

Selangor Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 ss89-95

Enakmen Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu


Kelantan ss61-66
(Kelantan) 1994

Enakmen Pentadbiran Hal Ehwal Agama Islam (Terengganu)


Terengganu ss63-69
1422 H

Enakmen Pentadbiran Undang-Undang Islam (Negeri Pahang)


Pahang ss70-78
1991

Melaka Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Melaka) 2002 ss77-83


23

Negeri
Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 ss89-95
Sembilan

Johor Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Johor) 2003 ss89-95

Sabah Enakmen Majlis Ugama Islam Negeri Sabah 2004 ss51-57

Sarawak Ordinan Majlis Islam Sarawak 2001 (Chap. 41) s43, ss51-54

Jadual 2.4.2.2: Peruntukan Mengenai Wakaf dalam Undang-Undang negeri


Sumber: Sharifah Zubaidah Syed Abdul Kadir, Kerangka Undang-Undang Pengurusan Wakaf di
Malaysia: Ke Arah Keseragaman Undang-undang, 2016, hlm 105

Merujuk kepada enakmen pengurusan harta wakaf atau enakmen pentadbiran Islam
pada jadual 2, memperlihatkan ketidakseragaman undang-undang di antara negeri-negeri di
Malaysia. Sungguhpun secara hakikatnya konsep wakaf dalam hukum syarak adalah tidak
dibatasi oleh sempadan negeri juga negara namun begitu, perlaksanaan wakaf mungkin
melampaui negeri dan juga negara. Kesannya, menyebabkan kekeliruan dan kadangkala
berlawanan dengan badan kehakiman, penggubal dasar, para pentadbir dan orang awam
disebabkan oleh perundangan yang berbeza di setiap negeri. 51

2.4.2.3 Kaedah dalam Enakmen Wakaf Negeri

Salah satu contoh ketidakseragaman peruntukan dalam undang-undang tersebut adalah


peruntukan tentang takrif wakaf itu sendiri. Untuk memastikan kelangsungan pengurusan aset
wakaf, tafsiran ‘wakaf’ perlulah ditafsirkan dengan jelas dan seragam.52 Contohnya, Kesemua
negeri mengemas kini enakmen pentadbiran agama Islam masing-masing melalui pindaan
yang dibuat selepas tahun 2000, kecuali Wilayah Persekutuan, Kelantan, Pahang dan Sarawak,
yang mana langsung tidak memberikan takrifan “wakaf” dan hanya terdapat takrifan “wakaf
am” dan “wakaf khas” sahaja. Takrifan “wakaf” bagi negeri yang sudah mengemas kini
enakmen masing-masing adalah seperti yang berikut:

51
Syed Khalid Rashid. Waqf Management in India, Institute of Objective Studies, New Delhi, 2006, hlm.
141. 


52
Monzer Kahf, Financing the Development of Waqf Property, Essential Readings in Contemporary Waqf
Issues. CERT Publications Sdn. Bhd.,Kuala Lumpur, 2011, hlm. 165-202.
24

“Wakaf” ertinya apa-apa harta yang boleh dinikmati manfaat atau faedahnya untuk apa-
apa tujuan khairat sama ada sebagai wakaf am atau wakaf khas menurut hukum syarak
tetapi tidak termasuk amanah sebagaimana yang ditakrifkan di bawah Akta Pemegang
Amanah 1949 [Akta 208].

Melalui takrifan ini, wakaf merujuk kepada penyerahan ‘aset’(mauquf) yang dimiliki oleh
penderma (waqif) sebagai wakaf. Analisis peruntukan enakmen wakaf negeri juga
menunjukkan bahawa walaupun sudah ada takrifan wakaf dalam Enakmen Pentadbiran Agama
Islam Negeri, enakmen khusus mengenai wakaf di Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka juga
mengandungi takrifan wakaf yang berbeza. Di Selangor dan Negeri Sembilan, wakaf
ditakrifkan seperti yang berikut:

“Wakaf” ertinya menyerahkan apa-apa harta yang boleh dinikmati manfaat


atau faedahnya untuk apa-apa tujuan kebajikan sama ada sebagai wakaf am atau
wakaf khas menurut hukum syarak tetapi tidak termasuk amanah sebagaimana yang
ditakrifkan di bawah Akta Pemegang Amanah 1949 [Akta 208].

Takrif tersebut didapati berlainan daripada takrif wakaf dalam Enakmen Pentadbiran
Islam Negeri. Takrifan wakaf dalam enakmen wakaf negeri merujuk secara khusus kepada
perbuatan penderma dalam memberikan hartanya untuk tujuan wakaf dan bukan harta wakaf
tersebut.53

Di bawah Enakmen Wakaf Negeri Sembilan 2005 pula, wakaf ditakrifkan seperti yang
berikut:

“Wakaf” ertinya—
(a) menyerahkan hak milik apa-apa harta yang boleh


dinikmati manfaat, faedah atau keuntungannya;

(b) menyerahkan manfaat, faedah atau keuntungan yang boleh dinikmati


daripada apa-apa harta; atau

(c) memberikan kepakaran dan perkhidmatan yang boleh dinikmati manfaat,


faedah atau keuntungannya, sama ada sebagai wakaf am atau wakaf khas

53
Sharifah Zubaidah Syed Abdul Kadir, Kerangka Undang-Undang Pengurusan Wakaf di Malaysia: Ke
Arah Keseragaan Undang-undang, 2016, hlm 110
25

menurut prinsip syariah, tetapi tidak termasuk amanah yang ditakrifkan di


bawah Akta Pemegang Amanah 1949 [Akta 208].

Berdasarkan peruntukan di atas, takrifan tersebut membahagikan wakaf dalam dua


dimensi. Pertama, frasa “penyerahan hak milik apa-apa harta” dan bukannya “penyerahan apa-
apa harta” seperti yang terkandung dalam Enakmen Wakaf Selangor dan Enakmen Wakaf
Melaka. Frasa “penyerahan hak milik apa-apa harta” lebih tepat dan khusus kerana
memfokuskan penyerahan “hak milik” sesuatu harta dan bukan sekadar penyerahan harta
tersebut sahaja. Kedua, takrif “wakaf” yang diberikan lebih luas, termasuk pemberian
kepakaran dan perkhidmatan. Takrif ini serupa dengan takrif wakaf dalam Manual Pengurusan
Model Perundangan Wakaf JAWHAR.54

Takrifan yang diberi dalam Manual JAWHAR adalah bertepatan dengan takrif wakaf
menurut hukum syarak. Wakaf merujuk perbuatan penderma untuk membuat wakaf dan bukan
harta wakaf itu. Oleh itu, ramai yang menyarangkan agar takrif wakaf dalam semua Enakmen
Pentadbiran Agama Islam dipinda mengikut takrif wakaf dalam Model Perundangan Wakaf
JAWHAR supaya diselaraskan dan bertepatan dengan kehendak hukum syarak

Adakah kepelbagaian undang-undang pengurusan wakaf perlu diselaraskan dan


diseragamkan setiap negeri agar tidak menimbulkan kekeliruan masyarakat dan elemen
percanggahan keputusan mahkamah dapat dieelakkan sekiranya terdapat pertelingkahan isu
wakaf yang melibatkan dua negeri yang berlainan? Oleh itu, dalam melestarikan amalan wakaf
perlunya perubahan dalam propek perundangan dalam memajukan harta wakaf di Malaysia
melalui menggubal dasar dan strategi yang sedia ada.

2.5. Cabaran dari Perspektif Undang-Undang.

Tidak boleh dinafikan bahawa wakaf di Malaysia semakin berkembang dari masa ke masa
dibuktikan dengan aset wakaf yang semakin bertambah. Walau bagaimanapun, institusi wakaf
sendiri berhadapan dengan pelbagai masalah dan cabaran dalam melestarikan amalan wakaf.55
Antaranya ialah dari sudut pendanaan wakaf yang semakin hari semakin menurun. Kerajaan

54
JAWHAR. Manual Pengurusan Model Perundangan Wakaf, Jabatan Waqaf, Zakat dan Haji.
Putrajaya Jabatan Perdana Menteri, , 2008.

55
Syahnaz Sulaiman, Hukum Pembangunan Tanah Wakaf Khas Menurut Perspektif Syarak dalam Jurnal
Muamalat, Bil.1, 2008, hlm 48.
26

persekutuan meluluskan peruntukan sebanyak RM256.4 juta menerusi Rancangan Malaysia


Kesembilan (RMK9) dan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10) bagi membangunkan
projek wakaf di seluruh Negara.56 Namun, jumlah tersebut masih belum mencukupi bagi
menampung kos pembangunan wakaf yang besar di Malaysia.

Pendanaan merupakan aspek fundamental dalam pembangunan hartanah dan


ketidakcukupan dana bagi sesuatu projek akan menyebabkan projek terbiar dan terbengkalai
dan tidak boleh dimajukan. Hal ini kerana, aset-aset wakaf pada amnya bersifat sedia wujud
perlu dikembangkan atau memerlukan penyelenggaraan yang mana melibatkan kos yang
tinggi. Justeru, perlu difikirkan apakah pendanaan yang lebih efisien bagi membolehkan
pembangunan wakaf yang lebih mampan dan konsisten selain daripada mendapatkan
sumbangan daripada orang ramai dan dana daripada kerajaan yang mana bersifat terhad. Oleh
kerana Malaysia telah terkehadapan dalam mengaplikasikan penggunaan alat-alat kewangan
pasaran modal Islam dalam kemajuan sektor hartanah dan infrastuktur, maka aplikasi sukuk
merupakan jalan alternatif bagi pembangunan wakaf secara lebih dinamis.

Namun begitu, adakah Malaysia mampu mempraktikkan aplikasi tersebut dalam


pembangunan wakaf? Melihat kepada punca kuasa, terdapat beberapa perkara yang perlu
diambil kira dan ia perlu diselesaikan. Umumnya, ramai yang beranggapan bahawa
ketidakseragaman undang-undang negeri adalah satu kekangan yang besar. Semakan dan
keselarasan undang-undang negeri adalah disarankan. Perlu ditekankan bahawa, salah satu
keunikkan Malaysia adalah kepelbagaian undang-undang itu sendiri yang mana ia
menyediakan pelbagai fleksibiliti daripada pelbagai aspek.

Penyelarasan atau keseragaman enakmen pentadbiran Islam setiap negeri mungkin


akan mengambil masa yang agak lama atau boleh dikatakan mustahil untuk dilakukan.
Sungguhpun secara hakikatnya konsep wakaf dalam hukum syarak adalah tidak dibatasi oleh
sempadan negeri juga negara namun begitu, perlaksanaan wakaf mungkin melampaui negeri
dan juga negara. Secara amnya, dalam aspek pengurusan hal ehwal Islam, Sultan negeri
merupakan ketua agama Islam. Jadi setiap negeri mempunyai kepentingan dan cara yang
tersendiri dalam pengurusan aset wakaf. Sekiranya isu ketidakseragaman undang-undang
berkaitan wakaf di setiap negeri-negeri di Malaysia menyebabkan timbulnya tafsiran,

56
Sila rujuk:
http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/RM256_4jutabangunkan17projekwakafdiMalaysia_JamilKhir/m/
mArticle.
27

pemahaman, prosedur dan tatacara yang berbeza-beza, disinilah fungsi mahkamah syariah
negeri akan berperanan. Justeru itu, kepelbagaian enakmen setiap negeri bukanlah isu utama
sebenarnya.

Selain itu isu bidangkuasa antara negeri dan perekutuan menjadi tanda tanya yang
paling besar terhadap aplikasi sukuk dalam pengurusan wakaf di Malaysia. Perlu ditegaskan
bahawa, tujuan utama kajian ini adalah mengharmonikan amalan wakaf melalui integrasi
antara aplikasi sukuk dan wakaf. Jadi, ia bukanlah seperti jangkaan ramai iaitu menintegrasi
perundangan MAIN dan persekutuan. Pada masa yang sama, JAWHAR dalam amalan wakaf,
tidak menjadikan ianya sebagai intervansi kepada perundangan MAIN.

Hal ini kerana, jelas memperuntukkan bahawa MAIN merupakan pemegang amanah
tunggal di setiap negeri dalam hal yang melibatkan pengurusan wakaf, yakni MAIN yang
berhak membangunkan dan menguruskan harta wakaf miliknya.57 JAWHAR pula berperanan
dalam memelihara dan memastikan hartanah wakaf benar-benar memberi manfaat kepada
masyarakat Islam dengan menyediakan keperluan yang sepatutnya untuk memajukan harta
wakaf dari sudut pendanaan dan perancangan yang baik. Hal ini dapat dirujuk berdasarkan
Minit mesyuarat Jemaah Menteri pada 2 Jun 2004 telah menyatakan dalam perkara 15. Hal-hal
lain (11) Penubuhan Jabatan Wakaf, Zakat dan Urusan Haji seperti berikut:

“Jemaah menteri mengambil maklum akan keterangan bahawa mesyuarat


untuk membincangkan penubuhan Jabatan Wakaf, Zakat dan Urusan Haji yang akan
diadakan pada 1 Jun 2004 dengan nama Jabatan Wakaf, Zakat dan Urusan Haji yang
akan menyelaras, memantau dan menyeragam sistem Wakaf, Zakat dan Urusan Haji”.58

Perintah Menteri-menteri Kerajaan Persekutuan (No.2) (Pindaan) (No.2) 2009 (P.U.


(A) 222).

“Jabatan Wakaf, Zakat dan Urusan Haji untuk menyelia, memantau dan
menyelaraskan urusan zakat, wakaf dan haji ”.59

57
Wan Mohammad Hafiz bin Wan Mat Resab & Dr. Zulkifli bin Mohammad, Peranan Jawhar dalam
Pembangunan Wakaf di Malaysia, (n.d), hlm 394
58
Laporan Tahunan Jawhar 2010, hlm. 17.
59
Perintah Menteri-menteri Kerajaan Persekutuan (No.2) (Pindaan) (No.2) 2009 (P.U. (A) 222).;
Laporan Tahunan JAWHAR 2012, hlm. 17.
28

Berdasarkan kenyataan di atas jelas bahawa penubuhan JAWHAR bertepatan dengan


perundangan negara. Ianya memberi kuasa mutlak kepada JAWHAR untuk bersama badan
sedia ada mengembleng tenaga dalam memertabatkan institusi wakaf, zakat dan urusan haji di
Malaysia. Bukan untuk bersaing apatah lagi mengambil hakmilik atau mencampuri urusan
dalaman badan sedia ada. Hal ini disebabkan oleh peruntukan kuasa JAWHAR adalah terbatas.

Untuk isu yang yang seterusnya mengenai perundangan negeri dan persekutuan dalam
mengintegrasikan amalan wakaf dan sukuk akan dinyatakan dalam bab yang ketiga dengan
melihat model-model negara yang terpilih.
29

BAB III

PROSPEK PEMAKAIAN WAKAF SUKUK DAN PERUNDANGAN DI MALAYSIA.

3.1 PENGENALAN

Bab ini akan memperlihatkan sejauh mana pemakaian wakaf sukuk boleh dijalankan di
Malaysia. Selain itu, mengenal pasti beberapa cabaran dalam aspek yang perlu diselesaikan
bagi memastikan perjalanan wakaf sukuk boleh diteruskan berdasarkan undang-undang di
Malaysia. Kemudian, menghubungkan pemakaian wakaf sukuk dengan tiga buah negara yang
terpilih iaitu Arab Saudi, Indonesia dan Singapura sebagai model kepada pemakaian wakaf
sukuk mengikut standard dan kesesuaian terutama dalam penstrukturan sukuk itu sendiri.

3.2 PELAKSANAAN PEMBANGUNAN NEGARA CONTOH

Selaras dengan keperluan dan perkembangan dunia semasa, institusi wakaf di negara ini telah
mula mengorak langkah di mana ia tidak hanya tertumpu kepada pembangunan tanah semata-
mata. Oleh hal yang demikian, beberapa kaedah pembangunan wakaf yang bersifat
kontemporari diperkenalkan seperti wakaf sukuk60, dimana ia sangat berpotensi untuk menjana
pulangan yang berlipat kali ganda jika diuruskan dan ditadbir dengan sistematik. Pada masa
yang sama, tanggungan Kerajaan dan Baitulmal negeri-negeri dalam menyediakan modal
pembangunan masyarakat Islam dapat dikurangkan dan tidak lagi mengharapkan sumbangan
wakaf tunai daripada orang ramai.61

60
Md. Nurdin Ngadimon, Pengembangan Harta Wakaf Menggunakan Instrumen Sukuk, kertas kerja
Konvensyen Wakaf 2006 anjuran JAWHAR, Jabatan Perdana Menteri di Kuala Lumpur, 12-14 September 2006.
61
Norhaliza Mohd Nor dan Mustafa Omar Mohammed. “Categorization of Waqf Lands and their
Management Using Islamic Investment Models: the Case of the State of Selangor, Malaysia”. Kertas Kerja
Seminar Waqf Laws and Management Conference, International Islamic University Malaysia di Kuala Lumpur,
20-22 Oktober 2009.
30

Berdasarkan kajian lepas, pelbagai pendekatan diperkenalkan bagi menjana dana selain
daripada mendapatkan bantuan daripada kerajaan yang mana lebih bersifat kontemporari.62
Contohnya, pendekatan mewakafkan hasil dividen saham syarikat63 menerusi wakaf saham64
juga telah dilaksanakan termasuklah aplikasi akad , iaitu build, operate and transfer (BOT)65
(Azman Mohd Noor & Saidatolakma, 2011). Namun begitu dalam bab ini, penulis akan
memfokuskan mengenai pembangunan harta wakaf menggunakan instrumen sukuk66
(Shamsiah Abdul Karim, 2007) yang turut diaplikasikan oleh sesetengah buah negara seperti
Singapura dan Arab Saudi.67 Walau bagaimanapun, kajian oleh Aminah dan Sabit (2011: 404)
mendapati bahawa beberapa halangan serta kekurangan daripada sudut mekanisme
pembangunan wakaf telah menyebabkan usaha pembangunan wakaf di Malaysia masih kurang
berdaya maju.

3.2.1 Negara Singapura

Berbeza dengan Malaysia, kesemua harta wakaf di negara tersebut telah diamanahkan kepada
satu badan yang khusus iaitu Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS) yang merupakan
pemegang amanah tunggal secara rasmi.68 MUIS merupakan satu badan berkanun yang

62
Siti Mashitoh Mahamood, ‘Pembentukan Dana Wakaf Menurut Perspektif Syariah dan Undang-
Undang Serta Aplikasinya di Malaysia’ (2007) 15(2) Jurnal Syariah, hlm. 61-8. Sila rujuk juga, Naziree Md.
Yusof, ‘Saham Wakaf Selangor: Hala Tuju dan Potensi dalam Pembangunan Masyarakat’ (2010) Kanun, hlm 29-
46
63
Aminah Mohsin dan Sabit, Mohammad Tahir Mohammad, “Weaknesses of Current Capital Raising,
Financing, and Investment Methods of Awqaf (Islamic Trusts)”. Kertas kerja 2011 International Conference on
Social Science and Humanity, International Proceedings of Economics Development Research (IPEDR), Bil 5.
Singapore: IACSIT Press.
64
Siti Mashitoh Mahamood et al., ‘Konsep dan Aplikasi Produk Wakaf Kontemporari Di Malaysia:
Saham Wakaf Dan Wakaf Saham’. Kertas Kerja Seminar Ekonomi Islam Peringkat Kebangsaan 2009 di Balai
Ilmu, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, Malaya, 2009.
65
Syahnaz Sulaiman, “Isu Pembangunan Wakaf Menggunakan Struktur Amanah Pelaburan Hartanah
Islam di Malaysia: Satu Tinjauan” (2012) 24 (2) Kanun, hlm 159.
66
Shamsiah Abdul Karim, ‘Contemporary Waqf Administration and Development in Singapore:
Challenges and Prospects’. Kertas Kerja Seminar Singapore International Waqf Seminar on Integrating Awqaf in
the Islamic Financial Sector di Singapura, hlm. 6-7, Mac 2007.
67
Hydzulkifli Hashim Omar & Asmak Ab Rahman, ‘Aplikasi Sukuk dalam Usaha Melestarikan Aset
Wakaf: Pengalaman Pemegang Amanah Wakaf Terpilih’ (2013) 21(2) Jurnal Syariah, hlm 101-111.
68
Majlis Ugama Islam Singapura, http://statutes.agc.gov.sg/non_version/cgi-bin/
cgi_retrieve.pl?actno=REVED-3&doctitle=ADMINISTRATION%20OF%20
MUSLIM%20LAW%20ACT%0a&date=latest&method=part, 9 Ogos 2018.
31

diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Masyarakat, Belia dan Sukan di bawah Akta
Pentadbiran Hukum Islam (AMLA). Ringkasnya, pengurusan wakaf di Singapura di bawah
bidangkuasa Persekutuan.

AMLA memperuntukkan MUIS berperanan dalam menjaga kepentingan semua aset


wakaf di Singapura. Oleh itu MUIS melantik satu unit khusus dalam menguruskan harta wakaf
iaitu unit strategik zakat dan wakaf yang mana ia bertanggungjawb terhadap segala transaksi
yang melibatkan harta wakaf di Singapura. Usaha kearah kemantapan pengurusan aset wakaf,
unit strategik tersebut terbahagi kepada dua sektor iaitu, sektor pertama dinamakan pemegang
amanah69 dan sektor kedua dinamakam mutawalli70. Kedua-dua sektor ini dibawah
pemantauan MUIS sendiri.

Melihat kepada potensi tanah wakaf yang komersial di Singapura akan mendatangkan
pulangan yang tinggi, penggunaan kaedah sukuk telah diaplikasi yang melibatkan dua konsep71
yang utama untuk tujuan tersebut, iaitu a) proses pelaksanaan konsep perkongsian untuk
menerbitkan sukuk musyarakah dan b) proses penciptaan nilai aset baru yang lebih tinggi
nilainya dengan menggunakan aset yang lama.

Penerbitan Sukuk Musyarakah untuk Projek Pembiayaan Pembangunan Semula di Bencoolen, Singapura.

Percubaan pertama yang dilakukan oleh MUIS dengan menggunakan sukuk sebagai kaedah
pembiayaan pembangunan semula aset wakaf yang adalah di Bencoolen, yang mana
melibatkan tiga portfolio utama iaitu Baitulmal (MUIS), Warees Pte. Ltd72 (anak syarikat

69
Pemegang amanah yang diamanahkan oleh MUIS berupa pemegang amanah individu (swasta) dan juga
pemegang amanah berbentuk korporat. Pemegang amanah individu merupakan lantikan yang dibuat oleh MUIS
terdiri daripada kaum kerabat pewakaf itu sendiri. Manakala British and Malayan Trustee (BMT) pula merupakan
pemegang amanah wakaf yang berbentuk korporat.
70
Mutawalli pula bertindak sebagai pencipta pendapatan dan membangunkan harta wakaf yang sedia ada. Dalam
usaha membangunkan aset wakaf di Singapura, MUIS telah melantik Warees Investment Pte. Ltd sebagai
mutawalli mereka.
71
Shamsiah Abdul Karim, ‘Contemporary Shari’a Compliance Structuring for the Development and
Management of Waqf Assets in Singapore’, Kyoto Bulletin of Islamic Area Studies 3(2) 2010, pg 152.
72
WAREES Investments Pte Ltd. merupakan sebuah syarikat pelaburan yang dimiliki Majlis Ugama Islam
Singapura (MUIS). Ianya menjalankan tugas sebagai perunding dan juga penasihat bagi MUIS untuk
melaksanakan projek komersil serta menjalankan pelaburan dan pembangunan hartanah wakaf yang terdapat di
Singapura. Rujuk. Warees Investments Pte. Ltd. http://www.warees.com/warees/ Default.aspx, 12 Ogos 2010.
32

MUIS) dan juga sumbangan dari tabung dana wakaf (mutawalli MUIS). Pada peringkat
permulaan ketiga-tiga pihak akan memeterai satu kontrak perjanjian bertujuan untuk
membangunkan aset wakaf dan masing-masing akan menyumbankan modal serta kepakaran
dalam usaha mencipta aset percampuran yang baru iaitu membina sebuah msjd. Kompleks
komersil dan perkhidmatan servis 103 bilik apartment yang menelan kos SD 35 juta.

Tabung dana wakaf Membuat sumbangan dalam bentuk tanah wakaf


(MUIS serta bantuan kewangan berjumlah SD 4.719 juta.

Sebagai pemodal induk dalam usaha mendapatkan


Baitulmal (MUIS)
keseluruhan modal projek iaitu SD 35 juta.

Sebagai pemaju dalam menyumbangkan


Warees Pte. Ltd. kepakaran serta menyediakan modal nominal
tapungan.

Rajah 3.2.1: Penerbitan Sukuk Musyarakah untuk Projek Pembiayaan Pembangunan Semula
di Bencoolen, Singapura.

Proses ini akan melibatkan penggunaan dua kontrak iaitu:

a) kontrak musyarakah: melibatkan tiga portfolio utama iaitu tabung dana wakaf
(MUIS), baitulmal dan juga Warees Pte. Ltd.
b) kontrak ijarah : digunakan untuk memastikan pulangan keuntungan
sebanyak 3.5% kepada pelabur73 untuk tempoh 5 tahun
(tamat tempoh matang sukuk musyarakah)

73
Shamsiah Abdul Karim, Pengurusan dan Pembangunan Wakaf di Singapura, Kertas Pembetangan di
Konvensyen Wakaf 2006, Anjuran Jabatan Wakaf Zakat dan Haji Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama
UiTM Johor, UTM, UM, IKIM, JAKIM, dan YAdim, Hotel Legend, Kuala Lumpur, 12-14 September 2006.
33

pembahagian keuntungan untuk projek yang dilakukan di Bencoolen pula akan


mengikut peratusan modal yang telah dilabur oleh pelabur. Pelabur yang melabur melalui
baitulmal (MUIS) akan mendapat keuntungan sebanyak 3.5% yang dijanjikan kepada mereka
selama 5 tahun. Manakala, baitulmal (MUIS) mendapat hak sewaan aset bangunan untuk
tempoh 99 tahun. Pihak Warees Pte. Ltd. Pula, akan menerima pulangan pelaburan secara
nominal serta berhal mendapat yuran untuk segala urusan pentadbiran pembangunan.
Manakala tabung dana wakaf (MUIS) akan memperolehi sebuah masjid yang baru berkapasiti
besar berserta dengan empat buah lot komersil. Hasil sewaan empat buah lot komersil ini akan
membolehkan MUIS menyediakan mudah tunai untuk keperluan masjid di atas tapak tanah
wakaf tersebut.74

Melihat kepada perbincangan di atas, penggunaan sukuk dalam pembangunan projek


wakaf di Singapura boleh dikatakan sangat berjaya dalam usaha untuk menjana pendanaan dan
boleh mengelakkan sebarang pembaziran. Dengan perlantikan unit khas dalam menguruskan
harta wakaf dapat memperlihatkan adanya pengurusan yang sistematik dan undang-undang
yang jelas mampu menzahirkan satu guideline yang lebih tersusun dan menjerus kepada fokus
utama iaitu pembangunan projek wakaf.

3.2.2 Negara Arab Saudi

Selain daripada Singapura, Arab Saudi merupakan salah sebuah negara yang kiat
membangunkan aset wakaf menggunakan instrument sukuk seperti projek pembangunan
Menara Hotel Zamzam di Mekah. Kesemua aset wakaf di Arab Saudi diuruskan oleh
Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf, Dakwah da Nasihat.75

Projek pembangunan Menara Hotel Zamzam, pada mula perlaksanaanya di atas


sebidang tanah wakaf kepunyaan Raja Abdul Aziz dengan menggunakan kaedah B.O.T (build,
operate, transfer). Projek tersebut akan dibangunkan dengan pembinaan 4 buah Menara,
sebuah pusat membeli belah dan sebuah hotel bertaraf 5 bintang dan Menara tersebut setinggi

74
Shamsiah Abdul Karim, ‘Contemporary Shari’a Compliance Structuring for the Development and
Management of Waqf Assets in Singapore’, pg 153.
75
Saudi Arabia Government Ministries. http://www.the-saudi.net/directory/sag.htm
34

33 tingkat. Pada awal permulaan pembangunan tanah wakaf ini terdapat tiga pihak yang utama
iaitu Institusi wakaf Arab Saudi, Syarikat Bin Laden Group sebagai kontraktor pemaju dan
Munshaat Real Estate Projecs yang mana memberi pajakan tanah wakaf kepada Sultan Abdul
AziInstitusi wakaf Arab Saudi telah memberi pajakan tanah wakaf kepada Sultan Abdul Aziz
kepada Syarikat Binladin Group untuk tempoh 28 tahun agar dibangunkan menggunakan
konsep B.O.T. syarikat Binladin Group telah meminta kerjasama Munshaat Real Estate Project
untuk membiayai keseluruhan kos pembinaan hotel tersebut yang bernilai USD 390 juta. Oleh
itu, Munshaat Real Estate akan menerbitkan sukuk al-intifa76 (time share basis bond) 77 yang
bernilai USD 390 juta kepada pelabur78 untuk mendapatkan modal pembinaan terhadap hotel
tersebut.

Sukuk al-intifā’ tersebut dijual bersandarkan kepada hak penggunaan manfaat


(usufruct) bangunan yang bakal diserahkan pada masa hadapan kepada pelabur untuk tempoh
24 tahun.79 Pelabur mempunyai hak penggunaan manfaat bangunan tersebut serta boleh
menyewakan kembali (sub-lease) kepada penyewa lain dalam tempoh masa 24 tahun.80 Kadar
sewaan yang bakal dikenakan oleh pelabur adalah berbeza bergantung kepada musim
mengerjakan ibadah haji dan umrah di Kota Mekah. Setelah bangunan tersebut mencapai

76
Sukuk al-Intifā’ terbahagi kepada empat jenis yang utama seperti sijil pemilikan hak manfaat untuk aset yang
sedia ada, sijil pemilikan hak manfaat terhadap aset yang bakal diperolehi, sijil pemilikan hak manfaat terhadap
perkhidmatan melalui penyediaan perkhidmatan yang telah ditentukan dan yang terakhir ialah sijil pemilikan hak
manfaat terhadap perkhidmatan yang bakal diperolehi. Rujuk. Fuad Hamed al-Homoud, “Sokouk al-Intifa’a
Islamic Money Market Instrument”, (Kertas Kerja The International Islamic Financial Markets, Kingdom of
Baharain, 16 Mei 2005).
77
Sukuk al-intifā’ (time sharing basis) merupakan satu kaedah pembiayaan yang berasaskan kepada akad ijārah
mawsūfah fī zimmah. Sebagai contoh pemilik tanah akan menyewakan tanah kepunyaannya kepada pemaju yang
berkepentingan untuk tujuan pembangunan. Memandangkan modal untuk membangunkan tanah tersebut adalah
besar, pemaju akan menerbitkan sukuk al-intifā’a (time sharing basis) kepada pelabur untuk menampung kos
pembinaan di atas tanah tersebut. Terbitan sukuk ini akan disandarkan kepada manfaat bangunan yang bakal
diserahkan kelak (pelabur akan menikmati manfaat bangunan tersebut sehinggalah tamat tarikh matang sukuk).
Penerbit sukuk hendaklah menyatakan dengan tepat waktu serahan barangan tersebut akan dibuat. Imam al-
Qalyūbī telah menerangkan, barangan yang bakal diserahkan tersebut hendaklah dinyatakan secara terperinci
(bentuk dan tarikh penyerahan barangan tersebut) untuk menggelakkan daripada berlakunya bay’ al-gharār dan
bay’ al-ma’dūm. Lihat. Syahāb al-Dīn Ahmad Ibn Ahmad Ibn Salāmah al-Qalyūbī, Hāsyīyah Qalyūbī wa
‘Umayrah (Lubnān: Dār al-Fikr, Bayrūt, 3rd edn., 1419/1998), iii. 69.
78
The Ultimate Middle East Business Resourcess. http://www.ameinfo.com/13027.htm
79
Securities Comission, The Islamic Securities (Sukuk) Market, 1st edn., , Lexis Nexis Malaysia Sdn.
Bhd. Petaling Jaya, 2009, pg 107.
80
Habib Ahmed, Role of Zakah and Awqaf in Poverty Alleviation, 1st edn., Islamic Development Bank
Group Islamic Research & Training Institute, Jeddah, 2004, pg 128.

35

tempoh 28 tahun (tarikh penyerahan kembali kesemua aset wakaf kepada institusi wakaf Arab
Saudi), Munshaat Real Estate Project akan menyerahkan kesemua hak pemilikan bangunan
tersebut kepada institusi wakaf Arab Saudi melalui syarikat Binladin Group.

3.3 Cadangan Perlaksanaan Pembangunan Wakaf Sukuk di Malaysia

Melihat kepada model negara yang telah menggunakan instrumen sukuk dalam pengurusan
pembangunan aset wakaf, sebenarnya mampu diadaptasi dalam pasaran modal Islam di
Malaysia. Namun begitu, pengolahan dan penelitian perlu diambil kira dalam beberapa perkara
supaya kesesuaian dapat dipenuhi dalam konteks perundangan di Malaysia terutamanya.

Berdasarkan projek Becoolen di Singapura, sudah pasti dalam aspek bidangkuasa dan
perundangan bukanlah menjadi satu isu yang besar disebabkan oleh pengkhususan badan
pengurusan sudah ditetapkan dengan jelas. Tambahan pula, sistem perundangan di Singapura
adalah berbeza jika dibandingkan dengan Malaysia yang mengamalkan dwisistem iaitu sivil
dan shariah yang mana, undang-undang shariah terletak di bawah bidang kuasa negeri. Oleh
yang demikian, pengurusan harta wakat terletak di bawah MAIN secara mutlaknya dan jika
apa-apa perkara yang melibatkan wakaf, kebenaran MAIN diperlukan.

Melihat kepada bidangkuasa pengurusan zakat, semua enakmen negeri telah


memperuntukan Majlis Agama Islam Negeri sebagai pemegang amanah tunggal (sole trustee)
terhadap semua harta wakaf, tidak kira wakaf am atau wakaf khas yang membabitkan harta
alih dan harta tak alih.81

Seksyen 89, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Pulau Pinang) 2004 (No. 4 tahun
2004) misalnya memperuntukkan:

“Walau apa pun apa-apa peruntukan yang berlawanan yang terkandung dalam
mana-mana suratcara atau perisytiharan yang mewujudkan, mengawal, atau
menyentuh perkara itu, Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah yang tunggal:

81
Lihat misalnya Seksyen 61, Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993
(Akta 505) dan Seksyen 83, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 (No. 10 tahun 2003).
36

(a) semua wakaf, sama ada wakaf am atau wakaf khas;

(b) semua nazr am; dan

(c) segala jenis amanah yang mewujudkan apa-apa amanah khairat bagi
menyokong dan memajukan agama Islam atau bagi faedah orangorang Islam
mengikut Hukum Syarak, setakat apa-apa harta yang tersentuh oleh wakaf,
nazr µam atau amanah itu dan terletak di dalam Negeri Pulau Pinang´.

Manakala seksyen 32 Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) 1999


memperuntukkan:

“Walau apa pun apa-apa jua peruntukan yang terkandung dalam


manamana suratcara atau perisytiharan yang mewujudkan, mengawal, atau
menyentuh sesuatu wakaf, Majlis hendaklah menjadi pemegang amanah
tunggal bagi semua wakaf, sama ada wakaf am atau wakaf khas, yang terletak
di dalam Negeri Selangor´.

Berdasarkan peruntukan di atas adalah jelas bahawa segala pengendalian urusan dana
wakaf termasuk pembangunannya terletak di bawah bidang kuasa Majlis di negeri-negeri.
Namun pengendalian institusi lain boleh dibenarkan dengan kebenaran Majlis sebagaimana
akan dijelaskan dalam perbincangan seterusnya. Berdasarkan Seksyen 6, Akta Pentadbiran
Undang-Undang Islam (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505), pengendalian
institusi lain boleh dibenarkan dengan mendapat keizinan daripada Majlis. Seterusnya Majlis
akan melantik jawatankuasa-jawatankuasa untuk membantunya dalam melaksanakan
kewajipan-kewajipannya atau melaksanakan kuasa-kuasanya.

Melihat kepada peruntukan di atas, secara amnya, MAIN sudah membuka ruang dan
peluang untuk mana-mana badan terlibat sama dalam pengurusan harta wakaf namun pernuya
kebenaran dan persetujuan oleh MAIN sendiri. Sebenarnya perbezaan bidangkuasa antara
negeri dan persekutuan bukanlah satu isu yang besar dan perlu diselesaikan secara berasingan.
Malahan, sepatutnya ia perlu bergerak seiringan dan saling melengkapi antara satu sama lain.
Hal ini kerana, tujuan utama adalah mengintegrasi antara amalan wakaf dan sukuk, bukan
kepada integrasi undang-undang negeri dan persekutuan. Jadi, uniknya Malaysia dari sudut
kepelbagaian undang-undang (negeri dan persekutuan), perlu dilihat dari sudut positif dan ia
perlu dihormati.
37

Walau bagaimanapun, penulis melihat potensi instrumen sukuk di Singapura boleh


diadaptasi di Malaysia. Sepertimana MAIS merupakan pemegang amanah tunggal di
Singapura, MAIN di setiap negeri berpotensi untuk menjana dana wakaf dengan mewujudkan
satu anak syarikat di bawah mereka sebagai mutawwali. Namun begitu, syarat am perlu perlu
dipenuhi sepertimana yang telah ditetapkan, setiap syarikat perlu didaftarkan di bawah undang-
undang persekutuan supaya kewujudan syarikat itu dapat diisytiharkan sah.

Oleh yang demikian, kerajaan negeri perlu mengambilkira sudut pandang dari
perundangan persekutuan juga terutamanya melibatkan siapakah entiti yang terlibat dan
struktur pelaburan itu sendiri. Keanjalan perundangan negeri sudah tersedia dalam
mengintergrasi wakaf sukuk, langkah seterusnya perlu diambil dengan menggunakan
kemahiran tenaga pakar. Cadangan untuk mewujudkan satu badan yang merangkumi tenaga
pakar dalam MAIN sangat diperlukan terutama berkaitan dengan perundangan dan pasaran
modal Islam. Struktur cadangan penerbitan sukuk di Malaysia untuk projek pembiayaan aset
wakaf seperti berikut:

Anak Syarikat
MUIN

Mutawwali
MUIN MUIN

Perjanjian Musyarakah

Projek Pembangunan Aset


Wakaf

Rajah 3.3: Cadangan Perlaksanaan Pembangunan Wakaf Sukuk di Malaysia


38

Struktur wakaf sukuk yang diamalkan di Arab Saudi sangat berkesan dalam menjana
pendanaan aset wakaf. Namun, melihat dalam konteks perundangan Malaysia, sukar untuk
diamalkan kerana sistem perundangan di Malaysia tidah hanya tertumpu kepada Persekutuan
sahaja. Di Arab Saudi, pengurusan wakaf terletak di bidang kuasa Persekutuan dan
penggeraknya adalah kerajaan persekutuan itu sendiri. Jadi, proses dalam amalan sukuk wakaf
di Arab Saudi sangat berbeza. Oleh itu penulis lebih cenderung melihat modal di Singapura
untuk diadaptasi di Malaysia,
39

BAB IV

RUMUSAN DAN CADANGAN

4.1 PENGENALAN

Sejarah telah membuktikan, sumbangan wakaf dalam ekonomi amatlah penting sebagai
pemangkin kepada perkembangan ekonomi, meningkatkan taraf kualiti hidup masyarakat serta
menjamin kesinambungan syiar Islam.82 Secara umumnya, perkembangan sistem pengurusan
wakaf di Malaysia semakin berkembang pesat dari hari ke hari. Namun begitu, kesan
kepesatannya menimbulkan pelbagai kekangan dan cabaran dalam usaha objektif syariat wakaf
tercapai. Antara cabaran yang telah dinyatakan dalam bab-bab sebelum ini, isu kekurangan
dana merupakan isu utama yang dihadapi oleh institusi-institusi wakaf dalam usaha untuk
membangunkan aset wakaf di Malaysia.83

Justeru itu, kaedah alternatif perlu difikirkan dalam menyelesaikan isu pendanaan
pengurusan aset wakaf agar projek terbengkalai dapat dielakkan. Oleh itu, pasaran modal Islam
antara instrumen yang amat penting dalam pembangunan sesebuah negara meliputi sektor
perindustrian, ekonomi, telekomunikasi, pembangunan infrastruktur dan sebagainya. Pasaran
kewangan Islam telah wujud sekian lama,84 yang mana pendekatannya sentiasa berubah bagi

82
Abu Zahrah, Muhadharat Fi Al-Waqf, 1959 hlm. 5-11.
83
Syahnaz Sulaiman, Hukum Pembangunan Tanah Wakaf Khas Menurut Perspektif Syarak dalam Jurnal
Muamalat, Bil.1, 2008, hlm. 48.
84
Pasaran Kewangan Islam di Malaysia bermula dengan penubuhan Lembaga Urusan dan Tabung Haji sebagai
badan mengawal selia urusan haji bagi masyarakat Islam di Malaysia. Pada tahun 1983, Bank Islam Malaysia
Berhad (BIMB) telah ditubuhkan dan menjalankan aktiviti berlandaskan prinsip syariah. Lihat Nor Mohamed
40

memperkukuhkan penstrukturan dan sistem yang sedia ada. Sejak pasaran modal Islam85
diperkenalkan, ianya menampakkan perkembangan yang lebih efektif berbanding pasaran
modal konvensional.86 Dalam pasaran modal Islam, terdapat pelbagai jenis produk dengan
setiap produk mempunyai struktur yang tersendiri, antara instrumen yang menjadi pilihan
kajian ini adalah sukuk. Konsep sukuk telah dikenal sejak awal peradaban Islam, namun ianya
baru dijelmakan semula beberapa tahun terakhir ini sebagai instrumen kewangan Syariah
dengan penambahan beberapa pendekatan baru bagi menghasilkan sukuk yang inovatif
setanding dengan bon konvensional.

Sukuk adalah penstrukturan, penerbitan dan pelaburan berdasarkan tatacara dan


peraturan syarak.87 Kini, sukuk membangun sebagai pelopor dalam institusi pasaran modal
Islam dan menjadi aset utama yang berfungsi sebagai instrumen pembiayaan yang penting
untuk pembangunan negara dan institusi korporat.88 Secara asasnya, sukuk merupakan suatu
sijil yang menunjukkan pemilikan hak ke atas sesuatu pelaburan atau projek bercirikan
perkongsian modal, keuntungan dan kerugian. Namun begitu, dalam penerbitan sukuk dalam
amalan wakaf di Malaysia wujudnya pelbagai isu terutama dari sudut perundangan dan
bidangkuasa.

Kajian ini dimulakan dengan konsep wakaf dan sukuk menurut perkspektif fiqh bagi
memberikan gambaran awal berkenaan prinsip wakaf dan sukuk. Kemudian kajian ini

Yakcop, Teori, Amalan dan Prospek Sistem Kewangan Islam di Malaysia. Kuala Lumpur: Utusan Publications
& Distributors Sdn. Bhd.,1996, hlm. 52; Sudin Haron, Sistem dan Operasi Perbankan Islam. Kuala Lumpur: Berita
Publishing Sdn. Bhd., 1996, hlm. 20; Salahuddin Ahmed, Islamic Banking Finance and Insurance: A Global
Overview. Kuala Lumpur, 2006.: A. S. Noorden, hlm. 209.
85
Sejak ia mula diperkenalkan pada tahun 1983 melalui Sijil Pelaburan Kerajaan (GIC), Pasaran Modal Islam
telah berkembang secara berperingkat melalui inovasi dalam produk bon atau sekuriti swasta, amanah saham dan
pembrokeran saham. Lihat Kamaruzzaman Noordin, Mohd yahya Mohd Hussin & Suhaili Sarip, “Realiti dan
Prospek Pasaran Modal di Malaysi: Kajian Khusus terhadap Bon Islam”, Jurnal Syariah. Kuala Lumpur: Akademi
Pengajian Islam, Universiti Malaya, 2004, hlm.70 ; Salahuddin Ahmed, ibid., 2006, hlm. 315

86
Kementerian Kewangan Malaysia, Laporan Kewangan 2007/2008,

87
Asma Hakimah Ab Halim, Mahdi Zahraa & Mustafa Afifi Ab Halim (2009), “Legal, regulatory and
Shariah issues on Sukuk: A Pluralist Approach” dalam Proceeding International Seminar on Muamalat, Islamic
Economics and Finance, jil. 1, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2003, hlm. 553

88
Hailani Muji Tahir & Sanep Ahmed, Aplikasi Fiqh Muamalat dalam Sistem Kewangan Islam, Shah
Alam: Pusat Penerbit Universiti Teknologi Mara, hlm. 342.
41

diteruskan lagi dengan perkembangan dan perundangan wakaf dan sukuk di Malaysia dan juga
amalan wakaf yang dipraktikkan khususnya. Akhir sekali, di dalam bab ini, pengkaji akan
memberikan pandangan terhadap isu yang timbul dan memberikan cadangan penambahbaikan
serta membuat kesimpulan secara keseluruhannya.

4.2 CADANGAN DAN SARANAN

Seperti yang telah dibincangkan di dalam bab 2, amalan wakaf dan penerbitan sukuk terletak
di bawah punca kuasa yang berbeza, di mana pengurusan amalan wakaf ditadbir urus oleh
Majlis Agama Islam Negeri sepertimana diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan,
Senarai II, Jadual kesembilan, manakala penerbitan sukuk di bawah bidangkuasa Persekutuan,
berdasarkan garispanduan yang telah ditetapkan oleh MPSSC dan AAOIFI. Melihat kepada
kekangan pendanaan dan beberapa projek pembangunan wakaf yang terbengkalai menjadikan
ia lebih rumit untuk diselesaikan melalui metod ini. Dalam usaha mengintegrasikan amalan
wakaf dan penerbitan sukuk, perbezaan bidangkuasa menjadikan isu utama dan sukar untuk
dijalankan di Malaysia.

Sepertimana yang dibincangkan, amalan wakaf ditadbir urus oleh Majlis Agama Islam
Negeri. Isu ketidakseragaman enakmen antara negeri menimbulkan pelbagai perspektif
terutamanya dalam kalangan pada akademik, dan orang awam. Hal ini disebabkan oleh,
kepelbagaian undang-undang antara negeri, timbul perbezaan tafsiran atau konsep dalam
pengurusan aset wakaf yang mana ia bercanggah antara satu sama lain. Untuk mengelakkan
dari sebarang kekeliruan, ramai yang beranggapan enakmen setiap negeri perlu disemak dan
dipinda bagi menyeragamkan undang-undang negeri terutamanya dalam hal ehwal tadbir urus
aset wakaf.

Keterlibatan dalam sumber perundangan dan kajian lepas, digunapakai menurut


pengkaji, boleh ditambahbaik dalam usaha menintegrasikan amalan wakaf dan sukuk, seperti
berikut;

4.2.1 Undang-undang dalam Mengawal Selia Aset Wakaf dan Sukuk Perlu Jelas.
42

Sepertimana yang ditekankan dalam bab yang lepas, kepelbagaian undang-undang di setiap
negeri antara keunikan Malaysia. Perlu difahami, setiap aset wakaf dalam negeri mempunyai
nilai yang tersendiri dan setiap negeri mempunyai kepentingan yang berbeza terhadap aset
tersebut. Jadi, cara pengurusan aset wakaf setiap negeri akan dikendalikan dengan pendekatan
yang berbeza. Maka, tidak hairanlah enakmen atau undang-undang setiap negeri mempunyai
peruntukkan yang berbeza terutama dalam mengurus dan mentadbir aset wakaf. Oleh itu, isu
keseragaman undang-undang negeri bukanlah satu isu dalam dalam perkara ini. Dalam masa
yang sama, penyelarasan atau keseragaman enakmen pentadbiran Islam setiap negeri mungkin
akan mengambil masa yang agak lama atau boleh dikatakan mustahil untuk dilakukan.
Sekiranya isu ketidakseragaman undang-undang berkaitan wakaf di setiap negeri-negeri di
Malaysia menyebabkan timbulnya tafsiran, pemahaman, prosedur dan tatacara yang berbeza-
beza, disinilah fungsi mahkamah syariah negeri akan berperanan. Justeru itu, mahkamah
perlulah memainkan peranan penting dengan memberikan tafsiran dan tatacara dengan jelas
untuk mengelakan kekeliruan.

4.2.2 Undang-undang Negeri Perlu Menyediakan Fleksibiti ke Arah Melestarikan Wakaf di Malaysia.

Berdasarkan kepada bidangkuasa pengurusan zakat, semua enakmen negeri telah


memperuntukan Majlis Agama Islam Negeri sebagai pemegang amanah tunggal (sole trustee)
terhadap semua harta wakaf, tidak kira wakaf am atau wakaf khas yang membabitkan harta
alih dan harta tak alih.89 Walau bagaimanapun, melihat kepada peruntukan-peruntukan yang
relevan, Majlis Agama Islam Negeri telah membuka ruang dan peluang kepada badan lain
untuk membantunya dalam melaksanakan kewajipan-kewajipannya atau melaksanakan kuasa-
kuasanya. Hal ini boleh dirujuk dalam Seksyen 6, Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam
(Wilayah-wilayah Persekutuan) 1993 (Akta 505), pengendalian institusi lain boleh dibenarkan
dengan mendapat keizinan daripada Majlis.

Fokus utama yang ingin dijelaskan dalam kajian ini adalah perbezaan bidangkuasa
antara negeri dan persekutuan bukanlah satu kekangan yang besar dan perlu diselesaikan secara
berasingan. Malahan, sepatutnya ia perlu bergerak seiringan dan saling melengkapi antara satu

89
Lihat misalnya Seksyen 61, Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993
(Akta 505) dan Seksyen 83, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Sembilan) 2003 (No. 10 tahun 2003).
43

sama lain. Hal ini kerana, tujuan utama adalah mengintegrasi antara amalan wakaf dan sukuk,
bukan kepada integrasi undang-undang negeri dan persekutuan. Jadi, uniknya Malaysia dari
sudut kepelbagaian undang-undang (negeri dan persekutuan), perlu dilihat dari sudut positif
dan ia perlu dihormati. Namun begitu, kerajaan negeri perlu berganding bahu dalam
menjayakan projek pembangunan aset wakaf. Contohnya, dengan melibatkan badan agensi
kerajaan pusat, JAWHAR MAIN perlu mengambilkira sudut pandang dari perundangan
persekutuan juga terutamanya melibatkan siapakah entiti yang terlibat dan struktur pelaburan
itu sendiri.

Keanjalan perundangan negeri sudah tersedia dalam mengintergrasi wakaf sukuk,


langkah seterusnya perlu diambil dengan menggunakan kemahiran tenaga pakar dalam MAIN
itu sendiri. Kekurangan tenaga pakar terutama dalam pengurusan aset wakaf melalui instrumen
pasaran modal menjadikan ia kelihatan seperti sukar untuk dijalankan. Kajian ini juga melihat
potensi instrumen sukuk di Singapura boleh diadaptasi di Malaysia, dengan mewujudkan satu
anak syarikat di bawah mereka sebagai mutawwali. Namun begitu, syarat am perlu perlu
dipenuhi sepertimana yang telah ditetapkan, setiap syarikat perlu didaftarkan di bawah undang-
undang persekutuan supaya kewujudan syarikat itu dapat diisytiharkan sah.

4.3 KESIMPULAN

Berdasarkan penerangan pengkaji di atas, isu-isu berkenaan instrument sukuk dalam amalan
wakaf di Malaysia ini adalah amat penting untuk diselesaikan kerana produk ini merupakan
satu imej Islam yang perlu dijaga oleh umatnya. Sistem kewangan Islam sememangnya amat
disenangi oleh setiap lapisan masyarakat kerana ketiadaan unsur riba dan lebih mendatangkan
manfaat berbanding kerugian. Dengan adanya undang-undang yang jelas dan Kerajaan Negeri
bergabung tenaga dengan kerajaan pusat, isu pendanaan dalam pengurusan aset wakaf di setiap
negeri mampu diselesaikan melalui instrumen sukuk. Cadangan pengkaji berkenaan dengan
model negara0negara yang terpilih mampu membentuk kerangkan Tadbir Urus Aset Wakaf
dengan lebih sistematik diharapkan dapat membantu menyelesaikan isu yang timbul berkenaan
dengan pentadbiran undang-undang terutama isu bidangkuasa yang berbeza dan
ketidakseragaman enakmen di setiap negeri.
44

RUJUKAN

Al-Quran.

Al-Hadis

2005. Glosari Pasaran Modal Islam,Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Abu Bakar Manat. 2007. Isu-Isu Semasa Berhubung Pembangunan Tanah Wakaf’ Jurnal
Pengurusan Jawhar 15

Accounting and Auditing Organization for Islamic Financial Institution (AAOIFI),


http://www.aaoifi.com/, 25 Februari 2010.

Aminah Mohsin dan Sabit, Mohammad Tahir Mohammad. 2011. Weaknesses of Current
Capital Raising, Financing, and Investment Methods of Awqaf (Islamic Trusts). Kertas
kerja International Conference on Social Science and Humanity, International
Proceedings of Economics Development Research (IPEDR), Bil 5. Singapore: IACSIT
Press.

Asma Hakimah Ab Halim, Mahdi Zahraa & Mustafa Afifi Ab Halim. 2009. Legal, Regulatory
and Shariah Issues on Sukuk: A pluralist Approach’ Proceeding International seminar
on Muamalat, Islamic Economics and Finance 2009, jil. 1. Bangi: Universiti
Kebangsaan Malaysia.

Fuad Hamed al-Homoud. 2005. Sokouk al-Intifa’a Islamic Money Market Instrument. Kertas
Kerja The International Islamic Financial Markets, Baharain, 16 Mei 2005.
45

G, Sivalingam. 2004. Investment Management in Malaysia, Kuala Lumpur: Berita Publishing


Sdn. Bhd.

Habib Ahmed. 2004. Role of Zakah and Awqaf in Poverty Alleviation, Saudi Arabia: Islamic
Development Bank Group Islamic Research & Training Institute, Jeddah, 4th edn.

Hydzulkifli Hashim Omar & Asmak Ab Rahman. 2013. Aplikasi Sukuk dalam Usaha
Melestarikan Aset Wakaf: Pengalaman Pemegang Amanah Wakaf Terpilih. Jurnal
Syariah 21(2): 101-111.

Jabatan Wakaf Zakat Dan Haji (JAWHAR). 2006. Manual Pengurusan Tanah Wakaf.

Majlis Ugama Islam Singapura. https://www.muis.gov.sg/wakaf/About/Administration-of-


Wakaf. 20 May 2019

Md. Nurdin Ngadimon. 2006. Pengembangan Harta Wakaf Menggunakan Instrumen Sukuk,
Kertas kerja Konvensyen Wakaf 2006 anjuran JAWHAR, Jabatan Perdana Menteri di
Kuala Lumpur, 12-14 September 2006.

Mohamed Ariff, Cheng Fan Feh & Neoh Vee Heng. 2009. Bond Markets in Malaysia &
Singapore. Selangor: Penerbit Universiti Putra Malaysia, Serdang. Edisi Pertama.

Monzer Kahf. 2011. Financing the Development of Waqf Property, Essential Readings in
Contemporary Waqf Issues. Kuala Lumpur: CERT Publications Sdn. Bhd

Muhammad Akram Khan. 1994. An Introduction To Islamic Economics, Pakistan: Islamic


Research Institute Press, Islambad, 2nd edn.

Muhammad Syukri Salleh. 2003. 7 Prinsip Pembangunan Berteraskan Islam, Kuala Lumpur:
Zebra Editions Sdn. Bhd.

Murat Cizakca. 2000. A History of Philanthropic Foundations: The Islamic World from the
Seventh Century to the Present. Bogazici Press: Istanbul.
46

Naziree Md. Yusof. 2010. Saham Wakaf Selangor: Hala Tuju dan Potensi dalam Pembangunan
Masyarakat. Kanun: 29-46.

Nor Asiah et al. 2018. Waqf Lands and Challenges from the Legal Perspectives in Malaysia.
Kertas kerja IIUM-Toyo Joint Symposium 2012. Sustainable Built Environment:
Lesson learned from Malaysia and Japan. Retrieved from http://irep.iium.edu.
my/28025/1/6a.pdf (25 ogos 2018).

Nor Asiah Mohamad. 2015. Looking into Adequacy of Waqf Protection in the National Land
Code 1965: Towards Sustainability of Waqf Land. Kertas kerja The International
Conference Waqf 2015, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Terengganu,
Terengganu, Mei 2015.

Norhaliza Mohd Nor dan Mustafa Omar Mohammed. 2009. Categorization of Waqf Lands and
their Management Using Islamic Investment Models: the Case of the State of Selangor,
Malaysia. Kertas Kerja Seminar Waqf Laws and Management Conference,
International Islamic University Malaysia di Kuala Lumpur, 20-22 Oktober 2009.

Norilawati Ismail. 2012. Isu-Isu Perundangan dalam Pentadbiran dan Pengurusan Wakaf dan
Zakat di Malaysia Jurnal Pengurusan JAWHAR 6(1).

Othman Yong. 1993. Pasaran dan Institusi Kewangan Di Malaysia Teori dan Amalan. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Edisi Pertama.

P.G.A Howells & K. Bain. 1994. Financial Markets and Institutions. UK: Longman Group UK
Limited, Harlow, England, Edisi Kedua.

Persatuan Remisier Bumiputra Malaysia. 2005. Malaysian Islamic Capital Market. Malaysia:
Cetakan PRIBUMI, Kuala Lumpur.

Peters Rose & Milton H. Marquis. 2006. Money and Capitals Market, Financial Institutions &
Instruments in Global Market Place. Singapore: Mc Graw Hill.
47

Razali Othman. 2013. Institusi Wakaf Sejarah dan Amalan Masa Kini. Dewan Bahasa dan
Pustaka, Kuala Lumpur. 


Securities Commission. 2004. Capital Market Development in Malaysia: History &


Perspectives. Kuala Lumpur: Securities Commission.

Securities Commission. 2009. Sukuk. Petaling Jaya: Sweet & Maxwell Asia.

Shamsiah Abdul Karim. 2006. Pengurusan dan Pembangunan Wakaf Di singapura. Kertas
Pembentangan di Konvensyen Wakaf 2006, Anjuran Jabatan Wakaf Zakat dan Haji
Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama UiTM Johor, UTM, UM, IKIM, JAKIM
dan YADIM, Hotel Legend, Kuala Lumpur, 12 – 14 September 2006.

Shamsiah Abdul Karim. 2007. Contemporary Waqf Administration and Development in


Singapore: Challenges and Prospects’. Kertas Kerja Seminar Singapore International
Waqf Seminar on Integrating Awqaf in the Islamic Financial Sector di Singapura, hlm.
6-7, Mac 2007.

Shamsiah Abdul Karim. 2010. Contemporary Shari’a Compliance Structuring for the
Development and Management of Waqf Assets in Singapore. Kyoto Bulletin of Islamic
Area Studies 3(2).

Sharifah Zubaidah Syed Abdul Kadir. 2016. Kerangka Undang-Undang Pengurusan Wakaf di
Malaysia: Kearah Keseragaman Undang-Undang.

Siti Mashitoh Mahamood. 2007. Pembentukan Dana Wakaf Menurut Perspektif Syariah dan
Undang-Undang Serta Aplikasinya di Malaysia. Jurnal Syariah 15(2): 61-8.

Siti Mashitoh Mahamood et al. 2009. Konsep dan Aplikasi Produk Wakaf Kontemporari Di
Malaysia: Saham Wakaf Dan Wakaf Saham’. Kertas Kerja Seminar Ekonomi Islam
Peringkat Kebangsaan 2009 di Balai Ilmu, Akademi Pengajian Islam, Universiti
Malaya, Malaya
48

Siti Mashitoh Mahamood. 2017. Enakmen Wakaf (Negeri Selangor) 2015 (Enakmen 15):
Suatu Ulasan Menurut Perspektif Syariah dan Undang- Undang. Jurnal Undang-
undang Malaysia 29(2):177.

Sohaimi M.S., & Syarqawi M. 2008. Waqf development in Malaysia: Issues and challenges.
Jurnal Pengurusan JAWHAR 2(1): 21.

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. 2004. Islamic Securities Guidelines (Sukuk Guidelines). Kuala
Lumpur: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.

Syahnaz Sulaiman. 2012. Isu Pembangunan Wakaf Menggunakan Struktur Amanah Pelaburan
Hartanah Islam di Malaysia: Satu Tinjauan. Kanun 24(2): 159

Syahnaz Sulaiman. 2008. Hukum Pembangunan Tanah Wakaf Khas Menurut Perspektif
Syarak. Jurnal Muamalat 1: 48.

Syed Khalid Rashid. 2006. Waqf Management in India, Institute of Objective Studies, New
Delhi. 


The Ultimate Middle East Business Resources, http://www.ameinfo. com/13027.htm, 24 Julai
2011.

Wan Mohammad Hafiz bin Wan Mat Resab & Dr. Zulkifli bin Mohammad. N.d. Peranan
Jawhar dalam Pembangunan Wakaf di Malaysia.

Zaini Osman. 2012. Pengurusan Wakaf: Pengalaman Singapura. Seminar Wakaf Serantau
2012: Instrumen Wakaf Menjana Pembangunan Ekonomi & Tamadun Ummah, 4-5
September 2012, Hotel Sunway Putera, Kuala Lumpur.
49

You might also like