Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

PENGGUNAAN KoSeDi DALAM PdPR SEJARAH

SEKOLAH RENDAH

1
Lawrence Law Sze Yung, uthor, 2Amir Haikal Bin Annuar, 3Muhammad Farhan Hafidz
Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang
e-mail: lawrencelaw@ipgm.edu.my

Abstrak

Penggunaan KoSeDi (Komik Sejarah Digital) dalam pengajaran dan pembelajaran Sejarah bertujuan
untuk menggalakkan pembelajaran aktif dan kreatif yang berpusatkan murid selaras dengan prinsip
PAK21. KoSeDi merupakan pembinaan dan penggunaan komik secara dalam talian untuk mengajar
mata pelajaran Sejarah di Sekolah Rendah. Bagi mengenal pasti kebolehgunaan KoSeDi dalam
pengajaran dan pembelajaran Sejarah, pengkaji telah melaksanakan kajian tindakan secara
kolaboratif di dua buah sekolah rendah di Pulau Pinang dan Kedah. Analisis hasil ujian kuiz murid
menunjukkan peningkatan skor min +48.5% dalam tempoh tiga minggu. Di samping itu, dapatan
daripada temu bual yang dijalankan dengan ketua panitia dan guru-guru sejarah juga mengesahkan
kebolehgunaan KoSeDi yang memberi kesan positif terhadap kehadiran, penyertaan dan kreativiti
murid. KoSeDi bukan sahaja dapat digunakan dalam mata pelajaran Sejarah, malahan ia juga dapat
digunakan dalam mata pelajaran lain seperti Sains, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
Penggunaan KoSeDi ini merupakan satu usaha inovatif untuk melaksanakan PdPR secara dalam
talian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat pandemik COVID-19.
Kata Kunci: sejarah, komik digital, kajian tindakan, PAK21, COVID-19

1.0 PENDAHULUAN

Kajian dan inovasi ini adalah berkaitan dengan penggunaan Komik Sejarah Digital (KoSeDi) sebagai
bahan bantu belajar dalam pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR) mata pelajaran Sejarah di
sekolah rendah.

1.1 Latar Belakang Kajian

Penularan pandemik COVID-19 yang berlaku di seluruh negara menyebabkan Kementerian


Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan penutupan semua sekolah dan mengeluarkan arahan
supaya Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dilaksanakan di semua sekolah di seluruh
negara. Pengumuman tersebut juga telah memberi kesan terhadap pelaksanaan praktikum siswa
pendidik Institut Pendidikan Guru yang terpaksa mengubah pelaksanaan praktikum secara maya
mengikut amalan semasa yang diamalkan oleh sekolah tempat mereka menjalani praktikum. Pelbagai
kaedah dan cara telah digunakan oleh guru-guru untuk melaksanakan sesi PdPR seperti penggunaan
platform WhatsApp dan Telegram. Medium pembelajaran juga berubah-ubah dari aplikasi Zoom ke
Google Meet dan panggilan video.

1.2 Pernyataan Masalah

Latihan Praktikum Fasa 2 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan yang bermula pada 28 Jun
hingga 1 Oktober 2021 dilaksanakan di sekolah yang berdekatan rumah atau kampung siswa
pendidik disebabkan oleh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan pandemik COVID-19
di seluruh negara. Penutupan sekolah akibat pandemik  menyebabkan latihan praktikum
dilaksanakan dalam era norma baharu yang menuntut siswa pendidik yang sedang menjalani
praktikum mengoptimumkan penggunaan mod PdPR secara maya menggunakan pelbagai platform
seperti menggunakan Google Classroom dan Google Meet.

Sememangnya, banyak cabaran dalam melaksanakan PdPR secara maya sebab ia jauh berbeza
dengan amalan biasa yang diadakan secara bersemuka dalam kelas masing-masing. Antara cabaran

1
tersebut adalah kadar keciciran murid semakin bertambah, kehadiran kelas secara dalam talian
semakin rendah dan penyertaan murid dalam kelas juga rendah. Disamping itu, guru menghadapi
kesukaran untuk memantau disiplin dan tumpuan murid.

Oleh yang demikian, para siswa pendidik PISMP Sejarah yang sedang menjalani praktikum di
sekolah telah disyorkan untuk menggunakan pelbagai strategi dan cara bagi mengatasi cabaran dan
masalah di atas untuk menarik minat dan penyertaan murid semasa PdPR.

Masalah yang dihadapi semasa melaksanakan PdPR tersebut telah mendorong pasukan pengkaji
untuk mencari satu kaedah yang boleh diaplikasikan untuk mengatasi masalah tersebut. Melalui
pemerhatian terhadap murid Tahun 4 dan temu bual bersama ketua panitia dan guru mata pelajaran
Sejarah, pasukan pengkaji mendapati masalah-masalah tersebut berpunca daripada bahan bantu
belajar yang tidak menarik dan tidak menyeronokkan.

1.3 Objektif Kajian

Kajian ini dijalankan dengan berdasarkan objektif berikut:

i. mengesan kebolehgunaan KoSeDi dalam meningkatkan minat, kehadiran dan penyertaan murid
dalam PdPR Sejarah,
ii. mengenalpasti kekuatan KoSeDi dalam PdPR Sejarah di sekolah rendah.

1.4 Soalan Kajian

Kajian ini dijalankan berdasarkan persoalan yang berikut:

i. Adakah KoSeDi dapat meningkatkan minat, kehadiran dan penyertaan murid dalam PdPR
Sejarah?
ii. Apakah kekuatan KoSeDi dalam PdPR Sejarah di sekolah rendah?

2.0 TINJAUAN LITERATUR

Marcel Bonneff (1998) mengakui bahawa komik memiliki kelebihan-kelebihan seperti mudah untuk
dibaca kerana ia mengandungi gambar dan dalam bentuk digital yang dapat disebarluaskan kepada
mutid-murid dengan lebih mudah. Hal tersebut membuat komik dapat dinikmati oleh murid-murid dari
pelbagai umur dan ia juga dapat mengembangkan minat membaca. Kelebihan lain yang dimiliki oleh
komik digital ialah ia dapat menjadi media hibur, mampu membangkitkan emosi pembaca dan dapat
menjadi media pembelajaran.

Azmi (2010) pula berpendapat bahawa komik, kartun dan kanak-kanak sememangnya tidak dapat
dipisahkan. Senario ini kadang-kadang tidak boleh diterima oleh para ibu bapa. Mereka beranggapan
bahawa bahan-bahan bacaan seperti ini akan menjejaskan daya perkembangan minda anak-anak
mereka. Sebenarnya  jika komik, kartun dan seumpamanya diaplikasikan dengan baik, maka kesan
positifnya amatlah ketara. Komik dan kartun memainkan peranan yang besar dalam menggalakkan
budaya minat membaca dalam kalangan kanak-kanak seterusnya menjadi pemangkin ke arah
pembentukan budaya ilmu.

Berdasarkan kajian yang dilakukan oleh Yang & Wu (2011), penggunaan komik digital dapat
meningkatkan pemahaman pelajar tentang isi pelajaran, meningkatkan keinginan pelajar untuk
meneroka dan meningkatkan kemahiran berfikir secara kritis. Pembelajaran melalui komik digital lebih
mudah difahami oleh murid dan ia menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan.Menurut
Negerete (2013) penggunaan komik dalam proses pembelajaran memberikan sumbangan yang tinggi
terhadap ingatan dan ingatan jangka panjang pelajar.

2
Komik adalah salah satu jenis bacaan yang paling popular. Berdasarkan hasil kajian awal yang
dilakukan di SMK 3 Gemolong, direkodkan bahawa 86.36% pelajar gemar membaca komik atau
cerita bergambar. Komik yang sangat digemari oleh pelajar boleh digunakan dalam proses
pembelajaran (Yuliana, Siswandari dan Sudiyanto, 2021).

Menurut Sindi Amaliasari (2021), komik digital merupakan media alternatif untuk meningkatkan minat
membaca murid-murid sepanjang tempoh pandemi COVID-19.

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk kajian tindakan telah digunakan untuk memastikan objektif kajian ini tercapai. Model
kajian tindakan Stephen Kemmis dan McTaggart (1988) diadaptasikan bagi melancarkan proses
pelaksanaan kajian.

Mereflek (1)
Selepas Pemantauan Praktikum 2018
masalah PdP Sejarah Tahun 4 dikenal pasti

Memerhati (4) Merancang (2)


Pemerhatian tingkah laku murid semasa Pengaplikasian Konsep Diorama
penghasilan Diorama, Ujian Kuiz Sejarah sebagai intervensi untuk
& temu bual Guru & murid hasil karya persediaan RPH
(lukisan figura)
Rekod Kemajuan I dan II
Bertindak(3)
ankan sebanyak dua kali Pelaksanaan PdP aktiviti Diorama sebagai
latihan pengayaan.

Rajah 1: Gelung Dalam Model Kajian Tindakan Kemmis Dan McTaggart

Reka bentuk kajian tindakan Model Kemmis & McTaggart (1988) diadaptasikan kerana model
tersebut bergelung dan boleh bermula dengan langkah refleksi. Ini adalah kerana reka bentuk kajian
tindakan ini bertujuan memperbaiki amalan guru sehingga dapat menambahbaik amalan
pembelajaran murid dalam mata pelajaran Sejarah.
Kumpulan sasaran kajian ini terdiri daripada 30 orang murid Tahun 4 di SK Permatang Bertam, Pulau
Pinang dan 32 orang murid dari SK Bandar Baru Darulaman, Kedah. Pemilihan lokasi dan peserta
kajian adalah disebabkan dua buah sekolah tersebut digunakan oleh siswa pendidik PISMP Sejarah
Ambilan Jun 2018 menjalani Praktikum Fasa 2. Ia merupakan pilihan persampelan ‘purposive’
mengikut kebolehtadbiran dari aspek pertimbangan kos dan masa yang diperuntukkan.
Kaedah kualitatif dan kuantitatif digunakan untuk mengumpul data kajian ini. Semasa PdPR
dilaksanakan melalui Google Meet, borang pemerhatian tingkah laku murid digunakan. Selain itu,
ujian kuiz telah dilaksanakan dan dianalisis sebagai data kuantitatif. Di samping itu, dapatan sesi
refleksi akan dimajukan sebagai cadangan penambahbaikan untuk meneruskan gelungan kajian
tindakan yang seterusnya.
Produk inovasi yang dinamakan KoSeDi dibangunkan sebagai bahan bantu belajar semasa
pelaksanaan PdPR mata pelajaran Sejarah. Komik Sejarah Digital dihasilkan secara dalam talian
berdasarkan watak dan latar belakang yang sesuai dengan tajuk yang diajar. Rajah 2 di bawah
merupakan contoh ilustrasi Komik Sejarah Digital dan Kod QR untuk mengaksesnya.

3
Rajah 2: Komik Sejarah Digital & Kod QR

Komik Sejarah Digital adalah komik yang dipersembahkan dalam media elektronik berdasarkan tajuk
Sejarah yang diajar. Komik Sejarah Digital adalah bentuk cerita bergambar dengan watak-watak dan
cerita yang menyampaikan maklumat atau mesej melalui media elektronik. Penyampaian komik
berasaskan elektronik membolehkan guru membuat cerita komik lebih menarik dengan
menambahkan elemen latar belakang, animasi dan bunyi dalam persembahan mereka.

4.0 DAPATAN KAJIAN

Pengumpulan data secara kualitatif dan kuantitatif telah dilaksanakan di dua buah sekolah terhadap
murid Tahun 4 yang diajar oleh dua orang siswa pendidik yang sedang menjalani Praktikum Fasa 2 di
situ. Ujian kuiz telah ditadbir secara berperingkat-peringkat dalam tempoh tiga minggu sebagai rekod
kemajuan murid. Sepanjang minggu pertama, guru mengajar topik sejarah secara lazim seperti
menggunakan kad dan carta dalam bentuk slaid powerpoint. Guru mentadbir Ujian Kuiz 1 (Pra)
kepada semua murid. Manakala, sepanjang minggu ketiga, guru menggunakan KoSeDi untuk
melaksanakan aktiviti pembelajaran. Ujian Kuiz 2 (Pasca) telah ditadbir selepas itu. Berikut
merupakan rumusan dapatan data kuantitatif bagi kedua-dua buah sekolah.

Jadual 1: Data Ujian Kuiz Sejarah Tahun 4

Skor Min Skor Min Peningkatan


Sekolah Rekod Rekod Skor min Catatan
Kemajuan I Kemajuan II
(a) (b) (b) – (a)
SK Permatang
Bertam, Pulau 35% 80% + 45%
Pinang
(n = 30 ) + 48.5%
SK Bandar Baru
Darulaman, Kedah. 32% 84% + 52 %
(n = 32)
Berdasarkan Jadual 1 di atas, terdapat peningkatan skor min sebanyak 45% di SK Permatang Bertam
dan 52% di SK Bandar Baru Darulaman. Peningkatan min pencapaian skor Ujian Kuiz setelah
menggunakan KoSeDi di kedua-dua sekolah adalah 48.5% dalam tempoh tiga minggu. Dapatan data
kuantitatif ini juga dipaparkan dalam bentuk carta bar pada Rajah 3 di bawah.

4
Rajah 3: Carta Skor Min Ujian Kuiz Sejarah Tahun 4

Jadual 2: Peratus Kehadiran Mingguan Murid Tahun 4

Minggu Minggu Peningkatan


1 3 Peratus
Sekolah Peratus Peratus Kehadiran
Kehadiran Kehadiran

SK Permatang
Bertam, Pulau Pinang 11 orang 28 orang + 56.7%
(n = 30) 36.6 % 93.3%
SK Bandar Baru
Darulaman, Kedah. 13 orang 30 orang + 53.2 %
(n = 32) 40.6% 93.8%

Berdasarkan Jadual 2 di atas, semenjak dua orang siswa pendidik menggunakan KoSeDi sebagai
bahan bantu belajar, peratus kehadiran mingguan murid-murid Tahun 4 dalam PdPR mata pelajaran
Sejarah telah meningkat dengan amat ketara. Pada Minggu 1, siswa pendidik menggunakan buku
teks, slaid powerpoint dan gambar untuk mengajar Sejarah. Kehadiran murid di SK Permatang
Bertam hanya 36.6% mana kala di SK Bandar Baru Darulaman hanya 40.6%. Pada Minggu 2, siswa
pendidik disarankan untuk memikirkan kaedah dan bahan bantu belajar yang dapat menarik lebih
ramai murid hadir dalam PdPR Sejarah. Maka pada Minggu 3, kedua-dua siswa pendidik telah
menggunakan KoSeDi untuk mengajar Unit 9 Sejarah Tahun 4 iaitu Pengasas Kesultanan Melayu
Melaka. Nampaknya, KoSeDi telah berjaya meningkatkan kehadiran murid dalam PdPR yang
dijalankan pada minggu tersebut. Peratus kehadiran murid di SK Permatang Bertam telah meningkat
kepada 93.3% mana kala di SK Bandar Baru Darulaman peratus kehadiran telah meningkat kepada
93.8% seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4 di bawah.

Rajah 4: Carta Peratus Kehadiran Mingguan Murid Tahun 4

5
Data kualitatif juga telah diperolehi melalui pemerhatian tingkahlaku murid dan temu bual dengan
ketua panitia dan guru mata pelajaran Sejarah di dua buah sekolah. Data tersebut telah dianalisis
dengan menggunakan pendekatan bertema secara manual. Jadual 2 merupakan rumusan dapatan
data kualitatif.
Jadual 3: Rumusan Dapatan Data Kualitatif

Data Kualitatif Kata Kunci / Catatan

Melalui pemerhatian:
Minat dan penyertaan murid dalam PdPR semakin Minat dan penyertaan murid meningkat
bertambah. dengan penggunaan KoSeDi
Proses PdPR lebih menyeronokkan. Berminat terhadap aktiviti KoSeDi
Murid berbincang secara aktif dan lebih mudah Peluang sosialisasi, berinteraksi dan
memahami fakta. lebih mudah mengingat fakta sejarah
secara kendiri.
Melalui temu bual Ketua Panitia dan Guru Sejarah
Mempunyai daya tarikan yang kuat dan efektif kepada KoSeDi mempunyai daya tarikan yang
murid-murid kerana kandungannya memenuhi cita rasa kuat dan efektif.
mereka.
Dapat menarik minat murid untuk belajar. Menarik minat murid.
Dapat memupuk daya kreativiti murid. Memupuk kreaviti murid.
Memberikan hiburan dan humor. Ada elemen belajar sambil bermain.
Merupakan bahan bantu mengajar yang amat Amat berkesan sebagai BBB.
berkesan.
Mudah diguna dengan dan mengandungi elemen 6Cs KoSeDi amat mesra pengguna.
dalam PAK21.
Boleh diguna untuk mengajar mata pelajaran lain. Nilai tambah KoSeDi dalam subjek lain.
Replikasi KoSeDi boleh dilaksanakan dengan konsep Replikasi inovasi tinggi.
lestari.

5.0 RUMUSAN KAJIAN

Penggunaan KoSeDi dalam PdPR mata pelajaran Sejarah telah berjaya meningkatkan kehadiran,
minat, penyertaan dan kreativiti murid-murid belajar Sejarah. KoSeDi mempunyai daya tarikan yang
kuat dan efektif kepada murid-murid kerana kandungannya memenuhi cita rasa mereka. Grafik dan
seni lukis yang cantik, dialog yang dimuatkan dalam setiap watak dalam komik dengan latar belakang
yang sesuai dengan tajuk yang diajar melahirkan suasana seronok kepada murid-murid. Di samping
itu, ia membantu murid-murid mengingati fakta-fakta sejarah yang diajar guru. Jadual 4 berikut
menunjukkan kelebihan penggunaan KoSeDi.
Jadual 4: Rumusan Kekuatan KoSeDi Dalam PdPR Sejarah

Aspek Kekuatan Huraian


Keberkesanan  Pencapaian dalam kuiz meningkat sebanyak 49.5% dalam tempoh tiga
dalam PdPR minggu.
Keberkesanan  Memberikan hiburan dan humor kepada guru dan murid-murid.
Masyarakat  Meningkatkan keyakinan ibu bapa terhadap pengajaran guru.
Keberkesanan  Penggunaan KoSeDi tidak memerlukan sebarang kos sebab ia disediakan
Kos secara digital.
Pelaksanaan  Mesra pengguna.
 Boleh digunakan di mana-mana sahaja melalui telefon pintar.
Replicability  Boleh diubahsuai dan dipakai mengikut kesesuaian tajuk/ mata pelajaran
yang lain.
Keaslian Idea  Kaedah pembelajaran baharu untuk membantu pembelajaran aktif murid
dalam PdPR mata pelajaran Sejarah.
Impak Inovasi  Dapat memupuk daya kreativiti murid-murid.
 Dapat menarik minat murid-murid untuk belajar.

6
Sesungguhnya, penggunaan KoSeDi sebagai bahan bantu belajar dalam PdPR mata pelajaran
Sejarah merupakan satu usaha yang kreatif dan inovatif yang selaras dengan prinsip Pendidikan
Abad ke-21 yang menitikberatkan kemahiran 6C. Ia bukan sahaja berjaya meningkatkan minat,
kehadiran dan penyertaan murid dalam PdPR Sejarah malah ia juga menjadikan PdPR Sejarah lebih
menyeronokan.

RUJUKAN

Azmi. (2010). Kelebihan komik dalam pembelajaran. Diakses pada 15 Ogos 2021 daripada
https://azemi09.wordpress.com

Berita Harian. (2021). Teliti cabaran dihadapi guru, murid dalam PdPR. Diakses pada 15 Ogos 2021
daripada https://www.bharian.com.my/rencana/minda-pembaca/2021/05/812576/teliti-
cabaran-dihadapi-guru-murid-dalam-pdpr

Bonneff, Marcel. (1998). Komik Indonesia.Terjemahan Rahayu S. Hidayat. Jakarta: KPG


(Kepustakaan Populer Gramedia).

Harian Metro. (2021). PdPR: Cabaran guru, pelajar dan ibubapa. Diakses pada 10 Ogos 2021
daripada https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2021/01/667475/pdpr-cabaran-guru-pelajar-
dan-ibu-bapa

Lamb, A. & Johnson, L. (2009). Graphic Novels, Digital Comics, and Technology – Enhanced
Learning, Pt 1. Teacher Librarian. 36 (5), 70-75.

Main, Sidney, et al. (2021). Pixton Comic and Storyboard Builder for Education. Pixton Comic Inc.

Negrete, Aquiles. (2013). Constructing a Comic to Communicate Scientific Information about


Sustainable Development and Natural Resources in Mexico. Procedia - Social and
Behavioral Sciences.  103:200-209. Mexico: National Autonomous University of Mexico.

Sindi Amaliasari. (2021). Komik Digital sebagai Media Alternatif untuk Meningkatkan Minat Baca Anak
pada Masa Pandemik Covid-19. Diakses pada 12 Ogos daripada
https://www.kompasiana.com/sindiamaliasari
Yang, & Wu. (2011). Digital storytelling for enhancing student academic achievement, critical thinking
and learning motivation (a year-long experimental study. Computers & Education.  59(2):339–
352. Taiwan: National Dong Hwa University.
Yuliana, Siswandari dan Sudiyanto. (2021). Belajar Akuntansi melalui Komik Digital. Surakata:
Universitas Sebelas Maret Surakarta.

You might also like