Gua Batu Kapur Di Lembah Kinta, Perak Dari Perspektif Pelancongan Warisan

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 28

See discussions, stats, and author profiles for this publication at: https://www.researchgate.

net/publication/351229759

Gua Batu Kapur di Lembah Kinta, Perak Dari Perspektif Pelancongan Warisan

Conference Paper · March 2021

CITATIONS READS
0 1,539

2 authors:

Adnan Jusoh Yunus Sauman Sabin


Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI)
113 PUBLICATIONS   155 CITATIONS    53 PUBLICATIONS   51 CITATIONS   

SEE PROFILE SEE PROFILE

Some of the authors of this publication are also working on these related projects:

WARISAN KEPIMPINAN DAN KETUANAN MELAYU View project

Fundamental Research Grant Scheme and RAGS View project

All content following this page was uploaded by Adnan Jusoh on 30 April 2021.

The user has requested enhancement of the downloaded file.


PROCEEDINGS

International Conference
On Social Sciences and Humanities 2021
(ICSSH2021)

“Sustainability for Humanities and Societies”

Organised by:

Faculty of Human Sciences,


Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan
MALAYSIA.
2021
PROCEEDINGS
International Conference On Social Science and Humunaties 2021
(ICSSH2021)
16 March 2021

© Sekretariat ICSSH2021,
Faculty of Human Sciences,
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan, Malaysia

Hak Cipta Terpelihara.


Tidak dibenarkan mengeluarkan ulangan mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi
kandungan buku ini dalam apa jua bentuk dan dengan cara apa jua, sama ada
elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat keizinan
bertulis daripada Sekretariat ICSSH2021, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti
Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan, Malaysia

Perpustakaan Negara Malaysia


Cataloguing-in-Publication Data

International Conference on Social Sciences and Humanities 2021 (ICSSH2021)


Sekretariat ICSSH2021,
Faculty of Human Sciences,
Universiti Pendidikan Sultan Idris
Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan, MALAYSIA.
16 – 17 March 2021/Mohd Aderi Che Noh

ISBN: 978-967-2908-75-3
1. Isu- Isu Pendidikan
2. Cabaran Pendidikan Kini & Masa Hadapan
3. Mohd Aderi Che Noh

Type Setting: Mansor Samad


Type: Times New Romen ii
Font Size: 12pt, 11pt, 9pt
EDITOR ICSSH 2021
Prof. Madya Dr. Ramli Saadon (Ketua Editor)
Prof Dr. Mohd Aderi Che Noh
Prof. Madya Dr. Nazirah Lee
Prof. Madya Dr. Adnan Jusoh
Dr. Norhisham Muhamad
Dr. Miftachul Huda
Dr. Samsuddin Abd Hamid
Dr. Zuraini Jamil Osman
Dr. Sakinah Salleh
Dr. Siti Noranizahhafizah Boyman
Dr. Intan Suria Hamzah
Dr. Husna Hussain
Dr Nafisah Ilham Hussin
En. Muaz Abd Hamid
ISI KANDUNGAN

Prakata

1 Sejarah Eleman Perpaduan Rakyat 1


Ishak Saat, Khairi Ariffin & Ramli Saadon

2 Interelasi Nilai-Nilai Pendidikan Profetik Dalam Materi Ajar: 16


Sebagai Pilar Kesantunan Positif Dan Pendidikan Karakter Era
Komunikasi Global
Harun Joko Prayitno & Ubaidullah

3 Allah, Authority And Islamic Education Towards A New 28


Understanding For Ghazali’s Legal Theology
Mawil. Izzidien

4 Sufism’s Status As The Balance Of Islamic Law 37


Mosa Alblezi

5 The Possible Alignment Of Contemporary Alternative Holistic 48


Education To Islamic Education
Amjad M. Hussain

6 ‫دور اﻟﺠﺎﻣﻌﺔ ﻓﻲ اﻟﺘﻜﻮﯾﻦ اﻷﺧﻼﻗﻲ‬ 56


‫ﻓﻲ ﻋﺼﺮ اﻟﺜﻮرة اﻟﺼﻨﺎﻋﯿﺔ اﻟﺮاﺑﻌﺔ؛ ﺗﺠﺮﺑﺔ ﺟﺎﻣﻌﺔ دار اﻟﺴﻼم ﻛﻮﻧﺘﻮر‬
‫ﺢ أﻣﻞ اﻟ ﺪﻛﺘﻮر اﻷﺳ ﺘﺎذ‬ ‫زرﻛﺸ ﻲ ﷲ ﻓﺘ‬

7 Strategi Daya Tindak Dan Tahap Stres Dalam Kalangan Pelajar 63


Sekolah Menengah
Aisyah Nabila Taifor & Mardzelah Makhsin

8 Hubungan Kesediaan Pengetahuan Mengajar Guru Pendidikan 75


Khas Dengan Kesediaan Guru Dalam Mengajar Kemahiran
Hidup (Masakan)
Parthiban A/L Govindasamy

9 SKPMG Standard 4: Pdpc Secara Atas Talian Semasa PKP 88


Habibah & Mohd Aderi Che Noh

10 Pemikiran Strategik Dan Tingkah Laku Kepimpinan Pentadbir 101


Sekolah
Norsuriani Ismail@Abd Wahab & Mua’azam Mohamad
43 Islamic Law Curriculum, Academy Of Islamic And Arabic 523
Studies, Princess Of Naradhiwas University (Pnu), Southern
Thailand: A Critical Analysis
Sulaiman Dorloh, Ibrahim Hashim, Mohammadtahir Cheumar,
Muhammad Umudee & Waeamrene Weapa.

44 Impak Negatif Daripada Pengabaian Majaz Dalam Memahami 535


Hadith
Muhamad Rozaimi Bin Ramle & Wafika Younes

45 Gua Batu Kapur Di Lembah Kinta, Perak Dari 550


Perspekstif Pelancongan Warisan
Adnan Jusoh &Yunus Sauman@Sabin

46 ″Tangan Yang Menghayun Buaian, Mampu Menggoncang 570


Dunia″: Peranan Wanita Melayu Dalam Konflik Melayu-Cina
Selepas Pendudukan Jepun Di Tanah Melayu: Satu Penelitian
Awal
Mohamed Ali Haniffa & Ayu Nor Azilah Mohamad

47 “Jangan Hanya Mengilap Basikal Raleigh”: Kakitangan Sultan 584


Idris Training College (Sitc) Dan Perkembangan Kesedaran
Bangsa Di Tanah Melayu.
Nazirah Lee, Rabaah Abdullah, Wan Noorlizawati Wan Mat Ali
& Fairisa Othman.

48 Peranan Mahasiswa Di Sebalik Reformasi Sosial: Satu 596


Perbandingan Antara Malaysia Dengan Thailand Dekad 1970-An
Rabaah Abdullah & Nazirah Lee

49 Sejarah Penubuhan Maahad Tahfiz Al-Quran Maik 610


Haryati Hasan

50 Eksport Getah Malaysia Ke Amerika Syarikat, 1970-1990 620


Liew Yih Hui

51 Pendidikan Elit Dan Implikasi Kepada Minda Kepimpinan 632


Politik Di Tanah Melayu, 1900-1960
Ramli Saadon, Khairi Ariffin & Ishak Saat

52 Perkembangan Akhbar Dan Majalah Melayu Di Tanah Melayu 646


Sebelum Perang Dunia Kedua
Siti Zahrah Binti Mahfood
Proceedings International Conference on Social Science and Humanities 2021 ICSSH2021)

45

GUA BATU KAPUR DI LEMBAH KINTA, PERAK DARI


PERSPEKSTIF PELANCONGAN WARISAN

Adnan Jusoh &Yunus Sauman@Sabin


1 1

Department of History, Faculty of Human Sciences,


1

Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak,

Abstrak
Sekitar pada penghujung abad ke-19 hingga abad ke-20 Lembah Kinta
merupakan sebuah kawasan yang kaya dengan bijih timah di
Semenanjung Tanah Melayu. Selain sumber galian yang berharga
tersebut, Lembah Kinta juga merupakan sebuah kawasan yang mepunyai
topografi yang menarik disebabkan bentuk muka buminya yang unik dan
menarik. Tambahan pula kedudukan kedudukannya yang strategik di
tengah perjalanan sama ada dari utara ke selatan atau sebaliknya
menjadi lokasi persinggahan yang popular dalam kalangan pelancongan
domestik di negara ini. Kertas kerja ini bertujuan untuk membincangkan
kepentingan gua batu kapur di Lembah Kinta dari perspektif pelancongan
yang berasaskan sektor warisan. Hal ini kerana Lembah Kinta bukan
sahaja mempunyai taburan gua batu kapur yang banyak, namun ia juga
mempunyai potensi dari perspektif pelancongan berasaskan warisan.
Kajian ini menggunakan kaedah penyelidikan sejarah dengan mengkaji
sumber primer dan sekunder. Hasil kajian menunjukkan Lembah Kinta
mempunyai topografi gua batu kapur antara yang tertua di Semenanjung
Malaysia. Fenomena ini menjadikan Lembah Kinta mempunyai lanskap
alam semula jadi yang unik dan menarik sehingga berpotensi untuk
dijadikan tarikan pelancongan. Antara prospek yang berpotensi ialah
pelancongan warisan, geopark, pelancongan keagamaan, taman tema
dan penyelidikan. Selain itu, Lembah Kinta menjadi lokasi yang sesuai
untuk penyelidikan sama ada dari perspektif arkeologi, geologi, botani
dan sebagainya. Walau bagaimanapun kelestarian Lembah Kinta
semakin hari semakin terancam disebabkan oleh pelbagai faktor,
antaranya adalah isu pencerobohan, aktiviti kuari, kejadian runtuhan
gua, vandalism, proses luluhawa, isu keselamatan dan pemantauan.
Pendek kata, Lembah Kinta wajar diberi perhatian oleh semua pihak
berkepentingan sama ada agensi pusat, kerajaan negeri, pihak berkuasa
tempatan, NGO dan seterusnya orang awam.

Kata kunci Lembah Kinta, alam semula jadi, prospek, kelestarian,


pelancongan warisan
550
Proceedings International Conference on Social Science and Humanities 2021 ICSSH2021)

PENGENALAN

Salah sebuah negeri di Malaysia yang mempunyai catatan sejarah yang panjang dan
berliku adalah Perak. Beberapa kajian yang dilakukan oleh penyelidik tempatan dan
zaman kolonial menunjukkan sejarah awal negeri Perak disokong oleh dua sumber
utama iaitu penemuan arkeologi dan manuskrip. Sumber arkeologi disumbangkan
melalui penemuan pelbagai jenis alat batu, tembikar tanah, arca, lukisan gua,
pemukul kulit kayu, kubur kepingan batu, manik dan beberapa jenis artifak lagi.
Selain itu catatan atau tulisan yang berkaitan dengan negeri Perak juga terdapat di
dalam manuskrip seperti Sejarah Melayu yang mengaitkan kerajaan Gangganegara.
Penulisan mengenai sejarah awal negeri Perak dan Lembah Kinta disumbangkan
oleh beberapa penyelidik zaman kolonial sebelum diteruskan pula oleh penyelidik
tempatan selepas negara mencapai kemerdekaan.

Walau bagaimanapun selepas melalui zaman moden terutama menjelang


abad ke-19 Masehi, ketidakstabilan politik di Perak telah mengundang campur
tangan British melalui Perjanjian Pangkor tahun 1874. Selepas peristiwa tersebut,
negeri Perak terus dicengkam oleh penjajah disebabkan oleh penemuan bijih timah
di Larut, Taiping. Penguasaan ekonomi masyarakat Melayu semakin terhakis selepas
penjajah Inggeris mula membawa masuk imigran luar untuk mengembangkan sektor
perlombongan dan perladangan. Kemunculan masyarakat majmuk di Tanah Melayu
turut memberi kesan kepada demografi masyarakat di Lembah Kinta melalui
pertumbuhan aktiviti ekonomi dan kemunculan berbagai rumah ibadat. Alam semula
jadi dan lanskap di persekitaran Lembah Kinta diteroka dan dimajukan bagi
menyeimbangkan antara keperluaan dan kehendak British. Ekorannya sedikit demi
sedikit kawasan Lembah Kinta berubah wajah sehingga beberapa aspek berkaitan
dengan warisan semakin terhakis. Justeru itu, kertas kerja ini akan mengetengahkan
potensi dan cabaran gua batu kapur di Lembah Kinta dari perspektif pelancongan
warisan.

LATAR BELAKANG

Naratif sejarah awal negeri Perak banyak juga disumbangkan oleh penemuan
arkeologi. Misalnya gambaran tentang kewujudan kerajaan tua di Perak, iaitu
Gangga Negara, Beruas dan Manjung. Kerajaan Gangga Negara sering dikaitkan
dengan nama Sungai Gangga yang terdapat di India. Di dalam karya Ptolemy yang
bertajuk Geographic Huphegesis dan ditulis pada tahun 150 Masehi terdapat nama
Konkonagara yang dikatakan terletak di Lembah Bernam atau Sungai Perak.
Sekiranya nama ini merupakan sebutan lain bagi Gangga Negara, tidak syak lagi
tarikh kemunculannya sudah bermula sejak abad ke 2 lagi. Bagaimanapun ada
pendapat yang menyatakan kerajaan ini telah diasaskan oleh bangsa Siam Kemboja
atau lebih tepat dikatakan dibuka oleh Raja Merong Mahawangsa yang bernama
‘Ganji Serjuna’.

Lokasi Gangga Negara dipercayai terletak di kawasan Pengkalen dan Beruas


di Dinding. Pusat kerajaannya sering berpindah dari satu lokasi ke satu lokasi,
antaranya di Lembah Kinta, Bidor, Sungai Siput, Pengkalan Baru di Ipoh dan

551
Proceedings International Conference on Social Science and Humanities 2021 ICSSH2021)

sebagainya. Mengikut catatan sejarah, kerajaan ini berjaya menghadapi serangan


kerajaan Srivijaya pada tahun 850 M, malahan pada tahun 890 M dikatakan Beruas
pernah diserang oleh Raja Ganggayu (Gelanggayu) yang terletak di kawasan Johor.
Riwayat kerajaan Gangga Negara dikatakan berakhir sekitar tahun 1025-1026
Masehi akibat serangan Rajendra Chola I dari Coromandel. Sejarah Melayu ada
menyebut pada abad ke 11 kerajaan Gangga Negara yang diperintah oleh Raja Syah
Johan telah diserang oleh Raja Suran. Sama ada raja yang dimaksudkan adalah yang
sama atau pun tidak, tidak dapatlah dapat dikenalpasti. Di samping itu, dalam catatan
arkeologi di Pengkalen, Bidor dan Lembah Kinta dijumpai arca Bodhisattwa
terutamanya Dewa Amoghapasa Avalokitesvara. Simbol ikonografi pada arca
berkait rapat dengan konsep raja sebagai inkarnasi dewa. Simbol ini bukan sahaja
terdapat di Perak bahkan lebih dahulu terdapat di Srivijaya, Palembang, Jawa,
Thailand dan tempat-tempat lain di Asia Tenggara.

Patung Jalong yang dilihat dari hadapan dan Patung Buddha Berdiri yang ditemui di
bahagian sisi. Dijumpai di Jalong dan berusia Pengkalan, Ipoh, dilihat dari bahagian hadapan
abad ke-11 Masihi dan sisi

Sumber: Sumber:
'Treasure Trove Among The Tapioca,' Malaya In I.H.N. Evans, 'Buddhist Bronzes From Kinta, Perak,'
History, Vol. 8, Dis. 1962, hlm. 11-13 Journal of Federation Malay State Museum, Vol. 15,
1932, hlm. 137 dan 138

Rajah 1.1 Arca Buddha yang ditemui di Lembah Kinta

Catatan mengenal sejarah awal Perak telah dimulakan oleh penyelidikan zaman
kolonial British lagi. Malahan tulisan berkaitan dengan Lembah Kinta turut
diterbitkan hasil daripada tulisan seperti I.H.N. Evans, John Mattews, Count Eigil
Knuth, H.D. Collings dan P.V. Van Stein Callenfels, Sementara itu, selepas negara
mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, penulisan mengenai sejarah Perak dan juga
Lembah Kinta diteruskan pula oleh penyelidik tempatan. Antaranya ialah Nik
Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman, Othman Yatim, Leong Sau Heng, Adi Taha,
Zulkifli Jaafar, Sanim Ahmad, Asyaari Muhamad, Zuraina Majid, Mokhtar Saidin,
Zulkornian Hassan, Steven Chia Ming Soon dan Zulkornian Hassan. Kebanyakan
tulisan mereka diterbitkan dalam Journal of the Malayan Branch of the Royal

552
Proceedings International Conference on Social Science and Humanities 2021 ICSSH2021)

Asiatic Society (JMBRASS), Federated Museum Journal (FMJ), Federated Museum


State (FMS), Asian perspectives, PURBA, Jurnal Arkeologi Malaysia dan Warisan
Geologi Malaysia. Di saamping itu, tulisan penyelidik tersebut juga diterbitkan
dalam buku dan dibentangkan dalam seminar.

Tasik Cermin Gunung Lang

Zen Garden, Kek Look Tong Pencil Rock

Rajah 1.2 Gua batu kapur di Lembah Kinta (1)

Dari segi sejarah, tulang belakang kepada pembangunan bandar Ipoh ini
adalah diusahakan oleh Dato’ Panglima Kinta Mohamed Yusof. Beliau merupakan
tuan tanah kepada seluruh pembangunan yang digerakkan di sepanjang jalan dan
mendapat ilham serta inspirasi daripada model bangunan yang berjaya dibangunkan
di kawasan Taiping. Mulai tahun 1901, Ipoh telah berkembang dengan sangat pesat
lebih-lebih lagi dengan adanya hasil bumi yang sangat berharga iaitu bijih timah.
Daripada beberapa buah pondok yang didirikan pada sekitar tahun 1879 kemudian ia
berkembang kepada sebuah bandar yang mempunyai populasi penduduk sebanyak
13,000 orang. Perkembangan pesat semakin meningkat naik pada sekitar tahun 1905
sehingga 1908 apabila pelabur Cina seperti Yau Tet Shin yang mendapat dorongan
serta keterbukaan daripada pihak British iaitu E.W. Birch yang merupakan anak
kepada J.W.W. Birch. Pihak British bercadang untuk membina sebuah bandar baru
Ipoh mengikut keperluan FMS (Federated Malay State) dengan membangunkan
sebanyak 300 buah rumah pada bahagian timur Sungai Kinta yang bertentangan
dengan Bandar Lama Ipoh. Pada tahun 1911, Ipoh telah pun mempunyai rumah
rehat milik kerajaan, beberapa buah hotel di bawah pengurusan orang Cina,
permulaan terbitan surat khabar Inggeris pertama iaitu The Times of Malaya dan
beberapa buah guaman. Pendek kata, kemunculan bandaraya Ipoh berkaitrapat

553
Proceedings International Conference on Social Science and Humanities 2021 ICSSH2021)

dengan kedudukannya yang strategik dan manipulasi British untuk mengaut


kekayaan hasil bumi Perak.

LEMBAH KINTA

Lembah Kinta terletak di antara dua banjaran gunung iaitu Banjaran Utama yang
terletak di sebelah timur dan Banjaran Gunung Keledang pula terletak di sebelah
barat. Kedudukannya dari segi bacaan GPS adalah terletak di longitud 4º 15' 00"
hingga 4º 45' 00" Utara dan latitud 101º 00' 00" hingga 101º 15' 00" Timur dengan
keluasannya merangkumi sekitar 627 hingga 700 kilometer persegi. Kawasan
Lembah Kinta merupakan kawasan yang paling padat dengan penduduk serta maju
di negeri ini. Lembah Kinta juga adalah merujuk kepada Mukim Hulu Kinta. Ia
terletak di dalam daerah Kinta dan ditadbir di bawah kawalan Pejabat Tanah dan
Daerah Kinta. Kinta merupakan salah satu daerah dalam negeri Perak dan
merupakan kawasan yang paling padat di Perak. Majoriti penduduk Kinta menetap
di bahagian utara, iaitu kawasan sekitar ibu negeri Perak, Ipoh. Kegemilangan
daerah Kinta bermula dengan penemuan bijih timah pada awal abad 19 sehingga
telah menarik ramai kaum Cina untuk berhijrah ke Tanah Melayu terutama sekali di
Larut dan kemudiannya Lembah Kinta. Penglibatan dalam industri bijih telah
menjadi batu loncatan kepada Perak untuk menjadi tumpuan ramai sehingga menjadi
negeri paling ramai penduduk pada awal abad ke 20.

Dari segi geografi, Lembah Kinta terletak di kawasan di mana batuan


dasarnya adalah terdiri dari batu kapur yang telah dilitupi oleh alluvium. Kawasan
ini terdiri daripada topografi dan tanah pamah di mana kawasan tanah pamah diliputi
oleh batu kapur yang ditindih oleh alluvium. Alluvium di kawasan Lembah Kinta
terbentuk pada zaman Kuartenari di mana ia dikenali di seluruh dunia terutamanya
‘Kinta Valley alluvial tin deposition’. Alluvium di kawasan ini terdiri daripada
alluvium tua, alluvium muda, lumpur organik dan batuan berbongkah. Menurut
Gobbet & Hutchison (1973), alluvium muda berumur Holosen ke recent dan
alluvium tua berusia dari Pleistosen awal ke tengah. Berdasarkan kajian geologi,
didapati kawasan Lembah Kinta dilapisi oleh satu turutan batuan sedimentary
berjulat Silurian-Permian yang diterobosi oleh granitoid dan berasosiasi dengan
penerobosan minor fasa lewat, berkemungkinan berusia di antara Jurassik sehingga
Triassik. Peta berikut menunjukkan kedudukan dan taburan batu kapur di seluruh
negeri Perak.

554
Proceedings International Conference on Social Science and Humanities 2021 ICSSH2021)

Peta. 1.1Taburan batu kapur di Negeri Perak


Sumber: Abdullah Sani, 1991

Sementara itu kawasan berbukit di kawasan Lembah Kinta boleh dikelaskan


kepada dua jenis iaitu bukit bentuk kun yang terbentuk akibat penerobosan jasad
igneus sehingga membentuk Banjaran Kledang dan Banjaran Utama. Banjaran
Utama juga dikenali juga sebagai Banjaran Titiwangsa menjadi tulang belakang
yang membahagikan negeri di pantai barat dan pantai timut tanah Semenanjung.
Kedudukan banjaran ini adalah menganjur dari kawasan utara (sempandan Thailand)
hingga ke kawasan selatan iaitu di kawasan baratdaya Negeri Sembilan. Manakala
kawasan topografi karst yang menunjukkan cerun yang tajam dan curam adalah
terletak di tengah lembah di antara dua banjaran utama tersebut. Oleh yang
demikian kebanyakan gua batu kapur di sekitar kawasan Lembah Kinta diapit oleh
dua banjaran (sebelah barat adalah Banjaran Kledang) dan (sebelah timur pula
555
Proceedings International Conference on Social Science and Humanities 2021 ICSSH2021)

terletak Banjaran Utama). Banjaran Kledang menjadi punca utama bekalan air
kepada Sungai Kinta dan Sungai Perak. Sungguhpun demikian, Banjaran Utama
didapati lebih luas berbanding dengan Banjaran Kledang. Boleh dikatakan secara
keseluruhannya, taburan bukit batu kapur di kawasan Lembah Kinta adalah terdiri
daripada topografi karst yang rata-ratanya bertebing curam. Selain itu, topografi
karst juga menunjukkan kehadiran sistem gua, takik (notches) dan lurah akibat
berlakunya proses larutan kimia serta hakisan oleh air. Bagaimanapun keadaan ini
didapati sangat berbeza jika dibandingkan dengan kawasan bukit yang terdiri
daripada batuan granitoid dan syis yang mana cerunnya adalah bersifat landai dan
beralun. Oleh itu, banyak sungai yang menyaliri kawasan alluvium dengan punca
utamanya adalah dari kedua-dua buah banjaran utama dan juga dari bukit batu kapur
yang terdapat di sekitarnya. Selain itu, didapati kebanyakan sungai yang terbentuk
dan berpunca dari kedua-dua buah banjaran utama tersebut juga selalunya
menghasilkan sungai yang besar dan panjang.

TABURAN GUA BATU KAPUR DI LEMBAH KINTA

Menurut Liz Price, terdapat lebih daripada 80 buah gua batu kapur di seluruh negeri
Perak. Tahun 1991, Malaysia Natural Society (MSC) melaporkan dalam Kinta
Valley Report menyatakan jumlah gua batu kapur di negeri Perak melebihi daripada
65 buah dan 45 daripadanya adalah terletak di kawasan Lembah Kinta. Sebanyak 11
atau lebih gua batu kapur terletak di daerah Kuala Kangsar, 2 buah gua batu kapur di
Batu Kemuning, Sungai Siput Utara (sebuah dikenali sebagai Gua Singa dan sebuah
lagi merangkumi kawasan gua batu kapur yang berdekatan dengan estet di sepanjang
jalan Sungai Siput-Lasah), 5 buah gua batu kapur di kilometer 6-8 di bahagian
tenggara Sungai Siput berdekatan dengan ulu Sungai Periok; Gunung Pondok di
Padang Rengas, 2 buah gua batu kapur di kawasan petempatan Orang Asli di Ulu
Jalong, sebuah gua batu kapur yang besar di Chinein dikenali Gunung Tchehel.

Berdasarkan Kinta Valley Report, sebanyak 47 buah bukit batu kapur


terdapat di Lembah Kinta di mana sesetengahnya terdapat beberapa buah gua di
kawasan gunung atau bukit batu kapur. Sesetengahnya masih kekal dalam bentuk
asal tanpa diceroboh, namun tidak kurang juga yang diceroboh malah ada yang
musnah ekoran adanya aktiviti oleh aktiviti manusia. Misalnya, menurut Liz Price,
antara gua batu kapur yang terdapat di Lembah Kinta ialah Gunung Gajah (Gua
Tempurung, Gua Anak Tempurung), Gua Sanding, Gua Ular, Gua Angin, Gua Intan,
Gua Harimau, Gua Kelawar, Gua Mesah (Mun Fatt Ngam), Gua Kandu, Gua Naga
Mas, Gua Tok Semelah (Gua Toh Sembilan atau Kong Fook Ngam), Gua Cicak,
Gua Tanah Merah, Gua Lanno (terdapat beberapa buah gua - Gua Batu Nesan, Gua
Pencuri, Gua Piyachat, Gua Thai Monk, Gua Sri Sumbramaniar, Gua Ngia, Gua
Selari (Parallel cave), Gua Paradise (Gua Paradise Canyon atau New Highway cave),
Kek Look Tong, Gunung Rapat - Gua Ma Yuan, Ling Sen Tong, Ngam Thean Tong,
Sam Poh Tong, Kwan Yin Tong, Gunung Panjang- Gua Lukisan, Gunung Datok -
Gua Datok, Six Mile Tunnel, Gua Naga Air, Gua Kap Ma Sun, Gunung Cheroh -
Gua Nam Tou Ngam, Gua Subramaniam, Gunung Lang - Gua Tiga Bilik, Gua
Utama, Loong Tow Ngam, Gunung Masoorat- Gua Mat Sirat atau Maksiang,
Gunung Tunggal - Perak Tong, Gunung Tasek, Gua Tambun, Gunung Layang-
layang - Tung Wah Tong, Nam Long Ngam, Gua Kuang, Gua Kanthan dan beberapa
buah lubang gua yang agak sukar dikenalpasti nama yang sebenar. Tidak dinafikan

556
Proceedings International Conference on Social Science and Humanities 2021 ICSSH2021)

beberapa nama gua batu kapur yang disenaraikan oleh Liz Price tersebut
berkemungkinan berlaku pertindihan. Hal ini demikian adalah disebabkan
sesetengah nama di tapak yang diberikan oleh penduduk di kawasan berhampiran
berlainan atau masih ada nama yang lain lagi. Contohnya nama yang disenaraikan
tersebut adalah berdasarkan tokong yang berada di gua tersebut sedangkan ia bukan
lagi bersifat gua batu kapur. Sesetengah gua batu kapur tersebut juga telah diceroboh
sehingga ada yang telah musnah dan juga runtuh disebabkan oleh aktiviti kuari.

Gunung Lanno Gunung Rapat

Gua Kandu
Gua Tanjung

Rajah 1.3 Gua batu kapur di Lembah Kinta (2)

GUA BATU KAPUR DARI PERSPEKTIF PELANCONGAN WARISAN

Keunikan gua batu kapur di Lembah Kinta secara tidak langsung mempunyai
prospek khususnya dari perspektif pelancongan warisan, antaranya ialah;

a. Ikon Pelancongan

Salah satu tarikan utama di kawasan Lembah Kinta ialah terdapat kepelbagaian
formasi batu kapur dan fenomena karst yang menarik. Antaranya ialah Gua
Tempurung, Gua Tasik Cermin, Pencil Rock, Gua Datok, Gua Tambun, Gua Naga
Mas, Gua Kanthan, Gua Mesah, Taman Rekreasi Gunung Lang dan beberapa lokasi
lain. Hampir kesemua bukit batu kapur di negeri Perak adalah terletak berhampiran
dengan kawasan bandar seperti bandaraya Ipoh, Gopeng, Kampar, Sungai Siput dan
Tanjung Rambutan, kecuali beberapa bukit batu kapur di bahagian selatan Klian

557
Proceedings International Conference on Social Science and Humanities 2021 ICSSH2021)

Intan dan Grik yang dikatakan kurang maju dari aspek infrastrukturnya. Pada jarak
jejari 13 kilometer dari pusat bandaraya Ipoh terdapat lebih daripada 30 buah bukit
atau gua kapur pelbagai saiz dengan purata ketinggian di antara 121.91 meter (400
kaki) hingga 524.25 meter (1720 kaki). Ini menunjukkan Lembah Kinta mempunyai
pakej lengkap untuk aktiviti pelancongan disebabkan adanya fenomena semulajadi
yang menarik seperti gua batu kapur, tasik, sungai dan air terjun, serta tapak
arkeologi dan bangunan bersejarah.

Keunikan gua batu kapur yang terdapat di Lembah Kinta secara tidak
langsung menjadi identiti kepada Bandaraya Ipoh. Malahan fenomena gua batu
kapur dengan topografi yang menarik tersebut juga dapat berfungsi sebagai ikon
pelancongan kepada kawasan Lembah Kinta. Hal ini demikian kerana tiada bandar
lain di negara ini yang mempunyai gugusan gua batu kapur yang banyak dan
lokasinya terletak di dalam kawasan bandar kecuali Bandaraya Ipoh. Sebagai contoh,
jika di Nara (Jepun), rusa yang jinak dijadikan sebagai ikon pelancongan di bandar
tersebut, di Bangkok (Thailand) biasanya dikenali dengan pasar terapung, manakala
di Bandaraya Kuching (Sarawak) pula ada ikon berupa patung kucing, di Lenggong
(Perak) pula lebih dikenali sebagai tapak zaman prasejarah. Walaupun gua Batu
Cave di Selangor boleh dikategorikan sebagai gua batu kapur, namun dalam
kalangan pelancong ia lebih dikenali dari perspektif keagamaan atau kuil Hindu.
Dalam konteks ini, sewajarnya gua batu kapur dijadikan sebagai ikon pelancongan di
Lembah Kinta. Ikon pelancongan ini secara tidak langsung akan memberi inspirasi
kepada semua orang awam untuk menyayangi alam semula jadi.

Gua Tempurung Gua Kandu

Gua Kanthan
Gua Mesah
Rajah 1.3 Gua batu kapur di Lembah Kinta (3)

558
Proceedings International Conference on Social Science and Humanities 2021 ICSSH2021)

b. Pelancongan keagamaan

Selain dihidangkan keunikan gua batu kapur, Lembah Kinta juga dicirikan dengan
kemunculan rumah ibadat yang menampilkan cirinya yang terssendiri. Hal ini
demikian kerana kebiasaan rumah ibadat adalah sebuah lokasi, berupa bangunan atau
rumah untuk melakukan amalan dan upacara keagamaan bagi setiap penganut
agama. Tetapi tidak demikian halnya di Lembah Kinta apabila wujud beberapa
tokong dan kuil di dalam gua batu kapur. Namun kebanyakannya adalah tokong
Buddha yang boleh dilihat di kawasan Gunung Rapat dan beberapa lokasi lain.
Sementara itu kuil Hindu adalah dalam jumlah yang kecil jika dibandingkan dengan
tokong Buddha. Manakala bagi masjid, gudwara dan gereja setakat ini mempunyai
bangunan atau premis dalam bentuk bangunan tersendiri dan tidak ada dijumpai lagi
lokasinya di dalam gua batu kapur. Keunikan tokong di Lembah Kinta yang berada
di tengah-tengah perjalanan sama ada dari kawasan utara dan selataran tanah air
menyebabkan ia sering menjadi lokasi persinggahan sebelum meneruskan perjalanan
selanjutnya. Malahan pelancong dari luar negara sama ada dari Singapura, Taiwan,
China, Vietnam, Thailand dan beberapa negara Eropah sering kali singgah untuk
melihat keunikan tokong di kawasan Lembah Kinta.

Dengan wujudnya tokong Buddha dan kuil Hindu di dalam gua batu kapur di
Lembah Kinta secara tidak langsung ia menonjolkan keunikan Lembah Kinta.
Tarikan utama tokong adalah untuk penganutnya menjalankan ibadat, namun
keunikan tersebut juga telah menarik minat kepada pelancongan dari merata
kawasan untuk berkunjung. Apatah lagi beberapa tokong yang dibina di Lembah
Kinta telah membuat pengubahsuaian serta menyediakan pelbagai kemudahan untuk
pelancong yang berkunjung. Umpamanya, Perak Tong telah menyediakan
kemudahan pelancong untuk beriadah bersama keluarga di persekitaranya. Beberapa
pondok untuk istirehat didirikan, wakah dan tempat duduk, kemudahan bilik air,
tempat meletak kenderaan, kolam ikan, telefon awam, tempat menjual cenderamata,
dan pelbagai kemudahan asas disediakan sehingga menjadikan lokasi yang sesuai
dikunjungi terutama pada hari cuti (Adnan Jusoh, et al., 2018). Malahan sesetengah
tokong juga menyediakan informasi berkaitan dengan sejarah penubuhan untuk
pengetahuan para pengunjung, tempat persembahan atau pertunjukan dan dataran
untuk aktiviti bersenam. Antara gua batu kapur yang dijadikan tokong Buddha
adalah seperti Gua Ma Yuan, Ling Sen Tong, Ngam Thean Tong, Sam Poh Tong,
Kwan Yin Tong, Six Mile Tunnel, Gua Naga Air, Gua Kap Ma Sun, Gua Nam Tou
Ngam, Perak Tong, Tung Wah Tong dan Nam Long Ngam. Manakala gua batu
kapur yang didirikan kuil antaranya ialah Arulmigu Muneeswarar Alayar, The Old
Siva Subramaniar Temple, Sri Kaliamman Cave Temple, Sri Ongkara Kaliamman
Cave Temple dan Sri Siva Subramaniar Cave Temple (Adnan Jusoh, 2007).
Kewujudan rumah ibadat di dalam gua khususnya tokong Buddha dan kuil Hindu di
Lembah Kinta mempunyai potensi untuk menarik kedatangan pelawat dari
perspektif pelancongan keagamaan.

559
Proceedings International Conference on Social Science and Humanities 2021 ICSSH2021)

Perak Tong Nam Thean Tong

Kuan Yin Tong Da Seng Ngam

Rajah 1.5 Tokong Buddha

Geopark Lembah Kinta

Lembah Kinta dengan kepelbagaian sumber warisan geologi, arkeologi serta nilai-
nilai budaya dan tradisi masyarakat setempat berpotensi dibangunkan sebuah
geopark. Keunikan sumber warisan seperti landskap kars, perbukitan batu kapur, gua
dan keunikan enapan gua serta saliran bawah tanah, rekahan batuan granit dan
pemineralan bijih timah serta bijih besi dan kewujudan mata air panas, air terjun
serta lata adalah potensi yang wajar dikembangkan. Justeru itu, laporan dari Jabatan
Mineral dan Geosains negeri Perak menunjukkan Lembah Kinta mempunyai begitu
banyak sumber warisan geologi dan warisan budaya. Kedua-dua aspek tersebut
memenuhi sebahagian daripada kriteria untuk dinobatkan sekurang-kurangnya
sebagai sebuah geopark kebangsaan.

Pada 24 November 2014, kerajaan Negeri Perak telah mengisytiharkannya


sebagai Geopark Lembah Kinta. Bagi merealisasikan aspirasi tersebut, pembangunan
awal Geopark Lembah Kinta peruntukan sebanyak RM500,000.00 pada 2015 dan
seterusnya RM1,000,000.00 pada tahun 2016 telah disediakan oleh Kerajaan Negeri
Perak. Kawasan Geopark Lembah Kinta berkeluasan 1952 hektar merangkumi
daerah Kinta dan Kampar. Ia diletakkan di pengurusan dan pemantauan Perbadanan
Taman Negeri Perak dan telah diwartakan sebagai Geopark Kebangsaan. Kawasan
Geopark Lembah Kinta yang kaya dengan warisan geologi, biologi, warisan dan
sejarah di bawah seliaan perbadangan juga diperkenalkan sebagai ikon untuk
destinasi ekopelancongan, pelancongan marin dan geo tourisme (New Straits Time,
26/10/2018). Justeru itu, pengiktirafan Geopark Lembah Kinta sebagai Geopark
Kebangsaan diyakini akan merancakkan lagi rangkain ekopelancongan sedia ada

560
Proceedings International Conference on Social Science and Humanities 2021 ICSSH2021)

sekaligus menaikkan imej khususnya kerajaan Negeri Perak dan negara amnya.
Antara produk pelancongan yang popular ialah Taman Rekreasi Gunung Lang, Tasik
Cermin, Gua Tempurung, Gua Kanthan, Gua Tambun, Kapal Korek Tanjung
Tualang, Kellies Castle dan Jeram Sungai Kampar (Kosmo, 26/10/2018). Rajah
berikut menunjukkan kawasan pembangunan yang dirancang untuk dimajukan
dalam usaha untuk menonjolkan Geopark Lembah Kinta.

Peta 1.2 Peta kawasan pembangunan Geopark Lembah Kinta


Sumber: Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia 2015

d. Lokasi Penyelidikan

Kepelbagain dan keunikan formasi gua batu kapur mempunyai potensi untuk
dikembangkan sebagai lokasi untuk menjalankan penyelidikan. Berdasarkan laporan
didapati beberapa penyelidik barat pernah melakukan kajian berkaitan dengan gua
batu kapur di Lembah Kinta. Contohnya Leonard Wray iaitu seorang Kurator
Muzium Taiping, pernah melakukan aktiviti ekskavasi di Gunung Cheroh, Ipoh, di
antara tahun 1886-1891 (Liz Price 1995). Antara jumpaan semasa ekskavasi di tapak
tersebut ialah beberapa bilah beliung batu. Begitu dengan seorang ahli arkeologi
Belanda bernama Callenfels, beliau juga telah membuat penjelajahan di beberapa
buah gua batu kapur di Perak dalam tahun 1920an dan 1930an (P.V. Van S.
Callenfels & H.D. Noone 1928). Gua batu kapur dijadikan fokus kajian kerana ia
dikatakan pernah dijadikan tempat tinggal atau lain-lain aktiviti oleh masyarakat
silam sehingga banyak ditemui tinggalan artifak yang sangat berguna untuk tujuan
penyelidikan khususnya berkaitan dengan masyarakat zaman prasejarah.

561
Proceedings International Conference on Social Science and Humanities 2021 ICSSH2021)

Rajah 1.6 Jumpaan alat batu di Lembah Kinta

Situasi ini menunjukkan bahawa penyelidikan terhadap gua batu kapur di


Perak telah mendapat perhatian oleh ramai penyelidik semenjak dari zaman
penjajahan lagi. Adnan Jusoh (2011) turut membincangkan tentang penemuan
lukisan purba di Gua Mat Surat di Lembah Kinta, Perak dan hubungkaitnya dengan
penemuan lukisan purba di Gua Kelawar, Ipoh (Adi Taha & Zulkifli Jaafar 1990).
Selain itu, Adnan Jusoh (2011) juga memperkatakan tentang ancaman kelestarian
warisan semula jadi gua batu kapur di Lembah Kinta, Perak. Dalam artikel yang lain,
Adnan Jusoh (2016) menekankan juga tapak warisan (tapak arkeologi, bangunan
bersejarah alam dan semula jadi) yang ada di negara kita perlu diekspoitasi dengan
sepenuhnya untuk dijadikan lokasi arkeopelancongan. Sementara tapak arkeologi
seperti Gua Tambun dan Gua Kelawar ditemui tinggalan lukisan purba manakala
jumpaan fosil binatang di Gua Naga Mas (Sanim Ahmad, 2006).

Gua Naga Mas


Gua Tambun

562
Proceedings International Conference on Social Science and Humanities 2021 ICSSH2021)

Gua Kelawar Gua Mat Surat

Rajah 1.7 Penemuan arkeologi di Lembah Kinta

Terdapat beberapa orang penyelidik yang telah melakukan kajian berkaitan


dengan gua-gua batu kapur di sekitar Lembah Kinta khususnya dari perspektif
geologi. Contohnya, kajian oleh Ingham dan Bradford (1960) mencadangkan
kawasan Lembah Kinta dilapisi oleh marmar dan metasedimen yang berusia Devon.
Sementara itu batuan marmar dan batuan metasedimen adalah dipercayai saling
berlapis antara satu sama lain. Batuan ini telah diterjah oleh granit semasa zaman
Trias. Keadaan julat saiz butiran marmar di kawasan ini adalah dari halus hingga
kasar (Abdullah Sani Hashim 1991). Selain itu, kajian di Lembah Kinta juga
dilakukan oleh Ros Fatihah Muhamad dalam tahun 2004 dengan tajuk bertajuk The
Characteristic and Origin of the Tropical Limestone Karst of the Sungai Perak
Basin.

Pendek kata, dengan adanya gua batu kapur di kawasan Lembah Kinta,
beberapa aspek yang berkait dengan bidang penyelidikan dapat dikembangkan.
Umpamanya, penyelidikan dalam bidang botani, flora dan fauna boleh dilakukan di
kawasan gua batu kapur di Lembah Kinta. Sementara itu kajian berkaitan dengan
haiwan melata seperti serangga, unggas, burung, ular, kelawar dan banyak lagi
binatang yang boleh dijadikan sampel kajian boleh ditemui di kawasan gua batu
kapur di Lembah Kinta. Selain itu bagi penyelidik dalam bidang geografi juga boleh
dilakukan di gua batu kapur di Lembah Kinta. Antaranya aspek yang boleh dikaji
ialah pencemaran udara, sampel air, bentuk muka bumi, tanah tanih, guna tanah
pertanian dan sebagainya boleh diperoleh di pelbagai lokasi di sekitar gua batu kapur
di Lembah Kinta. Walau bagaimanapun bidang kajian lain juga boleh dikembangkan
antaranya seperti aspek pelancongan, sejarah pembinaan tokong, seni bina tokong
dan sebagainya.

e. Tarikan Lain

Selain tarikan pelancongan yang berasaskan aspek sejarah dan warisan, Lembah
Kinta juga menawarkan beberapa lokasi yang seronok untuk dilawati. Tambahan
pula kedudukan atau lokasi Lembah Kinta berada di tengah-tengah perjalanan antara
kawasan utara Semenanjung dan kawasan selatan Semenanjung menyebabkan ia
turut menjadi tumpuan ramai. Dengan kedudukan yang strategik tersebut ia menjadi
faktor kepada pelabur yang melihat potensi kawasan Lembah Kinta dari perspektif
ekonomi kerana ia menjadi tumpuan pelancong (Adnan Jusoh, et al., 2018). Dengan
kata lain, pelancong yang berkunjung ke Lembah Kinta bukan hanya boleh
563
Proceedings International Conference on Social Science and Humanities 2021 ICSSH2021)

menikmati keindahan pemandangan alam semula jadi sahaja, malahan mereka juga
boleh beriadah dan berhibur di taman tema bersama-sama keluarga. Terdapat
beberapa dua buah taman tema yang sudah pun terkenal di Lembah Kinta iaitu The
Lost World of Tambun dan Movie Animation Park Studio (MAPS). Selain itu,
pelancong juga boleh melawat beberapa lokasi menarik seperti Taman Rekreasi
Gunung Lang, Gua Tempurung, Lubuk Timah, Taman Mini Jepun, Taman Alam
Kinta dan Tasik Cermin. Di samping itu, pelancong juga boleh membawa keluarga
melawat beberapa lokasi menarik berupa galeri yang sesuai untuk dilawati antaranya
ialah Art of Old Town dan Fantasy House Trick Art.

MAPS
The Lost World of Tambun

Lubuk Timah Taman Mini Jepun

Rajah 1.8 Tarikan lain di Lembah Kinta

CABARAN PELANCONGAN WARISAN DI LEMBAH KINTA

Secara umumnya, kelestarian pelancongan warisan gua batu kapur di Lembah Kinta
menghadapi beberapa cabaran, antaranya;

a. Isu pencerobohan

Isu mengenai pencerobohan gua batu kapur di Lembah Kinta sangat kritikal. Selain
kurang pemantaun oleh pihak berkuasa, percerobohan terhadap gua batu kapur sudah
lama berlangsung. Justeru itu ia menjadi kesukaran kepada pihak berkuasa tempatan
untuk mengambil tindakan terhadap aktiviti pencerobohan. Pencerobohan tersebut
berlaku kadang kala dilakukan oleh individu, atau pengusaha haram, namun ada juga
pencerobohan dilakukan oleh persatuan yang bergerak atas nama pergerakan atau
keagamaan. Antara contoh bentuk pencerobohan yang berlaku ialah kegiatan
penanaman sayur berhampiran dengan gua batu kapur, ladang ayam atau ladang

564
Proceedings International Conference on Social Science and Humanities 2021 ICSSH2021)

babi, bengkel haram, pembinaan premis untuk dijadikan stor, tempat letak kereta,
kolam udang/ikan dan tempat pembuangan sampah atau barang terpakai. Kesannya,
bukan hanya pemandangan gua batu kapur sangat menyakitkan mata tetapi
kelestraian gua batu kapur juga semakin terancam. Sedangkan dalam masa yang
sama hasil kepada kerajaan negeri gagal dikutip kerana kekurangan
penguatkuasaan.

b. Aktiviti kuari

Memang tidak dapat dinafikan bahawa kerajaan negeri berjaya mengutip hasil cukai
yang tinggi menerusi aktiviti kuari yang diusahakan oleh beberapa syarikat yang
melabur dalam industri ini. Selain itu, pertumbuhan pelbagai jenis kilang semakin
rancak untuk menyokong aktiviti ini dan secara tidak langsung menyediakan
pelbagai peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan. Walau bagaimanapun dalam
jangka panjang sebenarnya gua batu kapur di kawasan Lembah Kinta telah hilang
untuk selama-lamanya, malah ia juga turut memberi kesan terhadap ekologi dan
alam sekitar. Selain daripada pencemaran bunyi dan udara, kemusnahan gua-gua
batu kapur turut mengancam habitat binatang seperti burung, serangga malahan
termasuk juga manusia. Malahan aktiviti tanpa pemantauan menyebabkan berlaku
pencemaran sungai, banjir lumpur, longkang tersumbat dan sebagainya. Antara gua
batu kapur yang terlibat dalam aktiviti kuari adalah seperti Gunung Terendum,
Gunung Kanthan, Gunung Keroh dan lain-lain lagi (Adnan Jusoh, 2017).

c. Kejadian runtuhan gua

Sebarang kerja-kerja ubahsuai dan pencerobohan terhadap struktur fizikal gua batu
kapur mengundang akan banyak masalah. Selain struktur gua yang tidak lagi kukuh,
getaran dan gegaran yang disebabkan oleh sebarang aktiviti akan mewujudkan
keretakan pada bahagian dinding dan siling gua. Lama kelamaan rekahan menjadi
semakin besar dan berpotensi berlaku runtuhan gua. Selain faktor alam melalui
proses luluhawa akibat tindakbalas dengan air hujan, gua batu kapur di Lembah
Kinta juga mengalami gegaran akibat letupan kegiatan kuari. Ini kerana gegaran
pada struktur gua batu kapur lama kelamaan semakin besar dan akhirnya runtuh.

d. Vandalisme

Sesetengah lokasi gua batu kapur yang diceroboh juga didapati berlaku perbuatan
vandalism yang dilakukan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Kesannya
perbuatan ini mencacatkan pemandangan kepada mereka yang ingin melihat
kelestarian alam semula jadi terus dipelihara terutama pelancongan. Kejadian ini
berlaku di kebanyakan gua di Lembah Kinta seperti di Gua Mesah, Gua Tambun,
Gua Kanthan, Gua Kandu, Gua Kelawar dan lain-lain gua batu kapur. Contohnya,
sebahagian besar dinding gua Gua Tambun dipenuhi dengan contengan tulisan,
nama, nombor atau pelbagai bentuk lukisan yang berunsur lucah (Adnan Jusoh,
2007). Selain menyakitkan mata yang memandang, perbuatan yang tidak
bertanggungjawab tersebut juga boleh memberi kesan kepada pelawat termasuk
golongan remaja. Selain itu, tabiat buruk ini turut menjejaskan kemudahan yang
disediakan di kawasan tapak seperti tong sampah, telefon awam, papan tanda

565
Proceedings International Conference on Social Science and Humanities 2021 ICSSH2021)

pelawat, pagar dan sebagainya sehingga tidak mampu menarik perhatian pelancong
untuk berkunjung.

e. Proses luluhawa

Luluhawa adalah proses kemusnahan secara perlahan yang sentiasa berlaku


disebabkan oleh faktor alam. Selain cahaya matahari, air terutamanya air hujan amat
cepat melarutkan sebatian ekoran tindak balas kimia sehingga mempercepatkan
rekahan pada bahagian dinding dan siling gua semakin besar. Sekiranya tidak
dikawal kesan daripada proses luluhawa menyebabkan kemusnahan gua batu kapur
akan berlaku tanpa disedari. Struktur fizikal semakin longgar memudahkan
berlakunya runtuhan gua sehingga boleh membahayakan nyawa manusia. Walau
bagaimanapun dalam konteks Gua Tambun, terdapat lukisan purba yang sangat
signifikan kerana lukisan purba seperti ini hanya boleh didapati di Gua Lobang Kain
Hitam, Niah, Sarawak (Sanim Ahmad, 2005). Lukisan ini dihasilkan oleh
masyarakat zaman prasejarah dengan menggunakan hematit. Proses luluhawa akan
menyebabkan lukisan purba di gua ini terancam dan keasliannya semakin pudar.
Luluhawa dan runtuhan yang berlaku di kawasan gua ini menyebabkan sedikit
sebanyak akan memberi kesan secara langsung kepada ketahanan lukisan tersebut.

f. Isu keselamatan dan pemantau

Salah satu isu yang sensitif berkaitan dengan gua batu kapur di Lembah Kinta ialah
mengenai keselamatan. Ia berkait rapat dengan keselamatan pelancong dan juga
penduduk yang berada di kawasan berhampiran gua batu kapur. Terdapat
kecenderungan beberapa tokong Buddha telah membuat pengubahsuaian dan
menaiktaraf terhadap gua yang dijadikan premis tokong. Aktiviti tersebut
menyebabkan getaran atau gegaran sehingga menjejaskan struktur gua batu kapur
berkenaan. Selain itu, proses luluwawa yang berlaku sama ada di bahagian atas,
dinding atau dasar gua kadang tidak diketahui oleh manusia. Kesannya struktur gua
batu kapur tidak lagi kuat dan berpotensi untuk mengalami keruntuhan jika tidak
dapat dikesan lebih awal. Batu rekahan atau retakan yang jatuh dari bumbung gua
bukan boleh merosakkan tokong, kereta atau premis lain malahan ia juga boleh
membahayakan nyawa manusia sebagai yang pernah berlaku di Gua Cheroh. Dalam
konteks ini, siapa bertanggungjawab sekiranya berlaku kematian terutamanya
pelancong yang melawat sesebuah tokong. Adakah kesalahan atau pampsan tersebut
ditanggung oleh pihak tokong, pihak berkuasa tempatan, kerajaan negeri atau agensi
kerajaan pusat. Selain itu, pemantauan mengenai status penggunaan atau aktiviti
guna tanah di setiap gua batu kapur di kawasan Lembah Kinta wajar
dilipatgandakan. Pasukan pemantauan amat penting untuk mengelakkan berlaku
pencerobohan ke atas gua batu kapur oleh mereka yang didak bertanggungjawab.
Inilah antara dilemma yang jarang dibicarakan kerana terdapat elemen yang kurang
jelas pihak yang sepatutnya bertanggungjawab.

KESIMPULAN

Selain berada dalam kedudukan yang strategik di tengah-tengah Semenanjung


Malaysia, Lembah Kinta juga dianugerahi dengan fenomena alamnya yang menarik
dan unik. Topografi gua batu kapur adalah yang lanskap paling dominan di Lembah

566
Proceedings International Conference on Social Science and Humanities 2021 ICSSH2021)

Kinta sehingga ia menjadi sebahagian daripada mercu tanda Bandaraya Ipoh.


Beberapa penemuan arkeologi menjadi bukti kepentingan Lembah Kinta dalam
pensejarahan negara semenjak dari zaman prasejarah lagi. Pasca zaman kolonial
menyaksikan kemunculan imigran telah membentuk demografi masyarakat yang
berbilang kaum. Akhirnya Lembah Kinta menjadi semakin kompleks bukan hanya
disebabkan oleh demografi masyarakat dan lanskap alam semula jadinya yang
menarik, malahan kemunculan rumah ibadat di dalam gua batu kapur seolah-olah
memberi nilai tambah kepada aspek pelancongan warisan. Di samping itu, beberapa
tarikan baru seperti The Lost World of Tambun, Movie Animation Park Studio
(MAPS), Art of Old Town dan Fantasy House Trick Art terus memberi impak positif
dalam menggamit kedatangan pelancong ke Lembah Kinta.

Walau bagaimanapun kelestarian warisan di Lembah Kinta juga menghadapi


cabarannya yang tersendiri. Antaranya ialah isu berkaitan dengan pencerobohan oleh
mereka yang tidak bertanggungjawab sehingga mengancam kelestarian gua batu
kapur di Lembah Kinta. Selain itu kelestarian gua batu kapur di Lembah Kinta juga
terancam disebabkan oleh aktiviti kuari yang berleluasa sehingga kerap berlaku
kejadian runtuhan gua. Beberapa cabaran lain juga memberi impak yang amat
kritikal sehingga mengancam kelestarian gua batu kapur di Lembah Kinta seperti
proses luluhawa, isu keselamatan dan pemantauan serta perbuatan vandalisme oleh
mereka yang tidak bertanggungjawab. Tuntasnya, dalam menangani kesemua
cabaran ini ia memerlukan kerjasama semua pihak sama ada agensi kerajaan pusat,
kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan, NGO dan orang awam.

ACKNOWLEDGEMENT

This research was carried out with the assistance of the Fundamental Research
Grant Scheme (FRGS) (2017-0080-108-02). The authors wish to express their
gratitude to Minister of Higher Education (MOHE) and UPSI who provided the
research fund and the parties involved in this research.

RUJUKAN

Abdullah Sani Hashim. 1991. Kajian penilaian potensi batu kapur di Perak. Projek
Mineral (Study on assessment of limestone potential in Perak). Report No. 21. Ipoh:
Geological Survey Department Malaysia.

Adi Taha. 1983. Recent archaeological discoveries in Peninsular Malaysia 1976-


1982. Journal of the Malaysia Branch of the Royal Asiatic Society, 56(1), 47-63.
Adnan Jusoh, Yunus Sauman @ Sabin & Muhamad Termizi Hasni. 2018. ”The
Challenges of sustaining archaeological heritage sites at limestone in Kinta Valley,
Perak (Malaysia)”. International Journal of Academic Research in Business &
Social Sciences. Vol. 8 (4), 1023-1035.

Adnan Jusoh, Yunus Sauman @ Sabin & Muhamad Termizi Hasni. 2018.
Kepentingan melestarikan tapak warisan dan sejarah di Lembah Kinta, Perak.
Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-7 Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam
Melayu, 28-29 Julai 2018, Lombok, Nusa Tenggara Barat, Indonesia. Hlm. 3-14.

567
Proceedings International Conference on Social Science and Humanities 2021 ICSSH2021)

Adnan Jusoh, Yunus Sauman @ Sabin, Nasir Nayan & Zuliskandar Ramli. 2017.
”Archaeotourism and its attractiveness in the context of heritage tourism in
Malaysia”. International Journal of Academic Research in Business and Social
Sciences. 7(4): 1162-1174, 2017. © HRMARS-Exploring Intellectual Capital.
(ISSN: 2222-6990)

Adnan Jusoh. 2011. “Warisan semula jadi gua-gua batu kapur di Lembah Kinta”.
Dlm. Abdullah Zakaria Ghazali dan Mohd Radzi Hj. Ahmad. (Editor). Perak-
Warisan, budaya & sejarah. Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia. Hlm. 68-
106.

Adnan Jusoh. 2011. Lukisan gua di Gua Mat Surat, Lembah Kinta, Perak. In. Nik
Hassan Shuhaimi Nik Abdul Rahman (ed). Perak Warisan Arkeologi, pp.58-77.
Kuala Lumpur: lkatan Ahli-ahli Arkeologi Malaysia.

Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)

Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645)

Callenfel, P. V. van Stein & Evans, I.H.N. 1928. Report on cave excavation in
Perak. Journal of the Federated Malay States Museums, 12(6), 145-169.

Colling, H. D. 1937. Recent finds of Iron-Age sites in Southern Perak and Selangor,
Federated Malay States. Bulletin of the Raffies Museum, 1(2), 75-93

Colling, H.D. 1940. Notes on the pottery excavated from Gol Ba'it, Sungai Siput
Perak. Proc.3rd Congress of Prehistorians of the Far East.

Deraf Rancangan Tempatan Daerah Kampar 2030, Majlis Daerah Kampar

Evans, I.H.N. 1922. A rock-shelter at Gunong Pondok. Journal of the Federated


Malay States Museums, 9(4), 267-270.

Evans, I.H.N. 1928. On slab-built graves in Perak. Journal of the Federated Malay
States Museums, 7(5), 111-119.

Evans, I.H.N. 1932. Buddhist bronzes from Kinta, Perak. Journal of the Federated
Malay States Museums, 15(3), 135-6.

Ibrahim Komoo, 2010. Geopark sebagai peraga pembangunan lestari wilayah.


AKADEMIKA, 80. pp. 9-18. ISSN 0126-5008.

Kanun Tanah Negara 1965 (Akta 56)

Matthews, J.M. 1959. Rock painting near Ipoh. Malaya in History, 5(2), 22-25.

Matthews, J.M. 1960. A note on rock-painting recently discovered near Ipoh, Perak,
Federation of Malaya. MAN, 1, 1-3.

568
Proceedings International Conference on Social Science and Humanities 2021 ICSSH2021)

Nasution, K.S. & Lubis, A.R. 2005. Kinta Valley-pioneering Malaysia’s modern
development. Perak Academic.

Racangan Tempatan Daerah Batu Gajah 2020, Majlis Daerah Batu Gajah

Rancangan Tempatan Daerah Kinta 2020, Majlis Bandaraya Ipoh 2015

Sanim Ahmad. 2005. Lukisan primitif gua batu kapur Malaysia I. Jurnal Arkeologi
Malaysia. Bil. 18. Kuala Lumpur: Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia. Hlm. 97-117.

Sanim Ahmad. 2006. Lukisan primitif gua batu kapur Malaysia II. Jurnal Arkeologi
Malaysia. Bil. 19. Kuala Lumpur: Ikatan Ahli Arkeologi Malaysia. Hlm. 15-26.

Selamat Aliman, Ibrahim Komoo & Joy Jacqueline Pereira. ‘Kelestarian


pembangunan sumber batu kapur di negeri Perak’. 2009. Bulletin of the Geological
Society of Malaysia. 55:87-93.

Tourism Perak Management Berhad. 2016. Unjuran Kedatangan Pelancong ke


Negeri Perak Tahun 2015-2040. Ipoh: Tourism Perak Management Berhad.

Wray, Leonard, Jr. 1905. Further notes of the cave dwellers of Perak. Journal of the
Federated Malay States Museums, 1(1), 13-15.

Wray, Leonard, Jr. 1897. The cave dwellers of Perak. Journal of the Royal
Anthropological Institute of Great Britain and Ireland, 26(1), 36-47.

Zuliskandar, R., Mazlin, M., Adnan, J., Yunus, S., Muhammad Termizi Hasni &
Ahmad Helmi, M. M. 2015. Pelestarian warisan kebudayaan dan warisan semula
jadi di Lembah Kinta: Satu kajian awal. Prosiding Seminar Antarabangsa Ke-4
Arkeologi, Sejarah dan Budaya di Alam Melayu, 25-26 November 2015, Kampus
Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Syah, Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL), UKM,
Langkawi, Kedah.

569
View publication stats

You might also like