Nota Islam Sebagai Ad-Deen

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 12

ISLAM SEBAGAI AD-DEEN

HIDUP UNTUK ALLAH

ISLAM SEBAGAI AD-DEEN

OBJEKTIF:
1. Mengetahui pengertian Islam dan syariat Islamiyah
2. Menjelaskan ciri-ciri Islam dan keistimewaannya
3. Memberi gambaran Islam sebagai sistem cara hidup yang lengkap.
____________________________________________________________________________

Pengertian Islam

Daripada sudut bahasa, Islam berasal daripada perkataan arab ‘salima’ bermaksud kesejahteraan.

Daripada sudut istilah, terdapat beberapa takrif kepada Islam seperti yang berikut:

i. Islam ditakrifkan seperti yang dijelaskan oleh Rasulullah SAW apabila Jibril bertanya tentang Islam
dalam hadith yang berikut:

”Wahai Muhammad, ceritakan kepadaku tentang Islam. Rasulullah SAW bersabda: ”Engkau bersaksi bahawa
tiada tuhan yang disembah melainkan Allah dan Muhammad sebagai pesuruh Allah, mendirikan sembahyang,
mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan melaksanakan Haji di Baitullah bagi yang memiliki
kemampuan” (riwayat al Bukhari dan Muslim).

Berdasarkan hadith di atas, Islam bermaksud perlaksanaan kepada kelima-lima rukun Islam yang difardhukan
ke atas setiap Muslim.

ii. Islam bererti tunduk dan menyerah diri kepada Allah swt serta mentaatiNya yang lahir dari kesedaran
dengan tidak dipaksa kerana ketundukan yang seperti itu tanpa perhitungan pahala dan dosa.

Firman Allah swt:- 


           
  
“Apakah mereka mencari agama yang lain dari agama Allah padahal kepadaNya menyerah diri segala apa
yang ada dilangit dan bumi, baik dengan suka mahupun terpaksa dan kepada Allah mereka dikembalikan”. 
(Surah Ali Imran ayat 83)
 
Sesungguhnya tanda bukti penuh ketundukan kepada Allah swt ialah reda menerima agamaNya yang diiringi
pula dengan penuh kesedaran. Ini adalah lantaran Islam menurut pengertian ini adalah merupakan agama
yang diredai Allah, agama yang diwahyukan kepada Rasul-Rasul a.s. untuk disampaikan kepada manusia. 

iii. Islam adalah peraturan (an Nizam), perundangan yang lengkap bagi mengatur kehidupan manusia dan
menjadi dasar akhlak yang mulia yang dibawa oleh Rasulullah saw daripada Allah SWT, disampaikan
5
ISLAM SEBAGAI AD-DEEN

kepada manusia serta menyatakan apa yang mengenai orang yang mengikut dan menentang sama
ada dosa dan pahala.

Firman Allah SWT: 


             
“Dan barangsiapa yang mencari selain daripada Islam maka dia tidak akan diterima daripadanya dan di
akhirat nanti dia termasuk dikalangan orang-orang yang rugi” (Surah Ali Imran ayat 85) 

iv. Islam adalah kumpulan peraturan yang diturunkan oleh Allah swt kepada RasulNya saw, yang
terkandung di dalamnya peraturan-peraturan yang berbentuk aqidah, akhlak, muamalat dan segala
berita yang disebut di dalam Al-Qur’an dan As-Sunnah adalah perintah untuk disampaikan kepada
manusia.

Firman Allah swt: 

“Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan jika tidak kamu kerjakan (apa
yang diperintah itu) bererti kamu tidak menyampaikan risalah Allah dan Allah memelihara kamu dari gangguan
manusia” 

v. Islam ialah keseluruhan Ad-Din yang dibawa oleh Nabi Muhammad saw yang terkandung di dalamnya
perkara-perkara yang berhubung dengan aqidah, amalan dan hukum yang disertai dengan kepatuhan
secara zahir dan batin dengan penuh keikhlasan.

Firman Allah swt: 


              
  
“Bahkan sesiapa yang menyerah dirinya kepada Allah sedangkan dia berlaku baik, maka baginya ganjaran di
sisi Tuhannya dan tidak ada takut bagi mereka dan mereka juga tidak berdukacita” (Surah al-Baqarah ayat
112) 

vi. Islam merupakan jawapan yang tepat kepada tiga pertanyaan yang dikemukakan kepada setiap
manusia, iaitu:
a) Dari mana ia datang?     
b) Mengapakah ia dijadikan?     
c) Ke manakah ia dikembalikan?     

Jawapan soalan satu adalah terkandung didalam Firman Allah surah Al Hajj ayat 5, Surah Al Mukminun ayat
12-14, dan surah At Tariq ayat 5. Jawapan soalan dua terkandung didalam surah Az Zariyat ayat 56.Manakala
jawapan untuk soalan tiga ada di dalam Al Qur’an Surah Al Insyiqaq ayat 6, Surah ar Ruum ayat 11, Surah Az
Zumar ayat 7, Surah An Najm ayat 42, dan Surah al Alaq ayat 8. 

Tasawur Islam Yang Sebenar

5
ISLAM SEBAGAI AD-DEEN

Islam adalah Ad Din yang sempurna. Ad Din bermaksud aturan/ sistem hidup yang lengkap dan sempurna
yang diturunkan oleh Allah Azza wa Jalla melalui Rasulullah SAW sebagai pedoman hidup bagi manusia yang
terdiri dari pelbagai aspek, di antaranya aspek aqidah (keyakinan), fikriyah (pemikiran). akhlaq dan amaliyah
(praktis). (Al Mustholahat Al Arba’ah Bainal Imamaini Al Maududi wa Muhammad Abduh, Abdul Mutaal
Muhammad Al Jabry)

Islam adalah ad Din yang lengkap dan sempurna yang membicarakan segenap perkara dalam kehidupan
manusia dan tidak ada sedikit kekurangan dan kecacatan dalam ajarannya. Secara umumnya, ajaran Islam
merangkumi segenap aspek kehidupan manusia termasuklah aqidah, ibadah, syariah, akhlak, kebudayaan,
ilmu pengetahuan, ekonomi, politik, dakwah, pergaulan, jihad, kenegaraan dan bermacam lagi

 Aqidah
Ialah kepercayaan kepada Allah yang tersimpul kukuh di dalam jiwa manusia tanpa ada sedikit keraguan
terhadap kesemprnaan ajaran Islam. Inilah dasar dan pokok ajaran Islam dan seruan yang dibawa oleh Nabi-
nabi dan Rasul-rasul sebagaimana yang difirmankan oleh Allah swt: 
          
Bermaksud:“sesungguhnya kami telah mengutuskan pada setiap umat seorang rasul supaya mereka
menyembah Allah dan menjauhi taghut”  (Surah An Nahl ayat 36) 

 Ibadah
Satu ketundukan dan pengabdian kepada Allah yang esa dalam seluruh aspek kehidupan, dalam erti kata
yang lain seluruh pekerjaan dan amalan yang dilakukan semata-mata kerana Allah dan mengikut syariat Islam,
maka ia dinamakan ibadah.
Firman Allah swt: 
      
“Tidak Aku jadikan jin dan manusia kecuali untuk mengabdikan diri kepadaKu” (Surah Az Zariyat ayat 56)

  Akhlak
Imam Al Ghazali menyatakan bahawa akhlak ialah “bawaan sifat jiwa yang tersembunyi atau melahirkan
perbuatan dengan mudah tanpa perlu berfikir terlebih dahulu” Berdasarkan definisi inilah Imam Al Ghazali
menyatakan bahwa akhlak itu ialah sifat-sifat yang telah menjadi tabiat seseorang. Ia bukan sesuatu yang
bersifat takalluf (sesuatu yang dibuat-buat) tetapi telah menjadi perangai dan miliknya yang sebenar bukan ia
berpura-pura berperangai baik di hadapan orang pada masa-masa tertentu. Akhlak ialah satu ajaran daripada
Islam, untuk memperbaiki tingkahlaku manusia dan ia mempunyai tempat yang tinggi dan pengaruh yang
besar dalam gerakan dakwah kerana akhlak yang baik merupakan besi magnet kepada Islam.

 Perundangan
Perundangan Islam merangkumi pelbagai aspek kekeluargaan (Islamic family law), jenayah (Islamic criminal
law/penal code), transaksi komersil (Islamic commercial law), pewarisan (Islamic Inheritance Law) dan lain-lain
Perundangan Islam memelihara lima prinsip; iaitu memelihara agama, memelihara nyawa, memelihara
maruah, memelihara akal dan memelihara harta.
 
 Kebudayaan
Islam mengikitraf kebudayaan asalkan ia berlandaskan kepada Islam. Di antara kebudayaan yang
berlandaskan Islam adalah cara berpakaian, Islam tidak menetapkan cara khusus berpakaian kerana masing-
masing kaum mempunyai cara berpakaian tersendiri namun kewajipannya adalah menutup aurat bagi lelaki

5
ISLAM SEBAGAI AD-DEEN

dan perempuan yang tidak menampakkan susuk tubuh serta fitnah yang lebih buruk. Kaum lelaki dilarang
memakai pakaian serupa perempuan begitu jugalah sebaliknya.
 
 Ilmu pengetahuan
Islam datang dengan menghapuskan kejahilan manusia dan digalakkan supaya menuntut ilmu pengetahuan.
Ilmu pengetahuan mendapat tempat yang tinggi di sisi Islam dan para penuntutnya dianggap mulia. Ayat al-
Qur’an yang pertama menyuruh manusia supaya membaca (menuntut ilmu pengetahuan) dan banyak lagi
dalil-dalil yang meminta umat Islam supaya belajar dan menuntut ilmu. 

 Ekonomi
Ekonomi adalah penting untuk kehidupan manusia, lantaran itulah Islam mengiktiraf dan menerima ekonomi
sebagai satu usaha meningkatkan taraf hidup manusia. Ilmu yang berkaitan dengan ekonomi di dalam Islam
telah banyak diperluaskan oleh ulama’ yang pada dasarnya Allah menyebut tentang halalnya jual beli dan
diharamkan riba’, begitu juga diwajibkan mengeluarkan zakat, beerti ia menyentuh perihal ekonomi. 
 
 Politik dan kenegaraan
Manusia adalah makhluk yang perlukan hubungan social (social kontrak), justeru itu ia memerlukan bimbingan
daripada pemimpin-pemimpin. Rasulullah saw telah meninggalkan kita dengan meninggalkan soal kepimpinan
(khilafah) sebagai sesuatu yang penting di dalam membangunkan umat. Politik adalah sebahagian daripada
Islam dan sesiapa yang menganggap politik bukan sebahagian daripada Islam beerti ia telah memisahkan
agama dari landasan yang sebenarnya. Inilah fahaman ideology yang ditanam oleh musuh-musuh Islam
supaya dengannya umat Islam akan terpisah secara berjuzuk-juzuk dari amalan Islam yang sebenar. 

Islam juga memperincikan tentang prinsip-prinsip urustadbir yang baik dalam sesebuah Negara. Islam
menekankan prinsip keadilan (‘adalah), kesaksamaan (musawah), accountability (mas’uliyyah) sebagai nilai
teras pengurusan masyarakat dan Negara. Bahkan dalam Sirah Nabawiyyah, Rasulullah telah memperlihatkan
model kepimpinan Negara yang ideal dan Rasulullah sendiri dianggap oleh para sarjana Muslim dan non
Muslim sebagai seorang Negarawan (Stateman) yang ulung.

 Dakwah
Dakwah ialah menyeru, mengajak manusia kepada pengabdian kepada Allah, ia adalah tugas mulia yang
amat penting dan inilah tugas para Nabi dan rasul di utuskan ke muka bumi oleh Allah swt. Perbincangan
mengenai dakwah akan dibincangkan dalam topik yang akan datang. 

 Muamalah (interaksi social)


Manusia adalah makhluk yang memerlukan sosial untuknya berinteraksi dengan manusia lainnya. Oleh kerana
itulah Allah menjadikan mansuia ini berpasang-pasang supaya manusia berasa damai dan tenteram dalam
kehidupan. Dalam kehidupan bermasyarakat, Rasulullah banyak mengajar umatnya bagaimana tatacara hidup
bermsyarakat yang sebenarnya seperti menghormati orang tua, memuliakan jiran, menziarahi orang lain,
memuliakan tetamu, dan sebagainya. 

 Jihad
Perkataan jihad berasal dari kata “jahada” yang bermaksud kesungguhan. Menurut syarak ialah pengerahan
tenaga dari seorang Muslim dalam mempertahanakan dan menyebarkan Islam kerana menuntut keredhaan
Allah.  Kerana itu jihad adalah satu kalimah yang besar maknanya dan tuntutannya juga amat besar dipikul
oleh umat Islam. Jihad dalam konteks yang luas boleh difahami dan diaplikasikan dalam pelbagai cara seperti
lisan, berjihad menentang hawa nafsu, berjihad dengan peperangan, dan pelbagai lagi
5
ISLAM SEBAGAI AD-DEEN

 Sistem Kekeluargaan
Islam memperincikan secara detail tentang institusi kekeluargaan yang menjadi asas pembentukan sebuah
masyarakat yang kukuh. Islam menggariskan undang-undang kekeluargaan yang komprehensif yang
merangkumi aspek pembinaan dan pembubaran perkahwinan dan perkara-perkara yang berkaitan dengan
aspek-aspek tersebut khususnya tentang hak dan tanggungjawab pasangan suami isteri serta anak-anak.

Takrif Al-Syariah Al-Islamiyyah

Syari’ah dalam bahasa Arab beerti aliran (al mazhab) dan jalan yang lurus. Syariah Islamiyyah menurut istilah
ialah hukum-hukum yang disyara’kan oleh Allah s.w.t. untuk hambaNya, samada yang berkaitan dengan
aqidah, ibadat, akhlak, muamalat, dan system-sistem hidup dalam pelbagai aspek demi untuk kebahagiaan
mereka di dunia dan akhirat. Ia juga diertikan sebagai saluran air yang mengalir yang menjadi sumber
minuman.  Hukum-hukum ini dinamakan Syariah kerana lurus dan tidak menyimpang sistemnya dari
matlamatnya, seperti landasan yang lurus tidak ada bengkang-bengkok. Berdasarkan penjelasan di atas maka
syariat Islam Islam dari segi istilah syara’ adalah “semua hukum yang diciptakan oleh Allah untuk hambanya
sama ada hukum-hukum ini diperundangkan melalui al-Qur’an atau Sunnah Nabi saw dalam bentuk
perkataan, perbuatan atau perakuan baginda”.   

Ciri-ciri Keistimewaan Syariah Islamiyyah

Rabbaniyyah
Rabbaniyyah bermaksud Perundanganm Syariah adalah diwahyukan daripada Allah SWT dan bukan undang-
undang ciptaan manusia. Sumber Syariah Islamiyyah ialah Allah SWT yakni wahyuNya kepada Nabi
Muhammad saw dengan lafaz dan makna, iaitu al-Qur’an, atau dengan makna tidak lafaz iaitu as-Sunnah. Ciri
ini membezakannya sama sekali dari semua perundangan duniawi kerana ia bersumberkan dari manusia
sedangkan Syariah Islamiyah sumbernya pencipta manusia itu sendiri. 

Natijah daripada cirri Rabbani dalam Syariah Islamiyyah adalah:


i. Prinsip-prinsip Syariah dan hukum-hakamnya bersih dari sebarang rupa bentuk kezaliman, kelemahan
dan menurut hawa nafsu kerana penciptanya ialah Allah yang mempunyai kesempurnaan mutlaq.
Undang-undang duniawi pula mempunyai kelemahan kerana ia lahir dari manusia yang memiliki
kelemahan seperti kejahilan, penyelewengan, kezaliman, kelemahan, kekurangan, terpengaruh dengan
hawa nafsu, alam persekitaran, kaum atau bangsa, dan sebagainya.
ii. Hukum-hukum Syara’ mempunyai kehebatan dan kehormatan dalam jiwa orang-orang yang beriman
dengannya sama ada pemerintah mahupun yang diperintah, justeru kerana ianya dari Allah dan pasti
memiliki sifat Ad-Din. Atas dasar inilah ia tetap dihormati dan dipatuhi dengan rela hati yang didorongi
oleh jiwa yang bersih dan keimanan yang mendalam tanpa ada unsur paksaan.

Alamiyyah (Universal)
Syariat Islam menjadi keistimewaan dengan ciri ini, ia menjadi rahmat untuk sekalian alam, menjadi petunjuk
kepada seluruh umat manusia dan merupakan peraturan untuk manusia sejagat pada semua masa dan
tempat. Syariah Islamiyyah bukan perundangan untuk satu jenis manusia, Negara, bangsa dan kabilah
tertentu sahaja, bahkan sentiasa relevan di semua tempat dan masa.

5
ISLAM SEBAGAI AD-DEEN

Kekal.
Syariat islam kekal sepanjang zaman tanpa dinasakh dan tiada perubahan. Ia merupakan Syariat Islam
terakhir dan penutup syariat-syariat samawi. Nabi Muhammad saw adalah rasul terakhir, tiada Nabi lagi
selepas baginda. Kesejagatan Syariat Islam, umum untuk seluruh manusia dan tidak menerima sebarang
pembatalan dan tukar ganti, sudah pasti segala peraturan dan hukum-hakamnya itu dapat mencapai
kepentingan manusia sepanjang zaman dan disemua tempat dan mampu memenuhi segala keperluan yang
dihajati oleh manusia setiap masa, dijadikannya sebagai penutup semua syariat, peraturan, prinsip dan
hukum-hukumnya sesuai dilaksanakan untuk semua masa dan tempat. 

Syumul (Menyeluruh/Komprehensif)
Syariat Islam itu suatu system yang syumul mencakupi semua urusan hidup yang menggariskan manusia jalan
iman, menerangkan dasar-dasar aqidah, menyusun hubungan manusia dengan Tuhannya, memerintah
bersihkan jiwa, dan mengatur hubungan manusia sesama manusia. Kesyumulan Islam ini dapat dilihat pada 3
kelompok:- 
i. Hukum-hukum yang berkaitan dengan aqidah seperti beriman kepada Allah dan hari akhirat.
Perbahasan hukum-hukum aqidah ini dan kajiannya terdapat dalam ilmu kalam atau Tawhid.
ii. Hukum-hukum yang berkaitan dengan akhlak seperti wajib bercakap benar, amanah,
menyempurnakan janji, haram berdusta, khianat, mungkir janji. Hukum-hukum akhlak ini kajiannya
adalah dalam ilmu akhlak atau Tasawwuf.
iii. Hukum-hukum yang berkaitan dengan perkataan dan perbuatan manusia dalam hubungan mereka
dengan yang lain. Hukum amali ini dinamakan dengan al-fiqh, perbincangannya dalam ilmu al-Fiqh.
Syariah terbahagi kepada 2 bahagian yang besar iaitu:
a) Ibadat seperti solat, puasa, zakat yang mana ia bertujuan mengatur hubungan di antara individu
dengan Tuhannya (man to God activities).
b) Muamalat ‘ammah yang bertujuan untuk mengatur hubungan di antara sesama manusia (man
to man activities).

Kemanusiaan
Syariat Islam bersifat kemanusiaan sejagat kerana ianya diturunkan oleh Allah swt untuk seluruh manusia dan
rahmat Allah kepada mereka sepanjang zaman dan di semua tempat. Intipati Syariah selari dengan fitrah
manusia dan

Keadilan mutlak
Keadilan bermakna meletakkan sesuatu pada tempatnya menurut hitungan sebenarnya daripada Allah.
Adalah menjadi tujuan Islam itu menegakkan keadilan mutlak dikalangan manusia seluruhnya dengan
menegakkan persaudaraan dikalangan mereka, memelihara kehormatan agama, nyawa, akal, maruah,
keturunan dan harta benda dengan bermatlamat dunia dan akhirat.

Maqasid Syar’iah (Objektif Umum Syariah Islamiyah)

Secara umumnya, Syariah Islamiyyah diturunkan oleh Allah untuk memberikan kesejahteraan kepada manusia
dan menjauhkan manusia daripada kemudaratan. Syariah Islamiyyah menjamin 5 perkara asasi

5
ISLAM SEBAGAI AD-DEEN

1.       MEMELIHARA AGAMA - Allah menghukum orang yang menukar agama (murtad) dengan hukuman
bunuh sebagai balasan demi menjaga agama Allah yang agung ini sentiasa terpelihara bukan untuk
dipermainkan. Allah telah menerangkan di dalam Al-Qur’an: 
            
          
“Dan barangsiapa dari kamu yang berpaling daripada agamanya, lalu ia mati padahal ia tetap kafir, maka
gugurlah amal-amal mereka di dunia dan akhirat. Dan mereka akan jadi ahli neraka yang mereka (akan) kekal
di dalamnya”  (Al Baqarah : 217) 

2.       MEMELIHARA AKAL - Allah mengharamkan benda-benda yang memabukkan kerana hendak
memelihara akal manusia. Kita dapat perhatikan orang-orang yang mabuk disebabkan bahan-bahan tersebut
perangainya sama seperti binatang mereka sanggup melakukan sesuatu yang tidak baik tanpa perasaan
malu. Islam telah menjelaskan bahawa arak adalah ibu segala yang keji dan kotor. Sebagaimana sabda
Rasulullah saw: 
“Arak adalah ibu segala kejahatan” (Riwayat al Tirmidzi- bertaraf hasan)

Islam menghukum kepada mereka yang sabit melakukan kesalahan minum arak sebagaimana yang
diriwayatkan dalam hadith di bawah:
"Sesungguhnya Nabi s.a.w merotan (sebat) dalam kes arak dengan pelepah tamar dan sepatu, kemudian Abu
Bakar(di zamannya) juga menyebat dengan 40 kali sebatan. Ketika pemerintahan Umar, beliau meminta
pandangan dari orang ramai; “Apa pandangan kamu tentang sebatan bagi orang yang minum arak?” Lalu
Abdul Rahman bin Auf berkata: “Aku berpandangan kita menjadikannya hudud yang paling ringan (qazaf),
maka Umar membuat keputusan untuk menyebat dengan 80 kali sebatan"
(Hadis Riwayat Muslim dan Abu Daud).

3.       MEMELIHARA NYAWA - Islam telah menetapkan bahawasanya sesiapa yang menghilangkan nyawa
manusia lain akan dikenakan hukuman bunuh balas. Ini beerti bahawa qisas terhadap seorang adalah perlu
untuk memelihara keselamatan hidup (nyawa) orang lain, dengan ini akan memberi pengajaran yang berkesan
kepada sesiapa sahaja yang berani melakukan perbuatan tersebut. 

4. MEMELIHARA HARTA
Harta perlu dipelihara dengan baik, maka Allah mensyariatkan supaya mereka yang mencuri harta dikenakan
hukuman apabila mempunyai syarat-syarat dan bukti yang sahih. Oleh kerana itu balsannya adalah dipotong
tangannya apabila syarat-syaratatau bukti-bukti telah mencukupi bagi si pencuri tersebut. Inilah keadilan Islam
supaya manusia itu sentiasa menghormati harta atau hak orang lainnya. 

5. MEMELIHARA KETURUNAN
Islam menjamin keselamatan ummah dan keturunan pemeluknya. Untuk melangsungkan zuriat manusia di
dunnia ini maka disyariatkan perkahwinan. Perkahwinan juga merupakan satu saluran yang sah bagi
memenuhi naluri manusia. Justeru itu Islam mengharamkan sama sekali hubungan jenis tanpa mengikut
saluran yang sah di sisi syarak. Hukuman yang setimpal dikenakan kepada mereka yang melakukan jenayah
tersebut adalah 100 kali sebatan bagi yang belum berkahwin manakala yang sudah berkahwin direjam dengan
batu yang sederhana sampai mati. Ini berdasarkan kepada Firman Allah SWT: 
           
            
   

5
ISLAM SEBAGAI AD-DEEN

“Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina hendaklah kamu sebat tiap-tiap seorang dari keduanya
seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam
menjalankan hukum Allah swt, jika benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah
disaksikan hukuman seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang
beriman” (Surah An-Nuur ayat 2). 

Ciri-Ciri Khusus Islam

Islam memiliki ciri-cirinya tersendiri yang jauh membezakan Islam dengan agama yang lain:

CIRI-CIRI HURAIAN

Rabbaniyyah  ‘Rabbaniyyah’ – berasal daripada kalimah ‘Rab’; Allah Yang Maha


Pentadbir lagi Maha Penentu
 Islam diturunkan oleh Allah. Manusia hanya sebagai pelaksana
segala ketentuan yang telah ditetapkan.
 Dua bahagian Rabbani :
 Rabbani Dari Sudut Matlamat dan Tujuan.
 Matlamat terakhir kehidupan ialah untuk mendapatkan
keredhaan Allah. Semua skop dalam Islam seperti
aqidah, muamalah dan akhlak adalah bertujuan
menyiapkan manusia sebagai hamba Allah semata-
mata.
 Rabbani Dari Sudut Manhaj dan Sumber
 Manhaj Islam bersifat Rabbani kerana ia bersumberkan
dari al-Quran dan As-Sunnah.
 Islam yang diturunkan oleh Allah s.w.t mempunyai pelbagai
keistimewaan.Antaranya ialah
 Islam adalah sempurna dan tiada sebarang kecacatan
 Islam amat disanjung dan dihormati oleh penganutnya

Syumuliyyah  ‘Syumuliyyah’ bermaksud Islam agama yang lengkap dan


sempurna.
 Ruang lingkup Islam mencakupi seluruh aspek kehidupan manusia
dari sekecil-kecil urusan hingga sebesar-besar perkara.
 Perbandingan antara kesyumulan undang-undang Allah dan
undang-undang ciptaan manusia, antaranya:

Undang-undang Allah Undang-undang Manusia


 Mengambil kira unsur  Memisahkan antara
akhlak dalam semua unsur-unsur akhlak
aspek kehidupan dengan dasar undang-
undang.

 Menjadikan kosep  Meletakkan konsep


"matlamat tidak matlamat menghalalkan
menghalalkan cara cara dalam mencapai
dalam menentukan sesuatu matlamat
sesuatu perkara walaupun jalannya

5
ISLAM SEBAGAI AD-DEEN

(undang-undang) bertentangan dengan


contohnya : soal halal syariat Islam.) Apa yang
dan haram sesuatu penting adalah matlamat
perkara yang diimpikan berjaya
dicapai.

Waqi’iyyah  Iaitu Islam adalah mengikut suasana dan tempat.


(Setempat)  Konsep Islam yang universal ini diperkukuh lagi melalui dinamisme
yang terdapat dalam syariat Islam. Dengan dinamisme ini, syariat
Islam sesuai ditegakkan di mana-mana sahaja. Contohnya
perubahan fatwa dan perbezaan pendapat mengenainya boleh
berlaku disebabkan oleh perubahan zaman, tempat, suasana, niat
dan adat.
 Contoh: Islam mewajibkan menutup aurat di semua tempat di muka
bumi ini tetapi cara penutupannya mengikut tempat dan suasana
umat Islam.

Inqilabiyyah  Iaitu menegakkan Islam atas keruntuhan jahiliyyah. Islam juga tidak
(transformasi) boleh ditempel dengan sebarang unsur jahiliyyah (tidak boleh
bergabung dengan sebarang dasar selain Islam).
 Seperti dalam sirah Rasulullah SAW, walaupun Baginda pernah
ditawarkan oleh Musyrikin untuk menjadi Ketua di Makkah, Baginda
menolak kerana Baginda diminta berkompromi dengan Jahiliyah
yang diamalkan ketika itu. Sebaliknya Rasulullah di wahyukan
untuk berhijrah ke Madinah untuk mendirikan Negara yang
berasaskan Syariah yang di wahyukan oleh Allah.

Thabat dan  Thabat iaitu tetap dari segi prinsip dan hukum, manakala Murunah
Murunah iaitu anjal atau fleksibel dari segi pelaksanaan berdasarkan
(Kekal dan keperluan-keperluan tertentu..
Fleksibel)  Contoh: Solat adalah wajib dan pelaksanaannya boleh dibuat
secara jama’ dan qasar bagi mereka yang bermusafir. Ketika sakit
pula, solat boleh dilakukan secara sambil duduk atau berbaring.

Islam sebagai ad Din yang sempurna: Bukti-bukti Semasa

Kestabilan Sistem Kewangan Islam dan Kejatuhan Sistem Kewangan Kapitalis

Sistem ekonomi dan kewangan Islam menawarkan solusi kepada pelbagai kegawatan yang berlaku dalam
sistem ekonomi liberal kapitalis yang diamalkan pada masa kini. Sistem ekonomi Islam menolak unsur-unsur
kezaliman dalam urusniaga antaranya riba (usury/interest), manipulasi harga, monopoli (ihtikar) yang
melampau terhadap sumber dan hasil agihan kekayaan, elemen perjudian (gambling), dan mengharamkan
transaksi yang melibatkan barangan yang tidak halal dan mengundang mudarat seperti dadah, senjata api dan
lain-lain dalam pasaran kecuali dengan tujuan yang diharuskan.

5
ISLAM SEBAGAI AD-DEEN

Islam mengharamkan riba kerana riba membawa pelbagai kesan buruk kepada masyarakat. Riba adalah satu
bentuk penindasan kepada golongan yang tidak memiliki kemampuan kewangan dan tidak menyumbang
kepada kegiatan ekonomi yang sihat kerana riba hanyalah semata-mata gandaan wang daripada pinjaman.
Riba juga menyebabkan berlakunya permusuhan dalam masyarakat kerana masing-masing tidak berpuas hati
kerana wujud unsur penindasan. Justeru itulah Riba diharamkan berdasarkan Kitabullah, sunnah Rasul-Nya
dan ijma’ umat Islam.

Firman Allah:
            
             
     
“Hai orang-orang yang beriman bertakwalah kepada Allah dan tinggalkanlah sisa riba (yang belum dipungut)
jika kamu orang-orang yang beriman. Jika kamu tidak mengerjakan (meninggalkan sisa riba), maka ketahuilah
bahawa Allah dan Rasul-Nya akan memerangimu. Dan jika kamu bertaubat (dari pengambilan riba), maka
bagimu pokok hartamu; kami tidak menganiaya dan tidak (pula) dianiaya.” (Surah Al-Baqarah: 278-279).

Dari Jabir ra, Rasulullah SAW bersabda: “Rasulullah saw melaknat pemakan riba, pemberi makan riba, dua
saksinya dan penulisnya.” Dan Beliau bersabda, “Mereka semua sama.” (Shahih: Mukhtasar Muslim no: 955,
Shahihul Jami’us Shaghir no: 5090 dan Muslim III: 1219 no: 1598).

“Satu dirham Riba  yang dimakan oleh seorang lelaki dalam keadaan ia mengetahuinya lebih buruk dari
berzina sebanyak 36 kali” ( Musnad Ahmad , 2/225 ; Ad-Dar Qutni, hlm 295 ; Albani mengatakan sohih dalam
Ghayatul Maram fi Takhrij Hadith Al-Halal wal Haram lil Qaradhawi, hlm 103 )  

Dalam perkembangan krisis ekonomi dan kewangan terbaru, institusi kewangan utama konvensional
(berasaskan riba) seperti Merill Lynch, Citibank dan Lehman Brothers jatuh bankrap dan mengalami kerugian
terbesar dalam sejarah masing-masing. Institusi-institusi ini mengalami kerugian yang dahsyat kerana
kebergantungan mutlak kepada transkasi dan produk kewangan berasaskan riba. Sedangkan pada masa yang
sama, asset kewangan Islam meningkat secara konsisten melebihi 15 %.1

Puasa dan Kesihatan

Hikmah puasa pada kesihatan sangat banyak. Di samping manfaat fisiologi badan, ibadah puasa turut
menambahkan kesihatan jiwa setelah dikaji dari sudut psikologi. Bacaan al-Quran pula meningkatkan daya
ingatan di samping ketenangan jiwa. Solat tarawih pula melalui suatu kajian mendapati akan membakar rata-
rata 10 kalori tenaga setiap raka`at, di samping meningkatkan kesihatan tulang, otot, sendi dan lain-lain.

Melalui kajian sains didapati berpuasa, akan menurunkan kadar glukos darah, tekanan darah, khasnya
tekanan darah sistolik dan juga lipid darah. Puasa juga turut menurunkan berat badan. Suatu kongres
antarabangsa bertemakan “Kesihatan dan Ramadhan” telah diadakan di Casablanca, Morocco pada tahun
1996. Pakar-pakar perubatan dari seluruh dunia telah membentangkan lebih kurang 50 kajian ketika itu.
Kesemua kajian itu mengesahkan puasa mampu mencegah serta menyembuhkan pelbagai jenis penyakit
yang dihidapi manusia. Kesimpulan kongres itulah yang menekankan 4 fadhilat berpuasa dari sudut kesihatan
yang jelas iaitu, menurunkan gula darah, tekanan darah, lipid darah dan berat badan.
1
Laporan Bank Negara Malaysia 2009.
5
ISLAM SEBAGAI AD-DEEN

Solat dan Ilmu Fizik

Sabda Nabi SAW :


"Tidak ada tiga orang tidak mengerjakan sembahyang berjemaah, melainkan mereka (mudah) dikuasai oleh
syaitan (dengan menjadikan mereka mencuaikan perintah syara’); oleh itu hendaklah engkau sentiasa
menyatukan diri dengan jemaah (kerana dengan itulah sahaja engkau akan selamat dari angkara syaitan)"
(Riwayat Imam Ahmad).

Kelebihan Solat Berjamaah Dari Pandangan professor seorang bukan Islam di Amerika Syarikat tentang
mengapa Islam terlalu menitik beratkan solat Jemaah diceritakan melalui kajiannya dari sudut pandangan fizik.
Tubuh manusia terdiri daripada cas +ve dan -ve. Seharian manusia bergerak di atas muka bumi ini (bertani,
berjalan mencari rezeki di hutan/laut/darat, bertemu sua, hubungan sosial, perubahan emosi dll.)
mengakibatkan cas-cas dalam tubuh kita ini menjadi tidak seimbang disebabkan pergerakan electron-electron
(cas-cas) keluar masuk dalam tubuh manusia.

Ketidakseimbangan cas-cas ini menyebabkan keseimbangan tubuh badan dari segi fizikal, mental, emosi juga
akan terganggu. Cas-cas ini perlu diseimbangkan bagi mengembalikan kesegaran/kecergasan/keseimbangan
fizikal, mental, emosi manusia. Kajian menunjukkan dengan bilangan rakaat dalam solat fardu lima waktu
secara berjemaah dapat menyelesaikan masalah ini. ( Zohor - 4 rakaat, Asar - 4 rakaat, Maghrib - 3 rakaat,
Isya - 4 rakaat, Subuh - 2 rakaat) Semasa kita melakukan solat berjemaah, kita disyariatkan supaya
meluruskan dan merapatkan barisan (saf), bahu bertemu bahu dan tumit bertemu tumit. Dalam bergeseran
tubuh kita dengan tubuh jemaah lain yang berada di kira dan kanan kita, tubuh kita mengeluarkan cas-cas
yang berlebihan dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas yang berlawanan dalam tubuh badan rakan kita. Jemaah
lain juga akan mengeluarkan cas-cas dari tubuh badan mereka dan cas-cas ini akan ditarik oleh cas-cas yang
berlawanan dari tubuh badan kita. Pada ketika ini proses untuk menyeimbangkan kembali cas-cas dalam
tubuh manusia berlaku.

Menurut beliau, dalam kehidupan seharian kita, apabila kita bangun dari tidur, badan kita merasa segar dan
sihat setelah berehat selama beberapa jam (tidur). Dalam keadaan ini, tubuh badan kita mengandungi cas-cas
positif/negatif yang hampir seimbang. Jadi, apabila kita mendirikan solat Subuh berjemaah, kita hanya
memerlukan sedikit pertukaran cas-cas dari dan ke dalam tubuh badan kita. Sebab itu mengapa solat subuh
itu hanya dua rakaat.

Seterusnya, setelah seharian kita bekerja bertungkus lumus, membanting tulang atau memerah otak, cas-cas
ini tidak lagi seimbang dengan kehilangan banyak tenaga dari badan kita. Oleh itu kita memerlukan pertukaran
cas-cas yang banyak dan solat berjemaah memainkan peranan untuk memulihkan keseimbangan cas-cas ini.

Halangan-halangan Terhadap Penghayatan Islam sebagai ad Din

i. Kejahilan Umat terhadap ajaran Islam yang syumul


ii. Dakwah dan sistem pendidikan yang lesu dan gagal dalam memahamkan Umat terhadap Islam
sebagai ad Din yang sempurna. Malah para pendakwah dan pendidik juga gagal mempersembahkan
mesej Islam yang selari dengan pemikiran dan perubahan semasa.

5
ISLAM SEBAGAI AD-DEEN

iii. Persekitaran yang tidak membantu penghayatan Islam yang sempurna. Budaya hiburan keterlaluan,
budaya khurafat-syirik, anasir sekularisme adalah antara elemen yang membiak dalam masyarakat
yang menjauhkan Umat daripada tuntutan agama yang sebenar.
iv. Konspirasi musuh Islam dalam memberikan pelbagai label yang negatif terhadap Islam seperti Islam
agama yang jumud, keganasan, anti-wanita dan sebagainya. Media-media antarabangsa digunakan
sebagai saluran propaganda dalam menanam pemikiran yang salah ini.
v. Pemimpin yang tidak beriman dengan Islam yang syumul. Terdapat Pemimpin dunia Islam yang hanya
menjadikan Islam sebagai retorik dan slogan semata-mata, namun tidak mempunyai kemahuan
(leadership will) dalam menerapkan ruh Islam yang sebenar dalam kehidupan masyarakat.

Langkah-Langkah Ke Arah Menghayati Islam Sebagai Ad Din

i. Berusaha memahami Islam secara komprehensif. Ilmu dan kefahaman Islam yang mantap adalah
syarat asasi dalam melaksanakan Islam secara syumul. Perlu diingatkan bahawa semangat dan slogan
semata-mata tidak memadai dalam menterjemahkan tuntutan Islam sebaliknya kefahaman yang
mantap menjadi asas kepada penghayatan Islam.

ii. Berusaha melaksanakan Islam yang syumul dalam kehidupan. Al Imam Hasan al Banna dalam
risalahnya menyatakan: ”Agama hanya dapat dirasakan oleh sesiapa yang menegakkannya dalam
dirinya”. Justeru dalam mencapai misi menghayati Islam sebagai cara hidup lengkap, setiap Muslim
harus sedaya upaya melaksanakan Islam dalam kehidupan diri dan rumahtangganya sebaik yang
mungkin.

iii. Berusaha secara kolektif dalam menerang dan menyampaikan dakwah Islamiah. Setiap Muslim
hendaklah berganding bahu untuk menyebarkan dakwah Islamiyah dengan pendekatan dan method
yang sesuai dengan zamannya bagi agar masyarakat secara keseluruhannya melihat dan meyakini
Islam sebagai solusi dalam kehidupan mereka.

iv. Menyumbang dalam usaha-usaha menjayakan sistem Islam dalam masyarakat. Setiap Muslim
mesti berperanan untuk saling sokong menyokong sebarang inisiatif dan program yang bertujuan untuk
mendaulatkan Islam sama ada dalam aspek ekonomi, politik, sosial dan dakwah.

You might also like