Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

SMK SUNGAI MERAH, SIBU

MINIT MESYUARAT
PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL
2021

TARIKH : 26 JANUARI 2021


HARI : SELASA
TEMPAT : GOOGLE-MEET
MASA : 1.30 – 2.30 PETANG

KEHADIRAN:
1. Pengerusi : Neng Mariana Binti Mahmud
2. Pencatat minit : Siti Hanizah Binti Mohd Hashim
3. Ahli-ahli : Sebah Ngabong
Sim Hui Lian
Sharifah Rodziah Binti Wan Mohammad

AGENDA MESYUARAT

1.0 KATA ALU-ALUAN PENGERUSI

Pengerusi memulakan mesyuarat dengan ucapan salam dan mengalu-alukan


serta berterima kasih kepada semua guru PSV 2021 kerana dapat hadir dalam
mesyuarat di alam maya pertama panitia. Cikgu Siti Hanizah dilantik sebagai
pencatat minit mesyuarat.

2.0 Pengesahan Minit Mesyuarat Lepas

Pengerusi membentangkan minit mesyuarat kali ke-2(2020). Cikgu Sim Hui Lian
mencadangkan untuk disahkan minit dan disokong oleh Cikgu Sharifah Rodziah.

3.1 Fail Rekod PdPc, PdPr, Rancangan Tahunan dan Borang Biodata Guru

Pengerusi meminta guru penyelaras setiap tingkatan berbincang dengan guru-


guru yang sama mengajar tingkatan yang sama untuk berkongsi Rancangan
Pengajaran Tahunan sesuai dengan tahap setiap kelas yang diajar. Selain
daripada itu, pengerusi juga menekankan penyelarasan dalan format Rancangan
Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian setiap guru. E- Rph mesti dimuat
naik sebelum hari Isnin setiap minggu seperti yang telah diumumkan oleh
Pengetua semasa Mesyuarat Guru yang lepas. Borang Biodata guru akan
dibuat dalam bentuk google-form dan diharap setiap guru mengisi borang
tersebut untuk simpanan panitia.
Tindakan: Semua guru PSV
4.0 Perancangan Kewangan

Pengerusi memberitahu bahawa peruntukan untuk panitia belum lagi diumumkan


oleh pihak sekolah. Guru-guru boleh menyenaraikan alatan dan bahan yang
diperlukan untuk dibeli namun keutamaan diberikan untuk pembelian alatan dan
bahan untuk kegunaan calon-calon SPM 2021 menyiapkan Kerja Kursus SPM.

Tindakan: Semua guru PSV

5.0 Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dan Kajian Rekaan Seni Visual (KRSV) 2021

Pengerusi menyatakan bagi tahun 2021, Pentaksiran Bilik Darjah(PBD) akan


dijalankan bagi semua murid-murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5 mengikut
sukatan baharu KSSM. Oleh itu, semua guru-guru PSV diminta untuk bersedia
untuk menjalankan PBD untuk setiap tingkatan dan disebabkan oleh kekangan
keadaan semasa, di mana kita masih berada di fasa pengajaran dari rumah,
saya harap cikgu-cikgu tabah dan dapat menggunakan pelbagai cara untuk
memastikan murid-murid ada membuat tugasan PBD mereka. Sasaran untuk
capaian band setiap murid perlu dibuat dan dimasukkan sekali ke dalam Fail
Pengajaran masing-masing.
Guru-guru yang mengajar kelas tingkatan 5, harus bersedia untuk menghadapi
kemungkinan terpaksa membimbing calon-calon SPM dengan cara dalam talian.
Pihak sekolah masih menunggu surat berkaitan dengan hal ini dari pihak
Lembaga Peperiksaan.

Tindakan: Semua guru PSV

6.0 Peperiksaan Peringkat Sekolah

Pengerusi memberitahu SOP penyediaan kertas soalan peperiksaan masih


sama seperti tahun lepas. Setiap kertas soalan mesti disertakan dengan tahap
kesukaran yang berbeza dan mesti disemak oleh Ketua Panitia dan Ketua
Bidang. Jika masih berada dalam keadaan PdPr, penggunaan kertas
peperiksaan secara google form adalah dibenarkan untuk soalan objektif. Jadual
penggiliran penggubalan kertas peperiksaan akan dikeluarkan kemudian oleh
Ketua Panitia.

Tindakan: Semua guru PSV


7.0 Hal-Hal Lain

Pengerusi memaklumkan kepada guru-guru sekiranya sekolah dibuka semula


satu masa nanti, guru-guru yang ingin menggunakan bilik seni boleh
mendapatkan kunci daripada Puan Sebah selaku penyelaras bilik seni dan Puan
Neng Mariana selaku ketua panitia. Pastikan bilik sentiasa dalam keadaan
bersih selepas digunakan. Walaubagaimana pun, keutamaan diberikan kepada
pelajar tingkatan 5.

Tindakan: Semua guru PSV

8.0 Penutup

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang. Mesyuarat berikutnya akan


dilakukan pada satu masa yang akan dimaklumkan nanti.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

………………………. ……………………….
(SITI HANIZAH BT MOHD HASHIM) (NENG MARIANA MAHMUD)
Penolong Ketua Panitia Ketua Panitia PSV

You might also like