Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SMK SUNGAI MERAH, SIBU

MINIT MESYUARAT
PANITIA PENDIDIKAN SENI VISUAL KALI KEEMPAT
2019

TARIKH : 1 NOVEMBER 2019


TEMPAT : BILIK PANTRI GURU, SMK SUNGAI MERAH SIBU
MASA : 1.30 – 2.30 PETANG

KEHADIRAN:
1. Pengerusi : Neng Mariana Binti Mahmud
2. Pencatat minit : Siti Hanizah Bt Mohamad Hashim
3. Ahli-ahli : Sebah Ngabong
Tie Mee Yieng
Sii Pick Fong
AGENDA MESYUARAT

1.0 UCAPAN PENGERUSI

Pengerusi mengalu-alukan kedatangan semua anggota Panitia Pendidikan Seni


Visual dan mengucapkan terima kasih kerana menghadiri Mesyuarat Panitia
Pendidikan Seni Visual kali keempat bagi sesi 2019.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT LALU

Minit mesyuarat yang lalu telah disahkan oleh cikgu Sii Pick Fong dan disokong
oleh cikgu Tie Mee Yieng.

3.0 PERUBAHAN SUKATAN PELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL


TINGKATAN 4 (KSSM)

Pengerusi memaklumkan bahawa sukatan pelajaran PSV Tingkatan Tiga dan


Tingkatan Peralihan akan mengalami perubahan mulai tahun 2020. Sukatan
pelajaran Tingkatan Empat sekarang akan digantikan dengan KSSM mulai tahun
hadapan. Satu latihan dalaman mengenai sukatan pelajaran ini akan diadakan
dalam masa yang terdekat.
Tindakan: Guru-guru PSV
4.0 KERJA KURSUS TINGKATAN LIMA

Pengerusi memaklumkan bahawa kerja kursus Tingkatan 5 telah ditaksir oleh


Pentaksir Kawasan. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru yang
mengajar Tingkatan 5 kerana telah berjaya menyiapkan semua dokumen yang
berkaitan mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan

Tindakan: Guru PSV Tingkatan 5

5.0 PERSEDIAAN UNTUK TAHUN 2020


Pengerusi meminta para guru menyiapkan markah PBS masing-masing, mencetak
lembaran PBS bagi kelas Tingkatan 1, 2 dan 3 memasukkan markah tersebut
secara offline di komputer yang disediakan di dalam bilik guru. Pengerusi juga
meminta guru merancang pelan tindakan untuk setiap tingkatan untuk kegunaan
tahun 2020.

Tindakan: Guru-guru PSV

6.0 PENUTUP

Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 2.30 petang. Mesyuarat berikutnya akan


dilakukan pada satu masa yang akan dimaklumkan kelak.

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

.................................... .........................................
(SITI HANIZAH) (NENG MARIANA MAHMUD)
Penolong Ketua Panitia PSV Ketua Panitia PSV

You might also like