Sekolah Kebangsaan Sungai Merab Luar, 43000 Kajang, Selangor

You might also like

Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

SEKOLAH KEBANGSAAN SUNGAI MERAB LUAR,

43000 KAJANG, SELANGOR.

MINIT MESYUARAT HEM


BIL. 3, 2021

Tarikh : 10 JULAI 2021 (SABTU)

Masa : 10:00 PAGI

Tempat : KEDIAMAN MASING-MASING (GOOGLE MEET)

Kehadiran :

1 ROHIMAH BINTI MOKHTAR GURU BESAR

2 ANITA BINTI SARIDIN PK PENTADBIRAN

3 HARTINI BINTI MOHAMED PK HEM

4 MUHAMAD SAMSOLRI BIN ISMAIL PK KOKURIKULUM

5 NORASMAWATI BINTI OMAR PK PETANG

6 NORZIRAH BINTI ISMAIL GURU UBK

7 NOR AKMA BINTI BAHAROM GURU


GURU
8 AMAL BINTI OSMAN@OTHMAN
GURU
9 ADLAN BIN ABDUL HAMED
GURU
10 ADLIAH HASANAH BINTI ADNAN
GURU
11 ALI AZIAN @ ALIAH AZIAN BINTI ZAKARIA
GURU
12 AHMAD AZWAN BIN AHMAD AZALI
GURU
13 ALFATAH BIN SAIRONI
GURU
14 AYU SITI NURUL JANNAH BINTI HUSIN
GURU
15 MD NOR BIN BILLAK
GURU
16 MOHAMAD RASYDAN BIN MOHAMAD YUSOFF
GURU
17 MOHD ASRIN BIN MOHD ARIF
GURU
18 MOHD ZAIDI BIN MOHD NAWAWI
GURU
19 MOHAMAD SOLEHUDDIN BIN MOHAMAD SIDEK
GURU
20 NAJAH NASUHA BINTI MOHD YUNUS
GURU
21 NORAZURA BINTI ABDULLATIF

22 NORAINI BINTI BAHAROM GURU

23 NORASHIKIN BINTI ABDUL RAHMAN GURU

24 NORLIZAH BINTI MOHD JASIT GURU


25 NOR LIZAWATI BINTI MOHAMAD NOR GURU

26 NORSHUHADA BINTI MOHAMMAD AMIR GURU

27 NOOR AZREENA BINTI MD NOOR GURU

28 NOOR HASLINA BINTI RHAZALEE GURU

29 NOOR ILLIYANI BINTI SAMSUDIN GURU

30 NUR HAFIZAH BINTI MOHD FAIZ GURU

31 NUR FADHILLAH BINTI GHAZALI GURU

32 NUR KHAIRIYAH BINTI MOHD NASIR GURU

33 NIK BAHIRAH BINTI NIK MAT SALLEH GURU

34 PAZLI BIN ZAWAWI GURU

35 SITI NUR HAFEEKA BINTI HASLAN GURU

36 SHARIFAH NUR LIYANA BINTI SYED ALWI ALLHADAS GURU

37 SALWA BINTI HUSSIN GURU

38 SARINAH BINTI MUSTADI GURU

39 SAHIBAH BINTI YUSOFF GURU

40 SHARIFFAH BINTI LASMAN GURU

41 SITI AISHAH BINTI MAT ZUKI GURU

42 SITI ALMAH BINTI JONIT @ HJ MOKTAR GURU

43 SITI NORAISYAH BINTI JAMALUDIN GURU

44 SITI WAN AISHAH BINTI WAN ILIAS GURU

45 SOPIAH BINTI OMAR GURU

46 SUHAIZAN BINTI SUKIMAN GURU

47 TUAN HANIZAH BINTI NIK HIM GURU

48 ROHANA BINTI AMINUDIN GURU

49 ROHANI BINTI KAMIS GURU

50 ROSHIDA BINTI NAYAN GURU

51 ROSMAZIAH BINTI KAMARUDIN GURU

52 V. GANES MOORTHY A/L R. VETHIAH GURU

53 WAN SITI ASMAK BINTI WAN DOLLAH GURU

54 WAN NORAINAWATI BINTI WAN HAMZAH GURU

55 YAHUZA BIN AB RAHMAN GURU

56 YOSNI NORHAFIZAH BINTI YONG GURU

57 YUZIE BINTI MUDA GURU


58 ZARISA BINTI JAILANI GURU

59 MASHASLIZA BINTI ABD SUAID GURU

60 AYU NABILAH BINTI ABDUL HAMID GURU

61 MUQRI BIN ABDUL RAZAB GURU

62 AIMAN MUTTAQIN BIN SOHAIMI GURU

63 AMIRUL ASYRAF BIN ZUKEFELI GURU

64 MUHAMMAD AMIRUL AFFIQ BIN MOHD LOTFFI GURU PELATIH

65 NOR SAFWANAH BINTI ABDUL AZIZ GURU PELATIH

66 NUR AISYAH IZZATI BINTI KAMAR GURU PELATIH

67 NUR IWANA IZZAH BNTI ABDUL JALIL GURU PELATIH

68 NURUL NADHIRAH BINTI ABDUL RAHIM GURU PELATIH

69 SITI NOR SAFINA BINTI MOHD LATFI GURU PELATIH

TIDAK HADIR

1- MUHAMMAD DANIAL BIN SABRI

2- NOR AZIAN BINTI HAJI LONG

Urus Setia Mesyuarat :

1. Salwa binti Hussin Setiausaha HEM


1.0 UCAPAN PENGERUSI (PK HEM)

1.1 Pengerusi mengucapkan terima kasih atas kehadiran taklimat kali ini walaupun
dijalankan di atas talian.

1.2 Walaupun masih lagi dalam pandemik, PDPR harus dijalankan dengan sebaiknya. Guru
Besar dan Penolong Kanan yang lain akan sentiasa memantau PDPR sama ada melalui
group what’s app kelas atau pun melalui google meet yang dijalankan oleh guru-guru.

1.3 Pihak sekolah merakamkan ucapan terima kasih atas sumbangan buat Puan Nor Azian
binti Long dalam bentuk sumbangan wang dan juga bacaan yasin yang telah
berlangsung melalui google meet sebelum ini.

1.4 Pengerusi turut memaklumkan bahawa Puan Noor Haslina akan berpindah ke SK
Baharu Lanjut. Semoga kecemerlangan beliau dalam perkhidmatan terus dikekalkan.

2.0 PENGESAHAN MINIT MESYUARAT

2.1 Dicadang oleh : Pn. Rohana binti Aminudin

Disokong oleh : Pn. Roshida binti Nayan

3.0 PERKARA BERBANGKIT

3.1 HEM mengucapkan terima kasih kepada Unit B&K, iaitu Puan Norzirah kerana
mengambil tindakan yang efektif bagi menangani murid yang tercicir untuk mengikuti
PDPR dan juga yang terkesan ekoran pandemik ini.

3.2 Manakala berkaitan bantuan murid pula:


3.2.1 EMK : hanya tinggal 5 orang sahaja, memandangkan 2 orang lagi telah berpindah.
Penerimanya adalah melibatkan murid MBK.

3.2.2 RMT : murid yang menerima RMT pula seramai 25 orang murid, yang sebelum ini 27
orang berdasarkan kelayakan semasa.

3.2.3 KWAPM : 61 daripada 62 orang murid layak untuk menerima bantuan. Seorang telah
ditolak permohonannya atas justifikasi tidak memberi kerjasama, iaitu tidak menghantar
borang. Ia juga hasil keputusan bersama semasa mesyuarat AJK Bantuan di bawah
HEM.

3.2.4 Bantuan Pakaian Seragam Murid : Melibatkan murid tahap 2 sahaja. Pemilihannya
berdasarkan kepada penerima e-Kasih. Berdasarkan data di sistem, pada 25 Mac
2021 penerimanya seramai 12 orang. 16 April 2021 penerimanya seramai 6 orang, dan
yang terkini (pada 8 Julai 2021) hanya seorang sahaja yang menerimanya. Iaitu Nur
Sabrina Qistina binti Osman dari kelas 4 Gemilang.

3.3 Bayaran Yuran Tambahan Persekolahan Murid Bukan Warganegara (MBWN) iaitu
sebanyak RM 24.50.Ada dua orang MBWN yang tersenarai.

3.3.1 Murid yang terlibat ialah Nur Jannah binti Abd Rahim (2 Dinamik) dan Zahratul Jannah
binti Heriyawan (6 Dinamik). Kedua-dua murid tersebut memaklumkan telah membuat
pembayaran di pejabat dan resit akan dikeluarkan selepas PKP.

3.3.2 Sebelum ini, terdapat seorang lagi murid yang MBWN iaitu Nur Arlia (3 Dinamik).
Namun telah dipadamkan daripada senarai murid di APDM atas keizinan daripada PPD
kerana masih tidak membayar levi dan gagal hadir walaupun pelbagai usaha telah
dilakukan oleh pihak sekolah termasuk mengeluarkan surat amaran.

Tindakan : Makluman Guru

4.0 PERKARA BAHARU

4.1 Pelaporan Kes Covid-19 di Peringkat Sekolah

4.1.1 Pandemik Covid-19 yang melanda negara turut memberi kesan kepada murid sekolah
SKSML. Sehingga semalam (9 Julai 2021), seramai 4 orang murid telah positif Covid dan
laporan telah telah dihantar kepada PPD dan JPNS. Murid-murid tersebut ialah :

1) Nur Damia Diyana binti Mohd Hasrul – 1 Dinamik : Punca jangkitan daripada emak saudara
2) Intisor binti Mohd Firdaus – 2 Cemerlang : Punca jangkitan daripada ibu bapa
3) Mohamad Saif bin Ustamizah – 3 Dinamik : Punca jangkita daripada kakak
4) Nur Aleeya Nabihah binti Mohd Azmi – 6 Cemerlang : Punca jangkitan daripada adik beradik

4.1.2 Bahkan daripada guru juga tidak terkecuali, iaitu Cikgu Muqri yang mendapat jangkitan
daripada teman serumah.
4.1.3 HEM sentiasa cakna akan kes yang makin meningkat saban hari dan memaklumkan ke
dalam group what’s app kelas agar segera melaporkan sekiranya ada kes murid yang dijangkiti
Covid-19. Laporan melalui guru akan kelas akan dipanjangkan kepada PK HEM, seterusnya
kepada Guru Besar dan PPD. Daripada PPD akan dihantar kepada JPNS dan seterusnya
kepada KPM.

Tindakan : Guru Kelas

4.2 Program Bacaan Yasin


4.2.1 Rentetan peningkatan kes yang juga melibatkan murid SKSML, HEM bercadang untuk
membuat Bacaan Yasin bersama-sama dengan ibu bapa, murid-murid dan guru-guru. Ianya
adalah program kerjasama antara HEM, Panitia Pendidikan Islam serta Unit Bimbingan dan
Kaunseling. Program tersebut akan dilaksanakan pada 15 Julai 2021 secara youtube live jam 9
malam. Ustaz Zaidi bertanggungjawab untuk membuat poster makluman, manakala bacaan
Yasin diketuai oleh Ustaz Yahuza. Semoga usaha ini menjauhkan kita semua daripada
dijangkiti virus Covid-19.

Tindakan : Panitia Pendidikan Islam & UBK

4.3 Sistem Pendaftaran Atas Talian (SPATKPM)

4.3.1 Ibu bapa dan penjaga harus mengemaskini maklumat anak jagaan masing-masing di
SPATKPM dengan menggunakan kata laluan masing-masing. Sekiranya ibu bapa terlupa kata
laluan, guru kelas dikehendaki berhubung dengan guru data bagi menyelesaikan permasalahan
yang timbul berkaitan SPATKPM. Sekiranya berlaku perubahan maklumat dalam SPATKPM,
maka guru kelas pula perlu mengemaskini APDM murid terbabit.

Tindakan : Guru Kelas

4.3.2 Memandangkan pembantu guru data iaitu Ustazah Haslina akan berpindah ke sekolah
lain, maka keputusan bersama antara Guru Besar dan pentadbir sekolah telah bersepakat
melantik Ustazah Rohani menggantikan jawatan tersebut agar kerja berkaitan data berjalan
dengan lancar.

Tindakan : Makluman Guru & Ustazah Rohani


4.4 e-Daftar Rendah

4.4.1 Setakat ini, seramai 195 murid telah mendaftar untuk kemasukan Tahun 1 Sesi 2022 ke
SKSML. Jumlah ini telah meningkat berbanding seramai 184 sebelumnya. PK HEM telah
memperakukan jumlah tersebut dan yang tinggal hanya 4 orang sahaja lagi yang belum
menghantar borang. Ibu bapa murid tersebut telah dihubungi oleh PK HEM sendiri seorang
demi seorang termasuklah anak guru.

Tindakan : PK HEM

4.5 e-Daftar Menengah

4.5.1 Takwim pengurusan e-Menengah telah keluar. Ia juga telah dimaklumkan kepada guru-
guru tahun 6 melalui group what’s app Tahun 6. Guru kelas perlu mengemaskini profil murid-
murid mulai 1 hingga 31 Julai 2021.

4.5.2 Pada tahun lepas, group what’s app khas e-Menengah telah diwujudkan oleh PK HEM.
Pada tahun ini, maklumat ini dikongsi ke dalam group tahun 6 sahaja. Arahan terkini akan
dimaklumkan dari masa ke semasa.

Tindakan : Guru Kelas Tahun 6

5.0 HAL-HAL LAIN

5.1 Penghantaran e-RPH adalah sebagaimana yang telah dimaklumkan oleh Guru Besar,
iaitu pada setiap hari Jumaat atau selewat-lewatnya pada hari Isnin. Sebarang masalah perlu
berhubung dengan pihak pentadbir.

5.2 Terdapat aduan daripada ibu bapa yang mengatakan guru tidak menjalankan PDPR.
Hal ini dipandang serius oleh pihak sekolah dan siasatan telah dilakukan serta diambil
tindakan yang sewajarnya.

5.3 Selain itu, seeloknya guru menggunakan link Google Meet yang sama setiap subjek
bagi PDPR online untuk memudahkan ibu bapa dan penjaga, terutamanya bagi ibu bapa yang
bekerja. Ini kerana mereka tidak dapat membantu PDPR anak mereka sekiranya link tersebut
berubah-ubah.
5.4 PK HEM turut memaklumkan bagi murid yang mengikuti PDPR, nama mereka boleh
diisi di dalam SSDM untuk menambah amalan baik murid.

6.0 PENUTUP

6.1 Semoga guru-guru semakin bersemangat untuk mengajar walau apa pun cabaran yang
datang dan sentiasa membuat persediaan mental dan fizikal. Taklimat ditangguhkan pada jam
12:30 tengah hari.

Urus Setia
Setiausaha Hal Ehwal Murid
SK Sungai Merab Luar
Tarikh : 13 Julai 2021

You might also like