Cover Kertas Kerja HSN

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

KERTAS KERJA

PROGRAM BULAN SUKAN NEGARA


PERINGKAT SEKOLAH 2021

9 – 30 OKTOBER 2021

DISEDIAKAN OLEH :

ROHANI BINTI MOHAMMAD


SETIAUSAHA SAMBUTAN BULAN SUKAN NEGARA
PERINGKAT SEKOLAH 2021

SEKOLAH KEBANGSAAN ST. FRANCIS


JALAN RAJA OMAR
32000 SITIAWAN, PERAK

LAPORAN AKTIVITI BULAN


SUKAN NEGARA
SK ST. FRANCIS

TARIKH : 9 – 30 OKTOBER 2021

TEMPAT : KEDIAMAN MASING-MASING

1.0 PENGENALAN

Sambutan Bulan Sukan Negara disambut pada bulan Oktober. Sambutan ini adalah
inisiatif Kementerian Belia dan Sukan sebagai langkah proaktif dalam proses
transformasi ke arah mencapai hasrat menjadikan Malaysia sebagai sebuah ‘Negara
Bersukan’. Hari Sukan Negara diisi dengan lebih 17 000 aktiviti sukan dan riadah
untuk memastikan setiap lapisan masyarakat mengambil bahagian dalam meraikan
sambutan ini yang dijalankan secara serentak di seluruh negara.

2.0 MATLAMAT

Bulan Sukan Negara ini adalah penting dalam usaha kerajaan menggalakkan rakyat
menerapkan amalan budaya hidup cergas dan aktif memandangkan peratusan
masyarakat Malaysia yang aktif bersukan masih lagi rendah iaitu pada kadar sekitar
40 peratus berbanding dengan 50-60 peratus di negara maju. Budaya sukan melalui
amalan gaya hidup cergas dan aktif dapat membantu menurunkan kadar penyakit
kronik dalam kalangan rakyat Malaysia.

3.0 KUMPULAN SASARAN

Semua murid, guru dan ibu bapa SK St. Francis

4.0 ACARA

Pertandingan Video Pendek Jom Senam Kategori Murid, Ibu bapa dan Guru.

5.0 KEPUTUSAN PEMENANG PERTANDINGAN VIDEO PENDEK


JOM SENAM

TAHUN 1
1. CHE MUHAMMAD FARHAN BIN CHE RUSLAN 1B
2. MUHAMMAD FIRAS MUQRY BIN MOHD AMRI 1M
3. MOHAMMAD IZZI ALHAM BIN MOHAMMAD IZZAF 1M

TAHUN 2
1. MOHAMMAD IZZI ASYRAF BIN MOHAMMAD IZZAF 2M
2. MUHAMMAD DANIAL AFIQ BIN MUHAMAD IDRIS 2B
TAHUN 4
1. MUHAMMAD AINUR HAZWAN BIN MOHD KHALID 4M
2. MUHAMMAD ANIQ RIZQI BIN RAHIZAM 4B

TAHUN 5
1. MOHAMMAD IZZI AKMAL BIN MOHAMMAD IZZAF 5M
2. CHE MUHAMMAD FAIZ BIN CHE RUSLAN 5M
3. MUHAMAD RYAAN GADAFFIE PUTRA BIN ABDULLAH 5B

SAGUHATI
1. AKMARAYYAN DARWISY BIN AKMARIZAL 5M
2. MUHAMMAD NAUFAL DARWISY BIN MOHD AMRI 5B
3. AINUR HAFIZ BIN MOHD KHALID 5M
4. MUHAMMAD ZAQWAN BIN NAZRI 5B
5. MUHAMMAD DANISH AFIQ BIN MUHAMAD IDRIS 5M

KELUARGA
1. PN. NORHARLIZA BINTI MOHD JOHAR
2. PN. HAZIMAH BINTI MOHAMAD HASSAN

GURU
1. PN. ROHANI BINTI MOHAMMAD
2. PN. RASIDAH BINTI ABDOL MAJID

6.0 LAPORAN

Majlis pelancaran Bulan Sukan Negara telah dilaksanakan secara atas talian
pada 9 Oktober 2021 oleh Pn. Zaridah Binti Zuber, Guru Besar SK St. Francis.
Aktiviti yang dijalankan ialah Pertandingan Video Pendek Jom Senam.
Pertandingan ini dibahagikan kepada 3 kategori iaitu kategori murid, ibu bapa
dan guru. Penyertaan adalah kurang memuaskan kerana hanya murid Tahun 1,
2, 4 dan 5 sahaja yang menyertainya manakala bagi kategori ibu bapa dan guru
pula hanya 2 penyertaan sahaja. Hadiah telah disampaikan kepada para
pemenang pada sesi persekolahan 6 Disember 2021.

7.0 PENUTUP

Bulan Sukan Negara yang telah diadakan 9-30 Oktober 2021 berjalan lancar tetapi
kurang mendapat sambutan daripada murid Tahun 3,Tahun 6, ibu bapa dan guru.
Diharapkan pada tahun akan datang, semua murid terlibat dalam aktiviti yang
dijalankan. Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua guru, ibu
bapa dan murid yang terlibat dalam menjayakan program ini.

Disediakan oleh,

(Pn. Rohani Binti Mohammad)


Setiausaha,
Bulan Sukan Negara

You might also like