Latihan Rumusan - Berkelah

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Cikgu Roslan Daud

BERKELAH

Standard Pembelajaran
2.2.1 Membaca, mengenal pasti dan menjelaskan maklUMat tersURAt dan tersirat dengan betUL daripada pelbagai bahan
primer.

Baca petikan dan teliti wawancanra di bawah, kemUDIAn bUAt satU rumusan yang panjangnya tidak melebihi 120
patah perkataan. Anda digalakkan sUPAya menggUNakan ayat anda sendiri tanpa menGUBah maksUD asal petikan.

Bahan 1 – Petikan

Hujung minggu selalunya waktu penting bagi keluarga menghabiskan


masa berkualiti bersama. Berbanding dengan beristirahat di rumah, sesekali
anda boleh merancang dan melakukan aktiviti luar termasuk mendekatkan diri
dengan alam semula jadi. Malaysia mempunyai banyak lokasi menarik bagi
melakukan aktiviti luar bersama ahli keluarga seperti berkelah dan mandi-
manda di tepi sungai dan di pantai. Banyak manfaat aktiviti berkelah,
antaranya hubungan antara ahli keluarga dan rakan dapat dipererat selain
kesegaran tubuh serta minda dapat dipulihkan melalui udara yang segar. Hal
ini dikatakan demikian kerana suasana hutan dan pantai yang mempunyai
banyak pokok amat kaya dengan penghasilan oksigen yang diperlukan manusia.
Tambahan pula, aktiviti berkelah dapat memajukan industri pelancongan.

Sebelum berkelah, terdapat beberapa panduan untuk merancang


aktiviti perkelahan. Bagi menentukan pemilihan lokasi sama ada pantai, air
terjun, sungai mahupun tasik rekreasi, anda sewajarnya memberikan
beberapa pilihan destinasi kepada ahli keluarga sebelum mendapat
persetujuan bersama. Di samping itu, makanan ialah perkara penting yang
perlu dititikberatkan ketika berkelah. Sekiranya mempunyai masa terluang,
anda boleh menyediakan makanan berat seperti nasi bersama lauk-pauk
ringkas sebagai hidangan berat. Untuk lebih menarik, anda disarankan
melakukan aktiviti barbeku bersama- sama di tempat berkelah pilihan
sekeluarga. Tambahan pula, pakaian renang yang bersesuaian untuk semua
ahli keluarga hendaklah dibawa, begitu juga pakaian baharu sebagai salinan
selepas aktiviti mandi-manda.

Peralatan penting perlulah disenaraikan dan diteliti untuk dibawa ke


tempat perkelahan. Tidak sempurna sekiranya anda berkelah tetapi tidak
membawa barangan penting seperti tikar, barang untuk barbeku, pelampung
atau khemah dan joran. Selain itu, anda juga perlu membawa plastik sampah
bersama bagi tujuan pembersihan pada akhir aktiviti nanti. Alam yang indah
seharusnya dijaga dan dipelihara, usah dirosakkan gara-gara sikap lepas
tangan dan tidak bertanggungjawab. Sebelum pulang, anda sekeluarga
dinasihatkan melakukan pembersihan termasuk mengutip dan mengumpul
sampah seperti plastik makanan, kotak dan botol minuman ke dalam plastik
sampah yang dibawa. Sikap bertanggungjawab ini mampu memberikan
kesedaran dan contoh buat anak kecil supaya bersama-sama melindungi alam
yang menjadi warisan negara pada masa akan datang.

Dipetik dan diubah suai daripada


‘Berkelah di tepi sungai, pantai
oleh Aniza Zainudin,
myMetro, 30 Ogos 2019

1
Bahan 2 – Wawancara

Encik Sitam bin Ngah Pengusaha calet di Encik Alvin Chin Pengurus syarikat Encik Rahmat bin Abdul Rani Ketua
Sungai Siput kewangan Kampung Sungai Haji Dorani
“Kehadiran pengunjung untuk berkelah
“Saya gemar membawa anak-anak “Saya amat berbangga kerana kerajaan telah
dapat menambahkan pendapatan
berkelah pada hujung minggu. menjalankan projek inap desa di kampung
penduduk yang bergantung pada kami. Banyak peluang pekerjaan diwujudkan
Biasanya kami akan pergi ke Taman
aktiviti pelancongan. Dengan adanya untuk penduduk tempatan. Golongan muda
Tasik Titiwangsa atau Hutan Lipur
kemajuan di kampung kami, taraf tidak lagi menganggur sekali gus
Sungai Kanching yang berhampiran mengurangkan kadar penghijrahan mereka
hidup masyarakat dapat ditingkatkan
dengan Kuala Lumpur. Dengan memilih ke bandar untuk mencari pekerjaan.”
sekali gus mengurangkan kadar
perkelahan di dalam negara, ekonomi
kemiskinan
negara dapat ditingkatkan.”
tegar.”

ANALISIS BAHAN
Tema : aktiviti berkelah/perkelahan _
Fokus 1 :manfaat-manfaat aktiviti perkelahan _
Fokus 2 : panduan-panduan untuk merancang akiviti perkelahan _
Fokus 3 : - _

PANDUAN MENULIS RUMUSAN

1. Baca bahan yang diberikan untuk mendapatkan tema.


2. Baca kali kedua untuk mencari fokus. Gariskan isi penting dan catat fokus pada isi
untuk mengelakkan kekeliruan.
3. Tulis pendahuluan dengan menyatakan kesemua fokus yang ditemui.
4. Tulis isi mengikut fokus. Jika ada tiga fokus, maka asingkan setiap fokus dalam
perenggan yang berbeza.
5. Pastikan isi yang ditulis ialah ayat yang gramatis, iaitu mengandungi subjek dan
predikat. Jangan ubah isi sesuka hati.
6. Tulis kesimpulan yang mengandungi cadangan, tema dan kesan [harapan].
7. Kira dan tulis patah perkataan pada akhir rumusan.

PEMARKAHAN RUMUSAN

Item Keterangan Markah


1 Pendahuluan Fokus 1 + Fokus 2 + Fokus 3 2 markah
2 Isi Pilihan 1 Pilihan 2 Pilihan 3 Pilihan 4 16 markah
Fokus 1 6 5 5 4
Fokus 2 2 3 2 2
Fokus 3 1 2
Jumlah isi 8 8 8 8
3 Kesimpulan Cadangan + Tema + Harapan 2 markah
4 Bahasa 10 markah
JUMLAH 30 markah
Pendahuluan-

Rumusan membincangkan manfaat-manfaat dan panduan-panduan untuk


merancang aktiviti perkelahan.

Kesimpulannya- masyarakat perlulah merancang aktiviti berkelah dengan teliti


supaya menjadikannya lebih lancar dan menyeronokkan

You might also like