Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

தேசிய வகை தமிழ்ப்பள்ளி பத்தாங்காலி

Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Batang Kali


44300 Batang Kali, Selangor

KERTAS KERJA

PROGRAM SAHSIAH UNGGUL MURID

TAHUN 2021

TARIKH

22 NOVEMBER 2021

ANJURAN
UNIT KOKURIKULUM

PENGENALAN
Program Sahsiah Unggul Murid ini merupakan satu pendekatan dalam Unit

Kokurikulum yang boleh digunakan untuk memberi pendedahan terancang ke arah

pembentukan sikap yang positif, keyakinan diri, nilai-nilai murni, perkembangan potensi

dan sifat-sifat kepimpinan bagi melahirkan murid-murid yang bertanggungjawab dan

beradab.

RASIONAL

Program Sahsiah Unggul Murid ini merupakan salah satu cara untuk meningkatkan

kesedaran murid terhadap kepentingan mengamalkan sikap positif. Program ini juga

menggalakkan murid supaya sentiasa berusaha membaiki diri demi mencapai

kecemerlangan akademik dan sahsiah diri. Pada masa yang sama, program ini

membimbing murid-murid dalam membuat perancangan yang teratur sebelum

melibatkan diri dalam pertandingan yang akan dianjurkan melalui program ini.

OBJEKTIF

 Meningkatkan sahsiah dan moral murid dengan lebih baik

 Memantapkan lagi tingkah laku positif dalam kalangan murid

 Memperkembangankan potensi dan keyakinan diri murid

SASARAN
Murid Tahap 1 ( Tahun 1, Tahun 2 & Tahun 3 ) - 127 orang murid
Murid Tahap 2 ( Tahun 4, Tahun 5 & Tahun 6 ) - 160 orang murid

TEMPOH PELAKSANAAN

HARI / TARIKH / MASA PERTANDINGAN SASARAN


 Pertandingan Bercerita Nilai-
Nilai Murni Murid Tahap 1
ISNIN
 Pertandingan Hafalan Nilai
Moral
22 NOVEMBER 2021
 Pertandingan Melukis Poster
Nilai Murni
7.40AM - 1.00PM Murid Tahap 2
 Pertandingan Membuat Folio
Nilai Murni

ANGGARAN PERUNTUKAN

BIL. PERKARA JUMLAH


1.
HADIAH PESERTA
JOHAN 48 X RM 10
RM 480
NAIB JOHAN 48 X RM 8
RM 384
KETIGA 48 X RM 6
RM 288
KEEMPAT 48 X RM 5
RM 240
KELIMA 48 X RM 5
RM 240

RM 1632
JUMLAH KESELURUHAN
Catatan : Bilangan Pertandingan (4 ) x Jumlah Hadiah (12) = 48

JAWATANKUASA INDUK

Pengerusi : EN. PERUMAL A/L RAMAN


Guru Besar
Timbalan Pengerusi : PN. SIVAGAMI SUNDARI A/P THRUVANKADAM
PK Kokurikulum

Naib Pengerusi I : PN. SARASWATHY A/P BHASKARAN


PK Pentadbiran

Naib Pengerusi II : PN. LOGANAYAKI A/P GANESAN


PK Hal Ehwal Murid

Setiausaha : CIK. YOGEENTRY A/P GANESON

JAWATANKUASA PELAKSANA

AJK SIJIL DAN HADIAH :


1. PN.MUTHUMOGANA A/P KUMARASAMY
2. EN.THANASEELAN A/L THIRUMANY
3. PN.NIRMALA A/P ARUJUNAN
4. PN.SARALADEVI A/P RATHAKRISHNAN
5. PN.KAVITHA A/P AINAK

AJK DOKUMENTASI :
1. PN.REVATHI A/P VASUTHEVEN
2. EN.YOGARAJAN A/L SUPURAIYAH
3. CIK.HEMALATHA A/P APPADOREY
4. PN.SITHIRAKALA A/P SOCKALINGAM

PENUTUP

Adalah diharapkan agar program yang dirancang dapat berjalan dengan lancar dan

berjaya mencapai objektifnya. Marilah kita berdoa agar murid-murid SJKT Batang Kali
akan memperoleh kejayaan yang gemilang dalam semua aspek pada masa-masa yang

akan datang.

DISEDIAKAN OLEH,

( CIK. YOGEENTRY A/P GANESON )


SETIAUSAHA
PROGRAM SAHSIAH UNGGUL MURID 2021
SJK (T) BATANG KALI

DISEMAK OLEH,

( PN. SIVAGAMI SUNDARI A/P THRUVANKADAM )


PK KOKURIKULUM
SJK (T) BATANG KALI

DISAHKAN OLEH,

You might also like