Kertas Cadangan Anugerah Nilam 2021

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

KERTAS CADANGAN

Tajuk:

KERTAS CADANGAN
ANUGERAH NILAM
2021

Disediakan oleh:

UNIT SUMBER DAN TEKNOLOGI PENDIDIKAN


SEKTOR PEMBELAJARAN
PEJABAT PENDIDIKAN DAERAH LUNDU

KERTAS CADANGAN BIL.1/ 2021


KERTAS CADANGAN
ANUGERAH NILAM
DAERAH LUNDU 2021

1. Dikemukakan oleh:
Unit Sumber dan Teknologi Pendidikan
Sektor Pembelajaran

2. Dikemukakan kepada:
3. Pegawai Pendidikan Daerah Pejabat
Pendidikan Daerah Lundu

4. Tujuan:
Kertas cadangan ini bertujuan untuk memohon kelulusan Pejabat Pendidikan Daerah Lundu
untuk melaksanakan Pertandingan Anugerah NILAM 2021 yang akan dilaksanakan di
Peringkat Daerah Lundu.

5. Objektif Anugerah NILAM 2021:


5.1 Menggalakkan program galakan membaca dalam kalangan pelajar.
5.2 Menyemai budaya membaca di peringkat sekolah.
5.3 Menggalakkan pembacaan berkualiti.
5.4 Memberi pendedahan kepada pelajar tentang literasi maklumat.
5.5 Meningkatkan keyakinan pelajar dalam aktiviti komunikasi.
5.6 Mencungkil bakat pelajar.
5.7 Membina jaringan dan jalinan dengan institusi dan komuniti setempat.

6. Rasional Program:.
Purata bacaan NILAM bagi daerah Lundu masih belum mencapai KPI bacaan
peringkat negeri Sarawak iaitu 30 buah buku setahun.

7. Cadangan tarikh/hari/masa/tempat:

Tarikh : 12 Oktober 2020


Hari : Isnin
Masa : Sila rujuk Jadual
Tempat : PKG Lundu,Google Meet

8. Tentatif program:

10 Oktober 2021 -Taklimat Guru NILAM

12 Oktober 2021- Pertandingan Anugerah NILAM


9. Kumpulan sasaran:
Murid Sekolah Rendah Tahun 5 & murid sekolah menengah Tingkatan 4

10. Kategori

Terdapat empat (4) kategori:


1) Sekolah Rendah ( Bahasa Melayu )
2) Sekolah Rendah ( Bahasa Inggeris )
3) Sekolah Menengah ( Bahasa Melayu )
4) Sekolah Menengah ( Bahasa Inggeris )

10 .Perlaksanaan program

1) Penilaian INDIVIDU

Penilaian akan dibuat berdasarkan:


1. Resensi Buku – 5 minit
2. Soalan terbuka – 5 Minit

2. Penilaian KUMPULAN
 2 orang dalam satu (1) kumpulan
 Penetapan ahli kumpulan akan dipilih melalui cabutan dari senarai daerah (sesi cabutan
nombor akan dimaklumkan kemudian).
 Berdasarkan soalan pengetahuan am yang akan disediakan oleh urus setia.
 Soalan akan diedar seminggu sebelum penilaian.
 Penilaian kumpulan akan dibuat secara bersemuka.
 Peserta dan guru pengiring harus hadir mengikut masa yang ditetapkan.
 20 minit diperuntukkan untuk penilaian kumpulan.
 Ahli-ahli dalam kumpulan perlu bekerjasama kerana perlu bersaing dengan
kumpulan lain untuk dinobatkan sebagai KUMPULAN TERBAIK.
 Markah akan diberi secara berkumpulan bukan secara individu.

11. Anggaran Kos:

BIL PERKARA ANGGARAN KOS CATATAN


2 Hadiah & Sijil Trofi & Sijil Anugerah NILAM
Daerah Lundu 2020:
1. Kategori Sekolah Menengah
(Bahasa Inggeris dan Bahasa
Melayu)
a. Johan
b. Naib Johan
c. Tempat Ke-3 JUMLAH: RM800.00
d. Tempat ke -4
e. Tempat ke -5
2. Kategori Sekolah Rendah(Bahasa
Inggeris dan Bahasa Melayu)

a. Johan
b. Naib Johan
c. Tempat Ke-3
d. Tempat Ke-4

JUMLAH: RM800.00
12. KESIMPULAN

Diharap program yang dilaksanakan dalam bentuk pertandingan ini akan dapat
memupuk budaya membaca dalam kalangan warga sekolah khususnya dan masyarakat
Malaysia amnya.

SOKONGAN / ULASAN
Permohonan untuk melaksanakan Pertandingan Anugerah NILAM 2021 pada tarikh seperti tercatat di
atas
*disokong dengan syarat memenuhi semua pekeliling kewangan dan arahan perbendaharaan yang
sedang berkuat kuasa.

…..............………………………
YUSBI BIN HAJI ALI
Timbalan Pegawai Pendidikan
Sektor Pembelajaran
Pejabat Pendidikan Daerah Lundu

Tarikh:

KELULUSAN KETUA PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH MIRI


Permohonan untuk melaksanakan Pertandingan Anugerah NILAM 2021 pada tarikh seperti tercatat di
atas
*diluluskan dengan syarat memenuhi semua pekeliling kewangan dan arahan
perbendaharaan yang sedang berkuat kuasa.

…..............………………………
KUSWADY BIN CHIL
Pegawai Pendidikan Daerah
Pejabat Pendidikan Daerah Lundu

Tarikh:

You might also like