Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 29

KOD/NAMA KURSUS :

JIB2004 / LARAS BAHASA MELAYU

PROGRAM PENGAJIAN :
IJAZAH SARJANA MUDA
BAHASA MELAYU PROFESIONAL

SEMESTER:
SEMESTER 2 (20/21)

TAJUK:
ANALISIS LARAS BAHASA MELAYU KLASIK DALAM
HIKAYAT MERONG MAHAWANGSA

PENSYARAH:
DR. AKHMAD BIN MANSUR

NAMA AHLI KUMPULAN NO.MATRIK


NORHAZIQAH BINTI ABDUL HAMID JIB190018 / 17203290
NOR ASIFA BT MUHAMAD GHANAFI JIB190017 / 17205495
NURUL HUDA BINTI ISMAIL JIB190036 / 17206556
NURUL SUHAILA BINTI MOHD SAHID JIB190039 / 17205916

Bil. Senarai Kandungan Muka Surat


1.0 Pengenalan 1
2.0 Sorotan Kajian 2
3.0 Permasalahan Kajian 4
4.0 Objektif Kajian 5
5.0 Korpus Kajian 5
6.0 Batasan Kajian 5
7.0 Metodologi Kajian 6
8.0 Definisi Operasional 7
9.0 Dapatan Kajian 9
10.0 Kesimpulan 22
Rujukan 23
Lampiran 24
1.0 PENGENALAN
Menurut Ab. Razak (2008:1) konsep laras telah mendapat perhatian dalam

kalangan ahli-ahli bahasa, khususnya mereka yang terlibat dengan kajian

sosiolinguistik. Dalam bahagian latar belakang laras ini, menurut Ab. Razak (2008:2)

lagi, kajian pertama yang berkaitan dengan laras dilakukan oleh Malinowski (1923)

dan seterusnya dikembangkan oleh Firth (1957). Beliau melakukan kajian di gugusan

pulau Pasifik Selatan atau lebih dikenali sebagai Kepulauan Trobriand. Dalam kajian

yang dilakukan, beliau mendapati bahawa dalam kehidupan ahli-ahli dalam sesebuah

masyarakat, bahasa menggambarkan perlakuan dan menjelaskan masyarakat serta

fungsi-fungsi emotif kesedaran tentang komunikasi phatik.

Laras secara umumnya boleh didefinisikan sebagai gaya atau cara penggunaan

sesuatu bahasa. Menurut Asmah (Ab. Razak, 2008:3) laras bahasa adalah kelainan

bahasa yang digunakan mengikut bidang, seperti bidang ilmu dan bidang sosial.

Sesuatu laras bermaksud variasi yang ada pada tiap-tiap penutur dan kebiasaannya

berubah mengikut situasi. Misalnya, bahasa Melayu klasik berbeza dengan bahasa

Melayu moden pada hari ini disebabkan bahasa Melayu moden hari ini telah banyak

mengalami perubahan bentuk, di samping pertambahan ilmu-ilmu baharu yang

diperkatakan oleh bahasa ini.

Laras bahasa Melayu klasik merupakan salah satu daripada laras bahasa Melayu

lama yang masih lagi terdapat dalam teks-teks sastera, undang-undang ataupun prosa

klasik (Ab Razak,12). Selain itu, laras ini juga memiliki beberapa ciri tertentu yang

berlainan daripada laras-laras yang lain. Dalam kajian yang akan dilakukan ini akan

membincangkan ciri-ciri laras hikayat dengan menggunakan pendekatan Ure dan Ellis

(1977). Menurut Ure dan Ellis (1997), dua aspek yang perlu diberikan penekanan

ialah ciri-ciri keperihalan dan ciri-ciri linguistik. Ciri-ciri keperihalan ini dapat

1
dibahagikan kepada situasi luaran dan situasi persekitaran. Ciri-ciri linguistik pula

terdiri daripada aspek tatabahasa, leksikal dan ketenunan.

Dalam kajian ini, pengkaji akan mengenal pasti ciri-ciri keperihalan dan ciri-ciri

linguistik dalam Hikayat Merong Mahawangsa. Seterusnya pengkaji akan

menganalisis ciri-ciri keperihalan dan ciri-ciri linguistik yang terdapat dalam Hikayat

Merong Mahawangsa menurut pendekatan Ure dan Ellis (1997)

2.0 SOROTAN KAJIAN

Sorotan kajian bertujuan untuk memberikan maklumat kepada pengkaji

dengan isu, idea, teori, pendekatan dan kajian empirikal yang telah dijalankan iaitu

yang berkaitan dengan topik. Terdapat beberapa kajian terdahulu yang telah mengkaji

berkaitan dengan laras bahasa Melayu klasik dan dijadikan sebagai rujukan dalam

kajian ini.

Antaranya ialah buku yang bertajuk Kepelbagaian Laras Bahasa Melayu yang

ditulis oleh Ab. Razak (2019) yang telah diterbitkan oleh Akademi Pengajian Melayu,

Universiti Malaya, Kuala Lumpur. Buku ini mengandungi perbincangan tentang jenis-

jenis laras yang terdapat dalam bahasa Melayu. Setiap jenis laras telah dibincangkan

dan dianalisis dengan menggunakan pendekatan Ure & Ellis secara mendalam.

Analisis-analisis yang dilakukan dalam buku ini melibatkan perbincangan tentang

ciri-ciri keperihalan dan ciri-ciri linguistik bagi setiap jenis laras. Bagi ciri

keperihalan, terdapat beberapa aspek yang dibincangkan iaitu aspek situasi luaran dan

aspek situasi persekitaran. Aspek situasi persekitaran yang dibincangkan merangkumi

cara penyampaian, hubungan sosial & peribadi, bahan yang diperkatakan, dan fungsi

sosial perlakuan bahasa. Bagi ciri-ciri lingistik pula, terdapat juga beberapa aspek

yang dibincangkan secara terperinci iaitu aspek kosa kata, aspek ayat, dan aspek

2
ketenunan. Perbincangan juga menjurus kepada persamaan dan juga kelainan antara

setiap laras dengan tujuan untuk memudahkan pembaca bagi membuat perbandingan.

Selain itu, kajian yang bertajuk Kepelbagaian Laras Bahasa yang Terdapat dalam

Sulalatus Salatin oleh Nor Kamilah Binti Said (2014) telah dilakukan bagi mengenal

pasti dan meneliti laras bahasa yang terdapat dalam salah satu karya agung Melayu

iaitu Kitab Sulalatus Salatin yang ditulis oleh Tun Sri Lanang. Kaedah kepustakaan

digunakan oleh pengkaji untuk mendapatkan maklumat berkaitan kepelbagaian laras

tersebut. Laras bahasa Melayu klasik dan laras bahasa Melayu moden diberikan

perhatian oleh pengkaji. Bahasa Melayu klasik yang dikaji harus mengandungi aspek-

aspek bahasa seperti susunan dan pilihan pola ayat serta perbendaharaan kata

manakala laras bahasa Melayu moden pula dirangkumi oleh laras pantun bahasa

Melayu lama, laras agama, laras bahasa himbauan. Namun begitu, kajian tentang laras

bahasa Melayu moden agak sukar dilakukan oleh kerana bahan yang digunakan terdiri

daripada teks bahasa Melayu lama.

Seterusnya, kajian yang bertajuk Kajian Teks Bahasa Klasik oleh Saiful Nizam.

Perbincangan dalam kajian ini adalah tentang aspek morfologi dan aspek sintaksis

dalam teks-teks sastera klasik dan akan dianalisis secara mendalam. Tujuan kajian ini

dilakukan adalah untuk membezakan penggunaan bahasa Melayu klasik dengan

bahasa Melayu moden dari sudut morfologi dan sintaksis. Teks sastera klasik yang

telah digunakan dalam perbincangan ini ialah teks daripada Hikayat Langlang Buana

dan Hikayat Siak. Perbincangan tentang aspek morfologi bahasa Melayu klasik terdiri

daripada penggunaan bahasa istana, proses pembentukan kata, penggunaan kosa kata

Arab, penggunaan kata tunjuk (itu), penggunaan kata penegas, penggunaan partikel (-

lah) dan partikel (-pun), penggunaan kata pangkal ayat serta penggunaan kata hubung.

Perbincangan tentang aspek sintaksis dalam bahasa Melayu klasik pula merangkumi

3
penggunaan ayat yang meleret-leret, ayat songsang, ayat pasif, unsur perulangan kata

dalam ayat dan juga ayat majmuk.

Sorotan kajian ini memperlihatkan kajian terdahulu mempunyai kaitan dengan

ciri keperihalan dan ciri linguistik terutamanya dalam laras bahasa Melayu klasik. Hal

ini menunjukkan bahawa kesesuaian kajian-kajian ini untuk dirujuk dan diaplikasikan

dalam kajian yang ingin dilakukan.

3.0 PERMASALAHAN KAJIAN

Berdasarkan penemuan kajian-kajian lepas, terdapat satu sahaja penulisan ilmiah

yang berfokus kepada ciri keperihalan dan ciri linguistik yang dikemukakan oleh Ure

& Ellis tentang bahasa Melayu klasik iaitu yang dibincangkan dalam buku

Kepelbagaian Laras Bahasa Melayu oleh Ab. Razak Ab. Karim. Situasi ini

menunjukkan bahawa bilangan penulisan ilmiah yang berkaitan dengan topik ini

tidaklah banyak terutama sekali dalam ruangan internet. Namun begitu, terdapat juga

kajian tentang ciri bahasa sastera klasik dan ini sememangnya membantu juga para

pengkaji untuk mengkaji topik laras bahasa Melayu klasik dari aspek ciri keperihalan

dan ciri linguistik kerana kajian-kajian tentang bahasa klasik tersebut banyak

membincangkan tentang ciri linguistik bahasa klasik. Pada masa kini, minat terhadap

pembacaan karya Melayu klasik ini semakin merundum dalam kalangan masyarakat

terutama sekali golongan remaja. Hal ini disebabkan oleh karya-karya bahasa Melayu

klasik ini agak sukar untuk difahami isi ayatnya yang berbelit-belit dan sebagainya.

Perkara ini tidak boleh dibiarkan berlaku secara berterusan kerana kesenian bahasa

Melayu klasik ini perlu diketahui oleh generasi kini dan akan datang untuk

memelihara salah satu aset ternilai dalam budaya dan tamadun bangsa Melayu. Oleh

itu, kajian ini dibuat untuk menambahkan jumlah kajian mengenai laras bahasa

4
Melayu klasik yang membincangkan ciri keperihalan dan ciri linguistik dengan

terperinci supaya dapat membantu masyarakat memahami keunikan laras bahasa

Melayu klasik ini dengan lebih jelas.

4.0 OBJEKTIF KAJIAN


1. Mengenal pasti ciri keperihalan dan ciri linguistik dalam Hikayat Merong

Mahawangsa berdasarkan pendekatan Ure & Ellis (1977).

2. Menganalisis ciri keperihalan dan ciri linguistik dalam Hikayat Merong

Mahawangsa berdasarkan pendekatan Ure & Ellis (1977).

5.0 KORPUS KAJIAN

Hikayat Merong Mahawangsa merupakan hikayat klasik yang dipilih sebagai bahan

kajian ini. Terjemahan Hikayat Merong Mahawangsa yang ditulis oleh R.J. Wilkinson

ini telah diterbitkan oleh Syafiq Hadzir dengan kerjasama Unit Pemeliharaan dan

Pendigitilan di Bahagian Teknologi Maklumat dan Prasarana Ilmu Perpustakaan Tun

Sri Lanang, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kajian ini akan mengenal pasti dan

menganalisis ciri-ciri keperihalan dan ciri-ciri linguistik dalam bab 2 Hikayat Merong

Mahawangsa pada muka surat 15 sehingga 22 berdasarkan pendekatan Ure & Ellis

(1977).

6.0 BATASAN KAJIAN

Kajian ini memilih Hikayat Merong Mahawangsa sebagai korpus kajian. Walau

bagaimanapun, pengkaji tidak akan mengkaji keseluruhan teks dan telah

membataskan kajian kepada beberapa helai muka surat sahaja. Hikayat ini

mempunyai 5 bab keseluruhannya, tetapi pengkaji hanya berfokus pada bab yang

kedua dan hanya pada muka surat 15 sehingga 22.

5
7.0 METODOLOGI KAJIAN

Pengkaji menggunakan dua kaedah utama dalam menganalisis laras klasik yang

bertajuk Hikayat Merong Mahawangsa, iaitu kaedah kepustakaan dan kaedah analisis

teks. Pengkaji menggunakan kaedah kepustakaan untuk mendapatkan maklumat

tambahan. Pengkaji telah membuat rujukan buku yang berkaitan dengan laras di

Perpustakaan Akademi Pengajian Melayu dan Perpustakaan Awam. Pada masa yang

sama, pengkaji juga telah melakukan kajian pustaka secara maya dengan merujuk

laman-laman web tertentu untuk mendapatkan maklumat dalam tesis dan jurnal

daripada tokoh-tokoh bahasa yang terkemuka. Kajian ini juga menggunakan laman

sesawang untuk mencari maklumat berkaitan dengan laras. Kaedah analisis teks pula

merujuk kepada pengkaji memuat turun bahan daripada laman

https://www.academia.edu/38287270/Hikayat_Merong_Mahawangsa_Bab_2_Raja_O

ng_Maha_Perita_Deria_pdf. Teks Hikayat Merong Mahawangsa telah dipilih sebagai

bahan kajian kerana ia bersesuaian dengan kajian yang ingin dilakukan, iaitu laras

bahasa Melayu klasik. Pengkaji menggunakan kaedah ini kerana memilih untuk

menganalisis laras bahasa klasik untuk melihat ciri-ciri keperihalan dan ciri-ciri

linguistik berdasarkan pendekatan Ure & Ellis (1977).

6
8.0 DEFINISI OPERASIONAL

Berikut merupakan beberapa istilah yang digunakan dalam kajian ini;

8.1 Laras Bahasa

Menurut Ab. Razak (2019:2) laras didefinisikan sebagai kelainan bahasa yang

digunakan oleh penutur dalam kehidupan sehari-harian mereka. Seseorang penutur itu

akan mengubah larasnya bergantung pada keadaan ataupun situasi sesuatu peristiwa

bahasa itu berlangsung.

8.2 Laras Bahasa Melayu Klasik

Menurut Ab. Razak (2019:12) laras bahasa Melayu klasik merupakan salah satu

daripada laras bahasa Melayu lama yang masih lagi terdapat dalam teks-teks sastera,

undang-undang ataupun prosa klasik. Laras ini memiliki beberapa ciri tertentu yang

berlainan daripada laras-laras yang lain. Ure & Ellis (1977) telah membahagikan ciri-

ciri laras klasik kepada 3 ciri, iaitu situasi luaran, situasi persekitaran dan ciri-ciri

linguistik. Ciri-ciri linguistik terdiri daripada aspek tatabahasa, leksikal dan

ketenunan.

8.2.1 Situasi Luaran

Menurut Ure & Ellis (1977), situasi luaran ialah latar belakang sosial dan budaya

sesebuah masyarakat bahasa yang merangkumi struktur sosial dan keseluruhan cara

hidup masyarakat yang menentukan pelakuan anggota masyarakat.

8.2.2 Situasi Persekitaran

Menurut Ure & Ellis (1977) situasi persekitaran pula mencakupi aspek-aspek yang

terlibat secara langsung dalam penggunaan bahasa dan menurut mereka, situasi

persekitaran terangkum di dalamnya empat aspek penting iaitu, cara penyampaian,

hubungan sosial dan peribadi, bahan yang diperkatakan, dan fungsi sosial perlakuan

bahasa.

7
8.2.3 Ciri-ciri Linguistik

Menurut Ure & Ellis (1977) ciri-ciri linguistik dapat dibahagikan kepada tiga aspek

iaitu aspek kosa kata, aspek ayat dan aspek ketenunan.

i. Kosa Kata

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2015), kosa kata bermaksud keseluruhan kata

dalam sesuatu bahasa atau perbendaharaan kata. Ure & Ellis (1977) menyatakan

dalam aspek kosa kata, perkara utama yang diberikan tumpuan ialah penggunaan

kata dalam sesuatu laras, sama ada laras yang diperkatakan itu banyak

menggunakan istilah khusus atau istilah umum ataupun tidak ada penggunaan istilah

langsung. Sekiranya sesuatu laras itu banyak menggunakan istilah, akan wujud

istilah-istilah yang berlainan berdasarkan bidang yang diperkatakan oleh laras

tersebut.

ii. Aspek Ayat

Menurut Ure & Ellis (1977) dalam aspek ayat pula penekanannya ialah pada jenis

ayat dan juga binaan ayat yang digunakan dalam sesuatu laras. Terdapat ayat

tunggal dan ayat majmuk yang digunakan dalam sesuatu laras. Menurut Nik Safiah

Karim (2015), ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu

predikat. Ayat majmuk pula ialah ayat dibina dengan mencantumkan dua ayat atau

lebih, dan percantuman ayat-ayat itu disusun mengikut cara tertentu sehingga

menjadikannya ayat baharu.

iii. Aspek Ketenunan

Menurut Ure & Ellis (1977), aspek ketenunan ialah keutuhan sesuatu laras sebagai

sebuah teks dan berkaitan dengan unsur-unsur tertentu yang digunakan oleh pemeran

dalam sesuatu laras.

8
9.0 DAPATAN KAJIAN
Terdapat ciri keperihalan dan ciri linguistik yang diberi penekanan dalam kajian ini.

Ciri keperihalan terdiri daripada situasi luaran dan situasi persekitaran manakala ciri

linguistik pula dilihat dari aspek leksikal, tatabahasa serta aspek ketenunan dalam

teks. Berikut merupakan dapatan kajian yang dibincangkan oleh pengkaji;

9.1 Situasi Luaran

Menurut Ure & Ellis (1977), situasi luaran ialah latar belakang sosial dan budaya

sesebuah masyarakat bahasa yang merangkumi struktur sosial dan keseluruhan cara

hidup masyarakat yang menentukan pelakuan anggota masyarakat. Berikut

merupakan situasi luaran yang terdapat dalam Hikayat Merong Mahawangsa (Bab 2);

9.1.1 Latar Belakang Sosial

Dalam bab ini menceritakan tentang asal usul keturunan raja, penubuhan kerajaan dan

pembukaan negeri berdasarkan mitos dan lagenda atau cerita-cerita khayalan yang

dipercayai oleh masyarakat, sama ada bersifat tempatan, bersifat hindu ataupun cerita-

cerita yang berasal daripada pengaruh Islam. Hampir setiap kerajaan Melayu zaman

dahulu mempunyai hasil sastera sejarahnya tersendiri. Berikut merupakan latar

belakang sosial yang terdapat dalam bab ini:

i. Maka Raja Merong Mahawangsa pun duduk di dalam negeri yang baharu
diperbuatnya itu, hingga sampai beroleh seorang putera laki-laki, terlalu amat
baik rupa parasnya, serta dengan besar, panjang nipis, agung-agungan, ditakuti
pula oleh orang sekalian.
ii. Maka titah Raja Merong Mahawangsa, Jika demikian hendaklah kita
namakan negeri ini Negeri Kedah Zamin Turan sebutannya. Serta titahnya, ‘Hai
anakku Raja Merong Mahapudisat, jikalau anakku beroleh anak pada zaman ini,
hendaklah anakku rajakan akan dia seorang sebelah utara barat laut, seorang
sebelah selatan timur menenggara daripada negeri Kedah ini, dan seorang
sebelah matahari naik antara timur laut.

9
Dalam teks i) di atas menceritakan tentang asal usul keturunan raja Kedah yang

bermula daripada Raja Merong Mahawangsa. Beliau telah berkahwin dan mendapat

seorang putera bernama Raja Merong Mahapudisat. Raja Merong Mahapudisat telah

dirajakan di negeri Kedah. Seterusnya Raja Merong Mahapudisat dikahwinkan

dengan seorang anak raja perempuan dan memperoleh empat orang anak, iaitu tiga

orang putera dan seorang puteri.

Dalam teks ii) pula ada menceritakan peristiwa tentang penubuhan negeri. Teks

ii) di atas dinyatakan dengan kisah permulaan Negeri Kedah Zamin Turan. Negeri

Kedah Zamin Turan ialah nama yang telah diberikan oleh Raja Merong Mahawangsa

setelah baginda merajakan anakandanya iaitu Raja Merong Mahapudisat di negeri

tersebut. Raja Merong Mahawangsa juga telah memerintahkan sekiranya Raja

Merong Mahpudisat memperoleh anak, maka beliau perlulah merajakan setiap

anaknya di setiap bahagian dalam negeri Kedah tersebut.

Jelaslah dalam kedua-dua teks di atas, kisah asal usul keturunan raja dan

pembukaan sesuatu kawasan sememangnya menjadi cerita utama. Hal ini kerana,

terdapat peristiwa pengembaraan, meluaskan kuasa jajahan serta usaha memajukan

kawasan yang terbiar tanpa penghuni dan kemajuan dalam hikayat ini.

9.1.2 Budaya Masyarakat

Dalam bab ini ada mengambarkan cara hidup dan pemikiran masyarakat Melayu.

Menurut Kamus Dewan (2005), budaya diklasifikasikan sebagai satu cara hidup yang

diamalkan oleh kumpulan tertentu. Dalam bab ini memperlihatkan masyarakat masih

lagi mengamalkan sistem feudal. Dalam sistem ini kuasa pemerintah berada pada

tangan raja dan raja berada pada tatatingkat tertinggi dalam sistem pemerintahan.

Oleh itu, menghormati raja dan pemimpin merupakan perilaku atau perkara yang

10
sudah diamalkan sejak dahuju lagi sehinggalah sekarang. Segala kata-kata raja tidak

boleh dibantah dan sering kali menjadi undang-undang. Dengan itu, segala perkara

yang berlaku pada raja akan diketengahkan dan menjadi tumpuan cerita dalam bab

ini. Situasi ini dapat digambarkan daripada kata-kata yang digunakan dalam bab ini;

i. Maka titah Raja Merong Mahawangsa, jikalau demikian, hendaklah tuan


hamba perbuat surat, kita pinta sebiji tempayan ,yang besar daripada segala
tempayan yang banyak banyak itu kepada Raja Kelinggi itu, kemudian boleh kita
ambil khabar anaknya.
ii. Setelah demikian titah Raja Merong Mahawangsa, maka dialatkan oleh
menterinya dua buah perahu, serta segala barang-barang dagangan mana yang
patutnya serta dua orang menteri menjadi utusannya.

Dalam kedua-dua teks di atas, penulis menggambarkan cara hidup dan pemikiran

masyarakat Melayu yang berkaitan golongan raja dan orang bawahan. Raja Merong

Mahawangsa yang merupakan pemerintah negeri itu mengarahkan orang bawahannya

iaitu menteri-menterinya untuk menghantar utusan ke negeri Acheh. Selepas

mendengar arahan daripada raja, orang bawahannya iaitu menteri-menteri terus

melakukan tugas yang diarahkan oleh raja mereka tanpa sebarang bantahan. Jelaslah

teks di atas mempunyai cerita yang berkaitan dengan diri raja sebagai pemerintah dan

terdapat juga orang bawahan yang menurut arahan. Dalam hikayat ini jarang sekali

cerita yang dipaparkan tidak ada kaitan langsung dengan raja ataupun pembesar.

Perkara ini berlaku untuk mengambarkan cara hidup dan pemikiran masyarakat

Melayu pada zaman dahulu.

9.2 Situasi Persekitaran


Menurut Ure dan Ellis (1977) situasi persekitaran mencakupi aspek-aspek yang

terlibat secara langsung dalam penggunaan bahasa dan menurut mereka, situasi

persekitaran terangkum di dalamnya beberapa aspek penting seperti yang berikut:

11
9.2.1 Cara Penyampaian

Berdasarkan teks Hikayat Merong Mahawangsa ini terdapat beberapa perkara yang

boleh diketengahkan tentang teks ini. Teks ini disampaikan secara lisan pada awalnya,

iaitu pada zaman sastera lisan melalui tukang-tukang cerita. Walau bagaimanapun,

setelah sistem tulisan diperkenalkan kepada anggota masyarakat, laras ini telah ditulis

semula dalam bentuk teks ataupun buku untuk dibaca oleh generasi akan datang. Kini,

laras ini terdapat dalam bentuk tulisan yang telah disalin semula daripada tukang-

tukang cerita sebagai bahan bacaan dan kajian oleh masyarakat pada hari ini.

9.2.2 Hubungan sosial dan peribadi

Dalam aspek hubungan sosial dan juga peribadi, dalam teks Hikayat Merong

Mahawangsa ini mempunyai hubungan yang bersifat formal, iaitu antara orang yang

bercerita dengan pendengar pada zaman tersebut. Hal ini menyebabkan hubungannya

bersifat formal dan bukannya peribadi. Kini hubungannya juga masih lagi formal,

iaitu antara penulis dan pembaca.

9.2.3 Bahan yang diperkatakan

Teks Hikayat Merong Mahawangsa ini ialah bahan prosa klasik yang bersifat

deskriptif, mempunyai cerita-cerita yang bersifat fantasi serta khayalan. Di samping

itu, nama-nama tokoh ataupun watak yang digunakan dalam teks ini mempunyai

kaitan dengan peristiwa zaman lampau yang memang terkenal dengan sesuatu

peristiwa itu. Contohnya dalam teks Hikayat Merong Mahawangsa:

“Serta direncanakan gelarnya bernama Raja Merong Mahapudisat, serta diambil


segala anak menteri yang ada sedia ibu bapanya yang tua-tua duduk bersama-sama
dengan ayahanda baginda Raja Merong Mahawangsa itulah jadi ganti ibu bapanya
jadi menteri, hulubalang, para pengawanya”.

12
9.3 Ciri-Ciri Linguistik

Perbincangan dan penganalisisan tentang aspek kosa kata, binaan ayat dan juga unsur

ketenunan yang terdapat dalam teks Hikayat Merong Mahawangsa akan dibuat dalam

bahagian ini secara terperinci. Berikut merupakan aspek yang dibincangkan dalam

ciri-ciri linguistik;

9.3.1 Aspek kosa kata

Setelah dikenal pasti, terdapat pelbagai jenis penggunaan kata yang terkandung dalam

teks Hikayat Merong Mahawangsa. Namun begitu, dalam kajian ini pengkaji akan

menghuraikan beberapa jenis penggunaan kata sahaja iaitu penggunaan kata pangkal

ayat dan juga penggunaan kata kerja aktif kerana kedua-dua jenis penggunaan kata ini

merupakan ciri utama bagi aspek kosa kata dalam laras bahasa klasik.

i. Penggunaan Kata Pangkal Ayat

Berdasarkan penelitian dan pemerhatian, terdapat banyak penggunaan kata

pangkal ayat dalam teks hikayat yang digunakan sebagai penanda kesinambungan

ayat dalam sesuatu wacana. Kata pangkal ayat sering kali digunakan pada kedudukan

paling awal sebelum ayat. Antara kata pangkal ayat yang digunakan dalam teks ini

adalah seperti contoh di bawah:-

a) SEBERMULA maka tersebutlah perkataan Raja Merong Mahawangsa


membuat negeri ketimur Pulau Seri itu, hendak menentukan khabar anak
Raja Rum itu, kalau-kalau ada hidupnya ataudatang surat daripada
negeri Rum.
b) Maka titah Raja Merong Mahawangsa, jikalau demikian, hendaklah tuan
hamba perbuatsurat, kita pinta sebiji tempayan ,yang besar daripada
segala tempayan yang banyak-banyak itukepada Raja Kelinggi itu,
kemudian boleh kita ambil khabar anaknya. (m/s 15)
c) Hatta, perahu utusan yang belayar ke negeri Burma itu telah sampai ke
kuala negeriKelinggi. (m/s 15)

13
d) Adapun tempayan sebiji itu diperbuatnya sangat besar, iaitu tukangnya
daripada gergasi jua,di tanah itu; adalah kira-kira dua puluh biji anak
tangganya naik. (m/s 16)

Kata-kata pangkal ayat yang terdapat dalam contoh-contoh di atas ialah

sebermula, maka, hatta, dan adapun. Kata pangkal ayat ‘maka’ paling banyak

dijumpai dalam teks hikayat Merong Mahawangsa dan diikuti dengan kata-kata

pangkal ayat yang lain. Dengan itu, dapatlah disimpulkan bahawa penulisan dalam

teks hikayat ini mempunyai ciri-ciri laras bahasa Melayu klasik.

ii. Penggunaan Kata Kerja Aktif

Kata kerja pasif juga merupakan salah satu ciri utama bagi aspek kosa kata dalam

laras bahasa klasik, namun dalam kajian ini, pengkaji hanya memfokuskan kepada

kata kerja aktif sahaja kerana kata kerja aktif paling banyak digunakan berbanding

kata kerja pasif. Hal ini menunjukkan bahawa bahasa klasik semakin berkurangan

unsur klasiknya dan menjadi semakin moden. Kata kerja aktif ini merupakan kata

kerja yang terkandung dalam ayat aktif iaitu ayat yang mengutamakan subjek asal

sebagai judul atau yang diterangkan. Kata kerja aktif ini terbahagi kepada dua jenis

iaitu kata kerja aktif tak transitif dan kata kerja aktif transitif.

a) Kata Kerja Aktif Tak Transitif

Kata kerja jenis ini merupakan kata kerja yang tidak memerlukan unsur penyambut

atau objek mengikutinya dan kata kerja jenis ini terbahagi kepada dua subgolongan

iaitu kata kerja aktif tak transitif berpelengkap dan kata kerja aktif tak transitif tanpa

pelengkap. Namun begitu, dalam hikayat Merong Mahawangsa ini hanya terdapat

penggunaan kata kerja aktif tak transitif berpelengkap sahaja. Kata kerja aktif tak

transitif berpelengkap ini memerlukan unsur pelengkap yang mengikutinya bagi

14
menyempurnakan maksud ayat. Unsur pelengkap bagi kata kerja jenis ini boleh terdiri

daripada frasa sendi nama, kata adjektif dan juga kata nama. Disebabkan unsur

pelengkap ini boleh terdiri daripada kata nama, maka kata kerja jenis ini perlu

dibezakan dengan jenis kata kerja aktif transitif kerana kedua-duanya diikuti oleh

unsur kata nama dan tidak boleh berdiri dengan sendiri. Oleh itu, perbezaan antara

kedua-dua jenis kata kerja ini ialah kata kerja aktif tak transitif berpelengkap ini tidak

boleh dipasifkan. Contoh penggunaan kata kerja aktif tak transitif berpelengkap dalam

teks kajian ini adalah seperti berikut:-

i) Maka dengan beberapa banyak orang mengusung tempayan


besar itu… (m/s 16)
ii) Hatta beberapa lamanya pula maka lalu beroleh seorang
putera laki-laki juga. (m/s 18)
iii) … Raja MerongMahapudisat maklumkan segala perintah itu.
(m/s 21)

Perkataan-perkataan yang dihitamkan di atas merupakan kata kerja aktif tak

transitif dan unsur yang mengikutinya merupakan unsur pelengkap kerana kata kerja

jenis ini tidak boleh berdiri dengan sendiri jika unsur pelengkap digugurkan

seterusnya menyebabkan ayat menjadi tidak sempurna. Kata kerja dalam contoh ayat

di atas diyakini jenis kata kerja aktif tak transitif berpelengkap kerana ayat tersebut

tidak boleh dipasifkan.

b) Kata Kerja Aktif Transitif

Kata kerja aktif transitif ini pula merupakan kata kerja yang diikuti oleh penyambut

atau objek yang terdiri daripada kata nama dan objek tersebut berfungsi untuk

melengkapkan maksud ayat. Contoh penggunaan kata kerja aktif transitif dalam teks

kajian ini adalah seperti berikut:-

i) ‘Patut sangat tuanku menamakan negeri ini, supaya tiadasesat


daripada sebutannya.’ (m/s 17)
ii) … patut remaja putera menanggung kerajaan. (m/s 19)

15
iii) Maka bertemulah pula tasik dan wilahar mengelilingi pulau
yang beratur tiga empat biji (maka bertemulah pula pulau yang
beratur tiga empat biji dikelilingi tasik dan wilahar). (m/s 20)

Perkataan-perkataan yang dihitamkan dalam contoh-contoh ayat di atas

merupakan kata kerja aktif transitif kerana diikuti oleh objek yang terdiri daripada

kata nama dan juga ayat-ayat di atas boleh dipasifkan.

9.3.2 Ayat Tunggal


Ayat tunggal merupakan ayat yang mengandungi satu klausa sahaja, iaitu klausa

bebas dan hanya terdiri daripada satu subjek dan satu predikat. Dalam laras hikayat,

ayat tunggal sangat jarang digunakan berbanding ayat majmuk. Berikut merupakan

antara ayat tunggal yang terdapat dalam teks hikayat Merong Mahawangsa:

a) Maka Parak itu baik parasnya.


b) Demikianlah pustakanya keris itu.
c) Lamakah sudah tuan hamba sampai ke negeri ini?

Berdasarkan ayat tunggal pertama yang dikemukakan, ayat tersebut lengkap

dengan satu subjek dan satu predikat. Ayat tersebut merupakan ayat tunggal binaan

biasa yang terdiri daripada frasa nama subjek Maka Parak itu dan frasa predikatnya

pula adalah frasa adjektif iaitu baik parasnya. Ayat ini merupakan ayat tunggal binaan

biasa dan tidak terdapat sebarang bentuk transformasi yang berlaku dalam ayat ini.

Ayat kedua juga hampir sama seperti ayat pertama. Ayat kedua merupakan ayat

tunggal binaan biasa yang terdiri daripada subjek frasa nama iaitu Demikianlah

pustakanya dan predikatnya juga terdiri daripada binaan frasa nama iaitu keris itu.

Ayat kedua ini juga merupakan ayat tunggal binaan biasa dan tidak berlaku sebarang

bentuk transformasi dalam ayat.

Bagi ayat tunggal ketiga, ayat tersebut merupakan ayat tanya yang diajukan

kepada yang dilawan bicara iaitu Menteri Rum. Ayat tanya tersebut merupakan ayat

tanya tanpa kata tanya serta ayat tanya tertutup. Ayat tunggal ini terdiri daripada frasa

16
nama subjek iaitu tuan hamba serta predikat yang terdiri daripada frasa kerja iaitu

sampai ke negeri ini dan konstituen yang dijudulkan serta ditambah partikel -kah

adalah sudah lamakah. Berikut merupakan proses yang berlaku dalam ayat ketiga;

Tuan hamba sampai ke negeri ini sudah lamakah ?

Pendepanan

Berdasarkan ayat di atas, kebiasaannya ayat tanya jenis ini disertai partikel -kah. Ayat
ketiga ini mengalami proses penjudulan, iaitu pendepanan konstituen yang menjadi
fokus ayat. Maka, ayat tersebut akan menjadi Lamakah sudah tuan hamba sampai ke
negeri ini?

9.3.3 Ayat Majmuk


Aspek pertama yang dibincangkan adalah aspek ayat. Penggunaan ayat majmuk yang

pelbagai ragam sering digunakan dalam teks dokumen Hikayat Merong Mahawangsa.

Ayat-ayat majmuk yang digunakan terdiri daripada pelbagai jenis, sama ada ayat

majmuk gabungan, ayat majmuk pancangan, dan ayat majmuk campuran. Berikut

merupakan antara ayat majmuk yang akan dibincangkan oleh pengkaji;

i. Hatta, perahu utusan yang belayar ke negeri Burma itu telah sampai ke kuala
negeri Kelinggi.
ii. Seketika lagi, maka penghulu Phra Chesim laki isteri pun datang lalu duduk
menyembah.
iii. Maka titah Raja Merong Mahawangsa kepada menteri keempat itu, ‘Di mana
juga ada negeri yang besar hampir dengan kita di sini, kalau-kalau ada ia
menaruh anak perempuan, supaya boleh kita pinang anaknya akan anak kita
ini?’

Dalam ayat majmuk pertama, ayat-ayat tunggal yang terbina adalah seperti yang
berikut:
a) Perahu utusan itu belayar ke negeri Burma.
b) Perahu utusan itu telah sampai ke kuala negeri Kelinggi.

17
Dalam ayat (a) subjek ayat tersebut merupakan perahu utusan dan predikatnya

pula terdiri daripada frasa kerja belayar dan keterangannya ialah ke negeri Burma.

Dalam ayat (b) pula, subjeknya masih sama dengan ayat (a) manakala predikatnya

terdiri daripada frasa kerja telah sampai ke kuala negeri Kelinggi. Ke kuala negeri

Kelinggi merupakan unsur pelengkap bagi kata kerja sampai, iaitu kata kerja tak

transitif berpelengkap. Seterusnya, ayat (b) iaitu Perahu utusan itu telah sampai ke

kuala negeri Kelinggi merupakan ayat kecil yang dipancangkan ke dalam ayat induk

iaitu Perahu utusan itu belayar ke negeri Burma. Berikut merupakan proses yang

berlaku dalam ayat ini;

Perahu utusan itu belayar ke negeri Burma. + Perahu utusan itu telah sampai ke kuala
negeri Kelinggi.
Ø
Hatta, perahu utusan yang belayar ke negeri Burma itu telah sampai ke kuala negeri
Kelinggi.

Berdasarkan proses pembentukan ayat majmuk di atas, berlaku pengguguran

subjek ayat kedua. Dalam ayat majmuk pancangan ini, subjek ayat digugurkan dan

digantikan dengan kata hubung pancangan yang. Seterusnya, terdapat penggunaan

kata pangkal ayat iaitu hatta bagi menghubungkan ayat tersebut dengan ayat-ayat lain.

Ayat ini merupakan ayat majmuk pancangan.

Seterusnya, ayat majmuk kedua pula, ayat tunggal yang menjadi konstituen ayat

tersebut adalah seperti yang berikut;

Seketika lagi, maka penghulu Phra Chesim laki isteri pun datang lalu duduk
menyembah.
a) Penghulu Phra Chesim laki isteri pun datang ke Istana Raja Merong Mahapudisat
seketika lagi.
b) Penghulu Phra Chesim laki isteri duduk menyembah Raja Merong Mahapudisat
seketika lagi.

18
Kedua-dua ayat tunggal ini mempunyai subjek yang sama iaitu Penghulu Phra

Chesim laki isteri tetapi mempunyai predikat yang berbeza. Predikat bagi ayat (a)

terdiri daripada frasa kerja pun datang ke Istana Raja Merong Mahapudisat. Unsur

pelengkap dalam predikat ayat (a) adalah ke Istana Raja Merong Mahapudisat bagi

kata kerja datang, iaitu kata kerja tak transitif. Manakala predikat bagi ayat (b) terdiri

daripada frasa kerja iaitu duduk menyembah Raja Merong Mahapudisat seketika lagi.

Kedua-dua ayat tunggal ini digabungkan bagi membentuk ayat majmuk dengan

pelbagai proses yang terlibat:

Maka Penghulu Phra Chesim laki isteri pun datang ke Istana Raja Merong
Mahapudisat seketika lagi

Ø
+
Penghulu Phra Chesim laki isteri duduk menyembah Raja Merong Mahapudisat.
seketika lagi.

Ø
Ø
Seketika lagi, maka penghulu Phra Chesim laki isteri pun datang lalu duduk
menyembah.

Berdasarkan proses pembentukan ayat majmuk di atas, terdapat 3 frasa yang

digugurkan iaitu pelengkap bagi predikat dalam ayat pertama, subjek ayat kedua dan

pelengkap bagi ayat kedua. Seterusnya, keterangan bagi ayat kedua telah

disongsangkan ke hadapan subjek ayat pertama. Kedua ayat tunggal tersebut

digabungkan melalui kata hubung gabungan iaitu lalu. Maka, ayat yang terbentuk

ialah ayat majmuk gabungan.

19
Ayat majmuk ketiga pula, ayat-ayat tunggal yang menjadi konstituen ayat ini

terdiri daripada ayar-ayat berikut;

Maka titah Raja Merong Mahawangsa kepada menteri keempat itu, ‘Di mana juga
ada negeri yang besar hampir dengan kita di sini, kalau-kalau ada ia menaruh anak
perempuan, supaya boleh kita pinang anaknya akan anak kita ini?’

a) Maka Raja Merong Mahawangsa bertitah kepada menteri keempat itu.


b) ‘Di mana juga ada sebuah negeri?’
c) Negeri itu besar.
d) Negeri itu hampir dengan kita di sini.
e) Kalau-kalau ada ia menaruh anak perempuan.
f) Boleh kita pinang anaknya akan anak kita ini?’

Berdasarkan ayat-ayat tunggal di atas, terdapat satu pernyataan dan dua

pertanyaan yang diajukan daripada Raja Merong Mahawangsa kepada menteri

keempat. Ayat (a) merupakan sebuah pernyataan. Seterusnya, pertanyaan tersebut

adalah berkenaan kewujudan sebuah negeri besar yang hampir dengan mereka serta

sekiranya terdapat anak perempuan maka akan dipinang oleh mereka. Berdasarkan

dua pertanyaan ini, ayat majmuk yang terbentuk akan digugurkan subjek bagi ayat

ketiga dan keempat iaitu frasa nama negeri itu.

Pertanyaan yang pertama terdiri daripada ayat tunggal (b) hingga (d). Subjek bagi

ayat (c) dan ayat (d) iaitu negeri itu digugurkan dan dipancangkan dengan ayat induk

iaitu ayat ‘Di mana juga ada sebuah negeri?’ dengan menggunakan kata hubung

yang. Maka, pertanyaan yang terhasil adalah ‘Di mana juga ada negeri yang besar

hampir dengan kita di sini. Ayat yang terhasil ini merupakan ayat majmuk pancangan

relatif.

Seterusnya, pertanyaan kedua adalah perihal anak perempuan yang bakal

dipinang. Ayat ini merupakan ayat majmuk pancangan keterangan harapan di mana

penutur mengharapkan sekiranya terdapat anak perempuan maka akan dipinang oleh

mereka. Ayat ini terdiri daripada ayat (e) dan ayat (f). Kata hubung keterangan yang

20
digunakan adalah supaya. Pertanyaan kedua yang terhasil adalah kalau-kalau ada ia

menaruh anak perempuan, supaya boleh kita pinang anaknya akan anak kita ini?’.

Akhir sekali, penulis menggunakan tanda baca koma bagi menggabungkan ayat

pertama dan dua pertanyaan yang dikemukakan. Berikut merupakan ayat majmuk

campuran yang terhasil daripada proses-proses yang telah diterangkan;

Maka titah Raja Merong Mahawangsa kepada menteri keempat itu, ‘Di mana juga
ada negeri yang besar hampir dengan kita di sini, kalau-kalau ada ia menaruh anak
perempuan, supaya boleh kita pinang anaknya akan anak kita ini?’

9.4 Aspek Ketenunan


Berdasarkan teks dokumen Hikayat Merong Mahawangsa, terdapat unsur

ketenunan yang diaplikasikan oleh penulis. Salah satu unsur ketenunan yang

digunakan dalam teks adalah terdapat unsur perulangan nama-nama watak tertentu

yang diperkatakan dalam teks. Contohnya, nama Raja Merong Mahawangsa diulang

berkali-kali dalam teks tersebut bagi menunjukkan bahawa terdapat tautan antara satu

peristiwa dengan peristiwa yang lain. Unsur ini digunakan bagi memaklumkan

bahawa watak tersebut merupakan watak utama dalam peristiwa yang ingin

disampaikan. Unsur yang digunakan ini menggambarkan keutuhan laras klasik

sebagai sebuah teks. Kesatuan isi dalam teks ini utuh dari segi jalinan idea yang

disampaikan oleh penulis.

21
10.0 KESIMPULAN
Secara kesimpulannya, pengkaji mendapati bahawa hikayat Merong Mahawangsa

ini mempunyai ciri laras bahasa yang tersendiri. Terdapat aspek permerihalan iaitu

situasi luaran dan situasi persekitaran yang menceritakan latar belakang hikayat ini.

Keunikan laras bahasa bagi hikayat ini tergambar dalam penggunaan ayat tunggal dan

ayat majmuk yang beraneka ragam. Selain itu, keunikan hikayat ini juga dapat dilihat

pada penggunaan kosa kata khusus yang digunakan dalam hikayat ini. Unsur

ketenunan yang wujud dalam hikayat ini juga merupakan ciri yang menarik

berbanding laras yang lain. Jelaslah di sini laras bahasa Melayu klasik mempunyai

ciri-ciri tertentu yang dapat dibezakan dengan laras-laras yang lain.

22
RUJUKAN
Ab. Razak Ab. Karim (2019). Kepelbagaian Laras Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur:Akademi Pengajian Melayu, Univesiti Malaya.

Firth. (1957). Papers in Linguistics 1934-1951. London: Oxford University Press.

Kamilah Said. (2014). Kepelbagaian Laras Bahasa yang Terdapat dalam Sulalatus
Salatin http://karyagungsem6.blogspot.com/2014/05/kepelbagaian-laras-bahasa-
yang-ter dapat.html

Kamus Dewan (2015). (Edisi Keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nik Safiah et al (2015). Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Saiful Nizam. Kajian Teks Bahasa Klasik.


https://www.academia.edu/6442732/139413425_Kajian_Teks_Bahasa_Klasik

Ure, J. & Ellis, J. (1997). Register in Descriptive and Linguistics Sociology. dlm. O.
Uribe-Villages (ed.) Issues in Sociolinguistics. Mouton.

Wilkinson R. J. (2020). Hikayat Merong Mahawangsa. Syafiq Hadzir's Manuscript


Collection
https://www.academia.edu/38287270/Hikayat_Merong_Mahawangsa_Bab_2_Raj
aOng_Maha_Perita_Deria_pdf

LAMPIRAN
Ciri-ciri Linguistik
1. Kata Kerja Aktif

1 membuat 32 mengusung 63 bawa


2 menentukan 33 hantarkan 64 pergi
3 datang 34 memberi 65 mencari
4 duduk 35 berputusan 66 ambil
5 beroleh 36 berpesan 67 tinggal
6 Bertambah-tambah 37 bermohonlah 68 titah
7 berniaga 38 mengiring 69 menyambut
8 pindah 39 bercerai 70 berhimpun
9 menaruh 40 tidur 71 memikat
10 pinang 41 nikah 72 bernama
11 sembah 42 pulang 73 melangkahkan
12 belayar 43 mencari 74 bawa
13 pinta 44 menyambut 75 naik
14 Berkasih-kasihan 45 mengatakan 76 meletakkan
15 menyatakan 46 menanggung 77 mengerahkan
16 tolong 47 bicara 78 berjalanlah
17 hantar 48 hantarkan 79 bermain-main
18 mendengar 49 menurut 80 berburu
19 menuju 50 sembah 81 melihat
20 bertiang 51 bertitah 82 hendak
21 berlabuh 52 kerahkan 83 berhimpunlah
22 bertanyakan 53 panggil 84 berjalan
23 mengadap 54 beri 85 bertemulah
24 singgah 55 suruh 86 singgah
25 mengambil 56 pergi 87 berhenti
26 beruntunglah 57 hantarkan 88 mengambil
27 bertemu 58 datang 89 mengiringkan
28 pergilah 59 duduk 90 membawa
29 ambil 60 menyembah 91 bermain
30 berikan 61 titah 92 membuat
31 duduklah 62 berbuat 93 mengantar
94 menjadi 120 semayamlah 146 datanglah
95 berkhabarkan 121 mengatakan 147 menurut
96 menjadi 122 menurut 148 sampailah
97 mengadap 123 membawa 149 menghadirkan
98 memanggungkan 124 bermohon 150 berfikir
99 Menuju 125 mencari 151 berjalanlah
100 bermain 126 melangkah 152 singgah
101 mengatakan 127 menekankan 153 bermain-main
102 menyuruh 128 singgah 154 mengambil
103 berjalan 129 mencari 155 bertemulah
104 turun 130 bertemulah 156 mengelilingi
105 beratur 131 melihat 157 bernama
106 jatuh 132 memanahkan 158 menyering
107 datanglah 133 Cari 159 bertanya
108 menghimpunkan 134 menanti 160 berhimpunlah
109 berbuat 135 datanglah 161 mengatakan
110 menjadi 136 bertambah-tambah 162 berhimpun
111 ambil 137 bernama 163 alatkan
112 naikkan 138 menghimpunkan 164 mengiringkan
113 naiklah 139 tinggal 165 bertunggu
114 memberi 140 sembah 166 bermohon
115 bermuafakatlah 141 menghadirkan 167 bersiapkan
116 menaikkan 142 mengangkat 168 bernyala-nyala
117 menintahkan 143 beroleh 169 mari
118 mengangkatkan 144 kerjakan 170 taruh
119 berhentilah 145 hancurkan 171 mengadap

2. Ayat Majmuk
Bil. Ayat Majmuk
1 SEBERMULA maka tersebutlah perkataan Raja Merong Mahawangsa
membuat negeri ke timur Pulau Seri itu, hendak menentukan khabar anak
Raja Rum itu, kalau-kalau ada hidupnya atau datang surat daripada negeri
Rum.
2 Maka Raja Merong Mahawangsa pun duduk di dalam negeri yang baharu
diperbuatnya itu, hingga sampai beroleh seorang putera laki-laki, terlalu amat
baik rupa parasnya, serta dengan besar, panjang nipis, agung-agungan,
ditakuti pula oleh orang sekalian.
3 Maka negeri itu pun daripada sebulan kepada sebulan, daripada setahun
kepada setahun, maka bertambah-tambah ramainya, serta dengan banyak
segala dagang senteri danpada segenap negeri berniaga dan pindah ke negeri
itu.
4 Maka adalah pada suatu hari, tengah ramai Raja Merong Mahawangsa itu
sedang dihadap oleh segala menteri, penggawa, hulubalang, sida, bentara,
biduanda sekalian, penuh sesak dan menteri yang tua pun ada mengadap di
balai Langkasuka itu.
5 Maka titah Raja Merong Mahawangsa kepada menteri keempat itu, ‘Di mana
juga ada negeri yang besar hampir dengan kita di sini, kalau-kalau ada ia
menaruh anak perempuan, supaya boleh kita pinang anaknya akan anak kita
ini?’
6 Maka sembah menteri tua yang keempat, “Tiada, tuanku, negeri yang dekat-
dekat ini; patik sekalian beroleh khabaran, hanya yang ada negeri pun
khabaran di Pulau Perca , negeri Aceh, namanya, tuanku, ada sebuah di
susur laut jua negeri itu, banyak jua takluknya.
7 Dan jauh pelayarannya dua puluh lima hari lamanya daripada sini dan
halanya sebelah tanah daratan kita ini ada sebuah negeri pula.
8 Nama rajanya Kelinggi, lautnya daripada sebelah kita datang jua, negeri itu
pun jauhlah jua pelayarannya itu hingga sebulan belayar maka sampailah;
terlalu banyak segala yang ajaib di dalam negeri itu, daripada tempayan dan
guri dan pohon kayu yang bernama malau-tahi-semut dan lagi pun banyak
pula kayu yang besar-besar dan di hulu sungainya jauh serta dengan luasnya,
tuanku.”
9 Maka titah Raja Merong Mahawangsa, “Jikalau demikian, hendaklah tuan
hamba perbuat surat, kita pinta sebiji tempayan yang besar daripada segala
tempayan yang banyak-banyak itu kepada raja Kelinggi itu, kemudian boleh
kita ambil khabar anaknya.
10 Dan negeri Acheh itupun perbuat juga surat, kita beri akan dia, tanda kita
tulus ikhlas hendak berkasih-kasihan dengan dia, lagi menyatakan kita baharu
buat negeri ini,pinta tolong mana yang ada, segala yang ajaib-ajaib, daripada
harta atau dagangan, boleh ia hantar mari ke negeri kita ini, itulah tanda kita
berkasih- kasihan raja sama raja.’
11 Setelah demikian titah Raja Merong Mahawangsa, maka dialatkan oleh
menterinya dua buah perahu, serta segala barang-barang dagangan mana yang
3. Ayat Tunggal
Bil. Ayat Tunggal
1 Maka tersebut Raja Merong Mahawangsa barang kehendaknya.
2 Maka utusan itu pun pergilah mengadap Raja Kelinggi.
3 Setelah itu maka oleh Raja Kelinggi diserahnya surat itu kepada utusan Raja
Menong Mahawangsa.
4 Lamakah sudah tuan hamba sampai ke negeri ini?’
5 Setelah ia masuk ke kuala langsung mengadap Raja Kelinggi.
6 Maka Parak itu baik parasnya.
7 Ia pun suatu anak raja juga pada segala kaum gergasi.
8 Maka menjadi negeri besarlah.
9 Maka anak raja itu pun suka melihat kelakuan pulau itu.
10 Demikianlah pustakanya keris itu.
11 Setelah itu maka bertambah-tambah ramai orang datang mengadap itu.

You might also like