Topik 3 Pengajian Am

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

TOPIK 3 : PERLEMBAGAAN MALAYSIA

PENGERUSI : Selamat sejahtera , salam 1 Malaysia , kepada


ahli panel dan siding hadirin yang dihormati sekalian .

Hadirin yang dihormati , saya YashwIin A/L Kalidass yang


merupakan pengerusi bagi program forum pada hari ini .
Sebelum saya memperkenalkan ahli-ahli panel saya , izinkan
saya untuk mengupas terlebih dahulu tajuk forum kita pada
hari ini .
Tajuk forum yang berkisar bertemakan Perlembagaan
Malaysia .

Perlembagaan Malaysia secara rasminya ialah Perlembagaan


Persekutuan Malaysia , ialah undang-undang utama di
Malaysia yang mengandungi 183 perkara .  Ia merupakan satu
dokumen undang-undang bertulis yang telah dibentuk
berasaskan dua dokumen terdahulu iaitu Perjanjian
Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan Perlembagaan
Kemerdekaan 1957 .

Baiklah sidang hadirin , sebelum kita menelusuri lebih


mendalam tentang topik forum perbincangan moleknya kita
berkenalan dengan kelima-lima ahli panel kita pada hari ini .
Di sebelah kanan saya ialah saudara Nagadevan A/L
Adinaraina yang merupakan ahli panel pertama . Yang
disebelahnya ialah saudara Logeshwaran A/L Maniam , ahli
panel kedua . Manakala di bahagian sebelah kiri saya ialah
saudari Nurul Natasya Binti Sha’ari merupakan ahli panel
ketiga dan disebelahnya ahli panel keempat ialah Siti Nur
Hashrin Binti Md Nor Basmmi dan terakhir sekali ialah Nur
Syafiqah Binti Ahmad Kasful yang merupakan ahli panel ahli
panel kelima . Baiklah , sebelum saya menyimpang lebih
jauh , soalan saya pada ahli panel pertama , siapakah yang
merangka Perlembagaan Malaysia ?

PANEL 1 : Terima kasih kepada saudara pengerusi .


Perlembagaan ini telah dirangka berdasarkan nasihat
daripada Suruhanjaya Reid yang telah melakukan kajian
dalam tahun 1956 . Perlembagaan berkenaan berkuatkuasa
sejurus selepas kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 . Ia bermula
daripada satu persidangan perlembagaan yang telah
diadakan di London pada 18 Januari hingga 6 Februari 1956
yang dihadiri oleh satu rombongan delegasi
daripada Persekutuan Malaya .

PENGERUSI : Terima kasih kembali kepada panel pertama


kita sebentar tadi . Seterusnya soalan saya kepada panel
kedua ,

You might also like